Friday, January 20, 2012

SEDAP-SEDAP TABUR FITNAH!!! Dah kena saman , tak semena-mena mengaku ahli PAS

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata


Macam biasa mai pakat baca dulu bahan propaganda fitnah yg diambil dari blog UMNO ni, lepas tu baca ulasan di bawah:



TERPANAS!! Yb Pas Saman Penyokong Pas RM10juta!!

Artikel yang mengejutkan ini Mc ambil dari blog AkuBekasPkr. Mc mengetahui perkara sebenar, tetapi tidak pulak Mc sangka bahawa YB Pas ni sanggup menyaman penyokong tegar Pas sendiri. Nampak sangat YB Pas ni dah tahap kronik dah.

"Sedih dan pilu". Itu sajalah ungkapan yang dapat aku rungkaikan kepada 2 orang penyokong tegar PAS dan pengundi kepada YB berkenaan, apabila mereka menyerahkan notis saman yang baru diterima daripada peguam lantikan Yb muda di Kedah.

Kedua-dua mereka didakwa telah 'menghina' dan membuat 'tohmahan' terhadap YB berkenaan kerana telah membongkarkan penderitaan penduduk beberapa kampung terlibat, berhubung jalan kampung yang sangat tidak terurus, melalui program Titik Sentuhan' terbitan RTM pada jam 9 malam 18 Disember 2011.

Encik Hanafiah dan Encik Zakri, hanya 'pekerja kampung' dan termasuk di dalam kumpulan 'orang miskin' yang tidak berpendidikan telah diberi notis seminggu supaya memohon maaf secara bertulis kepada Yb berkenaan dan secara terbuka melalui RTM.

Selanjutnya Yb berkenaan telah meminta mereka yang terlibat supaya membayar gantirugi kepada beliau sebanyak RM 10 juta

Mereka telah menyatakan sesuatu yang benar daripada pemerhatian mereka sebagai rakyat yang memilih YB berkenaan, kerana mereka adalah di antara penduduk yang sering menggunakan laluan yang dimaksudkan.

Persoalannya:

1. Apakah motif sebenar YB muda PAS ini mahu menyaman rakyat sendiri yang dikira antara yang daif di kawasannya.

2. Wajarkah Yb PAS ini, yang telah dipilih oleh rakyat untuk memikul amanah membantu mewujudkan kesejahteraan kepada rakyat mengambil tindakan menyaman rakyat dan penyokong sendiri, hanya kerana ditegur oleh rakyat.

3. Kenapa begitu mudah sekali pemimpin PAS di Negeri Kedah ini mahu mendapatkan laba dan keuntungan sehingga terlupa kepada peranan, tugas dan tanggungjawab sebenar?

4. Apakah Yb muda PAS ini fikir, apabila sudah menjadi kerajaan maka rakyat tidak berhak menegur dan apabila ditegur, ianya sudah menjadi fitnah dan tohmah?

5. RM 10 juta yang dituntut adalah satu jumlah yang sangat besar kepada rakyat di kampong WALAU PUN SANGAT KECIL KEPADA YB2 PAS SEKARANG.





Nak tau isu sebenar baca berita di bawah ni:



Kerajaan Negeri yang buat, RTM dakwa ia kerja kerajaan BN Pusat



ALOR SETAR - Isu kononnnya kerajaan negeri Kedah tidak memperdulikan kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon, Kubang Rotan yang disiarkan oleh Radio Television Malaysia (RTM) terjawab apabila YB Nasir Mustafa tampil membuktikan bahawa kerajaan negeri yang telah menurap jalan tersebut dan bukannya Kerajaan Persekutuan.


ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa berkata, beliau kesal dengan pihak RTM kerana mendakwa jalan tersebut telah diturap oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU), sedangkan jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri pada tarikh 27 Julai 2011.


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai fitnah RTM berhubung kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon yang menimbulkan keresahan penduduk sebelum ini.


“Saya mempunyai bukti bahawa jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri kerana saya mempunyai surat rasmi daripada kontraktor yang melakasanakan tugas tersebut, dan juga surat rasmi kepada Unit Perancangan Negeri (UPEN).

“Ini adalah satu fitnah yang jelas, kerana rancangan television Titik Sentuhan yang disiarkan oleh RTM ini mengatakan saya tak buat kerja, ini juga merupakan tohmahan yang tidak berasas,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa jalan tersebut tidak berturap sepenuhnya sejak pemerintahan kerajaan negeri yang sebelum ini lagi. Jalan tersebut merupakan jalan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan bukannya jalan kerajaan negeri.



Selepas kerajaan negeri sekarang memerintah saya telah mengambil tindakan dengan menghubungi pihak UPEN bagi menaik taraf dan menurap semula jalan tersebut.

“Selain itu, saya juga amat kesal dengan RTM kerana telah menggunakan rancangan television tersebut untuk kepentingan politik BN,” katanya.



Beliau akan membuat laporan polis mengenai fitnah tersebut serta laporan SPRM berkaitan dakwaan kononnya jalan tersebut dibuat oleh Pusat.


“Ia terdedah kepada kemungkinan ada pihak yang telah membuat tuntutan pembayaran dari Pusat terhadap kerja yang dilakukan sedangkan mereka tidak berbuat apa-apa pun kerana semuanya telah diselesaikan oleh pihak lain (Negeri),” ujarnya.



LEPAS BACA TU..BARU BOLEH JAWAB SOALAN BERBAUR FITNAH BLOGGER UPAHAN UMNO TU..


1. Apakah motif sebenar YB muda PAS ini mahu menyaman rakyat sendiri yang dikira antara yang daif di kawasannya.


SAMAN BULAN KERANA NAK ANIAYA DEPA TAPI NAK JELASKAN KEPADA RAKYAT 1MALAYSIA BAHAWA APA YG DIUCAP OLEH DEPA DALAM RTM TU ADALAH FITNAH JAHAT SEMATA-MATA.


2. Wajarkah Yb PAS ini, yang telah dipilih oleh rakyat untuk memikul amanah membantu mewujudkan kesejahteraan kepada rakyat mengambil tindakan menyaman rakyat dan penyokong sendiri, hanya kerana ditegur oleh rakyat.


YB SAMAN BUKAN KERANA DITEGUR TAPI KERANA DIFITNAH KONONNYA YB TAK TURUN PADANG DAN TAK BANTU DEPA, WALHAL YB YG BANTU SAMPAI MASALAH DEPA SELESAI...ALIH2 PIHAK LAIN YG TAKDAK KENA MENGENA PULAK DIDAKWA MEMBANTU.


3. Kenapa begitu mudah sekali pemimpin PAS di Negeri Kedah ini mahu mendapatkan laba dan keuntungan sehingga terlupa kepada peranan, tugas dan tanggungjawab sebenar?


PATUT TANYA UMNO DAN RTM, MENGAPA BEGITU MUDAH DEPA BUAT FITNAH..AWAT SELAIN DARI UMNO SEMUA BUKAN MANUSIA KE? TAK DAK MARUAH KE BOLEH DIFITNAH SESUKA HATI?


4. Apakah Yb muda PAS ini fikir, apabila sudah menjadi kerajaan maka rakyat tidak berhak menegur dan apabila ditegur, ianya sudah menjadi fitnah dan tohmah?


TEGUR SANGAT DIALU-ALUKAN TAPI DLM KES NI BUKAN TEGUR TAPI BUAT FITNAH..FAHAM, FITNAH!!!


5. RM 10 juta yang dituntut adalah satu jumlah yang sangat besar kepada rakyat di kampong WALAU PUN SANGAT KECIL KEPADA YB2 PAS SEKARANG.


MASA DEPA BUAT FITNAH TU AWAT DEPA TAK PIKIAG KATA DEPA TAK DAK DUIT NAK BAYAQ SAMAN FITNAH.Kedah La

Read more ...

TU DIA !!! Soi Lek belasah Najib lemah urus isu Shahrizat

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/04/Chua-Soi-Lek-MCA.jpgKerajaan Barisan Nasional (BN), menegaskan, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, menguruskan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan lemah, dan menyebabkan masyarakat melihatnya sebagai “sangat teruk”, menurut Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Presiden MCA itu menjelaskan, Shahrizat telah “dinasihatkan dengan lemah” berhubung perkara itu selepas ia dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 dan menambah, Shahrizat seharusnya mengambil tindakan awal apabila berhadapan dengan desakan untuk meletak jawatan.


“Mereka harus menangkap lembu menggunakan tanduknya. Tindakan pertama adalah mengaudit. Mendedahkan secara terbuka berkenaan skandal tersebut,” kata Dr Chua kepada The Malaysian Insider dalam temubual eksklusif di ibu Pejabat MCA di sini.


Menurutnya, sejumlah RM250 juta dana kerajaan dalam NFC “mempunyai masalah”, yang kemudiannya dimanipulasi pembangkang di media.


“Berikutan mereka (pembangkang) mempunyai maklumat, mereka akan menggunakannya sebagai platform dan tindakan mereka itu memburukkan keadaan.


“Dan kerajaan BN bertindak sangat perlahan dan tidak telus sepenuhnya,” katanya.


Namun begitu, Dr Chua menyanggah dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Razak membisu berhubung isu tersebut tidak bermakna beliau mempertahankan Shahrizat atau mana-mana menteri Kabinetnya.


Beliau menegaskan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan siasatan dan kerajaan juga telah mengumumkan perjumpaan dengan firma perakaunan untuk mengaudit akaun National Feedlot Corporation’s (NFCorp).


NFCorp diusahakan oleh suami Shahrizat dan anak-anaknya.


Tambah Dr Chua, sekiranya audit berkenaan mendedahkan kecelaruan dalam NFC, Shahrizat seharusnya tahu tindakan yang harus diambilnya..


“Beliau bukan ahli junior (dalam Kabinet), beliau sudah bertaraf senior.


“Firasat saya merasakan Shahrizat berkemungkinan tidak mendapat khidmat nasihat yang betul, dan juga mungkin menurutnya, jika Wanita Umno menerimanya, tiada masalah terhadap perkara itu,” tambahnya.


Shahrizat dilihat beroleh sokongan padu daripada perwakilan Umno ketika Mesyuarat Agung Umno baru-baru ini walaupun menerima kecaman hebat daripada masyarakat dalam pertuduhan skandal NFC.


Shahrizat juga memohon cuti selama tiga minggu daripada jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, supaya siasatan penuh dapat dijalankan. Malahan, beliau turut memfailkan saman fitnah sejumlah RM100 juta terhadap penuduhnya dalam PKR.


Projek penternakan lembu menjadi tajuk hangat selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengeluarkan terdapatnya kecelaruan dalam projek yang diurus tadbir oleh keluarga Shahrizat tersebut.


Sejak itu, PKR telah membuat beberapa siri pendedahan termasuk pembelian dua kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan dituduh menggunakan dana kerajaan tersebut untuk perbelanjaan peribadi keluarganya.


Parti pembangkang itu itu turut menuduh keluarga Shahrizat menggunakan sejumlah RM600,000 daripada dana NFC bagi membiayai pembayaran bil kad kredit mereka pada 2009.


Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mendakwa suami Wanita Umno, dan anak-anaknya yang menjadi lembaga pengarah NFC, menggunakan dana daripada RM250 juta untuk projek berkenaan bagi membayar bil kad kredit yang berjumlah melebihi RM10,000 sebulan sepanjang tahun tersebut.


Namun begitu, pentadbiran NFCorp menepis dakwaan tersebut dan menegaskan penggunaan kad kredit tersebut adalah untuk kegunaan perniagaan.


Mereka turut menafikan tuduhan dana RM250 juta itu telah dipindahkan ke akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman tersebut dimeterai.

JALAN PULANG

Read more ...

PAS Parit Buntar ganti bumbung baru untuk penduduk

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHlW7lsruZ0f98436eJrZ0BjXpCB54lhloLi3HPYgKTnYuAxgNuF1TmDzWk6o0zsKp2vHnnGd1nwKwYPWzzi8apL-fvCjypayQEOVkfx58CbDLbYf_JxTuWNI9WZFqimtTfjz0H4djWVc/s1600/10.jpgPARIT BUNTAR, 21 Jan. : Dewan Muslimat PAS Parit Buntar dengan kerjasama Unit Amal Parit Buntar serta Nisa' Parit Buntar terus menabur bakti kepada masyarakat dengan bergotong royong memperbaiki dan menganti bumbung rumah seorang penduduk di Parit Haji Abd Rahman di sini.

Ketua Muslimat PAS Parit Buntar Rahimah Osman berkata, Dewan Muslimat mengambil inisiatif bergotong royong kerana prihatin terhadap keadaan rumah yang uzur pasangan warga emas Ahmad Haji Salleh, 70 dan Normah Ariff , 63.

" Dewan Muslimat telah menjalankan kutipan derma untuk menampungkeseluruhan kos membeli zink yang baru.

“ Setelah kos mencukupi , kami meminta bantuan Unit Amal untuk
bergotong royong mengantikan zink rumah Pak Cik Ahmad yang bocor "Katanya

Menurut Rahimah, Pak Cik Ahmad mempunyai masalah penglihatan dan telah mendaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

“ Kami dimaklumkan bahawa Pak Cik Ahmad telah memohon bantuan dari pihak JKM sejak tahun 2009, namun gagal.

“ Memanglah Pak Cik Ahmad mempunyai lima orang anak, tapi empat
daripadanya perempuan yang sudah berkahwin dan menjadi suri rumahsahaja” katanya

Rahimah berkata , seramai lapan anggota Unit Amal dan seorang tukangrumah tempatan telah menyiapkan penukaran bumbung lama dengan zink yang baru.

“ Gotong royong ini bermula dengan menanggal zink lama yang uzur dan
bocor , kemudian diganti dengan zink baru

“ Sebanyak 40 keping zink baru telah digunakan untuk memasang
keseluruhan bumbung rumah Pak Cik Ahmad “ katanya

Sementara itu, Pak Cik Ahmad mengucapkan terima kasih kepada pihak
yang terlibat membantu memperbaiki dan memasang zink baru di rumahnya.

" Sebelum ini, bila hujan rumah Pak Cik basah kerana zink bocor.
Syukurlah pada hari ini, pihak PAS telah memberi bantuan menukar
bumbung lama dengan baru.

“ Jika dulu Pak Cik rasa bimbang dengan keadaan bumbung yang bocor,
namun sekarang tidak lagi kerana pihak PAS telah pasang bumbung yang baru” katanya

Gotong royong ini turut disertai Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun
Hashim, Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa dan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar Mahyudin Ibrahim.


Membuka bumbung lama yang uzur dan bocor


Anggota Unit Amal sedang memasang zink baru

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguhgiEZljtNShv5pXKBMgCnmlWOxeNPd5r6E7aiuyieDA1LWmS-CKNSrazHmTWQ8t6a8jxgLT17NDOfISNq6GnDQpdrGnAHhSRwPhEBg2zWGMYiEsDe0Fv9Nl2xv7aQimfXVEM_XUem9o/s1600/9.jpg
Anggota Unit Amal bersama Pak Cik Ahmad dan Mak Cik Normah
dihadapan rumah yang sudah siap dipasang bumbung baru

Read more ...

HASAN ALI!!! Berharap simpati dari UMNO, tapi ada UMNO kisah?

http://umno-reform2.com/front/images/stories/news/Politics/hasan_ali%5B1%5D.jpgHassan Ali sangat marah buat masa ini dan sebetulnya dia marah. Dengan pilihanraya akan menjelang tidak lama lagi, beliau harusmencari jalan untuk kekal relevan dan diambil sebagai calon.

Walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya kerana beliau baru sahaja dipecat daripada PAS dan reputasi beliau sekarang agak tercalar. Beliau dituduh menjadi sebagai ‘katak’ dan dimotivasikan oleh wang.

Hassan sekarang sedang bekerja keras untuk mencari jalan untuk diambil sebagai calon parlimen supaya dia tidak perlu berpisah dengan faedah dan kelebihan yang disediakan untuk ahli parlimen.
Sudah tentunya PAS tidak mahu apa-apa lagi kaitan dengan beliau begitu juga PKR dan DAP. Jadi, Hassan terpaksalah meminta simpati kepada UMNO.

UMNO pula, yang sememangnya bermotifkan wang akan membiarkan beliau terus meminta dan menggunakan beliau sepenuhnya sebelum menolak beliau ke tepi, sama seperti sampah sarap UMNO yang lain seperti Zahrain Hasim, Zul Noordin, Hee Yit Foong, Keshvinder Singh, Tan Tee Beng dan yang sewaktu dengan mereka.
Hassan berebut untuk dapatkan wang UMNO
Untuk masa sekarang, Perdana Menteri Najib Razak yang berkuasa menentukan senarai calon ‘boleh menang’ dan ia Nampak sangat menarik.

Hassan Ali bolehlah dimaafkan sekiranya memikirkan bahawa beliau sekarang menjadi buah hati UMNO seperti Ibrahim Ali nombor 2.

Tetapi memandangkan pertelingkahan dalaman yang semakin sengit dalam UMNO untuk mendapatkan kerusi, peluang Hassan dan Ibrahim Ali seakan-akan menemui salji dalam neraka!
Jadi, tanpa platform politik, Hassan berkemungkinan besar terpaksa menyertai Perkasa di mana Zul Noordin sudahpun merasa menyesal. Jika Perkasa berjaya mendapatkan tempat untuk bertanding dalam pilihanraya, Hassan akan tersenyum.

Tetapi bayangkanlah siapa yang akan mengundi untuk kumpulan yang kolot, gila dan bersikap perkauman? Walaubagaimanapun, mereka-mereka ini berkemungkinan masih akan menjadi yang beruntung kelak.

Ada spekulasi yang mengataka bahawa mereka telahpun menerima ganjaran awal untuk melakukan taktik-taktik kotor mereka.

Untuk Hassan yang merupakan ahli terbaru yang menyertai kumpulan ini, permainan beliau baru sahaja bermula dan rakyat bolehlah menanti banyak lagi yang akan disajikan kelak- tuduhan liar yang direncanakan Najib dan orang-orang kuat UMNO menurut cara mereka berpolitik.
Lupakan segala drama yang dilakonkan Hassan Ali di media perdana kerana sebenarnya disebalik kemarahan beliau itu, cita-cita sebenarnya adalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Semasa pilihanraya 2008, di mana Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Hassan Ali telah menyiapkan dirinya untuk mengambil alih jawatan Khir Toyo. Malangnya untuk beliau, jawatan itu telah jatuh kepada Khalid Ibrahim, PKR.

Yang paling beliau tidak berpuas hati adalah hakikat yang PAS telah seolah-oleh melepaskan semua kuasa di Selangor kepada PKR yang diterajui Anwar Ibrahim.
Mungkin Hassan lupa bahawa PKR telah menang paling banyak kerusi di Selangor. PKR menang 15, DAP 13 dan PAS 8. Sungguhpun begitu, Hassan mendesak agar Selangor diserahkan kepada PAS dan beliau menjadi maharajanya!

Memang hakikatnya bahawa Hassan pada ketika itu sudahpun mempamerkan sifat tamak dan gila kuasa yang sememangnya sinonim dengan Umno dan tidak hairanlah sekarang beliau sudah kembali ke pangkuan parti itu yang sesuai dengan sifat beliau tidak seperti PAS.
Pada masa itu juga Hassan memikirkan cara untuk merampas kuasa dari PKR di Selangor. Apa yang beliau perlukan adalah dapatkan PAS untuk bekerjasama dengan Umno. Lalu bermulalah siri drama di media yang menyaksikan Umno yang berminat dan PAS yang tiada minat langsung.
Penolakkan Selangor sangat kuat pihak media dilarang buat liputan
Gabungan kemenangan PAS, DAP dan PKR telah menyingkirkan Selangor pada 2008, suatu keputusan yang mengejutkan BN. Walaupun media BN enggan melaporkan cerita sebenar bagaimana BN kalah teruk di Selangor, sepintas lalu kita lihat 36 kerusi Pakatan dan 20 kerusi BN menceritakan segala-galanya. Kekalahan itu sangat mengejutkan dan meluas dan ada di setiap spectrum masyarakat Selangor.
Mungkin ada yang hairan mengapa surat khabar sering melaporkan bahawa Pakatan akan kalah di Selangor pada pilihanraya ke 13 sedangkan MB Khalid dan pasukan beliau telah melakukan yang terbaik di Selangor – mungkin 100 kali lebih baik daripada kerajaan yang ditadbir oleh UMNO –Khir Toyo.
Strategi begini dipanggil strategi memuaskan ramalan. Umno tidak mampu untuk membiarkan khabar mengenai kelemahan dan penolakkan mereka di Selangor tersebar, lali mereka menggunakan media untuk sentiasa mencanangkan berita bahawa BN akan memenangi kembali Selangor yang gagal diperintah oleh Pakatan pada PRU 13.

Berulang-ulang kali mereka berharap agar dapat menang perang pisikologi ini. Akan tetapi, untuk menang pilihanraya, ia adalah lebih daripada menang perang pisikologi. Inilah yang harus diterima oleh Najib tetapi mungkin beliau agak terlambat!
PAS juga tidak mahu UMNO
Malang untuk Hassan Ali, PAS tidak begitu berminat untuk mempunyai hubungan dengan Umno. Oleh itu, Hassan mula mempersoalkan kepimpinan PAS.
Apabila beliau bercakap mengenai parasit dalam PAS, beliau gagal menyebut bahawa parasit sebenar adalah dirinya sendiri. Sangat melucukan yang ibu kepada parasit mengugut untuk mendedahkan anak-anaknya sendiri.

Ada yang dalam PAS mengatakan bahawa Hassan akan sanggup menggadai neneknya sendiri sekiranya ia adalah untuk kepentingannya. Sangat kotor falsafah politik Hassan tetapi masih ada juga beberapa orang dalam PAS yang bersimpati dengan beliau dan menggesa beliau merayu pemecatannya.
Nasib baik Hassan tahu diri. PAS diperingkat tertinggi pun tidak akan mengambil beliau semula. Sama juga dengan bekas ahli Ibrahim Ali. Hassan telah melakukan kesalahan paling besar- beliau cuba mengambil alih PAS semasa beliau masih lagi ahli.

Dalam pemikiran beliau sekiranya beliau mengambil alih kepimpinan PAS, beliau masih boleh mengusahakan penggabungan dengan Umno. Beliau cuba untuk bermain permainan beliau dengan bijak.
Tetapi malang sekali lagi untuk beliau, dalam muktamar PAS tahun lepas, parti itu telah dengan rasminya menolak sebarang usaha untuk bergabung dengan UMNO.Mereka mahu mengubah imej menjadi sebuah parti Islam yang moden.

Hassan menemui jalan buntu. Beliau hilang kuasa ke atas PAS Selangor dengan Abdul Rani dijadikan pesuruhjaya PAS menggantikan beliau.
Sangat memalukan untuk Hassan! Beliau hampir pasti tiada siapa yang dapat menghidu rancangan beliau.

Beliau sangkakan bahawa tiada yang dapat menjejak langkahnya tetapi ahli PAS lain nampaknya lebih tahu dan sudahpun membuang beliau sebelum apa-apa berlaku.
Sebahagian daripada rancangan jahat
Undi penentu di Selangor adalah undi Melayu. Apabila Najib Razak mengatakan bahawa beliau akan mendapatkan semuala Selangor dengan apa cara sekalipun, beliau yakin kerana beliau Cuma perlu berusaha untuk undi Melayu.

Inilah sebabnya mengapa adalah sangat penting untuk Hassan menyayikan lagu Umno kepada PAS. Masyarakat Melayu masih lagi terbahagi kepada 2 parti utama ini, dengan PKR yang baru semakin mendapat tempat.

PAS dan PKR boleh mendapatkan 45-55% undi Melayu apabila bergabung. Umno perlu mendapatkan 5 hingga 10% lebih daipada ini untuk menang.
Ini juga menjelaskan usaha Hassan Ali dan UMNO menggunakan sentiment perkauman dan agama yang gagal meraih sokongan perhimpunan mereka. Hassan melakukan serbuan keagamaan bersama JAIS yang berada dibawah telunjuk UMNO. UMNO perlu membuat seolah-olah DAP adalah agen pengkristianan sebagai taktik untuk meraih sokongan orang Melayu.

Dalam Perhimpunan UMNO yang lepas, mereka dengan terang-terangan mengatakan bahawa mereka hanya perlu mendapatkan 8 kerusi PAS dan 15 kerusi PKR di Selangor.

Hassan sekali lagi memainkan sentimen Islam dengan mengatakan bahawa PAS telah kehilangan identity Islam dan ini juga adalah bentuk serangan Umno memburukkan Pakatan dan Anwar.
Inilah rancangan jahat yang disertai Hassan Ali. Gerakan menghuru-harakan Selangor dan memburukkan Pakatan. Hassan Ali seumpama kanser yang membunuh sel baik dalam PAS dan beliau haruslah dikeluarkan.

PAS melakukan apa yang dibuat oleh parti politik lain apabila ada ahlinya memberontak- pecat ahli itu!
Siapa yang tidak dijual oleh Hassan Ali nanti?
Ini menerangkan kenapa Hassan Ali terlampau marah dan meluahkannya di media perdana seperti kekasih yang ditinggalkan. Cita-cita beliau untuk menjadi Menteri Besar sudah musnah dan kerjaya politik beliau diawangan.

Beliau tahu beliau tiada apa yang dapat diberikan kepada rakyat kerana selama ini beliau mendapat tempat di parlimen dan membina kerjaya politiknya menerusi cara buli dan hina.
Kepada Hassan Ali, semoga berjaya dan beliau telah meletakkan harapan pada janji kosong Umno. Tidak lama lagi beliau akan lihat bahawa mereka yang melayannya dengan baik adalah orang yang beliau sedang malukan.

Tetapi pada masa itu, beliau sudah terlambat dan Hassan akan mendapati bahawa hanya Tuhan yang akan mendengar luahan hati beliau!
Malaysia Chronicle

Read more ...

CERAMAH HASAN ALI!!!!Ingatkan Ceramah Parasit rupanya Ceramah Aqidah


(ambil dari blog UMNO)
Jelajah Hasan Ali untuk mendedahkan parasit dalam PAS seperti yang dicanangkan blogger UMNO rupanya bukanlah ceramah khas Hasan Ali sebaliknya Ceramah yang bertajuk Bicara Memurnikan Aqidah Ummah bersama Dr. Azhar Yaakub.

Blogger UMNO begitu bersemangat berkempen supaya ramai yang hadir. Ingatkan betul la ceramah Hasan Ali tapi ceramah aqidah. Memangla ada ramai yang hadir bila dengar ceramah agama. Blogger UMNO siap kata ramai ahli PAS yang hadir, kononnya Hasan Ali dapat sokongan ahli PAS.

Tak tau la Hasan Ali guna ceramah aqidah tu untuk dedahkan parasit dalam PAS. Tapi kalau berlaku macam tu memang la Hasan Ali dah tak tentu arah, terpaksa guna medan agama untuk kepentingan diri sendiri. Dan jika berlaku macam tu bermaknanya, belum ada pihak sama ada UMNO, ISMA, PERKASA yang menyediakan pentas untuk Hasan Ali. Maka Hasan Ali terpaksa guna forum agama berkenaan.

Bila Hasan Ali akan mengadakan ceramah sulong khas dedahkan parasit dalam PAS? Katanya, nak buat di Bangi. Pihak mana yang sediakan pentas ? Jangan nanti cakap berdegar2 Hasan Ali akan ceramah tapi bila tengok poster ceramah aqidah lagi.

Harap pihak yang nak tolong Hasan Ali sediakan pentas supaya jangan guna ceramah berkenaan atas nama aqidah kerana mereka akan menipu pendengar yang hadir. Letakkan dalam poster atau hebahan mereka tajuk CERAMAH PARASIT DALAM PAS OLEH DATO ' DR HASAN BIN MOHAMED ALI.( Kena tulis nama Dato' betul2 nanti kena marah dengan Dato'-pengalaman beb...)

Masa tu kita tengok siapa ahli PAS yang akan hadir. Satu lagi jangan ingat semua yang pakai kopiah putih tu ahli PAS, semua yang pakai tudung labuh ahli PAS. Kerana ramai yang dah pandai berlakon. Pengalaman dah banyak , puak -puak Songkok Tiga Jengkal sanggup tukar songkok pakai kopiah kerana nak burukkan PAS. Admin

Read more ...

DEMI SAIFUL DAN UMNO?!!! Peguam Negara buat rayuan, kes Perak akan berulang?

Saya sudah menjangkakan Peguam Negara akan membuat rayuan terhadap keputusan Mohamed Zabidin Mohd Diah, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II.

Apa yang berlaku dalam kes membabitkan bekas penasihat politik dan pakar strategi Najib Razak, Abdul Razak Baginda yang dibebaskan oleh mahkamah kerana tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya Sharribbu, saya tidak fikir ia akan menimpa atau keadaan sama berlaku ke atas Anwar. Begitu mustahil dirasakan kalau ia ada persamaan dari segi sikap dan pendirian pihak pendakwa raya.

Dalam kes Razak Baginda peguam negara tidak mengemukakan notis rayuan keputusan mahkamah yang membebas dan melepaskan Razak dari terbabit dengan tuduhan membunuh Altantuya. Rasanya tidak perlu ditafsirkan kenapa berlaku dan wujud perbezaan itu. Hak mengemukakan notis rayuan dalam apa-apa kes jenayah terserah kepada pihak Peguam Negara dan proses merayu itu adalah dibenarkan dalam sistem perundangan negara.

Kalau pendakwa merasakan sesuatu keputusan hakim itu lemah, boleh dipertikai atau terkhilaf , pendakwa berhak membuat rayuan untuk membolehkan lebih banyak hakim memutuskannya. Maksud di sini ialah untuk memastikan keadilan diperolehi dan terjadmin untuk semua pihak.


Tidak baik kalau dipersoalkan apakah pihak keluarga Altantuya telah mendapat keadilan secukupnya dari apa yang berlaku? Apakah pembebasan dan perlepasan Abdul Razak Baginda itu tidak mngecewakan keluarga Altantuya Sharibbu? Dan apakah rayuan dan desakan termasuk menggunakan media masa tidak dilakukan oleh keluarga Altantuya supaya pendakwa membuat rayuan terhadap keputusan melepas dan membebaskan Abdul Razak?

Dalam kes Razak Baginda cepat sangat pendakwa memaklumkan yang mereka tidak akan membuat rayuan. Seolah-olah pendakwa sudah berpuas hati dengan keputusan penghakiman yang diterima. Semacam kelegaan serta merta diberikan pendakwa itu kepada Abdul Razak. Seolah pihak pendakwa telah meneliti serta merta keputusan kehakiman terhadap Razak itu. Apakah keputusan kehakiman mengenai pembebasan Abdul Razak itu sudah disedikan awal dan diberikan hari yang sama? Kalau benar begitu ia amat berbeza dengan kes melibatkan Anwar ini.

Pendakwa terpaksa mengambil masa hingga saat-saat akhir untuk membuat atau mengemukakan notis rayuan itu. Alasan pihak pendakwa mereka perlu meneliti keputusan penghakiman yang dibuat oleh Mohamed Zabidin Mohd Diah. Kesenjangan masa itu menyebabkan timbul berbagai persepsi dan tanggapan. Ada mengatakan bahawa pendakwa tidak akan merayu. Kalau tidak merayu bermakna keputusan Zabidin itu tidak boleh digugah lagi.

Kerena kesenjangan itu menyebabkan pihak Anwar dan penyokongnya merasa lega dengan apa yang berlaku. Mereka menerima bahawa Anwar dibebas dan dilepaskan dengan mutlak. Secepat itu juga saham Anwar naik mendecut dan rakyat juga mendapat suntikan semangat baru. Perjuangan rakyat untuk menumbangkan UBN menjadi berkobar-kobar semula. Banyak majlis kesyukuran bagi meraikan kemenangan Anwar itu yang dianggap kemenangan rakyat diadakan. Dalam keseronokan itu tidak ada yang membuat perhitungan dan bacaan lain dari merasakan keseronokan itu.

Sebelum ini saya telah menduga sendirian, kenapa rayuan tidak disegerakan dan dibuat pada saat-saat akhir. Hati saya merasakan ia ada motifnya. Yang boleh saya kira mungkin ia disengajakan untuk melihat keadaan selepas Anwar dibebaskan. Yang hendak diperhatikan ialah gelora dan semangat rakyat selepas Anwar dianggap suci dan bersih. Kelewatan itu mungkin untuk melihat momentum yang wujud. Dalam catatan sebelum hari perbicaraan saya sudah mempersoalkan sejauh mana Najib Razak sebagai perdana menteri tidak terlibat dengan keputusan yang akan dibuat terhadap kes itu.

Ternyata kesenjangan yang mungkin disengajakan itu berjaya. Kerana semangat dan gelora rakyat berubah secara drastik sebaik keputusan itu dibuat. Rakyat menjadi bersemangat kembali dan majlis-majlis anjuran Pakatan Rakyat yang dihadiri Anwar mendapat sambutan luar biasa. Perkembangan ini menyeronokkan satu pihak dan menggeletarkan satu pihak lain. Senario ini diambil kira.

Mungkin setelah melihat keadaan itu maka keputusan dibuat agar pembebasan itu hendaklah dikaji semua. Rayuan perlu dibuat. Dalam hal ini bagi saya desakan dan ritihan si pengadu (pembacuh kopi dan ayahnya serta Dr Mahathir) hanya helah semata-mata. Ia mungkin sandiwara untuk menarik simpati supaya kes itu dirayu. Walhal sudah ada perancangan seperti saya maksudkan itu di sebalik tindakan peguam negara itu yang melengahkan menyatakan sama ada hendak rayu atau tidak.

Mengenai kes Anwar ini ia anih dan pelik dan luar biasa. Sebelum ini tidak ada campur tangan awal terhadap proses rayuan ini sama ada perlu merayu atau sebaliknya. Tetapi dalam kes Anwar ini ada desakan awam agar pendakwa membuat rayuan. Bekas PM sendiri ikut sama bersuara dengan berselindung di sebalik keadilan untuk satu pihak. Kenapa?

Keadaan itu menjadikan saya bertanya dan tidak sedap hati. Semalam pun ketika mengikuti Anwar berucap semasa majlis kesyukuran di rumahnya yang mana saya merasakan Anwar begitu seronok dengan keputusan itu telah membisikkan akan perasaan saya kepada seorang teman yang duduk di sebelah saya.

