Perhimpunan Agung Umno 2012SHAH ALAM - Hasrat mahu 'menyerang' Pas pada Perhimpunan Agung Tahun  (AGM) 2012 membuktikan Umno sebenarnya sudah terkesan dengan kewujudan pengaruh parti itu, yang dilihat boleh menjejaskan impian Barisan Nasional (BN) untuk kekal memerintah.

Sehubungan itu, menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, AGM 2012 minggu ini sudah pasti akan digunakan untuk menyerang parti itu yang baru sahaja selesai mengadakan muktamar tahunan di Kelantan.

"Sepatutnya AGM Umno itu perlu menjadi medan untuk mereka melakukan muhasabah atas kelemahan, kecuaian, kealphaan selama mereka diberikan mandat menerajui kerajaan. Malangnya tidak berlaku.