Monday, February 7, 2011

Kerajaan PR batalkan projek merugikan rakyat

Tidak Untungkan Rakyat: Batal Projek Tebatan Banjir Canal City


SHAH ALAM, 7 Feb. : Tidak beri manfaat kepada rakyat Selangor adalah sebab utama projek tebatan banjir Canal City yang menghubungkan Sungai Klang hingga ke Sungai Langat dibatalkan.

Menurut Pejabat Menteri Besar Selangor, perkara itu dijelaskan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pertemuannya dengan Datuk Bandar, Yang Dipertua kerajaan tempatan dan syarikat perunding yang terlibat langsung dengan pelaburan negeri di Shah Alam hari ini.

Turut dijelaskan ialah berkenaan pengambilan semula tanah lebih 4,000 ekar yang diberikan oleh kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional (BN) kepada syarikat pemaju, Talam Corporation Berhad, termasuk hutang-hutang tertunggak.

Dalam pertemuan itu, Khalid mengambil peluang menasihatkan syarikat perunding supaya mematuhi peraturan dan prosedur untuk mengelak timbul masalah dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), yang mungkin menganggu kelulusan sesuatu perancangan.

Katanya, syarikat perunding perlu membayar premium tanah manakala setiap pembangunan pula perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa serta syarat-syarat lain yang ditetapkan.

“Misi kerajaan negeri adalah mempermudahkan urusan dan mesra pelabur tetapi syarikat perunding yang dilantik pelabur asing atau tempatan perlu mematuhi semua peraturan dan prosedur,” kata Menteri Besar yang berdialog dengan beberapa wakil syarikat perunding.

No comments: