Monday, February 7, 2011

Hosni Mubarak enggan letak jawatan, Ikhwan tarik diri

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/ezzat.jpgPembangkang menolak tawaran bergabung dalam pakatan dalam perbincangan bagi membentuk kerajaan baru Mesir dan terus mendesak supaya Hosni Mubarak berundur.

Naib Presiden, Omar Suleiman sebelumnya, telah bersetuju untuk berunding dengan kumpulan pembangkang, termasuk parti yang diharamkan, Ikhwan al-Muslimin, tetapi rundingan itu dikatakan tidak mencapai sebarang persetujuan konkrit berhubung penyelesaian krisis.

Kebangkitan dan penentangan rakyat terhadap rejim 30 tahun Hosni Mubarak yang bermula 25 Januari lalau, kini memasuki minggu kedua.

Dataran Tahrir di tengah Kahirah, masih menjadi tumpuan dan menyaksikan ribuan rakyat Mesir tidak berganjak daripada kawasan itu.

Mereka berhimpun sambil menegaskan, mereka tetap mahu Mubarak berunsur meskipun kerajaan menganjurkan rundingan seperti itu.

“Ia satu muslihat. Itu pandangan ikhlas saya," kata Nora Abul Samra, 25, salah seorang penunjuk perasaan.

“Kalau dia (Mubarak) pergi dia boleh melakukan apa saja yang dikehendakinya. Kami percaya ada cara lain yang lebih berpelembagaan dan ia adalah menerusi revolusi," katanya.

Sementara itu, jurucakap kerajaan, Magdi Radi berkata, pihak yang berunding bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa terdiri daripada hakim dan ahli politik untuk mengkaji pindaan dalam perundangan dan perlembagaan negara pada minggu pertama Mac depan

Mereka juga bersetuju untuk membuka pejabat aduan terhadap layanan yang dialami tahanan politik, menarik balik larangan terhadap media serta menarik balik undang-undang darurat bergantung kepada keadaan keselamatan.

Mahmud Ezzat,(gambar) pemimpin nombor dua Ikhwan al-Muslimin memberitahu AFP bahawa kumpulannya sudah menarik diri daripada rundingan itu kerana ia tidak memberi manfaat dan mahu protes jalanan diteruskan.

"Salah satu tuntutan kami ialah Presiden mesti meletakkan jawatan," katanya.

No comments: