Thursday, April 7, 2011

Setiap malam PAS tubuh cawangan di Muara Tuang


PAS berjaya menubuhkan cawangan penaja ke-5 semalam di Kampung Sindang Baru. Semalam adalah hari yang ke-5 petugas PAS berkempen dan petugas berjaya menubuhkan cawangan setiap hari.

Ini adalah satu petanda baik bagi PAS di Bumi Kenyalang. Ini membuktikan PAS diterima oleh masyarakat Sarawak.

Borang penubuhan Cawangan telah diserahkan kepada Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar selepas program Ceramah Umum Pakatan Rakyat Semalam. Turut menyampaikan ceramah ialah Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad, AJK Pas Haji Mohamad Sabu dan Adun Titi Serong YB DRS Khalil Idham Lim.

Inshaallah.. malam ini ada satu lagi cawangan penaja akan ditubuhkan.

Read more ...

Manifesto BN hanya kayakan KM, keluarga dan kroni



MIRI 8 APRIL : Visi Barisan Nasional untuk menjadikan Sarawak negeri terkaya di Malaysia hanyalah khayalan dan omong kosong kerana yang kaya hanyalah Ketua Menteri, keluarga terdekat serta kroni mereka.

Ini terbukti apabila Sarawak muncul sebagai negeri keempat termiskin di dalam Persekutuan setelah hampir 48 tahun berada di bawah pentadbiran BN.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail berkata, selama 30 tahun Tan Sri Taib Mahmud menerajui Sarawak, negeri itu terus dilanda kemiskinan, sementara beliau serta kaum kerabat dan kenalan rapat mengaut kekayaan negeri Bumi Kenyalang tanpa henti.

Malah tambah beliau, seperti permainan bola sepak, Taib hanya mengitar kekayaan Sarawak untuk keuntungan golongan elit semata.

" Kita mesti hentikan rompakan ini, rakyat pilih dia bukan untuk rompak tanah jadi milik dia, anak pinak dan kawan-kawan dia, tak boleh.

" Malam tadi saya tengok bola Manchester lawan Chelsea, Manchester menang 1-0 jaringan Rooney tapi di Sarawak Taib Mahmud kepada Raziah Mahmud kebelakang kepada Sulaiman Taib kepada Onn Mahmud terus kepada Taib Mahmud kepada Alfred Jabu kepada George Chan kembali semula kepada Taib Mahmud, cantik permainan bola Taib Mahmud, lincah pemain nombor 10 ini sudah 30 tahun wakili Sarawak, kenapa tak sampai kepada rakyat di bawah?,"sindir Saifuddin di hadapan kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat, di sini, malam tadi.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Taib yang memusatkan segala kuasa penentu ke atas kekayaan Sarawak di bawah kawalannya.

" Kenapa kita biarkan ini terjadi di Sarawak, dia sudah 30 tahun, kita baca Ketua Menteri Taib Mahmud, Menteri Kewangan Taib Mahmud, Menteri Pembangunan Sumber Negeri Taib Mahmud, Pengerusi Land Custody and Development Agency (Pelita) juga Taib Mahmud.

" Bila dia nak bangunkan satu projek maka Menteri Kewangan Taib Mahmud berbincang dengan Menteri Perancangan Sumber Taib Mahmud,"kata saifuddin.

" Bagaimana kita nak mengambil tanah supaya dapat kita bangunkan ladang kelapa sawit dan keluarkan kayu balak? Maka Menteri Perancangan Sumber, Taib Mahmud mencadangkan kepada Menteri Kewangan Taib Mahmud supaya berbincang dengan Ketua Menteri Taib Mahmud. Hasil perbincangan itu Ketua Menteri bersetuju dengan cadangan Menteri Kewangan Taib Mahmud. Setelah berbincang dengan Menteri Perancangan Sarawak Taib Mahmud bahawa tanah yang diberi hendaklah diberi kepada Raziah Mahmud, Onn Mahmud dan Sulaiman Taib dan Mahmud Bekir Taib semuanya diberi setelah Ketua Menteri Taib Mahmud berbincang dengan Menteri Kewangan Taib Mahmud dan dipersetujui oleh Menteri Perancangan Sumber yang juga Taib Mahmud," tambahnya lagi.

Malah Saifuddin turut mengkritik sikap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menutup mata terhadap segala dakwaan rasuah yang dilakukan oleh Taib serta pimpinan BN Sarawak.

"Adakah SPRM datang siasat Taib Mahmud, ada dia siasat George Chan, ada dia siasat Alfred Jabu? ,"soal Saufuddin.

Dengan memberi contoh kejayaan pentadbiran Pakatan Rakyat di Kelantan selama 20 tahun, Saifuddin meminta rakyat menimbang untuk memberi peluang yang sama kepada gagasan itu di Sarawak.

" Beri peluang kepada kami, dunia tidak kiamat hanya kerana Barisan Nasional kalah di Sarawak, jangan takut. Melayu Cina India Iban boleh berkawan sebagai satu saudara besar.

" Tahun pertama, apa yang kita akan buat ialah pastikan hutan di Kelantan tidak sebanyak hutan di Sarawak, pendapatan di Kelantan cuma RM400 juta satu tahun tapi kita jaga kebajikan rakyat. Contoh semua rakyat Kelantan 60 tahun ke atas Melayu, Cina, India, Siam dan Orang Asal, Menteri Besar bagi peruntukan RM3 juta, apabila warga emas di Kelantan meninggal dunia akan menerima bayaran RM2,500 tunai. Semua dapat tak kira parti tak kira kaum tak kira agama. Contoh itu diikuti di Selangor,"jelas Saifuddin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang memberi jaminan dasar Pakatan Rakyat sentiasa mengutamakan rakyat dan amat tegas terhadap sebarang penyalah gunaan kuasa dan gejala rasuah di kalangan pimpinannya.

" Ini contoh negeri Pakatan Rakyat apabila dipilih oleh rakyat, kita jaga kebajikan rakyat. Kita tak ambil kekayaan untuk diri kita. Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang bila jadi Ketua Menteri dia buat satu polisi semua wakil rakyat Pulau Pinang tidak boleh memohon dan mengambil satu inci tanah sekalipun tak dibenarkan minta tanah di Pulau Pinang.

Saifuddin seterusnya merayu rakyat Sarawak supaya membuat keputusan pada pilihan raya kali ini untuk menukar BN kepada sebuah pentadbiran yang lebih telus dan adil di bawah Pakatan Rakyat

" Mandat ini akan kita bawa dan jaga negeri Sarawak ini adalah milik kita bersama, kita adalah satu keluarga besar, inilah politik baru yang KEADILAN, DAP dan PAS cuba bawa di Semenanjung dan hari ini diterima baik di Sarawak,"katanya.

Read more ...

'Adik' Ro$mah yang sekufu dengannya

Rupanya Kak Mah (Rosmah Mansor) isteri PM ada ‘adik’. Belum kawen lagi dan umur baru 37 tahun. Pakistani penjual karpet. Syarikat Carpet Raya Sdn Bhd. Biasalah raya-raya ni memang jenis mega. Jalanraya.. pilihanraya… hanturaya…

Dulu dah heboh kes beliau yang membayar penyiasat persendirian melibatkan kes Altantunya yang ditandatangani beliau dan dibayar oleh Carpet Raya. Sudah senyap sekian lama. Tup! Tup! Timbul pulak Deepak ni. Macam kisah Datuk T jugak. Dah lama mengakulah juga. Rupanya Datuk Tamby!. Ini timbul pulak tamby ni… Deepak Jaikishan. Wajah stail Bollywood yang menjadi kegemaran Kak Rosmah dengan bintang filem Bollywood ni dan hari ini membuat pengakuan adanya hubungan beliau dengan isteri PM itu.

"Saya kenal (Rosmah), saya anggap dia seperti seorang kakak. Tetapi dalam perniagaan permaidani, sekali sekala dia akan telefon dan dia mahu bercakap mengenai perkembangan yang berlaku di sekitar kota... Itu sahaja. "Dia seorang yang baik. Jika anda mengenali dia secara peribadi, dia seorang yang baik," kata Deepak lagi.

Katanya lagi, beliau mula mengenali Rosmah apabila wanita itu mula mengunjungi kedai permaidani milik keluarganya di pusat bandar Kuala Lumpur "sekitar enam atau tujuh tahun lalu." "Daripada itu kami membentuk hubungan dengan (keluarga Rosmah). Kadang kala mereka memperkenalkan kami (untuk peluang perniagaan). "Kadang kalau kita mahu buat sesuatu projek, mereka berikan surat rujukan kepada kami. (Apabila) kerja dijalankan dengan baik, mereka berikan surat juga," katanya lagi.

Selain itu, Deepak juga mengaku mengenai bekalan permaidani dan barangan dalam rumah ke kediaman rasmi perdana menteri – Seri Perdana.

Apa yang serupa pada gambar ini? kena waris ke 3 orang ini? Kena chek DNA ni!

Beruntungnya adik beradik macam ni. Kalaulah ada ayah macam serupa ini... lagilahhhh untung. Jadi billionaire le nanti Deepak. Munasabahlah jual carpet pun dah boleh untung beratus juta. Buat pinjaman pun beratus juta boleh lulus. Agak-agak banyak mana karpet ratus-ratus juta2 ni? mana mau taruk deh!! Nanti dah bisness hartanah. Boleh jual tanah.. boleh jual negara... fuhhh!!! juta-juta lagi pe?Ustaz Saiful Bahri

Read more ...

Najib tidak akan berani lulus Suruhanjaya Diraja siasat kes ALTANTUYA

Najib Harus Lulus Siasatan Suruhanjaya DiRaja Lebih Dahulu


Oleh Wira Arjuna

Esok, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz akan mengusulkan kepada Jemaah Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat sama ada Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video lucah Datuk T.

Alasan yang diberi Nazri ialah Anwar mungkin menjadi Perdana Menteri Malaysia dan justeru itu harus “lulus” penelitian Suruhanjaya DiRaja bersabit video itu.

Nazri juga memberi kenyataan dangkal bahawa isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak layak untuk memutuskan individu dalam video itu mempunyai susuk badan (perut boroi dan dada luas) jauh berlainan dengan Anwar.

Perakuan seorang isteri lebih 50 tahun dan presiden sebuah parti politik diketepikan begitu sahaja oleh Nazri! Namun biarlah rakyat, khususnya kaum wanita menjawab Nazri atas perkara itu.

Yang lebih penting ialah cubaan Nazri meletakkan “syarat” Anwar mesti lulus ujian Suruhanjaya DiRaja (SDR) sebelum boleh diangkat menjadi Perdana Menteri.

Secara tiba-tiba Nazri dan juak-juak dalam Umno mengiktiraf kemungkinan Anwar menjadi Perdana Menteri . Atau, adakah ia semata-mata untuk menghalalkan penubuhan SDR?.

Jika SDR menjadi ukuran untuk memastikan hanya mereka yang “bersih” menjadi pemimpin - kenapa tidak ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja untk menyiasat Datuk Seri Najib bersabit pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

Najib - dahulu dan sekarang dibelit dengan tuduhan beliau terbabit dalam skandal Altantuya. Belum lambat untuk menubuhkan Suruhanjaya itu bagi memastikan tuduhan dan dakwaan bersabit Altantuya tidak lekat selama-lamanya.

Umum tahu pembunuhan Altantuya pada tahun 2006 melibatkan penasihat Najib Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis yang menerima arahan daripada pegawai kanan di pejabat Najib.

Umum juga tahu Altantuya dan Razak dibelit dengan isu pembayaran komisyen hampir RM500 juta untuk pembelian kapal selam yang diluluskan oleh Najib ketika beliau Menteri Pertahanan.

Dan umum juga tahu pada tahun lalu, pihak berkuasa Peranchis sendiri memulakan siasatan bersabit pembayaran komisyen kapal selam itu kerana ia membabitkan syarikat perkapalan negara itu.

Apakah ini semua tidak melibatkan kepentingan nasional yang sepatutnya membawa kepada sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat isu komisyen kapal selam, Altantuya dan hubung kait dengan Najib selaku Menteri Pertahanan ketika itu?

Sepatutnya sebelum melangkah masuk pejabat Perdana Menteri, Najib menawarkan untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja itu bagi memperakui beliau sebenarnya bersih-sebersihnya.

Namun tidak. Dua anggota polis yang tidak pun mengenali Altantuya disabit kesalahan mengebom Altantuya manakala Abdul Razak Baginda dibebaskan.

Dua minggu lalu, Najib dengan gah menawarkan DNAnya dalam cubaan menyindir Anwar bersabit tuduhan fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang itu.

Sayang, Perdana Menteri hanya membuat tawaran itu setelah perbicaraan Altantuya berakhir dan Najib selesa menduduki taktha pemimpin utama negara.

Sepatutnya Nazri menjawab soalan mudah ini – kenapa standard yang dikenakan terhadap Anwar, itupun bersabit video lucah, dikecualikan terhadap Najib Razak dalam kes yang membabitkan pembunuhan seorang warga asing dan duit rakyat berjuta-juta ringgit.

Kenyataan Nazri mahukan SDR adalah berbaur politik dan dipinjam daripada agenda Tan Sri Rahim Thamby Chik, Shayzl Eskay dan Shuib Lazim ketika mereka menayangkan video lucah itu kepada wartawan terpilih pada 21 Mei lalu.

Sekali gus pengumuman Nazri mengesahkan usul penubuhan SDR adalah satu lagi taktik keji Umno untuk memanjangkan fitnah video seks terhadap Anwar.

Ia bukan mengenai mencari kebenaran kerana jika itulah yang dicari, maka polis sudah tentu menangkap Datuk T dan mendedahkan sama ada pelaku dalam rakaman 21 minit itu adalah Ketua Pembangkang atau sebaliknya.

Namun itu tidak berlaku. Ketua Polis Negara Ismail Omar hanya mengesahkan video itu adalah tulen dan siasatan 95 peratus siap untuk diserahkan kepada Peguam Negara.

Hanya ismail dapat menjawab keperluan untuk beliau memberi kenyataan sebegitu, malah kenapa beliau perlu memberi sebarang kenyataan jika siasatan belum dimuktamadkan.

Mungkin kerana yakin orang ramai akan mencurigai hasil siasatan polis, maka wujud tekanan baru ke atas Umno untuk menubuhkan SDR.

Namun apabila Jemaah Menteri bermesyuarat esok untuk menimbangkan cadangan menubuhkan Suruhanjaya di Raja bagi menyiasat video lucah Anwar, mereka harus bertafakur seketika untuk memperingati mendiang Altantuya Sharibuu yang tidak mendapat pembelaan sedemikian.

Read more ...

Kempen hari pertama Pakatan Rakyat sudah merisaukan BN, rakyat beri sokongan hebat

Kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri Sarawak bermula dengan baik malam tadi dan majlis anjurannya mendapat sambutan hebat di Kuching, Sibu dan Miri.

NONEDi pusat komersial Premier 101 Kuching, dianggarkan 5,000 orang
membanjiri pusat penjaja untuk mendengarkan ceramah orang kuat pembangkang, termasuk setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Manakala di pusat komersial Boulevard di Miri, dan satu lagi berhampiran Specialist Medical Centre di Sibu, masing-masing dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Dalam twitternya, pemimpin DAP, Lim Kit Siang menyifatkannya bukan sahaja satu rekod tetapi juga satu permulaan yang baik bagi Pakatan Rakyat.

Wartawan tempatan juga memberitahu Malaysiakini bahawa sambutan kepada pembangkang kali ini lebih menggalakkan berbanding dengan suasana pilihan raya 2006.

Di Kuching, tempat perhimpunan penuh sesak, sehingga memaksa penganjur meletakkan pembesar suara dan projektor di kawasan berhampiran untuk memboleh lebih ramai mengikuti ceramah di situ.

kuching dap guan eng signing ubahJelas sekali Guan Eng menjadi tarikan malam tadi, dengan berucap kepada hadirin dalam campuran bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, walaupun parti komponen BN,
SUPP, menurunkan beberapa muka baru dengan latarbelakang yang baik, tetapi musuh sebenar Pakatan ialah Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang sudah begitu lama berkhidmat.

“Calon-calon SUPP memang berbakat... di atas kertas, mereka memang layak diundi. Tetapi apa yang kita mesti tanya kepada mereka ialah: Adakah muka-muka baru ini menyokong 'pek mor'?" tanya Guan Eng menggunakan istilah penduduk Cina Sarawak, yang merujuk kepada Taib yang merambut putih.

kuching dap talk first nite“Bolehkah muka-muka baru SUPP ini menjawabnya? Jika mereka kata
'ya', maka mereka akan menyinggung para pengundi. Jika mereka kata 'tidak', ia akan mengecewakan Taib dan akibat adalah lebih buruk.

Guan Eng menyifatkan muka-muka baru SUPP itu sebagai “wain lama dalam botol baru”, sambil menambah bahawa “wain lama” adalah "racun' kepada pengundi.

Dia turut menyindir Taib dan timbalannya Tan Sri George Chan, yang juga presiden SUPP, berhubung janji mereka untuk meletakkan jawatan.

“Chan menggunakan muslihat yang sama pada 2006. Adakah dia meletakkan jawatan? Sebaliknya dia kahwin lagi, sama seperti Taib. Adakah anda fikir mereka ingin berundur?” soalnya, sambil disambut gelak ketawa hadirin.

miri dap pkr candidates first niteDi Miri pula, ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata sambutan terhadap ceramah di DUN Piasau kali ini mendapat sambutan lebih baik daripada pilihanraya 2006.

George Chan mempertahankan kerusi Piasau bagi penggal keenam.

Menurut Anthony sejumlah RM10,200 sumbangan berjaya dikutip untuk
mengisi tabung kempen pilihan raya.

Pada mulanya, polis cuba menghentikan ceramah tersebut atas alasan permohonan telah dibatalkan kerana SUPP mengadakan majlisnya di sebuah restoran berhampiran.

miri dap first nite talkBerikutan itu, pihak penganjur menuntut pihak polis bertindak adil dengan menghentikan juga majlis SUPP. Selepas itu, pihak polis beredar dan majlis Pakatan itu diteruskan dengan lancar, walaupun dalam keadaan hujan renyai.

Di Kuching, naib presiden PKR, Nurul Izzah pula mendapat tepukan gemuruh apabila beliau berucap sekejap dalam bahasa Cina, manakala seorang lagi naib presiden PKR, Tian Chua, berjanji Pakatan akan mengembalikan royalti minyak dan gas kepada Sarawak jika ia memerintah negeri itu.

Pantai Miri merupakan salah satu pengeluar gas asli terbesar di Malaysia. Penceramah lain ialah bekas ahli parlimen bandar Kuching, Sim Kwang
Yang dan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok

sibu dap first nite talkDi Sibu pula, orang ramai melimpah ke atas jalan untuk mendengar ucapan pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng dan Kit Siang.

Ucapan Kit Siang tertumpu kepada berita kematian seorang pegawai Kastam di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kuala Lumpur pagi semalam.

Beliau menggesa penduduk Sibu supaya mengundi calon-calon Pakatan bagi membolehkan agensi-agensi kerajaan dipantau dengan rapi.

Read more ...

PAS tawar lima calon sandaran harapan rakyat Sarawak

BIODATA PENUH 5 CALON PAS SEMPENA PRU SARAWAK.JOM KENAL!

N22 SEBUYAU

Haji Adam bin Ahid,berumur 62 tahun adalah merupakan anak jati kawasan Sebuyau.Beliau yang merupakan Pesuruhjaya Pas Sarawak menjadi aktivis sepenuh masa bagi Pas Sarawak.Haji Adam telahpun berkahwin dan kini mempunyai empat orang anak.


Pemilihan Haji Adam di kawasan Sebuyau adalah satu pilihan yang tepat, bukan sahaja kerana beliau adalah Pesuruhjaya Pas Negeri,tetapi lebih daripada itu adalah jumlah ahli keluarganya yang agak besar di kawasan Sebuyau. Mengikut Pas Sarawak,Haji Adam mempunyai rantaian keluarga yang agak besar meliputi kawasan Sebuyau,Sebangan,Seruyu,Sungai Apin dan Tebelu.


Selain itu juga,Haji Adam turut dikenali dan mempunyai ramai kenalan dari kaum Cina dan Iban dalam Dun Sebuyau.Dalam Pilihanraya Negeri kali ini,beliau akan menghadapi pertandingan tiga penjuru antara beliau dengan Julaihi Narawi (PBB) dan calon Bebas,Ali bin Semsu.

Dalam Pilihanraya Negeri pada tahun 2006,N22 Sebuyau yang terletak dalam Parlimen Batang Lupar menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PKR,Mohamad Akek dan penyandang sekarang,Julaihi.


Julaihi menang setelah memperoleh 3748 undi berbanding Mohamad 1300 undi dengan majoriti sebanyak 2448 undi.Untuk rekod,Sebuyau dianggap sebagai kawasan campuran dengan 58.3% pengundi daripada kaum Melanau dan 37.1% Iban.


N20 Sadong Jaya

Abang Eddy Alyanni bin Abang Fauzi berumur 34 tahun mendapat pendidikan di SMB Saint Thomas sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Kepimpinan Islam dari Institut Latihan Kepimpinan Perkaderan Dakwah Islamiah.


Pada tahun 2008,beliau bertanding di Parlimen Batang Lupar,menjadi calon tunggal Pas di Sarawak.Dalam pilihanraya tersebut,beliau tewas kepada Rohani Abdul Karim,calon daripada PBB.Buat masa ini,Abang Eddy adalah merupakan Ketua Pemuda Pas Negeri Sarawak,merangkap Pengarah PASTI negeri Sarawak.


Dalam pilihanraya kali ini,Abang Alyanni akan menghadapi saingan tiga penjuru antara beliau dan dua calon lain iaitu Aidel Lariwoo (PBB) dan calon Bebas Mahayudin Wahab.Dun Sadong Jaya dianggap sebuah Dun berpotensi untuk Pas apabila PBB hanya memenangi Dun tersebut dengan majoriti yang rendah pada tahun 2006.


N24 BETING MARO


Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus,merupakan seorang anak muda yang menjadi ikon baru Pas Sarawak dalam pilihanraya kali ini.Disenangi oleh banyak pihak,jejaka muda ini mendapat liputan seperti seorang selebriti dan dianggap seperti seorang artis di Beting Maro.

Peguam yang berumur 32 tahun ini berasal dari Sibu,sudah berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata.Seperti Haji Adam Ahid,Abang Mat mempunyai rantaian keluarga yang besar di kawasan Beting Maro, meliputi kawasan Beladin,Pusa,Undai dan Semarang.


Anak bongsu daripada tujuh beradik ini mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kini menjadi Penasihat Undang-undang kepada Pas Sarawak.Berikut adalah pengalaman kerja dan jawatan yang disandang beliau:


Pengalaman Kerja:

  • Ahli Majlis Tertinggi Hikmah Sarawak
  • NGO
  • Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (Penolong Setiausaha)
  • Timbalan Pengerusi Hikmah Bahagian Wilayah Persekutuan
  • Penasihat Undang-undang Sekolah Agama Bandar Baru, Bangi
  • Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Selangor

Jawatan Dalam Parti


  • Penasihat Undang-Undang PAS Sarawak
  • Ketua Pemuda Cawangan Bandar Baru Bangi, Naib Ketua Pemuda Serdang
  • Sekretariat Pemuda Prihatin – Timbalan Pengerusi
  • Ahli Jawatankuasa Juham Pusat, Instruktur Ilpas
  • Pengerusi Juham Selangor, Exco Pemuda Negeri Selangor


Untuk rekod,dalam pilihanraya umum kali ini,beliau akan menghadapi pertandingan dua penjuru antara beliau dan calon PBB,Razaili Gapor.



N15 MUARA TUANG

Puan Noraini binti Hamzah,berumur 49 tahun dan berasal dari Kelantan.Beliau yang telah menetap selama 30 tahun di Sarawak kini berkahwin dengan seorang anak jati Muara Tuang.Puan Noraini yang menjadi seorang surirumah separuh masa dan berniaga ini merupakan salah seorang aktivis Pas Sarawak yang aktif.


Wanita yang dikurniakan dua orang anak sebelum ini adalah Bekas Ketua Penerangan PKR Sarawak, sebelum mengambil keputusan menyertai Pas.


Puan Noraini dikatakan seorang pemidato yang agak baik,dan mempunyai ramai kenalan di kawasan Kuching dan Samarahan.


Dalam Pilihanraya kali ini,beliau akan ditentang oleh adik Ketua Menteri Sarawak,Datuk Ali Mahmud dari PBB.Sepatutnya,beliau telahpun diisyhtiharkan sebagai pemenang di Dun Beting Maro apabila calon PBB gagal mengemukakan penyata kewangan pada tahun 2006.Pun begitu,Ali berjaya menjadi calon setelah menyerahkan penyata tersebut walaupun lewat.



N03 TANJONG DATU

Puan Nani binti Sahari dilahirkan pada 13 September 1966 dan berumur 42 tahun,berasal dari Kampung Pulo,Petra Jaya Sarawak.Mendapat pendidikan di SMK Lumba Kuda,Padungan sebelum menyambung pengajian di UITM pada tahun 1993.


Puan Nani kini bekerja sebagai seorang pembantu klinik di Sarawak.Sebelum menyertai Pas tahun lalu,Puan Nani merupakan Ketua Wanita PKR pada tahun 2009.Sebelum itu beliau juga pernah menjadi Timbalan Ketua Wanita PKR Negeri dan Ketua Wanita Pantai Damai,Santubong.


Dalam pilihanraya kali ini,beliau akan menghadapi saingan tiga penjuru antara beliau dan dua lagi calon iaitu Tan Sri Adenan Satem dari PBB dan calon Bebas,Gilbert Asson Kulong.Untuk rekod,sebelum ini PKR menurunkan calonnya Sobey Daud di Tanjung Datu pada tahun 2006 tetapi hilang deposit.


Semoga kejayaan cemerlang menanti calon Pas di Sarawak!kamisokongpas

Read more ...

Taib Mahmud antara punca imej SPRM rosak

KUALA LUMPUR, 7 April: DAP melihat usaha Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim untuk memulihkan badan itu dilihat kurang berjaya kerana kegagalan badan itu mengambil tindakan terhadap pemimpin BN termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Kerana terlalu berahsia tentang prosedur dan cara operasi SPRM, campur tangan oleh Jabatan Peguam Negara dan juga Kerajaan Persekutuan serta sikap “double-standard” badan tersebut yang gagal untuk mengambil tindakan ke atas salah laku dan amalan rasuah oleh beberapa pemimpin BN termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Namun, tragedi terbaru iaitu kematian Ahmad Sarbani yang ditemui terbaring di tingkat 1, gelanggang badminton terbuka Bangunan SPRM, Kuala Lumpur semalam sesungguhnya melenyapkan segala usaha Datuk Seri Abu Kassim selama ini yang inginkan kelainan.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Abu Kassim harus berundur buat sementara waktu sehingga siasatan ke atas kematian tragis ini selesai.

Selain itu, beliau juga mencadangkan, dua lagi pendekatan baru diperlukan bagi memastikan tiada lagi kes suspek rasuah masuk ke pejabat SPRM dengan masih bernyawa tetapi ditemui mati ketika keluar dari pejabat itu.

"Pertama ialah dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang baru yang mamatuhi dan memenuhi norma- norma keadilan antarabangsa bagi
menyiasat kematian tragis masa kini.

"Keduanya ialah merombak semula operasi dan kaedah SPRM oleh “Transparency International” dengan kuasa penuh untuk mengubah apa sahaja yang dilihat perlu sama ada disukai atau tidak oleh Kerajaan Persekutuan bagi menjadikannya sebuah institusi anti-rasuah yang benar-benar efektif dan professional," katanya.

Taib enggan undur

Sementara itu, berita terus tersebar kepada pelbagai pihak kononnya pemimpin utama BN iaitu Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin gagal memujuk Taib berundur menjelang pilihan raya Sarawak ini.

Padahal sehari sebelum itu, media termasuk antarabangsa, dimaklumkan akan ada pengumuman penting dibuat menjelang pilihan raya Sarawak baru-baru ini.

Antara yang dijangkakan adalah pengumuman Taib untuk tidak bertanding dalam pilihan raya pilihan raya Sarawak kali ini.

Namun, selepas Najib dan Muhyidin bertemu Taib, tidak ada sebarang pengumuman penting dibuat.

Menurut sumber, Taib enggan berundur jika syarat-syarat yang dimintanya gagal dipenuhi BN termasuklah kepentingan diri dan keluarganya.

Read more ...