Friday, December 3, 2010

PRU 13 tetap 2011 , orang Melayu tetap sokong BN walaupun susah harga barang naik


azlan


















KUALA LUMPUR, 4 Dis. :
Pakatan Rakyat (PR) melihat kenaikan harga bahan api dan gula berkuat kuasa hari ini bukan satu petanda pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut bakal diadakan awal tahun depan, tidak akan diadakan sebagaimana dispekulasi banyak pihak.


Sebaliknya, pemimpin Pakatan Rakyat berpendapat langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu menunjukkan parti itu sudah selesa dan tidak gentar terhadap kenaikan harga petrol itu.

Perkembangan ini diumumkan kerajaan BN selepas empat hari komponen terasnya Umno menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan.

Harga petrol RON95 mengalami kenaikan lima sen seliter manakala gula pula 20 sen sekilogram (kg) mulai tengah malam tadi — kenaikan kali kedua harga produk itu sejak Julai lalu, di bawah dasar pelarasan subsidi diperkenalkan pentadbiran Najib. Turut mengalami kenaikan ialah diesel, naik lima sen kepada RM1.80 seliter.

Ekoran pelarasan itu, RON95 akan dijual RM1.90 seliter. Pelarasan itu juga membawa kepada kenaikan gas petroleum cecair (PLG) kepada RM1.90kg iaitu naik lima sen berbanding sekarang.

Kedua-dua bahan api petrol dan diesel serta LPG dan gula mengalami kenaikan pada Julai lalu apabila dasar pelarasan diperkenalkan dalam usaha kerajaan mahu mengurangkan subsidi.

Petrol RON97 yang tidak disubsidi telah mengalami kenaikan pada 1 November dan 1 Disember lalu, tetapi kerajaan tidak membuat pengumuman atas alasan ia perubahan kerana pengapungan harga.

RON97 tidak mengalami kenaikan kali ini.

“Tidak... tidak... ini tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya umum pun, isunya sekarang adalah kerajaan tiada duit dan perlukan duit.

“Apa yang Najib cakap mengenai ekonomi selama ini menunjukkan pentadbiran beliau gagal, jadi tiada pilihan terpaksa menaikkan harga minyak.

“Bagi saya dasar ekonomi yang dibawa Najib gagal kerana ia gagal memberikan ekonomi yang lebih mampan kepada negara, sebaliknya masalah rakyat yang semakin bertambah,” kata Naib Presiden PKR Tian Chua ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau mendakwa keputusan kerajaan menaikkan harga petrol RON95 itu semata-mata untuk menampung kos pilihan raya umum.

“Dengan pentadbiran yang gagal ini saya tidak rasa Najib akan menangguhkan pilihan raya yang dijangka diadakan tahun depan.

“Sebenarnya tujuan menaikkan harga minyak ini adalah untuk kumpul duit bagi menampung kos pilihan raya,” katanya.

Malah, Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, kerajaan BN mengambil kesempatan apabila rakyat tidak membantah kenaikan harga petrol RON97 baru-baru ini.

“Selain itu, bagi saya yang sebelum ini kerajaan naikkan petrol RON97 itu cubaan sahaja, nak tengok rakyat marah atau tidak. Rakyat tak marah, jadi kerajaan naikkan pula petrol RON95, malah saya percaya akan lebih banyak barang akan naik selepas ini.

“Boleh kata bila rakyat tidak kisah, BN pun mula ambil kesempatan ini, tapi apa-apa pun pilihan raya umum akan tetap diadakan awal tahun depan,” katanya.

Bagi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula, kenaikan harga petrol RON95 itu membuktikan kerajaan BN sudah selesa di bawah pentadbiran Najib.

“Itu menandakan kerajaan BN sudah selesa, sebab itu mereka naikkan harga minyak.

“Kalau tidak mereka, tidak mungkin akan buat sedemikian... mengenai pilihan raya umum bagi saya ia bergantung kepada kerajaan memerintah seperti di negara kita BN yang berkuasa,” katanya. Ahli Parlimen Marang itu berkata keputusan tentang bila tarikh pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bergantung kepada Najib yang juga Pengerusi BN dan Pengerusi Umno.

“Kalau BN rasa nak buat cepat mereka akan buat, kalau tidak mereka akan terus mendiamkan diri.

“Lagipun negara kita tidak macam negara yang lain yang mana kalau nak buat pilihan raya pemerintah akan mengumumkan tarikh. tetapi di Malaysia tidak macam itu.

“Jadi isunya sekarang kalau BN rasa sudah selesa mereka akan adakan pilihan raya cepat, kalau tidak kita tunggu sahaja nanti,” kata Hadi.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP Loke Siew Fook turut memberikan pandangan yang sama apabila mengatakan kenaikan harga petrol RON95 bukan petanda pilihan raya umum tidak akan diadakan pada tahun depan.

“Saya rasa tidak. Ini kerana selepas tiga hingga empat bulan rakyat pasti sudah tidak ingat perkara in, jadi bagi saya ia tidak akan menyebabkan pilihan raya tidak akan diadakan pada tahun depan.

“Faktor utama untuk mengadakan pilihan raya bukan kerana harga minyak, banyak lagi faktor lain yang akan dipertimbangkan BN dalam membuat keputusan itu,” katanya.

Beliau juga berkata, BN sengaja menaikkan harga RON95 secara berperingkat kerana bimbang rakyat akan marah dengan keputusan itu.

“Tapi kalau kita tengok sekarang kerajaan tidak menaikkan minyak secara mendadak sebaliknya ia naik secara berperingkat, mungkin ini adalah strategi yang BN gunakan dalam perkara ini.

“Kerana kerajaan tahu kalau naikkan harga minyak secara mendadak rakyat akan marah serta terasa sebab itu kerajaan naikkan sedikit demi sedikit.

“Lagipun kalau kerajaan terus naikkan harga minyak sehingga 70 sen sudah tentu rakyat akan rasa marah tapi bagaimanapun kenaikan harga minyak ini akan meningkatkan kos rakyat,” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Dengan pelarasan kali ini, kerajaan menjangkakan dapat menjimatkan RM621.9 juta dari produk petrol RON95, RM213.2 juta (diesel), RM63.5 juta (LPG) dan RM283.5 juta (gula) setiap tahun ataupun RM1.18 bilion.

Pada Julai lalu, kerajaan menjangkakan harga tidak akan naik sehingga akhir tahun ini.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

3 comments:

Anonymous said...

kami warga BINTULU SARAWAK
menolak kepimpinan BN NAJIB UMNO

WARGA PENGHULU KAMPUNG
SARAWAK

Anonymous said...

hidup orang Bintulu, hidup rakyat

Dacin sik belen said...

BN paloi Bn Rusak.. Wajib di tukar dah..

Dimintak Taib Mehmud di buang negeri mun BN sarawak tUmbang