Monday, May 12, 2014

SEORANG LAGI ADUN KELUAR UMNO!!! PAS panggil mesyuarat khas pagi ini

Seorang lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno keluar parti di Terengganu hari ini, dipercayai ekoran tidak puas hati dengan pertukaran menteri besar negeri semalam.
 
Hari ini,  ADUN Bukit Besi Roslee Daud pula dilapor mengekori jejak langkah bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said dan  ADUN Ajil Ghazali Taib.
 
SHAH ALAM - Ekoran konflik yang melanda Terengganu, Pas negeri akan mengadakan satu mesyuarat khas pagi ini.

Read more ...

HANYA KERANA MAJLIS KAHWIN ANAK!!! Ahmad Said , Adun Ajil keluar UMNO, dua lagi Adun BN hilang

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ketika dihubungi Malaysiakini awal pagi ini mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Read more ...

KERAJAAN BN TERENGGANU GONCANG!!! Ahmad Said dan ADUN Ajil isytihar keluar UMNO



Bekas MB Terengganu, Ahmad Said keluar UMNO

KUALA LUMPUR: Beberapa selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.


"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta. Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.


Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Read more ...

TERKINI!!! Sah. Ahmad Said letak jawatan MB Terengganu

Ahmad SaidKUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said sah meletakkan jawatan selepas menyerahkan surat peletakan jawatan kepada presiden parti pagi tadi.

Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan berlaku pertukaran Menteri Besar Terengganu tetapi tidak mendedahkan calon yang sebenar.

Read more ...

AHLI UMNO MENGAKU PAS!!! Berwatak UMNO, inilah calon Bebas yang wakili BN?


Semalam Najib Razak menyatakan meskipun MCA memutuskan tidak tidak mahu meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil Bukit Gelugor, tetapi BN tidak akan memberi laluan mudah kepada DAP yang meletakkan anak Karpal Singh, Ramkarpal dalam pilihanraya itu.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, akan ada calon lain yang bakal bertanding dan keputusan mengenainya akan dibuat bila tiba masanya nanti.

Katanya, calon yang akan disokong oleh BN itu bukan daripada parti komponen BN, tetapi mungkin daripada pihak-pihak lain yang bertanding sebagai calon Bebas.

MCA sebelum ini telah memutuskan tidak akan meletakkan calonnya di Bukit Gelugor bagi berhadapan dengan DAP atas alasan mahu menumpukan kepada penentangannya mengenai isu hudud yang bakal dibentangkan oleh Pas. 
 

Read more ...