Thursday, May 24, 2012

ANGKARA UMNO!!! Baling batu di Lembah Pantai, sembur cat pada kereta orang ramai di Kuala Kangsar


Kuala Kangsar.

Akibat cemburu dengan karisma Dato Sri Nizar, bermula dengan gelagat Mat Motor membuat bising tanpa disangka sangka11 biji kereta telah di sembur cat berwarna biru oleh orang yang tidak di kenali di bahagian lampu hadapan .

Majlis ceramah  dihadri lebih kurang 2 ribu pendengar dengan kupasan dan isu menarik  terkini negara oleh Dato Sri Nizar . Kebetulan pada waktu yang sama  umNO kawasan tersebut pun mengadakan ceramah bersebelahan dengan program ceramah Nizar yang mana kehadiran tidak ramai.

Dalam ceramah itu Dato Sri Nizar membongkar pembohongan ketua pemuda Umno Kampar yang berbohong , serta isu beliau di panggil ke Balai Polis Ipoh berkaitan pembabitan Najib dengan ATM..Melalui kepimpinan Umno selama 55 tahun juga banyak pembohongan serta salah guna kuasa telah berlaku  kata Nizar .Berbilion duit negara lesap di bawah pentakbiran BN selama ini, diantaranya skandal Lembu, kapal selam , PKZ katanya lagi.

Nizar juga mempersenda taktik Umno yang suka menggangu ceramah PR yang semakin menjadi-jadi muktahir ini.Di akhir ceramah Dato Sri Nizar pihak urusetia ceramah telah menanyang kembali video klip pembohongan oleh Ketua Pemuda Umno Kampar yang menuduh Dato Sri Nizar menipu konun beliau tidak membuat panggilan telefon itu.

Tepat jam 12 malam ceramah berakhir dan kesemua mangsa kereta yang di cat oleh orang yang di kenali itu membuat laporan Polis.Batu vs Kayu

Read more ...

MURAHNYA HARGA PENCACAI!!! Diupah RM 20 untuk jadi Samseng, pemimpin kebas RM 200 Juta


KUALA LUMPUR 25 Mei: Tindakan terdesak Umno Barisan Nasional (BN) yang sangggup mengupah anak-anak muda sebagai samseng membuktikan budaya memalukan itu akan berterusan selagi Umno memerintah.

"Dengan upah RM20 kepada samseng-samseng didikan Umno itu membuktikan mereka sanggup mempergunakan anak-anak muda demi politik kotor mereka," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di hadapan lebih 1,000 penyokong di perkarangan Flat Pantai Permai, Lembah Pantai malam tadi.

Provokasi yang sengaja dicetuskan Umno malam tadi bukan sahaja mengganggu penyokong tetapi turut mensasarkan Anwar kerana baru 30 minit beliau berucap, insiden baling objek mula berlaku.

Akibatnya, seorang warga emas dilempar batu menyebabkan kepalanya berdarah diusung penyokong lain dari tapak ceramah dan dibawa ke hospital dalam keadaan separa sedar.

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan sewaktu Anwar berucap.

Malah, ceramah Umno yang sengaja diadakan lebih kurang 20 meter daripada tapak ceramah KEADILAN itu juga antara usaha Umno mengganggu ucapan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Apa yang dia boleh buat, dia ada wang. Dia boleh bayar RM20 untuk pemuda jadi seperti itu. (sambil menunjuk ke arah samseng Umno).

"Dia ugut, kalau dia ingat dia nak baling batu, baling telur, dia ingat nak bagi kita lari semua?" soal Anwar disambut jawapan tidak oleh penyokong.

Tambah Anwar, sepatutnya anak muda harus sedar mereka semua hanya diperalatkan Umno.

"Ingat, dia ambik RM200 juta, dia bayar anak muda RM20 sahaja, ini keadaan sekarang.

"Kalau nak jadi pemimpin negara, jadikan anak Cina, India juga seperti anak kamu. Ini anak Najib, anak dia, anak lain anak 1Malaysia. Maka jeritlah kamu dah dapat RM20," kata beliau disambut sorokan gemuruh penyokong.

Sepanjang ceramah itu juga, Anwar sempat menenangkan penyokong daripada terjebak provokasi oleh samseng Umno.

"Saudara jangan lupa bahawa malam ini adalah saksi, ini cara Umno dan Pemudanya, tiada akhlak, sabar-sabar...," katanya yang tidak takut dengan ancaman samseng upahan itu yang disifatkan seperti cicak mengkarung.

Seawal 8.00 malam lagi, pelbagai usaha provokasi dirancang Umno dengan mengupah samseng-samsengnya menyekat jalan dan mengibarkan kain rentang mengutuk Pakatan Rakyat dan Anwar.

Sekumpulan samseng kira-kira 30 orang itu memakai baju merah dengan mengibarkan bendera selain sengaja menjerit dan memaki hamun orang ramai yang mahu ke ceramah anjuran Parlimen Lembah Pantai itu.

Lebih daripada itu, kumpulan penceramah anjuran Umno tanpa segan silu memaki, mencarut dan memfitnah Anwar.

Antara panel jemputannya, Ummi Hafilda Ali yang sinonim dengan sikap jeliknya apabila menyampaikan ceramah dengan mengaitkan isu liwat, seks dan sebagainya.

Read more ...

HALAU 1.0!!! Kumpulan sub-kontraktor UMNO alih tuntutan Bersih 3.0

Kerana sambutan bersih 3.0 yang menjadi pukulan kepada Najib dan penasihat rapat beliau Mahathir sehingga terpaksa mengganjak tarikh pilihanraya dan najib kian kurang popular dari kaca mata dunia luar dalam menangani demokrasi juga sistem pilihanraya yang adil.

Hanya dengan selogan transformasi tiada tindakan beliau membuat rakyat pengundi atas pagar atau senyap lebih memeningkan Najib golongan pertengahan yang mempunyai pengaruh dalam msyarakat telah turun ke perhimpunan bersih 3.0. 

Jelas untuk mengalihkan tuntutan 8 perkara Najib terpaksa menaja Sub-kontraktor (provokasi & putar belit) untuk mengalihkan isu dan dimainkan dalam media pro- kerajaan.

Semalam lebih 100 orang cuba berkumpul di depan rumah Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara hari ini, dengan sebahagiannya terdiri daripada sekumpulan pemuda bermotosikal.


Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi.


Kumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita".


Turut bersama hadir dengan kumpulan itu lima motosikal penjaja yang hanya berlegar-legar di sekitar jalan masuk ke rumah Ambiga.


Kawasan perumahan elit kelas pertengahan atasan di pinggir bandaraya Kuala Lumpur yang kebiasaannya tenang dan sunyi bertukar riuh rendah dengan kehadiran kumpulan itu.


Namun, penduduk berdekatan kelihatan meneruskan kehidupan mereka seperti biasa di sebalik kehadiran berpuluh-puluh anggota polis dan DBKL bagi mengawal keadaan.


Polis mendirikan sekatan jalan raya berhampiran jalan masuk ke rumah Ambiga bagi memastikan tiada orang asing menghampiri rumah Ambiga.


Dua buah lori besar DBKL turut ditempatkan berdekatan kawasan itu, dipercayai untuk mengangkut sebarang gerai yang didirikan tanpa kebenaran.


Terdahulu sebelum itu, sekumpulan 30 orang lain yang menggelarkan diri mereka "HALAU 1.0" cuba menyerahkan risalah mengandungi 10 sebab Ambiga perlu 'dihalau' dari Malaysia kepada Ambiga sendiri.



Cubaan mereka bagaimana pun gagal apabila risalah itu diterima Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk A Samad Said menerusi celah pintu pagar rumah Ambiga.


Beliau berada di situ bersama jawatankuasa BERSIH lain selepas mesyuarat awal tengah harinya.

Read more ...

SAMSENG UMNO MELAMPAU!!! (Gambar) Adik 12 tahun patah tangan kena balingan batu

 
Adik 12 tahun, yang menyambut hari jadinya hari ini, patah tangan akibat terkena batu bata yang dibaling dari ceramah TIBAI-Umno Lembah Pantai. - Nurul Izzah

Ada yang kena balingan telur oleh Samseng UMNO

Read more ...

TERKINI!!! Bekas Pegawai Tinggi TUDM antara 4 orang profesional sertai PKR

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan penyertaan empat orang tokoh profesional sebagai anggota parti itu.
Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberitahu empat tokoh tersebut adalah Pengurus Kanan Am Jabatan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad, Koh King Kee, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab, bekas Pengarang The Malaysian Insider, Praba Ganesan dan Dr Abdul Aziz Bari (gambar ), bekas pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Katanya, Koh King Kee merupakan graduan lepasan Universiti Malaya dan pernah menjadi tahanan ISA pada Disember 1974 disebabkan beliau aktif memperjuangkan keadilan sosial.

Jelasnya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Abdul Hadi merupakan bekas pegawai tertinggi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang pernah memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia atas pemecatannya yang tidak sah berhubung kehilangan dua enjin jet pejuang F5E dari kem TUDM di Sungai Besi.

"PKR sangat mengalu-alukan penyertaan empat tokoh profesional ini dan membuka seluas-luas pintu kepada mana-mana tokoh atau individu yang ingin turut serta bersama PKR dalam memperjuangkan agenda reformasi dan keadilan untuk masa depan Malaysia yang cerah," jelasnya lagi.

Read more ...

MENUNGGU AJAL!!! UMNO sedang rekrut samseng untuk mengganas


Umno kini sudah makin terdesak, umno kini sudah semakin rosak, apakah umno ini yang dibangga-banggakan oleh orang melayu?

Apakah Umno masih releven bila umno kini sudah jadi parti untuk gangster?, umno kini sudah jadi parti yang menggalakkan pergaduhan, mengapa "tukanglawan" kata demikian?.


Sebelum ini kita sudah tahu bahawa umno sering mengganggu ceramah pakatan rakyat, dari jalan kebun ke Melaka, dan kini melarat ke ibu negara, tiada siapa pun dalam umno mampu menghalang kemaraan umno ini.


Malam tadi batu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya.


Sekarang kita lihat siapa yang ganas, jika sebelum ini TV3 suku milik umno cuba menggambarkan penyokong pakatan rakyat itu ganas, sekarang lihatlah rialiti ini.


Insiden malam tadi berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam.


Secara tiba-tiba batu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.


Sudahlah DBKL kini menjadi barua umno, tidak kisah lah mereka mahu ceramah dimana sekali pun, hatta di sri perdana rumah rasmi Pm pun.namun umno juga telah merekrut lebih ramai barua dan samseng untuk menjadi pengacau kepada pihak lain. itu masalah besarnya.


Dalam kejadiaan malam tadi juga ceramah pakatan rakyat telah disabotaj, bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah diputuskan dan disambung semula secara tergesa-gesa.


Samseng-samseng yang direkrut umno ini pula malangnya adalah anak-anak muda yang sepatutnya bangkit dan berusaha mencari haluan hidup, tapi malangnya telah diperguna dan diperbodohkan sehingga hilang adap dan tidak tahu hormat majlis orang lain.


Terdahulu, kira-kira 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim).", mereka ini adalah rekrut baru umno yang terdiri dari remaja baru habis sekolah yang sepatutnya berusaha memperbaiki hidup mereka, cari peluang belajar atau sekurang-kurangnya mencari jalan hidup yang lebih baik.


Remaja kini diperbodohkan dengan upah RM10-RM20 semata-mata direkrut jadi samseng berlesen milik umno.Persoalannya apakah ada antara rekrut samseng umno itu ahli keluarga kita?, apa masalah mereka hingga sanggup jadi ganas kerana menyokong umno? malang bila remaja diperbodohkan sebegini rupa.


Balik pada soalan awal tadi, apakah anda masih rasa umno ini releven?, apakah umno ini bawa kebaikan kepada rakyat atau sedang menjadi barah menghancurkan malaysia dengan merekrut remaja menjadi gangster berlesen.


Mereka ini sudah lupa , rakyat memandang, informasi disebarkan, dan ini membawa umno lebih dekat kepada lubang kubur yang mereka gali sendiri.

Dimana polis, apakah samseng ini akan diambil tindakan atau dibiar lepas begitu saja, atas alasan mereka penyokong umno?

Berikan pendapat anda... sebarkan informasi ini kerana ianya sangat penting. Kedah.kini

Read more ...

SELAGI ORANG PR BERSABAR!!! Selagi itulah Samseng UMNO berani menganas , polis pula memerhati sahaja


Ceramah PR di perkarangan flat di Lembah Pantai di sini menjadi kecoh apabila beberapa individu membaling batu, telur dan botol air ke arah hadirin yang berkumpul untuk mendengar ucapan daripada pemimpin kanan parti itu.

Seorang penonton ceramah tersebut yang diadakan di dalam perkarangan flat Pantai Permai cedera selepas terkena batu yang dilemparkan daripada arah yang tidak diketahui.
Kepalanya berdarah dilontar batu pemuda berbaju merah

Beberapa penonton lain terkena telur sejurus selepas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memulakan ucapannya pada kira-kira pukul 10.30 malam.

Serangan telur tersebut bermula sejurus bekalan elektrik kepada pentas ceramah itu dipotong dan keadaan menjadi gelap.


Peralatan Krew TVSelangor yang berada dilokasi tersebut untuk tujuan siaran langsung juga terkena serpihan telur yang dilemparkan.


Suasana dikatakan tegang dari pukul 8 malam ekoran sebuah lagi ceramah Umno-BN yang telah diadakan berhampiran tapak ceramah PKR.


Wartawan TVSelangor berkata beberapa kumpulan mat rempit yang berkeliaran di jalan ke flat tersebut bertindak membunyikan enjin motosikal mereka dengan kuat untuk menganggu ucapan.


Setelah beberapa minit, bekalan elektrik ceramah itu dapat disambung semula.


Bagi menenangkan keadaan, Nurul Izzah di dalam ucapannya berkata provokasi tersebut diadakan kerana Umno-BN takut akan kehadiran Pakatan -
Selangorku
DSAI turut berucap

Ini dari Malaysiakini..
Lagi ceramah Pakatan jadi sasaran batu dan telur

Batu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat malam ini, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam.


Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.


Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah disabotaj dan disambung semula secara tergesa-gesa.


Bagaimanapun, keadaan di majlis ceramah itu tenang dan Anwar meneruskan ucapannya.


Sebelum itu, kira-kira 9 malam, kira-kira 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan  "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim)."

Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur. Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada hari Sabtu 


ASD 

Read more ...

FITNAH MELAMPAU!!!Doa Dr Maszlee & Wardina Safiyah terhadap blogger UMNO pemfitnah


Sejak selepas hari perdebatan antara KJ dan Rafizi berkaitan dengan isu PTPTN, Dr Maszlee telah dijadikan sasaran tidak puas hati oleh ramai blogger yang tidak dapat menerima hakikat apabila beliau melontarkan cabaran agar Najib berkelaku sebagai anak jantan untuk berdepan pula dengan DSAI.

Tohmahan, kritikan, cercaan, kutukan & fitnah yang melampau dari chai chai blogger tersebut telah sampai ketahap maksimum dan tidak dapat lagi ditoleransi oleh Dr. Maszlee sehingga keluar doa sebagaimana yang dicatitkan beliau dari tweet diatas.




Doa Dr. Maszlee disambung oleh Wardina sebagai tanda sokongan beliau kepada Dr. Maszlee dalam terhadap fitnah jahat dari blogger

Nota :
  • Blogger chai ni mana takut dengan doa semua tu .. TGNA, TGHH, TGHaron Din pon selamba je diowang bahan.
  • Blogger chai mempertahankan Najib lebih dari mempertahankan agama
  • Wa sekadar dapat bekata 'Ameen' pada dua doa tersebut
  • Lepas ni blogger chai boleh layan U-Kiss kat himpunan belia .. kerana ini ajaran wasatiah pemimpinnya ..GHAFLAH

Read more ...