Thursday, June 2, 2011

Fitnah II : Polis belum buat persiapan agar Najib dan Rosmah disoal



Isnin ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membela diri dalam kes liwat kedua yang dihadapinya, namun sehingga hari ini pihak polis masih belum membuat sebarang persiapan agar peguamnnya boleh menyoal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib dan Rosmah adalah antara 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Anwar membela dirinya atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Menurut peguam Anwar Sankara Nair, pihaknya telah menyenaraikan 25 daripada 71 saksi yang dicadang dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.

"Kita serahkan senarai itu kepada pihak pendakwaan pada 16 Mei (apabila hakim memutuskan terdapat kes prima facie terhadap Anwar). Namun sepanjang tiga minggu lalu, mereka hanya dapat membekalkan lima saksi kepada kita.

"Mereka juga tidak dapat pastikan bila mereka boleh bawa perdana menteri dan isterinya,” kata Sankara kepada Malaysiakini.

Lima saksi yang telah disoal oleh peguam pembelaan adalah bekas olahragawati negara, Datuk Mumtaz Jaafar, yang Saiful menceritakan kejadian liwat itu; pegawai khas timbalan perdana menteri, Khairil Annas Jusoh, yang berjumpa dengan Saiful; Dr Mohd Osman Abdul Hamid, doktor pertama yang memeriksa dan merawat Saiful selepas mendakwa diliwat; seorang pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai 'Dr Daniel'; serta kakak Saiful, Saidati.

Anwar didakwa meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara condominium antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Malaysiakini

Read more ...

Hanya Melayu yang kurang bijak menyokong UMNO.

KUALA LUMPUR: Orang Melayu, terutama golongan kelas pertengahan sudah bijak berfikir untuk menolak Umno yang sarat dengan rasuah dan politik kotor, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abas.

Beliau mengulas pendedahan pusat kajian antarabangsa, Unit Kecemerlangan Penganalisis Ekonomi (EIU) yang melaporkan bahawa Umno semakin hilang sokongan daripada Melayu, khususnya Melayu pertengahan.

“Sekiranya laporan yang mendedahkan bahawa Umno semakin hilang sokongan Melayu terutamanya golongan pertengahan, saya rasa itu bukan satu perkara yang janggal, memandangkan rakyat sekarang berpengetahuan luas dan bijak berfikir,”


“Golongan pertengahan dan bandar khususnya, mempunyai pemikiran yang luas dan mendapat maklumat melalui pembacaan daripada media baru dari internet,”kata beliau ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Kamarul berkata, kezaliman dan pengkhianatan yang dilakukan Umno terhadap kaum Melayu menyebabkan orang Melayu semakin hilang kepercayaan terhadap parti itu.

Ia disebabkan amalan rasuah, ketirisan dan pembaziran yang dilakukan pimpinan mereka dengan tujuan mengkayakan segelintir kroni, sedangkan rakyat pula hidup susah.

Contoh lain, katanya, Umno tergamak melesapkan sebanyak RM52 bilion saham bumiputera sejak ia diperkenalkan pada 1980 an bertujuan untuk meningkatkan martabat ekonomi di kalangan Melayu.

Sementara amalan politik kotor seperti penyebaran video fitnah dan lucah untuk menjatuhkan lawan, yang dianjurkan Umno menjadikan orang Melayu bertambah meluat.

“Mereka boleh melihat dengan jelas bagaimana Umno menganjurkan politik kotor yang tidak mencerminkan budaya orang Melayu sebab itu mereka sudah meluat dengan gelagat Umno,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Teluk Kemang.

“Paling mudah kita ambil contoh isu penyebaran video lucah yang sehingga kini, individu bertanggungjawab mengedar dan menayangkannya masih bebas. Tetapi penularan video lucah juga tetap tidak dikawal oleh kerajaan.

“Sebab ini juga orang Melayu mula berfikir bahawa kerajaan tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, tetapi merosakkan lagi pemikiran rakyat dengan cerita lucah,” katanya.

Laporan terbaru EIU itu menyebut bahawa kehilangan sokongan di kalangan Melayu kelas pertengahan terhadap Umno, berpunca amalan rasuah dan politik kotor yang dilakukan parti pemerintah itu.

Menurut laporan itu lagi, kelompok ini dikatakan mendapat maklumat meluas dan pembacaan yang lebih terbuka dari media baru di internet.


http://www.keadilandaily.com/?p=14656

Read more ...

Syyhhh.. lepas ni sapa ada kad ahli UMNO boleh dapat diskaun harga barang

dari blog http://www.ikutsukaakuisa.co.cc

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjePYgVA6A9P7Yimu7xKFxOnpKxoOoz-1Ax7HscIo0ke4xaWat7d8ccVTEvhuUeu3ThuTSqXB9ptrw0756byER0MlqCqi23__RQOOy2eIZOMdj0aFcfhbAVjfnd3VMRmhyo4jMIrQTgFB25/s1600/ahli+umno.jpgTengahari tadi gua kantoi dengan sorang Dato dan beberapa mamat yang gua tak berapa kenal..., ini mesti kes nak tangkap projek nih hahahaha..., yang si Dato nih pulak mungkin dah agak lama tak berjumpa dengan gua.. boleh pulak ajak gua join sekali... dengan muka tak malu gua pun lepaklah sekali... peduli apa gua...

Dalam hati gua... kutuk2 jugak puak2 parti haramjadah umPORno... tapi bila tiap kali makan minum pow jer... diorang tuuuu... hahaha...

Lagipun perjumpaan tu pun secara tak sengaja di Hotel Bluewave Shah Alam, dalam dok bertanya khabar terlajak hingga ke makan tengahari... belasahhhh... jangan tak belasahhhh.... Dato bayar... kah..kah...kah....

Sembang2 soal business terus melalut soal parti lepas tu melalut soal kenaikkan harga barang, soal sokongan melayu... bla..bla...bla.... layan jelah..., gua pulak yang terasa macam ahli politik la pulak.. pasal bercakap isu negara... kah... kah... kah.... walau ada perkara2 yang membuatkan si Dato nih.. mengangkat kening suspicious dengan gua... dan air muka mamat sengal umPORno yang cuak setiap kali ada ungkapan gua yang kurang menyenangkan hati diorang... muakakakaaaaa... (sori beb.. gua bukannya kaki bodek ampu sana sini... hehehe...)

Dalam syok huha..huha.. tu... ada sorang mamat sengal nih... telah mencadangkan satu projek yang pada gua amat kreatif beb..., dan Dato nih kata sebenarnya pimpinan atasan umPORno pun ada ide yang sama jugak..., iaitu memberi diskaun kepada ahli2 umPORno setiap kali berbelanja membeli barang keperluan, ini bagi menarik sokongan dan kesetiaan ahli kepada parti.

Caranya..., setiap kali pembelian hendaklah menunjukkan kad keahlian umPORno dan secara automatik akan mendapat diskaun, berapa jumlah "percentage" diskaun belum dimuktamadkan... ianya masih lagi dalam bentuk kajian, kemungkinan akan di laksanakan sebelum PRU-13 bagi meraih sokongan undi melayu.

Masalahnya sekarang ini diorang sedang mengkaji implikasi yang bakal dipertikaikan oleh Pembangkang dan persediaan dari segi undang2.

Banyak lagi perancangan umPORno nih bagi menarik atau meraih sokongan ahli diorang yang berjuta tuuuu... yang mana diorang sendiri sedar kebanyakkan ahli umPORno dah berpaling tadah kerana tekanan ekonomi akibat kenaikkan harga minyak, gula, elektrik serta rantaian barangan lain.

Jadi dalam mengelentong rakyat dalam isu rasionalisasi ni.. diorang juga sedang mencari penyelesaian bagi mengekalkan sokongan pada parti....

Sekarang nih.. terpulang kepada pembangkang (PR) untuk "encounter" perancangan barisan nasional aka keraaa..jaan aka umPORno nih....

p/s: Syyyhhhh... lu orang semua tolong jangan bagitau sesiapa yang gua dah pecah lubang perancangan umPORno nih... terima kasih...

Read more ...

Rakyat anti kilang Lynas tapi UMNO sokong


http://cheanchung.files.wordpress.com/2011/03/no-to-lynas.jpg"Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kerajaan Barisan Nasional(BN) khususnya UMNO bermati-matian untuk mempertahankan kilang Lynas di Gebeng Kuantan. Penyertaan beberapa tokoh politik Pahang khususnya Bahazelan Wahab(SU UMNO Indera Mahkota),

Zaili Besar (YB BN Panching), Safri Aziz (Exco Tugas Khas Pahang), Dato’ Shamsuddin (S U Politik MB Pahang) dan Dato’ Zul (Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pahang) yang dilihat bersama-sama 100 penyokong mereka yang diketuai oleh Azmi Nasir, adik kepada bekas ADUN Beserah Jamal Nasir telah bertindak melampaui batas kemanusiaan, seperti binatang mengkasari dan memaki hamun bukan sahaja Pengarah BADAR (Badan Bertindak Anti-Lynas) Adnansura malah ADUN Beserah YB Syed Mohammad Syed Lonik dan YB Hjh.Fuziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan walaupun ketiga-tiga mereka dijemput secara rasmi oleh MITI untuk hadir di hadapan ‘panel bebas’ IAP yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diyakini tidak bebas di Hyatt Teluk Cempedak Kuantan baru-baru ini.

Pendedahan terbaru pahangdaily.blogspot.com jelas mengukuhkan fakta-fakta yang telah dibentangkan oleh jawatankuasa BADAR dan Save Malaysia, Stop Lynas sebelum ini bahawa ‘panel bebas’ IAP yang dikatakan tidak bebas itu dan diketuai oleh IAEA sendiri terbukti mempunyai hubungan langsung dengan adik kepada Menteri Besar Pahang iaitu Dato´ Muhammad Shahrul Ikram Yaakob yang pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penyelia atau ‘Governers’ IAEA sendiri (2009-2010).

Pendedah demi pendedahan yang mengejutkan ramai pihak bahawa operasi Kilang Lynas bukan sahaja berpotensi mengancam penduduk setempat dan kegiatan ekonomi khususnya yang berada di sekitar 30KM dari lokasi kilang itu dari ancaman sisa radioaktif yang boleh tersebar melalui udara, air dan tanah, penggunaan Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik sebanyak 704 tan sehari atau 257,012 tan setahun yang diketahui umum bertoksid tinggi dan bersifat menghakis itu juga boleh mengancam keselamatan, kesihatan dan persekitaran (Safety, Health, and Environment (SHE)) kesan dari Gas Radon yang diketahui umum penyebab 20,000 kematian di Eropah setiap tahun yang juga boleh tersebar melalui udara jika tidak diurusselia dengan baik oleh pihak pengurusan Lynas dan dipantau secara ketat oleh agensi pihak berkuasa.

Maklumat yang diperolehi oleh wakil Jawatankuasa Anti-Lynas dari Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (PEIA) dan Penilaian Kesan Radiologi (RIA) baru-baru ini juga mendedahkan bahawa Lynas akan menggunakan 500 meter padu sejam bekalan air untuk operasi harian mereka, satu jumlah penggunaan yang cukup besar dan dianggarkan melebihi penggunaan harian seluruh penduduk Kuantan termasuk menghasilkan air sisa yang dikatakan juga mengandungi sisa radioaktif yang dirawat dan dilepaskan ke sungai yang berhampiran. Persoalan seterusnya apakah yang akan berlaku jika air sisa itu gagal dirawat? Apakah juga akibatnya jika simpanan air sisa itu melimpah ke sungai yang berhampiran kerana beberapa sebab tertentu khususnya akibat banjir yang selalu melanda Kuantan?

Rakyat Pahang khususnya di Kuantan, setelah meneliti semua fakta-fakta yang sedia ada serta disokong dari pengalaman pahit rakyat akibat kelemahan pengurusan kewangan negara oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terbukti jelas bertanggungjawab di atas kerugian berbilion-bilion ringgit wang rakyat dari projek-projek yang terdahulu, amat tidak yakin, operasi Kilang Lynas di Gebeng Kuantan akan selamat sepenuhnya.

Semoga Allah S.W.T menyelamatkan kita semua dari kezaliman mutlak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah. Perubahan drastik amat ditagih di PRU-13 ini demi masa hadapan seluruh rakyat Malaysia.

Ayuh bersama Pakatan Rakyat(PR).

Wallahua’lam.
pemudatua.blogspot.com

Read more ...

Siti Zailah dan Dr. Mariah dinobat Ketua dan Timbalan Muslimat

SHAH ALAM, 2 Jun: Pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bagi sesi 2011/2013 menyaksikan Siti Zailah Mohd Yusof (gambar) menang jawatan Ketua DMPP menewaskan penyandang sebelumnya, Nuridah Salleh.

Perkara tersebut diumumkan timbalan pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Pusat, Datuk Wan Mutalib Embong sebentar tadi.

Bagi jawatan timbalan ketua pula dimenangi Dr. Siti Mariah Mahmud menewaskan pencabarnya Wan Hasrina Wan Hassan.

Manakala jawatan naib ketua kekal dengan Mumtaz Md Nawi menewaskan tiga pencabar lain iaitu Mastura Mohamad, Normala Sudirman dan Dr. Najihatussalehah Ahmad.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap

Nor Hashimah Deraman

Timbalan Pengerusi Tetap
Fatimah Ismail

KETUA
Siti Zailah Mohd Yusof, YB

TIMBALAN KETUA
Siti Mariah Mahmud, Dr

NAIB KETUA
Mumtaz Mohd Nawi

JAWATANKUASA KERJA
1. Aiman Athirah Al-Jundi
2. Halimah Ali, Dr. YB
3. Asiah Ali, Dr.
4. Aida @ Nurul Huda Yusof Rawa
5. Wan Ubaidah Omar, YB
6. Kartini Ahmad
7. Mastura Mohamad
8. Normala Sudirman
9. Azizah Khatib Mat
10. Rosni Adam
11. Najihatussolehan Ahmad, Dr.
12. Siti Aisyah Ghazali, YB

Pemeriksa kira-kira
1. Basmatul 'Uyun Yusof
2. Normilan Mamat

Read more ...

UMNO mahu jatuhkan Husam melalui fitnah blogger UMNO

Bodohnya nak sedekah kepada Syed Azidi - Husam

KUALA LUMPUR, 2 Jun: AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menafikan beliau memberikan duit sebanyak RM350,000 kepada seorang blogger, Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi.

"Adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat," kata Husam dalam kenyuataannya kepada Harakdaily.

Husam mengulas kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan Online yang mengaku menerima wang sebanyak itu dari wakil Husam di China.

Kenyataan itu ekoran dakwaan para blogger Umno kononnya Husam memberikan duit sebanyak itu kepada Syed Azidi untuk membantu kempen beliau menjelang muktamar ini.

Selain isu memberi wang kepada Syed Azidi, hampir semua blogger Umno menyerang Husam menjelang pemilihan kali ini.

Husam bertanding naib presiden PAS dan baru pulang dari India dan China untuk urusan kerajaan negeri Kelantan.

Berikut kenyataan penuh Husam:.

"Saya merujuk kepada kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan online dan dijangka akan disiarkan edisi cetak Utusan besok.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kehairanan saya terhadap minat Utusan yang terlalu nyata untuk mencampuri pemilihan PAS sejak 2008 yang lalu.

"Mengenai dakwaan Syed Azidi, saya merasa hairan dakwaan ini dikeluarkan pada hari terakhir sebelum pemilihan PAS esok hari di mana saya ikut bertanding.


"Adakah kerana beliau tahu bahawa dakwaan palsu beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan bagi mengelakkan tindakan seperti itu, ia dibangkitkan pada saat akhir seperti ini.
"Sampai hari ini saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun saya dan adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat.

"Mengnenai kononnya saya ada berbual melalui talipon dengan beliau kebelakangan ini, juga adalah palsu. Rekod talipon saya dan beliau boleh disemak.

"Namun saya akui beliau ada menghantar beberapa mesej seminggu dua yang lalu memaklumkan beliau menulis mengenai kenaikan harga minyak dan saya membalasnya sekali dengan berkata tahniah.

"Syed Azidi telah beberapa kali menimbulkan sensasi tetapi setiap kali sensasi itu berlalu, kredibiliti beliau semakin pudar."

Read more ...

Ust. Nik Abduh menang Timbalan Ketua Pemuda, Raja Ahmad Iskandar menang Naib Ketua Pemuda PAS Pusat

BERITA TERBARU

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRanL_NgqRvTIKlLfHN_4qyu6wpz0OGagBguSWgWa315CqwcmoIBK7LKomayjMEcEKqQ5Lu4mtXSRM6wHxKxG8_773fuwaxBQTC_LQQ9A6iQa_MhJhrWOcsfv5VuD9YHyN6yqxyXp04PZD/s320/Nik_Abduh.jpg

UST NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ MENANG TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj1uyFR5UKaDfxpp43Y84cVq0dLSNAMDfU5YhuNm8dzd9Pd5XPSLb05uRyVScoXDA8ZC35j5IU76DCKM2l4DvJ8MZ5jFnP9BaDdGbKr_0sEK3NtBjP335ks1GZ7vWjcKFgz5QRjfemLiHI/s200/Dr.+Raja+Ahmad+Al-Hiss+-+Setiausaha.jpg
RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS MENANG NAIB KETUA PEMUDA PAS PUSAT

Read more ...

PANAS : Najib dicabar tunjuk pasport, buktikan beliau bukan orang ketiga bersama Altantuya dan Razak Baginda


Misteri orang ketiga ke Macau,Najib dicabar tunjuk pasport

KEADILAN mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendedahkan rekod perjalanannya bagi membuktikan dirinya bukan individu ketiga yang dikatakan bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibuu dalam penerbangan ke Macau.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, Najib perlu tampil memberi penjelasan, sebelum perbicaraan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene itu dimulakan di Mahkamah Perancis, Julai ini.

“Saya harap Jabatan Imigresen tidak memadamkan rekod itu. Najib bukan sahaja perlu dianggap bersih, tetapi dia perlu dilihat bersih,” kata Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution pada sidang media di ibu pejabat Keadilan.

Pendedahan itu berikutan siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap skandal rasuah Scorpene- yang membawa kepada penemuan tiga e-tiket penerbangan ke Macau pada 2002.

Perjanjian RM6.27 bilion pembelian kapal selam berkenaan ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan syarikat Perancis, DCNS di mana Perimekar Sdn Bhd bertindak selaku orang tengah.

Perimekar dimiliki Ombak Laut, kepunyaan Abdul Razak Baginda dengan pemegang saham terbesar syarikat itu adalah isteri Razak.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebelum ini membongkar bahawa Razak, bersama Altantuya Shariibuu dan individu ketiga tidak dikenali, telah terbang ke Macau dipercayai berkaitan dengan urusan pembelian kapal selam berkenaan.

Ia didedahkan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.

Dalam sidang media hari ini, Saifuddin turut mendedahkan individu terbaru yang dipercayai berperanan dalam urusniaga pembelian kapal berkenaan, iaitu Timbalan Pengerusi Bousted Holdings Bhd, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Lodin juga dikatakan seorang pegawai di Kementerian Pertahanan yang turut mewakili kepentingan kerajaan Malaysia melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Saifuddin berkata, maklumat itu dibocorkan oleh kabel diplomatik Wikileaks melalui pendedahan Kedutaan Amerika Syarikat.

“Nordin adalah watak penting sewaktu Najib menjadi Menteri Pertahanan ketika urusniaga itu dilakukan pada tahun 2002,” katanya.

Keadilandaily

Read more ...