Thursday, April 12, 2012

BERSIH 3.0!!! MCA belajar dari UMNO bagi alasan bodoh bantah Bersih 3.0


Apabila membaca kenyataan Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan, Chiew Lian Keng kununnya penganjur BERSIH 3.0 mempolitikkan isu lokasi perhimpunan, sebenarnya ia mendedahkan betapa kurang cerdiknya pemikiran orang Cina di dalam parti komponen Barisan Najis itu.

Matlamat utama BERSIH 3.0 adalah menuntut supaya pilihanraya dijalankan secara bebas dan adil dengan mengambil kira LAPAN tuntutan hyang setakat ini hanya satu sahaja yang diterima, penggunaan dakwat kekal.


Hujah Chiew kununnya himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April nanti hanya akan menjejaskan mata pencarian peniaga sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Masjid India tidak terpakai sama sekali kerana semasa sambutan Peringatan Hari Polis ke 205 25 Mac lalu di tempat yang sama, tiada siapa yang berani menegur atau membantah, jauh sekali peniaga mengeluh megalami kerugian!


Hakikatnya MCA sudah lama ditolak oleh pengundi Cina kerana tidak mampu menjadi pembela nasib rakyat sebaliknya bersekongkol membelasah dan membalun harta rakyat seperti bukti yang terbongkar semasa skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang membabitkan bekas bosnya sendiri termasuk Ling Liong Sik dan Chan Kong Choy.


Apa lagi hujah Chiew untuk rakyat tidak boleh berhimpun semasa BERSIH 3.0 nanti?


Pasti ada lagi NGO pro Umno-APCO akan terus memainkan isu ini menjelang 28 April nanti.


Percayalah.



Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Chiew Lian Keng menggesa penganjur supaya membatalkan perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April kerana didakwa menjejas hak rakyat Malaysia yang lain.


Chiew juga menggesa gabungan Himpunan Hijau untuk berarak dari KLCC ke Dataran Merdeka untuk menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka pada hari itu.


Chiew memberi amaran bahawa perhimpunan itu akan menjejaskan aliran trafik dan memberi masalah kepada penduduk kota Kuala Lumpur.


Dalam satu kenyataan semalam, Chiew berkata perarakan itu tidak perlu diadakan sekiranya penganjur bertegas untuk berhimpun.


“Tiada masalah akan timbul jika ada kompromi dalam soal lokasi, jadi mengapa mereka terus timbulkan perkara ini?"


Chiew berkata penganjur perhimpunan tersebut, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) perlu memfokuskan kepada pilihan raya bersih dan adil, dan bukannya untuk menjadikan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan.


Katanya lagi, Dataran Merdeka tidak sesuai dijadikan lokasi perhimpunan kerana tidak disenaraikan dalam Akta Perhimpunan Aman 2011.


Malah, dataran di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur itu juga signifikan dari segi sejarah, katanya lagi.


Beliau turut mengesyaki bahawa perhimpunan itu akan digunakan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai pentas politik dan juga untuk meraih undi dalam pilihan raya akan datang.

Read more ...

TERKINI!!! Tunku Harmy Tunku Hannan yakin PR lebih baik

NILAI, 12 April: Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan (gambar) percaya bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat yang ada pada hari ini lebih baik berbanding pemimpin negara sedia ada.

Beliau yang juga sepupu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tampil di pentas ceramah Pakatan Rakyat buat kali ketiga malam tadi mendakwa berasa jijik dengan mainan politik parti pemerintah sekarang ini.

"Sejak 30 tahun dahulu saya lihat pemerintahan negara sungguh jijik. Saya risau apa yang berlaku, generasi kita rosak seolah-olah rasuah ini halal dari pemimpin nombor satu sampai paling bawah.

"Perompak, perasuah, pemfitnah. Ada orang kata nak buat macam mana, kita manusia, macam halal je," katanya kecewa.

Ceramah malam tadi sempena program Jelajah Jom Ubah, Demi Rakyat Negeri Sembilan yang dibuat di Sikamat di sini.

Turut serta pada ceramah itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Pengerusi SAMM Bardul Hisham Shahrin, Ahli MPP PKR Dr Mohamad Rafie Abdul Malek dan beberapa pemimpin di peringkat negeri.

Penampilan kerabat diraja itu lebih lebih lagi dengan imej berjubah, berserban menarik ramai penduduk sekeliling hadir mendengar ceramah malam tadi yang dianggarkan lebih 1,000 orang.

"Sebab itu sekarang, berbetulan dengan susunan Allah, saya rasa terpanggil untuk turun kembali bersama rakyat.

"Apabila saya tengok semua pemimpin parti pembangkang ini punya satu niat dan tujuan, untuk menghapuskan kezaliman, rasuah, segala kerakusan dan fitnah, maka saya tampil ke hadapan dengan hati yang sayu," katanya.

Read more ...

IMAM DAPAT RM 50 !!! Syaratnya, hadir program Najib

Kata survey popularity Najib meningkat dan Najib juga dikatakan lebih popular dari Anwar Ibrahim, tapi kenapa perlu dipaksa Masjid menghantar wakil dan membayar upah kepada wakil mereka itu?

Kerana mahu menunjukkan bahawa kehadiran Najib dalam ‘Majlis Pemimpin Bersama Rakyat’ di Batu Pahat baru-baru ini mendapat sambutan rakyat, pihak Masjid telah dikerah membayar RM50 kepada setiap orang yang dihantarnya..


Menurut pekeliling dari Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat ini setiap Masjid perlu menghantar sekurang-kurangnya 5 orang wakil ke Majlis itu.


5 orang wakil tersebut ialah Imam 1, Imam 2, Bilal dan Noja ataupun 5 orang wakil dari kariah Masjid diwajibkan hadir (dipaksa).


Majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu telah berlangsung pada 7 April 2012 di Stadium Pengaram Jalan Ampuan Batu Pahat, Johor.


Selain dari setiap Masjid dipaksa menghantar 5 orang wakil, pihak Masjid juga dikehendaki memberikan wang sebanyak RM50 kepada setiap individu yang mewakili Masjid masing-masing.


Dan wakil Masjid-masjid tersebut dikehendaki melaporkan diri dihadapan Pejabat JKR Batu Pahat..


Ini dah jadi kes menipu diri sendiri ni.. takut tak ramai yang sudi hadir ke majlis Njib itu.. habis dikerah semua Imam untuk hadir ke majlis Najib..


Sudahlah begitu dibelasah pula duit Masjid yang disumbangkan oleh orang ramai kepada Masjid untuk kegunaan Masjid sebagai upah kepada wakil yang dipaksa itu..


Terdesaknya UMNO Johor ya...ASD

Read more ...

NAJIB AKAN TERLENTANG!!! Jika rayuan Azilah, Sirul dipercepat sebelum PRU 13

KUALA LUMPUR 12 April: Rayuan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Omar terhadap hukuman bunuh Altantuya Shaaribu perlu dipercepatkan segera sebelum pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata Azilah dan Sirul sewaktu kejadian adalah anggota pasukan keselamatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dan Najib kini juga terpalit dengan skandal Scorpene-Altantuya, kata Surendran.

Justeru katanya, rakyat perlu tahu perkara sebenar di sebalik motif pembunuhan itu memandangkan Azilah dan Sirul kelihatannya tidak mempunyai motif dalam kejadian itu.

“Siapa yang mengarahkan pembunuhan? Demi kepentingan orang ramai, kes ini perlu dipercepatkan dengan segera sebelum pilihan raya umum ke-13. Rakyat perlu tahu sebelum mereka keluar mengundi,” kata Surendran.

Menurutnya lagi, rayuan itu yang tertangguh selama hampir tiga tahun juga merupakan satu ketidakadilan buat kedua-dua mereka.

“Penangguhan kes ini selama hampir tiga tahun adalah luar biasa dan ganjil. Rayuan hanya akan didengar pada 27 Ogos 2012. Penangguhan yang begitu lama dalam kes bunuh adalah kejam dan tidak adil,” katanya.

Sirul dan Azilah sebelum ini didakwa bersama dengan Abdul Razak Baginda, seorang penganalisa politik dan juga rakan karib Najib.

Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada pertuduhan sementara Sirul dan Azilah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin, Mac lalu.

Namun dalam penghakiman kes itu, Hakim Zaki tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis tersebut.

Razak Baginda bertindak sebagai orang tengah dalam pembelian kapal selam Scorpene dan syarikatnya menerima komisen yang lumayan daripada urusniaga itu.

Mangsa bunuh, Altantuyaa Shaaribuu bertindak sebagai jurubahasa dalam pembunuhan itu dan dalam perkembangan terbaru, mendiang disahkan bapanya pernah bertemu Najib dan Razak Baginda.

Read more ...

PAS BOLEH MENANG!!! Tapi UMNO main kotor semasa PRK Tenang

(wawancara wartawan Harakahdaily dengan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang)

KUALA LUMPUR, 12 April:
PAS sebenarnya boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Tenang, Johor sebelum ini jika Umno tidak main kotor.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, dalam pilihan raya itu, Umno telah bermain kotor dengan melepaskan air di empangan dan menyebabkan banjir berlaku dengan segera dan menghalang pengundi.


Abdul Hadi berkata demikian dalam wawancara khas dengan Harakahdaily baru-baru ini.

"Yang terkini, maklumat baru yang kita terima, sepatutnya pilihan raya kecil Tenang kita menang.


"Umno main kotor dengan lepas air di empangan menyebabkan banjir berlaku dengan segera dan menghalang pengundi.


"Mereka pula membuat persiapan awal untuk mengangkut pengundi-pengundi mereka. Ini satu penipuan yang sangat kotor dan tidak demokratik," kata Abdul Hadi.


Sehubungan itu, kata beliau, apa yang berlaku di Tenang menunjukkan PAS boleh menang di kawasan Felda, "menandakan perubahan boleh berlaku dan kita boleh menang."


Atas dasar itu, kata Abdul Hadi, beliau yakin perubahan di kawasan-kawasan lain juga boleh berlaku sebagaimana berlakunya dalam pilihan raya 2008, di mana PAS menang dua kerusi di Johor yang dianggap kubu Umno dan Barisan Nasional.


Melalui lawatan beliau ke negeri Johor juga, Abdul Hadi berkata, sambutan ceramah yang sangat menarik dengan jumlah yang mencecah ribuan manusia yang kebanyakannya di kalangan muda.


"Sekurang-kurangnya ini menunjukkan masa depan yang baik bagi PAS. Seboleh-bolehnya perubahan untuk pilihan raya yang ke 13," katanya.

Dalam temubual itu, Abdul Hadi memberitahu, beliau telah selesai pusingan pertama menjelajah seluruh negara melalui konvoi Lajnah Penerangan PAS Pusat


Di samping itu, beliau telah selesai melawat tiga negeri melalui lawatan yang diuruskan oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat iaitu Johor, Terengganu dan Pahang.


"Persiapan awal telah dibuat oleh semua peringkat parti..kursus peringkat dun dan parlimen," beritahu beliau tentang hasil lawatan itu.


Menurutnya, PAS bukan sahaja menyediakan jentera pilihan raya bahkan ada negeri yang sudah siap jentera untuk hari pilihanraya.



Pengundi muda


Menurut beliau, pengundi muda akan menjadi penentu dalam pilihan raya akan datang ini dengan 30 peratus dari pengundi adalah yang berumur antara 21 hingga 40 tahun.


"Pengundi muda jadi undi penentu, mungkin sebab itu BN teragak-agak untuk tentukan tarikh pilihan raya walaupun projek bagi duit dah jalan. Ia beri kesan kepada pengundi tua sahaja.


"Bagi pengundi muda, mereka belum yakin di samping hal-hal ekonomi dan lain-lain," katanya.

Read more ...

SIAPA YANG URUS?!!! Altantuya boleh dapat visa Perancis di KL

Bolehkan warganegara Mongolia mendapatkan visa untuk memasuki Perancis ketika berada di Malaysia?

Jawapannya tidak, kata pegawai kementerian luar Mongolia, yang hairan bagaimana penterjemah Altantuya Shaariibuu mendapatkan visa itu ketika berada di Malaysia - kira-kira satu atau dua tahun sebelum beliau dibunuh.


NONE
Pegawai itu, yang berada di Malaysia bersama bapanya Setev Shaariibuu (kiri) berkata, setiap warganegara Mongolia mesti memohon dan mendapatkan visa asing di negaranya sendiri.

"Tiada cara untuk sesiapa pun daripada kami mendapatkan visa ketika berada di negara lain.


"Kami akan diberitahu supaya kembali ke negara kami untuk memohon mendapatkannya," kata pegawai yang enggan namanya disebut itu kepada
Malaysiakini.

Dalam pertemuan dengan kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Setev meluahkan kebingungan tentang bagaimana visa memasuki Perancis oleh anak gadisnya itu

Read more ...

UNDI 2 KALI!!! 24,000 pengundi boleh mengundi di dua negeri

BERSIH hari ini mendakwa menemui lebih banyak penipuan dalam daftar pemilih menjelang perhimpunannya pada 28 April, termasuk 24,105 pengundi di Sabah dan Sarawak yang didakwa didaftarkan semula di Selangor.

NONE
Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, mereka mendakwa 15,520 pengundi dan 8,585 pengundi Sarawak didaftarkan semula kali kedua di Selangor dalam daftar pemilih terkini sehingga suku pertama 2012.

Mereka bagaimanapun tidak mendedahkan kes spesifik apabila ditanya oleh media. Sebaliknya, menurut jawatankuasa pemandunya, ia akan didedahkan dalam sidang media lain dalam waktu terdekat.


BERSIH yang diketuai bekas presiden Majlis Peguam S Ambiga dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (
lihat foto) juga mendakwa dalam daftar pemilih sama, seramai 7,841 pengundi di Selangor didaftarkan dengan MyKad dengan kod lokasi 71, merujuk kepada kelahiran di luar Malaysia.

Read more ...