Monday, February 7, 2011

Kekalahan di Tenang, gelombang 'PAS Ganti Umno' tidak terjejas

PAS Terengganu yakin kembali memerintah

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/lancardunbtrakit.jpgBatu Rakit, SETIU – Keputusan Pilihanraya Kecil DUN Tenang yang memihak kepada Umno dan Barisan Nasional tidak menjejaskan peluang PAS Terengganu untuk kembali memerintah di negeri itu.

Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman, membidas andaian sesetangah pihak khususnya Umno, 'kononnya' sokongan rakyat telah kembali kepada parti itu.

"Saya nak komen tentang kenyataan (pemimpin Umno) tentang keputusan pilihanraya Tenang, kononnya mereka menang, terutamanya undi dari kaum Cina,

"kalau betul berlaku satu kebangkitan kononnya rakyat bersama Umno-BN, saya cabar Perdana Menteri untuk mengisytiharkan pilihanraya (umum ke-13) lebih awal,"tegasnya.

Hakikatnya, menurut Ariffin, sasaran yang diletakkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk mendapat majoriti 5000 undi, gagal dicapai,

Beliau turut menafikan undi kaum Cina telah kembali kepada BN, bahkan menegaskan sebenarnya undi kaum tersebut kepada PAS meningkat, walaupun peratus keluar mengundi kaum Cina hanya 51%.

"Mereka mengatakan dua peti undi, telah (mereka) menang, dulu kita menang tipis dan sekarang kita kalah tipis, (peti undi) Labis Tengah menjadi penentu sebenarnya,

(Gambar atas - Pemuda PAS DUN Batu Rakit berikrar; Gambar bawah - Ariffin Deraman, Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu)

"kerana 95% peratus pengundi kaum Cina berada disitu, dan dibuat analisa (menunjukkan) undi kepada PAS meningkat (sebanyak 6%),"jelasnya kepada wartawan selepas program Pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Batu Rakit disini, Sabtu 5 Februari.

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/ariffin2.jpgSehubungan itu, beliau yakin PAS Terengganu berupaya memerintah kembali berdasarkan sambutan rakyat kepada gagasan 'PAS Ganti Umno'.

Menurutnya, Umno-BN telah bimbang dan takut dengan kebangkitan rakyat dan pengaruh PAS, lantas menyebarkan propaganda dan risalah fitnah.

"Terengganu InsyaAllah dengan (sambutan rakyat terhadap) PGU (Pas Ganti Umno) dan apa (rislah propaganda) yang disebar-sebarkan (oleh Umno) itu, sebenarnya menunjukkan mereka takut dan bimbang untuk menghadapi PAS,"ujarnya.

Katanya, peluang dan potensi PAS memperolehi lebih daripada 16 kerusi Dewan Undangan Negeri) DUN begitu tinggi walaupun terdapat kawasan Felda dalam beberapa DUN.

Justeru, beliau yakin dapat menarik pengundi di kawasan Felda terutama dikalangan generasi kedua dan ketiga.

Ariffin memaklumkan, DUN Batu Rakit adalah DUN ke-13 yang telah dilancarkan jentera pilihanrayanya oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pusingan pertama menggerakkan jentera DUN, katanya, akan ditamatkan sehingga akhir Februari

Turut hadir dalam program tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik

No comments: