Friday, November 19, 2010

" Orang yang dibanci ada dah mati, kami yang membanci masih menanti"






















KUALA LUMPUR, 20 Nov. : " Orang dibanci ada yang telah meninggal dunia, tapi pembanci belum dapat juga bayaran elaun" TELAH dua kali perayaan berlalu, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, namun penantian bagi segelintir pembanci yang melakukan tugas bancian di seluruh negara baru-baru ini bagai menunggu buah yang entah bila akan gugurnya.

Keringat mereka telah lama kering, namun bayaran yang mereka nantikan masih belum juga menjelma.

Walaupun berkotak-kotak dan berpikul-pikul janji ditaburkan oleh Jabatan Perangkaan bahawa bayaran akan dijelaskan sebelum Aidilfitri, namun janji itu semuanya busuk macam air longkang yang mengalir lesu ke Sungai Klang!

Seorang 'mangsa' janji bayaran itu, yang mahu dikenali sebagai Rahman, mendakwa beberapa kali beliau berurusan untuk mendapatkan bayaran yang tidak seberapa itu, namun setiap kali berurusan, setiap kali itulah dia disuapkan dengan pelbagai janji manis dan muluk-muluk belaka.

Kini selepas Aidiladha bayaran elaun itu masih tidak terdengar beritanya. Menurut Rahman, dianggarkan ratusan pembanci yang masih belum menerima bayaran di seluruh negara tanpa diketahui punca dan sebabnya.

"Bukan semua di antara kami mempunyai pendapatan mencukupi. Kadang-kadang terasa juga mahu menikmati manisnya duit yang dijanjikan itu, terutama menjelang hari raya, tetapi kami hampa," katanya. Sebahagian daripada pembanci yang menjadi mangsa, dikatakan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berharap sangat bayaran itu dilunaskan bagi memudahkan mereka menjalani kehidupan seharian, termasuk dalam urusan mencari pekerjaan.

Sebelum ini, pengurusan tertinggi Jabatan Statistik dilaporkan memaklumkan menerusi media bahawa bayaran kepada pembanci akan dibayar dalam tempoh tiga minggu. Malah pembanci yang masih belum menerima bayaran diminta menghubungi pejabat pengurusan terdekat.

Namun seperti kata mangsa, mereka telah berkali-kali menaiki tangga pejabat dan berpuluh kali menghubungi menerusi telefon, namunn bayaran banci tetap bagaikan menagih hutang yang tidak mungkin berbayar!

Kepada kerajaan yang sibuk merancang pendapatan rakyat ke tahap yang lebih tinggi, tolonglah lihat rayuan mereka ini. Kalau urusan membayar elaun sejemput ini pun bermasalah, usalah bermimpi mahu memastikan rakyat boleh berpendapatan tinggi seperti negara maju lain. AMKNS

Read more ...

Media perdana berbadan kerajaan, bersuara Umno


PULAU PINANG, 20 Nov. : Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa media arus perdana di negara ini terlalu mengikut telunjuk pemerintah UMNO Barisan Nasional sekaligus menafikan ruang yang sama rata kepada Pakatan Rakyat untuk bersuara.

Beliau turut membidas media kawalan UMNO\BN yang seringkali melaporkan fakta yang tidak tepat berhubung gagasan pakatan rakyat dan tidak membantu perkembangan minda rakyat.

Anwar, turut memberi contoh Myanmar yang diperintah oleh junta tentera negara berkenaan yang meyekat kebebasan bersuara dan menguasai media.

Menurutnya, pemerintah negara terbabit menggunakan media untuk memburukkan nama pejuang demokrasi, Aung San Suu Kyi dan melabelkannya sebagai pengkhianat negara.

"Media, media itu dikuasai oleh tentera Burma, buruk semua, akhlak dia tak bagus, Aung San Suu Kyi, dia tu khianat kepada Negara, dia ejen kepada Negara asing, apa beza dengan surat akhbar UMNO?

Saya kata pertamanya, tak payah baca, kalau baca rileks je lah. Kerja dia, nak marah kat UMNO macam mana, nak kata macam mana, utusan, utusn ni UMNO punya, dia kena pertahan rasuah, dia kena pertahan perjudian, dia kene pertahan perkauman sikap menghina kaum lain, bukan setakat hina kaum lain, hina kaum melayu yang miskin yang dianggap ini bodoh. Jangan bagi tahu maklumat, biar orang melayu ni kekal dengan kejahilan bodoh," katanya dalam ceramah di Ceruk Tok Kun, malam semalam.

Anwar berkata, UMNO Barisan Nasional, melalui media kawalannya seringkali menimbulkan persoalan namun enggan membuka ruang kepada Pakatan pembangkang untuk menjelas keadaan sebenar.

Beliau, buat kesekian kalinya menegaskan media arus perdana supaya kembali berpegang kepada dasar dan etika kewartawanan yang hanya melaporkan fakta yang benar lagi sahih.

Read more ...

Noh Omar amal politik murahan


SHAH ALAM, 20 Nov. : Datuk Noh Omar tidak harus mencari modal politik murahan dengan meletakkan pelbagai syarat sebelum beliau mendedahkan bukti bahawa Yayasan Selangor membelanjakan lebih RM800,000 untuk sambutan ulangtahun ke 40.

Tuntutan maaf dari Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan seorang Exco sebagai syarat untuk beliau mengemukakan bukti adalah permainan politik dan bukan atas kepentingan rakyat.

Jika kepentingan rakyat yang diutamakan, maka sudah tentu Noh selaku Timbalan Pengerusi Umno Selangor, memberi segala "bukti" yang ada, bukan sahaja kepada kerajaan negeri tetapi juga kepada pihak berkuasa supaya tindakan susulan diambil.

Yang nyata ialah Sultan Selangor dan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan Yayasan Selangor membelanjakan wang sebegitu besar untuk sambutan ulangtahun.

Samada ada ia RM300,000 untuk majlis makan atau RM800,000 untuk keseluruhan sambutan adalah perkara kedua dan pasti akan terungkai dengan siasatan yang dijalankan.

Perkara pokok adalah pembaziran berlaku dan kerajaan Selangor sudah pun mengambil tindakan dengan mengarahkan juruaudit untuk menjalankan pemeriksaan rapi.

Kerajaan negeri juga telah mengarahkan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor untuk bercuti sebulan sementara siasatan terperinci dijalankan.

Semalam satu lagi tindakan susulan dijalankan - iaitu melarang semua anak syarikat negeri untuk menggunakan khidmat syarikat swasta bagi penganjuran majlis kecuali kalau benar-benar perlu.

Semua tindakan ini mencerminkan keseriusan sebuah kerajaan negeri yang mahu mengekang keborosan dan ketirisan, berani mengambil tindakan apabila diperlukan serta tidak menutup kebenaran.

Jauh berbeza dengan dakwaan penyelewengan wang dan salah guna kuasa membabitkan bekas menteri besar Khir Toyo.

Umum tahu mengenai konsesi air lumayan yang diberikan kepada syarikat kroni. Syarikat berkenaan mahu menaikan harga air sebanyak 37 peratus yang akan membebankan seluruh rakyat Selangor.

Noh Omar juga berdiam diri apabila siasatan rasmi kerajaan mendapati Khir Toyo membawa rombongan dan seisi keluarga ke Disneyland di Paris dan Orlando Amerika Syarikat pada kos RM1.7 juta ringgit.

Pendedahan-pendedahan ini hanya secebis dari salah urus kerajaan Umno-BN khususnya ketika zaman Khir Toyo memerintah.

Jika Noh Omar ikhlas mengutamakan kepentingan rakyat dan mahu membuat pendedahan mengenai salah laku, salah urus dan penyelewengan, beliau harus mengemukakan sahaja bukti yang ada, tanpa memilih bulu.

Noh Omar juga harus berani berterus terang mengenai masalah petani-petani yang terpaksa menanggung kerugian akibat penarikan balik subsidi baja dan pemberian racun serangga yang tidak berkualiti .

Itu hanya secebis daripada keperitan petani yang terpaksa bernaung di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang di pimpin oleh Noh sendiri.

