Thursday, September 2, 2010

Tangguh salur wang ihsan


KOTA BHARU, 3 Sept. : Kerajaan Kelantan bercadang untuk memfailkan satu lagi tuntutan untuk menghentikan penyaluran wang ihsan yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan kini sehingga kes saman terhadap Petronas selesai.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dengan peguam kanan yang sama, Tommy Thomas dalam sedikit masa lagi.


“Kerajaan Negeri akan dapatkan pandangan daripada peguam, Tommy bagi tujuan untuk melaksanakan fail tuntutan itu nanti,” beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor di sini, semalam.


Menurutnya, peruntukkan sebanyak RM25 juta yang diluluskan Kerajaan Persekutuan sebagai pemberian wang ihsan pertama kepada negeri itu perlu dihentikan untuk sementara waktu.


“Peruntukkan dari Kerajaan Pusat itu sedikit sebanyak ada kaitannya dengan isu tuntutan royalti minyak yang difailkan Kerajaan Negeri di Mahkamah Dagang, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.


“Jadi, kita akan cuba untuk memohon kepada mahkamah supaya pembahagian wang berkenaan dihentikan sehingga keputusan ke atas kes saman Petronas itu diputuskan oleh mahkamah berkenaan,” katanya.


Isnin lalu, Kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas kerana mendakwa syarikat minyak negara itu melanggar perjanjian selain menuntut syarikat sama untuk melaksanakan perjanjian petroleum dengan negeri ini.
SH

Read more ...

BN bimbang tindakan saman oleh Kelantan


SHAH ALAM , 3 Sept. : PAS mendakwa Kerajaan Pusat menukar status wang royalti kepada wang ihsan atas nasihat Peguam Negara kerana bimbang dengan tindakan saman yang diambil Kelantan terhadap Petronas berhubung isu royalti minyak yang tidak dibayar kepada negeri itu.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, kebimbangan itu jelas daripada kenyataan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, kelmarin.


Menurutnya, tindakan itu melihatkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak mahu bertanggungjawab, sedangkan yang membuat keputusan adalah Kabinet BN dan nasihat Peguam Negara itu ini dicabar di mahkamah.

“Atas dasar apakah Peguam Negara tidak memberi nasihat yang sama bagi pemberian royalti untuk Sabah dan Sarawak?

“Apa pula indikator nasihat yang diberikan Peguam Negara untuk Kerajaan BN memulangkan wang royalti Terengganu selepas Aidilfitri nanti,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Beliau ingin tahu mengapa ada nasihat ‘double standard’ dalam agenda pentadbiran Peguam Negara.

“Apakah perundangan yang ditafsir Peguam Negara sekarang dan dahulu tidak sama?. Adakah mereka membaca dokumen perjanjian Petroleum Kelantan dengan Petronas dan akta berkenaan dengan cara yang berbeza?” katanyaSH

Read more ...

Dalang kamera 'intip' dikenal pasti

























SHAH ALAM, 2 Sept. :
Beberapa individu dikenal-pasti dalam rakaman video yang dijumpa dalam 'kamera intip' yang ditemui di pejabat menteri besar Selangor pada awal bulan lalu.


Pada sidang media di Shah Alam hari ini, setiausaha politik kepada menteri besar, Faekah Husin berkata mereka yang dikenalpasti itu bekerja di tingkat yang sama dengan pejabat menteri besar di bangunan setiausaha kerajaan negeri.

“Daripada siasatan dalaman, terdapat beberapa wajah dan suara yang dikenal-pasti dari rakaman video itu. (Tetapi) kita tidak bercadang mendedahkan butirannya (sekarang),” katanya.

“Sesetengah mereka sepatutnya berada di sana, tetapi ada juga yang tidak sepatutnya berada di sana.”

Pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat penemuan 'kamera intip' itu akan berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim esok untuk menentukan tindakan selanjutnya.

Faekah berkata pasukan petugas itu perlu mendapatkan kelulusan daripada Khalaid sebelum boleh menyoal-siasat mereka yang dikenal-pasti dalam rakaman video itu.

"Kami perlu menyiasat mereka bagi menentukan siapa di sebalik perkara itu,” katanya.

Menurut Faekah, rumusan awal siasatan mendapati mereka yang terbabit itu cuba menjadi “nakal dari segi politik.”

Beliau juga mendedahkan tiga pegawai polis berjumpa dengannya pagi ini tetapi mengesahkan belum ada laporan polis yang dibuat.

Sebelum ini, Khalid berkata pasukan petugas berkenaan akan diberi masa menyiasat terlebih dahulu sebelum menyerahkannya kepada polis.

Read more ...

Ahli Parlimen prihatin masalah nelayan


PARIT BUNTAR , 2 Sept. :
Bagi menyelesaikan pelbagai masalah membabitkan perlesenan dan persempadanan laut, Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar mengadakan sesi dialog antara Jabatan Perikanan, Maritim dan Persatuan Nelayan, kelmarin.


Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, masalah perlesenan, pencerobohan sempadan laut antara Perak dan Pulau Pinang sering diutarakan termasuk isu pukat Apollo.


Menurutnya, persoalan yang dikemukakan nelayan adalah lesen yang lewat diproses, masalah nelayan sampan yang ditahan kerana pencerobohan perairan negeri lain, prosedur tindakan bot yang ditahan akibat beberapa kesalahan dan tindakan undang-undang yang tidak telus.

“Seramai 70 nelayan berkumpul pada sesi dialog ini untuk mendengar taklimat dan persoalan yang sering menjadi masalah mereka.

“Semua persoalan dijawab oleh pihak Jabatan Perikanan Kerian, Maritim Pulau Pinang, Maritim Kuala Kurau serta Persatuan Nelayan Kerian,” katanya selepas sesi dialog diadakan di Bangunan Pelantar Kuala Bagan Tiang, Parit Buntar di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari dan Yang Dipertua PAS Kawasan Parit Buntar, Harun Hashim.

Mujahid berkata, bagi masalah sempadan perairan Perak dan Pulau Pinang, Persatuan Nelayan Kerian serta Jabatan Perikanan akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Nelayan dan Jabatan Perikanan Seberang Perai Selatan.

Seorang dari nelayan iaitu Adnan Said, dialog sebegini memang belum pernah diadakan di kawasan ini. Kami para nelayan khususnya di kawasan Kuala Bagan Tiang mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Ahli Parlimen Parit Buntar yang mengambil inisiatif untuk memberi ruang kepada kami berdialog dengan pihak kerajaan seperti Jabatan Perikanan dan Maritim.

Read more ...