Tuesday, April 24, 2012

UMNO MAKIN CEMAS!!! Pengusaha bas terima tekanan tidak bawa penyokong Bersih

NONE

Dengan tiga hari lagi menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, Himpunan Hijau menuduh Kementerian Pelancongan di belakang komplot untuk menghalang gerakan itu membawa penyokongnya dari Kuantan ke perhimpunan tersebut di Kuala Lumpur.

Presidennya, Wong Tack mendakwa pengusaha bas pelancongan di

Kuantan menerima tekanan daripada kementerian tersebut untuk tidak menyewa sebarang bas kepada gerakan anti-Lynas itu.

Ekoran itu, Wong (kanan) mendakwa, lapan bas pelancong yang sepatutnya membawa penyokong Himpunan ke Kuala Lumpur, telah menarik diri.


Walaupun mengakui beliau tidak mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya, tetapi Wong berkata pengusaha bas ada membayangkan perkara itu kepadanya.


"Saya tanya mereka (pengusaha bas) mengapa, tetapi mereka enggan cakap banyak, hanya membayangkan ia ada kaitan dengan 'periuk nasi' mereka," katanya kepada
Malaysiakini semalam.

Bagaimanapun, katanya, Himpunan Hijau akan mendapatkan bas kecil dan kereta persendirian sebagai alternatif untuk membawa penyokongnya ke ibunegara - kira-kira 250km dari Kuantan.


Himpunan Hijau, sebuah gabungan kumpulan alam sekitar yang

ditubuhkan untuk membantah loji nadir bumi dekat Kuantan, merancang menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada pagi 28 April, sebelum berarak ke Dataran Merdeka untuk menyertai BERSIH 3.0.

Wong mengutuk kementerian tersebut kerana didakwa mengancam dan menakut-nakutkan pengusaha bas dan menuntut penjelasan dari Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (kiri).


"Ini bertentangan dengan proses demokrasi. Mereka mesti menghormati kehendak rakyat," katanya./>

Read more ...

SIMBAH CAT RUMAH PEMIMPIN PAS!!! Bukan kerja Along tapi Samseng Taik Minyak


KUALA LUMPUR: Rumah AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman di Felda Ramun, Kulai, Johor disimbah cat merah oleh individu tidak dikenali, awal pagi tadi.

Mazlan berkata, perbuatan khianat itu disedari oleh isterinya yang belum tidur kira-kira jam 3.00 pagi tadi.

Isterinya mendengar derap tapak kaki di luar rumah dan mengejutkan beliau yang baru melelapkan mata.

Apabila mereka keluar melihat apa yang berlaku kira-kira lima minit kemudian, didapati bahagian beranda dan kaki lima rumah telah disimbah cat merah.

"Malam tadi saya ada ceramah dan pulang ke rumah agak lewat.
"Dalam jam tiga pagi, saya baru terlelap, dan isteri saya belum tidur lagi.

"Dia terbau cat yang kuat dan terus kejutkan saya. Apabila kami tengok di luar rumah, bahagian beranda dan kaki lima dikotori cat merah (gambar) tapi kejadian itu berlaku sangat pantas," kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini.

Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis hari ini berhubung kejadian itu.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat bagaimanapun yakin perbuatan khianat itu dilakukan oleh pihak yang tidak senang dengan perjuangannya dalam isu tanah dan Felda.

"Saya yakin ini merupakan satu usaha untuk menakutkan-nakutkan saya tapi saya tak gentar.

"Saya dah berada dalam PAS selama 30 tahun dan sudah hadapi macam-macam. Insya Allah saya boleh hadapi semua ini dan memberi semangat kepada saya untuk terus perjuangkan hak rakyat," tegas beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Tambah beliau lagi, perbuatan itu juga dilakukan menjelang Himpunan Tanah Rakyat di Plaza Angsana, Johor Bharu 5 Mei depan.

"Kita akan adakan himpunan tanah besar-besaran dan kita sudah buat roadshow ke seluruh tempat dan dedahkan perkara-perkara berkaitan isu tanah.

"Kita dedahkan bagaimana pemimpin Umno ada tanah yang banyak sedangkan rakyat yang buat permohonan 40 tahun tak dapat-dapat.

"Mungkin perbuatan ini untuk menggagalkan usaha kita memberi maklumat kepada rakyat," katanya.

Read more ...

WAJIB HADIR!!! Bersih 3.0 tentang proses pilihanraya tidak selari dengan Islam




Tok Guru Nik Aziz dan t shirt Bersih 3.0.Anda bila lagi,dah beli ke.Dah bersedia ke turun Dataran Merdeka 28 April ni...

Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hadir ke perhimpunan BERSIH pada 28 April ini wajib kerana ia diadakan untuk menentang ketidakadilan proses pilihan raya yang tidak selari dengan Islam.

"Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujarnya kepada akhbar rasmi PAS Harakah di pejabatnya di Kota Baharu hari ini.

Setiausaha akhbar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hari ini berkata, pemimpin nombor satu dalam parti Islam itu akan turun bersama dalam perhimpunan pada Sabtu ini.

Malah, kata Nasaie Ismail, PAS juga telah mengeluarkan arahan kepada semua ahli untuk turun beramai-ramai ke himpunan tersebut.

Mengulas soal pengundi hantu, yang termasuk dalam tuntutan BERSIH, Nik Aziz berkata ia jelas perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.

"Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya.

"Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya," beliau dipetik sebagai berkata.

Kemenangan 'haram'

Justeru, tambahnya ‘wajib' rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai menjayakan BERSIH 3.0 untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.

Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya ‘haram' di sisi Islam.

"Malah segala elaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakil rakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.

"Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,"ujarnya lagi.

Read more ...

MUHYIDDIN DATANG !!! Susahkan penduduk di Batu Maung

Saya memandang berat aduan penduduk Batu Maung, yang memaklumkan kepada saya bahawa mereka mengalami kesulitan kerana jalan masuk ke kediaman mereka akan ditutup selama beberapa hari, semata-mata untuk meraikan kedatangan Timbalan Perdana Menteri ke Batu Maung pada 26 April 2012. 

Ia membabitkan lebih 20 blok kediaman dan puluhan lagi rumah-rumah yang melibatkan ribuan keluarga. Penutupan jalan dirancang dari 22 hingga 28 April bagi majlis yang dirancang pada 26hb April 2012.

Bahkan, saya juga menerima aduan daripada para peniaga pasar malam di Lebuhraya Batu Maung yang kebanyakan berbangsa Melayu, di mana rezeki mereka akan terjejas lantaran tidak dapat menjalankan perniagaan kerana tapak perniagaan mereka akan digunakan untuk persiapan majlis berkenaan. Dua pasar malam yang akan terlibat iaitu hari Ahad 22 April dan 24 April hari Selasa.

Justeru, bertindak atas aduan penduduk yang saya wakili, saya bergegas ke tempat tapak berkenaan pada 22/4 hari Ahad jam 11pagi dan mendapati aduan penduduk berasas. 

Hasil siasatan pihak saya mendapati pihak berkenaan telah menggunakan jalan tersebut tanpa kebenaran pihak berkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kerajaan Negeri.

Tindakan pihak berkenaan menutup jalan dan laluan orang ramai tanpa kebenaran pihak berkuasa, menyalahi Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan dan menyalahi undang-undang kecil MPPP berhubung pembinaan di atas jalan raya.

Tindakan mereka jelas tidak menghormati undang-undang, bahkan membelakangkan kepentingan rakyat Batu Maung, yang akan menyebabkan kesusahan dan kerugian.

Lantaran itu, saya telah meminta pihak kontraktor memindahkan barang-barang dari lokasi ini dengan kerjasama pihak Penguatkuasa MPPP, pihak PDRM juga hadir dan selepas kira 3 jam pihak kontraktor beredar dan membuka jalan ini. 

Semasa itu peniaga pasar malam telah mula sampai dan kelihatan marah dan gelisah sebab persiapan perniagaan mereka seperti makanan dan bahan mentah seperti ikan, sayur akan rosak dan terpaksa menangung kerugian. 

Saya juga bertanya sebab apa pihak penganjur tidak mengunakan Padang Taman  Iping yang luas atau dewan-dewan yang ada di sekitaran.

YB Haji Malik

Sharpshooter

Read more ...

HEBATNYA MELAYU UMNO!!! Jadi Kuda Tunggangan Parti Gerakan



Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang sinis pelantikan Teng Chang Yeow, Setiausaha Parti Gerakan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang baru. 
Bagi DPPM, pelantikan Tang Chang Yeow menunjukkan wajah sebenar UMNO yang begitu lantang sebelum ini membela nasib dan ketuanan Melayu di Pulau Pinang namun menjadi lembik dan terkulai apabila Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Pengerusi BN yang baharu.
 
Keputusan pelantikan Tan Chang Yeow tidak memeranjatkan namun ia memperlihatkan lemahnya pemimpin UMNO Pulau Pinang sehingga tidak layak dilantik ke jawatan tersebut. 
 
DPPM merasa hairan kerana dalam keadaan Parti Gerakan yang tidak memenangi sebarang kerusi di Pulau Pinang, mereka masih diberikan tempat istimewa sebagai Pengerusi BN. Sebaliknya jumlah kerusi BN di Pulau Pinang banyak dimenangi oleh UMNO, tetapi mereka ditolak ke tepi. 
 
Keadaan ini menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya ‘kuda tunggangan’ Parti Gerakan sehingga akur dan tunduk dengan kehendak parti tersebut.Pelantikan ini pastinya sebagai tamparan hebat kepada pemimpin ultra Melayu Pulau Pinang. Dimana perginya suara lantang pemimpin Melayu UMNO Pulau Pinang yang kononnya mahu membela umat Melayu di sana. 
 
Mengapa tidak ada satu suara pun yang bangkit menentang keputusan Presiden UMNO agar pemimpin UMNO diangkat sebagai Pengerusi BN. Pemimpin UMNO P.Pinang sepatutnya merasa tercabar kerana mereka dipandang lekeh oleh pucuk pimpinan UMNO sehingga tidak dipandang langsung untuk mengetuai BN di sana.Mungkin juga Pengerusi BN yang baharu ini berbeza dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Sdr Lim Guan Eng dari segi pendekatan. 
 
Mungkin Pengerusi BN ini telah berjanji untuk memartabatkan bangsa Melayu dan umat Islam di Pulau Pinang. Mungkin juga umat Islam di Pulau Pinang akan semakin terbela di bawah pemerintahan ‘Khalifah’ Tan Chang Yeow sekiranya BN menang di Pulau Pinang. Atau mungkin juga UMNO telah men transformasikan parti mereka untuk menerima bangsa lain sebagai pemimpin mereka dan pemimpin negara ini.
/>

Read more ...

PAS Parit Buntar teruskan program kebajikan walaupun penduduk terima ugutan



Image010-3.jpg
PARIT BUNTAR : PAS Parit Buntar akan meneruskan program kebajikan kepada rakyat walaupun rakyat diberi ugutan pihak tertentu untuk tidak menghadirinya.

Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa berkata, PAS Parit Buntar telah lama mendepani agenda kebajikan demi kesejahteraan rakyat di Parit Buntar.

“ Kita mengadakan program kebajikan kepada rakyat secara berterusan tidak bertumpu di musim pilihanraya sahaja.

“ Malah, PAS Parit Buntar tidak menjadikan alasan sebagai parti pembangkang untuk tidak membantu rakyat” katanya

Bahrain mengulas tindakan pihak tertentu yang membuat laporan kepada pihak polis terhadap program khidmat kesihatan percuma anjuran PAS Parit Buntar di sini.

“ Tindakan berkenaan bertujuan menakut-nakutkan penduduk dengan kehadiran polis , seolah-olah program berkenaan menyalahi undang-undang.

“ Malah, penduduk juga menerima ugutan dari pihak tertentu supaya tidak menghadiri program berkenaan” katanya

Beliau bersyukur kerana  penduduk setempat dari pelbagai kaum tetap hadir beramai-ramai dan tidak mengendahkan ugutan berkenaan.

“ Dah banyak program kebajikan yang PAS Parit Buntar buat secara berterusan, kenapa dah hampir pilihanraya baru pihak berkenaan membuat ugutan kepada penduduk.

