Monday, January 17, 2011

Kalau ada perakam, payah Utusan nak tipu

Alasan Hata Enggan Tutup Perakam, Utusan Tangguh Inkuiri


KUALA LUMPUR 17 Jan.: Utusan Malaysia membatalkan inkuiri dalaman terhadap wartawannya, Hata Wahari, berikutan kenyataan yang mengkritik cengkaman politik pemerintah ke atas kebebasan akhbar di Malaysia yang juga melibatkan akhbar itu.

Utusan enggan meneruskan inkuiri selepas mendapati Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan itu membawa perakam untuk merakam perjalanan prosiding tersebut.

Pertelagahan berlaku seawal prosiding bermula.

Pengerusi jawatankuasa terbabit, Pengurus Kanan Pemasaran dan Pengedaran Utusan Mohd Basir Abdul Rahim, berkata hanya pihaknya berhak membuat rakaman.

Hata enggan mengeluarkan perakam itu, lantaran inkuiri tidak membenarkan beliau membawa peguam bagi membantu pembelaan.

"Dia cakap kalau tidak keluarkan perakam suara itu, dia takkan mula siasatan. Saya cakap kenapa pula tak boleh, sedangkan pendakwaraya boleh. Bila saya tetap tak mahu alihkan, dia kata saya sebagai pengerusi saya hentikan sesi ini. Terus (dia) hentikan.

"Kita tidak ada satu manual untuk siasatan domestik. Yang itu jadi masalahnya. Kalau pendakwaraya boleh rekod, tentu saya boleh rekod. Kalau pengerusi kata pendakwaraya kena tarik perakam, saya tiada masalah. Habis tu takkan saya kena kerja sorang-sorang, kalau saya nak semak butiran prosiding macam mana? Takkan saya nak minta pada pendakwaraya? Saya tidak percaya dia," katanya.

Menurut Hata, pihak pentadbiran Utusan akan memanggilnya semula pada satu tarikh inkuiri yang baru.

Hata menghadapi dakwaan mengeluarkan kenyataan yang mencemar imej Utusan, berdasarkan kepada kenyataan yag diberikan kepada portal Malaysiakini, The Malaysian Insider, Merdeka Review dan akhbar The Sun antara 21 September dan 14 Oktober tahun lepas.

Hata tiba di Pusat Latihan Utusan sekitar jam 10.30 pagi dimana inkuiri dijalankan. Beliau diiringi Setiausaha Agung NUG V Anbalagan yang diminta mewakilinya dalam prosiding tersebut.

Pengerusi jawatankuasa bagaimanapun membantah kehadiran pegawai NUJ dalam prosiding itu. Anbalagan dituduh sebagai 'orang luar' dalam urusan domestik Utusan, dan dikeluarkan dari prosiding tidak lama kemudian.

"Ini siasatan dalaman memang macam mahkamah kangaroo. Dia sudah buat keputusan, dia tak mahu dengar kenyataan. Kami mahu beritahu pada Utusan, bahawa mereka tidak ada kuasa untuk mendakwa ahli NUJ pusat.

"Dia didakwa kerana membuat kenyataan mencemarkan imej Utusan tetapi pendirian kami adalah beliau mambuat kenyataan berdasarkan kapasiti beliau sebagai presiden NUJ. Jadi saya adalah pegawai kesatuan jadi saya di sini untuk mewakili beliau," katanya.

Surat dari Utusan bertarikh 11 Januari lalu berkata Hata dilarang memasuki pejabat Utusan, dan dilarang keluar dari kawasan kejiranannya.

Perintah berkurung secara amalannya adalah kuasa-kuasa polis, dan tidak dikenakan oleh majikan ke atas pekerja mereka.

Anbagalan memberitahu mereka akan merujuk peguam untuk mencabar perintah tersebut.

"Kita tengok dulu apa Utusan mahu buat. Kita mahu Utusan beri semula kerja beliau, biar dia teruskan sebagai presiden NUJ. Tiada krompomi," katanya.

No comments: