Wednesday, February 22, 2012

UMNO YANG RASIS!!! Jirat Cina dah jadi jerat UMNO


Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Tak habis-habis isu perkauman sempit. Pembangkang di Kedah buat onar lagi. Kali ini isu kelulusan tapak perkuburan orang-orang Cina bukan Muslim atau biasa dipanggil jirat Cina.

Segelintir penduduk yang diperalatkan oleh Umno mengadakan demonstrasi haram Jumaat lalu mengecam kerajaan negeri kerana kononnya telah meluluskan jirat Cina seluas 190 ekar di Sungai Kob, Daerah Kulim.

Dalam bantahan tersebut mereka mendakwa bahawa tanah tersebut asalnya berstatus Tanah Simpanan Melayu dan kerajaan negeri telah mengkhianati Tanah Simpanan Melayu.


Bantahan juga bertumpu kepada kononnya ketidakprihatinan kerajaan negeri menjaga sensitiviti orang Melayu kerana membenarkan jirat Cina diadakan di kawasan Melayu. Semuanya berkisar mengenai perkauman.

Persoalan paling pokok ialah benarkah jirat Cina itu diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat? Jawapannya, tidak benar! Projek pembinaan jirat Cina di Sungai Kob, Kulim itu telah diluluskan pada 2007 di masa Menteri besarnya ialah Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Serentak dengan kelulusan tersebut, penduduk kampung sudah bangkit membantah. Sewaktu kerajaan negeri termanggu-manggu mencari penyelesaian tiba-tiba kerajaan BN tumbang di Kedah.


Maka macam biasa beban pun terpikul kepada kerajaan PR. Untuk tidak memberi kelulusan projek dari awal adalah lebih mudah dari membatalkan projek yang telah diluluskan. Maka kerajaan perlu memikirkan kaedah terbaik supaya kedua-dua pihak berpuas hati.

Projek yang diluluskan pada tahun 2007 itu adalah tanah milik persendirian. Asalnya tanah milik orang Melayu tapi bukan berstatus Tanah Simpanan Melayu seperti yang ditohmahkan oleh pembangkang kerana tanah Simpanan Melayu tidak boleh dijual kepada bukan Melayu.

Orang Melayu berpusu-pusu menjual tanah kepada pihak lain tidak pernah memikirkan bahawa hak mereka akan hilang selepas itu kerana yang penting bagi mereka ketika itu ialah wang tunai.

Apabila tanah sudah berpindahmilik, terpulanglah kepada tuan tanah tersebut untuk melakukan apa-apa projek di atas tanahnya. Bekas pemilik tanah tidak berhak mengajar apa yang boleh dan boleh mereka lakukan di atas bekas tanahnya.

‘Kehilangan’ tanah orang Melayu itu berlaku di zaman kerajaan negeri diperintah oleh Umno yang mengaku menjadi pembela orang Melayu.


Langkah pertama yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian ialah Majlis Perbandaran Kulim menganjurkan dailog melibatkan pemaju dan penduduk.

Rumusan terbaik dari dailog tersebut ialah perlu ada zon penampan (buffer zone) lebih lebar di antara tempat perkuburan dan perkampungan yang terdekat.


Jika di zaman BN zon penampan cuma melibatkan tanah seluas 20 ekar, tetapi hasil perbincangan semua bersetuju zon penampan dilebarkan sehingga melibatkan keluasan 80 ekar.

Cadangan terbaru itu diluluskan oleh kerajaan negeri. Zon penampan mempunyai tembok dan ditanam pokok-pokok besar. Jaraknya hampir satu kilometer. Kira-kira tidak sampai 10 keluarga yang tinggal berhampiran sempadan zon penampan tidak akan nampak tapak perkuburan tersebut.


Pembangkang dengan nada perkauman mendakwa kerajaan PAS lebih lunak dengan pemaju apabila menambahkan lagi keluasan tapak jirat Cina.

Memang betul keluasan projek ditambah dengan tujuan melebarkan lagi zon penampan bukan menambah keluasan tapak perkuburan.


Sama macam isu Madrasah Salihiah, Kanchut, penduduk tempatan sudah faham tapi orang luar pula yang menyibuk. Penggerak demonstrasi haram itu juga dikatakan orang yang sama mengadu domba dalam isu Madrasah Salihiah.

Mereka membawa kanak-kanak mengangkat sepanduk. Menurut ADUN Kulim, Lim Soo Nee (PKR), daripada sumber yang beliau perolehi, kanak-kanak yang terlibat dalam demonstrasi tersebut adalah anak-anak yatim yang dibawa oleh pembangkang.


“Orang-orang kampung yang datang ke situ bagi melihat apa yang terjadi, maka boleh nampakkan ramai yang datang untuk demonstrasi,” jelas Soo Nee. Buruk benar permainan pembangkang.

Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim turut menyelar tindakan penganjur mengadakan demonstrasi tersebut. “Tak perlu orang Melayu tiba-tiba bangun dan demonstrasi kerana tanah mereka sudah pun terjual,” katanya.

Beliau menyarankan semua terlibat dalam demonstrasi memikirkan masalah tanah perkuburan Islam yang semakin serius. Menurutnya, antara isu di Taman Selasih, Kulim, ribuan penduduk Islam tiada tanah perkuburan. Betul juga. Asyik menyibuk jirat Cina, tanah kubur orang Islam sendiri pun belum selesai.

Dari aspek politik, isu yang dimainkan Umno ini sangat menguntungkan PR di Kedah. Berdasarkan komposisi kaum, kira-kira separuh kerusi DUN di Kedah ‘ditentukan’ oleh pengundi bukan Melayu, khususnya orang Cina. Umno pernah anjur demonstrasi bantah kandang babi di Pokok Sena dan Gurun.

Mereka bantah pusat hiburan untuk bukan Muslim di bulan Ramadhan. Sekarang berdemo bantah jirat Cina. Dari hidup sampai mati, semua Umno mau kacau maa...

Read more ...

TEMBERANG BESAR!!! Hasan Ali tuduh PAS buang ulama, tapi kenapa JATI tidak diketuai ulama

NONENaib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempersoalkan motif sebenar penubuhan NGO baru, Jalur Tiga (JATI), yang diketuai oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Hasan Ali.

Menurut Husam, jika JATI benar-benar ditubuhkan untuk memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja, maka ia sepatutnya berganding bahu dan bukannya memilih bergaduh dengan PAS.

“JATI diperalat Umno untuk menyerang PAS,” kecam Husam yang juga ahli exco kerajaan negeri Kelantan dalam satu kenyataan media, semalam.


Katnya, jika benar bahawa pergerakan itu dibentuk kononnya untuk melindungi agama Islam, maka ia perlu dipimpin oleh seorang ulama.


“Kenapa (Mufti Perak) Tan Sri Harussani tidak mengetui JATI sebagaimana PAS yang diketuai oleh ulama.



“Datuk Hasan Ali bukan ulama dan dia tinggalkan ulama (PAS). Malah menentang ulama PAS. Kontradiksi ini jelas,” katanya.


NONE
Husam juga mempersoalkan mengapa JATI perlu menjaga orang Melayu sahaja sedangkan Islam melangkaui kaum dan tidak terhad kepada satu-satu bangsa sahaja.

Mengulas, ucapan yang dibuat oleh Harussani semasa pelancaran JATI bahawa Nabi Muhammad SAW juga anjur pertahankan Raja dan kaum, Husam berkata mufti itu telah mengambil pendekatan yang salah dan tidak sesuai untuk sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.


“Tan Sri Harussani sepatutnya lebih brhati-hati dan telus. Islam atasi kaum dan tidak terhad kepada satu-satu kaum sahaja.


“Malaysia meliputi pelbagai kaum. Jika mahukan kaum lain menerima Islam, maka tidak boleh dihadkan hanya kepada Melayu sahaja,” katanya.


NONE
Menurutnya, kenyataan seperti itu hanya membuktikan kegagalan Umno selama ini untuk membangunkan masyarakat Melayu.

Beliau turut memberikan contoh, mengenai beberapa institusi bagi membangunkan masyarkat Melayu pada zaman pemerintahan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein yang telah digugurkan.


Antaranya, Padiberas Nasional Berhad atau Bernas yang diswastakan dan tanah-tanah Perbadanan Pembangunan Bandar; atau UDA di tengah-tengah bandar, katanya telah dijual, manakala Majlis Amanah Rakyat atau MARA makin mati fungsinya.


“Pendekatan yang salah. Menggunakan agenda perkauman Melayu mengatasi Islam.


“Islam membawa agenda keadilan, perpaduan, kesaksamaan dan kebajikan mengatasi bangsa. Umno hanya menjadikan Islam sebagai alat. Dalam konteks itulah PAS dilihat berbeza dengan Umno,” katanya.

Read more ...

APA NAK DIKATA?!!!Hakim Malaysia dah kena baling kasut

NONESeorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.

Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.


Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.


Imam berkenaan, Hoslan Hussain (
kiri), yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu.


Difahamkan Hoslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan kerana ia mengikut undang-undang.


Hakim Zulkefli cuba menenangkan Hoslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.


azlan
Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.

Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan perbicaraan mahkamah memegang Hoslan dan cuba menenangkan beliau.


Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu.

Demi keadlilan


Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Hoslan berkata, rungutannya bukan tentang pengusiran, tetapi demi keadilan, kerana beliau telah membangkitkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan tabung di Masjid Ar Rahimah dan isu-isu berkaitan tidak dilayan.

azlan
Beliau mendakwa banyak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga pihak polis berhubung dakwaan penyalahgunaan berkenaan, tetapi tiada tindakan.

Malah, dakwanya, Umno turut terbabit menggunakan MAIWP untuk menyingkirkannya.


Menurut Hoslan, beliau menjadi imam rawatib sejak tahun 2005 dan sebelum itu, beliau merupakan bilal di masjid berkenaan.


Katanya, beliau tidak diwakili peguam dalam semua kes mahkamah, bukan kerana beliau tidak mampu, tetapi kerana MAIWP telah menggantung gajinya.


bersih rally july 9 crowd face-off with police 1
Hoslan juga mengaku menjadi penyokong kuat pembangkang, terutama PAS, dan berkata beliau turut membantu pada setiap kempen pilihan raya kecil yang disertai parti itu.

Ketika kemuncak BERSIH 2,0 tahun lalu, katanya,

khutbah Jumaat di masjidnya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan berkenaan.

Namun, sebaik mendengar khutbah itu Hoslan berkata, beliau mengangkat jubahnya sebagai protes di hadapan jemaah, untuk menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya.

Read more ...

HUBUNGAN DAGANG!!! Peluru buat Israel bunuh rakyat Palestin

PELABUHAN KLANG 23 Feb: Penyelaras Jingga 13, Fariz Musa berkata, hubungan dagang antara Malaysia dan Israel menunjukkan seoalah kerajaan tergamak membantu rejim itu ‘membeli peluru’ untuk membunuh rakyat Palestin.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan demonstrasi membantah kapal kargo Zionis, Zim Europa yang berlabuh di Westport, Pelabuhan Klang semalam.

“Kita dah buktikan dengan dokumen (kehadiran kapal Zim), sebab itu kita membantah dan menuntut kerajaan Malaysia menyatakan pendirian.
“Hubungan dagang ini seolah-olah membantu negara haram Israel membeli peluru bagi membunuh rakyat Palestin,” tegasnya.

Lebih 150 hadir pada perhimpunan membantah kapal kargo berkenaan yang turut dihadiri anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK), aktivis Generation 709, Gerakan Rakyat Selangor (GRS), Road To Putrajaya (RTPJ), dan aktivis mahasiswa.

Hadirin turut melaungkan slogan ‘Hidup Islam’ dan ‘Hancur Zionis’ sambil memegang sepanduk tertera perkataan, Umno iktiraf Israel, ‘AMK bantah Kapal Israel’ , dalam keadaan hujan renyai.

Dalam sidang media sejurus selepas itu, Fariz memaklumkan akan mengadakan himpunan serupa di kedutaan Palestin pada 29 Februrari untuk menyerahkan bukti yang dikumpul kepada wakil negara itu.

“Kita ada undang-undang. Malaysia tidak mengiktiraf negara Israel. Jika benar tiada, mengapa ada hubungan dagang?” soalnya.

“Jingga 13 ada bukti dokumen yang dicop asli Kastam Malaysia. Malah ada bukti menunjukkan negara ini mengeksport balak menggunakan kapal Zim,” katanya.

Beliau kesal peranan syarikat perkapalan Malaysia, MISC yang dipinggirkan berikutan langkah kerajaan menggunakan perkhidmatan syarikat Zim dalam operasi eksport balak ke luar negara.

“Ada banyak lagi syarikat perkapalan. Mengapa gunakan Zim? Kalau tak ada pengiktirafam, kapal Zim takkan dibenarkan masuk,” tegasnya.

Read more ...

PANAS!!! Pemimpin BN tawar wang supaya tarik balik aduan mencabul

MCA kini berdepan dengan satu lagi skandal yang melibatkan pemimpinnya, kali ini Ng Tian Poh, ahli jawatankuasa Perhubungan MCA Perak. Ng Tian Poh dituduh mencabul seorang jurusolek bernama Ng Sook Mei pada 30 Disember 2010, dan isu ini menjadi hangat di dunia internet, baru-baru ini. Ibu pejabat polis daerah Ipoh telah mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa satu surat telah dikeluarkan untuk memaklumkan Ng Sook Mei bahawa polis telah menjalankan siasatan rapi terhadap aduan beliau, malah tangkapan telah dibuat ke atas Ng Tian Poh (gambar), yang disyaki terlibat dalam kes ini.

Bagaimanapun, Ng Tian Poh ketika dihubungi MerdekaReview, menafikan dirinya telah ditangkap. Ng Tian Poh bagaimanapun mengakui dirinya pernah disiasat sekali sahaja pada tahun 2010. Ng Tian Poh enggan mengulas apabila wartawan menyusul dengan soalan sama ada beliau mencabul wanita tersebut.

Dalam aduan polis oleh Ng Sook Mei pada 31 Disember 2010, Ng Tian Poh dituduh memasukkan tangan ke dalam baju Sook Mei, meraba buah dadanya dan membuka kancing baju dalamnya. Sook Mei, 29 ketika itu, menolaknya tetapi Ng Tian Poh terus memasukkan tangan ke dalam seluar pendeknya.

Seorang kawannya, Ranjit yang berada bersama mereka ketika itu, di Ipoh Royal Club menolong Sook Mei untuk membebaskan diri dari terus dicabul Ng Tian Poh.

Ng Sook Mei memanggil sidang media pada 17 Februari 2012 untuk menjelaskan apa yang berlaku pada malam itu. Beliau bersama teman lelakinya berada di tempat kejadian semasa pencabulan berlaku. Mereka pergi ke Ipoh Royal Club atas undangan kawan, dan diperkenalkan kepada Ng Tian Poh. Ng Sook Mei dan teman lelakinya hanya tahu identiti Ng Tian Poh selepas kad namanya dihulurkan kepada mereka.

Bagaimanapun, ketika pencabulan berlaku, teman lelaki Ng Sook Mei tidak terdaya untuk berbuat apa-apa, setelah mengambil minuman keras yang diberikan kawannya. Begitu juga dengan Ng Sook Mei yang merasakan tubuhnya hilang tenaga.

Beberapa akhbar Cina membuat liputan untuk sidang media itu, tidak menyebut "pemimpin MCA" sebagai orang yang disyaki terlibat, melainkan Oriental Daily dan Guang Ming Daily yang menyebut "pemimpin MCA" dalam laporannya.

Menurut teman lelaki Ng Sook Mei, terdapat sesetengah pihak yang berlatarbelakangkan parti politik pernah memujuk agar tidak dibuat aduan polis, dan menawarkan wang kepadanya agar kes ini "diselesaikan". Bagaimanapun, beliau menolak tawaran tersebut.

Peguam Ng Sook Mei, iaitu Leong Cheok Keng (gambar kiri) turut berkata dalam sidang media itu, bahawa pihak polis pernah mendakwa pihaknya memiliki rakaman video kejadian tersebut, lantas mempertikaikan mengapa tindakan tidak diambil sehingga hari ini.

Leong berkata beliau pernah menulis surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Polis Negara Ismail Omar, Jabatan Perdana Menteri dan Peguam Negara bagi pihak anak guamannya, menyeru agar pihak berkenaan memandang serius kes ini, menurut laporan. ~
merdekareview

Read more ...

HUTANG MALAYSIA RM456.1 MILION!!! Bukti BN sudah tidak layak memerintah

hutang malaysia Hutang Malaysia 2012 Telah Menjangkaui RM456.1 Billion!!
Kalau semasa pembentangan Bajet 2012, bajet yang dikemukan oleh Datuk Seri Najib Razak merupakan bajet defisit. Bajet defisit bukanlah suatu yang teruk tetapi jika terus-menerus kerajaan mengemukakan bajet defisit kepada rakyat, ada masalah sebenarnya.

Hutang Malaysia 2012 berdasakan semakan kami di laman Bank Negara menunjukkan ianya terus meningkat ke angka RM456.1 billion. Masih lagi meneruskan dengan trend yang meningkat naik. Rakyat Malaysia perlu risau?

Hutang Malaysia VS Bebanan Kepada Rakyat?

  1. Negara mempunyai hutang yang tinggi : Rakyat menanggungnya
  2. Negara mempunyai lebihan dana yang agak tinggi : Rakyat menikmatinya
Dua situasi yang berbeza di situ. Contoh paling mudah, Greece. Tahu bukan apa jadi pada Greece sekarang ini? Hasilnya apa jadi kepada rakyat Greece pencen mereka kena potong 20%. Greece jatuh sebab apa? Pun kami ada kongsikan di laporan ini : Harga Emas Semasa Melonjak VS Krisis Greece.

Walaupun masih lagi Malaysia belum sampai lagi ke tahap seperti Greece, tetapi jika kerajaan Malaysia tidak ada disiplin menguruskan kewangan negara, tiada yang mustahil ia akan menjadi bertambah buruk.

Kasihanilah generasi yang akan datang yang akan menanggungnya kelak.
“Sebagai seorang bapa (pemimpin kerajaan), takkanlah kita mahu tinggalkan anak kita (rakyat Malaysia) dalam keadaan hutang keliling pinggang”
hutang malaysia 2012 Hutang Malaysia 2012 Telah Menjangkaui RM456.1 Billion!!
Laporan Kewangan & Ekonomi Malaysia : Kali terakhir Data Dikemaskinikan pada 21 Februari 2012

Hutang Malaysia 2007-2011

Ini pula statistik penuh yang dihasilkan oleh pusat Kajian Politik Untuk Perubahan KPRU) berdasarkan hutang kerajaan Malaysia daripada tahun 2007-2011
hutang kerajaan malaysia Hutang Malaysia 2012 Telah Menjangkaui RM456.1 Billion!!
Kalau diikutkan Malaysia mengamalkan ekonomi yang terbuka dan bergantung kepada perdagangan antarabangsa. Hakikatnya sekarang ini ekonomi dunia tidak berapa baik. Berdasarkan pembentangan bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 lepas, kerajaan meletakkan sasaran :
  1. untuk mengurang defisit sebanyak 4.7%
  2. unjuran pertumbuhan ekonomi 2012 sekitar 5-6%
RHB Research Center membentangkan laporan mereka sebelum ini memberitahu, risiko kemelesetan ekonomi global yang berlaku sekarang ini sebenarnya dan hakikatnya akan memberikan impak yang sangat tinggi kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan dijangka pada tahun 2013 ekonomi Malaysia akan bergerak perlahan sehingga ke tahap 3.5%. Kalau begitu, apa akan jadi akan Malaysia?

Akibatnya……..angka hutang Malaysia yang anda lihat hari ini iaitu sebanyak RM456.1 billion akan terus meningkat ke angka yang lebih membimbangkan!! Dan lebih memburukkan lagi keadaan apabila ekonomi China dan ekonomi global menuju ke era kemelesetan.

P/S : Adakah kita mahu terus menunggu sehingga hutang Malaysia sudah mencecah RM1 trillion baru, barulah kita akan mula nak melatah?RM

Read more ...

PELABURAN!!! Pulau Pinang no. 1 lagi, sebab tu UMNO suka tabur fitnah

http://www.internationalbusinessreview.net/Portals/4/IBR_58/Lim%20Guan%20Eng.pngKetua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan kejayaan negeri itu menduduki tempat pertama dalam pelaburan sektor pembuatan untuk dua tahun berturut-turut - 2010 dan 2011 - sebagai pencapaian "menakjubkan dan luar biasa" bagi negeri yang kedua terkecil di Malaysia itu yang tidak mempunyai sebarang sumber aslli.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengucap tahniah kepada 1.6 juta rakyat negeri itu yang menurutnya, berhak mendapat penghargaan ekoran pencapaian bersejarah tersebut.


Katanya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad mengumumkan Pulau Pinang mengungguli pelaburan sektor pembuatan untuk tahun kedua berturut-turut dengan RM9.1 bilion - melepasi sasaran RM6.1 bilion.


Pada tahun 2010, Pulau Pinang unggul dalam pelaburan sektor pembuatan di Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah dengan jumlah sebanyak RM12.2 bilion.


"Pencapaian Pulau Pinang menjadi nombor 1 bagi tahun kedua berturut- turut merupakan sesuatu yang tidak diduga," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.


"Kerajaan negeri telah memberi tumpuan kepada pengukuhan sumber manusia dan membina kapasiti untuk menarik sektor-sektor kritikal yang berpengetahuan intensif, berteknologi tinggi dan bernilai tinggi dalam elektronik, lampu LED, tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, avionik dan aeroangkasa, peranti perubatan dan bioteknologi," tambahnya.


Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, katanya, bangga menjadi sebahagian daripada kejayaan bersejarah itu dan akan meneruskan pentadbiran CAT yang berasaskan Cekap, Akauntabiliti dan Telus.


"Tender terbuka yang kompetitif dan pengisytiharan aset oleh pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan inspirasi keyakinan di kalangan pelabur terhadap komitmen politik kita ke arah urus tadbir yang baik dan bersih serta tanggungjawab peribadi terhadap integriti dalam kepimpinan," tegas Lim lagi.


Sehubungan itu, tegas Lim, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang ingin mengucapkan terima kasih Mustapa dan MIDA atas kerjasama mereka dengan InvestPenang.


"Mendiang Tun Dr Lim Chong Eu juga seharusnya tidak dilupakan untuk legasi beliau dalam meletakkan asas sebuah negeri industri yang telah membolehkan kerajaan sekarang membina setiap kejayaan.


"Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan terus membina bakat manusia dengan memberi tumpuan kepada latihan, latihan semula, mengekal dan menarik bakat- bakat baru.


"Tambahan pula, penaiktarafan logistik dan infrastruktur fizikal dan digital juga diperlukan. Pada masa yang sama, pembangunan sektor PKS akan lebih hebat dengan siapnya pusat PKS Pulau Pinang pada bulan Jun tahun ini yang akan menawarkan sewaan murah untuk permulaan syarikat yang berteknologi," tegas Lim.


Untuk pertama kalinya, kata beliau, MIDA telah memperkenalkan penunjuk pengukuran baru iaitu “jumlah pelaburan” yang merangkumi sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama.


"Dalam kategori baru “jumlah pelaburan” ini, Pulau Pinang tewas tipis kepada Sarawak di mana Sarawak menerima rangsangan yang besar daripada pelaburan minyak dan gas.


"Sarawak menarik kira-kira RM14.35 bilion dalam keseluruhan pelaburan tahun lepas manakala Pulau Pinang sebanyak RM14.038 bilion. Petronas sahaja melabur sebanyak RM6.7 bilion di Sarawak berbanding pelaburan yang minimum untuk Pulau Pinang," katanya.


Menurut Lim, walaupun tidak mempunyai pelaburan dalam sektor utama, Pulau Pinang hanya ketinggalan RM300 juta kepada Sarawak disebabkan kekuatan yang mengagumkan dalam sektor perkhidmatan Pulau Pinang.


"Perkhidmatan sektor telah dikenal pasti oleh kerajaan negeri sebagai salah satu enjin berkembar dalam pertumbuhan ekonomi bersama-sama dengan sektor pembuatan. Pulau Pinang berharap dapat melihat perkembangan perkhidmatan lebih 50 peratus daripada KDNK menjelang tahun 2020," tambah Lim.


Menurut Lim, agensi berita US Bloomberg pada Oktober 2011 telah menyifatkan pertumbuhan Pulau Pinang “kejayaan terbesar ekonomi” Malaysia walaupun Kerajaan Persekutuan memberi fokus kepada Johor dan Sarawak.


"Kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia untuk berkongsi kejayaan ini dengan Kerajaan Persekutuan demi manfaat bukan sahaja kepada 1.6 rakyat Pulau Pinang tetapi juga untuk semua rakyat Malaysia yang akan mendapat manfaat daripada peningkatan resit cukai ini," tegas Lim.

Read more ...