Wednesday, March 7, 2012

PAPARAN MENYAKITKAN UMNO!!! Bukti kejayaan PR, UMNO hanya mampu jawab dengan fitnah





Sila klik gambaq untuk paparan yg lebih besar
[pakat-pakat print dan sebarkan serata negeri]

Read more ...

TAHNIAH!!! Ust. Azizan, Ir. Phahrolrazi, Dr. Ismail yang berjiwa besar

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/p480x480/420820_10150655617660827_578420826_9268452_1203512512_n.jpg

Krisis kerajaan PAS Kedah ibarat secwan air yang tersinggung..berkocak sedikit dan terpercik ke piring tetapi tidak tumpah semua..

Bagi sebuah kerajaan yang baru dan masih muda ibarat buah muda.. biasanya akan mengalami berbagai kemungkinan..adakah buah muda itu kekal ditangkainya atau gugur ke tanah.

namun apabila asas pokoknya kuat dan baik penjagaannya..maka buah2 muda akan selamat ditangkainya..begitu jugalah yang berlaku pada kerajaan PAS Kedah..pemantauan dari pihak PAS Pusat telah menjernihkan keadaan yang dilihat macam dah nak nazak(itu yang pihak UMNUU/be end duk kepohkan)..

Kemelut Kedah yang cuba dikecohkan oleh UMNUU tidak mendapat tempat dicarta gosip terhangat di dunia politik negara..kerana dasar PAS itu sendiri menjadi pelindung kepada anasir2 yang jahat..pelindung kepada individu..jemaah ataupun empayar..

Selesainya krisis Kedah membuatkan ramai membuka mata..setiap kuasa mempunyai banyak tohmahan dan mehnah..setiap apa yang dilakukan perlulah bergerak dalam berjemaah..

Untuk mendapat kuasa bukan sesuatu kerja yang mudah..namun untuk mengekalkan kuasa perlukan barisan saf yang benar2 hebat,ikhlas dan mantop..tetapi yang paling utama peganglah tali agama dengan kuat ..

Tahniah kepada DS Azizan Razak, Phahrolrazi dan Dr Ismail kerana berjiwa besar dan masih wala' kepada keputusan pemimpin bukan seperti Hasan Akidah.

http://haninasution.blogspot.com/2012/03/tahniah-kerajaan-pas-kedah.html

Read more ...

AKIDAH UMNO!!!Bukti hukum yang dinafikan Mahathir disebut dalam al-Quran

Kadang-kadang kita bangga dengan anak Kedah Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas kejayaannya mengemudi Malaysia, kadang-kadang anak Kedah ni buat spoil ja apabila belia di Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme di Universiti Malaysia Sarawak [UNIMAS] pada 26 Feb 2012 membuat kenyataan sensitif yang boleh disifatkan sebagai terpesong dari ajaran Islam.

Tun Dr Mahathir membuat kenyataan terbuka menyifatkan golongan yang memperjuangkan hukum hudud bukan dari hukum Islam sebenar tetapi hukum ciptaan manusia.

Tidakkah Tun sedar bahawa apa yang diucapkannya itu adalah jauh terpesong daripada ajaran ahli sunnah wal jama’ah.

Tidakkah Tun takut dengan kenyataan yang dikeluarkan itu boleh merosakkan aqidah.

Jika Tun dengan sengaja mengingkari hokum yang secara terang terdapat di dalam al Quran, aqidah tun boleh terkeluar dari Islam (wal i’yazubillah)

dinyatakan di bawah ini bukti bahawa hukum-hukum yang dinafikan Tun adalah secara terang disebut di dalam al Quran ;

a] Kesalahan Zina (persetubuhan tanpa nikah yang sah) disebut dalam surah an Nuur ayat 2.

b] Kesalahan memberontak (bughah) disebut di dalam surah al Hujurat ayat 9.

c] Kesalahan Qazaf (menuduh orang berzina) disebut dalam surah An Nuur ayat 4.

d] Kesalahan Mencuri. disebut dalam surah al Maaidah ayat 38.

e] Kesalahan Merompak. disebutkan dalam surah al Maaidah ayat 33 dan 34

f] Kesalahan Murtad. Hukumannya disebut dalam hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari riwayat Ibnu Abbas rha. Bermaksud “sisiapa yang menukar agamanya hendaklah dibunuh”

g] Kesalahan Minum arak atau yang memabukkan. disebut dalam hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari riwayat Saidina

http://hijaubulat.blogspot.com/2012/03/orang-kedah-lawan-nafi-hukum-al.html

Read more ...

BN!!! Bankrapkan Negara

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSSk8C_9WNPUnlB7b8ElDuPrbYjB31adtUftPB30qYOQfVG6RCSMYUFPreYH15zBOmbBSbfogBacm7ZlgiiZJ90xlufg_K8Uxj9luRjpRto3r0pvj0TN7mYuviuDNqxJydz0450pBDqXY/s1600/bengkrap.jpgKeadaan di Malaysia jelas menunjukkan bahawa negara ini sedang menuju ke arah kebankrapan yang tidak dapat dielakkan lagi. Ya, singkatan BN ini telahpun digelar Bankrapkan Negara dalam erti kata yang sebenarnya.

Jika sekiranya hutang negara yang kini berjumlah lebih RM456 billion ini ditambah pula dengan tanggungan luar jangkaan sebanyak RM97 billion lagi (belanjawan tak terkawal), negara ini akan menanggung hutang sejumlah RM553 billion, suatu jumlah yang telah melebihi 63% daripada keluaran dalan negara kasar (KDNK).

Menurut Akta Pinjaman 1959 dan Akta Peruntukan Kerajaan 1983, kadar hutang negara tidak sepatutnya melebihi 55% daripada KDNK.

Dan jika sekiranya tanggungan luar jangkaan sebanyak RM97 billion itu tidak dicampurkan bersama dengan beban hutang negara sebanyak RM456 billion, kadar tersebut tidak akan menjangkau lebih 63% daripada KDNK, tetapi hanya akan terletak pada kadar 53.5% daripada KDNK iaitu kurang sedikit daripada 55%. Penetapan kadar yang lebih rendah itu sudah pasti melegakan kebimbangan kerajaan persekutuan BN yang tidak akan menampakkan penyelewengan kewangan negara yang terlalu jelas.

Malah, ahli parlimen PAS Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad telah berkali-kali memberi amaran kepada perdana menteri dan presiden Umno Datuk Najib Razak agar tidak membohongi rakyat kononnya defisit negara kita telah berkurangan. Dr Dzulkefly turut menambah kerajaan Greece telahpun menjadi bankrap akibat daripada lebihan belanjawan luar jangkaan yang terlalu tinggi.

Kerajaan persekutuan BN kini sedang berbelanja besar melalui pemberian peruntukan kepada kroni-kroninya yang begitu ramai dan jiga ianya berterusan, adalah dibimbangi negara ini akan menjadi bankrap sepenuhnya sebelum tahun 2019 menjelang.

Disebabkan itulah, kerajaan persekutuan BN beria-ria mahu melaksanakan skim GST (Cukai Perkhidmatan dan Barangan). Perbendaharaan negara kini hampir kering. Sehinggakini, boleh dikatakan kerajaan ini sekarang sedang diuruskan tanpa mempunyai aliran tunai yang kukuh.

Sebaik sahaja negara ini menunjukkan tanda-tanda akan tumbang, ia semestinya akan tumbang tidak lama lagi. Tumbangnya negara ini adalah kerana penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, rasuah dan kapitalisma kroni-kroni yang amat berleluasa.

Dan jika sekiranya BN berjaya memenangi pilihanraya umum ke-13 yang akan datang, kerajaan persekutuan BN akan mengambil langkah-langkah yang lebih drastik untuk mengisi semula perbendaharaan serta dana sampingannya dengan perlaksanaan pelbagai jenis percukaian baru yang bakal membebankan lagi rakyat jelata. Kerajaan ini tidak akan mengurangkan belanjawannya, tetapi akan terus bersikap boros seperti sekarang.

Subsidi-subsidi khususnya untuk keperluan harian akan ditarik balik satu demi satu dan penderitaan rakyat jelata akan juga bertambah. Seperti biasa, pelbagai bentuk pembaziran, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan akan menyemarakkan lagi api kemarahan rakyat.

Tukar Lampin

BN dijangka akan dapat memenangi pilihanraya umum yang akan datang dengan bantuan lebih daripada 200,000 pengundi baru yang terdiri daripada para pendatang asing tanpa izin yang telah berjaya menyusup masuk ke dalam senarai daftar pemilih melalui saluran yang tidak sah.

Buktinya adalah terdapat 3 kawasan parlimen yang kini diwakili oleh Pakatan Rakyat telah mencatatkan peningkatan jumlah pengundi berdaftar di antara 25% hinggalah ke 35% iaitu rekod yang boleh dikatakan paling mendadak sekali. 3 kawasan tersebut adalah:

1)Kawasan parlimen Subang yang diwakili ahli PKR R.Sivarasa,

2)Kawasan parlimen Kota Raja yang diwakili ahli PAS Dr Siti Mariah,

3)Kawasan parlimen Puchong yang diwakili ahli DAP Gobind Singh Deo.

Yang pasti, BN boleh memenangi pilihanraya umum yang akan datang dengan menggunakan pelbagai takti kotor dan apajua tipu helah. Dan sudah pasti banyak jenis cukai yang akan dikuatkuasakan kelak terhadap rakyat jelata yang akan mengakibatkan kalangan yang miskin dan berpendapatan sederhana terus menderita akibat terus diketepikan dengan begitu sahaja.

Seseorang yang cukup marah boleh mengakibatkan satu lagi tsunami politik yang lebih besar seperti apa yang telah berlaku di Tunisia di mana seorang peniaga kecil yang membakar dirinya telah menyemarakkan api kemarahan rakyat yang seterusnya bangkit beramai-ramai untuk menggulingkan kerajaan Tunisia. Sememangnya tidak dapat dijangka akan peranan Twitter, Facebook dan kamera telefon bimbit yang boleh menyebarkan maklumat tersebut dengan begitu cepat sekali.

Itulah sebab kenapa Najib sehingga kini masih tidak berani untuk membubarkan parlimen bagi memberikan laluan untuk pilihanraya baru diadakan. Beliau sedar bahawa kedudukannya masih goyah walaupun kerajaan pimpinan beliau telah menyumbangkan sejumlah besar wang kepada umum. Najib juga sedar, kalah atau menang, masalah-masalah akan juga tetapi menyusul. Rakyat jelata kini sedang mengharapkan lebih banyak hadiah tunai akan dikeluarkan dan jika Najib tidak menunaikan sumbangannya sekali lagi, rakyat akan bangkit.

Tibalah masa untuk menukar lampin bayi ini (Malaysia negara yang masih belum matang). Sudah lebih 54 tahun, bayi ini masih memakai lampin sama yang telah rosak dan menjadi busuk.

Angka-angka sering dimanupulasi

Bagi memelihara imej kerajaan dan negara ini di kaca mata dunia, Najib sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai tujuannya, sampailah ke tahap mengupah dan membayar sebuah firma perhubungan awam FBC Media sebanyak RM80 juta.

Walaubagaimanapun, kerajaan pimpinan Najib tidak dapat menutup malu apabila Perbadanan Penyiaran British (BBC) memohon maaf kepada umum atas penyiarannya mengenai Malaysia dan program-program yang direkacipta oleh FBC Media. Beginilah wang rakyat sebanyak RM80 juta dihabiskan dengan begitu sahaja yang mana akhirnya negara kita yang mendapat malu akibat perbuatan Najib itu.

Media-media utama dalam negara yang kebanyakan dimiliki oleh kerajaan, syarikat milik kerajaan, Umno, MCA dan sebagainya tidak henti-henti dengan penyiaran berita-berita yang hanya mempromosikan Najib hampir pada setiap siaran pada setiap hari. Tidak pernah satu hari pun muka Najib tidak disiarkan.

Selain itu, rekod perangkaan dan statistik mengenai pencapaian sesuatu kegiatan atau perlaksanaan juga sering dimanupulasi atau diputarbelitkan bagi disesuaikan dengan kehendak dan halatuju kerajaan BN, Umno dan para pemimpinnya. Misalannya, didakwa kadar jenayah dan penggangguran telah menurun, akan tetapi apabila kita meninjau di sebuah pekan dan bercampur gaul dengan para penduduk khususnya di Jelebu, Negri Sembilan, kita akan dapati ramai warga pekan tersebut yang telah lama dan masih mengganggur.

Bagi kadar jenayah pula, kejadian pecah rumah, rompakan dan sebagainya masih berleluasa di Bandar Menjelana, Kepong, sebagai contoh. Persatuan-persatuan penduduk di kawasan perumahan mengambil inisiatif sendiri untuk membiayai usaha memagarkan kawasan tempat tinggal mereka dan mengupah pengawal keselamatan swasta untuk memastikan kawasan dan para penghuni bebas daripada ancaman jenayah.

Kes ragut turut berleluasa di Taman Sri Sinar Segambut sehingga hari ini. Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pihak polis yang telah mempertingkatkan rondaan mereka di sekitar kawasan yang dikenal pasti mempnyai kadar penggangguran dan masalah sosial yang tinggi.

Menyedari bertapa pentingnya kemenangan BN pada pilihanraya umum yang akan datang, Najib kini sedang berusaha keras untuk memastikan imej politiknya terpelihara dan “jasanya” ditokok tambah dengan seberapa banyak yang boleh.

Akhirnya, kira-kira 200,000 atau lebih pengundi-pengundi baru yang terdiri daripada pendatang pasing tanpa izin ini akan menentukan nasib dan masa depan rakyat kita dan negara ini. Dan jika sekiranya ini benar-benar berlaku, rakyat jelata berkemungkinan akan beralih kepada cara Tunisia atau Greece bagi menghentikan ketidakseimbangan tersebut.

Apakah tindakan Najib seterusnya?

Read more ...

PELABURAN MASUK!!! Selangor No.1, Penang No.2, Kedah No.5 , taklah koman macam negeri diperintah BN

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Bagi tahun 2011, Kedah menduduki tempat kelima di kalangan negeri-negeri di Malaysia menerima kemasukan pelaburan di sektor perkilangan.

Jumlah pelaburan yang diterima hingga Disember 2011 adalah sebanyak RM6.14 bilion yang melibatkan 42 projek yang diluluskan.


Prestasi ini menunjukkan peningkatan yang memberansangkan, berbanding bagi tahun 2010 yang hanya mencatat nilai pelaburan sebanyak RM1.96 bilion.


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, daripada jumlah projek tersebut, 23 adalah projek baru dan 19 adalah projek pembesaran.


Bagi projek baru, ia berjumlah RM4.7 bilion dan projek yang diperbesarkan sebanyak RM1.44 bilion.


“Kita menduduki tempat kelima di Malaysia dengan jumlah pelaburan adalah sebanyak RM6.14 bilion, 42 projek.


“23 adalah projek baru, iaitu mereka yang baru melabur dengan Kedah, 19 adalah projek pembesaran operasi yang sedia ada.


“Tempat pertama adalah Pulau Pinang dengan jumlah pelaburan RM9.106 bilion, diikuti Selangor dengan jumlah RM8.741 bilion, Sarawak dengan jumlah RM8.453 bilion dan tempat keempat adalah Johor dengan jumlah RM6.584 bilion,” ujar beliau.

Tambah beliau, berikutan perkembangan pesat pembangunan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dan sambutan yang amat menggalakkan daripada pelabur, kerajaan telah bersedia dengan kelengkapan zon industri dan infrasturktur.


“Di KHTP, kita telah tambah kepada zon industri fasa empat kepada pelabur yang berminat.


“Kita dah beri maklumat kepada pengarah-pengarah MIDA di seluruh dunia bahawa kita ada lebihan tanah untuk pelabur, jadi jika mereka hendak ke sini, kita telah ada tanah, yang jadi masalah kepada pelabur, mereka dah minat, tapi dia kena tunggu dulu untuk penyediaan tanah,” ujar beliau.

Read more ...

BALING SELIPAR!!! Imam dihukum penjara setahun

Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang penjawat awam, Hoslan Hussin atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan lelaki itu membaling selipar ke arah panel hakim.

Hakim, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin (kanan) ketika menyampaikan hukuman berkenaan berkata, hukuman setimpal bagi kes berkenaan adalah penjara setahun.



Beliau sebelum itu berkata, tindakan membaling alas kaki itu boleh menggugat kuasa mahkamah dan menjatuhkan maruh mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu.

"Kesalahan yang dilakukan kamu adalah serius di sisi undang-undang," katanya yang menambah, tindakan seperti itu tidak boleh dibiarkan tanpa dibendung.

Beliau yang mengetuai panel tiga hakim, menyampaikan hukuman tersebut selepas mendengar hujahan daripada wakil Peguam Negara, Suzana Atan dan juga wakil Majlis Peguam, Arthur Wong.

Terdahulu mahkamah turut mendengar permohonan maaf daripada Hoslan, 46 berhubung tindakan membaling selipar itu.

Hoslan turut menjelaskan bahawa beliau keliru dengan perjalanan kes melibatkan dirinya dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diputuskan di mahkamah tersebut pada 22 Februari lalu.

Hoslan berkata, beliau keliru dengan perjalanan kes tersebut "bermula daripada awal."

Kes tersebut sepatutnya di dengar di Mahkamah Syariah dan bukannya di Mahkamah Sivil, katanya yang meminta prihatin mahkamah.

Read more ...

KEBAL!!! Jika polis takut kepada Samseng UMNO, SKMM pula takut kepada blogger UMNO?

Isu cabul: SKMM gagal bertindak ke atas blog Umno

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terus dibidas kerana kegagalan menyiasat beberapa blog pro-Umno yang memfitnah Lim Guan Eng dengan menyiarkan laporan kononnya anak ketua menteri Pulau Pinang itu telah mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanita.

NONEPada sidang akhbarnya semalam, setiausaha politik ketua menteri, Mohd Zairil Khir (kiri) berkata tindak balas SKMM adalah tidak jelas.

Ini kerana sehingga hari ini, katanya, masih tidak pasti sama ada suruhanjaya itu akan terus menyiasat kes berkenaan atau hanya membantu polis membuat penyiasatan.

"Saya akan menulis satu lagi surat untuk minta penjelasan. Jika mereka (SKMM) enggan membuka fail untuk siasatan, saya anggap mereka tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau merujuk kepada surat yang diterima daripada SKMM pada 20 Februari lalu, yang menunjukkan bahawa suruhanjaya itu tidak menyiasat blog Umno-Online, Pisau-Net dan Papagomo yang telah menyiarkan dakwaaan berunsur fitnah itu.

Surat yang ditandatangani oleh Pengarah Kanan SKMM, Eneng Faridah Iskandar, memberitahu bahawa suruhanjaya itu telah menerima laporan daripada DAP berkaitan kes tersebut pada 9 Februari.

'Sembang Rakyat-kedai 1Malaysia'

Eneng Faridah menulis, suruhanjaya itu telah melihat dan membaca artikel yang dicatatkan pada blog tersebut.

azlan"Untuk maklumat anda, kes itu sedang disiasat oleh pihak polis dan suruhanjaya telah diminta untuk membantu.

"Oleh itu, kita tidak akan menjalankan apa-apa penyiasatan kerana ia (berlaku) menjadi kes yang sama (seperti yang disiasat oleh pihak polis)," tambah Eneng Faridah.

Menurut Zairil, selain polis yang perlu menjalankan siasatan, SKMM yang merupakan sebuah badan profesional perlu juga menyiasat.

"Adakah SKMM akan memulakan penyiasatan di bawah Akta SKMM 1998? Jika tidak, apakah sebabnya?" soalnya.

Lim yang juga setiausaha agung DAP sebelum ini dengan tegas menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis terhadap blog tersebut yang jelas sekali katanya, telah melakukan fitnah jenayah.

NONECorke Anya, mangsa yang didakwa dicabul itu turut menafikan dakwaan berkenaan dan memberitahu bahawa beliau tidak pernah bertemu Lim atau anaknya semasa di Pulau Pinang.

Pada sidang akhbar itu, Zairil berkata, pada Oktober lalu, beliau turut membuat satu lagi laporan terhadap video bertajuk 'Sembang Rakyat-kedai 1Malaysia' yang disiarkan dalam YouTube.

Video tersebut kononnya menuduh DAP berpakat dengan peniaga berbangsa Cina untuk menaikkan harga barang keperluan rumah.

"SKMM telah mengambil kenyataan saya tetapi sudah enam bulan sejak laporan saya dibuat, tiada apa-apa yang berlaku. Kami berharap mereka tidak akan mengulangi perbuatan ini," katanya.

"Harimau tidak bertaring"

Sementara itu, ADUN Komtar, Ng Wei Aik yang hadir sama berkata, beliau berharap SKMM tidak menjadi seperti "harimau tidak bertaring" yang enggan bertindak walaupun mereka mampu mengambil tindakan undang-undang.

NONEKatanya, SKMM merupakan sebuah suruhanjaya dan bukannya sebuah agensi kerajaan.

"Ia sepatutnya mempunyai lebih banyak kuasa untuk menyiasat. Polis menyelesaikan sesuatu kes dari aspek fitnah.

"SKMM perlu membuka fail sendiri dan menyiasat fitnah yang tersebar melalui internet," katanya.

Ng, yang juga Setiausaha DAP Pulau Pinang berkata, keengganan SKMM menyiasat perkara itu menunjukkan bahawa penulis blog pro-Umno "begitu kuat, dan boleh berbuat apa-apa".

"Satu (Papagomo), boleh masuk kapal selam tanpa dikesan oleh radar. SKMM enggan menyiasat blog Papagomo. Mungkin kerana dia telah terjun ke dalam laut dan tidak dapat ditemui," sindirnya.

Read more ...

lSU NFC!!! Lepas kondo mewah di Singapura, jumpa pula kondo mewah di Kazakhstan

Bahagian Jenayah Komersial PDRM dikatakan sedang menyiasat pembelian sebuah pangsapuri di Kazakhstan oleh National Feedlot Corporation’s (NFCorp) yang bernilai RM1.7 juta.

Adalah difahamkan bahawa hartanah, yang terletak di bandar selatan Almaty, telah dibeli pada September tahun lepas, hanya beberapa bulan selepas syarikat itu menandatangani perjanjian untuk membantu ternakan lembu baka kerajaan Kazakh.

Satu memorandum persefahaman (MoU) telah dimeterai pada bulan Jun 2011 antara NFCorp dan daerah Jambyl di Kazakhstan untuk meningkatkan pemeliharaan lembu bagi tujuan eksport ke Malaysia dan negara-negara jiran.

Sepenuhnya korang bacalah di akhir entry..

Hebatnya keluarga Sharizat ni punya pelaburan bukan saja di Singapura terdapat pelaburan malah hingga ke Kazakhstan pun ada.. kalau melabur menggunakan duit sendiri itu Alhamdulillah lah...

Tapi masaalahnya ialah melabur untuk perkara yang tidak ada sangkut paut dengan ternakan lembu sedangkan pinjaman dibuat untuk perkara yang punya kaitan dengan ternakan lembu..

Masaalah lagi besar pula ialah pelaburan dikatakan untuk kebaikkan NFCorps tapi penama bagi hartanah tersebut ialah suami dan anak-anak Sharizat..

Kalau pelaburan untuk NFCorps.. gunalah nama NFCorps...

Cuba korang tengok syarat utama perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan NFCorp kat bawah ni..




Berita berkaitan..ASD

NFCorp’s RM1.7m Kazakhstan office under probe, say sources

KUALA LUMPUR, Mar 7 — Commercial crimes police are now investigating the National Feedlot Corporation’s (NFCorp) purchase of a RM1.7 million apartment in Kazakhstan for use as an office, sources within the department have said.

It is understood that the property, which is located in the southern city of Almaty, was bought in September last year, just a few months after the company signed on to help the Kazakh government breed cattle.

A memorandum of understanding (MoU) was inked in June 2011 between NFCorp and the Jambyl district of Kazakhstan to raise cattle for export to Malaysia and neighbouring countries.

The deal was one of five signed between Putrajaya and Astana. Malaysia has also pledged to invest in an Islamic bank, oil and gas exploration by state oil company Petronas, energy generation as well as the construction of a hotel.

A high-ranking source in the commercial crimes department told The Malaysian Insider police were attempting to obtain more details about the apartment, which was registered to NFCorp.

“We are still trying to get the information from abroad,” he said, on condition of anonymity.

He added that the apartment appeared to be the company’s only acquisition in the oil-rich Central Asian republic, which the Najib administration has sought closer ties with.

NFCorp hit the national headlines after it made it into the Auditor-General’s Report last year for missing production targets.

The publicly-funded company is run by Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, the husband of federal minister Datuk Seri Shahrizat Jalil, and their three children.

NFCorp has been repeatedly accused by the opposition of using its RM250 million soft loan from government for purposes unrelated to cattle farming.

These include the purchase of multi-million ringgit luxury condominium units in Bangsar and Singapore as well as land in Putrajaya.

Questions have also been raised about NFCorp’s Singaporean operations — which allegedly include a supermarket — that Salleh has said are necessary as the local market cannot support the company’s beef production.

PKR and DAP, however, have said that the company’s overseas venture makes no sense in light of its federal mandate to fulfil up to 40 per cent of Malaysia’s demand for beef by 2015.

Police recommended last month that the Attorney-General (A-G) charge NFCorp’s directors for criminal breach of trust, but the A-G has asked the police to conduct further investigations.


The Malaysian Insider

Read more ...

MUHYIDDIN MAKIN BIMBANG!!! 17 Kerusi bukan angan kosong PAS

http://ww2.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/PilihanRaya2008/images/peta/johor.jpgPAS Johor mensasarkan sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman (gambar) berkata, sasaran itu ditetapkan berdasarkan perubahan positif rakyat negeri itu yang kini menyambut baik Pakatan Rakyat khususnya PAS yang disifatkan 'tidak pernah berlaku sebelum ini'.


Menurutnya, melihat mood positif rakyat, beliau bukan sahaja yakin PAS boleh menang di kerusi sasaran itu, malah Pakatan Rakyat secara keseluruhan juga tidak mustahil akan menerajui negeri itu.


"Kita (PAS) kini sedang fokus kepada 17 Dun sasar.


"Mungkin orang kata saya bermimpi, atau angan-angan, tapi dengan sambutan kepada kita pada waktu ini, saya yakin kejutan akan berlaku, Johor mungkin jatuh kepada Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.


Pada PRU ke-12 lalu, PAS bertanding 39 daripada keseluruhan 56 kerusi, manakala PKR dan DAP masing-masing 9 dan 12 kerusi.


Dari jumlah ditandingi itu itu PAS hanya menang di dua kerusi iaitu di Dun Maharani dan Sungai Abong.


Menurut Mazlan lagi, perbezaan ketara sokongan rakyat Johor terhadap Pakatan rakyat berbanding 2008 boleh dilihat dengan sambutan terhadap program-program mereka di negeri itu sejak kebelakangan ini.

Sambutan luar biasa itu katanya, telah menyebabkan ada pihak 'tak senang duduk' sehingga mengupah kumpulan tertentu mengganggu dan membuat kecoh khususnya di ceramah-ceramah anjuran mereka.

Manifesto 15 perkara dasar


Menurut Mazlan lagi, PAS Johor juga telah selesai berbincang berhubung manifesto pilihan raya peringkat negeri yang akan ditawarkan.


Tanpa menjelaskan secara terperinci, beliau berkata ianya menggariskan 15 perkara dasar antara lain tawaran penyelesaian masalah tanah dan tawaran pengurusan pentadbiran lebih baik.


"Kita telah siap seminar manifesto, dan sedang timbang dengan PKR dan DAP.


"Kita yakin menifesto ini akan menjadi kekuatan utama kita untuk ambil Johor," katanya lagi.


Muhyiddin mula gusar


Mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Johor masih 'tiang seri' BN pada PRU-13 akan datang, Mazlan berkata, ia sebenarnya menggambarkan kebimbangan timbalan perdana menteri itu.


"Kenyataan Muhyiddin tu menggambarkan kebimbangan beliau.


"Saya nak bagi tahu (kepada Muhyiddin), 'tiang seri' itu sudah dimakan anai-anai. Bila-bila pun boleh patah," katanya yang juga AJK PAS Pusat


Menurut Mazlan lagi, beliau mendapat maklumat Umno sememangnya gusar dengan kedudukan mereka di Johor sekarang ini.


Katanya, tidak pernah selama ini, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman turun berkampung di setiap kawasan parlimen seperti yang terpaksa dilakukan sekarang ini.


Malah katanya, selepas lawatan Muhyiddin semalam, Najib pula dijangka turun ke Johor dalam masa terdekat.


"Orang Johor ni dia pandai, dia senyap-senyap sahaja, dia tak tunjuk sokong kita," jelasnya.

Read more ...

PANAS!!! Video jawapan kepada fitnah Zambry Kadir tidak bermoral



7 Mac 2012 - PAS Taiping Perak telah menjawap bagi menyangkal segala penipuan dan fitnah jahat tidak bermoral dari MB Perak Zambry Kadir yang sebelum ini memfitnah PAS Cawangan Kemunting semakin terdesak dengan mengarahkan setiap ahlinya menyerahkan sebanyak 15 peratus daripada penerimaan duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada parti berkenaan untuk menghadapi PRU akan datang.

Zambry Kadir juga membuat fitnah dengan menyatakan PAS Kamunting meminta penduduk miskin yang dapat BR1M untuk menderma kepada PAS.- Sinar.

Sebenarnya PAS Taiping hanya meminta kepada mereka yang mendapat bonus sama ada kerajaan,swasta dan badan berkanun.Derma pula untuk jenterapilihanraya melawan UMNO/BN.

Hari YDP PAS Taiping Saudara Ust Mohamad Fakharuddin b. Aziz telah membuat sidang akbar dipejabatnya disini bagi menyangkal fitnah jahat Zambry Kadir



Orang ni: Amat jelas UMNO Perak khususnya UMNO Kemunting terpaksa mengunakan senjata fitnah dalam meraih sokongan. Semua pengundi di sekitar Taiping sudah mengetahui akan kemelut dalaman UMNO Kemunting semakin bergelojak hebat dengan isu perebutan calon kerusi untuk PRU yang entah bila tarikhnya. [Klik Sini ]

Zambry Kadir pula dilihat terlalu percayakan sumber-sumber yang di cedok dari blog-blog pro UMNO yang ketandusan isu di sini. Sehinggakan segala jawapan dan kenyataan dari mulut Zambry Kadir di-ibaratkan seperti Burung gagak yang ingin berkokok seperti ayam jantan…

Read more ...

BACUL DAN PENAKUT!!! Tiada kelibat Noh Omar dan Mat Zin dalam SELCAT

Mat Zin Mohammad, Ketua Bahagian UMNO Shah Alam merangkap Pengerusi Barisan Nasional Selangor begitu kuat berkokok kononnya hasil pasir diselewengkan oleh kerajaan Negeri.

Begitu juga Dato Noh Omar, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor sebelum ini begitu lantang menuduh hasil pasir Selangor diselewengkan oleh kerajaan negeri.


Sidang SELCAT pada 5 March lepas diadakan khas untuk membincangkan perjalanan pengurusan hasil pasir di Selangor. Sidang tersebut terbuka kepada umum dan sesiapa sahaja boleh hadzir dan mengambil bahagian.


Malang seribu kali malang, sepanjang persidangan berlangsung, kelibat Mat ZIn dan Dato Noh Omar langsung tidak kelihatan.



Segala bukti yang mereka dakwa wujud itu tidak nampak bayang pun walau sedikit.


Malahan, orang2 yang dituduh kononnya menyeleweng hasil pasir semuanya hadir. ADUN2 Amiruddin Shaari, Shuahaimie Shafiee serta Pengurus BEsar KSSB hadir dan memberi keterangan secara terbuka dan disaksikan oleh semua rakyat Selangor.


Mereka2 yang lantang membuat tuduhan termasuklah Raja Petra Raja Kamaruddin tidak nampak kelibat mereka.


Mereka adalah bachul dan penakut kerana mereka menuduh tanpa bukti serta tujuan tuduhan hanyalah mahu menyebar fitnah semata-mata.


Sekarang ini Mat Zin dan Noh Omar menjadi jurucakap kepada Raja Petra Kamaruddin. Apa sahaja tuduhan rambang yang dibuat Raja PEtra, Mat Zin dan Noh Omar akan mengulanginya.


Mereka seperti tiga sekawan membantu antara satu sama lain.

Kalau mereka ini masuk neraka kerana membuat fitnah, mereka pun akan masuk neraka bersama-sama, inshaalah.


Sepatutnya Mat zin dan Noh Omar wajib menjawab bagaimana YAyasan Selangor hilang RM500juta. Itu adalah isu yang lebih releven dan terbukti benar.


Jangan hanya pandai membuat tuduhan2 rambang seperti orang yang tidak siuman


Tulang Besi

Read more ...