Monday, September 19, 2011

Adakah UMNO mahu tetamu kenamaan naik kereta Mercedes buruk di negeri PR?

MB Datuk Seri ustaz Azizan Razak membuat penjelasan

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri.

“Betul kita ada beli tetapi kereta itu lebih untuk kegunaan tetamu kenamaan yang datang ke negeri ini, bukan untuk saya sendiri guna. Saya sendiri lebih suka guna kereta lama KBV 8 yang dibeli oleh kerajaan dahulu. Walaupun kereta itu selalu rosak malah pernah breakdown di Kuala Lumpur tetapi setakat ini, saya masih gunakan yang itu,” katanya.

Mengenai kereta KCX 8, Azizan berkata, kereta itu pernah digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kunju-ngannya ke Kedah selain Tengku Mahkota Johor sewaktu mengikuti latihan penerjunan di Kuala Nerang selama seminggu, tidak lama dulu.

“Kita beli sebab ada keperluan. Hanya sebuah kereta dibeli untuk dijadikan kereta rasmi Menteri Besar yang turut digunakan oleh kenamaan yang datang ke Kedah,” katanya.

Azizan turut menyangkal dakwaan kononnya beliau cuba menyembunyikan kereta KCX 8, sebaliknya berkata, kereta itu jarang digunakan kerana tujuan asal adalah sebagai kereta rasmi tambahan untuk kenamaan.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, hanya sebuah kereta dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, manakala sebanyak lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dibeli pada 2010 bagi menggantikan kereta Exco dan pegawai kanan yang sering rosak.

“Takkan pula kereta yang sering rosak masih nak digunakan, sampai masa, tetap perlu digantikan, termasuklah kereta saya, sebab yang sedia ada selalu rosak, tak salah beli sebagai persediaan apabila kereta itu rosak,” katanya.

Menurutnya, beliau juga lebih gemar berulang alik untuk urusan rasmi di Kuala Lumpur dengan kereta berbanding kapal terbang, dan adalah wajar untuk memiliki dua kereta rasmi supaya urusannya tidak terjejas.

“Perjalanan dengan kereta lebih jimat berbanding tambang kapal terbang. Itu yang saya usahakan selain mudah untuk bergerak di sana. Dengan kapal terbang pun ada ketika jadual tertangguh. Sebagai ketua kerajaan, saya tak boleh ikut macam itu kerana ia melibatkan urusan negeri, jadi saya lebih suka guna kereta kerana ia mudah untuk kita buat perancangan,” katanya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan kereta Mercedes Benz KCX 8 dibeli Kerajaan Negeri.

“KCX 8 didaftarkan pada 20 Jun 2011, manakala KBV 8 didaftar 5 April 2006. Kedua-dua kenderaan itu didaftar bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,” katanya.

Beberapa penulis blog sebelum ini mempersoalkan pembelian kereta Mercedes Benz bernombor plet KCK 8 sama ada ia dibeli dengan wang Azizan sendiri ataupun oleh Kerajaan Negeri yang dikatakan berbelanja besar untuk kemewahan Menteri Besar.

Menjawab soalan :Sinar Harian:, Azizan menafikan ada membeli kereta bernombor plet KCK 8 sama ada oleh dirinya sendiri mahupun Kerajaan Negeri. Hal itu turut dinafikan Pengarah JPJ negeri yang mengatakan kereta KCK 8 didaftarkan bawah nama indidivu yang tidak kaitan dengan kerajaan.

Soalan yang ditanya kepada Azizan adalah merujuk pada pernyataan penulis blog yang merujuk kereta itu sebagai bernombor plet KCK 8, bukan KCX 8 manakala nombor plet pada gambar kereta yang dipaparkan pula tidak jelas.

Bagaimanapun selepas penjelasan Azizan disiarkan Sinar Harian yang menafikan kereta KCK 8 dibeli, Menteri Besar itu sebaliknya didakwa sengaja memutar belit kenyataan kerana isu sebenar adalah merujuk pada kereta bernombor plet KCX 8.

Sh

Read more ...

PANAS !!! Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal buat perangai lagi, lempar bom rumah Mat Sabu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQXN1rkUUuPTRdYyAa_WwthHMwTL6jcAtA2JT9c9YleB0OQV9o0NRZxS-NBpqOxR_iEGyAQ9aVbpEhNhFKgsTHqSnydK8G2TtrO9QanZN7aKoVi6cQfOMW1F1WGyF0jm9Jxh8sP7QXe7I/s1600/kupiah+tiga+jengkal.jpgJIKA sebelum ini, sekumpulan samseng United Malays No Otak dilaporkan telah menyerang rumah Mat Sabu di Guar Cempedak, rujuk sini [Panas]

Kali ini, maklumat yang diterima dari twitter Chegubard mendakwa bahawa rumah Mat Sabu telah dibaling dengan bom petrol pulak [Twitter].


Hishamuddin Rais turut menyiarkan bahawa ada cubaan untuk membakar rumah Mat Sabu di blog beliau. Bagaimana pun hanya pagar rumah Mat Sabu yang berjaya dibakar.

Tambah menghairankan, lampu jalan berhampiran turut terpadam seolah-olah sudah ada perancangan rapi dari si pengkhianat [Tukar Tiub].

Biasanya semut kat dalam hutan pun Polis boleh tahu IP Adressnya, boleh tahu alamat facebooknya malah boleh tahu tarikh lahir jirannya.

Kita lihat nanti betapa susahnya Polis nak tangkap pengkhianat yang baling bom petrol ni, cari jarum dalam laut pun tak susah macam ni.

ReJaM© "Kalau rumah Najib yang kena baling, tak sampai dua minit..."

Read more ...

MARI BACA!!! Kenapa janji Najib tak boleh percaya ?


Nak tau kenapa semua dah tak caya dengan malaon nama dia Najib ??

1) Kuat kencing tak basuh merata-rata

Tak habis-habis tipu sana, tipu sini

Kenapa sampai sekarang janji masa pilihanraya Permatang Pauh kat masjid dengan surau sampai sekarang tak selesai selesai

Ingat lagi pilihanraya Sibu?? Sapa yang cakap "You help me, I help you" kah kah kah...

Last-last abuk pun tarak bila kalah

2) Kuat entot-entot


Siapa yang kena letup dengan C4 kat Puncak Alam lepas jadi penyedap

Siapa yang terkantoi kat Port Dickson dengan "Sekebun cinta nan berbungaaa..."

3) Kuat ugut klepet


Macam mana Perak boleh jatuh kalau tak dengan ugutan Najib mintak Vinsetan RM58 juta beli Hee Yit Foong dengan dua ekor katak Jamaluddin Radzi dan Osman Jailu

Macam mana Nasaruddin yang dah masuk PKR tiba-tiba keluar jadi Umno-APCO balik kat Putrajaya kalau tak kena ugut dengan fail rasuah

Ada sapa-sapa lagi nak tambah "budi dan jasa" Najib jahanamkan Malaysia??

JALAN PULANG



Janji Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanyalah setelah Perdana Menteri sedar bahawa rakyat sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan kerajaannya.

Malah, janji itu juga dibuat selepas kerajaan Malaysia dikecam hebat di dalam dan luar negara berikutan salah guna kuasa serta kekerasan yang melampau pihak berkuasa terhadap pehimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.


Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, tekanan terhadap Najib daripada kalangan orang-orang kanan kerajaan sendiri membuatkan beliau terpaksa berjanji untuk memansuhkan ISA.


“Jika rakyat tidak percaya kepada janji Najib, ia adalah salahnya sendiri kerana rekodnya sebagai Perdana Menteri sejak April 2009 tidak menunjukkan dia berani melaksanakan apa yang dijanjikannya,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Roketkini.com.


Sehinggakan Najib terpaksa mempertahankan janji memansuhkan ISA itu kononnya ia adalah usaha BN sendiri walau pun rakyat melalui pelbagai NGO dan parti-parti pembangkang telah mendesaknya sejak lebih 40 dekad lalu.


Kit Siang berkata janji-janji Najib hanya boleh dipercayai jika beliau berani menangani lima persoalan utama:


* Adakah dengan pemansuhan ISA dan pindaaan undang-undang lain akan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang atau ia cuma umpan janji-janji pilihan raya BN?


* Adakah undang-undang yang akan menggantikan akta-akta zalim yang dimansuhkan itu bakal melahirkan undang-undang yang sama kejamnya dalam bentuk baru; contohnya, memansuhkan ISA tetapi menggubal undang-undang baru yang sama seperti ISA?


* Adakah Najib akan menyokong pemansuhan undang-undang zalim dan kejam seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi?


* Adakah Najib sanggup memansuhkan semua peruntukan dalam undang-undang yang selama ini telah memperlekehkan doktrin pemisahan kuasa termasuk yang tidak membenarkan penelitian semula (judicial review) terhadap keputusan kuasa eksekutif?


* Adakah Najib akan menyokong usul di Parlimen untuk menerima konvensyen-konvensyen hak asasi antarabangsa, khususnya Piagam PBB mengenai Hak Sivil dan Politik serta Piagam PBB mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya?


Kit Siang menegaskan kejayaan rakyat mendesak Najib untuk berjanji menghapuskan ISA adalah melalui usaha serius menentang penindasan dan penipuan kuasa, terutamanya melalui perhimpunan aman Bersih 2.0.


“Sebelum Najib berangan-angan mahu menjadikan Malaysia sebagai ‘negara demokrasi terbaik di dunia’, beliau perlu menjelaskan kepada rakyat, bila beliau mahu menarik balik pengharaman Bersih 2.0 dan bila beliau akan menarik balik tuduhan terhadap mereka yang ditangkap kerana kempen Bersih 2.0?” soalnya.

Read more ...

TAK SEDAQ DIRI!!!Mansuh ISA: Ada hati UMNO nak jadi juara

Perisytiharan penghapusan akta zalim ISA pada 15 September telah memenuhi dada-dada akhbar. Seperti lazimnya, juak-juak Umno, yang dulunya lantang melaungkan dan memperjuangkan pentingnya ISA dikekalkan, telah menebalkan muka dan memuji bertubi-tubi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang yang berani, tegas dan hebat.

NONE

Jika pujian itu diterima, secara logiknya - bukankah itu bermaksud dulu semua pemimpin Umno ini penakut, tiada ketegasan dan tiada kehebatan? Cuma sekarang saja ada keberanian.

Pada tahun 2009, kerajaan BN berkali-kali menegaskan bahawa dasar dan pendirian kerajaan adalah untuk mengkaji dan “bukannya memansuhkan ISA.”

Malah pada bulan Disember 2009, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa “semua pihak” sepakat Akta Keselamatatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan.

NONEPakatan Rakyat pula dalam Buku Jingganya pula menyatakan akan memansuhkan ISA. Apabila Pakatan Rakyat kata penghapusan akta zalim ini meniru idea dalam Buku Jingga, tiba-tiba bangkitlah beberapa orang menteri Umno amnesia yang menyatakan bahawa ini idea asli perdana menteri, bukannya tiru idea Buku Jingga.

Malah, Najib menyuarakan bahawa “inisiatif untuk memansuhkan ISA adalah keputusan dibuat kerajaan BN dan bukan perjuangan mana-mana pihak lain.”

NONEMana ia penghargaan kepada jasa-jasa pejuang-pejuang memansuhkan ISA selama ini? Tak akanlah disebabkan mereka ini rakyat jelata yang menyokong perjuangan samada dalam wadah pembangkang ataupun tidak, dalam menuntut memansuhkan ISA tiada kredit?

Siapakah pencetus inisiatif tersebut kalau bukan rakyat yang membantah kerajaan dalam isu ISA, terutamanya barisan pembangkang dulu, sehinggalah Pakatan Rakyat kini yang menyerang habis-habisan ugutan dan salahguna ISA oleh puak-puak kanan di dalam Umno, dan adik mereka PERKASA selama ini yang menggunakan akta ini demi kepentingan politik semata-mata?

NONETetiba, pejuang-pejuang yang dulunya bermati-matian nak kekalkan ISA hendak menjadi hero, yang hendak mansuhkan ISA sejak dulu pula sengaja diketepikan. Tindakan ini terus mengingatkan rakyat kepada nasib yang menimpa pejuang-pejuang haluan kiri pra-kemerdekaan… sejarah seolah-olah diulang tayang untuk membuka mata rakyat.

Tiru idea

Cukup marah nampaknya perdana menteri dan para pimpinan Umno apabila dikatakan mereka telah meniru idea orang lain - barangkali itu sebenarnya punca utama di sebalik penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa ahli parlimen dari Parlimen dalam kontroversi APCO kerana mereka juga pernah menyatakan idea 1Malaysia adalah hasil ciplak 1Israel.

NONEMedia perdana kini terus memberikan bayangan bahawa perdana menteri sedang disanjungi kerana keberaniannya dalam menghapuskan ISA sehinggakan Datuk Zaid Ibrahim perlu cepat-cepat memohon maaf kepada Najib kerana tersilap membuat andaian bahawa menyangka perdana menteri tidak berani, walaupun tiada apa-apa konkrit yang berlaku lagi selain pengumuman lisan beliau.

PAS akan meneliti secara dekat hasrat murni ini dengan hati-hati kerana pada masa yang sama, Najib turut mengumumkan untuk menggubal dua akta baru bagi menyekat golongan “pengganas” yang akan mencetuskan suasana huru-hara dan menggugat ketenteraman awam.

Tafsiran “pengganas” dan “ancaman” ini pula luas, tak tahulah ia mengikut tafsiran Umno-BN ataupun kerajaan memerintah? Semuanya masih samar dan tidak diketahui.

PAS akui keamanan negara menjadi keutamaan dan tiada pihak ingin melihat negara menjadi tidak aman.

Rakyat sering dikecewakan

Namun, kerajaan BN tidak boleh menyalahkan rakyat yang bersangka buruk pada pengumuman ini kerana rakyat sudah banyak kali dikecewakan.

NONEApa yang menjadi keraguan rakyat ialah kebanyakan akta digubal asalnya dengan tujuan yang sangat baik, tapi rakyat sedar apabila sampai sudut pelaksanaannya, ia sering kali disalahgunakan bukan untuk menjaga kepentingan negara, tapi hanya kepentingan Umno BN, terutamanya apabila hipokrisi mereka telah terlondeh dan nyawa-nyawa ikan.

Ini ditambah pula dengan pelbagai janji Umno BN yang jarang ditunaikan, terutamanya janji-janji yang ditaburkan semasa pilihan raya telah menyebabkan majoriti rakyat serik dengan pengumuman sedemikian.

Pada masa yang sama, rakyat kini dibelenggui satu persoalan yang amat mustahak - apakah jaminan yang boleh mereka harapkan dengan mengekalkan Umno-BN, selain ISA yang dijanjikan akan dimansuhkan, apakah jaminan bahawa penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, politik fitnah akan turut terhenti daripada terus berlaku itu?

azlanRakyat sebenarnya sedar bahawa tiada apa yang boleh dijamin dalam hal-hal sedemikian sekiranya Umno-BN dikekalkan. Tambahan pula, Najib sudahpun memberikan bayangan jaminan bahawa rakyat akan terpaksa menanggung kedatangan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) sekiranya Umno-BN kekal berkuasa selepas pilihanraya umum ke-13.

Oleh itu, jaminan terbaik sekarang untuk rakyat ialah dengan mengambil langkah berani untuk mencuba pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat untuk satu penggal bagi membolehkan segala janji yang diterterakan dalam Buku Jingga dilaksanakan selepas pilihanraya umum ke-13.

Percayalah kerajaan Pakatan Rakyat akan bersungguh-sungguh melaksanakan semua janji mereka kerana Pakatan Rakyat sedar 'rakyat' adalah bos mereka yang sebenar dan hakikatnya, tiada kerajaan yang hanya ingin berkuasa untuk satu penggal. Inilah jaminan yang lebih menyakinkan daripada terus mempercayai bahawa Umno-BN akan berubah satu hari nanti.


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Ketua Penerangan PAS.

Read more ...

KANTOI!! Lim Si Pin pun tabur fitnah, belajaq dari UMNO ?



Naib presiden PKR Tian Chua hari ini menuntut ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin supaya menarik balik dakwaan bahawa beliau memiliki sebuah kereta mewah bernilai RM800, 000 yang jauh melebihi kemampuannya.

Pada sidang akhbar bagi menjawap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, Chua berkata dakwaan bahawa beliau membeli kereta Mercedes Benz S-Class bertujuan memaparkan beliau seorang korup.

"Saya tuntut (bahawa dia) tarik balik sindirannya itu dan serangan peribadi ke atas saya kerana ,membayangkan bahawa saya terlibat dengan amalan-amalan yang tidak mengikut peraturan dan rasuah," katanya.

Lim, Sabtu lalu mempersoalkan bagaimana Chua sebagai ahli parlimen Batu dengan gaji RM8,000 sebulan mampu memiliki Mercedes Benz S-Class (kanan) bernilai RM800,000.

"Mercedes S-class ini tidak wujud dan saya tidak pernah menggunakannya.

Apa yang saya gunakan sekarang ialah kereta Mercedes E-Class (bernilai) RM90,000," kata Chua.

Berbekalkan dokumen pendaftaran dan pinjaman, Chua, yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, menjelaskan bahawa dia telah membeli kenderaan itu pada April tahun lalu selepas kereta Toyota Camry miliknya terlibat dalam kemalangan.

"Saya beli kereta Mercedes E-series terpakai.

Semasa membelinya, kereta itu sudah berusia lebih 10 tahun dan harganya adalah RM90,000.

Saya dapat pinjaman dari Public Bank dan setiap bulan saya bayar RM1, 368.

"Jadi, saya pasti (jumlah) ini adalah sesuatu yang saya mampu.

Sebagai seorang ahli parlimen dan pemimpin nasional PKR, saya (diperlukan) membuat perjalanan banyak dan saya memerlukan sebuah kereta yang stabil," katanya.

Read more ...

Mimpi Najib nak tawan Selangor


Masalah Najib Altantuya rampas Selangor:

1) Umno-APCO takde pemimpin ber "kaki lebar" jadi Menteri Besar lepas anak Toyo kah kah kah...

2) MCA dengan Donald Lim lemau tak dapat lawan DAP ambik hati orang Cina kah kah kah...

3) Satim Diman dengan Noh Omar main "cah keting" dengan tukang batu ronsen Mat Senatak Ezam masing-masing berangan nak jadi MB kah kah kah...

4) MIC harap kat Ustad Kamal Hulu Selangor menang sebab G Palanivel pun Samy Tol taknak tolong kah kah kah...

5) Gerakan? Kah kah kah... Bungkuss awal-awal kah kah kah...

6) Anak Toyo dah tak cabut gigi lagi kah kah kah...



Najib berkata yang beliau tidak takut dengan Anwar kerana beliau mengakui yang dalam sebuah demokrasi parti adalah lebih kehadapan dari individu.

Tetapi jika benar apa yang di katakan oleh PM itu maka beliau tidak payah menyebut nama Anwar tetapi di sebaliknya beliau sepatutnya bercakap tentang PR, bukannya Anwar.

Apa yang di katakan oleh PM itu benar kerana tidak ada sesiapa yang perlu takut pada mana-mana individu.

Saya yang begitu kecil ini pun tidak takut pada Anwar dan pada sesiapa sahaja yang melakukan rasuah dan salah guna kuasa.

Yang perlu semua pihak takut dalam politik ini ialah rakyat yang ramai yang mempunyai hak kepada seluruh negara kita.

Itu sebabnya selama ini saya hairan kenapa pemimpin-pemimpin kita begitu berani melakukan rasuah dan mengenepikan perasaan rakyat yang begitu jemu mendengar perlakuan rasuah itu dilakukan dengan terang dan mudah dilihat oleh rakyat.

Hanya rakyat tidak mampu membuktikannya kerana perlakuan rasuah yang besar-besaran banyak dilindungi oleh Akta-Akta yang ketat seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan lain-lain.

Jika sesuatu projek dilaksanakan dengan ‘scale’ yang besar maka projek-projek itu akan dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi kerana dalam projek itu adalah sumber mereka yang berkuasa untuk melakukan rasuah yang menggunakan wang rakyat.

Rasuah adalah isu yang terhadapan sekali dan selagi kerajaan masih melekat dengan stigma rasuah itu selagi itulah kerajaan hari ini tidak akan mendapat perhatian rakyat lagi.

Di UiTM semalam Najib telah mengaku yang BN telah insaf di atas segala kesalahan yang telah dilakukannya semasa memerintah negeri itu sejak merdeka dahulu.

Dengan kenyataan itu maka kita dapat menyimpulkan yang BN memang telah melakukan kesalahan sebagai parti yang memerintah negeri Selangor dan dengan itu rakyat Selangor telah mengenepikan mereka dalam pilihanraya yang lalu.

Jika BN telah mengaku kesalahan itu kenapa pula parti-parti pembangkang yang dipilih oleh rakyat Selangor itu menjadi ‘punching bag’ bagi UMNO dan BN.

Kenapa pembangkang dipersalahkan jika BN mengaku kesalahan itu letaknya dibahu BN. Kenapa yang bersalah menghemtam yang tidak bersalah?

Itulah yang menjadi masalah kepada BN.

Mengaku bersalah tetapi pihak lain pula yang dihentam setiap hari dan waktu.

Sekarang BN sedang berusaha mencari kesalahan PR di Selangor, sama seperti yang dilakukan di negeri-negeri lain yang dipimpin oleh PR.

BN mencari kesalahan pentadbiran Selangor seperti orang mencari kutu dikepala.

Kuman diseberang laut mereka nampak tetapi gajah dibibir mata tidak dihiraukannya.

Apa yang BN perlu lakukan untuk mengembalikan keyakinan rakyat Selangor ialah untuk menunjukan siapa yang akan menjadi MB jika Selangor dipimpin BN.

Ini amat penting kerana seperti yang kita lihat semua MB BN Selangor sebelum diambil alih oleh PR dalam pilihanraya yang lalu telah bergelumang dengan masalah rasuah.

Keseluruhan pemimpin-pemimpin Selangor telah dipersepsikan melakukan kesalahan ini dan itulah sebabnya mereka diketepikan oleh rakyat.

Sekarang pemimpin-pemimpin yang sama pula yang membuat janji untuk mentadbir negeri yang kaya itu untuk melakukan perubahan yang dikehendak rakyat Selangor.

Bagaimana rakyat hendak percaya. Secara konklusifnya kita melihat yang isu ini amat susah untuk dilakukan oleh BN Selangor.

Sehingga ke hari ini rakyat masih tidak nampak siapa yang akan ditonjolkan sebagai ayam tambatan BN yang tidak boleh dipersoalkan tentang kredibilitinya.

UMNO yang sedang menghadapi isu kredibiliti terpaksa mencari calon MBnya dengan teliti.

Sekarang bukan senang untuk mencari calon yang berkredibiliti di Selangor kerana calon yang akan ditonjolkan itu akan merasa rendah diri dan sangsi samada mereka boleh menang atau pun tidak.

Ramai yang merasa takut untuk melalui pengalaman Awang Adek di Kelantan yang telah berangan-angan untuk menjadi MB Kelantan tetapi Kelantan hanya memberikan sebanyak tiga kerusi DUN sahaja dalam pilihanraya yang lalu.

Awang Adek sendiri sebagai calon MB telah kalah di hadapan rakyat Bachok sendiri.

Kita masih ingat bagaimana Awang Adek telah berlagak seolah-olah sudah menjadi MB dengan lagak ‘typical’ UMNO sambil menghisap cerut yang mahal-mahal semasa berkempen di Bachok.

Di dalam ucapan Najib di Shah Alam semalam Najib dengan terang telah meminta rakyat untuk menerima sahaja calon yang di turunkan oleh pucuk pimpinan.

Kata-kata itu telah di sambut dengan tepukan gemuruh dan bertepuk itu merupakan salah satu ‘attribute’ yang sudah lama bersemadi di dalam UMNO, tetapi apabila sampai pilihanraya nanti ramai di kalangan yang bertepuk semalam itu jugalah yang akan memberikan undi kepada parti-parti pembangkang seperti yang berlaku di dalam pilihanraya yang lalu.

Jika UMNO Selangor perlukan keyakinan rakat kembali pulih, parti itu perlu mengenepikan semua pimpinan yang ada semasa UMNO jatuh dalam PRU yang lalu.

Tetapi persoalannya mampukah UMNO untuk melakukannya? Bagaimana hendak menolak Noh Omar atau mana-mana pemimpin yang lain?

UMNO terpaksa juga mengharapkan kumpulan yang dahulunya ditolak rakyat untuk merampas kembali kerajaan Selangor dari PR.

Kata perbilangan, tidak ada rotan akar pun berguna’

Kita lihat usaha untuk mencacatkan pentadbiran PR di Selangor terus menerus dilakukan terutamanya untuk memberikan gambaran buruk terhadap Menteri Besarnya, sedangkan rakyat tahu yang MB-MB BN Selangor yang sebelumnya semuanya menjadi kaya raya semasa menjadi MB.

Itulah sebabnya saya ada menutup posting saya yang sebelum ini dengan menyatakan, ‘the worst of the Opposition is a lot better than the best of BN’.

Yang penting rakyat kena tahu ialah BN memang tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana pihak jika dilihat dari sudut perlakuan rasuah.

Dalam isu rasuah BN memang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana kerajaan dalam rantau ini.

Yang boleh menentukan perasuah ini diketepikan ialah rakyat yang insaf dan sedar tentang bahayanya negara jika terus ditadbir oleh mereka yang sudah ketagih dengan rasuah ini.

Saya berkeyakinan untuk BN kembali memerintah kerajaan Selangor hanyalah ibarat mimpi di siang hari.
JALAN PULANG

Read more ...

Liwat Fasa 2: Dr Seah Lay Hoong Kantoi Lagi


Perbicaraan Liwat Fasa 2 hari ini merungkai beberapa persoalan terhadap bagaimana air mani boleh diperolehi dan bagaimana analisis DNA yang tidak mengikut piawaian antarabangsa boleh menjejaskan keputusan ujiannya.

Dr Brian Mc Donald ketika disoal balas peguam Anwar Ibrahim, Ram Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa Dr Seah Lay Hoong telah tersilap dalam perkara sampel B8 yang penting untuk analisis DNA untuk tujuan pemeriksaan rektum.


Selain itu Dr Brian juga menjelaskan hanya sampel air mani terdapat di seluar pengadu, Saiful Bukhari Azlan yang tidak menunjukkan dengan jelas dari mana datangnya kerana tidak terdapat dalam analisis Dr Seah.


Perbicaraan ditangguh jam 1249 tengah hari tadi dan akan bersambung pagi esok.



Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ram Karpal menyambung semula soal periksa terhadap pakar DNA dari Australia, Dr Brian Mc Donald dalam perbicaraan kes fitnah membabitkan ketua pembangkang itu.


McDonald, yang merupakan saksi pembela keempat, dijangka mengambil masa dua hari bagi memberi keterangan beliau dengan pemeriksaan balas oleh pihak pendakwa.


Berikut perbicaraan pada pagi ini:


8.55 pagi:
Peguam Sankara Nair dan CV Prabhakaran tiba di mahkamah bersama pakar DNA Dr Brian Mc Donald.

Pendakwaraya diketuai Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden juga dilihat di mahkamah. DPP Noorin Badaruddin dijangka menyoal balas Mc Donald. Ahli kimia, Dr Seah Lay Hong yang juga saksi pendakwa duduk berhampiran Noorin.


9.33 pagi:
Datuk Seri Anwar ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tiba di mahkamah. Turut kelihatan hadir di mahkamah bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang, Dr Lee Chong Meng.

9.34 pagi:
Karpal Singh tiba ke di mahkamah. Selain itu Ahli Parlimen Batu, Tian Chua turut hadir. Bersama beliau ialah Baginda Minda, bekas rakan kongsi perniagaan Ummi Hafilda yang terbabit dalam konspirasi 1 terhadap Anwar.

9.38 pagi:
Mahkamah bermula dengan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan prosiding.

9.46 pagi:
Galeri awam mulai penuh dengan orang ramai. Dr Brian beritahu sampel B7, B8 dan B9 tidak konsisten kerana ia diambil selepas 56 jam.

“Tiada slaid telah dibuat mengikut piawaian antarabangsa, katanya. Mc Donald berkata tiada maklumat berhubung sperma didokumentasikan, walaupun Seah mengakui kehadiran sperma yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


9.47 pagi:
Menurut Mc Donald, dari tiga sampel, B7 terdapat DNA utama lelaki Y dan satu komponen kecil pengadu (Mohd Saiful Bukahari Azlan).

“Seah tidak meliputi pada B8. B8 ialah pengesat rektum tinggi adalah komponen DNA utama pengadu dan lelaki Y.


Dia sepatutnya membuat satu slaid, dan bukannya membuat tekaan dalam penjelasannya mengapa ini terjadi.


“Terdapat dua ciri bertentangan bagi pengesat rektum tinggi (iaitu, B7 and B8).” Oleh kerana B9 pengesat rektum rendah, McDonald berkata terdapat amaun sama rata lelaki Y dan DNA pengadu.


“Tiada pecahan sperma menunjukkan pada sebarang DNA tercemar. Jika ia datang dari sperma sama sekali, ia perlu menunjukkan degradasi, terutama selepas 56 jam dalam dubur dan 46 jam (sebelum diberi kepada ahli kimia).”


9.58 pagi: McDonald berkata penemuan adalah tidak selaras dengan sejarah ia disimpan sekian lama.

Menurut Mc Donald, B5 pula datang dari pengelap peri-anal.


10.01am:
McDonald menyatakan Seah memberi keterangan bahawa terdapat DNA tiga individu dengan penyumbang utama merupakan lelaki yang tidak diketahui.

“Lelaki Y, menurut Seah, merupakan sperma yang tercemar,”.


“Hujah Seah bahawa DNA lelaki tidak diketahui itu datang dari (a) mangkuk tandas adalah kerana beliau tidak menjumpai apa-apa lagi dari calitan rektal.”


“Seah tidak menjalankan ujian terhadap sampel sperma ini. Terdapat DNA lelaki tak diketahui di mana Seah menyimpulkan diambil dari mangkuk tandas, namun beliau tidak menjalankan ujian,”.


Namun demikian, menurut McDonald pengadu menyatakan bahawa beliau tidak ke tandas selama dua hari.


10.06 pagi:
McDonald menyatakan Seah hanya meneka dalam membuat kesimpulan.

10.08 pagi:
Merujuk kepada laporan beliau setebal 15 muka surat, McDonald menyatakan bahawa Seah hanya mengagak berdasarkan sampel yang diambil memandangkan wujud campuran pada sperma yang diambil.

Ram Karpal: Pada masa tersebut, kita tidak tahu sel mana datangnya DNA?


McDonald: Tidak.


JALAN PULANG


10.13 pagi: McDonald menyatakan adalah tidak diketahui samada sampel yang diambil dari B5, B7, B8 dan B9 datang dari sampel air liur atau darah.

“Bukti itu tidak memberitahu kita (sama ada) ia datang dari sperma atau air liur.”

10:15 pagi: Ram dan McDonald membincangkan mengenai bidang pencemaran.

McDonald berkata isu pencemaran merupakan isu penting di dalam DNA.

10:18 pagi: Ram: Adakah anda menemui sebarang bukti yang tercemar?

McDonald: Adalah sukar untuk menjawab, kerana terdapat beberapa keadaan di mana DNA yang diperolehi boleh yang berkaitan dengan kesalahan itu.

“Terdapat DNA yang tidak datang daripada salah seorang daripada dua orang (yang terbabit), dan ini perlu dijelaskan.”

10:24 pagi: McDonald berkata Seah (kiri) telah salah tafsir apa yang ahli kimia itu terangkan pada permulaan.

10:30 pagi: Ahli Parlimen Lembah Pantai,MP Nurul Izzah Anwar memasuki mahkamah.

10:35 pagi: McDonald berkata Seah tidak mengemaskan semula sampel B5 (peri-annal swab), yang sepatutnya dilakukan.

10:37 pagi: Beliau juga berkata ahli kimia Nor Aidora Saedon juga telah gagal untuk mengiktiraf campuran dalam sampel yang diperolehi daripada sel Anwar.

10:41 pagi: Ram: Terdapat penyumbang ketiga dalam ujian yang dijalankan oleh Seah dan Nor Aidora.

“Nor Aidora mengabaikan semua kriteria terhadap campuran, yang dia mesti lakukan sebagai saintis,”.

Read more ...

Amer Ruffage sertai PAS?

Amer Munawer, atau lebih dikenali dengan panggilan Amer Ruffage. Bekas ahli kumpulan Ruffage yang terkenal dengan lagu 'Khalayan' dikatakan sudah meninggalkan dunia hiburan sebagai artis yang penuh glamor. Amer juga dikatakan menganggotai kumpulan tabligh di Alor Setar untuk mendalamkan lagi ilmu agama.

Amer juga dikatakan sibuk dengan perniagaan baru dalam bidang daging segar, dan lebih menumpukan diri dalam bidang keagamaan. Sertai menyertai kumpulan nasyid untuk membuat album baru.

Aku ada berjumpa dengan salah seorang ahli keluarga Amer, dan berbual agak panjang mengenainya. Keluarga Amer ni keluarga yang agak berada, mempunyai perniagaan yang agak besar di dan Kuala Lumpur.

Abangnya seorang ahli perniagaan, yang seorang lagi masih lagi dibidang muzik (pengiat muzik undergroud) dan juga seorang kakak yang bekerja di luar negara.

Amer kini lebih tertumpu dalam bidang perniagaan dan mendalamkan ilmu agama. Cuma keluarga Amer ni lebih berat kearah pembangkang. Salah seorang dari pakciknya juga diantara kroni Anwar Ibrahim dan mempunyai rangkaian perniagaan yang besar di Kuala Lumpur.

Bapanya yang lebih dikenali sebagai Haji Yusof dikatakan seorang ahli Pas dan aktif di dalam parti.

Ada yang kata Amer perjuangannya berat kearah pihak Pas dan menyokong Pakatan Rakyat. Samaada tuduhan ini benar atau tidak, hanya tuan punya badan yang tahu.

Mungkin dia baru masuk, dan masih belum menunjukkan taringnya..siasahkini

Read more ...

Husam saman Kickdefella RM 5 juta

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRHG3eQMLn2FIj_6vmZc_nwCJ_TNzWOH92lRyOnyQAKFOJUEMB0HRFonlW71SkcdGVUECChDW9kBG7els7bYhtYlh56HPSVDpG77cbos_8xIyFc1AqARfCUhf89-n5UfLbpB7Z0er9Ex_v/s1600/husam.jpgKOTA BHARU, 19 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memfailkan saman terhadap blogger Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya.

Writ saman dan pernyataan tuntutannya ke atas Kickdefella atau nama sebenar Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di Kaunter Pendaftaran, Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu, petang ini.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan diwakili Peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates.

Di dalam writ saman itu, Husam selaku plaintif menuntut Syed Azizi selaku defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat.

Defendan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan menyiarkan permohonan maaf di dalam laman blog defendan serta memadam ketiga-tiga artikel yang ditulis oleh defendan di dalam blog defendan iaitu yang bertajuk 'HUSAM TELAH MENIPU RAKYAT DAN SAHABAT’ pada hari Khamis 27 Januari 2011, artikel ‘SEBELUM KITA LUPA NORMALA SUDIRMAN’ yang diterbitkan pada hari Khamis 3 Februari 2011 dan artikel ‘HUSAM ITU PEMBOHONG’ pada hari Ahad 3 Julai 2011.

Husam juga menuntut Syed Azidi mengiklankan permohonan maaf tersebut di dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu selama satu (1) hari, bayaran gantirugi sebanyak RM5 juta kepada plaintif bagi gantirugi terhadap perbuatan fitnah yang telah disiarkan di ruangan blog defendan, gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif.

Selain itu, satu injunksi bagi menghalang defendan dan/atau ejen-ejennya dan/atau pembantu-pembantunya dan/atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif, plaintif diberi kebebasan untuk memohon perintah-perintah lanjut, faedah pada kadar 8% setahun ke atas gantirugi yang dibenarkan oleh mahkamah dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, kos atas dasar peguamcara dan klien, kos untuk tuntutan ini; dan lain-lain relif yang mahkamah fikirkan wajar, adil dan suaimanfaat.

Read more ...