Thursday, April 29, 2010

'Musuh jangan dicari tetapi didekati' - Prinsip tokoh muslimat

CIMG3807.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR , 30 April : ”Dalam hidup ini jangan di cari atau di tambah musuh hatta UMNO sekalipun, mereka ini perlu didekati, jangan dijauhi tetapi perlu di dakwah” Itulah prinsip Tokoh Veteran Muslimat PAS Parit Buntar Hajah Saudah Saae dari Parit Abas yang dipilih sempena Mesyuarat Agung PAS Parit Buntar kali ke 56 di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.

Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar Ahmad Azhar Haji Sharin semasa membaca biodata tokoh berkenaan berkata, Hajah Saudah Saae, 72 menjadi ahli PAS pada 15 Jun 1966 dengan nombor keahlian 51540.

” Bersama dengan pimpinan muslimat PAS pusat pada ketika itu seperti Ustazah Hayati Hassan dan Ustazah Zainab Tarif, beliau membantu berkempen untuk memenangkan calon PAS dalam setiap kali pilihanraya diadakan.

Beliau pernah membawa bersama anak lelakinya yang masih kecil dan mendukung anaknya itu semasa merayu undi. Sungguh besar pengorbanan ini, bersusah payah agar Islam dapat dimenangkan” katanya

Azhar berkata, pada tahun 1977 atas arahan Kementerian Pelajaran suami beliau yang merupakan seorang pendidik telah ditukarkan ke Sabah.

” Beliau telah mengikut suami meninggalkan kampung halaman dan merantau ke tempat yang asing bagi beliau iaitu di Tawau, Sabah.

” Sungguhpun pendokong PAS amat kecil di Sabah, namun atas semangat perjuangan sedikit tidak melemahkan dirinya. Beliau meneruskan sumbangan dakwah dengan mengajar al Quran dan Fardhu Ain kepada masyarakat Islam di sana” katanya

Menurut Azhar, pada tahun 1987, suami beliau dapat bertukar kembali ke Semenanjung Malaysia dan mengajar di Parit Buntar.

” Sepuluh tahun di Sabah sedikit pun tidak melunturkan semangat beliau untuk terus aktif dalam perjuangan baik di peringkat cawangan maupun kawasan..

” Pada tahun 1998 sehingga 2006, beliau telah diamanahkan sebagai Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar. Kini walaupun uzur beliau masih aktif memimpin muslimat PAS di Parit Abbas” katanya

Majlis penyampaian anugerah Tokoh Veteran Muslimat PAS Parit Buntar telah disempurnakan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perak Misbahul Munir Masduki.

Read more ...

Enam tuntutan bela kes Aminulrasyid


ALOR SETAR , 30 April :
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengemukakan enam tuntutan pembelaan berhubung kes kematian remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis yang disifatkannya memburukkan lagi imej polis pada mata masyarakat.

Enam tuntutan pembelaan tersebut ialah polis dan media arus perdana perlu menarik balik kenyataan mengaitkan mangsa sebagai seorang penjenayah, polis dan media terlibat perlu membuat permohonan maaf secara terbuka, polis perlu menggantung perkhidmatan semua anggota polis yang terlibat dalam kejadian itu dan mereka yang terlibat perlu direman untuk siasatan lanjut di samping mengelak saksi kejadian diugut khususnya rakan mangsa.

“Tuntutan kelima dan keenam pula ialah memohon Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menjalankan siasatan terperinci kes ini, sesuai dengan sifatnya untuk menegakkan keadilan serta menuntut satu Suruhanjaya Bebas ditubuhkan bagi menyiasat kes ini.

“Penubuhan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat kes ini penting kerana banyak kes seumpama itu termasuk kes mendera tahanan lokap sehingga meninggal dunia mencemarkan nama baik Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Keselamatan Negara,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Read more ...

Saksi kes Aminulrasyid perlu tampil













SHAH ALAM, 30 April :
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menyeru lebih ramai saksi kes pelajar - Aminulrasyid Amzah - yang kena tembakan pihak berkuasa, tampil memberikan maklumat berhubung kejadian pada awal pagi Isnin itu.

Katanya, langkah itu dapat membantu polis mendapat gambaran menyeluruh berhubung kejadian tersebut, sekaligus dapat menyelesaikan siasatan mereka dengan segera.

Khalid berkata, mungkin ramai lagi saksi dalam kes tersebut, seperti pelanggan di restoran berdekatan tempat kejadian, tidak tampil ke hadapan kerana merasakan maklumat mereka tidak relevan.

"Saya menyeru dan berharap lebih ramai saksi (pada malam kejadian) dapat tampil menceritakan apa yang berlaku.

"Jangan anggap maklumat yang ada pada mereka, walaupun sedikit, tidak relevan kepada kes tersebut," katanya ketika mengulas laporan polis berhubung kejadian tersebut, yang dibuat oleh seorang jiran arwah malam tadi.

Jiran arwah tersebut - Zafrullah Ahmad Zainal Abidin - yang mendakwa berada di tempat kejadian selepas insiden berlaku, membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 11 pada jam 10 malam tadi.

Beliau ditemani peguamnya Fadiah Nadwa Fikri dan empat lagi peguam daripada pertubuhan peguam Lawyers for Liberty. Khalid turut hadir mengiringinya Zafrullah bagi tujuan itu malam tadi.

Dalam aduannya itu, Zafrullah Ahmad mendakwa melihat keadaan mangsa dan kereta arwah sejurus selepas kereta yang dipandunya terbabas dalam parit di Jalan Makyong, berdekatan dengan rumahnya di Jalan Silat Gayong.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Khalid turut menolak gesaan sesetengah pihak supaya ahli politik tidak membabit diri dalam kontroversiti tersebut.

"Saya rasa apa yang dimakudkannya itu ialah (supaya ia) tidak dipolitikkan. Sebagai ahli parlimen, kejadian menimpa penduduk dalam kawasan saya, mestilah saya turut terlibat," katanya.

Khalid akan akan mengadakan sidang media petang sebagai respons kepada langkah Zafrullah membuat laporan tersebut.

Sementara itu, Fadiah Nadwa memberitahu, anak guamnya tampil membuat laporan tersebut bertujuan membantu siasatan pihak pilis dalam kes tersebut.

"Sebelum ini beliau agak sibuk sedikit, masih belajar. Lagi pun beliau menunggu peguam untuk hadir bersama-sama (membuat laporan polis)," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam perkembangan berkaitan, polis hari ini dilaporkan telah menghantar kertas siasatan berhubung kes tersebut kepada timbalan pendakwa raya (DPP) bagi tindakan selanjutnya.Malaysiakini

Read more ...

Butiran beli Scorpene mungkin didedah

KUALA LUMPUR, 30 April : Malaysia boleh dipaksa mendedahkan maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan dakwaan kes rasuah membabitkan penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat Perancis, DCN.

Joseph Breham, salah seorang peguam Perancis yang menyaman DCN bagi pihak NGO hak asasi manusia Suaram, mungkin memohon mendapatkan 'waran geledah antarabangsa' supaya pegawai Malaysia mendedahkan maklumat mengenai imbuhan yang diterima oleh individu-individu tertentu.

Breham, yang berada di sini selama dua hari untuk mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut berkata, beliau boleh membuat permohonan supaya Perimekar - syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda yang merupakan teman rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - supaya mendedahkan akaunnya dan menjelaskan baagaimana ia memperolehi Euro114 juta tanpa berbuat apa-apa, tetapi hanya kerja "pentadbiran".

Razak (kiri) dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

"Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, beliau boleh mengeluarkan satu arahan yang dikenali sebagai 'waran geledah antarabangsa' dan waran itu akan dihantar kepada badan kehakiman Malaysia," kata Breham, dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam.

"Menurut Konvensyen Korupsi PBB (yang turut diperakui oleh Malaysia sejak 2003), Malaysia wajib bekerjasama dengan Perancis dalam perkara ini," tambahnya.

Breham berkata, jika Malaysia tidak memenuhi arahan tersebut, maka ia akan membuktikan bahawa kerajaan 'ada sesuatu yang hendak disembunyikan".

Sambil berjenaka, Breham berkata: "Untuk mencari penyelesaian terhadap kes-kes rasuah, ikut ke mana pergi wangnya."

Menurutnya, keputusan untuk menghantar arahan seumapama itu bergantung sepenuhnya kepada hakim di Perancis.

Bagaimanapun, tambahnya, jika permohonannya itu ditolak, beliau akan memfailkan rayuan.

-Malaysiakini-

Read more ...

Ketua Polis Selangor celupar















KUALA LUMPUR, 30 April :
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menasihatkan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar tidak mengeluarkan kenyataan celupar meminta ahli-ahli politik mengelak dari mengulas insiden remaja 15 tahun mati ditembak polis.

“Adalah menjadi tanggungjawab warga PDRM untuk menuntut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid menutup mulut dari mengeluarkan kenyataan celupar dan tidak membantu usaha memperbaiki imej PDRM,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata kenyataan Khalid yang meminta ahli politik jangan campur tangan dalam kes menembak mati Allahyarham Aminulrasyid Amzah di Shah Alam Isnin lalu amat dikesali.

“Kenyataan beliau seolah olah ahli politik cuba mencampuri dan mengganggu urusan polis,” kata beliau lagi.

Mahfuz juga berkata, kenyataan ketua polis negeri itu juga dilihat sebagai satu percubaan yang terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat dari mempersoalkan integriti polis.

Kejadian yang menimpa Aminulrasyid, kata beliau, memburukkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan dan polis.

“Sedangkan tindakan yang diambil oleh ahli politik hanya bersifat untuk memberi pembelaan dan keadilan untuk mangsa dan keluarganya.

“Kepada anggota PDRM ingin saya nyatakan kenyataan ketua Polis Selangor telah menambah persepsi negatif rakyat terhadap polis,” katanya.

Kelmarin, Khalid meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden tersebut.

Beliau berkata campur tangan sedemikian akan hanya mengganggu siasatan.

Dalam kejadian berkenaan kira-kira pukul 2 pagi, Aminulrasyid meninggal dunia selepas terkena tembakan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri dalam satu sekatan polis.

Read more ...

Polis perlu terbuka terima kritikan rakyat










KUALA LUMPUR, 30 April:
Polis digesa bersikap terbuka menerima sebarang kritikan dan bukannya bertindak mengeluarkan kata dua berbaur ugutan kepada rakyat.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, PAS kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang memberi kata dua untuk tidak mengarahkan anggotanya menahan kereta mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram jika tekanan kuat terus diberikan kepada mereka.
Musa dilaporkan berkata demikian sebagai mengulas tekanan yang diterima pihak polis ekoran kematian remaja 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis ketika dikejar kereta polis di Shah Alam, Isnin lalu.
Mengulas perkara itu beliau berkata, polis sepatutnya bersikap profesional dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka.

"Polis dibayar gaji mengunakan wang rakyat jadi tiada sebab Musa perlu arahkan anggotanya supaya tidak bekerja. Sama ada beliau merajuk atau tertekan, ugutan itu tidak sepatutnya dilemparkan kepada rakyat.

"KPN yang kontraknya telah disambung beberapa kali harus bekerja bersunguh-sungguh bagi mendapatkan kepercayaan rakyat. Jika beliau tidak mampu, lebih baik beliau berundur sahaja," katanya dalam satu kenyataan.

PAS katanya yakin, ramai lagi anggota polis yang mempunyai kredibiliti mampu untuk menaikan semula imej jabatan itu berbanding segelintir yang bermasalah.

"Pihak Pengurusan PDRM kena belajar terima hakikat ini dan menerima teguran rakyat secara proaktif," tambahnya lagi.

Polis dakwanya seoalah olah hanya bertindak pantas bila kes sudah menjadi isu dalam surat khabar dan media, sedangkan isu yang tidak diketahui rakyat dipencilkan begitu sahaja.

Selain itu beliau melahirkan rasa kesal ekoran penolakan pihak polis sebelum ini untuk penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) kerana menganggapnya sebagai satu ancaman.

Menurutnya lagi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa (Siap) yang mengantikan IPCMC juga gagal bertindak walaupun Akta penubuhan agensi itu telah diluluskan tahun lepas.

"Jika mereka menjalankan tugas dengan baik dan tidak melakukan kesalahan, tiada sebab mereka takut kepada IPCMC. Penubuhan Siap jelas tidak siap mana pun," katanya lagi.

Tambahnya, uniform polis bukanlah lesen untuk melakukan pelanggaran undang-undang atau membuli rakyat dan jika polis tidak bersalah rakyat tidak akan menghukum.

Sehubungan itu ujarnya, ketua polis negara akan datang perlu lebih profesional dan tidak cepat melatah menghadapi tekanan sekaligus menumpukan masanya untuk buat kerja bukan buat ugutan lagi kepada rakyat.

Read more ...

Penerbit TV2 dakwa campurtangan politik



KUALA LUMPUR, 29 April : Seorang lagi penerbit televisyen - kali ini darrpada TV2, RTM mendakwa campur tangan politik dalam penerbitan dokumentarinya berhubung laporan empangan Bakun.

Rencana itu didakwa diarah tidak disiarkan kerana bimbang akan memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi parlimen Sibu pada pilihan raya kecil 18 Mei ini.

Dalam rencana di blognya, penerbit dokumentari itu, Chou Z Lam, mendedahkan rancangan itu diarah tidak disiarkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.

"Pengarah berita RTM, Datuk Jumaat Engson berkata dokumentari itu ditarik balik kerana ia mempunyai elemen yang sensitif yang mungkin memudaratkan BN pada pilihan raya kecil Sibu akan datang dan juga pilihan raya negeri Sarawak,” kata Chou.

Chou se
baliknya dimaklumkan bahawa dokumentari itu akan ke udara 'pada masa yang sesuai'.

Dakwaan Chou (kanan) itu timbul kurang seminggu selepas penerbit ntv7, Joshua Wong meletakkan jawatanya kerana mendakwa terdapat campur tangan politik yang melampau dengan kerjanya.

Dokumentari sembilan bahagian Chou adalah untuk rancangan "Galeri Mandarin Nasional" di TV2 dan bermula Isnin lalu sehingga 7 Mei menerusi slot waktu 12.20 petang hingga ke 12.30 petang. Dua episod pertama bermula Isnin lalu.

'Rakyat didahulukan' atau 'politik didahulukan'?

Episod seterusnya yang dijadualkan hari ini yang memaparkan impak sosial pembinaan empangan Bakun di kawasan pribumi di Belaga yang terpaksa dipindahkan ke Sungai Asap dan Sungai Koyan pada tahun 1998 dihentikan.

"Ini adalah contoh campur tangan kerajaan dalam berita semasa dan selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor,” kata Chou.

"Saya amat bersimpati dengan penduduk di Sungai Asap yang telah saya wawancara berhubung masalah yang mereka utarakan tidak dapat dikongsi bersama majoriti rakyat di timur dan juga barat Malaysia,” katanya.

Chou berkata tindakan itu amat bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menekankan kepentingan rakyat didahulukan.

"Jika pilihan raya kecil Sibu dan pilihan raya Sarawak adalah punca dokumentari itu ditarik balik, RTM sebenarnya melaksanakan 'politik didahulukan',” katanya.

Chou berkata beliau cuba membawa perkara itu ke perhatian timbalan menteri, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Heng Sai Kee agar beliau dapat membantu membatlkan arahan berkenaan.

Namun jawapan yang diberikan oleh pemimpin MCA itu ialah pihaknya tidak akan campurtangan dalam hal ehwal RTM.

Chou juga merayu kepada Ibrahim (kanan) untuk mempertimbangkan semula larangannya itu demi kredibiliti RTM dan kepentingan penduduk pribumi di Sarawak.

Ketika dihubungi Malaysiakini, ketua pengarah penyiaran itu menafikan bahawa beliau yang membuat larangan berkenaan.

“Saya tidak membuat arahan itu...awak sepatutnya tanya kepada Chou,” katanya dengan ringkas.Malaysiakini

Read more ...

PAS cabar Kickdefella dedah siapa bayar RM4 juta



Kota Bharu, 29 April : Dewan Pemuda PAS Kelantan mencabar penulis blog Kickdefella, Syed Azizi Syed Abdul Aziz, mendedahkan siapa yang didakwanya membayar RM4 juta kepadanya untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan.

“Bila dia (Syed Azidi) sebut terima RM4 juta, menjadi tanggungjawab dialah untuk mendedahkannnya. Ia daripada tulisannya. Kalau betul (dakwaannya), dedahkanlah,” cabar ketua penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari.


Selepas dipecat daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) November tahun lalu oleh menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman – peneraju PMBK ketika itu - Syed Azidi menjadi tumpuan kerana kerap mendedahkan pelbagai dakwaan 'kepincangan' dalam kerajaan pimpinan PAS itu.

Ahmad Fadhli berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai dakwaan Syed Azidi dalam blognya semalam.

“Kami Pemuda PAS negeri tidak tahu menahu. Jadi kita akan bincangkan perkara ini dalam mesyuarat Dewan Pemuda yang akan datang.

“Kita tidak tahu perkara tersebut (isu peruntukan RM4 juta), mungkin pihak atasan tahu. Kita tidak tahulah,” kata beliau yang juga setiausaha akhbar menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ditanya bilakah dewan tersebut akan bermesyuarat, Ahmad Fahdli yang juga seorang pensyarah agama di sebuah kolej milik kerajaan negeri menjawab: “Dalam masa terdekat”.

Ahmad Fadhli yang dilantik sebagai setiausaha akhbar Nik Aziz sejak Februari lalu, diminta mengulas dakwaan Syed Azidi bahawa beliau (Syed Azidi) menerima peruntukan tersebut dalam tempoh tiga tahun bagi pelbagai aktiviti “Operasi Gerak Saraf”.

Menulis dalam blognya semalam, beliau yang juga digelar “Sheikh” di kalangan penulis blog, dilaporkan merujuk kepada kenyataan Ahmad Fadhli dan tulisan seorang lagi penulis blog – Abdul Rahman Talib (Tulang Besi) - yang didakwa menyifatkannya (Syed Azidi) sebagai 'seorang yang kecewa dan membuat pelbagai pembohongan'.

Dalam coretannya berjudul 'Saya yakin Nik Aziz akan kena dakwa – jawapan kepada S/U akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi' semalam, Syed Azidi mencabar Ahmad Fadhli menyiasat perbelanjaan wang itu dan membuktikan sama ada ia digunakan bagi tujuan peribadi.

Sementara Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai “Tulang Besi” pula dicabar menyiasat dan mendedahkan nama individu yang membiayai aktiviti yang ditaja itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini ini, Ahmad Fadhli berkata Dewan Pemuda PAS Kelantan tidak akan melayan cabaran daripada seorang “penulis blog murahan”.Malaysiakini

Read more ...

Kes Sivakumar cabar SPR - 27 Mei



IPOH, 29 April : Tarikh 27 Mei ditetapkan bagi pengurusan kes berhubung permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar (bawah, berbaju biru), dan enam yang lain untuk diadakan semakan perundangan bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi dewan itu.


Pada 22 Oktober tahun lalu, mereka diberi kebenaran membuat permohonan itu bagi membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan sebagai tidak kosong kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang selepas ketiga-tiga penyandang menjadi wakil rakyat Bebas.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan, ketika menolak bantahan awal oleh Pejabat Peguam Negara berhubung permohonan itu berkata bahawa Sivakumar dan yang lain - Chen Fook Chye, Tai Sing Ng, A Sivanesan, Ahmad Sabry Wahab, Abdul Latif Ariffin dan Foo Hon Wai - mempunyai locus standi untuk mencabar keputusan SPR itu.

Dalam permohonan itu, mereka menamakan SPR dan ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Datuk Hee Yit Foong (Jelapang) sebagai responden.

Mereka mahu supaya SPR mengisytiharkan ketiga-tiga kerusi itu kosong selain meminta mahkamah mengeluarkan perintah agar ketiga-tiga penyandangnya dilarang daripada menjalankan tugas sebagai anggota DUN.

Pada pilihan raya umum 2008, Jamaluddin dan Osman memenangi kerusi masing-masing sebagai calon Parti Keadilan Rakyat manakala Hee menang atas tiket DAP tetapi kemudian berpaling tadah dan menjadi wakil rakyat Bebas.

- Bernama

Read more ...

Pakatan Rakyat anjur karnival



PARIT BUNTAR, 29 April : Kekalahan calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor langsung tidak melemahkan semangat pendukung parti berkenaan di Parit Buntar. Buktinya, penganjuran Karnival Penerangan Pakatan Rakyat Parit Buntar yang akan berlangsung selama empat hari bermula pada 30 April sehingga 3 Mei .

Pengarah Karnival Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, karnival yang akan diadakan di Dataran Pakatan Rakyat ,Tanjung Piandang bertujuan mendekatkan Pakatan Rakyat dengan masyarakat di Parit Buntar .

“ Pelbagai aktiviti telah disusun yang melibatkan kanak-kanak, remaja, wanita dan orang dewasa. Antaranya, sukan rakyat, persembahan kebudayaan, malam kesenian, khidmat kesihatan dan banyak lagi” katanya

Fakhrurrazi berkata Pengerusi Pakatan Rakyat Perak Dato’ Seri Ir. Haji Nizar Jamaluddin akan merasmikan karnival tersebut pada 30 April.

“ Pada malam berkenaan, pengunjung karnival akan menyaksikan persembahan kesenian tiga kaum iaitu hadrah, gendang India dan tarian naga.

“ Manakala pada malam kedua bertarikh 1 Mei, Mel bekas vokalis kumpulan Wings akan memberikan persembahan. Pada malam itu juga pengunjung akan disajikan dengan persembahan kesenian rakyat seperti rebana, nasyid dan puisi” katanya

Menurutnya, pada 1 Mei juga akan diadakan sukan rakyat, demontrasi masakan dan ceramah kesihatan di tapak karnival.

“ Pada 2 Mei pula akan diadakan peraduan untuk kanak-kanak pra sekolah dan sekolah rendah, beberapa pertandingan melibatkan kaum hawa dan khidmat kesihatan percuma.

“ Pengunjung boleh mendapatkan khidmat ujian glukosa, ujian tekanan darah dan kaunseling kesihatan yang akan diberikan oleh doktor-doktor sukarela” katanya

Tambah Fakrurrazi, karnival ini akan menampilkan ceramah pimpinan utama Pakatan Rakyat seperti Salehudin Ayub Naib Presiden PAS, Dr, Badrul Amin Ahli Majlis Tertinggi PKR, Nga Khor Ming Ahli Jawatankuasa Pusat DAP dan Shamsul Iskandar Mat Akin Ketua Pemuda PKR.

“ Saya berharap penduduk di Parit Buntar dan kawasan sekitar tidak melepaskan peluang mengunjungi karnival yang julung-julung kali diadakan ini.

“ Pelbagai gerai jualan akan menanti pengunjung selama empat hari karnival ini diadakan, jangan ketingalan menyaksikan semua aktiviti yang dijalankan” katanya

Gerai jualan sudah habis ditempah.

Maklumat lanjut rujuk Banner Karnival Pakatan Rakyat Parit Buntar

Read more ...

Tuduh Aminulrasyid penjenayah, kerajaan perlu mohon maaf



KUALA LUMPUR, 29 April : Kerajaan digesa memohon maaf secara terbuka kepada keluarga arwah Aminulrasyid Hamzah, 15 ekoran kenyataan pihak polis yang mendakwa remaja adalah suspek geng samun.

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Kementerian Dalam Negeri harus bertanggungjawab terhadap kenyataan pihak polis tersebut kerana telah mencemarkan imej mangsa dan keluarganya.

"Walau apa pun keputusan kabinet semalam, nama arwah dan keluarganya sudah tercemar, kononnya arwah ditembak sebab dia geng penyamun.

"Menteri Dalam Negeri sekurang-kurangnya kena minta maaf mewakili Polis kerana mengfitnah arwah sekeluarga," jelas beliau kepada Harakahdaily pagi tadi.

Menurutnya, tindakan menyuarakan rasa simpati seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Noh Omar, adalah tidak memadai.

Tambahnya lagi, Noh selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor merangkap Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani sepatutnya boleh mendesak kerajaan secara tegas supaya arwah sekeluarga mendapat pembelaan.

Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoal layanan istimewa kerajaan terhadap kesemua empat anggota polis yang disyaki membunuh remaja terbabit.

"Kalau yang membunuh ini orang adalah orang awam atau saya sendiri, tentu akan direman Polis beberapa hari."

"Tetapi, saspek adalah anggota dan mungkin sebab itu mereka dilayan istimewa hanya ditukarkan ke kawasan yang lain serta merta," ujarnya.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mendesak Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar supaya bersikap adil kepada keluarga arwah.

Dalam pada itu, beliau mewakili PAS menawarkan khidmat bantuan guaman kepada keluarga arwah, walaupun keluarga dilaporkan telah melantik seorang peguam, kelmarin.

Apa yang dilakukan PAS, menurut Mahfuz, demi memastikan remaja terbabit mendapat pembelaan dan keadilan yang sewajarnya dari kerajaan.

Read more ...

Kerajaan Kedah janji bantu bayar hutang rumah



Alor Setar, 29 April :
Kerajaan Kedah memberi jaminan akan membantu penduduk perumahan awam di negeri itu termasuk di Taman Wira Mergong bagi meringankan beban penghuni melangsaikan hutang kediaman mereka.

Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata kerajaan negeri melalui bahagian perumahan sedang mengenal pasti jumlah penghuni yang tidak membuat bayaran setelah menduduki perumahan tersebut sejak lebih 10 tahun lalu.

"Kita sedang membuat kaji selidik, adakah mereka ini tidak mampu atau sengaja tidak mahu bayar. Sekiranya mereka tidak mampu kerana kesusahan, kita boleh berunding.

"Kalau mampu, langkah yang ada, kita panggil mereka untuk membuat penjadualan semula pembayaran. Itu tindakan kita," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tegasnya, berdasarkan perjanjian sewa beli rumah, kerajaan negeri boleh merampas rumah tersebut sekiranya gagal mendapat kerjasama daripada penghuni rumah awam tersebut.

Bagaimanapun, Phahrolrazi yang juga ADUN PAS dari Pengkalan Kundor berkata tindakan tersebut adalah jalan terakhir yang akan diambil oleh kerajaan negeri.

Phahrolrazi mengulas kebimbangan penduduk di Taman Wira Mergong berhubung ura-ura kerajaan negeri akan menyerahkan kuasa menuntut hutang perumahan awam kepada pihak bank.

Taman tersebut dibina lebih 20 tahun lalu yang terdiri daripada kira-kira 2,500 rumah melibatkan sekitar 10,000 penghuni.

Phahrolrazi berkata terdapat sebahagian penghuni di taman tersebut ada membayar kadar sewa yang ditentukan sebanyak RM124 kepada dan terdapat sebahagian tidak membayarnya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memastikan jumlah sebenar bilangan yang membayar dan tidak membayar hutang tersebut.

Mengulas lanjut, Phahrolrazi berkata kerajaan negeri setakat ini tidak bercadang untuk memberi kuasa kepada pihak bank untuk menuntut hutang tersebut.

"Tindakan terrsebut akan merupakan langkah terakhir kerajaan negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Kita hendak tahu kumpulan yang mampu bayar (atau tidak). Pegawai perumahan di bawah kerajaan negeri sedang mengkaji latar belakang mereka yang tidak membayar termasuk

(menentukan) tindakan yang diambil," katanya sambil menambah tindakan tersebut bermula sejak bulan lalu.

Phahrolrazi berkata hutang sebanyak RM27 juta yang dikenalpasti adalah meliputi keseluruhan perumahan awam di negeri itu antaranya di Langkawi, Baling, Sik, Kuala Kedah dan di Paya Nahu dalam parlimen Sungai Petani.

Beliau yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah mendakwa kerajaan dahulu gagal bertindak untuk menuntut tunggakan hutang daripada penghuni perumahan awam sejak lebih 10 tahun dahulu.

Ditanya mengapa kutipan itu dibuat pada masa sekarang, Phahrolrazi berkata, ia menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengutip segala hutang yang tertunggak untuk memperbaiki rekod pentadbiran kerajaan negeri.

Dilaporkan Februari lalu, kira-kira 200 wakil penduduk taman berkenaan berhimpun bagi membantah tindakan kerajaan negeri menyerahkan kuasa kepada pihak bank untuk menuntut hutang perumahan awam.

Sementara itu, Pengerusi Rukun Tertangga (RT) kawasan perumahan itu, Ahmad Mashan Mat Isa memberitahu Malaysiakini bahawa RT di situ akan melancarkan kempen bulan depan untuk menggalakkan penghuninya membayar hutang perumahan mereka kepada kerajaan negeri.

Ia ekoran penduduknya bimbang rumah mereka akan dirampas sekiranya kerajaan negeri meneruskan hasratnya untuk menyerahkan kuasa kepada pihak bank untuk menuntut hutang mereka.

Ahmad Mashan berkata, butiran lanjut mengenai kempen itu masih belum diputuskan oleh RT taman berkenaan.

"Kita akan bayar (tunggakan) supaya kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap kami," katanya.
-malaysiakini-

Read more ...

Tubuh segera Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)



KUALA LUMPUR, 29 April : Rakyat mesti bersuara bersama-sama menuntut pelaksanaan syor-syor dalam cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi mengurangkan pembunuhan kejam dan pemangsaan rakyat yang tidak dibuktikan bersalah, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar).

Mengulas insiden remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh polis di Seksyen 11, Shah Alam, Isnin lalu, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menyifatkan kerajaan sengaja tidak mahu menubuhkan suruhanjaya sedemikian dengan sikap yang ditunjukkannya sekarang.

"Bayangkan, penubuhan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa yang jauh lebih lemah dari IPCMC telah diluluskan oleh Parlimen dan akta mengenai penubuhannya diwartakan pertengahan tahun lalu, tetapi kerajaan amat jelas kelihatan enggan menubuhkannya.

"Sebab itulah, rakyat tidak ada pilihan dan mesti bersuara serentak dan bersama-sama supaya kerajaan melaksanakan syor-syor dalam cadangan penubuhan IPCMC tidak kiralah sama ada dilaksanakan melalui Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa atau apa jua cara sekalipun," tegas beliau.

Salahuddin menyifatkan pembunuhan Aminulrasyid sebagai akibat dari tindakan menolak penubuhan IPCMC selain latihan polis yang diyakini tidak memadai, sikap sambil lewa dan meletak undang-undang di tangan sendiri.

Sehubungan itu, beliau juga meminta polis mengkaji semula tempoh dan bentuk latihan pelatih polis sebelum ditugaskan ke lapangan.

Salahuddin berkata, tempoh kursus dan latihan seseorang pelatih polis yang dipendekkan kepada tiga bulan tidak dilihat mencukupi untuk melatih anggota polis yang berwibawa, cekap dan bertindak mengikut peraturan.

"Tindakan mempercepatkan tempoh latihan pelatih polis kononnya untuk diselaraskan dengan usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyokong agenda utama kerajaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah membimbangkan memandangkan anggota-anggota yang terlibat mengganasi orang awam sebelum ini mungkin dilatih selama enam bulan sebelum keputusan memendekkan tempoh latihan kepada tiga bulan.

"Dilatih enam bulan pun pelbagai perkara yang menimbulkan kemarahan rakyat terjadi, jika dipendekkan kepada tiga bulan tentulah lebih mengerikan lagi," katanya.

Read more ...

Amaran kepada pemilik tanah anugerah


SHAH ALAM , 29 April : Selangor akan mengambil tindakan terhadap pemilik tanah yang gagal membayar cukai dan membangunkan tanah yang dianugerahkan Kerajaan Negeri berkuatkuasa 1 Januari 2010.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan tersebut diambil selepas Kerajaan Negeri mendapati banyak tanah anugerah yang bukan sahaja tidak dijelaskan cukai tanah, malah dibiarkan begitu sahaja tanpa pembangunan.

Menurutnya, kerajaan Negeri akan memulakan operasi mengemaskini status tanah anugerah bagi memastikan semua tanah dibangun dengan betul.

“Semua pemilik tanah yang dianugerahkan akan diminta memberi penjelasan berhubung kegagalan mereka membangunkan tanah dan membayar cukai tanah lebih dari lima tahun. Kegagalan untuk memberi penjelasan boleh mengakibatkan tanah-tanah mereka diambil semula oleh Kerajaan Negeri.

“Pada mereka yang cuba membayar cukai tertunggak lebih dari lima tahun, Kerajaan Negeri tidak akan terus menerima bayaran tersebut sebelum menerima penjelasan daripada pemilik tanah berkenaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri memberi jaminan akan membertimbangkan setiap alasan yang diberikan sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan ketelusan dan kebertanggungjawaban,

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri perlu memastikan urus tadbir tanah yang baik, cekap dan mengelak pembaziran memandangkan tanah adalah harta berharga bagi rakyat Negeri Selangor.

“Kerajaan Negeri terdahulu gemar menganugerahkan beribu-ribu ekar tanah bernilai jutaan ringgit kepada anak-anak syarikat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) namun tanah-tanah itu kebanyakkannya tidak dibangunkan manakala pemiliknya didapati tidak membayar cukai tanah.

“Ini jelas menunjukkan pemiliknya tidak menghargai sumbangan yang diberikan Kerajaan Negeri. Kerajaan Selangor berpendapat, tanah yang tidak dibangunkan an dibiarkan begitu saja sejak bertahun-tahun lama itu sepatutnya digunakan untuk aktiviti yang boleh membawa keuntungan kepada rakyat selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor,” katanya.

Beliau dalam pada itu menafikan keputusan ini diambil berhubung isu tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) baru-baru ini.SH

Read more ...

“Saya tidak dihubungi wakil kerabat diraja”


ALOR SETAR , 29 April : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa tidak dihubungi oleh mana-mana wakil Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) berhubung tuntutan memohon ampun kepada Sultan Kedah yang didesak oleh persatuan tersebut.

Mohd Nasir berkata, beliau juga tidak akan menghubungi PKDK berhubung tuntutan ampun yang dibuat oleh persatuan itu kerana beliau tidak menerima sebarang panggilan atau surat yang menggesa agar beliau berbuat demikian.

Menurutnya, desakan yang dibuat oleh Yang Dipertua PKDK, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya untuk beliau memohon maaf itu juga tidak timbul kerana beliau hanya membaca dan mendengar apa yang berlaku pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin lalu menerusi akhbar dan radio.

“Perkara ini tidak timbul sebenarnya, mungkin apa yang berlaku adalah disebabkan salah :faham Yang Dipertua PKDK yang tidak meneliti soalan lisan yang dikemukakan oleh saya.

“Saya menjunjung kasih kepada Tuanku Sultan, jadi tiada sebab untuk saya melakukan perkara ini dan saya berharap semua pihak tidak terperangkap dengan politik murahan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Mohd Nasir berkata, soalan lisan 3 (a) dan 3 (b) yang dikemukakan oleh beliau pada sidang DUN tempoh hari adalah kerana mahukan penjelasan daripada Kerajaan Negeri.

“Sama ada tersurat atau tersirat, soalan saya langsung tidak mempertikaikan kuasa Sultan.

“Saya yakin semua pihak yang membaca atau mendengar soalan lisan itu secara waras bersetuju tidak wujud walau sepatah perkataan mempertikai kuasa Sultan,” katanya.

Mohd Nasir berkata, bantahan yang dibuat oleh BN itu juga seolah-olah mahu menutup tindakan mereka yang tidak menghormati bidang kuasa Sultan.SH

Read more ...