Sunday, November 13, 2011

MARI BACA !!!! Kenyataan Menteri UMNO sebijik macam budak tadika

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbe5_HVhTGpURUEz6tHnQ-pJ1x-DZezkM_W3XBzwJiv4DqhfkR9yeUnd3j-C7uXfWKdZHFow8muA6LEhvw_AFe2gGwcy-Z5Vcj9WI-smK2uy40feTj-kK5nGCnDKUx_wVT7vaBR481GVU/s1600/IMG0816A.jpg

Maka diberitakanlah oleh akhbar yang mengaku memperjuangkan nasib Melayu...

PULAU PINANG 12 Nov. - Rakyat di negeri ini diminta membuka mata dan membuat penilaian secara objektif terhadap segala usaha yang dilakukan Kerajaan Pusat bagi menarik pelabur ke negeri itu, meskipun ia berada di bawah pemerintahan pembangkang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, Kerajaan Pusat dan agensi di bawahnya telah mempromosikan Pulau Pinang di luar negara sehingga berjaya menarik pelaburan asing sebanyak RM12.2 bilion sepanjang tahun lalu ke negeri itu.
Malangnya, kata Nor Mohamed, kejayaan itu telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk meraih publisiti dan pujian, sedangkan kerja keras dilakukan Kerajaan Pusat.

"Hampir keseluruhan pelaburan RM12.2 bilion yang dicatatkan itu bukan hasil usaha kerajaan negeri seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sebaliknya, hasil inisiatif Kerajaan Pusat.


Memanglah tugas menarik pelaburan masuk ke Malaysia kerja Kerajaan Pusat. Tapi bila Pak Menteri buat statement bodoh macam budak-budak tadika nak bergaduh, rasa lekeh betul jadi rakyat Malaysia ni.

Baguslah kalau kerajaan pusat dah dapat tarik masuk pelaburan berbillion-billion ringgit. Tapi bila tuan punya pelaburan tu kata depa nak masuk Pulau Pinang, nak marah kat KM Pulau Pinang buat apa?

Biaq pi la kalau dia nak bermegah-megah dengan negeri dia. Bukankah Putrajaya ada kuasa macam-macam? Kenapa tak suruh pelabur tu buat kilang kat Putrajaya sana nu.. Ha.. kan dah jadi statement macam budak tadika jugak!


Sistem kerajaan negara kita memang dah dibuat macam ni. Orang-orang sezaman dengan Tunku dulu yang nak macam ni. Kita la ni kenalah terima kalau kita tak mahu ubah ciptaan orang dulu-dulu.

Sistem ni kata hal-hal cari duit untuk negara adalah tanggungjawab kerajaan pusat. Dah dapat duit, kena agih kat negeri-negeri mengikut apa yang telah diperuntukan.

Dah tu, kalau Pulau Pinang eksyen sebab dia dapat bawa masuk duit banyak, kerajaan pusat nak dengki buat apa. Duit tu masukpun banyak kat kerajaan Pusat. Setakat cukai pintu dan cukai tanah yang Kerajaan Negeri kutip, berapa sen sangat.


Kalau Kerajaan Kedah ka atau Kerajaan Perak ka dengki, boleh juga aku cuba-cuba nak faham. Ni menteri kerajaan pusat.

Dia tak baca ka buku Kenegaraan yang budak-budak sekolah dok usung sampai koyak sebab nak belajar tentang sistem negara Malaysia?

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.

Selain membincangkan mengenai penjanaan ekonomi Pulau Pinang, mesyuarat itu turut menyentuh tentang persiapan menghadapi musim banjir secara berkesan.
Ni lagi satu mangkuk hayun ciptaan BN. Sepatutnya, apa-apa pasai hal ehwal negeri adalah di bawah kuasa Ketua Menteri atau Menteri Besar selaku ketua kepada parti yang menjadi majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Memang dalam Perlembagaan Persekutuan tak dinyatakan duit pembangunan kepada negeri sepatutnya disalurkan kepada siapa. Tapi agak-agak la. Kalau dah kalah pilihanraya, jangan la dok tunjuk kuasa lagi.

Mentang-mentang depa menang kat Parlimen dan kuasai Putrajaya, macam-macam cara depa buat. Wujudkan Jabatan Perhubungan Persekutuan la, Unit Penyelarasan Perlaksanaan la, JKKP la dan amcam-macam lagi mangkuk tingkat yang depa cipta.


Bagi negeri-negeri yang PR memerintah, rasa dah macam bukan dalam Malaysia lagi dah. Sepatutnya mengikut semangat perlembagaan, negeri yang lebih berkuasa, bukannya Kerajaan Pusat. Tapi depa kontrol duit punya pasai, depa buat ikut suka hati mak abah depa. Kalau kat negara lain, dah lama kena dakwa sebab salah guna kuasa!

Lepas tu cerita pasai banjir. Hello sedara, hal ehwal bencana untuk peringkat negeri, yang jadi ketua adalah KM ataupun MB. Bacalah buku 20 yang hampa keluarkan sendiri.

Mentang-mentang kat peringkat pusat, MKN jadi ketua; hampa orang-orang BN buat macam bantuan-bantuan tu hak mak bapak hampa yang punya. Cerita banjir kat Kedah tahun lepaspun orang tak lupa lagi....


Dan satu lagi, boleh tak aku nak minta tolong sikit kat hampa, jangan dok pembohong sangat boleh tak? Orangpun sekolah jugak. Yang kerja sebagai staff gomenpun ada jugak. Penat la telinga dok dengar Pak Menteri temberang tak habis-habis.....

by: NARUTO

Kedahlanie

Read more ...

UJIKAJI MURID SEKOLAH TAK MENJADI!! Kini guru pula jadi bahan ujikaji

PAS menggesa kerajaan mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor.

Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar.


"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja Pembelajaran dan Pengajaran.



"Malahan guru sudah menjadi "multi purpose" kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Idris, Kementerian Pelajaran sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa, kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.

"Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat. Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat. Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah," katanya lagi.

Kerajaan juga ujarnya perlu membanyakkan kemudahan dan membina banyak sekolah supaya mengurangkan bilangan pelajar di dalam sebuah kelas.

Banyak sekolah pada hari ini katanya dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi ada keselesaan kerana bilangan pelajar yanga begitu ramai.

Beliau menasihatkan kerajaan agar tidak jadikan guru sebagai makmal percubaan, sepertu sebelumnya ketika perlaksanaan PPSMI.

"Sekarang terdapat lambakan lebihan opsyen Sains dan Matematk seramai 26000 orang. Pihak Kementerian juga perlu selesaikan masalah graduan Universiti Perguruan Sultan Idris yang tidak ada penempatan bertugas.

"Atas asas inilah maka Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberi mandat ke Putera Jaya. Ini sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini," katanya.

Read more ...

SUMPAH SETIA ALA KONGSI GELAP!!! Apa nak jadi dengan orang Melayu?


Sebuah dewan resort di Teluk Batik, Lumut telah ditempah khas oleh ahli Genki Seven Malaysia untuk melakukan ikrar sumpah taat setia.


LUMUT – Sekumpulan 180 individu termasuk 39 pelajar sekolah ditahan ketika mereka sedang mengadakan upacara angkat sumpah kesetiaan bagi menyertai sebuah pertubuhan ala kongsi gelap di sebuah resort di Teluk Batik di sini kelmarin.

Semasa serbuan pada pukul 9 malam itu, semua ahli kumpulan yang bernaung di bawah nama Genki Seven Malaysia (Generasi Kini Tujuh Malaysia) termasuk tujuh wanita yang berusia 13 hingga 30-an itu berada di dalam sebuah dewan yang ditempah khas di resort berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar kecil) berkata, sepasukan polis yang mendapat maklumat mengenai kegiatan kumpulan itu melakukan serbuan di resort tersebut.