“  Namun saya ucap terima kasih kepada penduduk , walaupun diugut mereka ramai yang hadir dapatkan kaunseling kesihatan dari doktor sukarela” katanya 

Gambar lagi di PAS Parit Buntar teruskan program kebajikan walaupun penduduk terima ugutan 

Read more ...

BN TAWAN SELANGOR & KEDAH!!! Hakikatnya angan-angan tapi bakal jadi kenyataan melalui penipuan SPR


Sekiranya Barisan Nasional (BN) yakin menawan Selangor dan Kedah, Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah Kerajaan Negeri sejak Mac 2008 yakin mengekalkan kuasa selain menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, kenyataan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pihaknya berkeyakinan akan menawan Selangor adalah tidak tepat.


Tengku Adnan dalam temu bual bersama Sinar Harian semalam berkata BN yakin dapat merampas semula Selangor dan Kedah dalam PRU13 berdasarkan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat terhadap perikatan itu.


Beliau berkeyakinan begitu kerana pengundi di kedua-dua negeri telah menyedari kesilapan mereka dengan menyokong PR.


Selangor dan Kedah adalah antara empat negeri kini dikuasai PR.


Dua negeri lain ialah Kelantan dan Pulau Pinang.


Mengulas lanjut, Iskandar berkata, berdasarkan pemantauan jentera PR di Selangor, arah aliran sokongan terhadap perikatan itu semakin meningkat berbanding 2008.


“Kita yakin bukan sahaja Selangor dapat dipertahankan, malah Putrajaya pun mampu ditawan oleh PR dalam pilihan raya akan datang.


“Ini kerana jumlah sokongan yang diterima oleh PR semikin meningkat termasuk peningkatan pengundi Cina sebanyak 80 peratus dan pengundi Melayu hampir 60 peratus," katanya kepada Sinar Harian hari ini.


Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menegaskan, pembangkang gagal memberikan pembangunan dan kemudahan yang dijanjikan seperti yang dilakukan oleh BN sebelum ini.


Tengku Adnan berkata, BN juga akan melaksanakan Kabinet bayangan bagi kesemua negeri yang diperintah oleh pembangkang, ia bertujuan untuk memberitahu rakyat bahawa BN bersedia untuk merampas dan memerintah negeri tersebut.


Sementara itu, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim pula menegaskan kenyataan Tengku Adnan itu hanya untuk menaikkan semangat ahli BN di negeri ini sahaja.


Menurutnya, situasi sebenar di Selangor adalah berbeza sekali dengan kenyataan tersebut kerana rakyat masih menyokong penuh pentadbiran PR yang diketuai  Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


"Beliau terpaksa berbuat demikian untuk menaikkan semangat ahli di negeri ini, hakikatnya, kami masih berkeyakinan akan mengekalkan Selangor sekiranya PRU13 adil dan bersih," katanya.


Sementara itu, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari pula menegaskan, sehingga kini tiada pemimpin BN Selangor yang mampu menandingi kredibiliti menteri besar.


Menurutnya, hampir kesemua pemimpin BN Selangor bermasalah termasuk Ketua Pembangkang Negeri, Satim Diman yang pernah dikaitkan dengan keuntungan jutaan ringgit hasil penjualan tanah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).


"Umno jangan bermimpi di siang hari untuk menawan Selangor kerana negeri ini akan kekal dengan kerajaan sekarang, malah Putrajaya juga ditawan PR," katanya.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik itu berkata, berdasarkan rekod semasa menteri besar telah menunjukkan komitmen tinggi memajukan negeri dan membantu rakyat.


"Kesungguhan Abdul Khalid memperkenalkan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor dan Hasil Negeri Untuk Rakyat jelas mengurangkan beban dan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat," katanya.

Read more ...

5000 RAKYAT DEMO BANTAH!!! UMNO rampas tanah orang Melayu


Pemimpin-pemimpin UMNO sering mendakwa bahawa hanya UMNO yang mampu memperjuangkan dan membela nasib bangsa Melayu di Negara ini..

Malah mereka juga sering menakut-nakutkan penyokong mereka dengan momokan kononnya jika kuasa mentadbir Negara terlepas dari tangan UMNO, maka Melayu akan terpinggir..

Hinggakan ada pemimpin UMNO mengatakan andaikata Najib didakwa di Perancis kerana kes rasuah Kapal Selam, Negara ini akan kucar-kacir..


Oleh itu penyokong mereka diperbodohkan agar terus menyokong pemimpin-pemimpin UMNO biarpun mereka itu jelas terpalit dengan berbagai masaalah..


Kerana terpedaya melaunglah penyokong mereka HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!!


Di Kuala Terengganu hari ini.. lebih dari 5,000 orang Melayu yang diperintah oleh UMNO yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu, telah mengadakan demo membantah rampasan tanah Melayu oleh UMNO di perkarangan Wisma Darul Iman.


Mereka membuat bantahan terhadap siri perampasan tanah yang dibuat oleh kerajaan negeri yang dikuasai UMNO di lima kawasan berasingan di seluruh negeri.


Kawasan-kawasan itu adalah :


1) Tanah sekolah rendah Islam Darul Bayan, Paka, Dungun,

2) Tanah rakyat di Banggol Donas, Kuala Terengganu,
3) Tanah petani di Kampung Jelapang, Langkap,
4) Tanah peneroka jenerasi kedua di Paka, Dungun dan
5) Tanah rakyat di Kubang Labi, Banggol, Permasuri, Setiu.

Dimanakah apa yang dikatakan sebagai membela nasib Melayu itu jika tanah milik Melayu di rampas oleh UMNO sendiri?


UMNO MEMBELA atau MEMBELA+SAH MELAYU?


Berikut adalah laporan dari Buletin Online..

 
10, 000 Turun Berdemo Depan Wisma Darul Iman .

KUALA TERENGGANU – Lima memorandum rakyat telah diserahkan sendiri oleh wakil-wakil Jawatankuasa terbabit dengan rampasan tanah kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said di Wisma Darul Iman, disini, Selasa 24 April.

Dr Azman Ibrahim mewakili Jawatakuasa Bertindak Tanah RTB Kubang Labi, Haji Muhyiddin Abdul Rashid mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Jelapang.
 
Shalahuddin Jaafar mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Generasi Kedua Felda, Che Wan Musatafa Che Wan Kaman mewakili Sekolah Rendah Islam Darul Bayan dan Salleh Embong mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas telah bertemu Ahmad said diluar Dewan Undangan Negeri Wisma pada kira-kira jam 11 pagi.

Sebelum itu mereka bersama-sama kira-kira 10,000 orang rakyat Terengganu mengadakan demonstrasi aman membantah membantah rampasan tanah yang dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.


Lagi gambar-gambar dan juga laporan penuh sila lihat di
SINI

Read more ...

TERKINI!!! Dataran Merdeka ditutup bukti kerajaan Najib UMNO takut kebangkitan rakyat


Aik?

Dorang tutup dataran merdeka beb.

Dorang pagar dengan pagar besi, pita kuning dan benda alah kotak2 tue. Apa ke nama dia tah aku tatau. Maksudnya disini pada 28 april nanti kena rempuh arh ke lokasi tersebut kalau nak duduk dan bantah. Alamak aii.. tak boleh nya nak bantah elok2. Kasi arh chance weh. 

Aku tak pasti samada seluruh kawasan dataran merdeka akan di pagari ataupun hanya tempat perkhemahan jek yang telah dipagari. Sapa2 yang berada di lokasi or berhampiran boleh larh tolong tinjau2kan suasana dan inform kat kami disini.

Alamak aiii.. tak sangka DBKL semakin lama semakin tegas. Mungkin sebab nak dekat2 BERSIH kot.. adoiii.. ari tue hishammuddin cakap lain.. sekarang lain pula tindakan nya.. apa citer seme neh beb?

Harus di ingat dataran merdeka harta awam bukan hak sesiapa pun. Dengar citer mdc pernah anjurkan program kat situ.. so program mcd = bertaraf nasional ka beb? Sapa2 ada info pasal neh tolong bagi detail sat.. Nak tunjuk kat orang betapa bias nya layanan mereka terhadap bersih.

Ameno : Depa buat macam bersih 2 larh neh.. 

Read more ...