Tengok berapa orang rakyat yang dislike terhadap video Najib jaguh kampung ini
Belum sempat bajet 2013 dibahaskan pada isnin ini, bajet yang dibentangkan oleh Najib di Parlimen pada jumaat semalam sudah dapat dinilai tahap penerimanya dari rakyat.
Bancian Online yang dibuat oleh Sinar Online yang memaparkan 2 soalan bancian tentang bajet 2013.
Pertama: Umumnya, Bajet 2013 bawa berita baik kepada saya dan keluarga saya:
Keputusan Bancian- Setuju 33% dan Tidak Setuju 68%
Kedua: Pandangan saya, bajet 2013, jelas :
Keputusan Bancian- Bajet lebih mesra rakyat 12% , Bajet 'PRU13'p 78% dan Bajet normal 10%.
Amat ketara penerimaan negetif dari rakyat terhadap pembentang bajet 2013, Bancian online ini terlalu awal untuk dinilaikan,bagaimana pun keputusan awal ini mengambarkan bajet yang dibentang oleh Najib gagal, ini kerana pembentangan bajet kali ini amat menarik perhatian ramai serta tindakbalas awal adalah keputusan yang wajar diambik kira.
Keputuan 68% tidak setuju Bajet 2013 bawa berita baik kepada saya dan keluarga saya, membuktikan rakyat tidak senang dengan bajet yang dibentangkan semalam.
Kenapa dan mengapa....masing-masing ada jawapannya....hahaha.....Orang ni
Read more ...
KUALA LUMPUR: Sebaik mana pun belanjawan dibentangkan,
ia tidak berguna kepada rakyat kalau perlaksanaan penuh penyelewengan
dan rugi RM28 bilion setahun, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Saya tidak boleh kata belanjawan yang dibentangkan oleh (Perdana
Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) adalah
belanjawan yang baik dan bertanggungjawab kepada negara dan generasi
akan datang sebab (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad)
sendiri kaitkan Najib dengan perbuatan beli undi.
"Tetapi, kalau
Najib mempunyai kebolehan untuk membentangkan belanjawan yang baik
sekalipun, ia tidak berguna kepada rakyat apabila Ketua Audit Negara
sendiri dedahkan negara mengalami kerugian sehingga RM28 bilion setahun
yang diakibatkan oleh kelemahan pengurusan kerajaan Umno Barisan
Nasional (BN)," katanya.
Mohamad bersetuju dengan pandangan ramai bahawa belanjawan yang dibentangkan oleh Najib hari ini adalah "belanjawan beli undi".
Dr Mahathir sebelum ini mengakui bahawa tindakan pentadbiran Najib
memberi wang tunai kepada rakyat menghampiri kepada pembelian undi.
Bagi Mohamad, pembelian undi adalah rasuah terang-terangan tetapi lebih
buruk lagi penyelewengan dalam perlaksanaan apa yang dibentangtkan dalam
belanjawan.
"Dalam belanjawan hanya nyatakan hendak beli peralatan tentera. Itu baik.
"Tetapi dalam perlaksanaannya, gasak duit rasuah dalam pembelian kapal selam malah sehingga berbunuh-bunuh," katanya.
Ayat-ayat hendak minta duit dalam belanjawan, katanya, boleh dikatakan hampir semuanya manis-manis belaka.
"Tetapi dalam perlaksanaan, beli pemutar skru lima kali daripada ganda
harga biasa," katanya sambil menyatakan contoh itu hanya contoh terlalu
kecil dari pelbagai perbuatan khianat kepada negara yang menyebabkan
negara mengalami kerugian sehingga RM28 bilion seperti yang didedahkan
oleh Ketua Audit Negara.
Mohamad juga menggelar belanjawan Najib sebagai belanjawan
sembunyi fakta berikutan keengganan kerajaan membentang laporan Ketua
Audit Negara bersama belanjawan.
Pada kebiasaannya, laporan audit tahunan itu dibentangkan bersama dengan belanjawan.
Tetapi, dalam pemerintahan Najib, iaitu bermula tahun lalu, laporan audit dibentangkan selepas belanjawan.
Dalam perkembangan berkaitan, Reuters
melaporkan, belanjawan yang dibentangkan oleh Najib dijangka akan
menggula-gulakan pengundi kerana kemenangan BN dalam pilihan raya akan
datang lebih diutamakan dari menangani hutang negara yang semakin
meningkat.Kedahkini
Read more ...
Najib membentangkan Bajet 2013 kali ini hampir serentak dengan munculnya
suatu kajian yang menunjukkan ratingnya dilaporkan menurun lagi
sebanyak 3 peratus manakala keyakinan rakyat terhadap BN hanya 44
peratus. Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan
Pilihanraya UM yang muncul tiga hari sebelum tarikh pembentangan Bajet
meletakkan Najib masih berada di garisan bahaya.
Membentangkan bajet dalam suasana ratingnya merudum dan keyakinan rakyat
menurun serta dalam masa yang sama pilihanraya makin hampir tentulah
meletakkan Najib tidak mempunyai pilihan yang banyak. Sebab itu tidak
memeranjatkan jika bajet kali ini tidak banyak pembaharuan dilakukan.
Selain meneruskan agenda dalam bajet terdahulu, Najib sekadar menambah
beberapa pemberian gula-gula lagi untuk rakyat.
Harapan rakyat untuk melihat penurunan cukai yang ketara seperti cukai
eksais kenderaan, cukai pendapatan dan lain-lain tidak menjadi
kenyataan. Najib nampaknya lebih fokus untuk memberi gula-gula dalam
bentuk tunai.
Dalam bajet kali ini, Najib meneruskan pemberian BR1M bernilai RM500
untuk rakyat yang berpendapatan bawah RM3000, bantuan RM100 untuk
pelajar sekolah manakala baucer buku kepada pelajar universiti pula
dinaikkan daripada RM200 kepada RM250.
Dengan maksud untuk memikat hati dan membeli jiwa pengundi muda, Najib
juga mewujudkan tambahan BR1M iaitu memberi wang tunai RM250 kepada
mereka yang berusia antara 21 hingga 30 dan berpendapatan bawah RM2000.
Beliau juga mewujudkan rebet tunai RM200 untuk anak muda yang berusia 21 tahun keatas bagi memiliki telefon pintar 3G.
Tidak syak lagi dengan mewujudkan suatu pemberian untuk anak muda
berusia 21 tahun ini adalah untuk kepentingan politik dan memenangi
pilihanraya kerana had usia mengundi rakyat ialah 21 tahun keatas. Najib
nampakya begitu bimbang dentan arus penolakan generasi muda terhadap
UMNO dan BN sehingga sanggup merangka skim khas sedemikian rupa.
Bagi melawan manifesto PR yang mahu menghapuskan PTPTN pula, Najib turut
menawarkan diskaun 20 peratus kerana mereka yang membayar balik
pinjaman secara sekaligus dan memberikan diskaun 10 peratus kepada
mereka yang membuat pembayaran balik secara konsisten.
Untuk kakitangan awam pula, Najib memberikan bonus tambahan sebanyak
sebulan lagi, menjadikan bonus kakitangan awam bagi tahun ini sebanyak
satu setengah bulan. Bayaran setengah bulan sudah pun diterima pada Hari
Raya lalu manakala bakinya akan dibayar pada Disember dan Januari
depan.
Kepada pesara kerajaan pula, mereka juga diberikan bonus RM500 lagi.
Dalam pada itu, pencen minimun juga dinaikkan daripada RM720 kepada
RM820 sebulan.
Jika dihalusi Bajet 2013 yang dibentangkan Najib kali ini, selain tiada
pembaharuan, ia juga adalah kesinambungan daripada bajet pilihanraya
yang dibentangkan pada tahun lalu. Bajet 2012 tahun sebenarnya adalah
untuk piliharaya tetapi oleh kerana terlalu banyak isu yang muncul dan
pemberian habuan yang diumumkan dilihat tidak mampu mengangkat darjat
kepercayaan rakyat, maka pilihanraya yang separutnya selepas Bajet 2012
lalu terpaksa ditangguhkan.
Dengan menangguhkan pilihanraya dan terpaksa pula melalui pembentangan
bajet sekali lagi, Najib sekadar mampu melakukan apa yang biasa
dilakukannya iaitu memberi wang untuk mendapatkan sokongan. Sebab itu
Bajet 2013 ini penuh dengan pemberian tunai sahaja. Fokus Najib adalah
untuk menaikkan rating dan memenangi pilihanraya melalui habuan tunai
yang diagih-agihkan itu.
Jika dulu BR1M hanya untuk mereka yang berpendapatan RM3000 ke bawah
yang kebanyakannya tinggal di kampung dan luar bandar, kali ini ia
diperluaskan lagi untuk pengundi muda pula.
Penambahan baucer buku dan memberi rebet pemberian telefon pintar jelas untuk membuai perasaan dan jiwa anak-anak muda.
Dengan mengambil kira bahawa kebanyakan pemberian habuan dan gula-gula
kepada rakyat ini hanya akan dilaksanakan menjelang Disember dan Januari
depan, Najib kini mungkin sedang mencari-cari tarikh yang sesuai
selepas itu untuk mengadakan pilihanraya umum sebelum tempoh edahnya
pada 28 April 2013. (SH 28/09/2012)
Read more ...