Friday, January 27, 2012

VIDEO SEKS TERBARU !!! Belum masuk 'Pawagam Blog UMNO' dah kantoi

http://3.bp.blogspot.com/-FtMgskiRMUs/TZKcYyzzcAI/AAAAAAAANrw/ljRMoINj1AE/s400/kantoi.jpgPagi tadi penulis menulis mengenai dakwaan terbaru oleh Dato T ini kononnya ada kewujudan video seks terbaru yang mengaitkan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Baru sahaja sebentar tadi, penulis mendapat maklumat dari sumber yang menyatakan Anwar tidak berada di Bangkok pada 12 & 13 Januari 2011 seperti yang didakwa oleh Trio Dato T.


Sebaliknya, Anwar pada tarikh yang didakwa berada di Indonesia.


Kenyataan ini seterusnya menafikan kewujudan video yang dikatakam mirip Anwar itu. Dan jika Anwar tidak berada di Thailand seperti yang didakwa, imej siapa pula yang berada dalam rakaman tersebut?


Mungkinkah, trio Datuk T akan mengubah versi cerita mereka dengan mengatakan video tersebut dirakam di Indonesia pula?


Jika itu berlaku, maka sejarah memalukan yang pernah berlaku dalam kes perbicaraan liwat 1 akan berulang semula kali ini.


Dalam kes tersebut, Anwar dikatakan meliwat Azizan Abu Bakar di Trivolli Villa pada 1993 bilamana bangunan itu tidak wujud pun pada waktu dan tarikh yang didakwa!!!


Nampaknya, cubaan kali kedua trio tajaan UMNO ini untuk memalukan Anwar buat kesekian kalinya, tidak menjadi kenyataan waima sebelum video tersebut tersebar pun.


Tapi dalam masa yang sama, penulis harap Datuk Seri Anwar dapat meneruskan semula tindakan saman ke atas orang orang ini agar cubaan seumpamanya dapat dihapuskan terus di masa hadapan.

JALAN PULANG

Read more ...

VIDEO!!! PAS Parit Buntar anjur program rai orang Tionghua sebelum Tahun Baru Cina


PARIT BUNTAR, 28 Jan. : PAS Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husain, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa, dan ADUN Kuala kurau Abdul Yunus Jamhari telah mengadakan program turun padang bertemu dengan masyarakat Tionghua sebelum Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar Ahmad Azhar Sharin berkata ,seramai 160 orang miskin Cina diberikan sumbangan angpau dan buah limau.

"
Penyampaian sumbangan diadakan tiga kawasan komuniti orang Cina di Pekan Baru Parit Buntar, Kuala Bagan Tiang, Pekan Kuala Kurau, Pekan Tanjung Piandang

" Ajk DHPP Parit Buntar membantu mengenalpasti orang Cina yang layak menerima sumbangan Tahun Baru Cina berkenaan" katanya

Azhar berkata, sebanyak seribu kad dan 2000 biji limau turut diedarkan kepada masyarakat cina seluruh Parit Buntar dalam misi turun padang ini.

" Lokasi penyampaian kad dan limau ini dilakukan di pusat tumpuan masyarakat Cina seperti Pasar awam di Pusat Bandar Parit Buntar ,Pekan Lama Parit Buntar, Kuala Kurau dan Tanjung Piandang.

" Pesuruhjaya PAS Perak, Ahli Parlimen , ADUN Kuala Kurau dan pimpinan PAS Parit Buntar turun di kesemua lokasi berkenaan untuk bertemu masyarakat Cina" katanya


Turut sama menjayakan program ini AJK Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Himpunan Penyokong PAS, Unit Amal dan Nisa' Parit buntar.

Pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS parit buntar iaitu, Ong Choi Ee, Ricky Tang dan Teoh Bak Chua turut sama menyertai misi ini.


Penyampaian sumbangan kerusi dan meja untuk Dewan Cina Kuala Bagan Tiang.


YDP, Harun Hashim dan Timbalan YDP, Baharin Mat Desa menyampaikan buah limau kepada penduduk Cina Kuala Bagan Tiang.


Bergambar bersama penerima sumbangan TBC Kuala Bagan Tiang.

Bergambar bersama penerima sumbangan TBC Pekan Kuala Kurau.


Bergambar bersama penerima sumbangan TBC Pekan Tanjung Piandang


Dr Mujahid dan Ricky Tang AJK DHPP Parit Buntar menyantuni seorang warga emas


Dr Mujahid dan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional, Ahmad Azhar Shahrin menyampaikan buah limau di Pasar Awam Pusat Bandar


Pesuruhjaya PAS Perak,Abu Bakar Husain bersama penyokong PAS dari kaum Tionghua.


Dr Mujahid dan Teoh Bak Chua, AJK DHPP Parit Buntar, bermesra dengan peniaga di Pekan Lama Parit Buntar


Rombongan misi bertemu masyarakat Cina sempena TBC di Parit Buntar

Read more ...

PRU 13!!! Beri peluang kepada pemimpin pelapis, Presiden PAS hanya bertanding satu kerusi

http://inksensei.files.wordpress.com/2009/11/ayahchik3.gifDisebalik persiapan dan harapan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan hasrat mahu berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Kata Hadi, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.


“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini.


Beliau (gambar) berkata sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.


Bagaimanapun Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam pilihan raya ke-13.


“Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen,” katanya menambah menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan.


Jelas Hadi, ramai pemimpin pelapis dalam parti Islam itu yang boleh diberi peluang untuk membawa hala tuju parti di masa depan.


Katanya, penglibatannya dalam arena politik sezaman dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


“Saya kebetulan mengikuti parti sejak zaman Tun, zaman generasi kedua (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sampailah kini.


“Saya diberi amanah kepimpinan dan kerusi pada usia terlalu muda, saya menjadi naib presiden semasa berusia 30-an, sudah terlalu lama,” katanya.


Hasrat Hadi ini mungkin akan memberikan rasa kurang senang dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP.


Sejak bergabung di bawah Pakatan Rakyat, parti perikatan ini telah mencipta sejarah pada pilihan raya umum 2008 apabila berjaya menawan Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990.


Selain itu Pakatan Rakyat turut menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen.

JALAN PULANG

Read more ...

MAI TENGOK!!! GLC bawah kerajaan BN sentiasa rugi, GLC bawah PR sentiasa untung


Cuba pakat-pakat tengok kes mahkamah yang dibuat oleh syarikat tertentu terhadap STDC akibat kegagalan@kelemahan mereka menguruskan syarikat tersebut. Jumlah keseluruhan kes mahkamah ialah RM6,292,617.69.

Ia dibuat oleh pengurusan STDC di zaman BN dulu, tak pasai-pasai pengurusan terkini yang kena tanggung. Tu pun jangan.. GLC di bawah Pakatan yang didakwa teruk.. walhal masa 2007 STDC rugi RM2,563,420.00 (RM2.56 juta.. senang habag) dan rugi 2008 (saki baki tinggalan depa sebelum sempat dipulihkan) ialah RM144,467.00.

Di bawah Pakatan, STDC untung bersih selepas cukai pada 2009 sebanyak RM333,978.00 dan 2010 untung bsc RM333,978.00.

Read more ...

CERAMAH DI JALAN KEBUN!!!! NGO UMNO yang disertai Samseng Taik Minyak anjur ceramah berdekatan ceramah PR. APA................?

Oleh kerana kecut kena lunyai dek penyokong PR jika serang ceramah PR , BaharOm dan NGO UMNO yang disertainya WARIS MALAYA juga anjur ceramah menampilkan katak-katak belaan UMNO. Hasilnya............

MALAM tadi di Jalan Kebun, ramai yang menjangkakan sesuatu yang `panas' akan berlaku. Maklumlah baru beberapa hari di kawasan itu telah diadakan Pelancaran ABU (Asalkan Bukan Umno) yang mana puak-puak bacul yang gentar Umno berkubur datang mengganggu program tersebut.

Maka, berlakulah apa yang tidak sepatutnya berlaku pada malam yang menampilkan Chegu Bard, Mat Sabu, pemimpin Hindraf dan beberapa NGO lain yang begitu jijik dengan Umno.

Apakah mereka ingat kita takut? Mereka silap besar kerana kumpulan ABU tidak pernah kenal erti takut sepertimana Najib takut dengan debat.

Maka, malam tadi diadakan program ceramah di kawasan yang sama tetapi kali ini kita hanya menampilkan tokoh wanita sahaja untuk melihat sejauh mana hebatnya pencacai-pencacai di situ.

YB Nurul Izzah sudah memadai untuk berdepan dengan pencacai-pencacai di kawasan itu. Kali ini mereka tidak tampil seperti malam yang sudah. Mereka tahu mereka akan `lunyai' dikerjakan sekiranya mereka biadab kali ini.

Puak pencacai pun merancang mengadakan program ceramah yang sama dan jarak lokasi ceramah mereka dengan ceramah anjuran kita lebih kurang 150 meter sahaja.

Aku pun tidak tahu mengapa permit dibenarkan di dalam keadaan jarak sedemikian. Katanya, Jalan Kebun mereka mempunyai solid penyokong parti Melayu yang semakin layu itu. Benarkah?

Lihat foto di bawah dan bandingkan sambutan orang ramai terhadap kedua-dua program yang diadakan serentak malam tadi; Maka, sewajarnyalah puak pencacai yang bacul ini amat takut dengan Program ABU.

Ini ceramah UMNO.....

macam tempat zombi kampung pisang lak...

kerusi setia mendengar ceramah umno

ini lah jumlah yang ada setelah siap dicampurkan dengan kuncu-kuncu panglima buntal
Di bawah ini Ceramah Pakatan Rakyat. Ini baru YB Nurul Izzah sahaja yang tampil.....






keadaandi belah luar di setiap tingkap yang ada..

peniaga pun dapat mencari rezeki



melimpah keluar





Terima kasih kepada Blog Liang Lahad.Blogspot di atas ihsan foto-foto di atas./wfauzdin.blogspot.com

Read more ...

HASAN ALI TERDESAK!!! Ust. Nasha bukan penceramah tapi gambar ada dalam poster, NGO ISMA dah nak jadi parti politik



Poster diambil dari blog pencacai

Dimaklumkan terdapat beberapa poster ceramah yang melibatkan individu-individu yang tersingkir dari PAS tersebar di sekitar Bandar Baru Bangi. Poster ceramah "Roadshow Masa Depan Politik Malaysia bersama Dr. Hassan Ali" itu turut memaparkan wajah bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin walaupun tidak dinyatakan beliau sebagai salah seorang penceramah.

Menurut beberapa media memaklumkan Ustaz Nasharuddin telahpun membuat laporan polis terhadap poster penipuan dan fitnah terhadap beliau.

Banner memaparkan jemputan ke program Roadshow Masa Depan Politik Malaysia bersama Dr. Hassan Ali yang djadualkan berlangsung pada 31 Januari di Balai Pahlawan Seksyen 2 Bandar Baru Bangi. Antara penceramah yang dinyatakan di dalam banner tersebut ialah Dr Hassan Ali, Ustaz Abdullah Zaik dan Ustaz Hassan Basri.

Yang menghairankan orang ramai kenapa gambar Ustaz Nasharuddin terpapar di banner tersebut sedangkan nama Ustaz Nasharuddin tiada di senarai penceramah yang dijemput. Adakah ini taktik untuk mengaburi mata masyarakat umum untuk menjual nama Ustaz Nasharuddin.

Di fahamkan program tersebut anjuran Persatuan Perajurit Daerah Hulu Langat. Ustaz Nasharuddin telah menafikan pengelibatan beliau dalam program ini dan beliau telah membuat laporan polis sebentar tadi.


Terbukti ada pihak cuba memfitnah beliau dan melaga-lagakan beliau dengan PAS. Siapakah individu yang terlibat disebalik perancangan licik ini? Setakat ini Ustaz Nasharuddin jelas menyatakan bahawa beliau akan tetap bersama PAS dan tidak akan keluar dari PAS.Addin

Read more ...

TERKINI!! The Wall Street Journal percaya Anwar Ibrahim akan menang pilihanraya umum


Dalam satu temuramah eksklusif bersama akhbar berpengaruh di Amerika Syarikat, The Wall Street Journal, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata dia tidak kisah dengan tindakan pendakwaraya persekutuan merayu keputusan pembebasannya 9 Januari lalu sebaliknya dia kini memfokuskan perhatian kepada pilihanraya umum ke 13 yang dijangka diadakan tahun ini.

Tambah Anwar lagi, penghakiman kes fitnah liwatnya sangat kuat dan agak mustahil untuk dirayu melainkan jika terdapat bukti dan petunjuk baru yang boleh meyakinkan supaya rayuan pengadu Saiful Bukhari Azlan diterima.


Dia menjelaskan, proses rayuan boleh memakan masa sehingga enam bulan dan dalam tempoh tersebut pilihanraya umum mungkin diadakan di saat beliau masih belum dibicarakan semula.


Perdana Menteri Najib mesti memanggil pilihanraya umum selewatnya pada Mac 2013 tetapi berdasarkan mood semasa, penganalisis berpendapat ia mungkin dibubar lebih awal yang bakal menyaksikan pertarungan pilihanraya paling sengit pernah berlaku dalam sejarah negara ini.


Anwar meramalkan ia bakal berlangsung sebelum Jun atau Julai tahun ini.


Dengan rasuah dan penyelewengan semakin berleluasa dengan tujuan mengumpul dana pilihanraya, Anwar tidak ada pilihan lain melainkan menghentikan segalanya dengan memenangi pilihanraya umum demi menyelamatkan Malaysia dari risiko muflis dan kehancuran.


Anwar yang ditemuramah wartawan koresponden akhbar berkenaan di Singapura, Shibani Mahtani, berkata lagi, Najib terpaksa mengadakan pilihanraya umum lebih awal dari jangkaan kerana faktor ekonomi dunia yang semakin merosot di samping kebimbangan berlaku satu lagi krisis matawang dunia disebabkan data terbaru di Amerika Syarikat menunjukkan ketidak tentuan ekonomi Eropah boleh menjadi lebih buruk.


Akhbar itu turut meramalkan Anwar berada selangkah di hadapan Najib Altantuya dari segi sokongan umum walaupun data terbaru hasil kajian beberapa institusi pengajian tinggi dan badan bukan kerajaan menunjukkan sebaliknya.


Kekuatan Anwar disokong oleh peratusan undi kaum Cina kelas pendapatan tinggi dan pertengahan yang kuat yang lebih mempercayai Anwar berbanding Najib kerana faktor ketelusan memerangi rasuah dan penyelewengan di samping kaum India yang semakin sedar MIC tidak boleh diharapkan membela nasibn kaum ketiga terbesar di negara ini.


Tambah akhbar itu lagi, beberapa negeri juga akan tumbang di tangan Pakatan Rakyat walaupun tidak menamakan negeri yang bakal bertukar tampuk pemerintahan selepas pilihanraya umum nanti.


Anwar dengan yakin merasakan kali ini Pakatan Rakyat akan berjaya memperolehi mandat lebih besar berbanding tsunami politik pada 2008 yang menyaksikan 82 kerusi berjaya dirampas dan sekaligus menafikan majoriti dua pertiga buat pertama kali dalam sejarah Malaysia.


Dengan tempoh rayuan yang masih panjang dan pilihanraya umum mesti diadakan dalam tempoh enam bulan, tidak mustahil kata akhbar itu, Anwar Ibrahim akan memimpin Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum buat pertama kalinya menewaskan BN selain membawa Malaysia ke arah pencapaian yang setanding dengan kuasa besar ekonomi dunia seperti China, Jepun dan Singapura.


JALAN PULANG



Malaysia's Anwar Presses On Despite Appeal


By SHIBANI MAHTANI



Asia News 26 January 2012 11:17 AM ET



KUALA LUMPUR—Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim said he isn't worried about state prosecutors' move to appeal a court decision acquitting him of sodomy earlier this month, and said he remains confident it won't derail his campaign to lead a new government to power in elections expected later this year.

"The judgment [in the sodomy case] was very strong" and "difficult to appeal," Mr. Anwar said in an interview with The Wall Street Journal at his political party's headquarters here Thursday. He said the appeal process, which began Jan. 20,
would likely take at least six months, meaning it could loom over and outlast the election campaign.

Prime Minister Najib Razak has to call an election by March 2013, but under Malaysia's parliamentary system of government, many analysts predict it will be called much sooner, triggering one of the most fiercely fought electoral contests this resource-rich nation has ever seen. Mr. Anwar said he believes the election is unlikely to take place later than June.


Since the Jan. 9 verdict by a High Court judge—who acquitted Mr. Anwar of violating Malaysia's strict sodomy laws citing a lack of witnesses and flawed DNA evidence—the 64-year-old opposition leader has begun mobilizing support in this multiracial country, promising reforms to dismantle a decades-old affirmative-action program designed to give a leg up to the majority ethnic-Malay population while also targeting what he describes as widespread cronyism in Mr. Najib's government.


If elected, Mr. Anwar said he will accelerate privatizations
and do more to enable free markets to operate more efficiently, such as improving transparency in the bidding for government contracts.

Read more ...

PANAS!!! Mengapa Najib datang lagi ke Perak ?


Jika anda seorang pengguna talian Celcom, pasti semalam anda terkejut dengan satu pesanan percuma yang tak sepatutnya diterima!

Rayuan supaya hadir ke satu majlis anjuran Umno-APCO nun jauh dari ibu kota!


Tidak sampai dua minggu lawatan terbaru Perdana Menteri Najib ke negeri Perak pada 13 dan 14 Januari lalu, esok sekali lagi dia akan turun buat kali ketiga dalam masa tak sampai sebulan!


Seolah-olah di Malaysia ini hanya ada sebuah negeri sahaja yang perlu diawasi dan diperhatikan pembangunannya.


Tetapi bagi sesetengah penganalisis politik berfikir sebaliknya.


Jika anda rujuk posting terbaru saya semalam, pasti anda dapat meramalkan bahawa Perak sememangnya dalam kedudukan tenat buat Umno-APCO terutamanya menteri besar haram, Zambry Kadir yang juga ADUN Pangkor.


Atas nama sambutan Tahun Baru Cina peringkat nasional di Sitiawan, Perak, salah satu DUN dalam parlimen Lumut, sebenarnya majlis ini juga untuk menyelamatkan Zambry dari kalah dalam pilihanraya umum akan datang.


Parlimen Lumut dengan kod P174 yang dipegang menteri pengangkutan Kong Cho Ha mempunyai tiga buah kawasan DUN iaitu Sitiawan, Pangkor dan Pasir Panjang.


Daripada tiga DUN ini, hanya DUN Pangkor saja dimenangi Umno-APCO manakala DUN Sitiawan dipegang Pengerusi DAP negeri, Ngeh Koo Ham dan DUN Pasir Panjang oleh Menteri Besar yang Sah, Nizar Jamaluddin.

Nampak macam kebetulan tetapi itulah hakikatnya.


Tiga nama besar dalam kancah politik Perak datangnya dari kawasan parlimen yang sama.


Cuma Ngeh Koo Ham dan Nizar Jamaluddin lebih bernasib baik daripada Zambry kerana kedua-dua mereka juga merupakan ahli parlimen Beruas dan Bukit Gantang.


Semua orang tahu, dalam beberapa minggu lalu di saat kita menyambut tahun baru 2012, berita mengenai pemerintah tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meletakkan jawatan kerana perairan Lumut dan Pangkor sudah tidak selamat dari segi keselamatan para anggota tentera laut.


Mengapa?


Kerana dalam senyap-senyap Zambry telah memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat dari Brazil, Vale International yang mengusahakan bijih besi keluar masuk melalui Selat Dinding yang memisahkan Lumut di tanah besar dengan Pangkor di bahagian pulau.



Keputusan ini menyebabkan TLDM sudah tidak selamat untuk beroperasi kerana terlalu hampir dengan tapak kilang yang dicadangkan oleh Zambry yang mana dalang di sebalik semua ini datangnya dari kerabat diraja Perak sendiri!

Antara sebab mengapa Nizar Jamaluddin digantikan dengan Zambry adalah kerana keengganannya mempersetujui pembinaan kilang dan kelengkapan memproses bijih besi di sana.


Maka selepas tersingkirnya Nizar, Zambry dikehendaki memberi persetujuan tersebut sebelum dibenarkan dilantik menteri besar Perak (kunun atas perkenan sultan).


Segalanya nampak cerah buat Zambry selepas itu kerana berjaya menewaskan calon PKR dengan majoriti lebih lima ribu undi dalam pilihanraya umum lalu, semuanya kerana undi pos dari para perajurit laut kita.


Akan tetapi setelah mengetahui perletakkan jawatan pemerintah TLDM, Zambry tahu ia merupakan satu bencana baginya kerana pengaruh yang ada pada bekas panglima tentera laut ini bukan calang-calang.


Pertambahan bilangan pengundi pos sebanyak 5,669 orang pada suku ketiga senarai pengundi berdaftar pilihanraya yang diwartakan pada September tahun lalu nampaknya mengukuhkan lagi persepsi bahawa Zambry kini terdesak mempertahankan kubunya yang selama ini bergantung kepada undi pos.


Hingga penduduk setempat yang benci kepada Zambry berseloroh, jika hendak kalahkan Zambry, kena ada RM50 juta untuk bawa 10 ribu pengundi import seperti Indonesia, Bangladesh dan Nepal mengundi Pakatan Rakyat!


Bukan sedikit belanja yang diperuntukkan untuk lawatan Najib esok, kerana dikhabarkan ang pau digunakan sebagai senjata untuk menarik seberapa ramai rakyat datang ke majlis tersebut bagi memulihkan imej Zambry di mata penduduk Pangkor khususnya dan Lumut amnya.


Tetapi dia tidak boleh lupa, undi pos yang akan menentukan sama ada dia kekal atau bakal disingkirkan oleh proksi Najib yang kini sedang giat dikenalpasti untuk diketengahkan tidak lama lagi.


Sekiranya anggota tentera kita berfikir dua kali mahu mendengar dan membuat keputusan selepas diberi penjelasan sebenarnya oleh bekas bos mereka, peluang Zambry untuk mempertahankan DUN Pangkor dilihat semakin "gelap"!


Jangan lupa Zambry, nasib anda bukan ditentukan oleh berapa banyak wang yang berjaya dikumpul hasil rasuah dan penyelewengan tetapi undi pos dan kehendak Allah SWT yang akan menentukan siapa kamu sebenarnya!


JALAN PULANG

Read more ...

KILANG LYNAS!!! Umpama 'bom jangka' bagi penduduk Kuantan


Syarikat Australia - Lynas Corporation - yang bercadang membuka loji penapisan bahan nadir bumi di Gebeng, dekat Kuantan tidak lama lagi, mahu sisa pepejal radioaktif dari kilang itu dibuang di sebuah pulau tidak berpenghuni di luar pantai Pahang.

Alternatifnya, sisa tersebut mungkin dilupuskan di kawasan di mana tidak terdapat pembangunan, kata Kuantan MP Fuziah Salleh, yang berkempen menentang projek loji nadir bumi itu.


Cadangan tersebut terkandung dalam pelan pengurusan sisa Lynas yang dibuka untuk tatapan umum sehingga semalam, kata Fuziah (gambar), yang juga naib presiden PKR.


"Mereka berkata mereka belum mengenal pasti lokasi untuk Kemudahan Pelupusan Tetap (PDF), tetapi mereka sedang mempertimbangkan beberapa pilihan.


"Salah satu pilihan itu ialah sebuah pulau di luar pantai Pahang yang tidak berpenghuni, "katanya ketika dihubungi.


PDF adalah bertujuan untuk aliran sisa pepejal loji, yang diklasifikasikan sebagai sisa radioaktif.


Dua lagi aliran sisa juga mengandungi bahan radioaktif, tetapi tidak diklasifikasikan sebagai radioaktif dan Lynas bercadang untuk mengitarkannya semula dan mengkomersilkannya.


Bagaimanapun, Fuziah berkata, lokasi pulau tersebut belum ditentukan kerana idea itu "masih dalam pertimbangan".


Bagi menyuarakan tentangannya terhadap itu, semalam Fauziah menyerahkan penghujahan bertulis kepada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) di Kuantan.


"Ini tidak harus dibenarkan kerana bahan dari PDF boleh meluluhkan ke dalam laut," demikian menurut penghujahan itu.



Anti-Lynas protest against licence issuance




PETALING JAYA: A few hundred concerned residents of Kuantan gathered outside the Pahang State Secretariat building this morning for the handing over of the final submission of feedback on Lynas (M) Sdn Bhd’s application for a temporary operating licence.

Public viewing of the 300-page document ended yesterday after three weeks and today marks the deadline for all feedback to be submitted to the Atomic Energy Licencing Board (AELB) for review.


An AELB official was presented with a compilation of submissions from various individuals and groups including the Malaysian Medical Association (MMA), Pahang Bar Council, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) and Stop Lynas Coalition (SLC).


SMSL yesterday called for the public to gather en masse to reject the issuance of the pre-operating licence for Lynas’ controversial RM2.5 billion rare earth plant in Gebeng.


According to SMSL chairman, Tan Bun Teet, about 300 people gathered in the State Secretariat grounds by 9am under the watchful eyes of plainclothes and uniformed police personnel as well as Special Branch officials.


“Even the Kuantan OCPD (Mohd Jasmani Yusof) was there but all the police did was attempt to limit the number of people entering the grounds,” Tan said. “Otherwise everything went smoothly.”


Also present were Kuantan MP cum PKR Vice President, Fuziah Salleh and PAS Information Chief, Tuan Ibrahim Tuan Man who also submitted feedback from the respective groups of supporters.


“The compilation of submissions from all quarters totaled 2,000 pages,” Tan told FMT. “We handed it over to an AELB officer on duty at the public viewing room.”


Lynas’ weak application


During the press conference that followed the handover of submissions, Tan expressed his disappointment over the “very weak application” presented by Lynas calling its proposed waste management plan “full of holes and totally unsafe”.


“Lynas proposed to turn its waste into commercial gypsum and fertiliser enhancer,” he told the crowd. “If accepted, this plan will result in hazardous and radioactive substances being scattered into residential houses, offices, farms and plantations.”


SLC spokesperson, Andansura Rabu, stressed the need for government insistence that Lynas carry out detailed environmental impact and social impact assessments before considering any further application of licence for the Lynas Advanced Material Plant (LAMP).


“Both of these documents when done should be easily accessible to the public with adequate time to comment and scrutinise,” he added.


Rabu also pointed out Lynas’ threat to the towns and villages along the coast from Kuantan to Kemaman that consist mainly of traditional fishing communities.


“Contaminated water from the Lynas plant will be discharged into the Balok River which drains into the South China Sea risking serious pollution of these important fishing grounds and tourism hotspots,” he said.


SMSL and SLC have since raised funds in the event that legal action has to be taken if Lynas is allowed to operate despite its unsafe waste management strategy.


“We hope the government will seriously consider the comments and suggestions presented through the submissions,” Tan said. “Or else we will have no choice but to take the matter to the court.”


Lynas expects a decision on the issuance of its temporary operating licence to be made when the AELB board meets next Monday.


But AELB director general, Raja Abdul Aziz Raja Adnan, has said that while Lynas will be on the agenda, the board may not reach a decision on the abovementioned date.


Lynas yesterday announced that it has raised US$225 million (RM700 million) in bonds to complete Phase One of the plant and will be delaying operations to the second quarter of the year.

Read more ...

HASAN ALI!! Mimpi di siang hari


SHAH ALAM: Kenyataan bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali bahawa kewujudan kuasa ketiga yang sedang dibina untuk menarik sokongan masyarakat dalam pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai ‘mimpi disiang hari’.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menyifatkan sedemikian sambil berkata Hasan Ali terperangkap dengan soalan yang diajukan kepada beliau ketika program Bual Bicara Soal Jawab di TV3, Rabu lalu.

Dr Rani yang turut mengikuti siaran program itu mempersoalkan golongan mana dimaksudkan Hasan Ali untuk menyertai gelombang kuasa ketiga tersebut.


“Saya tanya siapa wakil yang dimaksudkan itu? Adakah ia ulama sedangkan beliau (Hasan Ali) sebelum ini kata ulama adalah profesional.

“Beliau terperangkap dengan soalan ni. Lagipun banyak soalan yang tidak dijawab. Bagaimana beliau nak bentuk kuasa ketiga jika tiada komponen?

“Andaian beliau ini umpama mimpi di siang hari. Jika benar nak wujudkan kuasa ketiga maka perlu bertindak untuk tegur mana-mana parti.

“Tegurlah PAS, Umno, kenapa tidak kes NFC juga? Tapi kuasa ketiga ini akan condong dan akhirnya membawa kepada gerakan Umno,” katanya ketika diaju soalan berhubung kuasa ketiga oleh bekas exco agama kerajaan negeri itu.

Hasan yang juga ahli dewan negeri Gombak Setia, melalui program itu berkata usaha melalui gerakan kuasa ketiga itu sudah dimulakan oleh teman-teman yang tidak dinyatakan secara umum.

Beliau juga berkata kuasa ketiga itu nanti akan bergabung dengan wakil rakyat bebas yang lain sambil menawarkan manifesto bersama walaupun tidak wujud sebarang parti sendiri.

Kempen KTS tidak masuk akal

Sementara itu, ditanya pemberita mengenai tindakan Kelab Taat Suami (KTS) yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai ‘Tokoh Seks Suci Islam’ dalam kempen Maulidur Rasul mereka, Abdul Rani berkata,
“Saya minta Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mainkan peranan untuk memantau aktiviti kelab terbabit kerana kempen itu tidak masuk akal malah kerajaan negeri Selangor juga tidak bersetuju dengan kempen sedemikian.

“Ia tidak masuk akal, kita pandai-pandai meletakkan Rasulullah SAW sebagai imej sedemikian. Harap Mais dapat main peranan,” katanya.

Ketua Muslimat PAS negeri, Wan Hasrina Wan Hassan pula menyindir Hasan Ali dengan berkata dari sudut akidah ia memang sesuai bagi beliau (Hasan Ali) untuk menghentam KTS dan bukannya PAS. - FMT

Read more ...

BINI NAJIB MEWAH!!! Rakyat di bawah menderita



Analisis

Isu kemewahan hidup isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hangat kembali dan terkini isu perbelanjaan mewah Rosmah semasa di Sydney, Australia didedah akhbar negara itu.

Meskipun sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang giat dalam program turun padangnya ke negeri-negeri bagi mempersiapkan jentera pilihan raya, namun pendedahan Sydney Morning Herald menjejaskan imej Najib.

Satu artikel dalam akhbar Australia Sydney Morning Herald tulis kolumnis Andrew Hornery yang menggelar Rosmah sebagai "First Lady of Shopping' kerana dikatakan telah membelanjakan RM300,000 membeli-belah di butik mewah pereka fesyen di Sydney, Carl Kapp.

Kolumnis itu dalam satu kenyataanya mempertahankan dakwaannya bahawa Rosmah membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya.

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Sebelum ini, Rosmah ada menyatakan penafiannya tentang dakwaan itu dan menggelarkan dakwaan itu sebagai satu tuduhan liar.

Rosmah mendapat perhatian masyarakat sejak Najib menjadi Perdana Menteri.Kehidupan mewahnya diperkatakan khalayak selain didakwa banyak mempengaruhi keputusan yang dibuat Najib dalam isu-isu dasar kerajaan.

Ramai yang tidak senang dengan kelibat Rosmah selaku wanita pertama yang dilihat terlalu menonjol bukan dengan imej positif, sebaliknya dengan imej yang menggoyahkan imej Najib.Kedah La

Read more ...

RUPANYA!!! ISMA guna Hasan Ali untuk burukkan PAS?



Tindakan Datuk Hasan Ali (DHA) menyerang PAS adalah sesuatu yang menghairankan. Apa tujuannya? Apa matlamatnya? Apakah kerana dendam atau memang dia ikhlas dan jujur dalam usahanya mendedahkan parasit dalam PAS.

Kalau dia jujur, kita alu alukan kerana kita juga tidak senang dengan kejadian-kejadian yang sedang melanda PAS.

Mahasiswa yang baru sahaja bercakap kepada para jemaah dan orang ramai di Dungun, tiba tiba berdemo di Pejabat PAS kerana isu KUIN yang melibatkan MB Kedah yang kita sayangi. Tetapi yang agak kurang menyenangkan ialah munculnya kelibat beberapa pemimpin Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ketika sidang akhbar DHA dan kemudian ketika berforum tentang PAS.

Kenapa DHA melibatkan ISMA dalam urusan PAS?Inilah persoalan yang tidak menyenangkan kerana ISMA sejak dulu lagi memang disedari tidak senang dengan PAS dan sentiasa memberi sumbangan kepada UMNO dalam setiap program dan aktivitinya.

Kita difahamkan ISMA ialah serpihan JIM dan dalam banyak usrahnya sebelum ini banyak memperlekehkan PAS sehingga ada ahli ahli jemaah yang awalnya mahu menyertai ISMA menarik diri kerana keceluparan mereka menghentam PAS. Memang perkara ini tidak boleh dinafikan lagi kerana ada antara ahli jemaah yang mendengar sendiri bagaimana ISMA menghentam PAS.

Kita tidak mahu mengambil tahu mengenai perkara ini sebelum ini kerana yakin perjuangan ini bukan kerana manusia tetapi kerana ALLAH. Kita yakin dengan itu dan kita yakin bahawa seandainya benar ujudnya parasit dalam PAS yang cuba merencanakan pelan tindakan mengambil alih kepimpinanan PAS seperti didakwa dan kalau perancangan mengambilalih ini bukan kerana fisabillah, insyaalah satu hari ALLAH akan mendedahkan mereka seperti ALLAH mendedahkan siapa DHA sebenarnya.

Oleh itu kita tidak bimbang dengan ugutan DHA untuk mendedahkan parasit tetapi kita hairan kenapa DHA mengambil ISMA sebagai pembantunya?

ISMA yang menolak PAS tiba tiba mahu menjadi juara kepada usaha DHA mendedahkan parasit. ISMA sudah galak sewaktu DHA kemaruk dengan TV dan Akhbar UMNO sehingga muncul kenyataan bahawa PAS sudah hilang hala tuju. Satu kenyataan yang sudah lama dipendam mereka(yang dilaporkan banyak diperkatakan dalam usrah mereka), Seolah-olah mereka mendapat peluang untuk menyerang PAS ketika kemelut DHA.

Kita bimbang kerana dendam mereka kepada JIM dan kebanyakan ahli JIM sekarang ini sudah bersama PAS maka mereka juga mahu merosakkan PAS. Tetapi sebagai satu jemaah yang istiqamah dan yakin dengan pertolongan ALLAH, kita tidaklah terlalu bimbang dengan tindak tanduk mereka kerana kita yakin dengan pertolongan ALLAH.

Perjuangan ini bukanlah mudah. Bukannya mudah juga untuk memperolehi pertolongan ALLAH kalau semua pergolakan yang berlaku tidak ditangani dengan betul. Malah yang bakal menjadi hijab kepada pertolongan ALLAH ialah sikap ahli jemaah sendiri yang tidak kisah dengan apa yang berlaku, membiarkan ISMA berleluasa memasukkan jarum mereka dengan menggunakan DHA dan UMNO, merupakan antara perkara yang boleh menjadi hijab pertolongan ALLAH itu. Tetapi dalam masa yang sama,ahli jemaah tidak boleh mengambil tindakan melulu terhadap mereka.

Dengan memberi ruang untuk mendengar siapakah parasit yang berada dalam PAS dan meneliti bukti-bukti yang diberikan(setakat ini masih belum ada), para ahli jemaah juga seharusnya mengikuti jadual dan panduan beribadat dan bermunajat serta sentiasa mengikhlaskan diri kepada perjuangan.Petunjuk ALLAH yang kita perlukan dan petunjuk itulah yang mesti dicari.

Ingatlah sebarang pemikiran muktazillah yang boleh merosakkan usaha mendapat pertolongan ALLAH harus dijauhi dan dalam masa yang sama kita ingin menasihati ISMA agar menjauhi DHA dan menjauhi percubaan untuk memporak perandakan PAS. Teruskan kerjasama anda dengan UMNO untuk meneruskan kebathilan dan kesengsaraan kepada rakyat tetapi jangan sesekali cuba merosakkan PAS.

Sumber: pasgongpauh.blogspot.com

Read more ...

MARI BACA!!! 11 sebab PRU-13 bukan pada Mac 2012

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiyckc1LMTZGnNggu1ievIW3ReTFUyd-F8qekPd6Uey0HLbNeEIEduEqusdJizFT0RML7twY1qOiWlc8FHOMGVcwwosMrJhTA4FjN8VI_qV9mwgfdjZquhYaeCM6GG3unBJT-QvusgfLkPj/s1600/20110509_pru13.jpgBerikut 11 sebab kenapa mengadakan PRU-13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat atau pada bulan Mac 2012 tahun ini.
  1. Jentera kerajaaan yang ada tak sempat buat persediaan disebabkan cuti berpanjangan dari cuti sekolah sehingga cuti tahun baru cina. Sebahagian besar daripada jentara pilihanraya kerajaan terdiri daripada para pegawai kerajaan yang masih dalam mood bercuti.
  2. Masalah dalam UMNO masih berserabut. Najib umumkan mahu 'calon winnable'. Maknanya ramai golongan veteran termasuk Pak Lah terpaksa lepaskan kerusi merekakepada yang lebih muda dan lebih digemari oleh penyokong. Kononnya nak buat transformasi. Tapi masalahnya majoriti kumpulan veteren ni tidak mahu lepaskan kerusi mereka. Masalah ini tidak dapat di selesaikan dalam masa terdekat.
  3. Sebahagian daripada pemegang jawatan Menteri Besar juga mahu disingkirkan oleh kumpulan Najib tetapi terdapat banyak halangan yang perlu diselesaikan sebelum PRU-13 yang nampaknya sukar dalam masa terdekat ini.
  4. Isu panas rasuah, kronisme, nepotisme dan lain-lain yang buat Najib atau BN atau lebih tepat lagi Umno masih tak berkesudahan. Contohnya isu Lembu Shahrizat masih berkeliaran makan rumput serta anak pokok orang kampung. Orang UMNO sendiri dah naik lemas dengan skandal macam tu. Selagi isu ni tak selesai kalau Najib bubarkan parlimen alamat dia sengaja cari mampuih. Mana nak sempat bersih semua tu sebelum March. Najib perlu tunggu sehingga isu ini reda untuk mendapatkan momentum yang baik.
  5. Sabah dan Sarawak yang jadi simpanan tetap kemenangan BN banyak hadapi masalah. Umno tak dapat selesaikan semua masalah tersebut sebelum March ni. Kalau mereka tak ambil perhatian dengan Sabah dan Sarawak, alamat Putrajaya bakal dikuasai oleh PR.
  6. Pakatan Rakyat semakin lama semakin kuat dan berada dalam keadaan yang paling kuat sepanjang sejarah Pakatan Rakyat. Ramai kumpulan bermasalah telah dibuang atau lari keluar parti. Yang terakhir adalah Hasan Ali baru-baru ini. Tak ada lagi yang boleh menghalang PR untuk maju ke depan sekarang ini, ini menakutkan BN.
  7. Datuk Seri Najib perlu menunggu ratingnya naik lebih baik sedikit sebagaimana mula dia mengambil kuasa iaitu 72%. Ratingnya yang agak buruk sekarang ada kemungkinan akan naik semula dengan beberapa perubahan dan janji manis yang telah dilakukannya dan ia akan hanya naik selepas suku kedua tahun ini bukan dalam masa terdekat.
  8. Penyenaraian Felda pada April 2012 ini dijangkan dapat memberikan faedah kepada lebih 10,000 para peneroka Felda yang merupakan harapan kuat Datuk Seri Najib. Kesannya hanya akan ada selepas April jadi tak mungkin PRU13 akan di adakan sebelum itu.
  9. Beberapa perubahan pembaikan yang dijanjikan Najib seperti pembaikan sistem pilihanraya serta akta keselamatan masih dalam proses untuk dilaksanakan. AUKU juga masih dalam proses perbincangan. Ini perlu dikemaskinikan dulu bagi menaikkan rating kerajaan yang ada sekarang dan tidak mungkin semua ini mampu dilaksanakan sebelum Mac 2012.
  10. Kerajaan yang ada sekarang sudah tentu mahukan Parlimen serta dewan uindangan negeri dibubarkan serentak di seluruh negara. Dengan melewatkan PRU-13 boleh membuatkan semua negeri yang dikuasai PR akan menurut sama. Jika diadakan pada Mac ini berkemungkinan negeri PR tidak akan turut serta bubarkan DUN.
  11. Banyak projek yang mempunyai impak tinggi pada rakyat seperti MRT dan lain-lain hanya akan berjalan selepas suku kedua tahun ini. Kerajaan BN perlu tunggu semua ini berjalan lancar untuk menaikkan ratig mereka di mata rakyat.
Semua alasan diatas membuatkan PRU-13 pada bulan Mac adalah terlalu awal untuk kerajaan BN bertempur dengan yakin bagi menguasai majoriti 2/3 kerusi Parlimen. Berkemungkinan PRU hanya akan diadakan paling awal pada Jun 2012 dan paling lewat pada September 2012.

Mengikut telahan seorang Ustaz berdasarkan ayat Quran, sesebuah kumpulan atau golongan itu akan Allah naik dan turunkan silih berganti. Daripada rekod PRU negara sejak dahulu lagi menunjukkan setiap kali BN menang besar akan dituruti oleh hampir kalah pada tahun berikutnya dan begitulah sebaliknya.

Jadi menurut ustaz tersebut, BN telah hampir kalah pada PRU-12 lalu dan berkemungkinan besar BN akan menang besar pula pada PRU-13 nanti. Itu semua hanyalah sekadar andaian. Tiada sesiapa yang tahu apa yang akan terjadi pada masa depan, Allah lebih mengetahuinya.

Sumber di ambil daripada Utusan Meloya dengan beberapa pembaikan dan tambahan daripada saya. Warta Subhi

Read more ...

PRU13!!! PAS mahu 12 kerusi Sarawak, 9 Sabah


KUALA LUMPUR, 27 Jan: PAS bercadang untuk bertanding 12 kerusi parlimen di Sarawak dan sembilan kerusi di Sabah dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Menurut sumber, kerusi-kerusi itu adalah kawasan tradisi PAS di samping kawasan yang tidak ditandingi oleh mana-mana parti Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu.


"Kalau selama ini PAS bertanding berdasarkan kaum atau agama yang ada di kerusi berkenaan, namun kini PAS tidak lagi ada batasan itu dengan lahirnya Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DHPP," kata satu sumber PAS kepada Harakahdaily.


Dalam pilihan raya umum 2008, PAS hanya bertanding satu kerusi parlimen di Sarawak iaitu Batang Lupar dan hanya dua kerusi Dun di Sabah.


Namun begitu, di Sarawak terdapat 10 kerusi yang tidak ditandingi oleh mana-mana parti Pakatan dan sebahagiannya di menangi oleh calon BN tanpa bertanding.


Kerusi-kerusi yang dimenangi tanpa bertanding oleh BN adalah Tanjung Manis, Igan, Selangau, Kapit dan Kanawit.


Kerusi-kerusi yang hanya ditandingi oleh calon bebas pula adalah Lubok Antu, Mukah, Ulu Rajang, Baram dan Sri Aman.


Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, sehingga kini PAS sudah sah bertanding sekurang-kurangnya tiga kerusi di Sarawak berdasarkan kerusi tradisi.


Namun sehingga kini, 10 kerusi yang ditandingi calon bebas dan dimenangi tanpa bertanding oleh calon BN belum ditentukan lagi parti mana yang akan bertanding.


Sejak beberapa bulan lepas, pelbagai badan dalam PAS turun ke Sarawak dan Sabah dari Semenanjung. Antaranya yang berkaitan dengan pilihan raya dan penerangan.


Yang terakhir adalah rombongan Lajnah Penerangan PAS Pusat yang dipimpin Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
(Gambar: Rombongan Lajnah Penerangan PAS yang diketuai Tuan Ibrahim memacakkan kayu asas surau di pulau Shanghai, Sandakan)


Melalui ekspedisi itu, PAS membuka denai dan jalan untuk membolehkan benih-benih PAS di tanam di bumi Kenyalang dan Negeri Bawah Bayu itu.


"Sambutan amat baik dan ramai penduduk tempatan yang berharap PAS bertanding di kawasan mereka," kata salah seorang anggota rombongan itu kepada Harakahdaily.


Di Sandakan, PAS telah membuat satu projek angkat iaitu membina sebuah surau di Pulau Shanghai, yang terletak setengah jam menaiki bot laju dari Sandakan.


Semua penduduk pulau itu beragama Islam namun tidak ada sebuah pun surau di pulau itu.

Read more ...