Friday, July 6, 2012

PUSAT JUDI GENTING!!! Siapa pemimpin Melayu yang berpakat dengan Lim Goh Tong?


Sejak beberapa hari kebelakangan ini, ramai member-member yang menyiarkan kembali gambar-gambar bersejarah. Diantaranya ialah gambar dibawah.

Sori la..aku tak tau nak bagi kredit kat sapa sebab aku sendiri tak tau mana punca gambar ini. Aku sapu gambar ni dari FB Kak Leha.

Aku lebih seronok cari isu-isu tanah sebab Ameno ni suka sangat main tanah. Sama macam MIC, balik-balik isu kuil. Bila PR memerintah Perak, depa dok jaja kata PR lelong habih tanah orang Melayu. Tapi dalam diam, Ameno ni dok pulun selagi ada tanah-tanah milik orang Melayu, habih depa sapu.

Kisah jual tanah ni bukan cerita baru. Benda ni dah bermula sejak dulu lagi, tapi orang Melayu mana tau!! Bagi BR1M , habih la.

Bagi orang Melayu yang berumur 40 tahun kebawah, mungkin ramai yang tak tahu dan tak mau ambik tau.


Kisah orang Melayu Ameno yang jadi kuda tunggangan orang bukan Melayu untuk mendapatkan tanah ini berlaku sejak tahun 60an lagi. Satu contoh yang cukup besar ialah Gentng Highlands.


Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL. cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut.


Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.


Tapi Lim Goh Tong bukan bodoh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.


Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.




Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.


Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.


Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.


Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau..memang bangang la.


Tun Razak pun aku tak payah cerita..sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata la.


Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong?


Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin).


Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri. Tun Razak dari Pahang..jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.


Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelamkabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll.


Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai.Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.


Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham..akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.


Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif..menguruskan pusat judi.

Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa kelaut.

Jangan salahkan pencuri..sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela
.-MSK

Read more ...

MCA MAKIN BIDAP!!!Malangnya UMNO makin menikus, rebah tersungkur di kaki MCA

Umum mengetahui, selepas PRU 12 strategi Umno ialah memainkan isu perkauman bagi mengekalkan undi Melayu, iaitu setelah kehilangan lebih 60% undi Cina dan lebih 70% undi India dalam PRU tersebut.

Namun dalam menagih simpati undi Cina, Umno yang kononnya begitu kuat bersemangat Melayu, tiba-tiba rebah tersungkur di kaki MCA sehingga di kalangan parti tersebut boleh berkata apa saja.


Antara paling lantang menghentam dan menghina Islam dan Melayu ialah Presiden MCA sendiri pelakon porno Dr Chua Soi Lek. Namun segala caci makinya dibiarkan saja oleh Umno demi menagih undi daripada Cina.


Sikap biadab Chua hanya dipandang sepi oleh kumpulan samseng Umno seperti Perkasa, Pekida, Jati, Jaket Hitam, GPMS, Belia Felda, Mamak, Pemuda Tahan Lasak dan lain-lain lagi.


Kumpulan jagoan tengok yang begitu garang dan bernafsu sebelum ini menghuru-harakan program PAS, PKR dan DAP tiba-tiba longlai tidak bermaya di kaki pelakon porno sekongkol Umno itu.


Katakanlah apa saja tentang Islam dan Melayu, pasti juak-juak Umno tidak larat walau hanya mengangkat kelopak mata sekalipun!


Menarik juga membaca pengomen-pengomen di facebook,

Cahaya Mega:
ish3.....tak hormat langsung kepercayaan or glain.tak suka Islam tak pe.tapi jngn menghina mcm ni.mana PEKASA?dah lembik dah ka?

Zariena Ahmad:
makin lme makin kurg ajo lak mlut bintg nie...mne kaum umnongokkkk...slalu diorg m,nyalak slh
Kemana pula perginya ulamak-ulamak besar Umno seperti Fathul Bari, Harussani, Riduan Tee dan lain-lain?

Mazlan Ab Rahman:
NAPA MUFTI DIAM..BAGI LAH KOMEN SIKIT..MANA ULAMA..NAPA DIAM MEMBISU BAGILAH KOMEN SIKIT...MANA PEJUANG PEJUANG ISLAMUMNO..NAPA DIAM...MANA BLOGGER UMNO...

Jamal Pak Tongko:
soi lek kan mufti baru umno...kahkahkah

Arif Hito:
CSL tidak hina islam sebab kefahaman beliau tentang islam selari dengan rakan lamanya itu. Nazar Osmond ini negara KETUANAN Melayu hahhahahah ,,,,

Amri Yakup:
Tak heran kalau dia ckp...yg heran melayu yg support tu..

Al-Ayyubi Ayahku:
Mentaliti dia sama dengan mentaliti pemimpin Umno...

Mohdazlan Ali:
Ohh snang je. Najib kne lluskn hdud di klantan n jhor. Bru adil. Stu dh dicdngkn pas n satu dh dicdngkn bn jhor. Pelagi? Pas hnya tnggu klulusn tkn butng hijau tnda jln. Umno tlg jgn tekan butang baju tnda takot.PSRN

Read more ...

SOI LEK HINA ADUN UMNO!!! Jentera media MCA pun ejek Rosmah Mansur, mana Hero Melayu UMNO?



Big mama.

Maaf, aku dah berkurun lama tak panggil 'rosmah mansur aku' dengan nama panggilan tersebut. 

kah kah kah

Tapi kali neh macam tak percaya pula yang wartawan the star = paper milik mca sendiri telah mengelarkan rosmah mansur dengan nama panggilan big mama. Aik? Tak takut ka kena hilang kerja? Tak takut ka kena sound dan buat permohonan maaf kepada rosmah mansur?

Taktau ka rosmah mansur tue sapa? Itu suami najib oke. Err tersilap. Bini najib oke. Taktahu ka najib tue sapa? Najib = suami kepada perdana menteri malaysia oke. Err tersilap lagi. Saja buat2. 

kah kah kah

Najib = perdana menteri malaysia oke. So tak takut ka apa bila wartawan the star yang juga pengerusi NUJ the star mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap rosmah mansur?




Adakah ini bermakna bahawa the star = paper milik mca sendiri telah berpaling tadah daripada menyokong mca dan bn kepada menyokong dap = pakatan rakyat pula? Jika ya, welcome on the board geng. We are all in one team now. 

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz1zuB8HFSk

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! Bakal calon rasmi Sukaneka Pasti Parit Buntar






 


































PARIT BUNTAR, 6 Julai : Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin telah merasmikan Hari Sukaneka Pasti Parit Buntar pada tanggal  23 Jun 2012 bersamaan 4 Syaaban 1433, bertempat di Dataran Purnama Kampung Kedah, Parit Buntar.
 
Hari sukaneka ini merupakan satu acara tahunan bagi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Parit Buntar. Seawal jam 8.00 pagi, Dataran Purnama telah dipenuhi dengan murid-murid PASTI, guru-guru PASTI, dan waris-waris serta penduduk sekitar. 
 
Program bermula dengan Ucapan Pengerusi PASTI Kawasan Parit Buntar, Wakil PASTI Negeri Perak, dan ucapan perasmian oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain yang telah diumumkan sebagai calon PAS bagi DUN Titi Serong dalam PRU 13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
 
Upacara memotong belon telah dilakukan oleh Ustaz Abu Bakar sebagai simbolik perasmian. 
 
Tepat jam 9.30 pagi, bermulalah aktiviti yang dinanti-nantikan iaitu acara Sukaneka. Sebanyak 39 acara telah berlangsung dengan dua acara melibatkan waris. 
 
Manakala 1 acara lagi dibuka kepada kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas. Bermakna, sebanyak 36 acara untuk murid-murid PASTI yang telah disusun. Antaranya Lari Pecut, Lari Berhalangan, Isi air dalam botol, menyusun huruf dan banyak lagi.
 
Dengan bantuan sayap Pemuda PAS Parit Buntar, Unit Amal, serta Nisa’, Semua acara berlangsung dengan baik. Acara sukaneka yang dipertandingkan telah berakhir pada jam 12.40 petang.

Ucapan Penutup telah disampaikan oleh Dr Mujahid Yusof, Ahli Parlimen Parit Buntar seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
 
Tahniah diucapkan kepada PASTI Al-Munir, Taman Murni kerana telah berjaya menjadi juara keseluruhan. Malah, kejuaraan pada tahun ini merupakan kemenangan tahun ke tiga berturut-turut bagi mereka.

Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya membawa pulang hadiah kemenangan kali ini. Kepada yang tidak menang, insya-Allah boleh cuba lagi tahun hadapan.

Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.BLOG PASTI PARIT BUNTAR
 
Barisan pengadil sudah bersedia.
 

Yahuuu... saya sampai dulu..
 

Lari berhalangan. Merangkak bawah meja.
 

Serang!!!!!
 

Peserta dok khusyuk menyusun huruf
 
YB Dr Mujahid sedang berucap

Read more ...

PENJARA 13 TAHUN, DENDA RM 2.275 JUTA!!!Pegawai SPRM pun rasuah juga, macam mana nak banteras rasuah?

SHAH ALAM, 6 Jul — Seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihukum penjara 13 tahun dan denda berjumlah RM2.275 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan rasuah tiga tahun lepas.
 
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Mohan, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan munasabah.
Bagi pertuduhan pertama, Mohan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan denda RM1.25 juta atau 60 bulan penjara jika gagal membayar denda, penjara 13  tahun dan denda RM1 juta atau 50 bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi pertuduhan kedua dan penjara 13 tahun dan denda RM25,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda bagi pertuduhan ketiga.

Bagaimanapun tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 13 tahun selepas Hakim Azhaniz Teh memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak daripada tarikh jatuh hukum hari ini.
 
Peguam yang mewakili Mohan, R.Ratha Kirushnan, memohon kepada mahkamah supaya hukuman penjara dan denda ke atas anak guamnya ditangguhkan sementara menunggu rayuan.
 
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nik Azrin Zairin Nik Abdullah berkata tiada keadaan istimewa yang membolehkan hukuman ke atas tertuduh ditangguhkan walaupun dia telah berkhidmat selama 18 tahun dengan SPRM.
 
Hakim Azhaniz Teh kemudian membenarkan hukuman penjara itu ditangguhkan tetapi menetapkan hukuman denda perlu dibayar pada hari ini selain mengarahkan tertuduh diikat jamin RM50,000.
 
Bagi pertuduhan pertama, Mohan didakwa meminta bagi dirinya suapan wang tunai RM250,000 daripada A. Sinnaiah sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas Sinnaiah, yang disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen.
 
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM200,000 daripada Sinnaiah sebagai dorongan untuk  melakukan perkara yang sama.
 
Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam, antara 11 pagi dan 1 tengah hari pada  22 Okt 2009.
 
Mohan juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu memperoleh untuk dirinya suapan wang tunai RM5,000 daripada orang sama sebagai dorongan untuk  melakukan perkara sama di di Restoran Sri Paandi Corner, Pandan Indah di  Ampang, Selangor, antara 11 pagi dan 12 tengah hari, 25 Okt 2009.
 
Pertuduhan pertama ke atas Mohan dibuat mengikut Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 manakala pertuduhan kedua dan  ketiga di bawah Seksyen 17 (a) Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.
 
Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali gandanilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi. — Bernama

Read more ...

SEORANG UNCLE SEEKEKERS KENA TAHAN!!! Lebih ramai UNCLE SEEKEKERS yang akan muncul

 Selama 3 bulan Uncleseekers menyiarkan siri “Sultan Johor atau Kerabatnya?”, tak ada siapa yang peduli untuk mengambil tindakan terhadapnya. Tidak ada pembela Raja, tak ada pembela Perkasa, Tak ada JATI. Semua diam macam tak ada teloq.

Pada 27/6, Mediaperak menyiarkan satu artikel yang bertajuk “Umno dibelakang Uncleseekers?”. Empat hari kemudian, pada 1 Julai, sekumpulan 30 individu membuat laporan polis di Johor Baru. Kumpulan ini juga siang-siang sudah membuat kenyataan bahawa mereka bukan dari mana-mana pertubuhan politik. Apatah lagi mempunyai hubungkait dengan Umno. Heran juga, mengapa Umno langsung tidak mahu terlibat dalam mempertahankan Sultan Johor.

Semalam, 5 Julai 2012, Uncleseekers akhirnya ditangkap di Senawang dan dibawa ke Johor Baru. Ada kawan-kawan bagi tau, Uncleseekers ditangkap sebab sudah lebih popular dari Papagomo. Ha.ha. Memang betul!!


Seronok ka kita bila Uncleseekers ditangkap? Memang seronok sebab blog-blog kita laris macam burger Ramly. Tapi lepas ni apa nak buat? Cukup ka dengan menceritakan apa yang berlaku keatas Uncleseekers?

Aku tengok Uncleseekers sebagai rakan blogger walaupun aku tak pernah jumpa dia. Dia mewakili suara rakyat yang menentang kezaliman pemerintah. Tak kira kita bercakap tentang kerajaan atau Sultan. 

Kalau sultan pun zalim…nak sembah buat apa? Orang Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutan tak ada pun Sultan…adakah depa hidup susah atau mati kelaparan? Adakah semua rakyat Johor hidup senang lenang sebab ada Sultan?

Dalam posting sebelum ini disini, aku katakan bahawa, blog Uncleseekers akan menjadi pemangkin kepada perubahan politik tanah air. Dan memang tidak dapat dinafikan, apa yang ditulis oleh Uncleseekers dipersetujui oleh sejumlah besar rakyat . Banyak Facebook dan blog yang menyokong Uncleseekers…malah sudah ramai yang menjadi Uncleseekers.

Semalam, seorang Uncleseekers ditangkap. Apakah kita mahu membiarkan Uncleseekers terus mati macam tu saja?

Bila aku tanya kat kawan-kawan, ada yang kata..”berani buat, berani tanggung la.”.

Serupa juga bila Perak dirampas oleh BN dulu, ramai yang ditangkap semasa demo di Kuala Kangsar. Bila member kena tangkap..masing-masing lari. “Sendiri buat, sendiri tanggung la.”

Macam mana pulak kalau selepas ini, Nizar pulak yang ditangkap dan dibawa ke Johor.” Apakah kita juga akan berkata, “mampuih pi kat dia la.”?

Aku percaya, Uncleseekers akan menerima nasib macam mereka yang ditangkap semasa demo di Kuala Kangsar.  Tak ada ramai peguam  yang berani tampil untuk membela mereka yang ditangkap kerana takut dianggap menderhaka kepada Sultan. 

Tambah-tambah lagi dalam kes Uncleseekers, jangan kata peguam..malah parti politik yang bercakap tentang menentang kezaliman pun tak berani nak tunjuk muka. Masing-masing akan mencuba menjaga imej..menjaga “hubungan baik” diantara parti dengan Sultan. Pirrrahh!!

Aku percaya lebih ramai Uncleseekers diluar sana yang tak perlu jaga nama baik parti. Aku juga percaya lebih ramai Uncleseekers diluar sana yang dah meluat dengan perangai Sultan dan Raja-Raja yang tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai pemimpin umat Islam. Nak tunggu apa?

Kita semua Uncleseekers. Dan apabila seorang Uncleseekers ditahan kerana menyatakan kebenaran….apakah kita hanya duduk diam?

Pertama sekali, Uncleseekers memerlukan peguam.  Kita perlukan solidariti untuk menunjukkan bahawa Uncleseekers tidak kesaorangan.

Mediaperak sanggup mencari peguam untuk membela Uncleseekers. tapi kami tak tau nak berhubung dengan sapa. Nak pergi Johor pun tak ada duit. Dengan sapa hendak berhubung?

Seseorang perlu melakukan sesuatu. Setiap bloggers dan Facebookers perlu mengambil tanggungjawab. Kita perlu membela Uncleseekers kerana kita semua Uncleseekers.MSK
 

Read more ...

TAK BERANI!!! MCA hanya berani dedah dalam dewan kerana dakwaan terhadap Guan Eng adalah fitnah


Kali ni Apek bekas bintang Porno sahabat Umno ni pasti terkencing-kencing beb... kah kah kah... bila mendengar cabaran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (LGE) yang mencabar beliau mengulangi perkataan bahawa beliau lebih bermoral kerana mengakui kesalahan beliau berkenaan video porno yang beliau adalah orangnya... dan LGE tidak mempunyai keberanian moral tersebut...kah kah kah !.

Apa macam sekarang Apek oiii... lu ingat lu pandai maaaaa.... tapi lu sebenar nya sama bodoh dengan lu punya sahabat Umporno kah kah kah... lu lain kali jangan nak cerita pasal moral lah Apek... lu cermin dulu muka lu kalau nak cerita pasal moral... lu jangan tambah lu punya munafik macam lu sahabat Umporno... kah kah kah... lu lebih baik cerita macam mana nak buka kilang ubat kuat maaaa... yang terbukti lu punya kepandaian... kah kah kah !.

Menurut kata LGE "Saya meminta dia buktikan keberanian dan politik bermoralnya dengan mengulangi penipuan bahawa Saya mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangan Saya... dan Isteri Saya telah menyerang wanita berkenaan... semasa debat 8 Julai 2012 iaitu pada hari Ahad ini... walau bagaimana pun Saya tidak akan menjawapnya ... sebalaiknya akan menyaman beliau di Mahkamah atas tuduhan fitnah bagi membuktikan bahawa LGE bukan seperti Chua Soi Lek"... kah kah kah !.

Itu pasal lah Apek oiii... kata olang Malayu lama... kalau bekawan dengan olang tukang besi nanti akan terkena itu besi punya percekan... tapi kalau berkawan dengan olang buat minyak wangi... kita juga akan bau wangi... kah kah kah... sebab lu sudah berkawan sama Umporno kaki fitnah sekarang lu pun sudah pandai nak buat fitnah lah Apek... tapi lu belajar buat fitnah dengan Umporno tatak abis belajar buat fitnah... sebab kalau Umporno buat fitnah dia olang akan buat sama dengan video walau pun itam putih... kah kah kah !.

Gua rasa lah beb ini kali bintang porno ni pasti tak tidur malam... kah kah kah... ialah nak ulang balik apa yang di cakapkan tentang moral dah sah lah kena saman... tak diulang balik dah tentu nampak beliau bapak kepala fitnah MCA... dan kalau tidur malam ni pun tak tahu lah berapa kali beliau akan pergi ke bilik air... kah kah kah... dan seronok lagi nya ialah sahabat beliau Umporno pun sama terkencing macam beliau bila dengar berita ni beb... kah kah kah !. [sumber klik sini]


hemmmmm..... lu orang agak-agak berani tak bekas bintang porno ni mengulangi kata-kata tersebut... kalau di ulang dah sah-sah lah menempah bala kalah dalam mahkamah... dan kalau tak ulang pulak lagi bertambah cepat lah nyawa politik mca/bn terkubur dalam pru13 nanti... jangan sampai lu terkencing atas pentas sudah ya apek... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.Mat Indera Sipejuang

Read more ...

TERDESAK NAK UNDI!!!Ahkhirnya MCA terkantoi, setelah UMNO tersembul

KUALA LUMPUR, 6 Julai — Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua menerangkan bahawa kerajaan Selangor tidak membayar sebanyak RM 1 bilion kepada Talam Corporation seperti didakwa oleh Datuk Chua Tee Yong.

Menurutnya, kerajaan negeri telah menerima bayaran sebanyak RM12.7 juta dari Talam pada 12 Mac 2010 dalam bentuk tunai, kemudian Talam menyerahkan aset kepada syarikat milik kerajaan negeri, Menteri Besar Incorporated (MBI), yang berjumlah RM 676 juta yang mempunyai hutang tertunggak sebanyak RM266.2 juta dan RM30.5 juta dalam kos tambahan.


“Kami membayar hutang dari cawangan syarikat MBI, iaitu Unisel, Kumpulan Hartanah Selangor dan Permodalan Negeri Selangor, bukannya Talam,” kata Setiausaha Publisiti DAP itu dalam sidang media pagi ini.


Menurut Pua lagi, Talam tidak menerima satu sen pun dari kerajaan negeri, bahkan memaksa Talam untuk membayar hutang lama dari kerajaan negeri yang terdahulu – berjumlah RM392 juta. Talam berhutang dengan Unisel sebanyak RM 255 juta, Hartanah Selangor RM 115 juta dan Permodalan Negeri Selangor RM 22 juta. Kerajaan negeri pada tahun 2008 telah menubuhkan Menteri Besar Incorporated (MBI) dan menyatukan semua syarikat ini di bawah MBI – menjadikan semua syarikat ini sebagai syarikat cawangan MBI.



“Kerajaan negeri telah memaksa Talam untuk membayar hutang tertunggaknya setelah tidak membayarnya semasa Selangor di bawah kerajaan Barisan Nasional.“Jadi bagaimana Datuk Chua Tee Yong boleh berkata yang kerajaan negeri menggunakan wang rakyat untuk membayar hutang-hutang Talam sedangkan Talam yang berhutang dengan kerajaan negeri?” katanya lagi.


Tony Pua menjelaskan bahawa aset-aset dari Talam yang diserahkan kepada kerajaan negeri adalah untuk menyelesaikan baki hutang selepas bayaran pertama yang berjumlah RM 12.7 juta dibuat.

Bayaran kedua dibayar melalui penyerahan aset berjumlah RM 44.7 juta dan aset ini adalah aset yang bebas dari hutang.

Tony Pua membidas kenyataan Chua yang mengatakan bahawa kerajaan negeri telah menggunakan wang rakyat yang berjumlah RM 1 bilion untuk membayar hutang-hutang Talam.


Selasa lalu, Chua meminta kerajaan negeri menerangkan kenapa RM 1 billion digunakan untuk membayar hutang Talam kepada tiga syarikat terbabit.“Jelas sekali Chua tidak menyemak angka-angka ini dengan betul hingga melakukan kesilapan sebegini,” kata Ahli Parlimen PJ Utara itu.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.


Gobind berkata MCA kini sudah semakin terdesak untuk mendapatkan undi dan ini bukan kali pertama parti komponen BN itu melakukan perkara sedemikian.“Serangan sebegini juga dilakukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan jelas sekali mereka semakin terdesak untuk mendapatkan undi,” kata Gobind merujuk kepada dakwaan tentang skandal seks Setiausaha Agung DAP itu.

Read more ...

UMNO BELASAH TANAH LAGI!!!DAP tolong dedah, PERKASA buat tak nampak, ISMA kata persepsi je tu

 
ADUN Sekinchan Ng Suee Lim mendedahkan satu lagi dakwaan urusniaga tanah yang menurutnya tidak wajar, melibatkan Umno bahagian Tanjung Karang di Selangor, yang membabitkan 1.2 hektar yang dibeli oleh bahagian tersebut pada harga diskaun sebanyak RM3.17 juta pada tahun 2001.


Umno bahagian berkenaan hanya membayar premium sebanyak RM130,244 untuk tanah komersial sewaktu pentadbiran BN sebelumnya, walaupun harganya pada awalnya telah ditetapkan pada RM3.3 juta, berdasarkan nilai pasaran.

NONE
Ng (kanan dalam gambar) berkata Umno Bahagian Tanjung Karang pada mulanya memohon untuk membeli tanah kerajaan negeri berdekatan Jalan Sungai Kajang pada 31 Mac 2001, dan ADUN Sungai Burong pada masa ini, dari Umno, Datuk Mohd Aini Taib merupakan orang utama dalam urusniaga tersebut.


Kerajaan negeri Selangor, melalui majlis tindakan ekonominya, meluluskan permohonan itu pada 3 Julai 2001 dan satu penilaian pasaran dibuat oleh jabatan berkaitan, yang meletakkan harga tanah itu pada RM3.3 juta.


Bagaimanapun, bahagian Umno tersebut merayu supaya harganya dikurangkan dan kerajaan negeri meluluskannya pada bulan April 2002.


"Akhirnya, kerajaan negeri membenarkan premium bagi tanah itu dikurangkan kepada RM1 satu kaki persegi, dan Umno bahagian hanya perlu membayar sejumlah RM130,244," kata Ng  hari ini.


Ng menggesa ketua Umno bahagian Tanjung Karang sekarang, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Tani, Datuk Noh Omar, supaya menjelaskan mengenai urusniaga tanah tersebut
Malaysiakini.com

Read more ...

ISU HUDUD!!!MCA sedap menghina, UMNO buat-buat BODO


Isu hudud yang gempak di Johor menyebabkan Umno terkepit dicelah papan. Kita tengok pemimpin Umno ni ada ‘stone’ ke takde. Rakyat Malaysia akan menyaksikan bagaimana para pemimpin Umno akan menari. Dalam suasana menghadapi PRU 13 kali ini, para pencatur strategi sentiasa mengasak antara satu sama lain.
 
Apapun isu Hudud yang mungkin secara jujur atau sememangnya nak berpolitik tapi membangangkan Umno. Ia dibangkitkan oleh Adun Umno-BN di Johor iaitu YB Datuk Ayub Rahmat telah benar-benar menguji sejauh-mana dakwaan Umno yang hendak membela agama Islam yang selama ini menuduh PAS sebagai parti yang sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
 
Apabila ia dilapurkan didalam media, meskipun beliau mencadangkan agar Johor mendahului Pas dalam melaksanakan hudud sebenar iaitu melaksanakannya terhadap orang Islam dan non muslim.
 
Pihak Pas dengan senang hati dan terbuka memberi sokongan padu jika pihak Umno ingin melaksanakan hukum hudud dinegeri Johor. Tidak kira
siapa yang mendahului siapa. Apa yang penting syariat Islam itu perlu ditegakkan kerana ia merupakan satu kewajipan dan tuntutan Islam. 
 
Kenyataan pemimpin tertinggi Pas iaitu Murshidul Am, Iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Sokongan juga oleh Ketua Penenrangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Tuan Guru Harun Taib selaku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang bersedia membantu Umno Johor pada bila-bila masa dalam menegakkan hukum Islam itu.
 
 
Pihak Mufti pun turut sama menyokong dan mendesak agar Umno yang mempunyai dan mendominasi kuasa di negara ini supaya melaksanakannya.
 

 
Dalam keadaan pemimpin Umno semua membisu. nampaknya MCA menunjukkan belangnya. kalau selama ini DAP dikatakan memperkudakan PAS. Hari ini kita dapat tahu siapa yg menjadi kuda siapa. MCA telah mengugut UMNO dalam isu hudud ini. Kecuttt… beb!!!
 
 
Taklah pulak Pemuda Umno berdemo!!!… Mana Perkasa, Pekida. Ke semua pun dah kecuttt ma!!!. Kalau pemimpin Pas buat kenyataan. Seribu report polis kot???
 
 
Ini bukan kali pertama, MCA menghina UMNO dalam isu hudud bahkan menghina Umat Islam keseluruhannya dengan mempersendakan hukum hudud itu. UMNO gagal untuk menjinakkan MCA, apatah lagi untuk menghormati amalan serta ibadah umat Islam tersebut. Lihatlah kenyataan-kenyataan MCA terhadap hudud itu sendiri.
 
 
Bahkan MCA berani memberi kata-dua kepada UMNO dengan mengugut untuk keluar daripada Barisan Nasional.
 

 
Terhegeh-hegehlah Najib & Muhyidin menenangkan bintang filem porno itu bahawa Umno tak akan melaksanakan hukum Hudud di Malaysia. hairan bin ajaib. Macamana lagi orang beragama boleh duduk dalam Umno lagi. boleh ditipu lagi. Mungkin habuan kebendaan menyumbat mulut mereka.
 

 
Sudahlah mereka tidak melaksanakan hukum Islam tersebut bahkan merekalah kepala dan penyendal untuk menghalang pelaksanaan undang-undang syariah di negara kita ini. Memang berbaloi betulah British mendidik dan meninggalkan kuasa kepada Umno sebagai penerus legasy barat di tanah-air kita ini.
 
Habis nak dalil apa lagi? Kalau menyokong Umno… sememangnyalah bersekongkol dengan kezaliman. Merekalah yang menjadi batu api dengan menuduh PAS pelbagai fitnah dan mereka undang-undang Islam sendiri. Nak harapkan mereka??? Kita semua tahu apa sikap Tun Mahathir sendiri terhadap hukum hudud.
 
Manakala Pas tetap istiqamah dan konsisten serta yakin dengan hukum Islam yang mampu menyelesaikan permasalahan umat manusia
 

 
Dalam masa yang sama, usaha penerangan dan penjelasan perlu diteruskan sehingga banyak pihak boleh menerima hikmah perlaksanaan ibadah ini. Bahkan usaha Pas ini semakin mebuahkan hasil tetapi apa usaha Umno. Menambah celaru bahkan menyesatkan orang Islam sendiri.
 

 
P/S: Buat2 bodo atau memang bodo! Ini peluang terbaik UMNO untuk tunjuk keprihatinan mereka kepada Islam.
 

Read more ...