Thursday, March 24, 2011

Terbongkar siapa yang sakit hati kepada blogger Hanief sehingga beliau ditangkap

KENAPA BLOGGER HANIEF DITANGKAP TERBONGKAR..

Kalau korang ingat kes blogger hanief blogspot di tangkap misti korang tertanya2 kenapa dia di tangkap dan di minta ke MCMC... jawapan dari pihak berkuasa ialah, hanief telah menyakitkan hati orang lain ketika berblog... tapi misti korang tanya siapa yang sakit hati sampai report kat sana... korang tau saper?

ni nak bongkaq la nih..

kahkahkah klik kasik besar kalau tak nampak.. hahaha

Read more ...

Rakyat Malaysia bakal ikuti jejak kebangkitan rakyat Arab jika terus ditekan



KUALA LUMPUR 24 MAC : Pengajaran paling penting yang didapati dari fenomena gelombang kebangkitan rakyat Arab ialah jaminan mengenai kestabilan politik yang selari dengan demokrasi dan kebebasan sesebuah negara.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyatakan betapa rakyat Malaysia khususnya anak muda menginginkan kestabilan politik namun kerap dicabuli oleh pemerintah Kerajaan Pusat Umno Barisan Nasioal.

Beliau turut menjawab amaran Perdana Menteeri Najib Razak dan Timbalannya Muhyiddin Yassin kepada gagasan Pakatan Rakyat agar tidak menghasut rakyat bangkit menentang pemerintah mereka.

"Hakikatnya paling penting adalah kestabilan politik. Ini yang harus ada jaminan. Pengajaran yang didapati dari Arab apa dia? Kestabilan politik demokrasi dan kebebasan perlu berlaku selari. Najib dan Muhyiddin beri amaran kepada semua pihak pembangkang jangan hasut rakyat bangkit seperti di Arab. Prasyarat nak jadi seperti Arab dan rakyat bangkit bukan kita. Prasyaratnya ialah rejim," tegas Badrul.

Beliau menyatakan demikian di Forum Kebangkitan Rakyat Arab anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) di sini hari ini.

Lebih 300 hadirin memenuhi ruang Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bagi mendengar pandangan panel- panel yang terdiri dari Badrul, Pakar Perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari, Aktivis Masyarakat Hishammudin Rais dan Choo Chon Kai.

Fenomena kebangkitan rakyat Arab di Mesir, Libya, Algeria Bahrain dan pelbagai negara lagi mendapat tumpuan dunia apabila satu demi satu kerajaan konvensional yang diasaskan bekas penjajah kolonial masing- masing.

Hishammudin Rais mendakwa hal ini sebenarnya berpunca kontradiksi dan pergeseran antara rakyat yang mahu merampas kembali sumber kekayaan negara mereka yang hanya dinikmati golongan tertentu.

"Semua hal ini dilahirkan oleh British bila mereka menemui minyak di negara-negara berkenaan. Kontradiksi Utama di sini ialah warga Arab di Mesir, Libya, dan lain-lain bangkit nak kawal sendiri hasil ekonomi tapi tak dibenarkan," ujar Aziz.

Bagaimana? Dulu masa perjuangan Parti Komunis Malaya nak tubuhkan Republik Rakyat di Malaysia, British naikkan United Malays National Organization. Cara yang sama digunakan di negara ini naikkan 'keluarga pemerintah' untuk kuasai minyak dari Maghribi, ke Tunisia dan lain-lain. Perubahan ambil masa tapi hakikatnya sama;" terang Hisham.

Menurut Aziz Bari, rakyat tidak perlu takut dengan amaran dan retorik Kerajaan Pusat bahawa kebangkitan rakyat bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

Aziz dalam kesimpulannya dengan serius menyatakan Perlembagaan Persekutuan adalah hak rakyat dan tak perlu ditakuti kerana ia boleh diubah.

"Saya tak taksub dengan perlembagaan. Saya berpendapat kalau rakyat tak suka perlembagaan itu, dia boleh buang. Perlembagaan bukan suatu benda yang sakral, ia boleh ditukar kalau kita rasakan ia perlu dirakyatkan," kata Aziz Bari.

Read more ...

Rahim Tambi Chik pembohong



KUALA LUMPUR 24 MAC : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrulhisham Shahrin menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa fitnah video lucah yang direkayasa oleh tiga individu bergelar Datuk T.

Bercakap selepas menonton video itu, Badrul yang dikenali atas ketegasannya berhubung isu-isu prinsip, berkata bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik juga berbohong mengenai video itu pada sidang akhbarnya semalam.

Badrul atau lebih dikenali Chegu Bard dipelawa menonton video itu apabila dibawa berjumpa dengan Tan Sri Rahim dan Datuk Shazryl Eskay di sebuah hotel lima bintang pada Isnin lalu.

Beliau menonton video itu dua kali bersama Rahim dan Eskay serta seorang lagi yang tidak dikenali.

“Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar,” kata Badrul.

Badrul menegaskan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak harus tampil memberi penjelasan kerana nyata “ini permainan politik kotor kea rah menyelamatkan Umno menjelang pilihanraya yang semakin hampir.”

Badrul dilihat antara pemimpin muda yang berwibawa walaupun tidak sehaluan dalam beberapa isu dengan kepimpinan PKR.

Pada sidang akhbarnya petang tadi, Badrul turut mendedahkan bahawa Rahim memberikan kenyataan berbeza-beza dalam tempoh 24 jam lalu.

Pada sidang media semalam, Rahim menjual dirinya sebagai terlibat secara langsung dalam video itu. Namun , beliau memberitahu Badrul sehari sebelum itu beliau belum melihat rakaman berkenaan kerana baru pulang dari luar negara.

“Kami dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mac 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan (Eskay). Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menontonnya,” kata Badrul.

Beliau kemudian diminta untuk membawa salinan video berkenaan untuk ditunjukkan kepada isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail supaya Presiden PKR itu dan Anwar berundur dari politik.

“Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah,” kata Badrul,

“ Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah (Eskay) meminta untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah,” jelas beliau.

Badrul berkata dakwaan Rahim Thamby Chik kononnya Datuk T merujuk kepada beliau sendiri, Eskay dan Bendahari Perkara Shuaib Lazim mencurigakan.

Dalam pertemuan tersebut (di Hotel Shangri-La) Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim pun memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Badrul percaya selain ketiga-tiga individu yang menggelar diri Datuk T, video lucah yang direkayasa itu sebenarnya membabitkan lebih ramai orang dan “mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond.”

Beliau juga berkata nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput beliau dan rakannya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi. Badrul bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Beliau turut mendedahkan Eskay, Rahim, Datuk Aliasak dan Datuk Yusuf Nor pernah digambarkan bersama melawat sebuah kilang di selatan Thailand pada tahun lalu.

“Adakah mereka yang terlibat dalam kes ini juga mempunyai kepentingan dalam pembekalan baja ke Risda dari selatan Thailand,” tanya Badrul. Rahim adalah Pengerusi Risda yang dilantik oleh Datuk Seri Najib Razak pada Jun tahun lalu.

“Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang langsung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup

Read more ...

Eskay : Saya lurus, bukan homoseks macam Saiful




Dalam keghairahan untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay semalam mendedahkan bahawa pengadu kes liwat fitnah dua, Saiful Bukhari Azlan adalah pengamal hubungan seks sejenis.

Bagaimanapun ahli perniagaan itu menegaskan ‘beliau bukan seperti Saiful ” kerana telah mengerjakan umrah dan haji.

Saya telah menunaikan umrah dan haji. Saya rasa saya telah lama dipergunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bukan macam Saiful, saya lurus saya bukan homoseks.

Eskay tidak mendedahkan sumber maklumatnya atau pun sama ada beliau mengenali Saiful secara peribadi. Beliau membuat kenyataan mengejut itu pada sidang akhbar semalam.

Ketika memberi keterangan di mahkamah bulan lalu, pakar kimia Seah Lay Hong mengesahkan kehadiran beberapa sampel DNA dari individu berlainan dalam dubur Saiful.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul menjelaskan bahawa fitnah video lucah diketengahkan ketika ini bagi memastikan UMNO mempunyai modal yang cukup untuk mengaibkan Anwar dalam menghadapi pilihanraya umum.

Ini kerana perbicaraan fitnah liwat terhadap Anwar mungkin akan selesai dalam sedikit masa dan UMNO akan ketandusan fitnah untuk menyerang moral ketua pembangkang itu.

"Pilihan Raya Sarawak makin dekat. Kes Mahkamah semakin hampir habis. Perlu ada isu berlarutan. Beberapa keputusan sudah tidak berpihak kepada kerajaan. Dan buku jingga pun dia orang (Kerajaan) dah tak larat nak berdebat. Jadi kena buat isu baru….kena cipta perkara lain,” kata Johari .

Read more ...

'T' yang keempat baru terima anugerah Datuk

Akhirnya Zulkifli Noordin Di Anugerahkan Gelaran "Dato" Daripada Sultan Pahang Hari Ini !

PEKAN, 24 Mac - Setelah berhempas pulas untuk mengkucar-kacirkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu Zulkifli Noordin (foto) berjaya mendapat "imunitinya" bila beliau dianugerahkan gelaran "Dato" oleh Sultan Pahang, Sultan Hj.Ahmad Shah hari ini.

Beliau dianugerahkan darjah kebesaran berkenaan sempena memuliakan Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini. Dengan perlantikan itu, bermakna beliau adalah pemimpin PKR kedua yang mendapat anugerah jawatan selepas keluar dari PKR.

Sebelum ini Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Md Noor dilantik sebagai "Senator" selepas menunjukkan prestasi yang memberangsangkan untuk memporak-perandakan PKR selepas meninggalkan parti itu. Dengan gelaran ini maka Dato' Zulkifli Noordin kini boleh berbangga kerana beliau kini berjaya mengatasi Ezam.

Ini kerana gelaran "Senator" yang dimiliki oleh Ezam adalah bertempoh, tetapi Zulkifli akan memegang gelaran "Dato" untuk tempoh yang lama selagi dia tidak "derhaka" kepada Tuanku Sultan Pahang itu sebenarnya.

[Anugerah yang diterima oleh Zulkifli ini membuktikan usahanya selepas dipecat dari PKR tidak sia-sia dan berbaloi. Malah, beliau dilihat begitu lantang menyerang Pakatan Rakyat, PKR termasuk Anwar Ibrahim sendiri.

Dia juga dilihat selalu mengikut Perdana Menteri
Najib Razak ketika pemimpin itu keluar negara, termasuk ke Turki baru-baru ini. Maka itu jugalah kita tidak hairan Zulkifli akhirnya mendapat pengikhtirafan sedemikan rupa, kerana itulah hasilnya.

Malah, kemungkinan besar juga beliau menerima "
habuan" yang lebih lumayan daripada itu oleh Kerajaan UMNO Barisan Nasional agaknya. Apapun, kami ucapkan tahniah dan syabas kepada YB Dato' Zulkifli Noordin atas anugerah yang diterimanya itu.

Semoga beliau lebih berhati-hati dengan setiap tindakan yang mahu dilakukan selepas ini hendaknya. Teruskan perjuangan dalam apa jua keadaan sekali pun!].
PDO

Read more ...