Monday, February 7, 2011

PKR ada 400,000 ahli, mustahil untuk puaskan hati semua orang

Jangan hanya salah Anwar

http://2.bp.blogspot.com/_R6Y-1SztmxY/TLwzCxC4pmI/AAAAAAAABE4/Ti3ahq-Z6AE/s400/rafizi.jpgKUALA TERENGGANU, 7 Feb. : Bekas Ketua Penerangan PKR Terengganu, Rafzi Ramli melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya seorang manusia biasa yang diberi peranan memimpin parti itu.

Menurut Rafzi, sebagai manusia, Anwar yang merupakan Penasihat PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak akan mampu memenuhi permintaan dan memuaskan hati semua pihak khususnya 400,000 ahli parti itu.

Sehubungan itu katanya, tidak sepatutnya mereka yang bertindak keluar daripada parti menyalahkan Anwar atas keputusan tersebut kerana Ketua Pembangkang itu tidak berdaya untuk memenuhi kemahuan mereka.

“Kita ada 400,000 ahli, mustahil untuk kita puaskan hati semua orang dan oleh itu, tidak sepatutnya Anwar terus dipersalahkan setiap kali ada pemimpin PKR keluar parti kerana itu tidak adil bagi beliau.

“Memang tidak dinafikan ada yang tidak puas hati, malah saya sendiri juga ada tidak setuju dengan PKR tapi saya mengambil pendekatan menegur dan berbincang, bukan keluar parti serta kritik pemimpin,” katanya.

Menurutnya, Anwar hanya manusia biasa, jadi teguran itu penting supaya segala kelemahan dan kesilapan dapat diperbetulkan demi kebaikan bersama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan N Gobalakrishnan yang meluahkan rasa kecewanya terhadap Anwar kerana dikatakan hanya mendengar cakap Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tanpa mengira pandangan orang lain.

Perasaan kecewa itu telah menyebabkan Ahli Parlimen Padang Serai itu mengambil keputusan keluar PKR berkuat kuasa serta-merta dengan turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai.

Mengulas lanjut, Rafzi memberitahu, beliau menghormati keputusan N Gobalakrishnan meninggalkan parti dan perkembangan itu tidak akan menjejaskan kedudukan PKR.

Beliau berkata, PKR akan tetap utuh dan kuat walau beberapa pemimpinnya keluar parti, kerana perkara sama pernah berlaku sebelum ini.SH

No comments: