Saturday, October 20, 2007

Anak Perantau Wajib Turun Mengundi – Ust Azli

PARIT BUNTAR: Undi ahli-ahli PAS dan penyokong PAS yang tinggal di peratauan boleh membantu PAS mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan dengan itu Ketua Pemuda PAS Perak Ustaz Nor Azli bin Musa menyeru ahli-ahli PAS dan peyokong PAS berada di perantauan supaya kembali ke Parit Buntar di hari pilihan raya umum supaya mereka dapat mengudi.

Menurut beliau,dalam pilihan raya umum yang lalu di Kelantan ada satu DUN d mana PAS telah mencapai kemenangan dengan hanya sebanyak dua undi sahaja kerana undi ahli-ahli PAS dan penyokong PAS yang tinggal di perantauan balik mengundi di tempat mereka.

"Oleh itu atas pengalaman itu maka saya mahu semua semua ahli PAS dan penyokong PAS yang tinggal di perantauan supaya kembali di tempat mereka masing-masing di hari mengundi kerana undi mereka boleh membantu PAS mencapai kejayaan dalam pilihan raya umum akan datang," Jelasnya semasa berucap majlis anak perantauan sempena Aidil Fitri yang diadakan Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin diT iti Serung dekat sini baru-baru ini.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Parit Buntar kerana berjaya mengadakan program sedemikian setiap tahun dan sentiasa mendahalui Kawasan lain. Justeru ini membuktikan kesungguhan mengumpulkan anak perantau yang pulang berhari raya. Hasil sikap ini PAS Kawasan berpotensi mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum akan datang.

Beliau juga mengajak ahli-ahli PAS supaya membuat persedian untuk menghadapi pilihan umum dan anggaplah pilihan akan berlaku di bulan November tahun ini dan jangan anggap tahun depan dan jika ahli-ahli menganggap akan berlaku tahun hadapan dia bimbang ahli-ahli PAS masih leka kerana tidak membuat persedian untuk menghadapi pilihan raya.

Bercakap di majlis itu beliau yang menaruh harapan agar PAS akan mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya umum kali ini kerana banyak isu berlaku yang boleh membantu PAS mencapai kejayaan mengajak ahli-ahli PAS supaya berjihad melaksanakan gerak kerja Islam.

"Oleh itu marilah berjihad walaupun cara berjihad di negara ini tidak seperti di Palestin, Afhanistan, Kasmir iaitu melalui peperangan tetapi jika bekerja untuk Islam,menentang kezaliman juga dikira sebagai jihad dan jika mati insyaallah akan masuk syurga," Ujarnya yang mengingatkan masyarakat bahawa walaupun seseorang itu banyak melakukan amal ibadat tetapi belum tentu akan masuk Syurga jika tidak berjuang dalam perjuangan Islam.

Berucap di majlis yang sama beliau memuji bekas pemimpin Hamas Allahyarham Shaikh Mohamad Yasin walaupun anggutanya cacat tetapi beliau mempunyai semangat waja berjuang untuk menentang Yahudi akhirnya dia Syahid dalam perjuangan.

Justeru itu,oleh kerana melihat perkembangan itu kita yang sempurna angguta dan diberi Allah dalam keadaan sihat mengapa tidak mahu bangun untuk berjihad untuk menegak Islam dan menentang kezaliman.

Sementara itu dalam perkembangan yang lain beliau mengingatkan ahli PAS membunagkan sifat takut dalam diri setiap pejuang kerana di dalam pilihan raya umum UMNO yang menjadi tunggak Kerajaan Barisan Nasional akan menggunakan berbagai taktik kotor untuk menang dan menakutkan ahli-ahli PAS.

Sehubungan dengan itu beliau menasihatkan semua ahli PAS supaya menanam sifat berani untuk berdepan dengan berbagai cabaran yang bakal dibuat oleh BN dalam pilihan raya umum nanti dan jadikanlah peristiwa di Batu Buruk sebagai pengajaran bahawa BN memang suka menggunakan taktik kotor untuk menakutkan dan memburukkan ahli-ahli PAS..

Dalam perkembangan lain seorang anak perantau yang tinggal ditanjung Piandang bekerja di Sabah bernama Syariffudin bin Ahmad meminta PAS disini supaya menubuh Persatuan Anak Perantau supaya mereka dapat berjinak dengan PAS .

"Saya percaya kalau Persatuan Anak Perantauan dapat ditubuh di sini dan bukan atas nama PAS maka ramailah anak-anak perantauan akan menyertainya dan akhirnya mereka akan tertarik untuk menyertai PAS," Jelasnya yang juga meminta supaya persatuan ini yang tubuhkan nanti menubuhkan dana kewangan.

Diantara yang hadir dimajlis itu ialah bekas calon PAS di DUN Kuala Kurau Ustaz Drs Idham Lim Adbullah, bekas calon DUN PAS Titi Serong Azhar bin Haji Shahrin, YDP Kawasan Haji Harun bin Hashim dan anak-anak perantauan di sini.

Read more ...