Saturday, September 1, 2012

TAK KAN ROSMAH LEBIH BESAR DARI AGONG?!!! Yang Dipertuan Agong tidak dijemput di Majlis Sambutan Merdeka di Bukit Jalil ?


Cukup heboh UMNO, PERKASA dan blogger pencacai mengenai isu kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberlakangkan Sultan Selangor di dalam majlis sambutan merdeka yang diadakan di Shah Alam pada malam Hari Merdeka.

Tetapi mereka terlupa atau sengaja lupa bahawa kerajaan Pusat UMNO/BN lansung tidak menjemput DYMM Seri Padu baginda Yang Dipertuan Agong ke di countdown Merdeka di Stadium Merdeka kelmarin dan di Majlis Sambutan Merdeka di Stadium Bukit Jalil semalam.

Yang kelihatan disebelah Najib ialah seorang perempuan debab bernama Rosmah. Belum pernah berlaku sebelum ini di dalam sejarah di mana isteri PM disediakan tempat khas di pentas seolah-olah beliau salah seorang menteri kanan kabinet sehingga menenggelamkan wajah-wajah menteri kabinet yang lain.

Agong dan tempat Agong tidak kelihatan. Apakah ini bererti Najib atau Rosmah lebih besar dari Yang Dipertuan Agong?

BERNAMA yang menulis berita untuk yang mempersoalkan "Najib: Takkan Anwar lebih besar dari Sultan?" silakan jawab.. Kelab Greenboc

Najib: Takkan Anwar lebih besar dari Sultan?


Tindakan kerajaan pembangkang yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri bukan satu perkara mengejutkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini kerana mereka lebih menghormati Ketua Pembangkang merangkap Penasihat Ekonomi negeri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai 'locus standi' tetapi dijemput sebagai tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, pada Khamis malam.

"Kalau ada majlis takkanlah dia (Anwar) lebih besar daripada Sultan. Baginda yang menjadi simbol negeri pun tidak dihormati," katanya ketika berucap pada Jamuan Aidilfitri BN Selangor di Pusat Penyelidikan Getah (RRI) Malaysia di Sungai Buloh, hari ini.

Najib berkata pembangkang mempunyai banyak lagi perkara 'pelik' yang ingin dilakukan termasuk menukar bendera Malaysia selain menyatakan manifesto mereka bukan satu perjanjian yang perlu ditunaikan.

"Hari ini ramai rakyat Selangor yang kecewa kerana mereka tidak dapat air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifesto (pakatan pembangkang)...janji tidak perlu ditepati rakyat boleh dibohongi, tidak apa asalkan dapat undi. Di mana letaknya maruah pemimpin macam itu," katanya.

Sehubungan itu, perdana menteri berkata rakyat tidak perlu menyokong pembangkang pada pilihan raya umum akan datang berikutan hak mereka tidak dihormati.

Berbeza dengan BN, Najib berkata sepanjang tiga tahun ini pelbagai janji telah dikotakan oleh kerajaan persekutuan.

Malah, katanya, ada inisiatif yang dilaksanakan BN tidak terkandung dalam manifesto kerajaan persekutuan seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan baucer buku.

Najib mengambil kesempatan untuk mengingatkan rakyat supaya menghormati dan mempertahankan kemerdekaan negara yang tinggi nilainya.

Perdana Menteri berkata: "Dalam sejarah, kemerdekaan hanya mengetuk pintu sekali sahaja. Generasi terdahulu dan berikutnya telah berkorban dan berjaya mendapatkannya (kemerdekaan).

"Generasi kini, iaitu generasi kedua dan ketiga mesti berjuang dan berkorban untuk memberi makna kepada kemerdekaan itu".

Dalam pada itu, Najib mengingatkan pemimpin dan anggota BN supaya meneruskan perjuangan sehingga tiba pilihan raya umum ke-13.

"Jangan rasa letih, rasa penat, jangan kecewa, teruskan perjuangan sehingga semboyan dibunyikan.

"Kita akan terus ke depan, jangan toleh belakang. Kita BN akan merempuh dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Dataran RRI, lokasi majlis hari ini, dibanjiri pengunjung yang ingin meraikan sambutan Aidilfitri bersama perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta barisan pemimpin BN Selangor.
- Bernama

Read more ...

BUKAN TUKAR BENDERA!!! Tapi tukar kerajaan zalim dan rasuah yang mendera rakyat

SUBANG JAYA – “Yang menjadi dasar Pakatan Rakyat (PR) bukanlah hendak tukar bendera tetapi mahu gantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan pimpinan PR.” Demikian tegas Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan beberapa individu yang membawa ‘bendera baru’ kononnya tidak bersetuju dengan Jalur Gemilang sedia ada pada ambang Hari Merdeka di Dataran Merdeka malam kelmarin.


Shuhaimi berkata, sekiranya wujud cadangan menukar bendera sedia ada, pihaknya adalah antara yang terawal akan menentang usaha itu.


Katanya, memang tidak ada sebarang perbincangan berhubung dakwaan terbabit dan menegaskan ia perbuatan provokasi dilakukan pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh bagi mencemarkan imej kerajaan PR di mana-mana negeri.



Beliau berkata, sebelum ini PKR Selangor memang pernah mendengar ada pihak-pihak tertentu yang merancang untuk mempromosikan bendera selain yang ada.


Jelasnya, bagaimanapun perkara itu ditentang habis-habisan kerana ia tidak ada dalam mana-mana memorandum yang ditandatangani ketiga-tiga parti dalam PR.


“Isu ini tidak pernah dibincangkan... untuk apa dibincangkan kerana yang kita fokus adalah menukar daripada kerajaan rasuah kepada sebuah kerajaan yang sudah diuji keberkesanan dan mampu mentadbir.


“Kerajaan Pakatan tidak pernah bersetuju, jika ada unsur yang boleh mencetuskan perasaan tidak senang kita sepakat untuk tentang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Muda di Putra Heights di sini, hari ini.


Shuhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda dan ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat berkata, pihaknya komited menukar kerajaan Persekutuan berteraskan apa yang disebut dalam buku Jingga dan juga memorandum persefahaman perjanjian PR pada tahun 2009.


Katanya, menukar bendera bukan agenda PR justeru menganggap tindakan pihak berkenaan yang melakukan provokasi hanyalah perbuatan sia-sia.


Jelasnya, PR lebih fokus kepada dasar, polisi serta ketelusan dan kebertanggungjawaban yang menjadi perkara inti pokok dalam pentadbiran mencernakan kerajaan kebajikan.


“Saya nasihatkan kepada pihak yang membuat provokasi supaya hentikan perbuatan yang cuba untuk timbulkan  keadaan tidak selesa ini,” katanya.

Read more ...

KANTOI!!!! Tweet Hantu pecahkan rekod Malaysia Book of Records

KUALA LUMPUR Dua rekod bagi kategori tweet terbanyak dan perhimpunan pengguna tweet terbesar dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi. 
 
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sebanyak 3,611,323 juta tweet dicatat dalam masa sejam kepada akaun perdana menteri, @NajibRazak seluruh negara yang mengandungi pelbagai mesej kemerdekaan.
 
"Satu lagi rekod adalah kira-kira 10,128 orang telah menghantar tweet di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menggunakan #Merdeka55 pada satu-satu masa,” katanya.


Rais, yang juga Pengerusi Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, berkata demikian semasa mengumumkan rekod itu pada Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati sempena Hari Kemerdekaan negara di stadium itu malam tadi.
 
Beliau berkata pihak MBOR akan menyampaikan sijil rekod itu kepada Perdana Menteri sempena sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 Sept ini.
 
Tweet sempena Merdeka adalah antara program semasa Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati, yang bertujuan memecah rekod dunia sebagai perhimpunan pengguna Twitter terbesar dunia dengan catatan 10,000 pengguna Twitter.
— BERNAMA 

KANTOI !!! RUPANYA BUKAN SAHAJA PENGUNDI HANTU, TWEET PUN HANTU JUGA. DASAR UMNO PENIPU.....




Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi.

Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.


Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.


Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck.


TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa.


"Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini.


Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya.


Laporan
Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar.

Agensi berita itu melaporkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata, 10,128 orang terlibat menghantar tweet di

dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.
 

Read more ...