Friday, January 18, 2013

MALAYSIA DOK ADA!!! Fathul Bari nikah di Siam, Umi Hafilda nikah di Pakistan


Diberitakan Ummi Hafilda Ali Serikandi UMNO yang maha hebat anak dara suci lagi murni itu terpaksa menikah di Pakistan minggu lalu/

Mengapa perlu bernikah disana?....Adakah Kadi dinegara ini sudah tidak layak atau selayakknya menikahkan kedua pasangan tersebut?

Bukankah Ummi Hafilda mempunyai dua abang kandung, Azmin dan Azwan yang boleh bertindak sebagai wali nikah?

Read more ...

KERANA RM 100!!! UMNO dan MCA bergaduh nak jadi TUKANG SERAH

MCA Wilayah Persekutuan membidas ketua bahagian Umno Wangsa Maju, Shafie Abdullah kerana didakwanya memonopoli peluang yang disediakan oleh pejabat pendidikan daerah untuk menyampaikan bantuan persekolahan RM100 kepada ibu bapa di semua sekolah di daerah Keramat.

Ketua Biro Pendidikan MCA Wilayah Persekutuan, Eddie Heng mendakwa tindakan Shafie itu sebagai tidak menghormati semangat BN, dan mewujudkan perpecahan dalam BN Wangsa Maju, serta menjejaskan peluang untuk merampas semula kerusi Parlimen Wangsa Maju dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya, kata Heng, dalam satu kenyataan hari ini, pengagihan bantuan tersebut di Parlimen Batu telah dilakukan dengan betul.
Menurutnya, di Parlimen Batu, bantuan kewangan kepada ibu bapa di sekolah kebangsaan disampaikan oleh wakil Umno, manakala wakil Gerakan, Dominic Lau menyampaikan bantuan kepada ibu bapa di sekolah Cina dan Tamil.

Heng berkata, bulan lepas Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur memutuskan untuk menjemput Shafie dan Ketua MCA Bahagian Wangsa Maju, Yew Teong Lock sebagai wakil BN untuk menyampaikan sumbangan persekolahan RM100 kepada ibu bapa di daerah Keramat.

Bagaimanapun, Heng mendakwa bahawa pegawai pelajaran daerah Keramat, Tajudin Mohamad Mor, di bawah pengaruh Umno Wangsa Maju, awal tahun ini mengarahkan semua guru besar sekolah rendah dan menengah hanya menjemput Shafie untuk menyampaikan bantuan tersebut.

Heng menegaskan bahawa Yew, yang merupakan calon BN bagi kerusi Wangsa Maju dalam pilihan raya umum lepas, telah berkhidmat kepada rakyat Wangsa Maju. Yew menjadi ahli Parlimen Wangsa Maju dari 2004 hingga 2008.

"Beliau harus mewakili BN untuk bertanding kerusi Parlimen Wangsa Maju. Terdapat lima sekolah rendah Cina di Wangsa Maju, di mana wakil Cina dari BN sepatutnya dibenarkan untuk menyampaikan bantuan RM100 kepada ibu bapa.

Bagaimanapun, katanya, ini telah dimonopoli oleh Umno.

Read more ...

GELORA UMNO!!! 6 bakal calon UMNO berentap untuk rebut DUN Kemunting

Zahir
N16 DUN Kemunting didalam Parlimen Taiping Perak sekarang sudah riuh rendah diperkatakan oleh penduduk disini mengenai perebutan dan percakaran sesama sendiri dikalangan ahli UMNO untuk jadi bakal calon bagi PRU akan datang.

Penyandang kerusi DUN Kemunting YB Dato Mohd Zahir Khalid yang menang di N16 pada PRU lepas dengan yang menang mejoriti hanya 555 undi dikatakan masih didalam keadaan tidur tak lena untuk mengekalkan keduduknya sebagai ADUN Kemunting. 

Read more ...

PENDIDIKAN PERCUMA!!! Bukti UMNO berjanji dah lama tapi dicapati



PADA YANG RABUN MAUKAN PAPARAN YANG LEBIH BESAR DAN JELAS, SILA KLIK PADA FOTO.


UMNO janji menipu... pendikan percuma diperingkat Sekolah Rendah....yang surat dari Sekolah Kebangsaan padang Tembak (1) Jalan Semarak, Kuala Lumpur ini apa ceritanya beb!!!!

Kena bayar berjumlah RM305 kepada penuntut Darjah 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.

Read more ...

UMNO JUAL NEGARA!!! Pendatang haram diberi IC, 300,000 rakyat tempatan ‘merempat’


PUTARAJAYA 18 Jan: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mengutuk keras Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi kerakyatan kepada warga asing, tetapi menindas ratusan ribu rakyat mendapatkan kad pengenalan (IC).

Katanya, mantan Perdana Menteri itu boleh dianggap penderhaka ekoran membenarkan pendatang asing menjadi warganegara.

Read more ...

TERKINI!!! 500 ahli UMNO sertai PAS di Kinabatangan

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli menulis dalam FBnya bahawa 500 ahli Umno Kinabatangan menyertai PAS dalam satu Majlis Selamat Tinggal Umno/BN. 

Read more ...