Friday, April 16, 2010

Umno `joli' dengan wang peneroka Sungai Buaya

HULU SELANGOR , 16 April : Nasib malang bekas peneroka Felda Sungai Buaya sampai sekarang tidak terbela. Penderitaan mereka sejak penghujung tahun 1997 sehingga kini belum menampakkan tanda bahawa penduduk memperolehi wang baki mereka sebanyak RM360 juta.

Kebanyakan mereka ahli dan penyokong kuat Umno. Sebaliknya kesetiaan kepada Umno itu dibalas dengan empat kali janji palsu pemimpin Umno terutama di negeri Selangor setiap kali menjelang pilihan raya umum kononnya mahu menyelesaikan pembayaran baki wang tersebut.

Felda tersebut yang sudah bertukar Kampung Sungai Buaya apabila ladang mereka diarah jual kepada syarikat pemaju yang ditandatangani pada 23 Disember 1994 dengan janji menjadi jutawan kerana ditawarkan hampir RM1.2 juta seorang.
Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dikatakan mahu memajukan utara dan kawasan pedalaman Selangor menjadi tonggak utama memujuk rakyat supaya menjual ladang mereka kepada pemaju.

Syarikat tersebut mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin Umno negeri. Sebab itu secara tidak langsung kerajaan negeri Umno ketika itu memberi jaminan dan keyakinan kepada penduduk secara janji mulut membesarkan ucapan kononnya mahu tolong peneroka yang hidup susah dijadikan jutawan.

"Siapa tidak mahu jadi jutawan," soal penduduk yang tidak mahu dedahkan nama beliau kerana kes kampung itu masih lagi dalam proses perbicaraan mahkamah.

"Kami orang Umno amat percaya dengan janji manis kerajaan negeri, malah semasa menandatangani perjanjian pun kami tidak diberi peluang baca sebabnya perjanjian tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris.

Oleh kerana mempercayai pemimpin Umno... masakan mereka mahu tipu kita. Maka kami yang disuruh sign pun kami ikut. Bila kes sudah jadi macam ni (pemaju tidak bayar baki) kami tunjuk perjanjian kepada peguam... peguam soal balik kita kenapa kamu sign?

"Barulah kami sedar rupanya ada yang tidak jujur dalam perjanjian. Jadi kita amat kesal kerana Umno dan menteri bersubahat sama memperdayakan penduduk kerana tamak mahu kaut keuntungan. Kalau betul pemimpin Umno jujur, dia perlu jelaskan kandungan dalam perjanjian tersebut kepada peneroka ketika itu," ujarnya.

Beliau amat kesal kerana pemimpin Umno terlalu haloba mengaut komisen daripada penjualan tersebut sehingga lupa tanggungjawab yang sebenar membela rakyat.

"Sekarang ada pilihan raya kecil... kalau mereka mahu undi kita selesaikan masalah kami," tambah beliau. Sungai Buaya termasuk dalam Parlimen Hulu Selangor.

Sementara itu, penduduk Kampung Sungai Buaya memasang kain rentang berbunyi demikian dipintu masuk kampung tersebut.

Seminggu sebelum ini dilaporkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah berkunjung ke kampung itu disamping pertemuannya dengan wanita Umno di situ.

Dalam komen facebook Shahrizat pada 4 April terdapat komen Aminah Hussin, berbunyi; "Orang mandi berselam, kami mandi bertimba."

Kemungkinan komen itu dibuat susulan Shahrizat ke kampung tersebut.

Tambah Aminah, nasib 363 peneroka tanah rancangan Felda Sungai Buaya seperti `melukut di tepi gantang.'

Beliau juga mendedahkan satu perjanjian antara peneroka Felda tersebut dengan syarikat pemaju untuk membangunkan Sungai Buaya, dengan tawaran bernilai RM121 ribu seekar.

Pendahuluan dibayar RM10,000.00 semasa dokumen perjanjian ditandatangani, selanjutnya dibayar oleh pihak syarikat secara berperingkat sehingga lunas dalam masa 48 bulan daripada tarikh perjanjian ditandatangani.

"Malangnya, sampai saat ini pihak syarikat baru membayar 35 peratus. Berbagai usaha dibuat dan merayu kepada beberapa pihak, namun hasilnya tak kunjung tiba," tulis beliau.

Aminah turut menyebut, sebaliknya lain yang berlaku di Felda Sendayan, Negeri Sembilan selepas 12 tahun lebih 500 peneroka di situ menerima pembayaran RM1.2 juta selepas pemaju bersetuju membayar RM500 ribu secara tunai pada 2007.

"Satu unit rumah banglow bernilai RM240 ribu dan tanah untuk dusun seluas dua ekar untuk satu orang, maka mereka sekarang menjalani kehidupan elit dan selesa," tambah Aminah.

Sehubungan itu, penduduk Kampung Sungai Buaya meminta kerajaan negeri turun membantu dan campurtangan dalam soal tanah tersebut.

Kata mereka, kalau kerajaan negeri boleh bertegas dalam soal tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kerana tidak bayar premium sejak 2001, kenapa ia tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama keatas pemaju terbabit.

Jelas mereka, ini kerana terdapat laporan mengatakan pihak pemaju gagal membayar premium tanah seluas 1,335.46 hektar tersebut.

Bagaimanapun sumber kerajaan negeri memberitahu tanah itu telah tergadai kepada bank kerana pemaju gagal membuat pembayaran balik pinjaman mereka.

Dimaklumkan pinjaman bank oleh pihak pemaju sebenarnya sudah mampu untuk melunaskan hutang mereka kepada penduduk sekalipun semuanya berjumlah RM403,965,766.

Oleh kerana itu timbul persoalan kemana pergi wang hak peneroka terbabit?

Pemaju dan orang politik Umno yang terlibat bersenang lenang dan bermewah dengan wang tersebut sedangkan peneroka yang dijanjikan jutawan sebaliknya bekerja mengutip barang lusuh.

Ada juga yang bekerja pengawal keselamatan di kilang kerana hilang mata pencarian. Setengahnya pula menoreh pada pokok getah tumbah di ladang yang mereka telah jual itu, untuk sara kehidupan.

Sebaliknya dalam keadaan hidup terdesak itu masih ada pihak yang memusnahkan periuk nasi mereka dengan menebang pokok getah tersebut.

Berbanding dengan pemimpin Umno berjoli dengan wang ke luar negara seperti Muhammad Taib yang juga bekas Ketua Penerangan Umno dihebohkan dengan dua beg wang tunai ditangkap di Australia.

Pada 11 April 1998, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbae memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke negara tersebut. Bagaimana beliau mengumpul wang sebanyak itu?

Bukan itu sahaja, tanah di New Zealand itu didaftarkan atas nama isterinya Asbi Rohani Asnan yang dibeli pada 1996 dengan harga US$3 juta. Dokumen juga menunjukkan tanah seluas 573 meter persegi di Pakurunga 18 Jun 1996; Tanah 1713 meter persegi di Otahuhu dibeli pada 27 November 1996 pada harga US$550,000; dan empat keping tanah di Mataitai seluas 144 hektar dibeli pada 29 November 1996 dan 11 Mac 1997.

Kes dengan bekas isteri beliau kerabat Sultan Selangor turut membabitkan wang sebanyak RM16 juta. Kekayaan bekas orang kuat Umno itu berlaku selepas perjanjian jual beli tanah di Felda Sungai Buaya pada 1994 walaupun ada yang mengatakan ia kebetulan.

Kenyataan bersumpah Muhammad Taib mengisytiharkan hartanya sebanyak RM30.8 juta. Harta pegangan beliau melebihi RM74.5 juta tidak termasuk tanah dan pegangan saham beliau.

Tidak syak lagi kekayaan beliau bukan datang dari harta turun menurun keluarga tetapi lebih dari harta daripada perlakuan rasuah dan pengunaan kedudukkan beliau sebagai pemimpin Umno di Selangor.

Sementara itu, Nazir Masjid ar-Rahmah, Kampung Sungai Buaya, Wan Hairul Anwar Abdullah memaklumkan seramai 245 orang penerima zakat bagi asnaf fakir dan miskin di kampung tersebut.

Menurut beliau itu belum termasuk bacian dan permohonan baru boleh mencapai 30 orang dalam tempoh tiga bulan.

Felda Sungai Buaya dibuka pada tahun 1964 dengan jumlah peneroka seramai 363 orang dan pendapatan mereka daripada ladang getah.

Melalui mesyuarat exco pada Mac 1994 kerajaan negeri ketika itu telah meluluskan penukaran syarat Akta GSA 1960 bagi membolehkan pemaju membangunkan Felda berkenaan.Gaya peneroka
...Summary only

Read more ...

Notis usul penjarakan Nazri










SHAH ALAM
16 April : Teoh Meng Kee, abang kepada mendiang Teoh Beng Hock pada Jumaat memfailkan notis usul agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dipenjarakan bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung kenyataannya yang mendakwa pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand "pembohong".

Notis usul itu difailkan melalui firma guaman Karpal Singh & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Majistret di sini pada pukul 11.30 pagi.

Permohonan itu dibuat mengikut Perkara 26 Akta Mahkamah-mahkamah Rendah 1948.

Dalam afidavit yang diikrarkan untuk menyokong permohonan itu, Meng Kee, 34, menyatakan Mohamed Nazri pada 11 April lepas memberi kenyataan di media elektronik berkenaan dengan keterangan Dr Pornthip dalam prosiding inkues kematian adiknya iaitu: "She is a liar! She lied in the inquest."

Mohamed Nazri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pakar patologi itu sebelum ini bahawa beliau tidak akan hadir memberi keterangan pada inkues yang akan disambung pada 20 April ini kerana menerima 'tekanan politik' daripada sesetengah pihak.

Meng Kee mendakwa Mohamed Nazri telah secara awamnya menuduh pakar patologi itu menipu berkenaan dengan keterangan yang diberi semasa inkues dan akan dipanggil semula untuk memberi keterangan lanjutan, selain daripada menuduh Dr Pornthip menipu selepas bersumpah.

Beliau mendakwa tindakan itu terkandung dalam kesalahan jenayah yang serius kerana ia merupakan 'penghakiman yang dibuat terlebih dahulu' ke atas isu yang akan diputuskan oleh koroner dan bukan oleh mana-mana pihak lain.

Meng Kee mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamed Nazri mempunyai 'kecenderungan untuk mencampuri pentadbiran kehakiman', mengakibatkan penghinaan yang serius ke atas mahkamah dan sehubungan itu Mohamed Nazri harus dipenjarakan.

Karpal Singh ketika ditemui pemberita selepas memfailkan notis itu berkata Mahkamah Koroner akan mendengar permohonan untuk penangguhan prosiding inkues pada 20 April ini dan seterusnya mendengar permohonan notis usul itu.

Semalam, kerajaan Selangor melalui peguamnya, Malik Imtiaz Sarwar memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding inkues yang dijadualkan disambung pada 20 April ini.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lepas di tingkat lima, Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Selangor yang terletak di bangunan sama.


Bernama

Read more ...

Berita buruk buat BN, lagi buruk buat MIC












BUKIT SENTOSA 16 April :
Empat cawangan MIC Hulu Selangor dibubarkan membabitkan lebih 1,200 ahli sejurus selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan sebagai calon Barisan Nasional petang semalam.

Dalam satu majlis penerangan kerajaan negeri Selangor di Dewan Komuniti Bukit Sentosa, Ketua Cabang Parit Sulong Hasmi Hashim berkata empat cawangan terbabit ialah cawangan Batang Kali, Taman Wawasan, Ladang Ulu Tamu dan Ulian Baru.

"Kemungkinan 13 cawangan MIC lagi akan dibubarkan kerana tidak setuju dengan campur tangan Umno dalam pemilihan calon MIC bagi Hulu Selangor.

"Isyarat ini jelas menunjukkan rakyat di Hulu Selangor tidak lagi yakin terutamanya masyarakat India yang berada di peringkat akar umbi.

"Calon yang dikatakan kononnya calon jalan tengah bukan calon pilihan MIC tetapi Umno maka jelaslah di sini MIC tidak mempunyai suara tetapi Umno yang telah menetapkan calon untuk MIC," kata Hasmi.

Sebelum ini, satu laporan berita mengatakan bahawa semua cawangan MIC di Hulu Selangor akan ditutup jika jika tuntutan mereka agar Datuk G Palanivel dicalonkan ditolak. suarakeadilan

Read more ...

Himpunan bantah Apco

NONE















IPOH, 16 April :
PAS hari ini menganjurkan beberapa siri perhimpunan secara aman di beberapa lokasi bagi mendesak kerajaan menamatkan kontrak syarikat perunding perhubungan media, Apco Worldwide yang didakwanya terbabit dengan ciptaan gagasan 1Malaysia yang menyerupai gagasan One Israel.

NONELaungan "Undur Apco" dan "Hancur Israel" bergema di perkarangan masjid Kampung Baru, di Kuala Lumpur hari ini.

Lebih 200 orang mengambil bahagian dalam perhimpunan ini yang diadakan selepas solat Jumaat.

Menurut Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, kerajaan tidak wajar mengambil Apco dan Asiasoft Malaysia sebagai penasihat dan perunding.

“Malaysia tidak ikhlas membantu Palestin menentang Israel. Bagaimana mereka boleh menggunakan perkhidmatan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel,” katanya pada ucapannya.

K
NONEamaruzaman mendakwa Airsoft Malaysia sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel mempunyai akses ke atas sistem keselamatan Malaysia menerusi projek sistem komputer dengan Polis Diraja Malaysia.

“Ini jelas pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat,” katanya.

Mereka juga membawa sepanduk yang tertera “Tamatkan Apco” dan “Jahanam Israel”.

Turut hadir pada perhimpunan ini Ketua Pemuda PAS, Suhaimi Abdul Aziz dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ustaz Shafie.

Oran
NONEg ramai kemudiannya bersurai secara aman pada jam 2:15 petang.

Perhimpunan yang sama juga diadakan di pekan Kulim Bandar-Baru, dengan kehadiran lebih 200 orang.

Demonstrasi ini diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Kulim Bandar-Baru Mohamad Khairi Saleh and Ketua Pemuda Padang Serai Abu Tolib Yahaya

Ia berlangsung selama kira-kira 15 minit dan mereka terpaksa bersurai apabila hujan lebat.

Antara kain rentan
NONEg dan sepanduk yang dibawa berbunyi “Tidak kepada Apco dan Tidak kepada Asiasoft” dan “Bersama Menjaga Kedaulatan Negara”.

Selain itu, ahli-ahli PAS juga mengedarkan seribu risalah kepada orang ramai supaya menyokong tuntutan syarikat berkenaan ditamatkan.

Pemimpin mereka kemudiannya menuju ke balai polis untuk membuat laporan supaya kerajaan menyiasat perkara itu dan bertindak.

Di Ipoh, Pemuda PAS Perak menuntut kerajaan memulangkan kepada rakyat, wang RM77 juta yang diberikan kepada Apco Worldwide sebagai bayaran khidmat rundingannya.

NONEKetua penerangannya, Mohd Akmal Kamuruddin berkata pembaziran wang rakyat itu sepatutnya dibayar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan wangnya sendiri.

Katanya, wang RM77 juta yang dibelanjakan untuk mengagung-agungkan Najib sepatutnya digunakan untuk membina rumah, membekalkan bekalan air paip serta elektrik kepada ribuan rakyat miskin di negara ini.

“Ahli Umno adalah pengkhianat bangsa dan juga Islam kerana pembabitan mereka dengan syarikat yang berkaitan dengan Israel,” katanya.malaysiakini

Read more ...

Orang Cina akan sokong Pakatan



HULU SELANGOR, 16 April:
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yakin 70 - 75 peratus pengundi Cina di Hulu Selangor akan memberikan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil 25 April ini.

Beliau juga yakin, lebih 60 peratus pengundi India juga akan memberikan sokongan kepada calon Pakatan walaupun calon BN adalah P Kalamathan dari MIC.

Di Hulu Selangor, pengundi Melayu adalah seramai 32,020 atau 52.7%, Cina seramai 16,964 atau 26.3%, India 12453 (19.3%) dan lain-lain 3,063 (1.7%).

"Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah mendapatkan sebanyak mungkin sokongan pengundi Melayu di kawasan ini," kata beliau ketika meraikan petugas PAS (gambar) dari Kelantan di Kampung Kelapa, Kuala Kubu Baru pagi tadi.

18 petugas PAS dari tiga kawasan iaitu Jeli, Gua Musang dan Tanah Merah sudah tiba di kampung berkenaan yang menjadi kawasan penempatan mereka.

Mereka adalah kumpulan pertama petugas PAS dari Kelantan yang datang ke Hulu Selangor untuk membantu jentera Pakatan Rakyat.

Malam ini dan esok, dua lagi kumpulan dari Kelantan akan sampai bagi membantu jentera PAS di Hulu Selangor ini.

Hassan Ali menemui para petugas ini bagi menyatakan ucapan terima kasih PAS Selangor di atas kedatangan mereka.

Sebelum itu, Hassan bersama dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan zakat kepada para asnaf yang layak di Masjid Kuala Kubu Baru.

Sementara itu, PAS Cawangan Kampung Kelapa yang terletak di pekan Kuala Kubu Baru yakin masyarakat India disitu akan menyokong calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini. Alasan yang diberikan adalah pergolakan yang berlaku dalam BN sekarang akan membawa sokongan itu kepada Pakatan.

Penolong Setiausahanya, Mohamad Zin Mahat, 69, (gambar) berkata, janji ini dinyatakan mereka kepada beliau sendiri.

"Salah seorang dari mereka yang memanjat kelapa dekat rumah saya untuk memasang bendera PAS dan Keadilan atas pokok itu," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily.

Melihat kepada kedatangan yang begitu ramai orang Melayu dalam majlis bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Masjid Kuala Kubu Baru pagi tadi, beliau juga yakin kebanyakan orang Melayu juga akan bersama Pakatan Rakyat.



Beliau yang sudah uzur dan terpaksa bertongkat datang bertemu Hassan Ali yang menziarahi petugas dari Kelantan yang ditempatkan di kampung itu.harakah

Read more ...

Bilik gerakan MIC lesu

 

HULU SELANGOR, 16 April : Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dan calon BN P Kamalanathan petang ini akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin akar umbinya daripada seluruh 75 cawangan parti itu di Hulu Selangor bagi "memulihkan motivasi dan semangat berkempen" mereka.

Seorang pemimpin MIC cawangan memberitatahu Malaysiakini, pertemuan tersebut akan diadakan pada jam 5 petang ini di bilik gerakan MIC di Kuala Kubu Bharu.

"Apabila pemimpin-pemimpin ini berjumpa dengan Kamalanathan dan Samy, dan mendapat penjelasan mereka, mereka (pemimpin akar umbi) akan lebih bermotivasi, lebih semangat untuk kempen," kata ketua cawangan MIC Taman Juta KD Raj.

Beliau diminta mengulas tahap kesediaan jentera MIC yang mungkin berdepan dengan 'keretakan' ekoran pemilihan Kamalanathan sebagai 'calon kompromi' dengan mengenetepikan dua lagi pemimpinnya - timbalan presiden G Palanivel dan ketua pemuda V Mugilan.

Raj berkata, majoriti pemimpin akar umbi MIC sedang menunggu Samy memperkenalkan calon pilihan BN kepada mereka petang ini.

Tinjauan Malaysiakini tengah ini juga mendapati, bilik gerakan MIC masih lengang dan tidak aktif. Hanya kelihatan kira-kira sepuluh orang petugas parti sahaja ketika kunjungan tersebut kira-kira jam 12.30 tadi.

Raj juga mengakui, semenjak dua hari lepas, aktiviti bilik gerakan parti itu dan kunjungan daripada rumah ke rumah masih perlahan.

Mengaku berkempen untuk Palanivel sebelum ini, Raj juga mengkritik Mugilan yang didakwanya "bertindak seorang diri" dan cuba menonjolkan dirinya mendapat sokongan daripada sayap Pemuda parti itu.malaysiakini

Read more ...