Tuesday, March 1, 2011

Bob Lokman pula jadi sasaran penghinaan TV3

Dulu puja Bob Lokman, kini cuba hina pula

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Dewan Pemuda PAS kesal dengan tindakan Umno BN yang didakwa menggunakan media memburukkan selebriti dan komposer terkenal, Bob Lokman yang berkempen untuk Pakatan Rakyat.

Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Firdaus Mohd Jaafar berkata, Umno BN dan media sewajarnya menghormati pendirian sesiapa sahaja untuk menyokong dan menyertai mana-mana parti politik.

Beliau mengulas laporan TV3 dalam Buletin 1.30 semalam yang didakwa cuba menghina Bob Lokman yang berceramah di pentas PAS dalam kempen PRK Kerdau.

Laporan tersebut antara lain menyebut PAS tidak serius dalam kempen di Kerdau sehingga menggunakan artis dan menyiarkan visual petikan Bob Lokman sedang menyanyikan sebuah lagu di ceramah PAS.

"Dulu TV3 puja Bob Lokman, tapi setelah dia masuk PAS, kita tengok mereka cuba hina pulak.

"Bob memang dalam bidang seni, jadi dia gunalah kebolehan dia untuk sedarkan rakyat kembali kepada kebenaran melalui cara seni, tapi TV3 tak siar penuh ucapan dia," katanya kepada Harakahdaily.

Bob Lokman menyertai PAS pada 19 Februari lalu ketika perogram Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS, anjuran Dewan Pemuda PAS di Kedah.

Dalam majlis itu, beliau menyerahkan borang keahlian PAS kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.

Sejak berita Bob Lokman menyertai PAS tersebar secara meluas, beliau kini sering dijemput berceramah dalam program anjuran parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Kita harap Bob teruskan perjuangan, dan kita yakin ramai lagi artis akan berada di pentas Pakatan Rakyat pada masa akan datang," katanya.

Read more ...

PRK Merlimau dicemari perbuatan khianat, Umno sangat terdesak

Prk Merlimau : Terus dicemari angkara khianat samseng pilihanraya..!!

Kempen pilihan raya kecil dewangan undangan negeri Merlimau semakin kotor dengan beberapa lagi perbuatan khianat dilaporkan.

Kali ini, dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, malam semalam.
Timbalan pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, berkata, kenderaan berkenaan dilaku-musnahkan di Jalan Pahlawan, lokasi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya kepada ribuan hadirin di Permatang Pasir.

NONEMenurut Nor Azhanizam Azmi, beliau menyedari cermin bahagian pemandu kereta Perodua Myvi miliknya itu dipecahkan sekitar jam 12.20 pagi selepas selesai menghadiri ceramah tersebut.

Beliau kemudiannya terus membuat laporan polis.

Nor Azhanizam berkata keretanya itu dipecahkan kerana ia mempunyai pelekat gambar mursidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menandakan beliau adalah penyokong parti itu. Namun sebuah kereta lagi, yang langsung tidak mempunyai sebarang pelekat juga dipecahkan.

"Saya fikir kerana ia diletakkan di tempat gelap yang orang tidak nampak,” katanya.

NONEMenurut saksi, polis kelihatan merakamkan kenderaan yang dirosakkan itu selepas majlis terbut. Terdapat kehadiran anggota polis yang ramai juga pada malam berkenaan.
Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya pada 4 Mac ini juga dibakar.

NONEPada ceramah malam semalam, beberapa remaja yang bermotosikal juga cuba menggangu ceramah Anwar di Permatang Pasir. Perkara yang sama dilaporkan pada ceramah PAS di Chinchin pada Isnin lalu yang terletak bersebelahan majlis anjuran BN.

"Kami difahamkan gangguan ini berlaku pada hampir setiap malam ketika kami mengadakan majlis.

"Terdapat ramai anggota polis di sini dan sayapasti perbelanjaan mereka mungkin sehinga berjuta-juta ringgit tetapi mengapa mereka tidak boleh menghentikan tindakan sekupumpulan remaja nakal itu?” kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media harian PAS hari ini.

NONEKatanya, beliau akan menghubungi ketua polis Melaka jika kejadian seumpama itu terus berulang.

Pada sidang media itu, Salahuddin juga berkata ahli Pakatan dihalang daripada memasuki estet kelapa sawit Sime Darby.

"Kita telah hubungi Sime Darby dan mereka kata tidak ada masalah atau isu dengan kita tetapi ditekan daripada beberapa pihak.

"Kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilih Raya tetapi mereka kata tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah tanah persendirian,” katanya.

Sebelum ini, pemimpin BN dilaporkan sibuk berkempen di estet-estet berkenaan.

Read more ...

Umno kecut bila dengar himpunan BERSIH 500 ribu rakyat

HIMPUNAN 500K BERSIH 2: KETUA PEMUDA UMNO KEDAH TAK FAHAM DEMOKRASI

himpunan_bersih.jpgSekonyong-konyong terbit arahan terbaru Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia; Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan himpunan terbesar dalam sejarah Negara Malaysia Moden. Saya berada di Kuala Lumpur ketika tempias reformasi Indonesia merembat keluar ke Malaysia.

Kejatuhan Suharto hampir sempena pemecatan Anwar menggerakkan massa yang luar biasa.Kerajaan BN buat kesekian kali tergugat. BN Terengganu hilang kuasa, BN Kelantan merana pada PRU 99.

BN kembali kukuh 2004. Himpunan Bersih 10 November 2007, membangkitkan rakyat dari lena. PRU 2008, BN makin goyah. Rakyat mula sedar kesilapan terlalu lama mengekalkan BN di tampuk kuasa. Rakyat lihat perubahan besar sikap pemimpin pasca PRU 2008.

2011 tanggal 19 Februari, sekali lagi massa digerakkan. Kali ini belia dan golongan muda. 30 ribu dipandang sukar buat kami untuk himpunkan seramai itu pemuda.Tanpa wang, duit minyak kecuali makan. Mereka perlu membayar yuran. Namun, kita merancang, tuhan menentukan. Bukan setakat 30 ribu, malamnya dikira lebih ramai. Anggarannya 40 ribu. Saya saksikan dari atas pentas deretan manusia.Saya pengerusi pada siangnya . saya tahu dan saksikan dari atas pentas pada malamnya.

Noktah Satu: Pemuda Kedah akan sambut arahan itu. Kami akan gembeling tenaga massa untuk berada di medan bersejarah Merdeka Square. Ia adalah arahan yang be’roh’kan demokrasi. Menuntut hak rakyat. Sesuai dengan ta’rifnya “Dari rakyat, untuk rakyat, kepada rakyat”. Ia ada semangat keadilan. Antara teras ajaran Islam.

Noktah Dua: Tetiba tanpa ribut dan taufan, Ketua Pemuda Umno Kedah bersuara di dalam Sinar Harian Edisi Utara bertarikh 1 Mac 2011. Tajuknya ganas dan anti demokrasi. Himpunan 500K Bersih 2 yang bakal kami adakan itu diselar oleh Ketua Pemuda Umno Kedah Sdr Badrul Hisham Hashim. Saya Ketua Penerangan Pemuda PAS kedah. Amat tidak wajar saya berdiam. Wartawan beberapa akhbar menghubungi saya. “Bagila sikit ustaz” kata salah seorang. Seorang teman tanya pandangan. Baik, saya perlu tanya pemimpin pemuda Umno itu, adakah beliau buta demokrasi… adakah perhimpunan itu melanggar prinsip demokrasi. Kalau ya, kenapa UMNO juga berdemontrasi. Adakah beliau takut dengan demontrasi oleh ahli beliau sendiri di hadapan Pejabat Umno Negeri. Saya dan rakan-rakan bimbang kenyataan beliau itu lahir dari pemimpin pemuda yang berada di dalam sebuah parti yang SUDAH MATI DEMOKRASINYA. Pemimpin lahir dari golongan kaya dan berharta. Ahli boleh dibeli dan dijual.

Noktah Tiga: Adakah beliau pernah memiliki mahupun memahami Perlembagaan Malaysia. Cuba baca dan faham. Ada dua andaian saya. Pertama beliau tidak faham. Kedua beliau MENENTANG perlembagaan dan semangatnya. Kedua-duanya adalah amat malang bagi pemimpin pemuda seperti beliau. Ketika Negara melangkah kehadapan, ada pemimpin yang berfikiran kebelakang. Ketika pemuda PAS bangun membina negara dengan segala upaya, adapemimpin pemuda BN yang cuba meruntuhkannya.

Noktah Empat: Adakah kenyataan beliau kepada media menunjukkan ketakutan yang luarbiasa pemuda UMNO kepada remaja yang menolak mereka. 30 ribu angka yang menggerunkan. Mereka adalah duta penerangan Pemuda PAS. Ketika UMNO sibuk dengan Gelombang Merah, pemuda PAS tanpa gelombangpun menghimpunkan 30 ribu. 100 ribu kuasa rakyat, lima negeri tumbang, majoriti Dewan Rakyat ternafi. Andainya 500 ribu, berapa negeri akan tumbang? Jutaan rakyat Mesir berkumpul dalam himpunan paling aman, rejim HosniMubarak TINGGAL SEJARAH!!

Noktah Lima: Ketua Pemuda Umno mendabik dada mengatakan kerajaan BN mengamalkan ketelusan dalam demokrasi. Sejarahny akerajaan BN ada azam. Usai Himpunan Bersih 2007, SPR ada komitmen untuk penggunaan dakwat kekal. RM 4 juta wang rakyat dibazirkan. Menjelang PRU 2008,ia menjadi bahan ketawa. Ada komitmen untuk bersihkan

himpunan_30k.jpg

pendaftaran pemilih,meeberi kelayakan automatic kepada rakyat yang cukup umur, sampai sekarang ia hanya impian. Berkenaan pengundi pos…jangan cakap la, pengakuan saksi-saksi yang kita boleh kemukakan yang diarah memangkah BN atau tidak pernah berpeluang memangkah kertas undi. Kebebasan media? Cukuplah saudara Ketua Pemuda UMNO Kedah…

Noktah Enam: Dakwaan paling memualkan dimuntahkan oleh Ketua Pemuda UMNO Kedah apabila beliau menyebut tentang BN tidak pernah mengenepikan kepentingan rakyat. Skandal Scorpene, PKFZ, APCO, Pembelian jet tanpa enjin dan deretan senarai kecurangan itu menunjukkan ketelusan UMNO…?. Ketika dunia memerhatikan kepalsuan dakwaan itu, beliau membuat dakwaan bercanggah? Ketika pengkhianatan termasuk kepada Bangsa Melayu,agama dan Negara dilakukan berterusan.Saham-saham bumiputera berpindah tangan daripada kroni kepada bangsa asing ,kuasa beli bumiputera semakin melemah, biasiswa seperti dijamin perlembagaan kepada bumiputera dihapus dan pelbagai krisis dimunculkan hasil pemerintahan 53 tahun pemerintahan BN. Saudara lihat sahaja kampong halaman saudara, PadangTerap, mahu saya bongkarkan senarai panjang penyelewengan, salahgunakuasa parti saudara. PPSMI yang membodohkan kaum kerabat saudara yang diperkenalkan oleh BN. Saudara tahu berapa ramai pelajar Padang Terap yang menjawab peperiksaan dalam bahasa Inggeris.. saudara tahu krisis social dan akhlak.. saya ada rekod dan bersedia buat kali kedua berdebat dengan saudara.

Noktah Tujuh: Beliau menyebut tentang niat kami berhimpun dan menggunakan isu-isu yang mewujudkan suasana yang

logo_30k.jpg

tidak tenteram. Beliau “menasihatkan” pihak berkuasa mengambil tindakan tegas. Saya ingin tegaskan, tindakan BN yang menyalahgunakan demokrasilah yang mewujudkan tindakan tidak tenteram .Laksanakan demokrasi yang sebenar,dan kami tidak perlu berhimpun pun. Selesaikan tuntutan itu dan kamu jatuh dengan aman.. tanpa perlu kamu gerun lihat kami berhimpun. Saya juga ingin bertanya, sejak bila beliau menjadi “penasihat” pihak berkuasa. Adakah beliau maksudkan pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia? Adakah beliau tidak yakin dengan Polis, atau beliau sedang memberi arahan kepada pihak Polis. Pihak Polis tahu apa yang perlu dilakukan.

Noktah Enam: Ketua Pemuda UMNO perlu senaraikan janji-janji yang dikatakan Pakatan Rakyat belum selesaikan. Saya berlapang dada dan mari kita sama-sama bina Negara dan negeri ini.

YB Mohd Nasir Zakaria

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah

Read more ...

Rencana : Sudah ramai artis bersama Pakatan Rakyat

Bob Lokman Bukanlah Pelawak Pertama Yang Mendekati Diri Dengan Pas dan Pakatan Rakyat

Pengisyhtiharan penyertaan Mohd Hakim bin Mohd Lokman@Bob Lokman ke dalam Pas mendapat pelbagai reaksi dan respons di seluruh negara.Bermula dengan kehadiran beliau dalam Solat Hajat Perdana di Stadium Malawati tahun lalu,beliau akhirnya menyertai Pas secara rasmi dalam Himpunan 30K Pemuda di Kedah baru-baru ini.

Sehingga artikel ini ditulis,Saudara Bob dilihat aktif dalam membantu kempen Pas dalam Pilihanraya Kecil di Dun Merlimau dan Kerdau di atas pentas ceramah Pas.Sesungguhnya usaha murni Bob dalam menyuburkan dakwah dalam gerakan Islam di Malaysia amatlah dialu-alukan.Jika para pembaca pernah menonton filem Mantra yang ditayangkan di pawagam tahun lalu,Bob Lokman telah mula tampil dengan watak orang alim,dengan menjadi seorang kiyai yang menentang pengamal ilmu hitam.


Jika sebelum ini Bob pernah menjadi pengkritik mingguan dalam program Raja Lawak,beliau akhirnya mengambil keputusan meninggalkan rancangan ini pada musim ini.Ketika zaman mudanya dahulu,Bob juga merupakan seorang penulis lirik,pelakon dan pengacara dalam industri hiburan tanah air.Menurut Bob,sebab utama beliau menyertai Pas adalah kerana kegagalan beliau sendiri dalam mendidik anaknya yang mempunyai perwatakan berbeza ketika berada di rumah dan ketika di luar rumah.Ini semua kata Bob adalah kegagalan pihak pemerintah dalam membawa hala tuju negara,dan jika beliau tidak membetulkan perkara ini,siapa lagi?


Untuk pengetahuan pembaca juga,Bob Lokman bukanlah seorang yang asing daripada jalan agama, memandangkan beliau adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad,Kajang ketika zaman persekolahannya sebelum mengambil kerjaya hidup yang berbeza daripada zaman persekolahannya.Malah, Bob juga bukanlah calang-calang orang,memandangkan beliau berasal daripada keturunan ulama,cicit kepada Tok Kenali,di mana ayah beliau Haji Lokman adalah orang yang bertanggungjawab menjaga Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian.


Bob Lokman dalam filem Mantra

Beza Bob Lokman ketika muda dan sekarang
Apa yang mengkagumkan penulis kepada Bob adalah,walaupun beliau berkecimpung dalam dunia artis yang diketahui dipenuhi maksiat,tetapi sebagai seorang yang berpegang teguh kepada didikan agama yang diperolehnya semenjak kecil menjadikan ianya pedoman dalam kehidupan dirinya.Malah,tidak salah jika penulis mengatakan bahawa Bob Lokman sebenarnya mampu menjadi ustaz sekiranya beliau tidak memilih jalan seni ketika di zaman mudanya dahulu.Apapun,adat berdakwah tidak mengenali umur.Semoga usaha Bob akan diberkati Allah dalam menegakkan syiar Islam di Malaysia.

Man Kadir (baju biru) menyampaikan
sumbangan
Selain Bob,sebenarnya terdapat beberapa orang lagi pelawak yang dilihat cenderung ke arah Pas dan Pakatan Rakyat.Salah seorang daripadanya adalah Saudara Man Kadir.

Man Kadir,ataupun Abdul Kadir Abdul Manaf adalah merupakan seorang pelakon komedi yang bernaung di bawah pengarah Mamat Khalid,dan banyak berlakon di bawah arahan Mamat termasuk Man Laksa, Zombie Kampung Pisang,video klip Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi dan M.Nasir) dan terbaru adalah filem komedi terbaik tahun 2010,Hantu Kak Limah Balik Rumah,di mana Man Kadir memegang watak sebagai Pak Jabit,peniaga warung di Kampung Pisang. Man Kadir juga adalah seorang pelakon teater yang memakai nama gelarannya sebagai L.Man Kadir Shamsi.

Man Kadir (tengah) di majlis
penamaan calon PKR Kerdau
Untuk pengetahuan pembaca,Man Kadir adalah Ketua Penerangan PKR Cabang Kuala Krau,di mana berlangsungnya pilihanraya kecil Dun Kerdau sekarang.Dalam keaktifannya berlakon dalam filem terbarunya iaitu Usin,Mon dan Jin Pakai Toncet (sambungan filem Hantu Kak Limah),Man masih sempat berkempen untuk calon Pas di Kerdau,di mana beliau diketahui antara aktivis PKR yang aktif dalam Biro Felda PKR.

Selain itu juga,seorang lagi pelawak yang dilihat hampir kepada Pakatan Rakyat adalah pelawak terkenal iaitu Sabri Yunus.Walaupun beliau tidaklah mengakui bahawa beliau adalah penyokong mana-mana parti politik,tetapi kesanggupan beliau untuk berlakon dalam teater arahan Dinsman yang diterbitkan oleh Karyawan Paksi Rakyat (PAKSI) iaitu pertubuhan seniman pro Pakatan menunjukkan bahawa Sabri sanggup bekerja dengan gerakan NGO yang anti-Barisan Nasional walaupun diketahui bahawa Sabri adalah antara pelakon yang popular di RTM di bawah sitkom Salam Pantai Timur.

Sehingga kini juga,penulis sendiri tertanya-tanya mengapa siri sitkom Salam Pantai Timur ditamatkan,dan Sabri juga jarang di skrin RTM sekarang, wallahualam samada penulis terlepas pandang ataupun tidak, hanya Allah yang tahu.

Sebelum ini,Sabri Yunus pernah melakonkan watak sahabat Rasulullah, Kaab bin Malik,dalam teater "Menanti Kata Dari Tuhan",yang tidak turun untuk berjihad dalam Perang Tabuk, seterusnya dipulaukan oleh para sahabat.Teater tersebut yang ditulis skripnya oleh Dinsman berdasarkan hadis Rasulullah SAW telahpun memecahkan tembok kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia,apabila ahli jawatankuasa Masjid Batu, Permatang Pauh bertindak mementaskan teater tersebut di dalam masjid,setelah beranggapan bahawa itu adalah salah satu daripada bentuk dakwah,selain dibenarkan oleh mufti negeri.

Selain itu,terdapat beberapa lagi nama selebriti lain yang dikatakan dekat dengan Pas.Amy Search contohnya, sangat mengkagumi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,malah pernah menyatakannya secara terbuka di facebook beliau.

Amy Search dan Nik Aziz
Tatkala inilah penulis teringat akan satu siri ceramah Ustaz Azhar iaitu,Mat Rempit yang tidak menghina orang alim adalah lebih baik daripada para Imam yang memusuhi para ulama.Selain itu juga,satu program yang bersifat Rock Islamik iaitu Ijtimak Rockers yang diadakan di Stadium Malawati beberapa hari yang lalu juga menarik perhatian penulis.Sepertimana yang dinyatakan oleh Exco Dewan Pemuda Pas,Ustaz Riduan Mohd Nor,"Jadilah sebagai sesiapa pun di dunia ini termasuk anggota kumpulan dan peminat rockers, namun setiap orang mestilah ingat bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah contoh ikutan terbaik kepada semua."

Siri hiburan alternatif Islam Green Zone menampilkan konsert Maher Zain dan persembahan rock yang menyelitkan aspek ketuhanan adalah satu lembaran baru Pas dalam tidak menyempitkan hiburan kepada anak muda.Dan inilah sebenarnya yang dinantikan oleh golongan belia,acuan apakah yang bakal dibawa Pas jika ditakdirkan Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia.

Semoga ramai lagi para selebriti menyatakan solidariti dan sokongan mereka terhadap Pas dan Pakatan Rakyat.Jika Umno mempunyai Jins Shamsuddin,Pas kini telah mempunyai Bob Lokman.Malah,Pas sepatutnya menjadikan Bob sebagai duta hiburan Islam,dengan melantik beliau sebagai seorang senator di negeri Pakatan Rakyat bagi berentap sama dengan Jins Shamsuddin di Dewan Negara.Kita masih menantikan ramai rakan seangkatan Bob dan Amy Search untuk sama-sama menyokong Pas,nama-nama seperti M.Nasir,Afdlin Shauki,Rosyam Nor,Jay Jay dan lain-lain artis yang dilihat bersih dan tidak terikut-ikut kepada kehidupan penuh maksiat.kamisokongpas

Read more ...

Pilihanraya DUN Merlimau: Barua Umno-APCO Mula Main Jarum Perkauman!!

BTN didakwa sertai kempen pilihan raya Merlimau

Biro Tata Negara Negara (BTN) dilaporkan telah menyertai kempen pilihan raya kecil Merlimau dengan mengadakan tiga ceramah setiap hari bermula Ahad lalu.

Menurut senarai yang diletakkan di bilik operasi BN Wilayah Persekutuan, siri ceramah berkenaan diadakan di rumah-rumah persendirian di sekitar Merlimau dan mereka yang berminat menyertainya boleh menghubungi tuan rumah yang nombor telefon mereka disertakan.

Bagaimanapun, satu daripada majlis berkenaan yang kebetulan diadakan di sebuah pusat penjaja makanan di Merlimau hanya memasang DVD.

'Pesertanya' pula terdiri daripada kurang 10 pemuda Melayu, - seorang daripada mereka memakai kemeja-T Perkasa Melaka dan mendakwa berasal dari kawasan kejiranan itu yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat berkenaan.

Kandungan DVD selama 40 minit itu menghuraikan bagaimana DAP akan menjadi ancaman kepada orang Melayu dan Islam serta mendakwa parti itu cuba Artikel 3 (berhubung Islam), Artikel 152 (berhubung bahasa Melayu) dan Artikel 153 (berhubung kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak).

Bagi membuktikan perkara berkenaan, video itu yang langsung tidak memaparkan logo BTN itu memainkan semula dakwaan dan tohmahan terhadap pemimpin DAP, termasuk ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan exco kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok.

Video dalam bahasa Melayu itu memaparkan 'perancangan' perwakilan DAP yang didakwa menentang Islam ketika berkuasa.

Antara isu yang dimainkan adalah dakwaan Kok, yang juga ahli parlimen Seputeh cuba mengecilkan laungan azan di kawasannya dan gambar Kok memakai skirt.

“Lihatlah, Teresa Kok memakai skirt pendek semasa menziarah masjid,” petik video itu dan kemudiannya disusuli gambar ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang didakwa memberi 'tazkirah' di surau.

Lim, pula didakwa sedang berusaha sedaya upaya menghapuskan kehidupan orang Melayu di Pulau Pinang.

“Pemimpin persatuan peniaga Bumiputera di Pulau Pinang terpaksa melutut untuk merayu Lim Guan Eng supaya tak merobohkan gerainya. Perlukah kita merayu di negeri sendiri?” petik video itu lagi.

Read more ...

Prk Kerdau : Tamparan buat Umno, bekas Ketua cawangan Umno masuk PAS



Suasana pilihan raya kecil Kerdau semakin rancak apabila 12 bekas ahli UMNO di Jengka 25 telah menyertai UMNO semalam.

Saudara Muzammil Alif bekas Ketua Cawangan UMNO di kawasan itu, telah menyerahkan sendiri 12 borang ahli PAS itu kepada Presiden PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi pada jam 9.20 malam dirumahnya.


Majlis penyerahan borang oleh bekas pembantu ADUN tersebut, turut disaksikan oleh Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

Read more ...

Inilah yang menyebabkan Umno marah kepada DAP

Guan Eng Tak Patut : Tindakan biadap Kerajaan DAP buat Rakyat Penang dan Umno Marah ?


PULAU PINANG 1 MAC : Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyediakan khidmat bas percuma kepada semua kakitangan kilang berkuatkuasa hari ini.

Ia ditawarkan menerusi program letak dan naik bas di bawah sistem bas ekpress transit Jambatan Pulau Pinang atau BEST.


Perkhidmatan itu disediakan kepada sektor perkilangan yang memandu kereta sendiri.


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata langkah itu diambil bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak di atas Jambatan Pulau Pinang dalam masa sama ia mengurangkan beban kewangan dikalangan pekerja.


Perkhidmatan tersebut ditawarkan lima hari seminggu menerusi dua sesi iaitu pada 6 pagi hingga 9 pagi dan 4 petang hingga 7 petang.


Sebanyak 16 buah bas dan 600 petak tempat letak kereta dengan cas seringgit disediakan. Lim Guan Eng ditemui selepas majlis pelancaran BEST di Seberang Jaya.

Read more ...

Ro$mah cakap ada masalah bagi tahu dia, apa jadi aduan 3 wanita Penan kena rogol kepada Ro$mah?

3 Wanita Penan Dirogol Mengadu Pada Rosmah...

rosmah mansor singing


KL 2 Mac11: Pada Mac 2010, 3 orang wanita Sarawak telah menyerahkan petisyen dan Laporan Pasukan Petugas Penan secara peribadi kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mengenai hak wanita dan kanak-kanak Penan yang telah dianiayai dan menjadi mangsa rogol oleh pembalak tidak bertanggungjawab..

Mereka mengharapkan Rosmah dalam usaha untuk mendapatkan ihsan sokongannya selaku isteri PM Malaysia. Kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin seperti dilaporkan Harakahdaily.

Jelas, ujarnya respon Rosmah ketika itu bahawa beliau berjanji akan mengambil perhatian terhadap isu ini bersifat politik semata-mata, kerana sehingga kini setelah setahun tiada satu tindakan pun yang diambil oleh beliau bagi menyelesaikan masalah itu.

Beliau juga mempersoalkan mengapakah peruntukan yang terlalu melampau, iaitu sebanyak RM24 juta boleh diluluskan buat Sidang Kemuncak “Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok” walhal masalah Penan ini tidak diselesaikan lagi.

Katanya, peruntukan RM24 juta yang dibazirkan itu mampu digunakan untuk membina lebih 50 buah sekolah di kampung-kampung luar bandar Sarawak dan mampu digunakan selama 20 tahun buat tujuan pendidikan kanak-kanak Sarawak.

“Sehubungan itu, saya mendesak agar segera disiasat ketelusan pengaliran kedua-dua dana ‘istimewa’ ini, dan menggesa agar peruntukan RM111 juta buat Permata dapat disalurkan sedikit buat Kumpulan Sokongan Penan untuk disalurkan buat pendidikan anak-anak Penan khasnya, dan anak-anak Sarawak amnya,” katanya.

Zurida yang juga Ahli Parlimen Ampang menyatakan demikian sebagai membalas kenyataan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam laporan “Rosmah: I don't look like a liar, do I? ” dalam portal Malaysiakini pada 27 Februari Ahad lalu. Beliau melihat sebagai suatu kenyataan membangga diri yang melampau.

Rosmah juga dilaporkan naik helikopter dalam kempen masuk hari kedua pilihan raya kecil Kerdau.

“Pagi ini memanglah saya pujuklah juga Datuk Najib, bolehkah saya tak pergi. Dia kata, 'ini negeri Pahang... Negeri I, you kena pergi.'

“Jadi sebagai isteri yang soleh, yang insya-Allah selalulah mengikut kata-kata suami, saya pun selalulah bersiap dan terus naik helikopter lagi datang ke sini,” kata Rosmah dalam ucapannya kepada kira-kira 200 penduduk Felda Jengka 25.

Sedangkan kes 3 orang wanita Sarawak telah menyerahkan petisyen setahun lalu masih belum diselesaikan. (IH)

Read more ...

Mudahnya kerajaan dapat billion duit rakyat melalui saman ekor

31.9 Juta Saman Dilunaskan Rakyat Malaysia ! Suntikan Dana Untuk Projek Kerajaan !

Tauke projek himpun duit pesalah trafik negara, Datuk Abdul Aziz Yusuf 65% atau 31.9 juta daripada saman telah dibayar oleh para pengguna kenderaan di seluruh Malaysia. Masih ada lagi 17.3 juta saman belum dilunaskan selepas tarik tutup diskaun 50% berakhir semalam.

Mari kita kira sekali lagi anggaran pendapatan kerajaan daripada bayaran saman tersebut. Dengan andaian satu saman purata sebanyak RM100 di bayar, bermakna kalau sejuta saman kerajaan meraih RM100 juta. Jika 10 juta saman dibayar pendapatan kerajaan menjadi RM1 billion !!!

Jika 31.9 juta saman diselesaikan menjadikan jumlah wang terkumpul dalam tabung kerajaan berjumlah RM3.19 Billion !!! Bukan sikit punya jumlah tu!.

Tak sangka selama ini hasil saman menjadi salah satu sumber pendapatan yang lumayan untuk kerajaan. Patutlah cadangan untuk menaikkan limit had laju di lebuhraya dari 110 km/j kepada 120 km/j di batalkan tiba-tiba atas alasan tidak sesuai untuk negara kita.

Sudah tentu pembatalan tersebut ada kena mengena dengan jumlah kutipan saman. Jika had laju dinaikkan bermakna ramai yang akan terselamat dari perangkap had laju, akan berkuranganlah kutipan saman kerajaan.

Read more ...

Rakyat dapat tanah di Selangor kerana PR perintah, jika BN perintah jangan harap la

80 peratus Melayu bakal dapat tanah di Selangor- Yaakob Sapari

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgK_UdrzNHfhbixXok78qDYUXKIvcxqE6Jj9Naed7ldT_wMX10Gwbb2MuEnjAv_k1Ot-SRf7PLyfpCVjjC7i8Ufwvm1K_zey_sjSuEbOiyxjsWSk_lgzU6y_mCoNadgVeNA2cSCMpQnyBE/s320/Gambar-YB-Yaakob-edit11.pngSHAH ALAM: Jaminan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa 100,000 permohonan tanah akan diselesai dalam masa terdekat menyaksikan 80 peratus Melayu bakal menerima tanah dari kerajaan negeri, kata Exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

Menurutnya, jaminan itu juga mencerminkan sikap kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang telus dan tidak memilih latar belakang politik dalam soal pemberian tanah kepada rakyat.

“Dasar kerajaan negeri jelas di mana pemilikan tanah diberi kepada individu yang telah menetap dan telah mengusahakan tanah tersebut,” tegas beliau dalam satu kenyataan media.

Yaakob yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan berkata, antara kawasan yang diberi tumpuan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Ijok, Dengkil dan Kuang .

“Selain itu, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan permohonan tanah kaum Cina di Sekinchan dan kaum India di Batu Caves yang sebelum ini selalu dipinggarkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Katanya, keadaan itu berbeza dengan pemerintahan BN dahulu apabila setiap permohonan tanah perlu melalui jawatankuasa daerah tanah yang dipengerusikan oleh seseorang Adun.

Sistem itu katanya, menyebabkan berlaku kepincangan kerana permohonan tanah hanya akan diluluskan sekiranya pemohon memiliki ‘fahaman politik’ yang sama dengan seseorang Adun tersebut.

Tambah Yaakob, kerajaan dahulu juga dilihat gagal menangani masalah tanah dengan baik, malah, bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Khir Toyo juga gagal menyelesaikan pemohonan tanah orang Melayu di kawasannya sendiri di Sungai Panjang.

Read more ...

Menteri pun kata RTM teruk

Menteri Akui Mutu Persembahan RTM Teruk, Mungkin Menterinya Dah Terlalu Tua?


KUALA LUMPUR: Orang awam tidak seharusnya keterlaluan memberi hukuman terhadap persembahan dan program-program yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berkata, sebagai stesen penyiaran milik kerajaan, RTM mempunyai matlamat berbeza berbanding stesen televisyen lain.

"Jangan keterlaluan beri hukuman. Ini stesen kerajaan, bukan stesen nak cari duit atau stesen untuk mensensasikan sesuatu perkara.

"Ini (RTM) stesen untuk tujuan tradisional. RTM memupuk kesejahteraan negara dan bangsa," katanya.

Rais berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media terhadap pandangan orang awam yang menganggap mutu dan persembahan program yang disiarkan RTM agak ketinggalan, ketika menghadiri majlis Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia di sini, Selasa.

Rais berkata, walaupun RTM merupakan stesen penyiaran tertua di Malaysia, namun beliau mengakui stesen tersebut masih mempunyai banyak kelemahan.

"RTM ada kelemahan, sama juga seperti stesen televisyen lain seperti TV3, Tv9, Astro dan lain-lain saluran swasta yang juga ada kelemahannya," kata beliau.

Pun begitu, beliau berkata kerajaan akan sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki mutu persembahan stesen penyiaran itu dari masa ke semasa.

"Kalau pun kita 'tua', kita akan terus-menerus cari perubahan.

"RTM harus ada ruang untuk perbaiki program-program televisyen, berita, drama swasta dan sebagainya," kata beliau.

Read more ...

PRK Merlimau : Bukti fitnah semasa Prk angkara siapa

Fitnah terbaru di PRK DUN #Merlimau



Sebuah banner palsu tertera lambang PAS dengan tulisan "PAS Melaka menyokong penuh fahaman plurisme agama Dato' Seri Anwar Ibrahim" dilihat diletakkan di Politeknik Merlimau dan Merlimau Pasir oleh individu yang tidak bertanggung jawab untuk memburukkan nama PAS sebagai salah satu taktik meraih undi gaya "hit and run".

Laporan di facebook Sinar Harian menjelaskan bahawa Ketua Pesuruhjaya Pas Pusat, Idris Ahmad menafikan bahawa PAS sengaja meletakkan banner itu untuk meraih undi. Sebaliknya jelas sekali banner ini adalah fitnah yang hanya akan memburukkan nama PAS [Facebook].

Di bawah ini pula satu lagi banner fitnah yang sengaja diletakkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab untuk memburukkan PAS yang bertulis "UNDI PAS MASUK SYURGA".



Namun begitu Pemuda UMNO Malaysia sengaja mencetuskan provokasi meskipun sudah mengetahui berita yang sebenar, Halaman Facebook Pemuda UMNO Malaysia memaparkan semula gambar di atas kemudian mempersoalkan semula dengan menulis "PAS MELAKA MENYOKONG PENUH FAHAMAN PLURALISME?" rujuk sini [FB Pemuda UMNO M'sia]

Sudah tahu ini adalah perbuatan fitnah, namun Pemuda UMNO Malaysia terus menyebarkannya untuk mengelirukan dan membebalkan para peminat di halaman facebooknya


ReJaM© Teringat cerita seorang kawan tentang kata-kata seorang penyokong tegar UMNO "Aku rela masuk neraka daripada menyokong PAS!"

Read more ...

Solat ghaib untuk mujahid agong Erbakan

Presiden PAS arah solat ghaib untuk Erbakan


TEMERLOH, 2 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta semua ahli PAS agar menunaikan solat jenazah ghaib untuk pemimpin gerakan Islam Turki yang meninggal baru-baru ini, Profesor Nechmuddin Erbakan.

Erbakan, yang disifatkan sebagai bapa kepada gerakan Islam sedunia termasuk Malaysia meninggal dunia Ahad lepas.


Sementara itu, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS telah diutuskan khas oleh Abdul Hadi untuk mewakili beliau ke majlis perkebumian Erbakan.

(Gambar: Dr Syed Azman, 2 dari kiri, bersama dengan Rachid Ganouchi yang turut serta di majlis itu)

Syed Azman melaporkan, jutaan rakyat Turki serta perwakilan gerakan Islam dari seluruh dunia menyhertai majlis perkebumian mujahid agung itu.


Suasana di Masjid Al-Fateh di tengah-tengah kota Istanbul di selubungi rasa sayu dan sedih yang amat memilukan, lapor beliau.


Pemergian mujahid agong Nechmuddin Erbarkan di tangisi jutaan rakyat Turki serta umat Islam di seluruh pelusuk dunia.


"Beliau pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita," tulis beliau dari sana.

(Gambar: Rakyat Turki menangisi pemergian Erbakan)

Nechmuddin Erbarkan, seorang pejuang Islam yang gigih merupakan bapa perubahan gerakan Islam Turki yang telah merobah corak politik yang ada di Turki.

Beliau pernah di kenakan tahanan rumah, pernah keluar masuk penjara, pernah menjadi Perdana Menteri Turki dan juga amat gigih memperjuangkan reformasi politik di Turki.

Beliau juga amat di hormati di peringkat antarabangsa serta menjadi ’bapa’ kepada pimpinan gerakan Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia.


Hubungan beliau yang amat rapat dengan pimpinan gerakan Islam menjadikan beliau sentiasa di rujuk dan menjadi contoh kepada gerakan Islam yang lain.

"Beliau juga mempunyai hubungan 'istimewa' dengan Presiden PAS, Datuk Sri Abdul Hadi Awang," tulis Syed Azman kepada Harakahdaily.

"Saya yang sempat hadir mewakili Presiden serta seluruh kepimpinan PAS di majlis perkebumian beliau, merasa amat pilu dan sayu apabila melihat hampir dua juta rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat hadir untuk sama-sama bersolat jenazah di masjid Al Fateh di tengah-tengah kota Istanbul.

(Gambar: Jutaan rakyat Turki memberikan penghormatan terakhir kepada Erbakan di tengah-tengah kota Istanbul)

"Semua pejabat dan jalan-jalan di tutup dan rakyat berpusu-pusu dri pagi lagi menuju ke Masjid Al Fateh.

Turut hadir adalah Presiden Turki Abdullah Gul dan Perdana Menteri Rechab Tayyib Erdogan. Kedua-dua mereka adalah merupakan anak murid kepada Sheikh Erbarkan," lapor beliau.


Pimpinan Gerakan Islam dari seluruh dunia juga turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Mujadid Agong ini, antaranya, Sheikh Rachid Ghanoushi dari Tunisia, Mohammad Nazzal dari Hamas, Sheikh Mehdi Akiff dari Ikhwan Muslimin Mesir, Qadhi Hussien Ahmed dari Jamaat Islami Pakistan serta pimpinan gerakan Islam dari Moroko, Algeria, Sudan, England, Austria dan Afrika Selatan.


Selepas solat jenazah, beliau di kebumikan di perkuburan Negara yang terletak berdekatan dengan Masjid Al Fateh.


"Sayu dan pilu saya melihat ribuan rakyat yang menangis terisik-isik mengiringi pemergian mujahid agong ini," katanya.


Dari anak-anak kecik kepada yang tua semua bersedih dengan pemergian pimpinan agong mereka ini.

Sahabat-sahabat dari gerakan Islam juga tidak dapat menahan rasa sebak dan pilu mengiringi jenazah Mujahid Agong ini.

Inilah contoh Mujahid agong yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.


Airmata kesedihan membasahi semua pimpinan gerakan islam yang hadir dan pemergian beliau amat di rasai semua dan sukar di cari ganti.


"Selamat tinggal Mujahid Agong Nechmuddin Erbarkan," tulis Syed Azman dalam laporannya.

Read more ...

Video Bob Lokman berkempen di Kerdau





Read more ...

Setiap kali pilihanraya kecil, pemimpin Umno datang naik helikopter tabur janji juta-juta

Prk Kerdau : Jangan terpedaya janji Perdana Menteri

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hasan Tantawi meminta pengundi Kerdau tidak terpedaya dengan janji-janji pembangunan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Bila ada pilihan raya mereka datang dengan helikopter, tabur janji pembangunan bernilai berpuluh juta dan ratusan juta.

“Adakah janji-janji ini boleh mempengaruhi rakyat Kerdau? Jawabannya mungkin sebahagiannya boleh terpengaruh.

“Rakyat Kerdau sudah lama menanti pembangunan kerana diabaikan oleh BN (Barisan Nasional). Rakyat bergantung kepada kerajaan negeri dan mereka seronok apabila janji dibuat oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Di Manek Urai, di Galas mereka juga berjanji. Apa jadi dengan janji jambatan di Manek Urai?,” tanya Nasaruddin.

Beliau merujuk kepada lawatan Najib dan Muhyiddin berkempen membantu calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad menghadapi calon PAS Hasanuddin Salim dalam pilihan raya kecil Kerdau ini.

Najib melawat kawasan Felda di Kerdau Ahad lalu, manakala Muhyiddin akan mengadakan perjumpaan dengan guru di Kerdau hari ini.

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

Ada projek tidak dilaksanakan

Nasaruddin menambah, rakyat Kerdau tahu ada projek di tempat mereka sehingga sekarang tidak dilaksanakan walaupun BN berjanji setiap kali pilihan raya.

“Jadi….. perlukah rakyat Kerdau terpedaya sekali lagi?” katanya.

Beliau berkata, pelakon Bob Lokman kini menjadi permata baru bagi PAS untuk mendapatkan sokongan di kalangan pengundi muda. Pemuda PAS mengatur dua hari program untuk Bob Lokman berkempen di Kerdau.

“Beliau ada peminat sendiri dan beliau juga menunjukkan kesungguhan membantu PAS memenangi pilihan raya kecil ini,” katanya.

Bob Lokman menyertai PAS minggu lalu setelah menyerahkan borang kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Read more ...

Anak muda Malaysia akan bangkit tumbangkan BN

Anak muda yang akan meranapkan BN PRU 13

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Lebih 30 ribu Pemuda PAS dari seluruh negara berhimpun di Kota Sarang Semut, Kedah pada pagi 19 Februari 2011. Kira-kira 20 ribu darinya adalah anak-anak muda PAS dari Kedah selaku tuan rumah.

Dari 15 kawasan di negeri ini mereka datang berbondong-bondong macam kelkatu keluar dari sarang. Kawasan Baling yang menghantar perwakilan teramai dengan konvoi bermotosikal. Sewaktu kepala sudah sampai ke Kompleks PAS Kedah, ekornya masih meleret berpuluh kilometer. Begitu juga konvoi dari kawasan-kawasan lain.

Di perkarangan Kompleks PAS Kedah para Pemuda berhimpun di tengah terik matahari saujana mata memandang. Macam rakyat Mesir berhimpun di medan Tahrir. Mereka tekun mendengar amanat pemimpin, bertakbir dan berikrar penuh semangat untuk mempertahankan semua kerajaan negeri Pakatan Rakyat, khususnya di Kedah.

Walaupun Kompleks PAS Kedah pernah menyaksikan perhimpunan yang lebih besar dari itu beberapa kali, tapi perhimpunan kali ini sangat istimewa kerana ia adalah perhimpunan anak-anak muda. Mereka mengeluarkan duit poket sendiri untuk datang. Setiap kepala dikenakan pula bayaran RM10 seorang untuk mendapatkan sehelai baju T.

Siapa pun tidak hairan jika Umno berjaya menghimpun orang ramai hadir ke program anjuran mereka kerana semua yang datang diberi upah, pengangkutan, baju dan makan minum semua percuma. Tapi jika ribuan manusia datang berhimpun dengan sukarela dan mengeluarkan belanja pula untuk menyertainya ia pasti akan memeningkan kepala para penguasa kerajaan yang memerintah di Pusat sekarang. Datuk Seri Najib yang mendengar laporan itu dari Cawangan Khas pastinya risau, macam risaunya Hosni Mubarak menyaksikan ribuan rakyat berhimpun di medan Tahrir.

Menteri Besar Dato’ Seri Azizan Razak yang begitu teruja dengan kehadiran para pemuda, melahirkan keyakinan bahawa PAS mampu mempertahankan Kedah dengan majoriti dua pertiga. Di hari yang sama Pengerusi BN Kedah, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah yakin BN akan menawan Kedah dengan memperolehi sekurang-kurangnya 30 dari 36 kerusi DUN. Bashah bercakap anti klimaks tapi ‘tak salah’ kerana orang politik mesti kena terus bercakap begitu.

Sewaktu lebih 30 ribu Pemuda PAS berhimpun di Kota Sarang Semut, semua ahli-ahli Dewan Harian Kawasan dari seluruh negara berseminar di Shah Alam mencari jalan bagaimana untuk menarik kembali sokongan orang Melayu terhadap PAS yang nampaknya sedikit terhakis. Petunjuknya ialah keputusan pilihanraya kecil yang berlaku sejak 2008.

Menurut Dr. Wong Chin Huat, Pensyarah Sains Politik sebuah IPT yang mengulas isu berkaitan di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa, Pakatan Rakyat boleh kehilangan 34 kerusi sedia ada jika hanya lima peratus undi Melayu berpindah (swing) ke BN.

Apabila para pendokong PR bercakap untuk menawan Putrajaya atau menambah koleksi negeri-negeri yang dikuasai, maka mahu tidak mahu peratus sokongan dari para pengundi Melayu mesti ditingkatkan berbanding perolehan 2008.

Masalah terbesar PAS ialah demokrasi yang berat sebelah, penguasaan media dan penyalahgunaan jentera kerajaan dalam pilihanraya. Terbaru, Jabatan Pendaftaran Negara mengangkut para pengundi BN dari Sabah untuk ditukar alamat ke Selangor bagi membolehkan mereka mengundi BN di Selangor.

Penjaga garisan yang diharapkan membantu pengadil melaksanakan keadilan dalam perlawanan nampaknya membantu secara terang-terangan pasukan pilihannya. Semua situasi yang berlaku di tanahair ini wujud sejak 30 tahun di Mesir. Siapa kata Mesir tiada pilihanraya? Tapi pilihanraya yang berat sebelah ini tidak membawa apa-apa erti kepada rakyat jelata.

Maka sewaktu semangat Pemuda PAS yang selama ini macam terpendam, tiba-tiba bangun dengan penuh bergelora menampakkan kebangkitan mereka di dalam PAS, sebaiknya tenaga muda yang sangat ampuh ini diguna bagi menggerakkan kebangkitan rakyat.

Apa yang Pemuda PAS boleh buat? Jika ditanya pada Pemuda Umno; tentulah kebolehan Pemuda Umno ialah menampal poster, menggantung banner, menonggeng buntut, melalak dan mencarut di hari penamaan calon serta menjadi kumpulan samseng BN yang akan melakukan pelbagai provokasi terhadap lawan. Pemuda PAS tidak begitu. Hari ini yang memimpin Pemuda PAS, sekalipun di peringkat kawasan, adalah doktor, pensyarah, jurutera dan pakar ICT. Pengikut Pemuda PAS terdiri dari semua golongan, namun majoritinya adalah golongan terpelajar yang sentiasa menguasai teknologi terkini.

Jika ini kebolehan Pemuda PAS, maka mereka wajar digerakkan menjadi pahlawan siber di alam maya dan penyebar maklumat di alam nyata. BN mempunyai 10 siaran TV, 20 siaran radio dan tujuh media cetak. PAS cuma ada Harakah. Dengan akhbar Harakah yang hanya dibenar dijual untuk ahli, PAS dan rakan-rakan PR berjaya nafikan majoriti dua pertiga di Parlimen dan tawan lima negeri. Maka bayangkan apa yang akan terjadi kepada BN jika 30 ribu Pemuda PAS ‘ditauliahkan’ sebagai pegawai penerangan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Jangan lupa bahawa gerakan menghimpunkan rakyat jelata berdemonstrasi di Tunisia, Mesir, Algeria, Yemen, Libya, Bahrain dan lain-lain negara Arab, semuanya digerakkan oleh golongan muda melalui laman-laman social. Orang awam pun tidak kenal siapa sebenarnya pemimpin kebangkitan rakyat, kerana semuanya digerakkan melalui alam maya. Itulah kejayaan golongan muda.

Kerja seterusnya yang paling relevan dengan Pemuda PAS ialah menarik golongan muda untuk menyokong PAS. Hanya orang muda yang paling efisien dalam mempengaruhi golongan muda. Program-program kemasyarakatan terdapat golongan muda mesti ditingkatkan lima kali ganda.

Isu DAP anti Melayu dikaitkan dengan kejatuhan sedikit sokongan Melayu terhadap PAS. Hakikatnya orang Melayu sejak berzaman; ‘isu’ adalah perkara kedua yang menentukan pola sokongan terhadap mana-mana parti politik. Perkara pertama ialah ‘sentuhan budi’ (yang disokong dengan kejahilan bahawa segala kebaikan yang didatangkan kepada rakyat adalah milik Umno) menyebabkan mereka terikat menyokong Umno sekian lama.

Jika 30 ribu Pemuda PAS dapat menyambung semula misi Almarhum Ustaz Fadzil Noor untuk memasyarakatkan PAS, melalui pelbagai program yang menyentuh hati nurani rakyat jelata, maka ledakan isu negatif oleh BN terhadap PAS dapat dipadamkan begitu sahaja. Kerana orang Melayu mudah lupa dan mudah termakan budi.

Ayuh Pemuda PAS, terjemahkan misi dan misi dalam tindakan. Jika tumbang BN di Putrajaya, maka Pemudalah pemegang saham terbesarnya terhadap kejayaan tersebut.

Read more ...

PRK Merlimau : Burukkan taraf akademik calon PAS, rupanya calon BN hanya masuk sekolah pelajar tercicir

Prk Merlimau : Kempen UMNO Burukkan Yuhaizad Terkena Muka Calon Sendiri

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgntyBqmGqUnAcv6QTG048idtSdltEtnwkEwZs2cl25fIR9qHv0BFM5D7fmrGVvQ33nktn6Xkag2Sp4vGaB4vUiIIocwMkmfXqHrJpBAQ9p7dgrVINwuj8Sp8tLo0nyl1P4zwKnFSjkV1Yp/s640/merlimau+1.jpg
Kempen buruk pihak UMNO BN yang menyebarkan risalah kononnya Yuhaizad tidak mempunyai diploma dan hanya pemegang sijil SPM di beberapa rumah Kg Ayer Tawar, Kg Chin Chin, dan Merlimau Pasir nampaknya memakan diri sendiri apabila ternyata calon UMNO BN, Roslan Ahmad yang hanya memiliki kelayakan SPM.

Ini terbukti apabila di dalam biodata Roslan yang dikeluarkan sebelum ini menyatakan Roslan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di
Maktab Adabi Muar, sebuah sekolah swasta yang menempatkan pelajar-pelajar tercicir yang gagal untuk memasuki sekolah-sekolah kerajaan di tahun-tahun 90an.

Selepas itu Roslan sekali lagi tidak berjaya untuk memasuki di mana-mana IPTA tempatan apabila terpaksa melanjutkan pelajarannya di Insitut Tekonologi Tun Abdul Razak (ITTAR), sebuah kolej swasta untuk menempatkan pelajar tercicir yang tidak dapat memasuki IPTA.

Roslan kini hanya terpaksa bertenggek di atas nama-nama pemimpin seperti Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam.

Ini disahkan oleh sebuah portal, freemalaysiatoday.com.

Pitching together federal and state resources, they’ve given BN candidate Roslan Ahmad, 44, a guaranteed ride to the top.

What is in fact clear is that Roslan is comfortably riding on the shoulders of Muhyiddin and Rustam.


Malah dilaporkan, di satu majlis di Kampung Chin Chin semalam, kedua-dua pemimpin pusat dan negeri tersebut tidak lansung menghiraukan untuk memperkenalkan Roslan sebagai calon mereka.

At a ceremony in Kampung Chin Chin yesterday, both the federal and state leaders did not even bother to introduce Roslan as the candidate.

Read more ...

PRK Kerdau : Ceramah Umno tak dapat sambutan ganggu ceramah PAS yang dapat sambutan, busuknya perangai Umno

Prk Kerdau : Umno terdesak, ganggu ceramah PAS

TEMERLOH, 1 Mac: Umno disifatkan makin terdesak dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau apabila bertindak mengganggu ceramah PAS setelah ceramah dianjurkan parti itu tidak mendapat sambutan.

Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Saad, berkata sudah dua malam berturut-turut ceramah anjuran PAS di Jengka 23 telah diganggu oleh pihak parti tersebut.


“Malam kelmarin semasa ceramah Mohammad Sabu, markas Umno yang berada tidak berapa jauh dari kawasan PAS telah memasang lagu dan berkaraoke sekuat-kuatnya sehingga mengganggu kira-kira seribu pendengar yang hadir.


“Malam tadi ceramah Bob Lokman yang dihadiri kira-kira seribu orang pula diganggu oleh tidak kurang 10 orang pemuda yang bermotosikal dengan membuat bising di kawasan ceramah yang mendapat permit polis.


“Saya difahamkan di markas mereka juga ada satu ceramah oleh pemimpin Umno, tapi oleh kerana kurang mendapat sambutan berbanding program PAS, mereka arahkan anak muda datang mengganggu,” ujarnya.


Menurut Suhaimi, selepas beberapa pemuda PAS menghampiri penunggang motosikal berkenaan, mereka pun lari dan kemudian datang lagi mengganggu.


DUN Kerdau mempunyai 13 pusat mengundi termasuk tiga kawasan Felda. Pemuda PAS Pahang menjadikan Jengka 23 sebagai pusat operasinya.


Tambah Suhaimi, selama ini tema kempen oleh calon PAS ialah berkasih sayang dan menolak provokasi, tetapi diambil kesempatan oleh Umno untuk menimbulkan provokasi dan suasana yang tidak selesa kepada penyokong PAS.


“Kita masih punya beberapa hari lagi untuk berkempen dan saya harap pihak berkuasa tidak berdiam diri kerana kita tidak mahu berlaku suasana yang tidak harmoni atau kekecohan dalam kempen pilihan raya ini,” katanya kepada Harakahdaily.

Read more ...

Bukan duit Umno tapi duit rakyat, jadi tak perlu terima kasih pada Umno

Ali Rustam Kena Belajar Dari Ustaz Azizan

Oleh Angkasanuri

Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Muhd Ali Rustam sebelum ini dengan angkuh memberitahu bahawa beliau akan mengutamakan penyokong BN dalam sebarang projek pembangunan. Kepada satu pertubuhan pendidikan Cina di Merlimau dengan nada sinis beliau memberitahu, bantuan akan dibincangkan kalau hanya BN menang di Merlimau.

Ini versi kenyataan pemimpin Umno yang kononnya menjadi juara rakyat serta mengulang-ulang slogan rakyat didahulukan.

Ada kita dengan kenyataan ini keluar dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atau daripada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat? Kalau ada nescaya tujuh hari tujuh malam akan keluar dalam surat khabar dan TV.

Mari kita renungkan pula apa yang Menteri Besar Kedah Dato Seri Azizan Razak kata apabila mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menanggung semua perbelanjaan pelajar negeri itu kembali ke Mesir beserta duit poket RM 500 seorang.

"Jangan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Ini duit rakyat. Duit cukai. Keuntungan balak... Keuntungan pelaburan di Kulim Hitech . untuk kamu semua belajar... Belajar bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan ibu bapa , “Rakyat bersama kita menangani sebarang isu. Rakyat bangga anak-anak Kedah berjaya masuk pengajian tinggi, belajarlah dengan sungguh-sungguh,” katanya.

Inilah keadilan dalam Islam tanpa mengira latar belakang dan ideologi politik sama ada Pas atau Umno. Ali Rustam patut malu pada dirinya sendiri kerana masih lagi bersikap berat sebelah, mengamalkan diskriminasi walaupun kononya berbangga Melaka sudah maju 2010. Mungkin inilah mentaliti pemimpin negeri maju yang lebih kurang sama dengan dasar Apartheid.

Read more ...