Tuesday, June 14, 2011

Jangan beri muka, tapi polis nak dengar ka

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjE_i2eZ-V8SEn1F50gteA2Y5E_hZfFtHyZS4kx9UxVR4NIIYo7et4o-_1qbKKyjA1eNaDmsd_skuFAv26GTp7HOYDwyTIB-0aXmt8YUHRtoK9-OiVtHB02_f39w5YXx4SHFSt-nbc8mJww/s72-c/HTP_7550.jpgIPOH – Srikandi Keadilan Malaysia, menggesa polis melaksanakan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti dan seterusnya memberkas identiti pemilik laman sembang sosial popular, facebook, berikutan kenyataan biadabnya yang menyuruh semua perogol merogol Srikandi Keadilan.

Ketuanya, Siti Aishah Ismail ketika ditemui berkata, kenyataan berkenaan diterimanya sekitar 5 petang, Isnin lalu dan ianya telah dibuat sebanyak tiga kali dengan menggunakan status yang berlainan.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat berkata, kenyataan itu jelas cuba mempermainkan hukum Islam kerana kenyataan itu ada menyebut bahawa perogol pasti terlepas daripada hukuman kerana tidak cukup empat orang saksi bagi disabitkan kesalahan.

“Kenyataan berkenaan jelas mengandungi unsur ugutan selain berbentuk ancaman kepada semua wanita muda yang bernaung dengan pertubuhan Srikandi Keadilan Malaysia.

“Ini satu isu yang serius kerana melibatkan satu organisasi yang besar. Saya harap polis dapat bertindak segera mengesan dan seterusnya mendedahkan siapakah sebenarnya pemilik atau individu itu kepada umum,” katanya kepada Sinar Harian.

Siti Aishah berkata demikian ketika mengulas kenyataan biadab daripada individu yang hanya dikenali sebagai Rango Krew yang terpapar di laman sembang sosial, facebook.

Hadir sama, Setiausaha PKR Negeri, Annuar Zakaria.

Siti Aishah berkata, individu itu juga dilihat seolah-olah cuba mengatakan Islam tidak menitik beratkan soal hukum dalam menangani perlakuan jenayah, khususnya jenayah rogol.

“Saya khuatir kerana ia bukan sekadar komen-komen biasa tetapi boleh menyumbang kepada tindakan secara nyata. Ini membimbangkan saya.

“Saya ada buat kajian dan mendapati individu berkenaan juga adalah ahli Kelab Anti PKR yang dinaungi oleh lebih 500 ahli di seluruh negara.

“Jelas ia datang dari satu organisasi dan bagi saya ia jelas berunsur politik apabila menjadikan Srikandi PKR sebagai sasaran,” katanya.

Pihaknya juga akan ke Suruhan Jaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) hari ini, untuk mengemukakan laporan polis itu agar pemilik atau individu berkenaan dapat dikenal pasti untuk tindakan lanjut.

Katanya, berdasarkan kepada maklumat, polis boleh bertindak segera bagi mengesan individu terbabit.

“Saya rasa semua maklumat itu benar dan berdasarkan kepada laporan-laporan polis yang turut dibuat oleh pihak Srikandi Keadilan di seluruh negara semalam, saya harap dia (individu) akan dapat diberkas,” katanya.

Read more ...

Rampas kartun : Zunar saman polis

http://aliran.com/images/portraits/zunar.jpgKUALA LUMPUR -- Seorang kartunis hari ini memfailkan saman terhadap dua anggota polis dan tiga yang lain kerana menahan serta merampas 66 buah buku dan sebuah lukisan kartun miliknya.

Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar dan syarikat miliknya Sepakat Efektif Sdn Bhd menamakan ASP A.Arikrishna dan ASP Marina Hashim sebagai defendan pertama dan kedua manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia dinamakan sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Zunar memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Dalam pernyataan tuntutan itu Zunar mendakwa pada 24 Sept 2010, pukul 4 petang sepasukan polis yang diketuai ASP Arikrishna telah menyerbu pejabatnya dan bertindak menangkap beliau serta merampas 66 buah buku bertajuk"Cartoon-0-phobia" dan sebuah lukisan kartun.

Katanya selepas tangkapan itu beliau telah dibawa ke beberapa balai polis di Kuala Lumpur dan Selangor sebelum lewat malam untuk direman sehari dan terpaksa bermalam di Balai Polis KLIA atas dakwaan menghasut.

Zunar mempertikaikan asas-asas penangkapan dan penahanannya, rampasan terhadap karyanya dan menyatakan bahawa tindakan itu adalah salah di sisi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang serta berniat untuk mengagalkan pelancaran buku tersebut.

Berikutan itu Zunar menuntut gantirugi am termasuk gantirugi teladan dan teruk, perintah supaya buku-buku yang dirampas dikembalikan kepadanya atau gantirugi sebanyak RM1,650, perintah supaya lukisan kartun dikembalikan atau gantirugi khas dan lain-lain. -- BERNAMA

Read more ...

Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru diumpan UMNO



KLANG, 15 Jun — Dr Abd Rani Osman yang awal minggu ini dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor mendedahkan beliau juga pernah didampingi dua lelaki yang mendakwa diri mereka mewakili Umno dan memujuknya tidak lagi bertanding mempertahankan kerusi DUN Meru pilihan raya umum ke-13.

Ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam, Dr Abd Rani berkata, kedua-dua mereka datang hanya meminta “saya agar tidak bertanding lagi pilihan raya umum akan datang.

Sambil melahirkan rasa hairan dengan pendekatan itu, wakil rakyat penggal pertama ini memberitahu, kedua-dua mereka tidak memintanya keluar PAS dan menyertai komponen BN sebagaimana pernah disaksikan sejak tiga tahun lalu, lapor The Malaysian Insider.

“Mereka tak minta saya keluar PAS, keluar Pakatan Rakyat, mereka tak minta saya menyertai Umno, tetapi hanya mahu saya tidak bertanding lagi pilihan raya umum akan datang... saya pun tidak tahu mengapa,” kata beliau dalam temu bual sempena pelantikannya menggantikan Datuk Dr Hasan Ali mengetuai PAS Selangor.

Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri mengetuai PAS Selangor selama lapan tahun atau empat penggal.

Difahamkan beliau ada ditawarkan sejumlah wang jika sanggup menerima permintaan tersebut.

“Saya memberitahu mereka nilai saya ialah al-Quran dengan menunjukkan mereka al-Quran, mereka menitiskan air mata dan keluar dari pejabat saya... saya tak jumpa mereka lepas itu... saya pun tak ingat nama mereka,” kata doktor perubatan ini yang menceburi politik dengan menyertai PAS akhir 1990-an.

Dengan seringkali kelihatan mengenakan songkok yang berbeza daripada ahli-ahli PAS yang lain, Dr Abd Rani (gambar) yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kapar berkata, beliau didampingi kedua-dua lelaki itu awal tahun ini selepas beliau kembali dari lawatan ke luar negara.

DUN Meru merupakan salah satu kerusi dalam bahagian Parlimen Kapar yang wakilnya adalah dari PKR.

Dr Abd Rani memenangi kerusi Meru dengan menewaskan Md Ghazali Amin dengan memperoleh majoriti 5,513 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, Dr Abd Rani memperoleh 14,826 undi manakala Md Ghazali pula 9,313 undi.

PAS yang bergandingan dengan DAP dan PKR membentuk kerajaan negeri mempunyai lapan kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Usaha memujuk wakil rakyat parti komponen Pakatan Rakyat meninggalkan perikatan itu dan menyertai BN menjadi sebahagian ‘budaya’ politik sejak pilihan raya umum 2008.

Ia juga berlaku di Perak, Kedah dan Pulau Pinang iaitu negeri-negeri diterajui Pakatan Rakyat.

Di Selangor, Adun Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah keluar PKR untuk menjadi wakil rakyat mesra Umno.

Tawar-menawar kepada wakil rakyat agar keluar Pakatan Rakyat menjadi fokus ketika cakap-cakap mengenai idea kerajaan perpaduan antara Umno-PAS turut menjadi perhatian dan banyak diperkatakan.

Mengulas mengenai idea kerajaan perpaduan itu, Dr Abd Rani menegaskan, sudah tidak lagi timbul soal kerajaan perpaduan khususnya selepas parti itu mengambil pendirian tegas.

“Ini soal UG (kerajaan perpaduan) ini jangan dikatakan lagi, bagi saya sudah tidak ada lagi soal UG ini... kami (PAS) akan kekal dalam Pakatan Rakyat, akan bersama dengan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum,” kata beliau.

Dr Abd Rani berkata, dengan gandingan dan kerjasama komponen Pakatan Rakyat pihaknya yakin akan meningkatkan kerusi diperoleh parti Islam itu.

“Insya-Allah kami yakin dapat menambah kerusi, ya... sekali ganda... hingga 15 kerusi, berbanding lapan yang ada sekarang,” katanya.

Read more ...

Tarik subsidi rakyat, kekal subsidi kroni bukti Najib bersama rakyat




KUALA LUMPUR 15 JUN : Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan berada di pihak rakyat berhubung isu melibatkan pengeluar tenaga bebas (IPP) hanyalah retorik semata-mata.

Rata-rata ahli parlimen PR yang ditemui TV Selangor di lobi parlimen bersependapat dalam isu itu dan menganggap ianya hanya untuk mengaburi mata rakyat demi meraih sokongan yang kian terhakis.

Ahli Parlimen Kuantan, Fauziah Saleh berkata kerajaan perlu bertindak telus dalam membentangkan mengenai perjanjian bersama IPP dan ianya juga perlu dikaji semula.

Malah katanya adalah jelas ketika ini kerajaan membenarkan pihak IPP menggunakan dan mengeluarkan tenaga berlebihan melangkaui tahap piawaian di peringkat antarabangsa.

Akibat dari itu katanya, rakyat terpaksa menanggung kadar tarif elektrik yang tinggi sehingga menjejaskan perbelanjaan.

“Saya bagi satu contoh kita bercakap tentang akses kapasiti. Akses kapasiti sekarang ini kita punya 40 peratus sedangkan tahap antarabangsa mengatakan maksimum 20 hingga 25 peratus. Akan tetapi Malaysia membenarkan IPP mengeluarkan tenga berlebihan sebanyak 40 peratus,” katanya kepada TV Selangor.

Tambah beliau,tindakan kerajaan yang dilihat berdolak- dalik berhubung gesaan supaya perjanjian di antara kerajaan dan syarikat IPP didedahkan,jelas menunjukkan pemerintah hanya mengutamakan kroni semata-mata.

“Saya menegaskan segala tindakan kerajaan itu menunjukkan ianya satu usaha menjaga kroni semata-mata,” katanya.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata sememangnya apa dinyatakan Najib itu tidak boleh diterima dan tinggal kata-kata sahaja kerana setakat ini apa dituturkan gagal diterjemahkan menjadi satu realiti.

Katanya, pemimpin PR dan rakyat khasnya mahu melihat sekiranya benar kerajaan berpihak kepada rakyat, maka kerajaan sewajarnya mendedahkan segala perjanjian PPA dengan pihak IPP itu.

Awal bulan ini, Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus mulai 1 Jun, sekali gus memberi kesan kepada kadar inflasi yang semakin meningkat.

Harga gas asli juga dinaikan kepada RM3 mmBtu setiap enam bulan sehingga mencapai paras pasaran menjelang 2016 setelah diapung sepenuhnya.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha Mohamad mendakwa kenaikan itu hanya akan memberi kesan minima kepada kadar inflasi negara yang kian tertekan ekoran kenaikan harga minyak dan barangan seperti gula baru-baru ini.

Menteri Tenaga Teknoloji Hijau dan Air Datuk Peter Chin pula mendakwa kenaikan kadar elektrik itu hanya memberi kesan kepada 25 peratus daripada pengguna yang menggunakan lebih daripada 300KW tenaga setiap bulan.

Read more ...

Bergaduh kerana projek, Rais kena herdik

Nampaknya Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga merangkap Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr Yee Moh Chai marah betul dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Mohd Rais Yatim sehingga berani mencemoh “Rais Buat Janji Kosong’ seperti yang tersiar di akhbar-akhbar tempatan di Sabah. Tindakan Yee mengkritik menteri berkenaan kena pada tempatnya dan mendapat pujian daripada segenap lapisan rakyat Sabah atas keberaniannya menyuarakan dan mengherdik Rais demi kepentingan rakyat Sabah.


Dalam penyelidikan Sabahkini Net mengenai pergeseran antara Yee den Rais, sesetengah orang bersetuju dan selebihnya tidak setuju kerana akan menjadikan ‘Perang Dingin’ yang dibimbangi selama ini benar-benar wujud. Majoriti rakyat Sabah menyokong tindakan Yee meludah muka Rais, namun mengharapkan lebih daripada itu termasuk menelanjangkan Rais dengan mendesak SPRM menyiasat siapa yang mendapat kontrak

Jalur Lebar, membekal laptop dan penyelenggaraan, sebagaimana yang didedahkan blogger Rocky Bru sebelum ini. Seorang aktivis politik, Ahmad Ismail menyatakan, tindakan Dr Yee menegur sikap Rais yang tidak menepati janji-janjinya kepada rakyat Sabah dalam beberapa hal, membuktikan pemimpin di peringkat persekutuan tidak begitu ikhlas untuk membangunkan negeri Sabah dalam beberapa aspek yang diperlukan.

Kata Ahmad lagi, rakyat Sabah bukan ‘Anti Semenanjung’ atau ‘Anti Kerajaan Persekutuan’ tetapi Menteri Pusat tidak berlaku adil dalam pengagehan projek pembangunan dan gagal menaiktaraf kemudahan asas di Sabah, termasuk kemudahan ICT. “Wahai Rais yang lembut gigi dari lidah, mana sudah perginya Jalur Lebar ke negeri Sabah?

Jangan terlalu banyak menabur janji kerana rakyat Sabah sudah serik dipermainkan menteri tidak jujur seperti Rais,” ujar Ahmad Ismail lagi. Baru-baru ini, kata Ahmad, menteri berkenaan ada memberikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Masjid Kampung Air Sandakan melalui program Nadwah Suara Rakyat.

Derma tersebut disalurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Khas Sabah yang disampaikan sendiri oleh Pengarah jabatan berkenaan, Abdul Manap Lakariba kepada Pengerusi Masjid Mussin Yasin. Kata Abdul Manap, bagi pihak Rais, dalam ucapan ringkasnya derma ini adalah atas simpati Rais kepada penduduk kawasan Batu Sapi dan ia juga merupakan sebahagian daripada menunaikan janji-janjinya kepada rakyat Batu Sapi semasa pilihanraya kecil Parlimen kawasan berkenaan tahun lalu.

“Bukankah semua ini sandiwara semata-mata untuk mengaburi pandangan mata rakyat di kawasan Batu Sapi sahaja. Janganlah percaya pemimpin lidah bercabang seperti Rais ini,” ujar Naib Ketua Cabang Batu Sapi, Zainuddin Hassan. Tegas Zainuddin, pemimpin seperti Rais hanya layak menjadi ‘Badut Sarkas’ kerana mempunyai rekod politik yang buruk dan kini sering mendatangi Sabah kerana namanya sudah tidak laku lagi di Semenanjung.

Bagaimanapun, kata Zainuddin, keceluparan Rais berjanji dan memungkiri janji kerana ramai rakyat Batu Sapi terpedaya dengan janji manis BN agar mereka memilih calon BN untuk meneruskan pembohongan. Dalam pada itu, Sabahkini.Net sebentar tadi menerima maklumat daripada seorang bapa kepada murid sekolah di Kuamut, Baino Kangkulad, berpendapat bahawa ‘Rais kencing di kepala mereka’ melalui pemberian laptop percuma kepada anaknya.

“Anak saya dan kawan-kawannya kini banyak membuang masa dengan bermain ‘game’ dengan laptop yang diberikan kerana tidak ada kemudahan jalur lebar di Tongod dan Kuamut,” ujar Baino yang kesal kerana Rais mempersenda rakyat Sabah seperti dalam filem Do Re Mi, ‘ada macis tak ada rokok, mencece mencece mencece!’/Sabahkini

Read more ...

Felda kalah lagi, diarah bayar RM1.2 juta

http://dinmerican.files.wordpress.com/2010/07/felda-logo.jpgKUALA LUMPUR, 14 Jun: Seramai 131 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 menerima berita gembira hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada mereka.

Kes tersebut difailkan peneroka yang gagal mendapat semula wang caruman mereka di bawah tabung wang tanam semula yang diuruskan Felda melalui peguam Wan Rohaimi Wan Daud.

Keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Mohd Azman Husin jam dan mengarahkan wang tabung tersebut ditaksirkan.

Menurut Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sejumlah RM1.2 juta itu dikira daripada caruman pokok peneroka termasuk caruman yang dibuat setiap bulan selama lebih kurang 20 tahun.

Manakala dividennya juga dikira dalam tempoh 20 tahun itu.

Mazlan menyifatkan keputusan tersebut sebagai sangat menggembirakan peneroka dan membuktikan perjuangan mereka menuntut keadilan semakin mendapat perhatian.

"Ini satu keputusan yang menggembirakan yang ditunggu-tunggu selama ini dan mengulang kes yang sama yang dibawa peguam Hanipa Maidin dalam kes saman peneroka Sungai Koyan terhadap Felda sebelum ini dan ini kemenangan buat kesekian kalinya.

"Ini menandakan bahawa perjuangan warga felda mendapat tempat dan kebenaran akhirnya memihak kepada peneroka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ogos tahun lalu, seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan, menerima ganti rugi berjumlah RM11 juta dari Felda kerana manipulasi gred buah kelapa sawit.

Mazlan juga berkata, kemenangan kali ini sangat penting untuk menyuntik semangat peneroka agar terus berjuang menuntut hak mereka.

"Ini satu keputusan yang penting kerana melibatkan lebih kurang 10 ribu lagi peneroka yang tidak mendapat wang tanam semula dan ada kesnya yang sedang dibicarakan," katanya.

Mazlan turut memberitahu, lebih kurang 700 peneroka dari sekitar Felda Jengka akan memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh berhubung kadar perahan gred (kpg) sawit yang diterima mereka begitu rendah.

"Kes ini akan diketuai peguam Sivarasa Rasiah," katanya.

Sekretariat Task Force Felda

Sementara itu Mazlan turut memaklumkan bahawa satu diskusi mengenai akta penempatan berkelompok (GSA) 1960 berlangsung di Bangunan SUK Selangor hari ini dan dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Diskusi tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Task Force Felda yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor.

"Ahli panel terdiri daripada para peguam yang membentang dan menghurai tentang GSA dari sudut kelemahan,kepincangan dan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melakukan penambah baikan terhadap felda ini termasuk keadilan akta ini kepada peneroka," katanya.

Beliau berkata, hasil diskusi tersebut, mereka bersetuju untuk memperincikan semua kelemahan yang terdapat dalam GSA ini agar dilakukan semakan semula supaya dapat memberi keadilan kepada pemilik tanah.

Mazlan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa task force tersebut.

Read more ...

PANAS : Cabul budak perempuan 9 tahun, Setiausaha JKKK UMNO disiasat polis

KUALA TERENGGANU - Seorang Setiuasaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) DUN Seberang Takir dilaporkan sedang disiasat polis kerana disyakki mancabul seorang budak perempuan.

Sumber Buletinonline memberitahu, kejadian tersebut berlaku pada minggu lalu Isnin 6 Jun.

Budak perempuan berumur 9 tahun itu dilaporkan telah 'diperdaya' oleh Setiausaha JKKK terbabit ketika mahu membeli barang di kedainya.

Kes 'cabul' tersebut dilaporkan cuba ditutup dengan campur tangan pemimpin Umno setempat dari diketahui oleh pihak media dan orang ramai.

Isteri kepada Setiausaha JKKK terbabit juga dilaporkan memegang jawatan tinggi dalam Wanita Umno Seberang Takir

Justeru, sumber tersebut memberitahu, keluarga budak perempuan terbabit telah ditawarkan 'sejumlah wang' agar tidak meneruskan tindakan undang-undang.

Namun begitu, berita 'cabul' itu telah tersebar luas dibeberapa buah kampung dalam DUN Seberang Takir.

Pihak polis sehingga kini belum membuat sebarang kenyataan berkenaan kes tersebut.BO

Read more ...

Yayasan Selangor lubuk UMNO belasah duit rakyat zaman BN perintah




PETALING JAYA 15 JUN : Pelbagai kritikan dan kesalahan yang cuba dicetuskan oleh pihak tertentu untuk memburukkan imej Yayasan Selangor mengundang perhatian ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Prihatin dengan tohmahan yang dilemparkan kepada anak syarikat kerajaan negeri itu, Zuraida tampil dengan senarai projek-projek yang jelas menunjukkan amalan ketirisan dilakukan oleh kerajaan Umno-BN semenjak 1993 sehingga 2008.

" Jadi di sini kita boleh lihat bagaimana sambil lewanya mereka memberikan projek dan bagaimana mereka tidak mengambil balik wang yang sepatutnya mereka ambil dalam perjanjian dan biarkan sahaja kes seperti ini berlalu tanpa mendapat pulangan yang sepatutnya,"katanya.

Malah menurut Zuraida, Umno-BN pada zaman pemerintahan mantan menteri besar, Dr Mohamad Khir Toyo menggunakan sepenuhnya Yayasan Selangor untuk kepentingan parti itu.

" Dan kalau kita lihat Yayasan Selangor ketika di bawah Umno-Barisan Nasional telah dijadikan sebagai satu poket untuk pihak mereka ambil, untuk mereka belanjakan tanpa ketelusan. Ini jelas dapat kita lihat bagaimana Yayasan Selangor dahulu diperkudakan oleh Umno-BN,"tambah beliau.

Dalam perkembangan terbaru, Utusan Malaysia melabelkan Yayasan Selangor sebagai sebuah syarikat yang membebankan rakyat di negeri ini.

Kelmarin Utusan Malaysia dalam laporan bertajuk "Kerajaan Selangor amal diskriminasi-Firdouz" menggambarkan seolah-olah kerajaan negeri Selangor 'merampas' kawasan perniagaan penduduk di Kampung Melayu Subang Tambahan dan diserahkan kepada Yayasan Selangor.

Walau bagaimanapun,menurut Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki, pihaknya tidak pernah memohon atau menerima sebarang Lot Tanah di Kampung Melayu Subang Tambahan seperti yang didakwa Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid.

Namun apa yang berlaku pada zaman pemerintahan Khir Toyo jauh menunjukkan dana awam digunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan kerajaan yang berkuasa ketika itu.

Zuraida semalam mendedahkan,lebih kurang 15 projek yang berlaku ketirisan semenjak 1993 hingga 2008 di bawah kerajaan Umno-BN.

“Ketirisan aset Selangor selama 1993 hingga 2008, kita dapat lihat ada beberapa projek di bawah pentadbiran Khir Toyo yang tidak ada kebertanggungjawaban, tidak ada komitmen bagi memastikan semua projek-projek dilaksanakan dapat dijadikan tabung kepada Selangor untuk membantu rakyat miskin.

“Contohnya, pembangunan tanah di Jalan Lapangan Terbang Subang seluas 31.8 ekar. Kontrak ini diberikan kepada Puncak Dana Sdn Bhd, anggarannya RM987 juta tapi semasa Umno memerintah mereka hanya pungut RM 127 juta, selebihnya dibiarkan sahaja dan mereka laporkan sebagai projek tergendala, terbengkalai dan sebagainya,” ujarnya yang juga Ahli Palimen Ampang.

“BN Umno semasa menguruskan Yayasan Selangor, mereka menguruskan dengan sikap tidak bertanggungjawab sambil lewa, tidak ada amanah dalam melaksanakan tugas mereka untuk membantu rakyat negeri Selangor,” ujarnya lagi.

Sebelum ini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan banyak perbelanjaan yang tidak telus dan tidak munasabah oleh Yayasan Selangor sehingga membawa kepada defisit RM7.41 juta.

Kata Khalid, perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kedudukan kewangan Yayasan Selangor sehingga November 2010, defisit RM7.41 juta.

Read more ...

Anak Megat Junid BOHONG, dah spesis UMNO tak BOHONG mesti FITNAH

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxFtAD0MUnHDDlMFksk0NhGIR-c3ox0S_VCHDOjeBJWNYSez5m8_2gM4jGLxchyphenhyphengAzYWaUOGSzRFC6JmxruZ8pElVZQ0IfsxTKtTwqrkknyjHTQcI4MFuU5_uvDDXSuLscO-XGB3dnPoU/s400/UMNO+TIPU+MERDEKA.jpgTeressa Kok dalam penulisan blognya memberi reaksi mengenai Yayasan Selangor terhadap laporan Utusan Malaysia bertarikh 13 Jun 2011 muka surat 9 bertajuk “Kerajaan Selangor amal diskriminasi – Firdouz” .

Menurut Teressa sehingga hari ini kenyataan itu dibuat, Yayasan Selangor tidak pernah memohon atau menerima sebarang Lot Tanah di Kampong Melayu Subang Tambahan yang kononnya hasil daripada rampasan kerajaan Negeri Selangor.

"Kenyataan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz megat Junid yang menyatakan "tindakan" di atas menyusahkan penduduk merupakan kenyataan yang meleset, tidak tepat, berniat jahat dan fitnah.

Teressa Kok turut mengulangi gesaan Pengerusi GPMS Negeri Selangor, Mohd Faizal Mohd Salleh yang meminta Kerajaan Negeri Selangor menjelaskan berhubung "kehilangan" wang Yayasan Selangor sebanyak RM80 juta sejak 2008.

"Manakala gesaan Firdouz adalah lanjutan daripada kenyataan Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo, yang dipetik daripada UMNO-Online yang menyatakan kononnya sewaktu mantan Pengurus Besar Yayasan Selangor Takril Tasuki pencen pada 28 Februari tahun lalu beliau meninggalkan wang tunai lebih RM80 juta.

Selain itu, Teressa Kok turut menyatakan semasa Ilham memegang jawatan Pengurus Besar Yayasan Selangor pada 15 April 2010 dan Omar Hasbullah selaku Pemangku PB sejak 1 May 2010 sehingga 14 April 2011 , jumlah simpanan dan tunai di Akaun bank Yayasan Selangor adalah sebanyak RM59.5 juta dan bukan RM80 juta.

Sehingga kini, Yayasan Selangor mempunyai simpanan tetap dan tunai di bank berjumlah RM56.7 juta.

Berdasarkan fakta itu, Yayasan Selangor berasa hairan bagaimana wang tunai RM80 juta itu menjadi isu.

Berikut adalah kedudukan kewangan Yayasan Selangor:

Tahun

Jumlan (RM’juta)

Perbezaan (RM’ juta)

Ulasan

Audit 2009

Sehingga April 2010

Audit 2010

Sehingga 13.6.2011

60.8

59.5

57.7

56.7

1.3

1.8

1.0

Untuk tempoh 4 bulan (Tahun 2010)


Untuk tempoh 8 bulan (Tahun 2010)

Untuk tempoh 5 bulan (Tahun 2011)



Sumber daripada blog Ahli Parlimen Seputeh, Teressa Kok

Read more ...

Katak di Perak didapati bersalah

IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Foong bersalah menyerang Adun Aulong, Yew Tian Hoe dengan penyembur lada sewaktu Dun bersidang pada 7 Mei, 2009.

Pesuruhjaya Kehakiman, Tarmizi Abdul Rahman membenarkan permohonan Yew untuk injunksi dengan kos bagi menghalang Hee dan agennya daripada terus menyerangnya.


Mahkamah setakat ini belum memutuskan gantirugi yang akan diperolehi Yew.


Sidang DUN pada 7 Mei itu adalah yang pertama selepas BN merampas kuasa daripada kerajaan negeri yang sah dengan bantuan tiga Adun Pakatan Rakyat yang berpaling tadah, termasuk Hee.


Sidang itu bertukar kecoh apabila BN mengheret keluar Speaker DUN Perak, V Sivakumar pada masa itu yang bertegas untuk terus mempengerusikan sidang DUN dan menggantikannya dengan Speaker BN, R Ganesan.


Dalam kekecohan itu, Hee yang merupakan Adun DAP pada masa itu menyerang Yew dengan penyembur lada.


Yew memfailkan tindakan sivil terhadap Yew selepas Pejabat Peguam Negara enggan mengambil sebarang tindakan.


Yew mendakwa beliau mengalami kecederaan pada mata kirinya, mengalami kejutan mental, distres, trauma dan “dimalukan di khalayak ramai” akibat insiden itu, lapor
Malaysiakini.

Read more ...

Kerajaan UMNO/BN belanja RM 1.8 juta ada 20 ribu peminat , kerajaan PR P.Pinang belanja RM 0.00 ada 100 ribu peminat laman facebook jenis yang sama

NONEKementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.

Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.

Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.

Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.

“Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding,” katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.

NONETimbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.


P/s: RM1.8 juta, masuk ke poket siapa, sedangkan laman sedemikian rupa boleh dibuat secara percuma. Contohnya, Kelab DUNIACACAMARBA, klik di sini, kemudian klik "like" untuk sertainya!

Mengikut laporan MK, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit mengatakan bahawa tender berjumlah RM1.8 juta itu diberikan kepada syarikat Impact Creations Sdn. Bhd. untuk tiga tahun bermula dari 2011-2013. RM1.8 juta bahagi 36 bulan = RM50 sebulan. Anda rasa berbaloi duit rakyat dihabiskan untuk sesuatu yang ditawarkan secara percuma di internet?


Jahanam duit rakyat!!!!

Read more ...

Utusan mohon maaf di muka hadapan, Tok Guru tarik balik saman fitnah RM 20 juta

http://inksensei.files.wordpress.com/2011/04/utusan-meloya.jpgKOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik saman fitnah berjumlah RM20 juta yang difailkan terhadap sebuah syarikat media arus perdana berkait isu penyiaran sebuah artikel oleh akhbar tersebut, dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Mohd. Yazid Mustafa mendengar kes itu merekodkan penyelesaian saman sejurus Nik Abdul Aziz selaku plaintif bersetuju menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Beliau sebelum itu mengemukakan saman tuntutan RM20 juta terhadap syarikat akhbar Utusan Melayu (M) Bhd, Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Abdul Aziz Ishak dan wartawan, Rodelio Junjun Taucan berhubung penyiaran artikel bertajuk ‘Nasihat saya mesti didengar’ pada 15 Jun 2009.

Peguam mewakili defendan, Mohana Kumar berkata, plaintif bersetuju menarik balik saman tanpa kebebasan memfailkan semula dan tanpa kos.

“Selepas penyiaran artikel 15 Jun itu, Utusan Malaysia bertindak menyiarkan artikel penafian Nik Abdul Aziz mengenai kandungan artikel ‘Nasihat mesti didengar’ tiga hari berikutnya.

“Manakala, pada 29 Julai tahun sama, Utusan Malaysia menyiarkan permohonan maaf di muka hadapan Utusan Malaysia dan laman web Utusan Online,” katanya.

Menurutnya, namun demikian, plaintif dengan diwakili firma guaman Tetuan C Jegathesan, masih meneruskan tuntutannya itu.

“Walau bagaimanapun, plaintif akhirnya bersetuju menarik balik saman tersebut, semalam,” katanya.

Read more ...

Saya bukan pemimpin fanatik parti pertahan pemimpin rekod buruk - Anwar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAgDZc4wMoMf8TI3nbPyUePGtiH0G-CFnUkk-du6FL5SaZI1Dkg45sJSURm_MWPIgWq6TSq2nvh4OSQIuYuWkg95mLaKQomTIWyk6P8Jcp_WalQnBvhlwows7q6qXMsD7SQw7AWfnsxSE/s281/AP_Malaysia_Anwar_Ibrahim_210.jpgALOR SETAR - Mana-mana pemimpin yang tidak beretika dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan diberi tempat dalam parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk mengekalkan rekod bersih pemimpin Pakatan Rakyat (PR), mana-mana pemimpin yang didapati melakukan penyelewengan akan diambil tindakan.

“Saya tidak mahu kredibiliti pemimpin kita tercalar, terutama wakil rakyat PKR di Kedah.

"Saya harap setiap pemimpin ambil iktibar daripada keputusan tegas kita terhadap bekas pemimpin sebelum ini yang dikenakan tindakan ekoran melakukan pelbagai kesilapan,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 2000 hadirin yang hadir mendengar ceramah anjuran PKR Kedah dalam lawatan kerja sehari ke Kedah.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Anwar turut menegaskan beliau bukannya seorang pemimpin atau ketua yang fanatik terhadap parti sehingga akan mempertahankan pemimpin yang mempunyai rekod yang buruk.

“Sebagai ketua saya akan ingatkan pemimpin bawahan bahawa kita telah berjanji pada rakyat mengatakan kerajaan PR terikat pada prinsip, antaranya tolak rasuah dan tidak rompak harta rakyat,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pemimpin yang melanggar ikrar parti bagi memastikan kemenangan berpihak pada PR dalam PRU akan datang.

“Saya ingin nasihatkan pemimpin parti dan rakan-rakan supaya jangan ambil mudah perkara ini.

"Jika anda mahu terus bersama parti ini, anda hendaklah mengikut peraturan sedia ada dan patuh agenda yang digariskan,” katanya.

Anwar turut mengingatkan pemimpin PKR supaya tidak menimbulkan ‘perkara’ tidak diingini serta membuat tuntutan tidak munasabah, terutama menjelang PRU.SH

Read more ...

Pemansuhan subsidi diesel bebankan nelayan

http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/DSC_0036.jpg?t=1279627495PARIT BUNTAR, 14 Jun : Keputusan kerajaan memansuhkan diesel super subsidi telah memberi kesan kepada peningkatan kos kepada nelayan kata Pengerusi Lujnah Petani dan Nelayan PAS Parit Buntar, Raduan Razak.

Beliau mengulas tindakan lebih 1,000 nelayan laut di beberapa buah negeri melancarkan mogok sekali gus bakal menjejaskan bekalan ikan negara jika tindakan tersebut berlarutan.

“ Nelayan terpaksa membeli bahan api itu pada harga RM1.80 seliter berbanding RM1.25 seliter sebelum ini.

“ Pemansuhan subsidi itu menyebabkan nelayan terpaksa menanggung kenaikan kos melebihi RM20,000 sebulan berbanding RM7,000 sebulan sebelum ini” katanya

Raduan bersimpati dengan bersimpati dengan nasib nelayan dan berharap kerajaan mengkaji semula pemansuhan subsidi ini.

“ Saya ada mendengar ada nelayan yang terpaksa menganggur kerana majikan mereka tidak mampu menanggung kos diesel yang meningkat .

“ Harga hasil laut terutama ikan juga akan meningkat dengan mendadak berikutan kenaikan kos nelayan, ditambah pula dengan tindakan mogok ini” katanya

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad (gambar) berkata turut menerima aduan daripada nelayan di Kuala Kurau, Tanjung Piandang dan Bagan Tiang.

“ Kami menerima aduan dari nelayan yang terpaksa menangung kos yang tinggi akibat pemansuhan subsidi diesel ini.

“ Kerajaan sepatutnya memikirkan nasib nelayan terutama yang bekerja dengan majikan pengusaha bot laut dalam “ katanya

Menurut Hamdan, keputusan menarik balik subsidi tersebut kepada nelayan laut dalam juga akan mengakibatkan berlaku kenaikan harga terhadap hasil dan makanan laut.

“ Bukan sahaja nelayan laut dalam , malah saya turut difahamkan nelayan pesisir pantai di sesetengah tempat juga tidak lagi menikmati subsidi diesel.

“Sudah tentu pemansuhan subsidi diesel ini akan menyebabkan berlaku kenaikan harga ikan yang bertambah parah,” ujarnya.

Tambah beliau, keputusan kerajaan pada masa sama memberi kesan bukan sahaja kepada nelayan tetapi rakyat keseluruhannya kerana ikan adalah makanan protein rakyat Malaysia.

Read more ...

Jawatankuasa Negara Berkebajikan dilancar Khamis ini

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/06/04/Salahudin%20Ayob.pngKUALA LUMPUR - Bagi merealisasikan negara berkebajikan Pas akan menubuhkan jawatankuasa khas yang akan dilancarkan Khamis ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob berkata, mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membincangkan tugas jawatankuasa itu selain daripada agenda untuk diguna pakai bagi negara berkebajikan.

Menurutnya, jawatankuasa khas itu akan dianggotai Presiden, Naib Presiden serta beberapa tenaga mahir terdiri daripada ahli parti dan orang persendirian.

”Kami juga akan melancarkan buku khas mengenai negara berkebajikan diambil contoh daripada Buku Jingga di mana secara tidak langsung akan menjadi manifesto untuk pilihan raya akan datang.

”Antara agenda yang terdapat dalam buku berkenaan adalah mengenai konsep negara berkebajikan yang akan diperkenalkan oleh Pas kepada rakyat,” katanya di lobi Parlimen.

Salahuddin berkata, dalam buku berkenaan Pas akan terangkan secara lebih mendalam dan menyifatkannya tawaran paling relevan kepada rakyat.

Beliau berkata, negara berkebajikan yang diperkenalkan itu adalah gabungan yang tidak terdapat di mana-mana negara, iaitu melibatkan ketuhanan dan kemanusiaan dan ia tanggungjawab daripada yang berkuasa kepada rakyat.

”Negara berkebajikan berteraskan Islam ini adalah sebahagian daripada jalan penyelesaian kerana ia melibatkan konsep tolong menolong, kebajikan dan ihsan.

”Selain itu ia akan memperkukuhkan institusi zakat dan sedekah,” katanya.

Sebelum ini, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mencadangkan Pas segera menubuhkan jawatankuasa kerja yang dianggotai oleh pemikir aktif dan realis bagi merangka tindakan konsep negara berkebajikan kerana berlaku pertembungan antara pemerintah dan pembangkang.SH

Read more ...