Friday, October 26, 2007

Majlis Berkhatan

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI
Anjuran DPP Kaw Parit Buntar

Tarikh : 17 Nov 2007 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan TG Hj Ahmad Tuan Hussin
Pusat Tarbiah Titi Serong, Pt Buntar, Perak

Bayaran : RM70.00
(termasuk Kenduri dan Doa Selamat)

Maklumat Lanjut Hubungi
En. Wan (019-4003776)
En. Joe (012-4669772)
En. Mie (013-4134520)

Peserta terhad kepada 40 orang sahaja

Read more ...

Wednesday, October 24, 2007

Ribuan hadiri Majlis Raya PAS Parit Buntar

Parit Buntar : Majlis Jamuan Hari Raya PAS Kawasan Parit Buntar seperti tahun tahun sebelumnya menarik kehadiran ribuan rakyat di kawasan Parit Buntar,malah kehadiran pada tahun ini melebihi pada tahun sebelumnya.

Menurut Pengarah Program Drs. Khalil Idham Lim bin Abdullah, keadaan cuaca yang baik dan hebahan program yang meluas ke seluruh Parit Buntar adalah faktor kehadiran yang begitu ramai.

“Orang ramai datang bertali arus sejak jam 3.00 petang. Selalunya lepas Asar orang dah tiada tetapi tahun ini sehingga pukul 6.00 petang pun masih ramai yang berada di dewan. Makanan hampir tiada berbaki, cuma tinggal seredak”. Katanya.

Orang ramai yang datang ke majlis ini telah dihidangkan dengan lemang, nasi himpit, roti canai, sate dan pelbagai jenis kueh raya.

Pimpinan PAS Negeri dan Kawasan telah memberi ucapan pada Majlis Jamuan Hari Raya ini diselangi dengan persembahan Kompang dan Gendang dari PAS Cawangan Sungai Betul serta persembahan pelajar-pelajar PASTI. Antara tetamu pimpinan yang memberi ucapan adalah Setiausaha Perhubungan PAS Perak Ir. Hj. Nizar Jamaluddin dan Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Hj. Ahmad Awang.

PAS Kawasan Parit Buntar juga menyediakan acara cabutan bertuah kepada orang ramai yang hadir serta acara kuiz untuk kanak-kanak dengan hadiah ditaja oleh PAS Cawangan dan individu. Anggota Unit Amal Kawasan Parit Buntar Sdr. Salehuddin Mohd Said menjadi pemenang paling bertuah apabila berjaya mendapat hadiah sebuah basikal dari PAS Kawasan Parit Buntar.

Sementara itu, PAS Kawasan memohon maaf kepada orang ramai yang hadir ke Majlis Pidato Aidilfitri pada malamnya kerana pemidato utama Tuan Haji Muhamad Sabu tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan. PAS Kawasan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ust. Haji Ahmad Awang yang sudi mengantikan Tuan Haji Muhammad Sabu menyampaikan ceramah.

Ust. Hj. Ahmad Awang sebelum itu telah menghadiri jemputan dan mengadakan pertemuan khas dengan pimpinan Kelab Penyokong PAS Parit Buntar di Kuala Kurau. Pertemuan yang berlangsung selama lebih sejam itu dikatakan berkaitan dengan pendirian Kelab Penyokong PAS Parit Buntar terhadap beberapa isu yang berlaku di DUN Kuala Kurau.

Read more ...

Monday, October 22, 2007

PAS Ada Peluang Cerah Di Parit Buntar

PARIT BUNTAR : PAS berpeluang merampas ketiga-tiga kerusi di Parit Buntar berdasarkan gerak kerja PAS Kawasan Parit Buntar yang aktif dan tersusun. Demikian pandangan Sdr. Shamsul Kamal bin Hj. Idris Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan yang merupakan anak kepada AJK PAS Kawasan Parit Buntar.

Menurutnya sebagai anak perantau beliau sentiasa mengikuti perkembangan PAS Kawasan melalui maklumat bapanya yang memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha PAS Kawasan dan juga melalui laman web PAS Parit Buntar. Beliau juga membuat analisis berkenaan kedudukan pengundi Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan DUN kuala Kurau.

“Saya yakin dengan gerak kerja pilihanraya yang aktif sejak pilihanraya 2004, kerjasama yang baik dengan orang-orang Cina dan program kebajikan yang melebar. Saya yakin kita akan berjaya memenangi ketiga-tiga kerusi ini”. Katanya yang juga ada menyediakan satu kertas biodata Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin yang akan beliau di bentangkan di Negeri Sembilan.

Majlis Anak Perantauan yang di adakan pada Hari Raya kedua ini mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun hujan lebat turun sejak petang hari. Lebih kurang 50 orang anak perantau dapat turun pada malam berkenaan dan ramai yang tersekat akibat hujan lebat.

Sementara itu, AJK DPP Parit Buntar Sdr. Halim Yahaya berharap anak perantau dapat bersama membantu PAS Kawasan mengerakkan jentera pilihanraya samada turun sendiri ataupun dengan sumbangan dana. Beliau juga mengharapkan agar anak perantau membantu memantau gerakkerja di kampung masing-masing. Beliau juga memaklumkan tentang penggunaan laman sementara web PAS Parit Buntar kerana laman asal telah diserang hackers.

Read more ...

Saturday, October 20, 2007

Anak Perantau Wajib Turun Mengundi – Ust Azli

PARIT BUNTAR: Undi ahli-ahli PAS dan penyokong PAS yang tinggal di peratauan boleh membantu PAS mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan dengan itu Ketua Pemuda PAS Perak Ustaz Nor Azli bin Musa menyeru ahli-ahli PAS dan peyokong PAS berada di perantauan supaya kembali ke Parit Buntar di hari pilihan raya umum supaya mereka dapat mengudi.

Menurut beliau,dalam pilihan raya umum yang lalu di Kelantan ada satu DUN d mana PAS telah mencapai kemenangan dengan hanya sebanyak dua undi sahaja kerana undi ahli-ahli PAS dan penyokong PAS yang tinggal di perantauan balik mengundi di tempat mereka.

"Oleh itu atas pengalaman itu maka saya mahu semua semua ahli PAS dan penyokong PAS yang tinggal di perantauan supaya kembali di tempat mereka masing-masing di hari mengundi kerana undi mereka boleh membantu PAS mencapai kejayaan dalam pilihan raya umum akan datang," Jelasnya semasa berucap majlis anak perantauan sempena Aidil Fitri yang diadakan Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin diT iti Serung dekat sini baru-baru ini.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Parit Buntar kerana berjaya mengadakan program sedemikian setiap tahun dan sentiasa mendahalui Kawasan lain. Justeru ini membuktikan kesungguhan mengumpulkan anak perantau yang pulang berhari raya. Hasil sikap ini PAS Kawasan berpotensi mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum akan datang.

Beliau juga mengajak ahli-ahli PAS supaya membuat persedian untuk menghadapi pilihan umum dan anggaplah pilihan akan berlaku di bulan November tahun ini dan jangan anggap tahun depan dan jika ahli-ahli menganggap akan berlaku tahun hadapan dia bimbang ahli-ahli PAS masih leka kerana tidak membuat persedian untuk menghadapi pilihan raya.

Bercakap di majlis itu beliau yang menaruh harapan agar PAS akan mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya umum kali ini kerana banyak isu berlaku yang boleh membantu PAS mencapai kejayaan mengajak ahli-ahli PAS supaya berjihad melaksanakan gerak kerja Islam.

"Oleh itu marilah berjihad walaupun cara berjihad di negara ini tidak seperti di Palestin, Afhanistan, Kasmir iaitu melalui peperangan tetapi jika bekerja untuk Islam,menentang kezaliman juga dikira sebagai jihad dan jika mati insyaallah akan masuk syurga," Ujarnya yang mengingatkan masyarakat bahawa walaupun seseorang itu banyak melakukan amal ibadat tetapi belum tentu akan masuk Syurga jika tidak berjuang dalam perjuangan Islam.

Berucap di majlis yang sama beliau memuji bekas pemimpin Hamas Allahyarham Shaikh Mohamad Yasin walaupun anggutanya cacat tetapi beliau mempunyai semangat waja berjuang untuk menentang Yahudi akhirnya dia Syahid dalam perjuangan.

Justeru itu,oleh kerana melihat perkembangan itu kita yang sempurna angguta dan diberi Allah dalam keadaan sihat mengapa tidak mahu bangun untuk berjihad untuk menegak Islam dan menentang kezaliman.

Sementara itu dalam perkembangan yang lain beliau mengingatkan ahli PAS membunagkan sifat takut dalam diri setiap pejuang kerana di dalam pilihan raya umum UMNO yang menjadi tunggak Kerajaan Barisan Nasional akan menggunakan berbagai taktik kotor untuk menang dan menakutkan ahli-ahli PAS.

Sehubungan dengan itu beliau menasihatkan semua ahli PAS supaya menanam sifat berani untuk berdepan dengan berbagai cabaran yang bakal dibuat oleh BN dalam pilihan raya umum nanti dan jadikanlah peristiwa di Batu Buruk sebagai pengajaran bahawa BN memang suka menggunakan taktik kotor untuk menakutkan dan memburukkan ahli-ahli PAS..

Dalam perkembangan lain seorang anak perantau yang tinggal ditanjung Piandang bekerja di Sabah bernama Syariffudin bin Ahmad meminta PAS disini supaya menubuh Persatuan Anak Perantau supaya mereka dapat berjinak dengan PAS .

"Saya percaya kalau Persatuan Anak Perantauan dapat ditubuh di sini dan bukan atas nama PAS maka ramailah anak-anak perantauan akan menyertainya dan akhirnya mereka akan tertarik untuk menyertai PAS," Jelasnya yang juga meminta supaya persatuan ini yang tubuhkan nanti menubuhkan dana kewangan.

Diantara yang hadir dimajlis itu ialah bekas calon PAS di DUN Kuala Kurau Ustaz Drs Idham Lim Adbullah, bekas calon DUN PAS Titi Serong Azhar bin Haji Shahrin, YDP Kawasan Haji Harun bin Hashim dan anak-anak perantauan di sini.

Read more ...

Wednesday, October 17, 2007

Jamuan Aidil Fitri PAS Kawasan Parit Buntar

Tarikh : 21 Oktober 2007

Masa : 3.00 Petang

Tempat : Dewan Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussien
Pusat Tarbiah Kawasan Parit Buntar, Titi Serong

Tetamu Jemputan : Tuan Hj Mohammad Sabu

Semua dijemput hadir


Pidato Aidil Fitri

Masa : 9.30 malam

Oleh : Tuan Hj Mohammad Sabu

Read more ...

Wednesday, October 10, 2007

Hackers tajaan Umno mula godam laman web PAS

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Hrkh) - Hackers atau pengodam internet pagi ini menyerang laman-laman web yang berada di bawah domain pas.org.my menyebabkan ke semua laman web PAS termasuk webtv PAS tidak dapat dicapai.

Hackers yang dipercayai didalangi Umno menyerang server yang menempatkan laman-laman di bawah domain dan sub-domain pas.org.my.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, Pihak Bantuan IT PAS memaklumkan, mereka sedang berusaha untuk mengatasi masalah tersebut.

Dalam masa yang sama pihak IT PAS, juga akan menilai kadar kerosakan dan sebarang isu-isu keselamatan lain yang mungkin timbul.

Pihak IT PAS juga akan mengambil tindakan untuk melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk tindakan.

Ini bukanlah kejadian kali pertama - malah laman2 pas.org.my sering menjadi sasaran pihak2 yang cemburukan kemampuan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dlm memanfaatkan teknologi IT dan khususnya internet.

Bagaimanapun, pihak IT PAS memberitahu, terdapat kemungkinan semua data-data laman adalah terjejas disebabkan oleh aktiviti hackers ini dan sebarang masalah yang timbul adalah amat-amat dikesali.

Ini adalah kerana prasarana yang ada tidak mempunyai sebarang kemampuan untuk back-up dan perkara ini masih belum diselesaikan walaupun telah dimajukan dan dimaklumkan kemungkinan masalah dan risiko yang dihadapi.

Sehingga masalah ini diatasi, kerjasama dan kesabaran pelayar internet semua amatlah diharapkan. - mr


p/s : Ini termasuk laman rasmi PAS Kawasan Parit Buntar. http://paritbuntar.pas.org.my. Sehingga masalah ini selesai, PASPB akan menjadi laman rasmi PAS Parit Buntar

Read more ...

Kebajikan rakyat : PAS buktikan di Parit Buntar

Kuala Kurau : PAS Kawasan Parit Buntar sekali lagi membuktikan keprihatinannya terhadap golongan yang kurang berkemampuan apabila menyumbangkan lebih RM 20 000.00 dalam bulan Ramadhan tahun ini. Setiausaha Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Sdr. Adhan bin Haji Abdul Rahim memberitahu sumbangan ini melebihi jumlah yang disumbangkan pada Ramadhan 1427 H sebanyak RM 16 000.00.

Bermula di awal Ramadhan, PAS Kawasan telah menyumbang kerusi roda kepada seorang warga tua yang kurang upaya di Kampung Kedah, kemudian telah membina semula dinding rumah sepasang warga tua yang runtuh di Parit Tok Ngah Darat.

PAS Kawasan juga mengadakan lawatan ke Hospital Parit Buntar memberi sumbangan kepada pesakit. Sumbangan paling besar adalah kepada golongan fakir dan miskin serta kurang berkemampuan bagi DUN Kuala Kurau dan DUN Titi Serong.

Majlis penyampaian sumbangan di DUN Kuala Kurau dan DUN Titi Serong disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Timbalan Yang Dipertua serta kedua-dua Pengarah MTD. Sumbangan disampaikan berbentuk barang keperluan, sehelai kain batik atau pelikat dan wang ringgit.

Menurut Pengarah MTD Kuala Kurau Sdr. Bahrain bin Desa, hanya PAS satu-satunya parti pembangkang yang menjalankan program sebegini setiap tahun di kawasan Parit Buntar.

Walaupun program kebajikan di bulan Ramadhan tidak mendapat liputan berita dalam akhbar tetapi penduduk dalam DUN Kuala Kurau dan DUN Titi Serong mengetahui usaha PAS satu-satunya parti pembangkang yang menjalankan program kebajikan setiap tahun .” Katanya.

Seorang penerima sumbangan yang kurang upaya yang ditemui memberitahu PAS Kawasan kerap memberi sumbangan kepadanya bukan hanya di bulan Ramadhan.

PAS banyak ambil berat fasal Pak Cik, selalu PAS bagi bantuan kepada Pak Cik bukan bulan ini saja .” Jelasnya.

Mengulas mengenai program kebajikan PAS di Parit Buntar, seorang AJK PAS Kawasan menyatakan PAS Kawasan Parit Buntar bersungguh-sungguh bukan sahaja dalam program kebajikan tetapi juga gerak kerja pilihanraya sejak pilihanraya 2004 lagi.

Kita buat kerja bukan main-main, kita sungguh-sungguh tak kira kerja kebajikan ka, kerja pilihanraya ka. Dah banyak kita buktikan dalam gerak kerja pilihanraya. Kita bukan berteori di atas kertas tetapi kita praktikkan. Kita dah buat kerja lepas-lepas pilihanraya 2004 lagi .” Tegasnya.

Sementara itu, Pak Cik Mustapha bin Osman yang hanya tinggal bersama isterinya di Parit Tok Ngah Darat mengucapkan terima kasih kepada PAS Kawasan kerana membina semula dinding rumahnya yang runtuh dimakan anai-anai.

Dinding rumah yang runtuh itu telah dipasang semula dengan mengantikan kayu dan papan yang telah dimakan anai-anai dua hari selepas kejadian. Tindakan segera PAS Kawasan ini sekurang-kurangnya mengurangkan kesedihan kedua-dua warga tua ini menyambut Hari Lebaran.

Yang Dipertua PAS Kawasan Tuan Haji Harun Haji Hashim mengucapkan tahniah kepada Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Parit Buntar yang berjaya mengumpulkan dana kebajikan bagi meringankan kesusahan dan memberi sedikit kegembiraan kepada mereka yang memerlukan apabila Syawal menjelma.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang zakat dan derma yang bersama-sama menyumbang melalui Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Parit Buntar.

Read more ...

Kelab Penyokong turut beri sumbangan

Kuala Kurau : Kelab Penyokong PAS Parit Buntar tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan di Parit Buntar. Sumbangan sebanyak 30 bungkus barang keperluan disampaikan oleh Pengerusi Kelab Penyokong kepada Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan En. Hamdan Fadel bin Ahmad.

En. Hamdan memberitahu bantuan Kelab Penyokong PAS ini akan diagihkan kepada golongan kurang mampu di Parit Buntar. Menurut Pengerusi Kelab Penyokong En. Ah Teick, Kelab Penyokong PAS rasa bertanggungjawab untuk sama-sama membantu orang Islam yang kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya.

Kita juga mahu tolong orang Melayu, macam PAS tolong orang Cina semasa Tahun Baru. Kita sama-sama tolong la .” Katanya gembira kerana dapat memberi sumbangan.

Kelab Penyokong PAS Parit Buntar juga tidak ketinggalan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada orang Islam. Ucapan ini disampaikan melalui kain rentang yang ditaja oleh Kelab Penyokong dan dipasang di lokasi strategik di bandar Parit Buntar.

Read more ...

PAS tidak lupa pesakit di hospital

Parit Buntar : Ketika umat Islam sibuk membuat persiapan menyambut Syawal, seharusnya golongan yang kurang bernasib baik tidak dipinggirkan. Sehubungan itu, PAS Kawasan Parit Buntar tampil menghulurkan sumbangan kepada golongan pesakit yang menerima rawatan di Hospital Parit Buntar.

Menurut Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Parit Buntar En. Ahmad Azhar bin Hj. Sharin, sumbangan itu diagihkan kepada pesakit sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan menjelang tidak lama lagi.

"Program sumbangan ini diadakan setiap kali bulan Ramadhan. Sumbangan akan diagih-agihkan pesakit wad dewasa dan kanak-kanak. Masing-masing menerima hamper yang mengandungi barangan makanan asas .” Katanya.

Rombongan PAS Kawasan yang sampai ke hospital pada jam 11.30 pagi itu telah disambut meriah oleh kakitangan hospital yang sudah sedia menunggu. Kerjasama yang baik telah ditunjukkan oleh kakitangan hospital semasa membawa ahli rombongan melawat pesakit.

Turut hadir pada majlis sumbangan ini ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Tuan Haji Harun bin Haji Hashim bersama rombongan 15 orang AJK PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

En. Ahmad Azhar mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan hospital yang memberi layanan dan kerjasama yang baik kepada rombangan PAS Kawasan Parit Buntar.

Read more ...

Terima kasih PAS

Parit Buntar : Itulah ucapan yang kedengaran di telinga petugas PAS Kawasan Parit Buntar semasa mengedarkan kad raya dan risalah penerangan PAS Pusat di pasar-pasar Ramadhan dalam Parit Buntar.

"Secara keseluruhannya respon orang ramai terhadap kad raya dan risalah penerangan adalah cukup baik .” Demikian kenyataan Sdr. Khairulzami Muhammad yang juga Ketua Pemuda PAS Parit Buntar.

Menurutnya lagi, walaupun agak lewat mendapat kad raya dan risalah berkenaan. Namun ia tidak menghalang PAS Kawasan Parit Buntar menyebarluaskan kad raya dan risalah ini dalam masa tiga hari sahaja.

Kita telah turun ke semua empat pasar Ramdhan di Parit Buntar iaitu di Pusat Bandar, Batu Lima, Kuala Kurau dan Tanjung Piandang. Kita juga telah mengagihkan kad raya kepada semua PAS Cawangan untuk di beri kepada pengundi BN dan atas pagar. Manakala di taman-taman perumahan kita telah lantik petugas memasukkannya ke dalam kotak surat dan telah dilaksanakan .” Katanya.

Setiausaha PAS Kawasan Parit Buntar berkata, PAS Kawasan Parit Buntar mengucapkan terima kasih kepada Lujnah Penerangan PAS Pusat kerana memberi percuma kad raya dan risalah kepada PAS Kawasan.

"Sebenarnya inilah hasrat kami di Parit Buntar, PAS Pusat menyediakan bahan kepada PAS Kawasan dan PAS Kawasan akan bertindak mengedarkannya dan yang lebih penting bahan penerangan ini akan lebih kemas dan selaras di seluruh negara. Dahulu bahan penerangan diusahakan mengikut kemampuan PAS Kawasan. Ada PAS Kawasan mampu dan ada kepakaran dan mungkin banyak yang tidak.”Jelasnya.

Menurutnya lagi, kini terpulang kepada PAS Kawasan untuk berusaha mengedarkannya. Sekiranya PAS Kawasan itu aktif, edarannya pasti meluas. Pembaziran akan berlaku jika PAS Kawasan tidak mengedarkanya secara bersungguh-sungguh.

Disini peranan bahagian penerangan dan gerak saraf Jabatan Pilihanraya Negeri memastikan edaran kad raya ini meluas dan tidak hanya bertapuk di bilik gerakan, pejabat atau markas kawasan.

Sdr. Adhan juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Penerangan PAS yang baru Tuan Haji Mahfuz Omar dan Setiausahanya yang rajin Ust. MisbahulMunir bin Haji Masduki.

"Cuma saya ingin beri cadangan, risalah akan datang besarkan data atau angka dan banyakkan gambar supaya menarik dan mudah untuk dibaca serta difahami. Risalah baru ini sukar dibaca oleh penduduk luar bandar kerana terlalu panjang. Apa pun tahniah Tuan Haji Mahfuz , Ust. Misbah dan AJK Lujnah Penerangan PAS Pusat.”Katanya.

Sementara itu, En. Hamdan Fadel bin Ahmad Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Parit Buntar berharap Lujnah Penerangan PAS Pusat akan juga membekalkan kad Tahun Baru Cina kepada PAS Kawasan supaya semua PAS Kawasan dapat berinteraksi dengan orang Cina melalui pengedaran kad berkenaan.

"Jika Lujnah Penerangan PAS Pusat dapat bekalkan kad Tahun Baru Cina, legalah, kerana kami terpaksa keluarkan kos yang tinggi untuk lebih kurang 3000 kad Tahun Baru di Parit Buntar.”Jelasnya.

Read more ...

Apalah nasib kau Kancil


Satu petang apabila kami rombongan PAS Kawasan dalam perjalanan pulang dari Parit Tok Ngah Darat untuk menyampaikan bantuan kepada orang kurang mampu. Kami terkejut apabila melihat sebuah kereta kancil masih baru terlentang dalam parit tali air bersebelahan jalan.

Terfikir kita, inilah nasib orang Melayu yang tidak mendapat pembelaan dari kerajaan yang dipilih mereka. Kerajaan sanggup keluar lebih 100 billion untuk dapat nama hantar 'angkasawan', tetapi tak mampu nak besarkan jalan-jalan kampung yang sempit dan rosak.

Inilah kancil yang tidak dapat dikawal tuannya sehingga terlentang di dalam parit tali air. Syukurlah tuannya dapat selamatkan diri dari lemas. Bila lihat kancil yang terlentang ini, rasa pilunya hati memikirkan nasib orang Melayu yang terlentang di bumi sendiri.

Read more ...