Friday, May 21, 2010

Najib takut siasatan dakwaan Barry Wain

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) kesal kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghalang usaha rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Barry Wain.

Semalam, Barry Wain mempertahan fakta bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times dan turut menyatakan beliau mempunyai bukti yang kuat bahawa Mahathir telah menyelewengkan wang negara lebih dari RM100 bilion.

Disember tahun lepas Najib menyebut: "Tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh”.

“Ini adalah satu alasan yang cuba melindungi Mahathir dan kepentingan Umno. Najib bersubahat dalam hal ini begitu juga mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mereka turut menyambung legasi penyelewengan Mahathir,” kata Idris.

Sehingga kini, katanya Umno gagal menyangkal dakwaan Wain bahawa bangunan PWTC yang mereka duduki sekarang adalah hasil dari wang rakyat yang diselewengkan.

Malah, tambahnya dakwaan Wain bahawa ketika Daim menjadi Menteri Kewangan terdapat satu akaun dana politik khas diperuntukan untuk Umno bernilai puluhan juta juga tidak dinafikan oleh mana-mana pemimpin Umno.

“PAS persoalkan kenapa Najib begitu takut untuk membenarkan hal ini disiasat oleh Suruhanjaya Diraja?” soalnya.

Menurutnya, rakyat menghargai sumbangan Mahathir, tetapi itu bukan alasan untuk menyembunyikan fakta penyelewengan yang telah dilakukan dan disambung oleh pemimpin selepasnya.

Beliau menambah, rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyelamatkan wang negara daripada terus diselewengkan oleh Umno BN.

“Dakwaan Wain harus disiasat dan segala dokumen yang beliau miliki harus didedahkan,” ujarnya lagi. hrkh

Read more ...

PAS tetap pertahan empat prinsip utama negara









BUKIT MERTAJAM, 21 Mei: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa PAS akan tetap mempertahan dan mendaulatkan empat prinsip utama dalam negara iaitu Islam agama rasmi, hak istimewa orang Melayu, bahasa kebangsaan dan kedudukan Raja-raja Melayu.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, empat prinsip tersebut akan dipertahankan oleh PAS dalam apa jua cara dan situasi.

Tegasnya, Islam akan tetap dipertahankan sebagai agama rasmi negara yang harus dimartabat dan didaulatkan, begitu juga hak keistimewaan orang-orang Melayu sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menambah, Bahasa Kebangsaan yang menjadi penyatuan utama semua rakyat dalam negara ini akan tetap dimartabatkan.

“Hak Sultan-Sultan Melayu jua akan tetap dipertahankan supaya ia tidak diperkotak-katikkan dan menjadi payung kepada semua rakyat yang berada dalam negara ini," katanya.

Ke empat asas ini juga telah dipersetujui oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat untuk dipertahankan kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Persetujuan ini telah termaktub dalam satu dokumen yang ditandatangani oleh pemimpin ke tiga-tiga parti dalam Pakatan.

Mujahid yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang turut mencabar Perkasa yang sebelum ini lantang menguar-uarkan bahawa mereka adalah sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak agama Islam dan bangsa Melayu supaya turun padang bersama-sama untuk berdemonstrasi bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian sempena bola sepak Piala Dunia tidak lama lagi.

"Kita mahu melihat Perkasa dan juga para mufti seluruh seluruh negara supaya tunjukkan keberanian mereka untuk menyatakan yang benar bahawa judi itu adalah haram.

“Kelulusan lesen perjudian oleh kerajaan itu juga adalah haram. Oleh kerana itu kita ingin lihat setakat mana keberanian mereka untuk menegakkan hukum Allah tersebut dalam isu ini," ujarnya lagi.

Mujahid berkata demikian dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Mertajam dengan kerjasama Lajnah Penerangan Pemuda PAS Pulau Pinang di Bukit Teh, Seberang Perai Tengah malam tadi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Tan Hock Leong.hrkh

Read more ...

Laporan Sinar Harian mengelirukan















IPOH, 21 Mei :
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin melahirkan rasa kesal dengan llaporan berita oleh Akhbar Sinar Harian yang mengelirukan dan berunsur fitahaperti yang dilaporklan oleh akhbar itu pada 20 Mei lalu.

"Saya menafikan apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan merasa sangat kesal dengan laporan yang mempunyai unsur fitnah, pembohongan dan perlu diperbetulkan segera oleh pihak yang terbabit.

Sinar harian perlu membuat pembetulan secara terbuka dalam akhbarnya atau mengadapi tindakan mahkamah,

Demikian antara kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, YB. Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa dihubungi disini.

Beliau diminta mengulas laporan halaman hadapan sinar harian Edisi Perak bertarikh 20 Mei yang menimbulkan kekeliaruan banyak pihak.

"Saya rasa semua pihak yang hadir dalam dailog Pimpinan PAS Perak dengan Paderi dari Seluruh Gereja di seluruh Daerah Kinta dapat memahami dengan jelas apa yang diucapkan oleh pihak PAS dan pihak Paderi" Jelasnya

Tegasnya lagi "Tidak ada satu pun ucapan dari mana-mana pihak yang boleh dikaitkan dengan tajuk "Kristian Tolak PAS" seperti yang disiarkan Sinar harian.

Cuma apa yang disebutkan kalau program tersebut dianjurkan tiga tahun lepas mereka pasti tidak akan hadir".

"Tajuk sinar Harian jelas mengelirukan dan fitnah yang perlu diperbetulkan segera" Tegasnya lagi.

Sementara itu seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Khairuddin bin Dato' Abd. malik yang menjadi moderator dalam Dailog itu turut melahirkan kekesalan kerana fakta yang tidak tepat dan cara pemberitaan yang tidak profesional oleh Sinar Harian.

"Laporan oleh Sinar Harian adalah tersasar daripada hakikat sebenar pertemuan yang berlaku dan tidak ada kenyataan seperti itu yang dilafazkan oleh Dato' Seri. Nizar semasa sesi dailog dan sidang media selepas itu" tegas DR. Khairuddin semasa dihubungi.

Beliau yang ditugaskan sebagai moderator dialog juga menegaskan bahawa tidak ada pimpinan gereja yang hadir mengucapkan dan menyatakan sokong atau tolak PAS.

Menurut beliau, mereka rasa berbesar hati dan menyanjung keterbukaan PAS untuk bersemuka dengan mereka.

Read more ...

1,000 bantah lesen judi bolasepak


IPOH, 21 Mei : Tindakan Kerajaan BN meluluskan lesen judi bolasepak piala dunia ternyata menimbulkan kemarahan rakyat khususnya umat Islam di negara ini, tidak terkecuali masyarakat dan rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

Tindakan Kerajaan BN jelas mengenepikan sensativiti masyarakat Islam di negara ini termasuk masyarakat bukan Islam yang turut membantah lesen judi tersebut. Hanya Umno sahaja yang membisu walaupun parti itu memdabik dada berjuang mempertahankan Islam.

Atas rasa kebencian kepada kegiatan judi rakyat Perak hari ini melahirkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia pada tahun ini di Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh selepas solat Jumaat tadi.

Himpunan aman bantahan tersebut yang telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Perak dihadiri hampir 1,000 orang yang turut membantah termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam dan NGO bukan Islam.

Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Hassan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Pusat ,Dr Lee Boon Chye, Ketua Angkatan Muda PKR Perak yang juga ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari, dan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam (ABIM) Negeri Perak, Suhaimi Latip.

Rata rata mereeka yang berpidato mengutuk tindakan meluluskan lesen judi bolasepak termasuk pimpinan PKR yang bukan beragama Islam.

Pimpinan Pemuda Pemuda PAS Perak; pimpinan Angkatan Muda PKR Perak dan pimpinan Badan Bukan Kerajaan antara yang turut bersama dalam himpunan tersebut.

Namun begitu pimpinan Pemuda Umno dan yang lain tidak hadir setelah jemputan rasmi oleh Pemuda PAS Perak.

Terdapat sedikit gangguan setelah pihak Polis mengarahkan agar himpunan tersebut dihentikan dan berlaku beberapa pergelutan semasa pihak Polis menyuraikan semua yang hadir.

Walaubagaimana pun tidak ada tangkapan dibuat oleh pihak Polis setelah semua yang hadir bersurai sekitar jam 2.30 petang setelah berhimpun hampir setengah jam.

Menurut Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh, pihak ada menghubungi Wakil Gagasan Melayu Perak dan melahirkan sokongan berkaitan himpunan tersebut dan memberikan sokongan penuh bantahan tersebut diadakan.JJAnak Desa



Read more ...

Panel siasatan khas siasat kerugian Sime Darby

KUALA LUMPUR, 21 Mei : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Pengerusi Sime Darby Bhd, Tun Musa Hitam, Presiden merangkap CEO Kumpulan, Dato’ Azhar bin Abdul Hamid dan Naib Presiden (Bahagian Tenaga dan Utiliti), Hisham Hamdan digantung kerja buat sementara bagi memudahkan siasatan berhubung kerugian RM1.63 bilion syarikat berkenaan.

Sime adalah antara syarikat GLC Kerajaan yang mempunyai pengaruh besar dalam ekonomi negara. Kerugian yang dialami juga terlalu besar buat negara dan pulangan pelaburan PNB dan KWSP yang memagam sebanyak 66 peratus saham dalam syarikat itu turut akan terkesan.

PAS melihat siasatan lebih sukar dilakukan selagi mereka masih berada dalam organisasi itu. Rakyat merasa sangsi dengan alasan bahawa lebihan kos daripada projek Qatar dan Empangan Bakun menjadi punca utama kepada masalah ini.

Bagaimana lebihan itu boleh berlaku tanpa dikawal diperingkat awal. Sebagai syarikat korporat yang berpengalaman luas, Sime sewajarnya mampu membuat persediaan dan mengukur tahap kemampuan pelaburannya ke dalam kedua-dua projek ini.

PAS yakin beberapa faktor lain termasuk kelemahan pengurusan kewangan dan penyeliaan turut menyumbang kepada kerugian ini. Dengan jumlah RM 1.63 bilion negara boleh mendirikan satu atau dua lagi stesen janakuasa elektrik.

PAS mencadangkan satu panel khas yang berkecuali dilantik oleh pihak kerajaan bagi menyiasat kerugian ini. Penyiasatan dalaman Sime hanya akan menyembunyikan lebih banyak maklumat. Pasukan penyiasat bebas ini harus bertanggungjawab menyiasat kerugian sebenar dan puncanya sebelum menghukum mereka yang terlibat.

PAS tidak mahu isu kerugian Sime ini melarat seperti apa yang berlaku kepada POS Malaysia Berhad yang akhirnya mengunakan alasan kerugian untuk menswastakan organisasi berkenaan. Sime memegang begitu banyak aset dan kepentingan ekonomi negara dipelbagai sektor dan kita tidak boleh membiarkan syarikat itu terus mengalami kerugian yang besar dan kemudiannya digadaikan.

Satu langkah transformasi dan penyusunan semula perlu dilakukan ke atas organisasi pengurusan Sime bagi memastikan syarikat ini dapat memfokuskan keuntungannya bagi setiap sektor yang disertai.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more ...

Bukti kerajaan promosi Israel

Quantcast


KUALA LUMPUR, 21 Mei : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan Kerajaan Malaysia yang mempromosikan negara Israel dan produk perdagangan mereka melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

PAS telah mendapat maklumat dan beberapa bukti bergambar mengenai perpustakaan MITI yang telah menyediakan satu rak khas untuk bahan bacaan, majalah dan informasi perdagangan negara Israel. Perpustakaan di tingkat 11 ini terbuka bukan sahaja kepada kakitangan tetapi kepada orang ramai terutamanya ahli perniagaan Malaysia untuk rujukan. Oleh itu tindakan MITI ini sekaligus dianggap sebagai satu usaha mempromosikan perdagangan dan Industri Israel dalam negara.

Antara yang boleh ditemui diperpustakaan berkenaan adalah majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, Buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

Ini bertentangan dengan dasar Kerajaan yang sebelum ini tidak mengiktiraf negara berkenaan. Malah dalam senarai garis panduan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada disebutkan bahawa sebarang iklan atau bahan dari negara Israel atau yang berkaitan adalah diharamkan dinegara ini termasuk dalam bentuk majalah atau buku.

PAS hairan, macam mana buku dan majalah ini boleh masuk ke negara ini sedangkan selama ini Menteri MITI mengumumkan di Parlimen bahawa mereka langsung tidak berhubung dengan negara berkenaan. Berkali-kali ahli parlimen tanya tentang hubungan perdagangan Malaysia-Israel tetapi MITI menafikan di parlimen.

Kehadiran rak khas untuk Israel ini membongkar kesangsian rakyat selama ini terhadap dasar Kerajaan yang pada tahun 1994 telah meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel.

PAS juga difahamkan bahawa MITI secara rahsia sebenarnya membenarkan urusan import-eksport ke negara itu dan segala urusan hendaklah dibuat terus kepada Bahagian Kawalan Import Eksport yang mana setiap permohonan akan ditimbang oleh satu jawatankuasa khas.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel dalam majalah Israel-Asia Trade terbitan bulan Mac 2006 dimana beliau begitu gembira dengan cadangan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Mahathir Mohamad dan Menterinya Rafidah Aziz yang berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan Israel.

Nampaknya hingga ke hari ini Kerajaan Malaysia yang dipimpin BN masih lagi bermain kayu tiga dengan Israel di belakang rakyat. Jika Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan APCO Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13. Dan Mukhriz pula diletakan di MITI sebagai Timbalan Menteri bagi melindungi rahsia kepimpinan ayahnya yang begitu banyak bergantung harap dengan kepakaran Israel.

Begitulah akrabnya pemimpin Umno-BN dengan organisasi Israel-Yahudi yang mendokong fahaman Zionis.

PAS yakin, lebih banyak maklumat sulit mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel serta lawatan sulit pemimpin negara disembunyikan oleh Kerajaan. PAS mahukan jawapan kerajaan terhadap hubungan kayu tiga ini dan mengapa Malaysia beria-ria mahu mempromosikan perdagangan dengan Israel.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Read more ...