Monday, February 7, 2011

Umno amal politik keliru rakyat

Jangan politik isu My Balik Pulau

http://penangbest.com/wp-content/uploads/2009/03/balik_pulau4.jpgBALIK PULAU, 7 Feb. : Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyarankan agar isu risalah My Balik Pulau tidak diperbesarkan.

Ini kerana penerbitan bahan bacaan itu bertujuan menyalurkan maklumat kepada masyarakat setempat tanpa ada muslihat tersembunyi.

Yusmadi berkata, bukan menjadi inisiatif Kerajaan Negeri untuk mencetak dan mengedarkan risalah menggunakan fakta sejarah yang tidak tepat untuk bacaan umum.

“Kita semua sedia maklum bahawa, risalah itu diterbitkan Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang yang merupakan salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) walaupun dibiayai Majlis Pendidikan Pulau Pinang.

“Persatuan ini giat mengaktifkan dan mengembangkan seni kebudayaan masyarakat Balik Pulau walaupun majoriti ahlinya bukanlah penduduk asal, “ katanya ketika menghadiri Program Kesihatan Kampung Titi Teras semalam.

Yusmadi berkata, semua pihak sewajarnya membantu dan menyokong usaha dalam melaksanakan bahan bacaan untuk masyarakat setempat kerana tidak banyak NGO di negeri ini yang tertumpu kepada pembangunan kebudayaan Balik Pulau.

Terdahulu, media menyiarkan Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid mendakwa bahawa risalah itu diedarkan oleh pihak tertentu yang berniat untuk mengaburi mata rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti penduduk Melayu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng pula memberi tempoh seminggu kepada beliau untuk menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka di atas sikap perkauman dan fitnah yang dilemparkan terhadap Kerajaan Negeri.

Yusmadi berpendapat Muhamad Farid tidak sewajarnya mempolitikkan isu itu, malah sepatutnya membantu membetulkan fakta sekiranya terdapat kesilapan dalam risalah itu.

“Beliau perlu menilai di antara usaha memartabatkan pendidikan atau gerak kerja politik yang dikira tidak kena pada tempat dan masanya.

“Sekiranya ada kesalahan, bantu mereka untuk membetulkannya semula, bukannya dengan mengaitkannya dengan isu politik.

“Sekiranya UMNO mahupun BN benar–benar telus dan mengambil berat mengenai isu ini, selesaikan dahulu polemik Interlok yang masih tergantung sehingga kini bagi mengelakkan kekeliruan rakyat semakin bercambah,” katanya.SH

No comments: