Saturday, February 11, 2012

PRU 13!!! BN Melaka berdepan bahaya di 18 kerusi Dun, 4 parlimen

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/4/42/Melaka.gif

Semasa PRU 12, Melaka adalah sebuah negeri yang kelihatannya tidak diserang tsunami apabila keputusan pilihanraya tidak banyak berbeza berbanding pilihanraya lalu. BN tetap menang banyak kerusi untuk memerintah.

DAP tetap menang kerusi dun dalam parlimen Kota Melaka, dan mendapat tambahan kerusi dun dalam parlimen Bukit Katil. Adakah PAS dan PKR tiada sokongan?

Jika diteliti, memang PAS dan PKR tidak menang tapi mengurangkan majoriti hampir di semua kerusi ditandingi. Undi Melayu kepada PAS dan PKR tidak banyak berubah, namun undi bukan Melayu bertambah tapi tidak tinggi, hanya mencapai purata 50 - 55 %.

Berbeza dengan undi bukan Melayu yang diterima DAP melebihi 60 % malah ada kerusi lebih 70%. Ini menyebabkan DAP boleh menang walaupun bertanding di kerusi Bachang yang mempunyai hampir 50% pengundi Melayu.

Bagi PRU 13, PAS Melaka optimis boleh menang 9 kerusi yang ditandingi. Bolehkah PAS Melaka menang ? boleh sekiranya undi bukan Melayu melonjak mencapai lebih 60% .

Perkara ini tidak mustahil kerana ‘mood’ orang Cina untuk memberi undi kepada PR berlaku di seluruh negara. Malah undi orang Cina pada PRU 13 tidak lagi hanya kepada DAP tapi parti-parti dalam PR. Walaupun tidak dijangkakan setinggi undi yang bakal diterima DAP, namun tetap tinggi berbanding PRU 12.

Undi Melayu kepada PR pada PRU 13 dijangka tidak berubah banyak berbanding PRU 12. Ada kerusi akan meningkat, ada juga yang akan menurun. Bergantung kepada gerak kerja parti yang bertanding memberi khidmat kepada rakyat.

Memandangkan PAS bertanding di kebanyakan kerusi majoriti Melayu dan undi Melayu kepada PR sekitar purata 25 – 30%, penulis tidak jangka PAS Melaka boleh menang 9 kerusi. Penulis jangka PAS Melaka ada harapan besar untuk menang di 6 kerusi sahaja seperti di bawah:

1. Kuala Linggi

2. Lendu

3. Durian Tunggal

4. Asahan

5. Bukit Baru

6. Merlimau

Begitu juga dengan PKR yang pastinya menampilkan calon yang lebih berwibawa dan diyakini rakyat . Tidak seperti PRU 12 yang ramainya ,maaf cakap ‘tangkap muat’. Sekiranya kerusi yang sama ditandingi PKR, penulis jangka PKR mampu menang di kerusi berikut :

1. Rembia

2. Gadek

3. Machap

4. Paya Rumput

5. Rim

Berdasarkan pola pengundi Cina yang kuat menyokong DAP , penulis jangka DAP mampu mengekalkan 5 kerusi yang dimenangi semasa PRU 12 dan menambah 2 kerusi lagi iaitu Duyung dan Kelebang. Kerusi – kerusi yang dijangka DAP menang seperti berikut :

1. Kesidang

2. Kota Laksamana

3. Bandar Hilir

4. Bachang

5. Ayer Keroh

6. Duyung

7. Kelebang

Secara keseluruhannya, BN berada dalam keadaan bahaya di 18 kerusi dun daripada 28 kerusi yang terdapat di Melaka.

Manakala 3 kerusi parlimen yang menjanjikan persaingan sengit iaitu Bukit Katil, Alor Gajah dan Tangga Batu. Parlimen Kota Melaka adalah kerusi tradisi dimenangi DAP sejak beberapa pilihanraya lepas.

Jangkaan ini melihat kepada suasana politik semasa di dalam negara. Penulis yakin Pesuruhjaya PAS yang baru Adli Zahari dan Samsul Iskandar dari PKR mampu merangka strategi berkesan bagi PAS dan PKR memenangi kerusi yang ditandingi.

PR berpotensi untuk menang di Melaka dan BN sebenarnya dalam keadaan begitu tertekan. Buktinya, tindakan provokasi berlebihan terhadap ceramah PR. Malah, Ketua Menteri Ali Rustam juga dikatakan berkira-kira bertanding di kerusi lain yang lebih selamat.

http://tulahan.blogspot.com.au/

Read more ...

KAJIAN TERKINI!!! PAS lebih dipercayai jaga agama berbanding UMNO

Oleh: Mat Zain Mat Isa

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/03/pas23.jpgSetiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar baru-baru ini ke Terengganu membentangkan beberapa dapatan kajian berhubung persepsi pengundi terhadap parti itu, khususnya di negeri itu sendiri. Menurutnya, fakta dan angka diberikannya itu adalah sebagai rumusan kepada kajian lima pihak berasingan dalam tempoh berbeza.

Dua daripada lima pihak dimaksudkan itu ada hubungkait secara langsung dengan PAS. Salah satunya ialah Kelab Anak-Anak Terengganu Penyokong PAS di Perantauan (Perantau), yang mana beliau sendiri turut terlibat. Manakala satu pihak lagi ialah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN), salah satu unit ditubuhkan PAS sendiri di setiap negeri.

Kajian telah dibuat di seluruh Terengganu selama tiga tahun, antara 2009 hingga 2011. Kedua-dua pihak ini mensasarkan khalayak pengundi yang telah dikenalpasti sebagai 'atas pagar', 'condong kepada PAS' dan 'condong kepada Barisan Nasional (BN)' sebagai responden. Dalam istilah yang biasa disebut para pendukung parti itu, mereka ini ialah golongan 'A, C dan E', yakni yang tidak ada pendirian pasti dalam politik.

Tiga badan lain yang turut dirujuk hasil kajian mereka ialah Merdeka Center, sebuah badan penyelidikan politik dan sosial yang terkemuka dalam negara ini. Badan ini sangat aktif dan senantiasa melakukan kajian demi kajian secara berterusan. Ada pun yang dirujuk untuk tujuan pembentangan ini ialah dalam julat Mac 2008 hingga Disember 2011 sahaja.

Turut dirujuk ialah hasil kajian oleh Muslim Youth Survey 2011. Manakala sebuah badan atau pihak lain sekadar disebutkan sebagai Agensi Bebas. Berbeza dengan dua pihak terdahulu, ketiga-tiga pihak ini memilih responden dari khalayak berbagai status pendirian politik, latar belakang sosial dan sebagainya.

Rumusan daripada hasil kajian kelima-lima pihak ini menampakkan betapa PAS Terengganu sebenarnya ada kekuatan dan peluang untuk dimanfaatkan demi mencipta kejayaan dalam Pilihan Raya Umum nanti. Wujud persepsi amat positif terhadap PAS dalam beberapa aspek tertentu, walau pun kelemahan dan ancaman juga turut ada.

Salah satu persoalan dilontarkan kepada responden umum ialah berhubung apakah yang paling dikehendaki oleh rakyat dari sebuah kerajaan. Urutan butiran yang mendapat undian tertinggi ialah menyediakan peluang pekerjaan, menurunkan harga barang keperluan, memberi wang ehsan, program kerohanian, pembangunan fizikal dan hiburan.

Dua butiran tertinggi itu sebenarnya ancaman buat BN, sekaligus peluang bagi PAS. Walau pun dalam dapatan berasingan turut dinyatakan betapa responden lebih percayakan BN untuk menyediakan peluang kerja berbanding PAS, namun apabila ia masih kekal sebagai harapan tertinggi rakyat terhadap kerajaan, bermakna masalah peluang kerja masih membelenggu mereka. Dalam ertikata lain, ia masih belum berjaya diselesaikan BN.

Begitu juga soal kenaikan harga baranag keperluan yang sejak sekian lama memang menjadi ratib pilu di kalangan masyarakat. Akronim BN sebagai 'Barang Naik' masih kekal meniti di bibir rakyat, menandakan betapa rakyat mensinonimkan parti itu dengan kenaikan harga barang keperluan mereka.

Menariknya, apabila soalan sama diajukan kepada responden khusus dari golongan muda, mereka meluahkan harapan berbeza terhadap sebuah kerajaan. Selama ini rupa-rupanya kita dipesongkan fakta, terutama oleh parti pemerintah, kononnya yang paling diperlukan anak-anak muda ialah sukan dan hiburan, selain peluang pekerjaan.

Percaya atau tidak, kajian tadi mendapati program kerohanian sebenarnya yang menjadi pilihan utama mereka, diikuti peluang pekerjaan. Manakala perkara paling tidak popular di kalangan mereka ialah rekreasi dan sukan serta hiburan.

Ertinya, yang paling dikehendaki anak-anak muda kini ialah program keagamaan, khususnya yang memaut mereka dan masyarakat kepada Islam. Jika benar sikap golongan muda ini bagai diperolehi kajian itu, bermakna ia suatu peluang yang mampu ditukar oleh PAS menjadi kekuatan.

Beberapa dapatan lain memberikan kelebihan kepada PAS, berbanding Umno dalam memenuhi kebutuhan rakyat ini, khususnya di kalangan golongan muda. Pertama, ceramah umum masih menjadi kaedah kempen paling popular di kalangan pengundi dengan 57% meminati pendekatan itu berbanding kempen rumah ke rumah atau pengedaran risalah.

Manakala majoriti responden yang memilih ceramah umum sebagai medan maklumat mengenali parti-parti ialah kalangan muda bawah 30 tahun. Hakikat ini sudah tentu lebih menguntungkan PAS, memandangkan yang lebih menguasai pentas ceramah umum ialah parti itu.

Responden turut ditanya mengenai gejala sosial dan kadar jenayah. Sekali lagi apabila diminta membandingkan antara pemerintahan PAS dengan BN, jawaban diberikan responden menunjukkan kekuatan buat PAS.

Majoriti responden mengakui wujud perbezaan ketara antara dua zaman itu. Zaman pemerintahan PAS dikaitkan dengan kemerosotan kadar jenayah dan kes-kes sosial. Sebaliknya, di zaman BN mengambil alih semula kini dikatakan menyaksikan peningkatan.

Persepsi ini sebenarnya peluang lagi bagi PAS. Lebih-lebih lagi apabila majoriti responden juga mengakui betapa jalan penyelesaian terbaik kepada permasalahan sosial dan jenayah yang semakin meningkat di Terengganu kini ialah dengan mengemukakan penyelesaian Islam.

Lebih memberikan kelebihan kepada PAS ialah apabila sudah ada persepsi di kalangan anggota masyarakat bahawa parti itu lebih Islam atau lebih memperjuangkan Islam berbanding BN, khususnya Umno. Justeru, dalam konteks menjaga kedaulatan dan ketinggian agama, mereka lebih mengharapkan PAS berbanding kerajaan yang ada.

Sumber: DetikDaily

Read more ...

UMNO TAK BERADAP!!! Rosak minda Melayu

BESUT – Umno yang tidak beradab telah merosakkan minda orang Melayu, sehingga tidak tahu membezakan diantara kedudukan manusia dengan kedudukan raja-raja Melayu dan kebesaran Allah Subhanahu Wata'ala.

Menurut Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, orang-orang Melayu meletakkan bahasa khusus kepada raja-raja Melayu sebagai tanda hormat.

"(kepada) sultan ni, orang-orang Melayu ada bahasa khas kepada para sultan, kalau sultan makan dia (orang Melayu) tak kata makan, dia kata santap, kalau sutan tidur dia tak kata tidur, dia kata beradu, kalau sultan berjalan dia tak kata berjalan, dia kata berangkat,

"yang hok ni….dia kata 'Natang' (kepada Sultan), di situlah Umno ini memunohkan minda orang Melayu, sampai kepada peringkat tak reti beza antara Allah ke, orang ke, Raja ke….,"ujarnya.

Tok Guru Nik Aziz berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Makan Tengahari Dana PRU13 PAS Besut yang diadakan di Tok Bali dekat sini pada Sabtu 11 Februari.

Selaku Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz kesal kerana menurutnya, ada diantara wakil rakyat Umno yang memanggil Sultan Terengganu 'Natang' pada suatu masa dulu.

Turut hadir dalam Majlis tersebut adalah Pesuruhaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, ADUN Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Dato' Ustaz Hussin Awang, Ketua Muslimat, Cikgu Safinah Jusoh dan Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Sebelum itu, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad memaklumkan, sasaran kutipan dana pada Majlis tersebut sebanyak RM100,000 berjaya dikumpulkan. -BO

Read more ...

TIADA LAGI PEMBELAAN!!! Najib beri kata dua, UMNO tak perlukan Shahrizat lagi



Nampak gayanya Umno telah membuat keputusan untuk membuang Ketua Wanita Shahrizat jalil dan akan menggunakan keadah persetujuan dua pihak untuk mengeluarkan beliau daripada kabinet dan juga sebagai ketua Wanita Umno.

Menurut sumber Umno, Perdana Menteri Najib Razak telah pun memberitahu beliau untuk membuat keputusan dan “jangan paksa saya pecat kamu” untuk jawatan Menteri Wanita beliau.

Bagi jawatan ketua Wanita Umno pula, ad aura-ura bahawa beberapa orang pemimpin termasuk timbalan Ketua Wanita, Kamilia Ibrahim dan bekas Ketua Wanita Rafidah Aziz akan memangil mesyuarat luar biasa untuk melaksanakan undi tidak percaya terhadap beliau.

“Sekarang sudah tiada jalan keluar. Yang terakhir adalah apabila anaknya mengeluarkan kenyataan bahawa keluarganya tiada kepentingan untuk melabur untuk kondo-kondo tersebut. Keluarga ini sememangnya salah anggap terhadap persepsi rakyat.

Mereka tidak sedar bahawa mereka kelihatan bongkak walaupun jika mereka tidak bermaksud untuk berbuat demikian. Tetapi Umno sekarang sudah sedia maklum betapa NFC telah memburukkan nama Umno.

Shahrizat ibarat bom jangkamasa dan Umno harus mematikan beliau dengan apa cara sekalipun,” ujar sumber dalam Umno kepada Malaysia Chronicle.

Pendedah maklumat yang dirahsiakan

Begitu banyak wartawan menunggu di luar kediaman Perdana Menteri seawal 8 pagi pada hari Khamis setelah ada khabar angin mengatakan perletakan jawatan Shahrizat yang tidak dapat dielakkan lagi.

Tidak lama kemudian pembantu Shahrizat memberitahu para wartawan bahawa beliau telah pergi ke kediaman rasmi PM untuk menghadiri mesyuarat Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.

Sumber Umno juga memberitahu bahawa beliau telah berjumpa dengan Najib.

“PM telah memberi kata dua kepada beliau untuk berundur dan membiarkan Shahrizat untuk memutuskan sendiri bila beliau akan berbuat demikian tetapi semestinya dalam masa terdekat. PM juga mengatakan bahawa ini hanyalah untuk jawatan kabinet tetapi bagi jawatan ketua wanita, beliau harus menyerahkan ia kepada delegasi wanita. Jika Shahrizat bersedia untuk berundur, beliau akan terselamat daripada EMG yang akan memalukan beliau,” ujar orang dalam Umno.

Keluarga Shahrizat telah dianugerahkan Projek Penternakan Feedlot Kebangsaan pada tahun 2006 dan diberikan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan untuk membina skim itu yang didakwa akan memberikan bekalan daging lembu yang lebih murah untuk rakyat Malaysia.

Dalam masa 3 bulan, terima kasih kepada pendedahan yang dibuat oleh seorang pemberi maklumat yang identitinya dirahsiakan, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah membongkar beberapa transaksi yang menunjukkan penyelewengan dana itu.

Walaupun Shahrizat telah menyalahkan pihak PKR kerana kejatuhan beliau, dipercayai pendedahan sebenarnya dimulakan oleh orang Umno sendiri.

Antara yang disyaki adalah Menteri Wilayah dan Ketua Umno Lembah Pantai, Raja Nong Chik – seorang protégé Naib.

Juga dipercayai bahawa PM mahukan Raja Nong Chik untuk bertanding di Lembah Pantai pada PRU 13 tetapi Shahrizat enggan memberi laluan kepadanya, kerana itu adalah kerusi beliau sehinggalah beliau kalah kepada Nurul Izzah dari PKR pada 2008.

Tanpa jawatan dalam kabinet, dapatkah keluarganya menang projek NFC?

Pinjaman itu telah digunakan untuk membeli 5 kondo mewah, sebuah Mercedes Benz super-class, percutian keluarga yang mahal dan juga diskaun berjuta-juta ringgit dan pemindahan wang kepada firma keluarganya sendiri.

Shahrizat yang disoal siasat oleh SPRM pada hari Rabu telah menegaskan bahawa tiada kepentingan beliau dalam projek itu dan beliau tidak terlibat dengannya sama sekali.

Walaubagaimanapun, tidak ramai yang menerima penjelasan beliau dan aada seorang ahli Umno yang memberitahu wartawan bahawa tiada seorang pun yang tahu suami beliau, Salleh Ismail, pengerusi NFC “daripada Adam”.

Implikasinya adalah, jika Shahrizat bukan menteri dalam kabinet, Salleh, yang tiada pengalaman dalam projek ternakan lembu sudah tentunya tidak akan menang projek tersebut.

Ada yang berbohong

Anak beliau, Izmir Salleh terlalu tertekan semasa beliau cuba mempertahankan ibu bapanya dengan menegaskan bahawa pinjaman RM250 juta yang diberi kepada keluarga mereka boleh dilaburkan sesuka hati.

Beliau bukan menenagkan rasa marah rakyat tetapi semakin menyemarakkannya. Pemimpin pembangkang telah mendesak satu Suruhanjaya Penyiasatan Diraja untuk menyiasat projek NFC dan juga pinjaman itu.

“Semasa mesyuarat Komiti Akaun Rakyat pada 23 November lalu ke atas NFC, dua orang pegawai senior MOF telah dengan jelas mengatakan bahawa pinjaman itu tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada yang sepatutnya dan semestinya tiada yang membolehkan ia digunakan untuk tujuan pelaburan hartanah,” ujar Tony Pua, Ahli Parlimen PJ Utara pada Jumaat lepas.

Pegawai MOF itu telah menerangkan bahawa tujuan untuk pengeluaran wang mesti dijelaskan dengan terperinci. Apabila ditanya lagi, pegawai MOF mengesahkan bahawa mereka yang memberi pinjaman RM250 juta itu tidak pernah mendapat permohonan untuk memberi hartanah. Jadi sekiranya, pegawai MOF ini bercakap benar, sudah tentulah Wan Shahinur Izmir yang berbohong untuk menegakkan benang yang basah.”

Malaysia Chronicle

Read more ...

RM 81.4 JUTA DUIT RAKYAT HANGGUS!!! Hanya untuk naikkan imej Najib, BBC minta maaf

http://www.mediabistro.com/tvnewser/files/2011/02/BBC_WorldNews.jpgPeh.

Nampaknya betul lah najib bayar bbc untuk naikkan imej diri sendiri. Alahai. Nafi punya nafi last2 kantoi. Pemimpin apa bercakap menipu neh? Lepas tue soh orang percaya dia? Agak gile disitu beb. Lihat baca neh sendiri. Baca dan faham ;

BBC minta maaf siar program berbayar tentang MALAYSIA
BBC akan menyiarkan permohonan maaf ke seluruh dunia hari ini kerana telah mengkompromi integriti editorialnya melalui program-program yang terlibat dalam "skandal penetapan berita" baru-baru, demikian menurut laporan berita.

Hari ini akhbar Independent di UK melaporkan bahawa BBC World News akan menyiarkan permohonan maaf "dari Kuala Lumpur ke Khartoum" dalam empat slot masa.

Skandal itu melibatkan FBC Media (UK) yang telah didedahkan pada tahun lepas kerana telah menghasilkan program-program bagi pihak pelanggan berbayar, untuk membersihkan imej awam mereka.

"Syarikat itu telah menghasil lapan program untuk BBC mengenai Malaysia tetapi gagal mengisytiharkan bahawa ia telah dibayar £17 juta oleh kerajaan Malaysia untuk 'komunikasi strategik global'. Program-program tersebut termasuk liputan positif terhadap kontroversi industri minyak sawit Malaysia,"lapor Independent.

Menurut laporan itu, siasatan terhadap skandal itu telah "membongkar 15 pelanggaran garispanduan editorial" yang mana lapan daripadanya adalah berkaitan dengan program FBC di Malaysia.

Permohonan maaf itu, menurut laporan itu lagi, akan berbunyi:

"Dalam kes lapan program lain, yang semua memaparkan tentang Malaysia, kami mendapati bahawa syarikat produksi tersebut yang menghasil program berkenaan, nampaknya mempunyai hubungan kewangan dengan kerajaan Malaysia.

"Ini bermakna terdapat potensi konflik kepentingan, walaupun BBC tidak menyedarinya apabila program disiarkan."-LBB-


Mungkin ada yang masih ingat dan mungkin ada yang sudah lupa. Dulu PKR pernah bongkar isu neh. Klik lanjut pada sumber yang aku letak di atas tue. Bagi pandangan aku dalam soal neh satu jek aku pertikaikan, apa benda faedah yang malaysia dapat setelah melobi rancangan2 tersebut?

Of course duit rakyat yang jadi pelaburan kat sini. So apa kesan nya kepada malaysia dan rakyat khususnya? Apa yang kami dapat setelah duit rakyat dilaburkan ke sana? Mesti ada kesan ma. Apa kesan dia? Apa yang aku dapat? Apa yang ko dapat? Apa yang kita seme dapat? Cuba bagitau sikit kat kami neh najib. Boleh?

Ameno : Terdesak nak muncul dalam berita.. tapi takde sapa nak panggil.. hermm


Read more ...

TERDEDAH!!! Mahathir punca kehancuran Sistem Kehakiman Negara!


Bekas Ketua Hakim, Tun Mohd Dzaidin Abdulah berkata, mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakim yang bersara itu menegaskan, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.


“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaidin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman.”


Beliau menjelaskan situasi itu amat buruk kerana “Parlimen cuba mengarahkan badan kehakiman kerana ia adalah satu-satunya badan yang mempunyai kuasa kehakiman.”


Tegasnya, “pindaan itu pada pandangan saya dalam cara yang landasan sebenar struktur asas perlembagaan persekutuan dari konsep kebebasan badan kehakiman kepada pergantungan badan kehakiman eksekutif untuk kuasa kehakimannya.”


Badan kehakiman Malaysia bukan satu alat untuk digunapakai kerajaan untuk apa-apa jenis kepentingan politik, jelas Mohd Dzaiddin.


“Badan kehakiman sepatutnya bebas sepenuhnya kerana kedua-dua badan eksekutif dan badan perundangan,” hakim yang bersara ini berkata semasa ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Memorial Tunku Abdul Rahman hari ini.


Pada tahun 1988, Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh Dr Mahathir perdana menteri ketika itu.


Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.


Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee juga berkata insiden tahun 1988 itu tidak seharusnya diulang.


“Saya rasakan kita tidak harus kembali ke hari-hari ‘88, kami tidak akan membenarkan seorang perdana menteri memecat hakim-hakim hanya kerana beliau membuat satu pengumuman kehakiman yang mana tidak menguntungkan bagi kerajaan hari ini, bahawa mesti tidak harus berulang lagi,” katanya.


Lim turut berada sebagai panel dalam perbincangan berjudul “Empowering Liberal Democratic Insitutions” bersama dengan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, dan Pengetua Fello Penyelidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Anis Yusal Yusoff.


Beliau menambah bahawa untuk kes-kes komersial, sistem kehakiman Malaysia cukup dipercayai bagi menangani kes-kes dari rantau itu.


“Tetapi ujian terakhir sudah pasti apabila ia datang kepada kes-kes sensitif dari segi politik atau kes-kes keagamaan dan bagaimana perjanjian Mahkamah Rayuan kita dengannya.


“Tentang hal itu, saya tetap memberi pandangan negatif kerana setakat ini kes-kes keagamaan, kes-kes penukaran agama terdapat satu ketakutan oleh Mahkamah Rayuan kita dalam membuat satu keputusan. Mereka kerap menangguhkan kes-kes kontroversi seperti krisis di Perak,” katanya.


Pada hari Rabu, seorang panel hakim tiga lelaki dalam Mahkamah Rayuan memerintah yang hak-hak dan kebebasan bercakap memuliakan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mutlak.


Hasilnya, kenyataan veteran DAP Karpal Singh pada satu sidang akhbar pada 2009, bahawa Sultan Perak boleh disaman, telah melintasi baris-baris sah dan bersifat hasutan, kata hakim.


“Untuk menjadi adil, kami mempunyai hakim-hakim sangat berani yang telah menhalang kerajaan untuk melakukan tindakan salah. Jadi untuk adil terdapat yang dalam perkataan Tun Dzaiddin ‘ada hikmah di luar sana’,” kata Lim.

Read more ...

PANAS DI JOHOR!!! Siapa pengganti Menteri Besar Johor Ghani Othman?


Spekulasi bertiup kencang mengenai pertemuan empat mata yang dijadualkan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, di istana baginda di Johor Baharu, hari ini.

Najib akan hadir bagi upacara ulang tahun ke-15 sambutan pembangunan Danga Bay yang terletak di sepanjang beberapa hektar pantai yang menghadap Selat Tebrau.


Sambutan dijadualkan bermula pada jam 3.30 petang dan selepas itu, Najib akan ke istana Bukit Serene, Johor Baharu untuk mesyuarat dengan baginda yang dijangka bermula pada jam 5.30 petang.


Baginda juga dijadual akan mencemar duli dengan sambutan ulang tahun itu dengan melancarkan yayasan kebajikan yang berkaitan dengan projek Danga Bay itu.


Justeru, pertemuan baginda dengan perdana menteri menimbulkan pelbagai spekulasi, lebih-lebih lagi apabila aturcara seterusnya bagi Najib adalah bagi menyaksikan perarakan Chingay di pusat bandar yang hanya bermula pada jam 8.30 malam.


Sehubungan itu, masa pertemuan yang panjang itu dipercayai akan berkisar tentang perbincangan isu-isu politik berbanding perkara sosial.


Antaranya sama ada Datuk Ghani Othman yang telah berkhidmat selama empat penggal akan terus dikekalkan sebagai Menteri Besar jika BN yang diramalkan akan terus berkuasa selepas pilihan raya akan datang.


Najib dikatakan mahu Ghani supaya terus berkhidmat tetapi menteri besar itu dalam kiasan pada ucapannya semasa perayaan Thaipusam, baru-baru ini memberi bayangan bahawa beliau mahu berundur dan telah juga mengenal-pasti calon yang paling layak mengambil tempatnya.



Nota:


Seperti maklumat sebelum ini, beberapa nama sudah disenarai pendek Najib, antaranya Khaled Nordin, Adham Baba dan Puad Zakarshi.


Bagaimanapun, Muhyiddin dikatakan mahu melantik orang-orangnya seperti Tahir Taat dan Shahruddin Mat Saleh, ADUN Jorak.

jalan pulang

Read more ...

PANAS!!! Samseng upahan UMNO bergaduh dengan kerusi, polis arah batalkan ceramah PKR

Gaya mafiaRekod Jalan Kebun Telah Pecah : Di Kg Idaman Ceramah Belum Mula Kerusi Dah Pecah!!!


Apa cer? Game MU Vs Liverpool belum mula, kerusi dah pecah.

Begitulah ibarat ceramah yang dikendalikan oleh PKR dan KAMI di Kg Idaman Pelabuhan Klang,

Inilah akibat keceluparan mencabar "kalau UMNO rasa dia kuat, maka datanglah naik ke atas pentas dan stop ceramah kami di kubu hangpa malam ni. hahahaha"seperti yang ditulis di bawah:-

Akhirnya, tak sempat mula, kerusi dah berterabur.

Setakat berita ini ditulis masih ada yang menunggu untuk menyaksikan Adam Adli kena penampar! Mereka hampa kerana mereka yang mengaku siswa itu tidak muncul.

Perbuatan upahan UMNO

Difahamkan pihak polis telah mengarahkan program PKR ini dibatalkan.

Namun di ahkhir episod ini.Petualang yang mengangu Majlis ini akhirnya di tangkap polis dan dibawa ke balai polis Klang,sehingga blog ini di tulis,masih ramai lagi geng2 ini menunggu dan berhimpun di balai polis Klang.Demolanie

Read more ...

NI DIA!!!Bukti kata Hasan Ali , DAP tindas Islam di P. Pinang

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhg-zbDKqLBHYw9m82GWwwH-GaN7pPfldZxcddpbLHTMgZ3mxbzWFJOJQ8EA0Mdxfv59SHOIEWv5zfgABovIWgD1r4bOMi-6ssmL_eAIWNqgwm2szCpa3O9DH93ALgobu1-zwdlXo7Ja_QU/s320/n-penang%5B1%5D.gifSaya menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang dan dalam tempoh tersebut dapat melihat dan meneliti beberapa perkara yang sering dijadikan 'berita sensasi' mengenai untung nasib Melayu/Islam. Jika mempercayai sepenuhnya laporan-laporan yang dimuat dalam akhbar dan media elektronik 'arus perdana', kita pasti akan marah dan melemparkan 1001 tuduhan kepada pentadbiran negeri.

Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya sedar dan tahu akan kedudukan sebenar atau apa yang berlaku dan dilakukan sebelum pilihan raya 2008. Banyak masalah berkaitan orang Melayu/Islam bermula sebelum 2008 dan berterusan hingga ke hari ini.

Banyak perkampungan Melayu dalam kawasan bandar raya dan pinggirnya wujud atas tanah milik bukan Melayu termasuk golongan pemberi hutang yang digelar 'Ceti' dan apabila tuan tanah jual harta mereka itu, maka orang Melayu yang 'menumpang' di situ terpaksa berpindah. Akibat daripada perpindahan itu, berkuranglah jumlah atau bilangan orang Melayu dalam kawasan bandar raya atau pinggir bandar.

Dalam kawasan bandar raya, kampung Melayu/Islam yang masih kekal adalah atas tanah wakaf seperti di Lebuh Aceh (Acheen Street - wakaf Syed Hussein Idid) walaupun hanya tinggal beberapa buah rumah sahaja, Kampung Makam di Jalan Dato' Keramat (wakaf Sheikh Kassim) dan Kampung Syed di Jalan Burma (wakaf Kupima Ku Zainal Abidin/Syed Mohamad Alhabshee).

Ketiga-tiga buah kampung itu kini bernilai tinggi dan dilihat sebagai 'lombong emas' yang mengundang banyak pihak menaruh minat tetapi oleh kerana tarafnya sebagai harta wakaf, maka pihak tertentu tidak boleh menyentuhnya. Bayangkan apa akan berlaku jika ketiga-tiga kawasan atau hartanah itu bukan harta wakaf?

Sekitar tahun 1970-an ada pihak yang ingin membangunkan Kampung Makam selaras dengan kehendak dan wasiat pewakif untuk memastikan ia selari dengan kemajuan dan pembangunan sekitarnya. Malangnya, usaha tersebut dibantah oleh segelintir penduduk dan akibatnya Kampung Makam kekal seperti sedia kala hingga sekarang.

Kebelakangan ini, pentadbiran negeri sering dijadikan sasaran dan kecaman oleh pihak-pihak tertentu yang antara lain menuduhnya menganaktiri dan menzalimi orang Melayu dan orang Islam. Mereka melempar tuduhan dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" sedangkan ia adalah sebuah kerajaan campuran tiga buah parti politik yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Mungkin dengan merujuk kepada pentadbiran negeri sebagai "kerajaan DAP" pihak berkenaan berharap ia dapat membakar semangat marah di kalangan orang Melayu dan Islam.

Banyak masalah yang dibangkitkan oleh mereka sebenarnya bukan perkara baru. Ia mula berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional/Perikatan dan diwarisi oleh pentadbiran Pakatan Rakyat. Kebanyakan daripada masalah yang bersangkut-paut dengan isu tanah dan perumahan membabitkan soal undang-undang dan pentadbiran yang mengambil alih selepas pilihan raya umum 2008 tidak seharusnya dipersalahkan.

Pentadbiran Pakatan Rakyat yang berkuasa di Pulau Pinang, walaupun dicemuh oleh pihak tertentu, telah membuktikan kecemerlangan khususnya dalam aspek pentadbiran kewangan dan memelihara kebajikan rakyat.

Belanjawan atau Bajet 2012 Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya mengukuhkan kesihatan dana negeri dengan mengurangkan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu daripada RM630.13 juta kepada RM29.66 juta dalam tempoh tiga setengah tahun sahaja.

Pengurangan hutang sebanyak RM600.47 juta atau 95.29 peratus adalah kadar yang paling cemerlang di antara semua negeri di Malaysia. Hasil daripada pengukuhan kewangan, penjimatan dan perbelanjaan berhemah yang diperolehi melalui prinsip tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah disalurkan untuk keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Antara program yang dilancarkan atau diperkenalkan sejak 2008 - Program Membasmi Kemiskinan Tegar, Program Penghargaan Warga Emas, bantuan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal serta Penghargaan Anak Emas yang bermul pada 2011.

Mulai tahun ini, kerajaan negeri bertekad untuk membantu 743 Ketua Isi Rumah (KIR) yang majoritinya orang Melayu, memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM600 sebulan yang membabitkan bantuan sebanyak RM4.0 juta setahun. Kerajaan negeri mensasarkan sebelum 2015, Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia yang berjaya menghapuskan miskin tegar sepenuhnya.

Sudah tentu ada pihak yang kurang senang dengan apa yang saya nyatakan tetapi itulah hakikatnya dan itulah kenyataan. Saya tidak memihak kepada sesiapa tetapi sebagai anak Pulau Pinang, saya kena akui dan terima kenyataan tanpa mengira siapa atau parti politik mana yang berkuasa.

Saya perturunkan fakta kewangan berkaitan Hal Ehwal Agama Islam yang dilaksana oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak ia mentadbir negeri pada 2008. Ia adalah fakta, bukan sesuatu yang direka-reka untuk menyedap hati atau sebagai hiasan jendela. BN merujuk kepada pentadbiran Barisan Nasional pimpinan Parti Gerakan dan PR merujuk kepada pentadbiran Pakatan Rakyat pimpinan DAP.


1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta

Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta


2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA


Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00

Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00
Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00


3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)


Tahun 2008 (BN).............TIADA

Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta


4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ

Tahun 2008 (BN)............TIADA

Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00


5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)

Tahun 2008 (BN)............TIADA

Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri


6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN

Tahun 2008 (BN)..........TIADA

Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun

*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

Saya tidak pasti sama ada berita ini mendapat tempat dalam media arus perdana tetapi percaya ianya tidak dilaporkan. Apa yang dilaporkan lebih merupakan laporan negatif yang mencemuh dan memberi gambaran buruk terhadap pentadbiran negeri semata-mata kerana ia diterajui oleh DAP.Kuda Ranggi

Read more ...

HIDUP SALAFI!!! Fathul Bari bakal calon MB , Isa Sabu dan Shahidan bakal gigit jari

Calon Menteri Besar Perlis

Nampaknya khabar angin mengatakan yang Ustaz Umno Fathul Bari akan bertanding dalam PRU 13 semakin kencang lebih-lebih lagi dia yang semakin menonjol khususnya semasa PAU 2011 baru ini ketika perbahasan usul agama dan pendidikan...

lebih-lebih lagi dia je yang dikira alim sikit berbanding yang lain yang tak berape reti agama...


... tapi yang menjadi kegelisahan di hati MB Perlis kini, Dr. Md Isa Sabu bukan sebab khabar akhir tersebut tetapi khabar angin yang mengatakan yang ustaz itu nanti akan menjawat jawatan MB Perlis sekiranya beliau memenangi kerusi tersebut...

so Isa Sabu mahupun Shahidan Kassim semakin gigit jari le nampaknya untuk dududk dikerusi selesa pada PRU nanti..
Siasahkini


Read more ...

ISU PASIR!!! Operasi KSSB dipantau Transparency International & SPRM sejak 2009.. nak rasuah macam mana?



Sebelum itu... Berbekalkan salinan daripada artikel Raja Petra yang disiarkan dalam portal berita Malaysia Today, Pemuda Umno dan Pemuda Umno Selangor masing-masing membuat laporan polis berhubung isu dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin bahawa dua ADUN PKR didakwa terlibat dalam skandal pasir di negeri itu.

Tapi kenapa tak minta polis siasat juga tuduhan Raja Petra yang mengatakan Rosmah terbabit dalam insiden pembunuhan Altantuya tu?? Takut ke?ASD

MB: Isu pasir di Selangor 'cerita lama'

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap isu pasir di negeri itu 'cerita lama' yang tidak sepatutnya dibangkitkan berikutan operasi syarikat mengendali pasir dipantau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata pegawai SPRM telah dibenarkan memasuki pejabat syarikat pengendali pasir di negeri itu Kumpulan Semesta Sdn Bhd sejak 2009 untuk menjalankan sebarang siasatan sekiranya perlu.

"Semua transaksi perniagaan pasir di Selangor dipantau Transparency International dan dua pengarah bebas badan itu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB sejak tahun lepas," katanya dalam sidang media di Shah Alam semalam.

Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menghalang sesiapa yang ingin memberi maklumat mengenai rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri dan anak-anak syarikat malah bersedia memberikan kerjasama, katanya.

"Kita bersedia menerima maklumat daripada orang ramai untuk membantu kerajaan negeri dan anak syarikat supaya lebih telus dan bertanggungjawab. Kita serius membanteras rasuah dan kerana itu kita telah mengambil langkah sewajarnya," katanya.

Laporan polis

Sementara itu, Pemuda Umno dan Pemuda Umno Selangor masing-masing membuat laporan polis berhubung isu dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin bahawa dua ADUN PKR didakwa terlibat dalam skandal pasir di negeri itu.

Laporan dibuat Ketua Pemuda Umno Selangor Ungku Md Salleh Ungku Abdul Jamal dan Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 9 di sini pada pukul 3.45 petang semalam.

Ungku Md Salleh berkata dalam laporan itu, mereka turut mengemukakan salinan daripada artikel Raja Petra yang disiarkan dalam portal berita Malaysia Today.

Beliau berkata Pemuda Umno mahu pihak polis menyiasat sama ada wujud unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh dua ADUN PKR seperti didakwa Raja Petra.

Ungku Md Salleh turut meminta polis menjalankan siasatan segera kes pembunuhan bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia Datuk Patrick Wong pada 2009, yang dikatakan mempunyai unsur jenayah seperti didakwa Raja Petra.- Bernama

***********************************************

Kenyataan Rasmi Pejabat Menteri Besar Selangor berkaitan tuduhan liar Raja Petra Kamaruddin terhadap pengurusan pasir

Operasi KSSB Dipantau Transparency International & SPRM sejak 2009

Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif bagi memastikan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), syarikat milik penuh Kerajaan Negeri, diuruskan secara telus dan bertanggungjawab.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibenarkan memasuki secara bebas ke pejabat KSSB sejak 2009 untuk menjalankan siasatan sekiranya perlu.

"Ketika KSSB dikritik pada 2009, saya telah mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan SPRM diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Sutinah Sultan dan menawarkan mereka untuk menempatkan pegawai-pegawai di pejabat KSSB.

"SPRM menerima menerima tawaran ini dan sejak itu pegawai dan kakitangan SPRM bebas keluar masuk ke pejabat KSSB," katanya ketika mengulas dakwaan rasuah melibatkan operasi pasir di Selangor yang disiarkan di sebuah laman blog.

Menteri Besar berkata, semua transaksi perniagaan pasir di Selangor dipantau Transparency International dan dua pengarah bebas badan itu juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB sejak tahun lalu.

"Kita meminta Transparency International mencalonkan dua nama untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB kerana kita berpendapat, sekiranya lantikan dibuat oleh kerajaan negeri, individu berkenaan mungkin tidak berlaku bebas.

"Transparency International telah melantik Chong Seng Gee dan Sabtu Md Ali untuk menduduki jawatan Ahli Lembaga Pengarah KSSB sejak tahun lalu," katanya sambil menambah, KSSB juga diaudit setiap suku tahun oleh juruaudit bebas.

Menteri Besar berkata beliau tidak akan menghalang sesiapa yang ingin memberi maklumat mengenai rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikat.

"Kita bersedia menerima maklumat daripada orang ramai untuk membantu Kerajaan Negeri dan anak syarikat supaya lebih telus dan bertanggungjawab. Kita serius membanteras rasuah dan kerana itu kita telah mengambil langkah-langkah tertentu sejak beberapa tahun lalu."

Terdahulu, Menteri Besar menyampaikan Sijil Layak Menduduki (CF) kepada hampir 600 pemilik rumah kos rendah Taman Ukay Indah, Sungai Sering, Hulu Klang, yang disiapkan Kerajaan Negeri selepas terbengkalai sejak sembilan tahun lalu.

"Ini adalah salah satu projek perumahan terbengkalai yang telah kita baik pulih, Sejak mengambil alih Selangor pada Mac 2008 lebih 10,000 pembeli rumah terbengkalai telah menerima rumah mereka. Ada beberapa lagi projek terbengkalai yang 90 peratus telah siap termasuk Sungai Berembang dan Ukay Bistari di Hulu Klang," kata beliau.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Read more ...