Thursday, October 10, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Ust. Nik Abduh umum berundur daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia?

Semasa ucapan penutup saya selaku pengarah program Ijtima Tarbawi 3.0 pemuda PAS di Pagoh, Johor 3 hari lepas, saya telah mengambil kesempatan untuk umumkan pengunduran diri saya daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk sesi akan datang.

Ia genap 10 tahun penglibatan saya di dalam DPPM yang bermula sejak 2003. Dengan umur saya yang telah melewati jauh rakan-rakan saya yang lain di dalam sayap par
ti yang gagah ini, saya fikir tibalah masanya untuk berundur dan memberi ruang kepada yang lebih muda, gagah, berkaliber dan layak untuk memimpin.

Saya mengecapi kemanisan kejayaan bersama rakan-rakan di dalam DPPM. Banyak sekali. Paling berguna buat saya, DPPM menjadi sandaran saya untuk istiqamah dalam perjuangan. Saat saya keletihan dan ditimpa musibah, DPPM sentiasa membakar semangat untuk terus maju.


Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Teraju enam PAS kawasan di Pahang berubah


TEMERLOH: Seluruh PAS kawasan di negeri ini selesai mengadakan mesyuarat agung yang menyaksikan enam daripada 14 kawasan mendapat Yang Dipertua (YDP)  baharu.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal (atas) berkata, secara keseluruhannya mesyuarat agung PAS kawasan berjalan lancar mengikut lunas perlembagaan parti.

Katanya, perubahan kepimpinan di enam kawasan juga berlangsung dalam suasana harmoni malah ada kawasan yang mengadakan syura bagi menentukan YDP baharu.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Ketua Muslimat PAS Kedah, Perlis kekal


ALOR SETAR: Dewan Muslimat PAS Kedah dan Perlis yang selesai mengadakan muktamar tahunan menyaksikan penyandang jawatan terus menerajui sayap parti bagi sesi 2013-2015.

Di Kedah, Muktamar Tahunan ke 44 yang berlangsung 5 Oktober lalu di Dewan Fadzil Noor, Kompleks PAS Kedah menyaksikan Datuk Ustazah Siti Ashah Ghazali kekal selaku Ketua dan akan bergandingan dengan Dr Rohani Abdul Mutalib yang turut kekal bagi jawatan Timbalan Ketua.

Manakala Ustazah Fatimah Wan Teh pula dipilih sebagai Naib Ketua menggantikan penyandang, Datin Norlia Abdul.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Dato' Nik Amar kuasai pencalonan Timbalan Presiden di Terengganu, bakal wakili calon ulama


http://dinmerican.files.wordpress.com/2013/04/nik-amar.jpgKUALA TERENGGANU – Penyandang Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dilihat bukan calon pilihan di kesemua enam Pas kawasan di negeri ini yang telah pun selesai bermesyuarat bagi mencadangkan calon jawatan tertinggi Pas Pusat.

Enam kawasan selesai membuat pencalonan adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala Hulu Terengganu serta Marang masih belum mencadangkan calon, sebaliknya akan diputuskan dalam mesyuarat Pas kawasan masing-masing Sabtu ini dan Khamis depan.


Kesemua enam kawasan tersebut bagaimanapun, sebulat suara melalui mesyuarat jawatankuasa Pas kawasan mengekalkan calon Presiden kepada penyandang sedia ada iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Dua calon yang dilihat menjadi pilihan Timbalan Presiden setakat ini adalah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Read more ...