Monday, February 7, 2011

Rakyat boleh baca arahan MB Selangor kepada SUK , selepas ini rakyat dapat nilai sendiri kerja SUK!!

Arahan Pertama MB Pada Khusrin


SHAH ALAM 7 Feb.: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohamad Khusrin Munawi di pejabatnya minggu lalu.

"Walaupun kerajaan negeri masih berpendirian bahawa DYMM Sultan dan Menteri Besar seharusnya berperanan dalam pelantikan Setiausaha Negeri, pertemuan ini diadakan demi memastikan keperluan rakyat Selangor diutamakan dan pentadbiran negeri terus berjalan dengan lancar," kenyataan itu dipetik.

Dalam pertemuan tersebut, Menteri Besar mengarahkan Mohamad Khusrin untuk memberi keutamaan kepada hartanah milik Kerajaan Selangor, terutamanya yang terbiar dan bermasalah.

Menteri Besar telah memberitahu Mohamad Khusrin bahawa beliau perlu bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan hartanah milikan Kerajaan Selangor ini dijaga dengan baik.

"Tan Sri Abdul Khalid juga menyarankan supaya Mohamad Khusrin mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik," katanya lagi.

Seterusnya, Menteri Besar mengarahkan Mohamad Khusrin menyediakan laporan dari semasa ke semasa kepada Kerajaan Negeri mengenai maklumat terkini hartanah milik Kerajaan Selangor, demi mengenal pasti nilai tanah yang terbiar dan bermasalah.

Mohamad Khusrin juga diminta meneruskan usaha-usaha Kerajaan Selangor menangani masalah kecurian pasir yang boleh menggangu pendapatan kerajaan negeri yang mana Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah menunjukkan kejayaan cemerlang menerusi peningkatan pembayaran royalti yang berlipat kali ganda sejak 2008.

3 comments:

Hamdan Rukun said...

SAMA MACAM ARAHAN NIZAR DULU. SEBELUM HAK MILIK 999 TAHUN DIBERI KEPADA ORANG BUKAN ISLAM DAN 99 TAHUN KEPADA ORANG ISLAM DI PERAK.

SAMA SANGAT. KITA TUNGGULAH TENGOK.

Anonymous said...

celah mana yang sama tu abang luncah?

PASPB said...

Luncai, What did you say? Did you write in a toilet? Bad smell , i think more visitors agree with me