Monday, February 7, 2011

Pengarah Syabas berceramah atas pentas Umno

Bukti Syabas dan Umno bersatu menidas rakyat Selangor

http://tvsnews.net/v1/news_images_upload/umno-syabas2.jpgSudah terang lagi bersuluh, itulah kerjasama Syabas dan Umno menentang Kerajaan Negeri Selangor. Terbaru, Pengarah Syarikat Syabas naik ke pentas Umno menghentam kerajaan negeri.

Katanya, tarif air Selangor lebih rendah berbanding negara lain. Maksudnya, Syabas masih dengan hasrat nak cekik darah rakyat Selangor.

Umno pula bersama Syabas , sediakan pentas untuk Syabas. Rakyat Selangor sedang memerhati sandiwara Umno Selangor kononnya membela rakyat tetapi sokong Syabas tindas rakyat.

Tarif air masih rendah


SHAH ALAM , 8 Feb. : Pengarah Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, tarif air yang diperkenalkan syarikat itu masih rendah jika dibandingkan dengan negara lain.

”Tarif air kita masih lagi rendah dan apa yang dicadangkan itu telah dibincangkan dengan panjang lebar di antara Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Syabas sendiri.

”Tidak perlulah kita risau, takut dengan tuduhan yang mengatakan Syabas bercadang menaikkan tarif sebanyak 37 peratus kerana tarif ini hanya dapat dinaikkan sekiranya Syabas bejaya mencapai KPI yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah anjuran UMNO Selangor yang bertajuk ‘Siapa Derhaka’, di Seksyen 16 Shah Alam, kelmarin.

Beliau berkata, kehadirannya di pentas UMNO Selangor ini bukan untuk mempolitikkan isu antara Syabas dengan Kerajaan Negeri, sebaliknya untuk menerangkan isu sebenar kepada rakyat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsuddin Lias pula menggesa rakyat negeri ini tidak tertipu dengan propaganda Kerajaan Negeri dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohd Khusrin Munawi.

”Rakyat Selangor jangan tertipu dengan helah mereka dalam isu ini, kerana mereka hanya bertindak sedemikian untuk kepentingan politik semata-mata,” katanya.SH

No comments: