Monday, February 7, 2011

3/4 Cabang tidak mahu Pajudin

Anwar Nafi Tidak Tegas, Dedah 3/4 Cabang Tak Setuju Pajudin


KUALA LUMPUR 7 Feb. : Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan penyokong Pajudin Nordin bahawa kepimpinan PKR tidak tegas dalam mempertahankan Pajudin sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah.

Ketua Umum PKR itu mendedahkan parti mendapat surat rayuan 3/4 Cabang PKR Sabah yang tidak bersetuju pelantikan Pajudin.

"Presiden ambil sementara MPN, Pajudin lompat Umno, yang minta ubah ialah 3/4 daripada cabang. Ini yang penyokong dia (Pajudin kata kepimpinan tak tegas. Kita tegas tapi tak boleh hiraukan pendapat 3/4 cabang," tegas Anwar dalam sidang media selepas mesyuarat Kepimpinan Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Pajudin mengumumkan beliau hilang kepercayaan terhadap PKR dan menyertai Umno kelmarin.

Anwar turut mendedahkan bahawa tindakan meletakkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai peneraju MPN Sabah ialah keputusan Cabang-cabang dari Sabah sendiri yang tidak yakin dengan Pajudin.

"Sabah tidak ada konsensus cabang jadi Presiden bersetuju lantik Pajudin, tapi bila lantik, 3/4 cabang buat surat rayuan minta Presiden sendiri ambil alih kerana tak setuju dengan Pajudin," katanya.

Sementara itu, Anwar menerangkan bahawa Pakatan Rakyat akan menghantar satu delegasi diketuai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi bertemu polis untuk membincangkan soal ceramah Pakatan Rakyat yang sering diganggu polis.

"Tuan Guru Haji Hadi akan ketuai delegasi bertemu Ketua Polis Negara untuk kemukakan isu jenayah, proses dan prosedur berkaitan tugas polis dalam mengawal ceramah supaya lebih profesional dan adil," katanya.

No comments: