Tuesday, May 17, 2011

Semarak kes Altantuya : Tiket kapal terbang ke Malta sah milik Abdul Razak Baginda , Altantuya dan _ _ _ _ _

Siapa orang ketiga bersama Razak Baginda dan Altantuya ke Malta?

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/04/najib-rosmah-altantuya.gifKUALA LUMPUR: Pemilik KS Ombak Laut Sdn Bhd, Abdul Razak Baginda dan warganegara Mongolia yang dibunuh dengan kejam Altantuya Shariibu pernah dikatakan bersama seorang lagi individu menaiki penerbangan ke Malta bagi urusan pembelian komisyen kapal selam Scorpene.

Perkara itu didedahkan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang memetik kenyataan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael.

Dalam laporan itu, Cynthia berkata, dua tiket penerbangan itu disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya.

“Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi,” kata Cynthia.

Maklumat lanjut mengenainya disiar menerusi Suara Keadilan, edisi ke 16 yang boleh diperoleh di pasaran mulai hari ini.

Suara Keadilan minggu lalu, mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

4 comments:

Anonymous said...

Huhu huhu huu..
Banyaknya duit rakyat kena sapu !. Takder tindakan ke ni?

leekonyou said...

sapa takot bersumpah sahlah memang pelaku kalau dah bersumpah apa nak takot?

Anonymous said...

ni sumpah apa pulak pencacai umno

MDS TECH SOLUTIONS said...

Si leekonyou ni mabuk todi ke hapa.. tetiba je merapu macam parpukari.. sahla dia ni otak dah mengong. takde benda lagi dalam otak dia yg dah putus wayar tu