Saya merasa tidak seonok dengan ucapan Anwar yang terlebih dalam mengulas keputusan itu seolah segala-galanya muktamad dan seolah Allah sudah berada dipihaknya.

"Anwar tidak sepatutnya berkata demikian, dia harus jimat bahasa dan waspada. Ingat masa untuk pendakwa membuat rayuan masih ada beberapa jam lagi. Pintu mahkamah belum ditutup," demikian kata saya. Teman itu terdiam.

Mungkin dalam kotak fikir Anwar malam tadi dan orang lain juga sudah yakin apabila pendakwa seakan terus membisu daripada mengemukakan notis rayuan, bahawa pintu mahkamah dalam kes itu sudah pun ditutup. Beliau mungkin beranggapan bahawa pendakwa tidak akan merayu dan kes itu tamat dengan kemenangan mutlak kepadanya. Tetapi apa yang berlaku kini sebaliknya.

Rayuan itu boleh menyebabkan berbagai kemungkinan. Ia boleh menukarkan warna putih menjadi hitam atau merah atau mengekalkan warna asli. Yang paling manakutkan ia boleh membawa Anwar ke Sungai Buloh. Dan paling ditakuti ia boleh menyebabkan Anwar kehilangan hak untuk bertanding dalam pilihan raya. Madah klasik saya mengenai politik; sumpah dan janji orang politik tidak boleh dipercayai, dan jangan merasai pelik dengan tindakan orang politik. Demi kuasa dan kedudukan orang politik sanggup membelakang adat dan hukum agama.

Memang benar, Anwar bersedia menghadapi rayuan. Peguam Anwar Karpal Sigh juga mengatakan dia tidak gentar dengan rayuan. Memanglah begitu adat berlawan dan mempertahankan diri. Tetapi jauh di lubuk hati saya merasakan tentu mereka lebih enak kalau kedua-duanya tidak ke mahkamah lagi. Bukan saja Anwar, tetapi seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat mengharap pintu mahkamah ditutup kemas dan semua akan memberi tumpuan kepada menuju untuk membuka pintu Putrajaya. Tetapi apabila rayuan dibuat ia boleh mengenjatkan sedikit tumpuan itu.

Entah terbetik didalam hati saya bila rayuan dibuat ia boleh mengulangi sejarah dua tahun lalu. keadaan terbalik mungkin boleh berlaku. Dalam kes liwat I dulu, hakim Mahakamah Tinggi, Ariffin Jaka telah mendapati Anwar bersalah atas tuduhan liwat dan Anwar dipenjarakan sembilan tahun.

Bagaimana pun hukuman itu dinafikan apabila mahkamah rayuan terdiri dari tiga orang Hakim membatalkan keputusan itu dengan 2 - 1. Dua hakim tidak mempercayai Anwar liwat dan satu hakim mempercayai. Anwar dibebaskan tetap persepsi dia meliwat tetap melekat di kepala sesetengah khasnya yang membenci kepadanya.

Apakah kali ini akan terbalik, hakim mahkamah rayuan akan menolak keputusan hakim yang membebaskan dan melepaskan Anwar dan mereka mendapati Anwar didapati bersalah? Ironisnya di sini kalau dulu hakim mahkamah rayuan melepaskan Anwar kali ini hakim mahkamah rayuan akan mensabitkan Anwar.

Selain itu apa yang berlaku dalam kes menuntut siapa berhak menjadi MB Perak antara Nizar Jamaluddin dengan Zambry Abdul Kadir dua tahun lepas akan berulang kembali. Pada mulanya mahkamah membuat keputusan yang Nizar Jamalduddin adalah menteri besar yang sah. Belum sempat ayam berkokok untuk keesokkan harinya mahkamah membuat keputusan lain mengesahkan kedudukan Zambry sebagai MB yang sah. Keputusan yang drastik dan terbelaik kuang itu menyebabkan rakyat Perak menjadi mabuk dan gila!

Apakah akan berlaku demikian dalam kes Anwar ini? Mulanya mahkamah memberi kelegaan dan kegembiraan kepada Anwar dan penyokongnya, kemudian selepas itu mahkamah juga akan menyentak dan menarik balik kegembiraan itu? Begitukah?

Kita tidak boleh membuat spekulasi lebih jauh dari itu. Bagaimana pun persediaan perku dibuat untuk menghadapai kemungkinan-kemungkinan berpandukan kepada sejarah dan peristiwa masa lampau. Istidraj tidak mustahil boleh terjadi dalam apa juga keadaan dan kepada siapa juga termasuk terhadap kes Anwar ini.

Yang paling saya takut apakah ramalan saya, bahawa Parlimen akan dibubarkan sebaik saja Anwar digiring ke penjara masih valid? Inilah yang menganggu pemikiran banyak orang sekarang ini. Kita boleh mengatakan sama ada Anwar di dalam atau di luar, Pakatan Rakyat terus mara dan mara... tetapi hakikatnya kalau Anwar berada di dalam ia memarahkan Pakatan Rakyat?

Dan saya tidak tahu apakah setelah hakim mahkamah rayuan nanti ditakdir menolak keputusan Hakim Zabidin itu Anwar masih boleh mengemukakan merayu kepada peringkat lebih tinggi! Izinkan saya berihat untuk menulis lagi esok.

Rakyat marhaen

Read more ...

HABIS MADU SEPAH DIBUANG!!!! Veteran UMNO saman kerajaan UMNO

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Lumut, Haji Jauhari Bin Yahya hari ini telah memfailkan Saman Semakan Kehakiman ke atas Kerajaan Negeri Perak & dua individu yang lain di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur hari ini.

Tindakan ini diambil berikutan kegagalan pihak Kerajaan negeri Perak menggantikan tanah Jauhari yang dibatalkan oleh kerajaan pada tahun 1998.

Tindakan ini dibuat melalui syarikat guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

(Gambar: Haji Jauhari menunjukkan surat yang difailkannya di Mahkamah Tinggi hari ini)

Berdasarkan kajian kes, pada tahun 1997 tanah beliau seluas lima ekar lebih yang dicagarkan kepada Bank Bumiputra Bhd telah dirampas oleh Kerajaan Negeri Perak kerana gagal membayar cukai tanah.

Jauhari telah memohon semula tanah tersebut dan pada bulan Julai 1997 permohonan untuk mendapatkan tanah tersebut telah diluluskan.

Kemudiaan pada 21/2/1998, Jauhari telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak dan pihak Bank Bumiputra Bhd.

Semasa pertemuan tersebut Jauhari bersetuju untuk membenarkan kelulusan ke atas tanah tersebut dibatalkan dan pihak Kerajaan Negeri Perak berjanji akan memberi tanah baru bagi menggantikan tanah yang dibatalkan itu.

Selepas tarikh tersebut Jauhari telah banyak kali membuat permohonan untuk mendapatkan tanah baru bagi menggantikan tanah yang dibatalkan tersebut tetapi tiada tanah baru yang diberikan bagi menggantikan tanah tersebut.

Walau pun ada beberapa kali tawaran tanah diberikan kepada Jauhari namun tanah yang ditawarkan berada dilokasi yang tidak sesuai dan tidak sama dengan nilai tanah Jauhari yang dibatalkan.

Pada bulan 12/2011 beliau dimaklumkan permohonan bagi menggantikan tanah yang dibatalkan telah DITOLAK, justeru itu Jauhari memfailkan Semakan Kehakiman bagi membatalkan keputusan Kerajaan Negeri Perak menolak permohonan tersebut.

Tindakan Mahkamah diambil kerana Jauhari begitu lama menunggu untuk diberikan tanah baru bagi menggantikan tanah Jauhari yang dibatalkan.

Jauhari adalah pesara guru dan pada masa ini ahli veteran Umno.

Read more ...

BUKAN LAGI EXCO AGAMA !!! Jika ada maruah , Hasan Ali kena letak jawatan Timbalan Pengerusi MAIS

Post Pic
SHAH ALAM, 20 Jan : Pas tidak menganggap jawatan Exco Hal Ehwal Agama Selangor sebagai hak mutlak parti itu dan membidas Datuk Dr Hasan Ali kerana menuduh ia sebagai pak turut dalam Pakatan Rakyat.

Naib Presiden Pas Mahfuz Omar berkata Islam bukan hanya boleh dikembangkan menerusi portfolio itu sahaja dan Hasan sepatutnya mempunyai minda lebih terbuka sebelum membuat tuduhan sebegitu.


“Saya katakan di sini Islam tidak boleh kita sempitkan dalam satu portfolio, Islam kalau hendak dicakap dalam masjid, maknanya Islam dalam masjid sahajalah.


Jadi kita hendak suruh orang datang ke masjid, pelajar sekolah datang ke masjid dan ini yang kita hendak bawa sekarang,” katanya kepada antarapos.


Mahfuz berkata beliau menerima keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memastikan sesuatu portfolio Exco tidak hanya dipegang oleh parti tertentu sahaja.


Beliau menegaskan Exco daripada Pas tetap akan mengembangkang syiar Islam menerusi portfolio yang dipegang oleh mereka.


“Contohnya portfolio pendidikan kini dipegang oleh Dr. Halimah (Ali) menunjukkan di mana Islam hendak berkembang melalui pendidikan, Iskandar (Abdul Samad) umpamanya memegang portfolio perumahan.


Kemelut rombakan Exco Selangor tercetus kerana Khalid melantik Dr Ahmad Yunus sebagai exco baru daripada Pas untuk menggantikan Hasan yang dipecat oleh parti itu pada 8 Januari lalu.


Bagaimanapun Khalid tidak menyerahkan portfolio Hal Ehwal Agama kepada Yunus, sebaliknya mengambilalih tanggungjawab penting itu. Yunus, Adun Sijangkang, dilantik sebagai Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.


Hasan berkata maruah Pas dipijak kerana sebagai sebuah parti Islam, ia sepatutnya diberikan portfolio itu yang disandangnya dahulu.


Beliau dukacita kerana pimpinan parti itu menerima keputusan Khalid dan menyifatkannya sebagai bukti parti itu sekali lagi menjadi pak turut kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat.


Mahfuz sekali lagi menegaskan pihaknya tidak bermasalah dengan susunan baru Exco Selangor dan yakin Menteri Besar boleh menguruskan portfolio Hal Ehwal Agama dengan berkesan.

Malah, menurut Mahfuz, Khalid akan menangani apa yang disebut beliau sebagai masalah-masalah ketelusan di dalam Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor.


“Saya percaya dia (Khalid Ibrahim) mampu menyelesaikan banyak masalah dalam ketidaktelusan dalam MAIS da JAIS hari ini,” kata beliau.


Dalam pada itu, Mahfuz mendesak Hasan supaya meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi MAIS setelah beliau digugurkan sebagai Exco.


“Jadi saya harap Hasan Ali kalau ada maruah dia letak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi MAIS. Dia kena letak jawatan sebab dia dulu diletakkan di situ kerana dia Exco Agama,” kata beliau.


“Walaupun dia dilantik oleh jawatankuasa MAIS memang dia kena letak jawatan sebagai orang bermaruah supaya membolehkan Tan Sri Khalid dan pihak lain yang dilantik untuk berada di situ,” katanya.


Hasan digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri sebelum tamat tempoh untuk beliau merayu keputusan itu kepada Majlis Syura parti pada 7 Febuari.


Beliau mendakwa pemecatannya daripada Pas didalangi oleh sekumpulan parasit yang mahu mengubah perjuangan Islam parti itu dan berjanji mendedahkan mereka menerusi siri ceramah di seluruh negara.

Read more ...