“Semasa serbuan dilakukan, mereka sedang membaca ikrar dipercayai berkaitan dengan kegiatan ala kongsi gelap.

“Kumpulan berkenaan dipercayai mendaftar masuk ke resort itu pada petang semalam (kelmarin) dengan berselindung di sebalik program hari keluarga,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Difahamkan, ikrar yang dibacakan oleh kumpulan itu adalah ikrar sumpah untuk taat setia kepada ketua kumpulan dan akan saling melindungi ahli-ahlinya.

Menurut beliau, antara yang ditahan ialah 39 pelajar termasuk 33 orang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

Turut ditahan tiga kakitangan yang bekerja dengan agensi kerajaan. Mereka datang dari seluruh pelosok negeri Perak.

Genki Seven Malaysia yang hampir keseluruhannya dianggotai orang Melayu dipercayai baru ditubuhkan pada 2006 dan didakwa berpusat di Ipoh.

Kumpulan itu kini memperluaskan sayapnya dengan membuka cawangan di Taiping. Genki Seven Malaysia juga sedang mencari ahli-ahlinya dalam kalangan orang muda dan mereka yang masih bersekolah.

“Siasatan polis mendapati perhimpunan haram yang dipercayai menjurus aktiviti kongsi gelap itu didalangi seorang kakitangan agensi kerajaan yang bekerja di Ipoh.

Read more ...

SAHIH!!! Di mana UMNO kuat ,di situ orang Melayu merempat

Zaman untuk menganggap Umno parti keramat untuk orang Melayu sudah berlalu terutama di kalangan Melayu terpelajar dan bermaklumat

Bahkan, mereka sudah berani mempersoalkan kenapa Melayu merempat di tempat Umno kuat.


Oleh itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad menyifatkan ungkapan emosi yang diucapkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad umpama lagu lama yang cuba mendekatkan kembali orang Melayu yang duah jauh dari Umno.


"Tun Dr Mahathir masih menyayi lagu yang sama mengenai perpecahan orang Melayu. Ungkapan ini tidak lebih daripada untuk meniupkan emosi orang Melayu supaya jangan jauh daripada Umno.

"Zaman untuk menganggap Umno parti keramat untuk orang Melayu sudah berlalu terutama di kalangan Melayu terpelajar dan bermaklumat. Mereka sudah mempersoalkan kenapa Melayu merempat di tempat Umno kuat,"ujarnya

Beliau yang juga Pengerusi Lujnah Tarbiyah PAS Pusat berkata demikian dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Buleytinonline.

Menurutnya, orang Melayu berpecah kerana dasar 'Umno Putera' yang sudah 'mendarah daging' dalam Umno, menyebabkan Melayu tidak berdosa menjadi mangsa.

Katanya, dasar tersebut menyebabkan Kelantan dipinggirkan oleh kerajaan pusat sedangkan Kelantan adalah sebuah negeri majoriti penduduknya adalah orang Melayu.

"Sebanyak 118 projek Persekutuan disekat sejak Rancangan Malaysia Keenam (1991). Pengkhianatan royalti kepada Kelantan yang jelas termaktub di dalam undang-undang telah dicabul.

"Menafikan pendaratan minyak ke Kelantan yang hanya jarak 150 KM, berbanding dengan ke Songkla Thailand yang jaraknya 270 KM. Ini tidak termasuk diskriminasi oleh pimpinan Umno di peringkat akar umbi seperti menahan projek jalan kampung, bantuan kemiskinan dan lain-lain lagi,

"kesemua ini dilakukan kerana dasar Umno Putera,"jelas Ustaz Idris Ahmad.

Beliaa menegaskan, sikap yang ditunjuk melalui dasar 'Umno Putera' yang menyebabkan Melayu lemah.

"Terbukti... bukan bangsa lain yang menindas, sebaliknya Melayu ditindas dan dilemahkan oleh orang yang sebangsa, semata-mata kerana kerakusan kuasa dan tidak boleh menerima selain daripada parti Umno sahaja,"tambahnya -BO

Read more ...