Monday, February 7, 2011

Katak Johor lompat ada 'benda' menanti

'Ada udang di sebalik batu'

http://lh6.ggpht.com/_G4UF_wN334k/S862foGBcYI/AAAAAAAATFY/ALC75ItB630/s800/katak.jpgBATU PAHAT, 7 Feb. : Tindakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor Bahru, yang bertindak keluar parti pada 29 Januari 2011 iaitu sehari sebelum hari pengundian pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, baru-baru ini dianggap sebagai ‘ada udang di sebalik batu’.

Ketua AMK Johor, Mohamad Nazri ketika ditemui berkata, (AMK) Johor telah dimaklumkan bahawa Ishak Mohamad telah bertindak keluar parti pada 29 Januari 2011 iaitu sehari sebelum hari pengundian pada PRK DUN Tenang, baru-baru ini.

Menurutnya, ini sewajarnya dilakukan oleh beliau kerana sejak kebelakangan ini sebenarnya beliau sudah lama tidak aktif dalam aktiviti AMK Johor bahkan beliau juga gagal menggerakkan AMK Cabang Johor Bahru semasa beliau memegang jawatan tersebut.

“Ini kerana AMK Johor juga menerima maklumat bahawa beliau turut ditawarkan sejumlah habuan (namun tidak ketahui dalam bentuk apa) jika berjaya membawa bersama beberapa ahli PKR terutama dari kalangan Angkatan Muda Keadilan Johor.

“Namun beliau gagal dan beliau hanya berjaya membawa sejumlah anak muda dari sebuah kelab bermotor, sedangkan mereka bukan ahli PKR,” katanya selepas sidang media Mesyuarat Pembentukan Exco AMK Johor bagi sesi 2011 dan 2012, semalam.

Mohamad Nazri yang ditemui di sini berkata, sewajarnya sebagai pejuang yang membela hak rakyat, beliau seharusnya istiqamah dalam perjuangan.

“Bagi AMK Johor, pengumuman beliau keluar parti dan bersama UMNO bermakna ia adalah musuh politik kami dan AMK Johor mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa bakti yang beliau sumbangkan selama ini walaupun hakikatnya tiada perubahan dilakukan,” katanya.

Mohamad Nazri juga membidas kenyataan Ishak Mohamad, 23 yang menyertai Pemuda UMNO Bahagian Kulaijaya baru disertainya bahawa ‘ada perbalahan di kalangan Exco AMK Johor' keluaran Sinar Harian pada 6 Februari 2011 (Ahad) di J3.

“Tiada perbalahan yang wujud di kalangan Exco AMK sepertimana didakwa beliau,” katanya sambil menegaskan tindakan keluar masuk parti adalah perkara biasa dan PKR sendiri pernah kehilangan pemimpin yang peringkat tinggi dan ia juga berlaku di mana-mana parti.

Sementara itu, Mohamad Nazri juga turut mengatakan bahawa AMK Johor bersedia untuk menghantar petugas dan sukarelawan pada PRK DUN Merlimau yang akan diketuai oleh Timbalan Ketua AMK Johor yang juga Pengarah Pilihanraya AMK Negeri.SH

No comments: