Monday, January 9, 2012

PILIHAN DATUK HASAN ALI!!! Buat rayuan atau sertai samada UMNO, PERKASA , ISMA

http://3.bp.blogspot.com/-18OYj0-tHpE/TrOGeVScmlI/AAAAAAAABOI/tVlEidpt0uY/s400/hasan_ali%255B1%255D.jpgYang mana satu pilihan Datuk Hasan Ali ?

1. Membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama - Buangkan sifat ego , mengakui kesalahan yang telah dibuat.Itulah yang terbaik.

2. Memohon menyertai UMNO - Tapi setakat ini , tiada sorang pun pemimpin UMNO mempelawa. Najib pun macam tak layan. Tidak seperti semasa beliau belum dipecat. Jika diterima menjadi ahli UMNO , mungkin akan menerima nasib yang sama macam Nakhaei. Payah nak merasa jadi Menteri Agama.

3. Menyertai PERKASA - Seperti pelawaan Ibrahim Ali. Tapi benarkah beliau akan dilantik sebagai Presiden PERKASA atau Ibrahim Ali ajak-ajak ayam sahaja. Jika beliau sertai PERKASA, bersedialah beliau menjadi macam Ibrahim Ali dan Zul Kulim. Menjadi mangsa sendaan, cercaan dan penghinaan kerana perjuangan PERKASA yang rasis serta menyebelahi UMNO.

4. Menyertai ISMA - Kesungguhan ISMA menyokong beliau ketara sejak kebelakangan ini. Ketua ISMA pun sanggup membuat kenyataan menghentam PAS menyokong beliau. Terbaru Ketua No 1 dan No 2 ISMA turun ke rumah beliau selepas dipecat menunjukkan sokongan. Perjuangan ISMA dengan tema 'MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT" mempunyai persamaan dengan perjuangan beliau. Jika beliau menyertai ISMA sudah tentu ISMA ada kekuatan menjadi parti politik Melayu Islam yang baru. Beliau juga layak mengetuai ISMA ini samada sebagai NGO atau parti politik.Admin

Kini Hasan Ali wakil rakyat Bebas, rayu jika mahu kekal, kata PAS

KUALA LUMPUR — Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali agar mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama sekiranya ingin terus bersama parti Islam itu dan digelar “wakil rakyat PAS.”

Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan PAS pusat berkata Hasan mempunyai tempoh selama 30 hari untuk mengemukakan rayuan.

Jelas beliau, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Hasan (gambar) hilang kelayakan untuk terus bertanding atas tiket PAS.

“Dalam tempoh 30 hari beliau (Hasan) boleh membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama, status beliau sekarang adalah wakil rakyat Bebas... kecuali beliau buat rayuan dan diterima beliau akan kekal sebagai wakil rakyat PAS sekiranya rayuan itu diterima.

“Bila sudah dipecat beliau bukan lagi ahli dan wakil rakyat PAS, beliau hanya ada peluang 30 hari untuk membuat rayuan,” kata Tuan Ibrahim menambah peluang Hasan membela diri masih ada melalui Majlis Syura Ulama sekiranya exco kerajaan negeri Selangor itu tidak berpuas hati dan merasakan diri tidak mendapat keadilan.

Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia kelmarin dipecat keanggotaan sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta-merta kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat di ibupejabat PAS Jalan Raja Laut.

Tindakan memecat Hasan dibuat berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian sebagai ahli PAS.

Hasan, exco kerajaan negeri Selangor sebelum ini seringkali mengeluarkan kenyataan yang “menongkah arus”.

Terbaru beliau menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

Menurut Tuan Ibrahim, peluang kedua yang diberikan parti harus digunakan sebaik-baiknya oleh Hasan menambah “jangan menggunakan saluran lain selain parti.”

“Kalau guna ruang lain kita tidak mahu komen apa yang beliau nak cakap, itu hak beliau.

“Tetapi adalah lebih baik untuk gunakan saluran yang parti berikan,” katanya.

Read more ...

Ahli Parlimen Parit Buntar buat lawatan hari pertama persekolahan

PARIT BUNTAR, 9 Jan : Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa melawat tiga Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Parit Buntar untuk meninjau keadaan hari pertama persekolahan di pusat tersebut.

“ Saya sempat membuat lawatan di hari pertama persekolahan ke tiga
buah Pasti dari sembilan buah Pasti yang ada di Parit Buntar.

“ Lawatan ini bertujuan meninjau persiapan Pasti menerima kehadiran
pelajar baru dan memberi sokongan kepada guru-guru Pasti selaku tenaga penting di Pasti.” Kata Dr. Mujahid yang ditemui semasa mengadakan lawatan ke Pasti An-Nur , Taman Kerian Permai.

Dr. Mujahid berkata, ibu bapa hadir mendaftar anak-anak mereka yang
berumur lima dan enam tahun di Pasti.

“ Sebagai ibu bapa, menghantar anak belajar di Pasti adalah memenuhi
tanggungjawab memberi pendidikan asas Islam kepada mereka.

“ Saya perhatikan pelajar Pasti tampak cukup bersemangat walaupun ada yang nampak muram untuk menghadapi suasana yang berbeza.”katanya

Menurutnya, Pasti adalah tempat anak-anak diasuh dan dididik dengan
pelbagai ilmu pengetahuan yang bertujuan membangunkan rohani, emosi, intelek dan jasmani mereka mengikut acuan Islam.

“ Anak kita ibarat kain putih. Pendidikan akan mencorakkan kehidupan
mereka pada masa hadapan, sama ada mereka akan menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.

“ Sudah tentu, pendidikan Islam akan menjadi penunjuk jalan dan
pembimbing terbaik untuk menyelamatkan mereka mengharungi kehidupan agar tidak terjerumus kepada kesesatan atau kemurkaan Allah” katanya

Dr. Mujahid berharap ibu bapa turut memberi sumbangan dan sokongan
untuk menjayakan program pembangunan iman serta insan yang
dilaksanakan di Pasti.

“ Semoga anak-anak kita akan mendapat pendidikan terbaik di Pasti
manakala kita akan menjadi ibu bapa dan komuniti yang sentiasa
mendokong usaha pembangunan pendidikan terbaik kepada mereka.

“ Bangunkan jiwa anak-anak kita dengan asuhan akhlak Islam. Corakkan
kain putih itu dengan celupan Ilahi” katanya



Dr. Mujahid bersama pelajar Pasti An Nur yang mendaftar di hari pertama

Read more ...

BN BAKAL TUMBANG!!!! Ramai bekas pegawai kerajaan, bekas Menteri mahu BN jatuh

KUALA TERENGGANU – Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu berkata seorang Cina kawan baik Tun Abdullah Badawi berumur 70 tahun telah datang ke rumahnya.

Katanya, orang Cina tersebut mengumpamakan Barisan Nasional seperti pokok yang telah tua, tidak akan subur dan berbuah, walaupun dibubuh baja.


Oleh itu, kata Mohamad, Cina tersebut mencadangkan BN ‘ditebang’ dan diganti dengan ‘pokok lain’.

[Gambar - orang ramai berpusu-pusu hadir ke program Sambutan 100 Tahun Itqan, terpaksa meletakkan kenderaan di bandar Kuala berang dan berjalan kaki melalui jambatan ke tapak sambutan]


Mohamad Sabu berkata demikian semasa menyampaikan ceramah pada Majlis Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk bi Ta’dil as-Suluk di Kuala Berang pada Jumaat 6 Januari.

Sebelum itu, Mohamad berkata, ramai dikalangan pegawai kerajaan termasuk bekas-bekas Menteri Umno menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan Umno dan barisan nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang.

“cukuplah kita berada dibawah Barisan Nasional…. saya bertemu dengan banyak pihak (termasuk) bekas pegawai polis, pegawai kerajaan dan bekas-bekas Menteri (BN),

“semuanya mereka bertemu dengan kita (PAS) tak ada (kemahuan) lain, mereka mahu Barisan Nasional jatuh!,”katanya.

Malah menurutnya, bekas-bekas pegawi dan bekas menteri yang masih menjadi ahli Umno berikrar akan bekerja kuat bagi memenangkan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.

“Saya telah bertemu dengan bekas polis, bekas Menteri (dan) berbagai-bagai (lagi), semuanya mereka berkata, mesti selamatkan Negara ini, tukar pemerintah pada pilihanraya akan datang,”tambah Mohamad.BO

Read more ...

KENYATAAN DATO' HARUN DIN!!! PAS tidak melencong dari perjuangan asal

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsBeZVXUqIiXb2PEVv3ktrDL2ZuJP4Wkm4Xpf9eZxfnXMp8irOznAJe7Oq2p40Dfbo-74A-4ONz9ilFostvZdFBGaKAhJs5q1fcR3Cwo8YEPv63Zw_tRF5AQ3oIW_96-28g7zNW9kk26XQ/s1600/haron_din.gifOleh DATO’ HARON DIN

Akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu

PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburukburukkan PAS?

Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat . Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.

Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.

Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.

Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:

(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):

“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.”

Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.

Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburukburukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.

PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.

Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.

Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.

Di dalamn al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’ sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ ayat 15)

Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas ( Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.

Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.

Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.

Antaranya dahulu, mereka menyatakan, ‘Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita donggeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).’ Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.

Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka.

PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.

Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): “Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya.”

Wallahua’lam.

Kedahlanie

Read more ...

BRAHIM ALI TAK NAMPAK BATANG HIDUNG!!! Kasihan ahli Perkasa menanti pemimpin tak muncul-muncul


SEBELUM ini saya sudah banyak menulis tentang Berahim al-kataki Presiden Perkosa ini. Sebelum itu, mari kita baca apa kata sebuah portal pro Umno, Umno-reform2 yang menulis. "Adakah benar Presiden Perkasa, dalam usaha menangani kehadiran mereka yang menyokong Anwar Ibrahim dengan mahu mengadakan perhimpunan Perkasa dan memberi amaran kepada perhimpunan BEBAS – tidak hadir pagi tadi? Mungkin laporan http://www.malaysiakini.com/news/186093 menipu namun kita perlu tahu hakikat sebenarnya – adakah Ibrahim Ali hadir pagi tadi. Ahli UMNO – perlu jelas dalam mengambil Ibrahim Ali sebagai pemimpin mereka dalam Perkasa(Umno-reform 2).


Jika di dalam media, terutamanya di TV 3 suku atau Utusan Meloya, Berahim alkataki ini kalau bercakap bagai `hali-lintar', maklumlah beliau selalu memegang keris panjang dan songkok tinggi.

Sewaktu BERSIH 2.0 dahulu, Berahim al-kataki umpama `Pendekar Mustar' di dalam filem `Pendekar Bujang Lapok'. Hebat, garang dan bergaya lagaknya.

Waktu itu, beliau beri amaran kepada BERSIH agar bersedia untuk berdepan dengan Perkosa jika BERSIH tetap ingin berhimpun.

Apabila tiba masanya, batang hidung raja katak ini langsung tidak kelihatan. Tertipu lagi budak-budak dan orang-orang tua di dalam Perkosa. Perkosa entah ke mana, kumpulan Silat di bawah Omar Din pun ghaib ke mana.

Terbaru, kempen 901 semalam untuk menyokong DS Anwar sewaktu hari keputusan kes fitnah liwat II terhadap Ketua Umum PKR itu, Berahim alkataki sekali lagi dengan garangnya memberi amaran kepada penyokong-penyokong DS Anwar agar bersedia untuk berhadapan atau menerima provokasi dari pihak songkok tinggi.

Beliau ingat kita di dalam PR takut hanya dengan seekor raja katak beserta beberapa ekor lagi pencacainya? Mereka silap besar.

Perhimpunan penyokong-penyokong DS Anwar telah diadakan di tempat letak kenderaan di luar perkarangan Mahkamah Jalan Duta. Sejak awal pagi lagi penyokong-penyokong DS Anwar mula memenuhi ruang di situ, dan khabarnya kumpulan Berahim Ali akan berkumpul di Masjid Wilayah. Tujuannya apa?

Masakan hadir untuk menonton sahaja? Sudah tentu Berahim alkataki ada perancangan `mulia' untuk melakukan sesuatu kepada para penyokong DS Anwar.

Malangnya, sekali lagi ahli-ahli Perkosa diperbodohkan oleh raja katak. Semalam, usahkan batang hidung, songkok tinggi Berahim Ali pun tidak kelihatan.

Di mana beliau menyorok waktu itu? Ada yang berkata, raja katak tidak dapat hadir kerana tiada hujan. Lazimnya, jika mahu hujan katak-katak akan bising berbunyi.

Oleh kerana waktu itu tiada hujan, maka Berahim alkataki pun tidak hadir di sekitar mahkamah. Penakut rupanya si Berahim.

Saya nampak geng-geng Perkosa tidak sampai pun 50 orang berada di perkarangan Masjid Wilayah sementara menanti raja katak, bos mereka.

Malangnya, Berahim alkataki tidak menunjukkan taringnya yang tumpul itu. Entah di mana kali ini beliau menyorok atau berada di bawah tempurung. Kesihan budak-budak dan bapa budak yang kerap sangat tertipu dengan Berahim alkataki ini.

Sahih dan nyata, Berahim alkataki penakut dan bacul selama ini. /wfauzdin.blogspot.com

Read more ...

MUNAFIK UMNO KEDAH!!! Tanah wakaf di Kompleks Sentosa dan surau yang diroboh di Hutan Kampung untuk bina Pejabat UMNO

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGqGWpVzpJGAcFfjni90CArnqWgpTWWtvV27p59gKcOwDVawNR6C5RG8_xYnHlzchbNrupk69841yhGWbfcFeIJgiPxXdACNmSc9ach3MDl3cXpfkYlJAt5CeBqP6jcvdj5oE91j4l0Dw/s1600/1malaysiarakyatdidahulukanpencapaia.JPGOleh: Watan Bercinta

Kononnya seorang pemegang amanah surau bersekongkol dengan MAIK dan menandatangani borang A14 , bahawa tidak dimaklumkan kepada 3 pemegang amanah tanah wakaf khas Madrasah Salihiah atau lebih dikenali sebagai pejabat Takaful Ikhlas.

Mereka cuba mengaitkan kononnya dengan isu jenayah walhal jawatankuasa surau mahupun waris pewakaf asal sama sekali bukan pemegang amanah. Pemegang amanah yang sah ialah MAIK.


Apabila kaedah istibdal digunakan berdasarkan nasihat oleh Majlis Fatwa, MAIK tidak boleh ditakrifkan bertindak 'menjual' tanah sebaliknya hanya mendapat pampasan terhadap tanah yang ditukar status wakafnya.


Jika MAIK mahu didakwa bukan 'pemilik' tanah wakaf yang sah, maka pewaris mahupun pentadbir madrasah lebih-lebih lagi adalah bukan pemilik kerana hak pemegang amanah tidak diturunkan kepada mereka oleh pewakaf asal 100 tahun lalu, justeru MAIK adalah lebih berhak sebagai pemegang amanah.

MAIK berhak memegang RM1.48 juta duit pampasan sementara mendapatkan wakaf yang baharu. Sebarang pertikaian berhubung bidang kuasa atau bidang amanah MAIK bolehlah dibawa ke mahkamah bagi mencuba kekuatan intelektual ataupun akademic exercise tetapi pihak yang 'menduga' harus ingat bahawa mereka berdepan dengan institusi yang established iaitu MAIK, Mufti, Majlis Fatwa dan Pejabat Tanah, mahupun mana2 pegawai KCS kerana semua entiti itu bernaung di bawah Tuanku Sultan.

Orang politik (MB mahupun Exco) boleh datang dan pergi tetapi entiti yg established itu dipaksa berdepan dengan UMNO sebagai seteru. Di sinilah kecetekan politik UMNO yang membiarkan diri diperbodohkan Perkasa.

Mereka cuba mengalih elemen kepandiran menentang pembangunan secara membutatuli kepada isu pecah amanah dan penipuan. Berjaya atau tidak itu soal lain tetapi kedangkalan perhitungan, khususnya perhitungan politik itu 'sudah tentu'.


Dengan penuh bongkak mereka bertanya, "Sekarang siapa yang susah??????" Seandai mahkamah berpihak kepada mereka pun (dengan kebarangkalian yang sangat kecil) maka kepuasan yang mereka perolehi hanyalah perseteruan terhadap entiti yang established.

Tak apalah mereka boleh mencuba, sekurang2nya mereka akan tahu selepas ini bahawa kalau menang pun mereka jadi arang, kalau kalahpun... mungkin lebih baik sikit dari arang. Kita serahkan kepada mahkamah.


602 (6hb febuari). Jam 9.30 pagi di Mahkamah Tinggi Alor Setar, proses 'hearing' writ saman ke atas MAIK, PENTADBR TANAH KOTA SETAR DAN Kerajaan Negeri Kedah. Mereka cuba mengembeling kekuatan selutuh UMNO negeri Kedah untuk hadir menunjukkan kekuatan.

Minggu lepas pun mereka mengumpan Ibrahim Ali untuk menarik sokongan, malangnya 16 tong nasi dan lauk terpaksa diagihkan kepada penduduk Taman Wira... Akibat kehadiran yang 'terlalu ramai'.


Mereka menyangka dengan mengeksploit elemen Islam seperti 'surau, solat hajat, munajat, maulidul Rasul, jihad dan perjuangan' terdapat umat Islam yang termakan umpan mereka.

Mereka silap kerana orang ramai sedar bahawa antara elemen Islam dan kumpulan manusia hipokrit tidak boleh bersekali - janggal dan buruk benar tampaknya.

Mereka bercakap mengenai mempertahankan tanah wakaf dari berpindah kepada bangsa kafir walhal sewaktu mereka menjadi kerajaan dulu Kompleks Sentosa di Jalan Putra adalah dibina sepenuhnya di atas tanah wakaf MAIK.

Sekarang bangunan itu dikuasai hampir 100 peratus peniaga kafir, bahkan di zaman BN dulu arak pun dijual di pasaraya yang beroperasi di situ.

Sekurang2 Aman Central akan wujud satu floor untuk peniaga Melayu ala Pekan Rabu, di samping Melayu berhak berniaga dimana2 asal mampu.


Mereka bercakap mengenai surau yang dirobohkan di atas tanah wakaf tetapi mereka fikir orang tidak tahu perihal sebuah surau yang dirobohkan di atas tanah wakaf di Hutan Kampung demi untuk membina pejabat UMNO dan Kemas.

Tanah wakaf yang disahkan oleh pihak masjid itu tidak diserahkan kepada MAIK dan disepikan begitu sahaja hanya kerana mahu disapu oleh UMNO.

Sekurang2nya di Aman Central surau yang diroboh akan diganti dengan sebuah surau lebih besar, dapat lagi pampasan yang mampu bina 7 buah surau yang serupa.


Semua kepincangan ini akan kita dedahkan secara besar2an ke seluruh dunia nanti... Tunggu saja, biar dunia tahu betapa 'munafiknya' golongan yang yang memperkudakan elemen Islam untuk kepentingan politik sempit mereka.Kedah La

Read more ...

TIDAK SAMA!!! Datuk Hasan Ali nak dibandingkan dengan Ust. Abu Bakar Hamzah


Merujuk kepada kata-kata Ketua pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin berkaitan isu pemecatan Dr Hasan Ali, beliau ada menyebut tentang Abu Bakar Hamzah. Siapakah dia ustaz Abu bakar Hamzah kerana mungkin ramai ahli-ahli PAS kurang mengenali beliau, termasuk juga saya sendiri. (Baca Sini)

Ustaz Abu Bakar Hamzah adalah bekas Ketua Pemuda PAS Pusat selama 10 tahun pada 1958 semasa era Dr Burhanuddin. Pada tahun 1972, beliau telah dilantik oleh Datuk Asri sebagai Setiausaha Agung PAS.

Bagi pendapat saya, mungkin ada sedikit persamaan diantara Dr Hasan Ali dengan Ustaz Abu Bakar Hamzah dari segi kelancangan mereka bercakap tetapi jauh berbeza dari prinsip.



Tahun 1969, Abu Bakar Hamzah dipindahkan dari parlimen Bachok ke kawasan DUN Sanglang, Perlis dan diumumkan akan menjadi Menteri Besar Perlis jika menang di sana.

Tetapi Abu Bakar kalah di sana. Beliau kalah dengan hanya majoriti 5 undi sahaja dan hampir 1000 undi di parlimen Perlis Selatan. Ekoran itu Presiden PAS, Mohd Asri melantik Abu Bakar sebagai Setiausaha Agung PAS pada 1972 dan sebagai Senator mewakili negeri Kelantan.



Pada 26 April 1974, Ustaz Abu Bakar Hamzah selaku Ketua Pemuda PAS Pusat meninggalkan parti PAS apabila PAS di bawah Datuk Asri menyertai Barisan Nasional pada 1974. Kemudian beliau dipecat oleh PAS kerana membuat keputusan yang bercanggah dengan keputusan parti.

Beliau tidak melompat parti, sebaliknya kembali ke pangkuan PAS di penghujung usianya.
Ramai juga pemimpin PAS tidak bersetuju dengan keputusan jawatankuasa tatatertib PAS Pusat memecat Abu Bakar Hamzah.

Bagi mereka, tindakan yang dibuat oleh Abu Bakar Hamzah tidak bertentangan dan merugikan parti.


Sekembali dari Universiti Kent, beliau diterima semula ke dalam parti pada Februari 1983 dan dilantik sebagai Jawatankuasa Agung PAS pada 1983 tanpa kehadirannnya di bawah pimpinan Haji Yusuf Rawa.

1985 beliau bertanding menentang Haji Yusuf Rawa selaku Presiden PAS dan Naib Presiden, tetapi kedua-duanya kalah. Ekoran kekalahannya itu, beliau mengupas permasalahan PAS dan disiarkan dalam majalah tabloid sekitar 1980-an.

Perkataan 'Buta Quran', 'Ayatullah Plastik', 'Syaitan Akhras', 'Kurang Akhlak', 'Kupang Tembaga' adalah antara ayat-ayat yang cukup sinonim dengan beliau semasa menghentam kepimpinan ulama setelah PAS kalah teruk pada tahun 1986.

Saya masih ingat lagi perdebatan beliau dengan Ibnu Muslim di era 80'an sehinggakan beliau menerbitan sebuah buku yang diberi nama 'Quo Vadis PAS: Polimik spontan diantara Abu Bakar Hamzah dan Ibnu Muslim'.

Saya tidak menafikan yang saya pada mulanya menyokong dan bersimpati kepada Dr Hasan Ali tetapi keadaan berubah setelah beliau secara peribadi menghentam PAS melalui media yang dikawal oleh Umno.

Penafian beliau meminta maaf kepada PAS tentang 'Negara Kebajikan' semasa berjumpa dengan TGNA dan TGHH telah menunjukkan akan sikap sebenar beliau yang mana hanya beliau sahaja yang benar dan berada dilandasan yang betul dalam perjuangan PAS.

Sindiran-sindiran beliau amat menyakitkan hati kerana beliau menyangka bahawa majoriti ahli PAS menyokong beliau. Inilah diantara kesilapan Dr Hasan Ali dalam menafsirkan kesetiaan yang ada pada ahli-ahli PAS.

Tidak dinafikan ada perkara yang betul dan tidak semua tindakan yang beliau lakukan semuanya salah tetapi yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul.

Beliau tanpa rasa malu mengungkitkan jasa-jasa beliau terhadap PAS tetapi beliau lupa akan jasa PAS terhadap beliau. Jasa PAS terhadap beliau tidak ternilai kerana beliau diangkat bukan daripada bawah dan ditantang seperti minyak yang penuh.

Kemenangan yang beliau perolehi semuanya hasil dari keringat dan sumbangan wang ringgit oleh pendokong-pendokong PAS walau pun beliau sudah dikenali. Bolehkah beliau berada dikedudukan sekarang ini jika beliau bersama-sama dengan Umno?.

Bukan disebabkan kritikan beliau terhadap Anwar, beliau dipecat tetapi kerana kelancangan beliau menghentam pucuk pimpinan walau pun sudah diberi nasihat.

Bagi PAS, pemimpin boleh datang dan pergi tanpa ada kerugian pun biar sehebat mana pun pemimpin itu. PAS tetap akan bertahan dengan para pendokong-pendokongnya yang ikhlas berjuang demi Allah s.w.t. dan RasulNya.


Walau bagaimana pun ia bukannya satu kredit untuk kita menghentam beliau selagi beliau masih bersama PAS biar pun keahlian beliau telah dipecat sebagai ahli PAS.

Tidak dapat tidak, pemecatan beliau amat dinanti-nanti oleh segelintir manusia yang bernafsu besar dalam mengejar jawatan dalam GLC milik kerajaan negeri yang masih menyimpan dendam terhadap beliau.

Oleh itu jika beliau seorang yang bermaruah, beliau patut melepaskan jawatan beliau sebagai Exco dengan reladiri dan bukannya dipecat.


Dalam isu ini, boleh dikatakan 'telan mati mak, luah mati bapa' bagi pucuk pimpinan tertinggi PAS. Andainya Dr Hasan Ali diberi amaran atau pun digantung keahlian, adakah beliau boleh menahan dirinya dari mengeluarkan kenyataan-kenyataaan yang bercanggah dengan parti mengikut saluran?.

Sebagaimana pertemuan beliau dengan TGNA dan TGHH di Kota Bahru untuk menjernihkan keadaan yang kesudahannya, media Umno juga dicarinya.Musafirlalu

Read more ...

KATA MUFTI KEDAH!!!‘Lebih senang saya bercakap dengan orang cerdik di mahkamah’


Alor Setar – Mufti Kedah Dato’ Syeikh Baderudin Haji Ahmad memberitahu, beliau lebih senang untuk mengemukakan hujah yang dibuat oleh Majlis Fatwa Negeri Kedah berhubung isu cadangan istibdal tanah wakaf Madrasah Salihiah di mahkamah.

“Lebih senang saya bercakap dengan orang cerdik di mahkamah dengan membawa segala hujah dan bukti,” katanya.


Bercakap kepada wakil Wakil Warta Darul Aman di pejabatnya, beliau berkata apa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa adalah berdasarkan apa yang diminta oleh pihak jawatankuasa Madrasah Salihiah. Malah, katanya, apa yang diberi lebih besar dari apa yang diminta.


“Nilaian semasa tanah wakaf itu cuma RM800 ribu tetapi pihak terbabit setuju bayar RM1.48 juta. Begitu juga surau ganti dibuat dengan lebih besar di tingkat bawah bagi memudahkan jemaah memasukinya,” terang Dato’ Syeikh Baderudin.


Sebelum ini Mufti Kedah itu telah mempelawa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) untuk bertemunya bagi menjelaskan perkara sebenar tetapi BBSMS enggan sebaliknya mengemukakan tuntutan di mahkamah.


Berhubung pemakluman fatwa terhadap SPB Yang DiPertuan Agong, beliau menjelaskan bahawa secara rasmi pihaknya belum berbuat demikian dan akan menghantar empat orang wakil Majlis Fatwa Negeri untuk bertemu baginda bagi memperjelaskan keputusan fatwa secara terperinci.


“Tetapi secara tidak rasminya saya telah menjelaskan kepada Tuanku dan baginda bersetuju terhadap fatwa tersebut,” ujarnya.

Read more ...

VIDEO PANAS!!! Penyokong Perkasa lari mencacak diburu penyokong PR


Video ini orang umno yang ambil bro..itu sbb tajuknya
"Komando AMK Belasah Orang Awam" memang kerja Umno
Bangsat ni nak menipu rakyat...Ingat Rakyat skrg "Bahlol"
macam penyokong Umno ke beb..Melayu Bangang,Umno Menang

Karat E-Jau

Read more ...

SUDAH TIADA NILAI!!! Najib tak mahu campur, tak tawar Hasan Ali sertai UMNO

http://komunitikini.com/wp-content/uploads/2011/02/471px-Najib_crop.jpgBLOEMFONTEIN (AFRIKA SELATAN) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemecatan Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai anggota Pas adalah soal dalaman parti itu dan dan tidak ada kena-mengena dengan Umno.

"Dari segi Umno kita anggap ini sebagai soal dalaman Pas dan tidak ada kena-mengena sama sekali dengan sebarang campur tangan Umno dalam hal ini," kata Najib kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerjanya selama dua hari ke Afrika Selatan berakhir semalam.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata ini bukan hanya soal pemecatan Hasan tetapi permasalahan ini ada sangkut paut dengan dasar serta hala tuju Pas pada masa kini dan akan datang.

"Nampaknya ada perbezaan besar daripada segi pendapat tentang hala tuju serta masa depan Pas tetapi pada pokok kita (Umno) anggap ini soal dalaman Pas dan bukan soal Umno," katanya.

Semalam Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pemecatan Hasan berkuat kuasa serta-merta.

Ditanya mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pihak pembangkang yakin akan dapat menambah kerusi pada pilihan raya umum ke-13 nanti serta menawan Putrajaya, Najib menganggap itu sebagai kempen psikologi semata-mata dan bukan merupakan sesuatu yang baru.

Perdana Menteri berkata seperti dalam perlawanan bola sepak atau badminton masing-masing akan menyatakan keyakinan untuk mengatasi pihak lawan.

"Jadi tidaklah merupakan sesuatu yang aneh sekiranya pihak pembangkang akan mendakwa dia ada kelebihan dan menakluki negeri-negeri tertentu dan sebagainya.

Malahan kita tahu selepas pilihan raya 2008 dulu dia mendakwa bahawa pada 16 September pada tahun itu dia akan tubuh kerajaan tetapi yang kita tahu dakwaan itu meleset sama sekali," kata Najib.

Beliau berkata keyakinan pembangkang itu merupakan kaedah kempen yang bersifat psikologi yang bukan asing bagi kerajaan dan kerajaan memang menjangkakan itulah yang akan dilakukan oleh mereka.

"Namun kita tidak boleh pandang ringan kepada sebarang pertandingan sewaktu pilihan raya. Oleh sebab itu Barisan Nasional perlu tingkatkan tahap kesiapsiagaan kita dalam semua aspek supaya kita dapat kemenangan besar seperti mana yang diharapkan," kata Najib. – BERNAMA

Read more ...

KENYATAAN TUAN GURU NIK AZIZ!!! Tiada parti diam diri jika ahlinya 'tidak senonoh'

http://gegarkelantan.net/v2/wp-content/uploads/2010/09/Tuan-Guru-menyampaikan-amanat-di-majlis-.jpgKOTA BHARU - Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan keputusan memecat Datuk Dr Hasan Mohd Ali semalam adalah perkara lumrah dalam parti dan tiada parti yang akan berdiam diri jika ahli-ahlinya bertindak "tidak senonoh."

“Tidak ada parti dalam dunia ini yang tidak memecat ahlinya yang tidak senonoh, benda ni perkara biasa, laki bini lagikan bercerai,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini hari ini.

Bagaimanapun Menteri Besar Kelantan ini berkata, Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak dan Exco Kerajaan Selangor boleh mengemukakan rayuan sekiranya berhasrat untuk berbuat demikian.

Perlembagaan Pas membolehkan tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Setiausaha Agung dan ia akan dibincangkan oleh Majlis Syura.

Keputusan memecat Hasan dicapai pada mesyuarat jawatankuasa kerja Pas pusat semalam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan perkara itu berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasa 82(9) perlembagaan parti kerana dilihat tindakan Hasan merugikan kepentingan parti.

Hasan mengambil pendirian bercanggah dengan parti termasuk mempersoalkan konsep negara kebajikan yang diperkenalkan Pas, menuduh parti itu menyeleweng daripada perjuangan Islam serta yang terbaru, mempersoalkan kewajaran penyokong Pas hadir pada Kempen Bebaskan Anwar 901.

Read more ...

TAMPARAN BUAT UMNO!!! Plaza Tunku Yaakob terbengkalai 30 tahun zaman UMNO, dipulih semula zaman PAS



Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM


ALOR SETAR – Pembangunan semula Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai sejak 30 tahun menjadi satu tamparan hebat kepada pembangkang.


Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat yang baru memerintah empat tahun berjaya membangunkan semula projek Plaza Tunku Yaakob yang selama ini mencacatkan pandangan bandaraya Alor Setar.


Maka, pihak pembangkang merasakan mereka tercabar dengan isu ini kerana gagal memulihkan projek terbengkalai 30 tahun ini.


Jadi, isu merobohkan Madrasah Salihiah Kanchut dijadikan modal sebagai isu politik.


“Tamparan yang cukup hebat kepada Barisan Nasional kerana masalah Plaza Tunku Yaakob terbengkalai telah berlarutan kira-kira 30 tahun, mereka (kerajaan dahulu) tak boleh selesaikan, tiba-tiba zaman kita jadi kerajaan, dengan izin Allah, boleh selesai,” ujar beliau pada satu ceramah di Batu 2, di sini.


Dalam perbincangan dengan pemaju untuk bangunkan semula projek tersebut, kerajaan negeri memutuskan supaya surau tersebut merupakan bangunan terakhir yang dirobohkan.


Tambah beliau, daripada sumber maklumat yang diperolehi, YB Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah turut mengakui bahawa projek pembangunan semula ini adalah satu langkah yang baik.


“Saya dapat makluman bahawa Dato’ Bashah juga kata projek ini adalah projek yang baik, tetapi dia kena buat juga sebagai isu politik memandangkan beliau merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang perlu mencari kesilapan kerajaan negeri.


“Pada awal dia (Dato’ Bashah) rancak, lepas tu dia pun lepas kepada orang lain, sebab dia tahu lepas ni dia kena berdepan dengan Majlis Fatwa,” jelas beliau.


YB Dato’ Ir Amiruddin turut menyingkap sejarah bagaimana pemaju bersetuju dengan projek ini.


“Projek ini adalah dengan izin Allah, tiba-tiba kita didorong untuk kenal dengan pemaju yang mempunyai track record yang baik, beliau (pemaju) telah datang ke Kedah untuk melihat projek lain, kita (kerajaan) pelawa tengok bangunan yang menyakitkan mata 30 tahun tu, mana tahu ada satu benda baru yang boleh dilakukan untuk manfaat semua.


“Setelah dilihat, Alhamdulillah kita dapat maklum balas positif, beliau kata projek ini ada peluang untuk dibangunkan semula,” jelas beliau.

Read more ...

PAS KEDAH TENANG SAJA!!! UMNO Kedah jadi mati kutu



Oleh: Che Nad


Nampaknya sifat pemaaf dan tenang PAS meresahkan Barisan Najib yang melabelkan diri sendiri sebagai Barisan Nasional.


Mereka sengaja membuat pelbagai onar agar PAS melenting, apabila PAS melenting maka itu akan dijadikan isu baru bagi mengekalkan populariti BN.


Kita tahu bahawa UMNO hidup dengan isu. Isu adalah satu-satunya sebab mereka wujud. Sementara PAS dan PR menyelesaikan masalah rakyat, isu semakin kurang, maka semakin pendeklah nafas BN.


BN perlu belajar bagaimana untuk hidup secara lebih budiman, secara lebih berorientasikan kesejahteraan rakyat, dan bukan berorientasikan kesusahan rakyat. Bukannya dengan mengadu domba dengan pelbagai isu, sehingga isu seremeh roboh bangunan yang ada surau untuk bina surau lebih besar pun dipolitikkan separuh gila.


Jika BN sebagai pembangkang di Kedah terpaksa hidup atas isu, maka sampai bila pun mereka terpaksa cipta isu dan membuat provokasi agar PAS dan PR turut bergelumang dengan isu yang tidak mensejahterakan rakyat.


Marilah kita berdoa semoa BN insaf dan kembali ke pangkal jalan, bersama PR mensejahterakan Kedah.


Kedah La

Read more ...