Tuesday, September 24, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Poll Blog PASPB, selepas 2 hari Husam masih di depan



Baru 2 hari poll ini dipaparkan , seperti di blog MSO dan blog pro PR yang lain Husam masih jauh di depan. Namun , sebaliknya berlaku pada poll dalam blog pro BN seperti astro awani. 
Poll yang dibuat dalam blog astro awani menunjukkan Nik Amar jauh di depan berbanding calon lain. Husam pula berada di tangga ketiga.
 
Poll dalam web astro awani
Jika dikira undian dalam blog atau fb pro PR , Husam pastinya adalah pemenangnya. Sebaliknya Nik Amar pasti pemenangnya jika dikira undian dalam blog dan fb pro BN. Tapi, berapa orang perwakilan kawasan yang menjadi pengguna fb dan pembaca blog? 

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Senarai YDP, TYDP, NYDP, KUU bagi 9 PAS Kawasan di Kedah


ALOR SETAR: Sembilan dari 15 kawasan PAS di Kedah yang selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan setakat ini memutuskan tiada pertandingan untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan.

Hanya satu kawasan memilih Yang Dipertua baharu, selainnya mengekalkan muka lama. Sementara hanya terdapat dua pertandingan Timbalan Yang Dipertua dan satu pertandingan untuk Naib Yang Dipertua.

Di kalangan yang belum mengadakan mesyuarat agung, kemungkinan hanya terdapat satu sahaja kawasan yang memutuskan jawatan Yang Dipertua melalui pertandingan, sementara lima lagi dijangka tiada pertandingan.

Senario ini membayangkan bahawa isu perpecahan yang dikatakan melanda akar umbi PAS Kedah sebelum dan semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kini tidak berbangkit lagi selepas Pakatan Rakyat hilang kerajaan di negeri ini.

Sementara itu di pihak lawan, Umno Kedah menghadapi ketegangan dalam pemilihan apabila 11 dari 15 bahagian berlaku perebutan untuk jawatan ketua. Begitu juga untuk pelbagai jawatan yang terdapat di semua entiti, hampir kesemuanya terdapat perebutan dan persaingan sengit.

Kawasan PAS yang telah selesai mengadakan mesyuarat agung dan keputusan untuk empat jawatan tertinggi adalah seperti berikut:

Jerai - Tan Sri  Ust Azizan Abd Razak (Yang Dipertua),  Ust.  Azizan Talib (Timbalan Yang Dipertua),  Ismail @ Che Mei Ahmad (Naib Yang Dipertua), Ust. Madzlan Mansor (Ketua Urusan Ulamak).


Pokok Sena -  Dato’ Mahfuz Omar (YDP), Wan Romaini Wan Salim (TYDP),  Omar Awang (NYDP), Ustaz Daud Ahmad (KUU).


Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Yuganu Yunus menang TYDP PAS Pasir Puteh, YDP dan NYDP menang tanpa bertanding

Pas: Yuganu ikrar satukan ahli
PASIR PUTEH - Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Puteh, Yuganu Yunus menganggap kejayaan mempertahankan jawatannya pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan ini kelmarin, merupakan bukti penerimaan perwakilan terhadap usaha menyatukan ahli parti itu yang sekian lama dilaksanakannya.

Menurutnya, mandat itu dijadikan sebagai dorongan untuk beliau meneruskan usaha itu kerana ia jelas memberi kekuatan kepada parti untuk menghadapai musuh di pentas politik.

“Saya bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diberikan dan akan memastikan ahli Pas di kawasan ini terus bersatu bagi mengukuhkan lagi organisasi ini,” katanya yang berjaya mengalahkan pencabarnya, Tuan Mazlan Tuan Mat yang merupakan Adun Gaal.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! YDP, TYDP, NYDP PAS Taiping kekal

Taiping- Empat jawatan tertinggi PAS kawasan Taiping telah dimenangi tanpa bertanding. 
 
Ustaz Ahmad Fakharudin Abdul Aziz terus menjawat jawatan Yang Di-pertua,Timbalan YDP Haji Alias Ahmad juga turut menang tanpa bertanding,Sdr Ibrahim Ismail  NYDP juga menang tanpa bertanding  
 

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Pengarah MTD Kemasik YDP baru PAS Kemaman

22 ydpbaruPAS Kawasan Kemaman baharu sahaja menyelesaikan mesyuarat agung tahunannya baru-baru ini.

Kepimpinan baharu telah dipilih. YDP baharu bagi sesi 2013-2015 ialah Ustaz Alias Hamid (sebelumnya SU PAS Kemaman, Pengarah MTD Kemasik dan mantan calon PRU13 bagi DUN Kemasik.) YDP sesi sebelumnya Hj Ismail Harun tidak bertanding bagi memberi ruang kepada kepimpinan baru. 

(Jazakallahu khairan kathira atas jasa dan sumbangan yang diberi). Timbalan YDP ialah Ust. Muhamad Nik Nasri Nik Malek. (kekal sebagaimana sesi sebelumnya). 

Naib YDP Ustaz Hazri bin Jusoh (NYDP sesi lepas, Pengarah MTD Kijal, mantan calon PRU13 melawan Ahmad b Said). Ketua Penerangan ialah YB Tn Hj Hanafiah Mat (ADUN Cukai, Pengarah MTD Cukai). 

Read more ...