Tidak ada keperluan untuk beliau atau sesiapa menghantar konco-konco memukul mana-mana ADUN yang cuba menyelesaikan masalah petani terbabit di Barat Laut Selangor khususnya di Tanjong Karang, walaupun Noh adalah Ahli Parlimen kawasan itu.

SPRM dialu-alukan siasat Yayasan Selangor

SHAH ALAM, 20 Nov. :
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan supaya Datuk Seri Noh Omar menyerahkan semua bukti Yayasan Selangor 'membelanjakan lebih RM800,000 untuk majlis ulang tahunnya' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Abdul Khalid berkata Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani lebih tahu seharusnya menyerahkan semua bukti yang didakwa dimilikinya itu kepada SPRM bagi membantu suruhanjaya menyiasat (perbelanjaan) Yayasan Selangor.

khalid ibrahim"Saya juga ada jumpa dia (Noh) di masjid tadi dan isu ini juga masih dalam penyiasatan jadi saya tidak boleh mengulas lanjut," katanya kepada pemberita selepas majlis gotong royong dan doa selamat pembinaan Masjid Baru Pekan Jeram, di Kuala Selangor hari ini.

Mengulas mengenai pejabat yayasan itu didatangi SPRM semalam, Abdul Khalid berkata itu tugas SPRM dan selaku pengerusi yayasan berkenaan beliau sedia memberikan kerjasama bagi membantu siasatan.

noh omar"Saya juga telah menghubungi pegawai di Yayasan Selangor dan meminta mereka memberikan kerjasama kepada SPRM.

"Saya amat mengalu-alukan siasatan SPRM supaya isu ini lebih terbuka dan ia satu usaha yang baik untuk mengemaskini pentadbiran kerajaan negeri agar lebih telus dan bertanggungjawab," katanya.

Sementara itu, Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor ketika ditemui di Tanjong Karang berkata beliau difahamkan Pemuda UMNO negeri itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya petang tadi berhubung isu yayasan itu.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran berhubung laporan itu.

"Saya dimaklumkan kerajaan Selangor telah melantik badan audit profesional untuk meluluskan penganjuran sebarang aktiviti dan saya minta mereka dedahkan laporan perbelanjaan berkaitan isu itu (Yayasan Selangor) kepada rakyat," katanya.

Read more ...

Sistem pendidikan negara dirosakkan Umno/BN

Rama

KUALA LUMPUR, 20 Nov. : Mutu pendidikan di Malaysia semakin merosot dari tahun ke tahun kerana sejak Merdeka, Umno-Barisan Nasional telah mempolitikkan isu pelajaran sehingga menjejaskan keyakinan pelabur untuk menanam modal dalam sektor yang penting ini.

Senator Dr S Ramakrishnan berkata walaupun berbilion ringgit peruntukan telah dicurahkan dalam bentuk prasana dan kemudahan persekolahan namun kualiti pendidikan berada pada tahap yang rendah.

"Kerajaan membelanjakan kira-kira 20 ke 21 peratus daripada belanjawan untuk sektor pendidikan. Berdasarkan kepada laporan UNHDP 2009, Malaysia memperuntukkan 8.1 peratus daripada Keluaran Salam Negara Kasar (KDNK) kepada pendidikan dan berada pada kedudukan ke-10 dalam dunia.

"Amerika Syarikat membelanjakan kira-kira 5.7 peratus manakala Britain pula 5.3 peratus. Jadi Malaysia dikira sebagai negara yang tinggi peruntukannya kpada pendidikan dan kita tidak sepatutnya mempunyai masalah dengan kemahiran dan kepakaran dan seterusnya mentransformasi dari ekonomi berpendapatan sederhana kepada pendapatan tinggi," kata Dr Ramakrishnan.

Bagaimanapun kata beliau pelabur serta pelaburan langsung asing (FDI) menyisihkan diri daripada Malaysia disebabkan mutu pendidikan yang rendah, tidak kompetitif dan sumber tenaga yang tidak pro-aktif ditambah pula dengandasar yang berubah-ubah, tidak konsisten dan kerenah birokratik.

Kata Dr Ramakrishnan lagi sebagai negara yang tinggi tahap perbelanjaannya untuk pendidikan agak pelik mengapa pekerja mahir dan pakar asing tidak tertarik untuk menapak di negara ini dan lebih parah lagi pengubal dasar pendidikan tidak langsung mempunyai terhada masalah ini.

"Di mana salahnya? Begitu banyak sumber dihabiskan tetapi tidak memberi hasil yang diinginkan. Kerajaan seolah buat-buat tidak nampak walhal penyelesaiannya berada di depan mata.

"Pihak kementerian dan pembuat dasar membelanjakan berbilion ringgit membina infrastrukur, komputer, peralatan dan sebagainya, Malah pembelian peralatan memakan sebahagian besar peruntukan kementerian disamping perbelanjaan besar untuk menganjurkan seminar dan latihan di mana fokusnya bukan kepada pembelajaran tetapi kepada makan, minum, penginapan di hotel mewah dan bersiar-siar.

"Berbilion juga dibelanjakan untuk pendidikan agama di mana penekanannya adalah kepada isu halal dan haram, lebih kepada bentuk daripada isu seperti isu kandungan modul propaganda BTN.

"Sekolah baru dibina dimerata tempat tetapi kualiti pengajaran terus merudum serta kualiti pengetua juga turut jatuh. Pernaha dahulu kita berbangga dengan pengetua yang hebat dan guru yang dibanggakan yang mampu dijadikan model ikutan pelajar," kata beliau dalam nada kesal.

Dr Ramakrishnan berkata kejatuhan mutu pendidikan di negara ini bermula apabila Umno-BN menjadikannya percaturan politik dengan menjadikan Dasar Ekonomi Baru sebagai landasan mendapatkan sokongan masyarakat Melayu.

Malah dalam proses itu Umno-BN merubah perkhidmatan awam yang dahulunya dianggotai pelbagai kaumn kepada satu badan yang majoritinya didominasi oleh satu kaum dan agama.

Penjawat awam yang berdedikasi dan berpengalaman seperti guru, doktor dan professional lain tidak dinaikkan pangkat tetapi sebaliknya tempat mereka diganti oleh kakitangan yang lebih rendah.

"Dengan cara ini Umno-BN menafikan perkhidmatan awam mempunyai kakitangan yang berpengalaman dan mampu. Mereka gagamelihat bahawa sebagai sebuah negara berbilang bangsa perkhidmatannya perlu dibangunkan atas prinsip yang sama untuk memenuhi keperluan semua warganegara.

"Hasil tindakan Umno-BN mereka mewujudkan satu perkhidmatan awam yang tidak mampu membuat keputusan yang bersifat jangka panjang. Penjawat awam tidak dibenarkan menjadi matang dan berfikir secara bebas untuk kebaikan perkhidmatan awam dan akhirnya menghasilkan birokat yang hanya menjadi tujang angguk dan bermentaliti hamba," jelas beliau.

Merujuk kepada dasar pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah, Dr Ramakrishnan menambah sistem pendidikan sekarang menidakkan pelajar mempunyai cara berfikir secara bebas, kritikal dan analitikal.

Kerajaan sepatutnya meneruskan sekolah aliran Inggeris tanpa mengorbankan kepentingan Bahasa Malaysia tetapi sebaliknya menutup semua sekolah Inggeris dan hanya mengajar mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa tersebut.

Langkah ini pun ditukar semula setelah lapan tahun dilaksanakan yang membabitkan berbilion ringgit.

'Flip flop' seperti ini telah menyebabkan kekeliruan yang hebat dan malah orang Melayu sendiri tidak lagi yakin kepada sistem pendidikan negara.

"Terdapat 70,000 pelajar Melayu di sekolah Cina, kadar penghijrahan professional Melayu ke luar negara semakin tinggi serta bilangan yang ramai pelajar Melayu di sekolah persendirian tempatan dan antarabangsa menunjukkan sistem pendidikan yang hanya menjurus kepada penghambaan kepada Umno-BN

"Semua dasar yang digubal membawa halatuju yang salah. Hasilnya sistem pendidikan Malaysia tidak mampu menarik kepakaran luar. Pelajar miskin bukan Melayu yang mempunyai keputusan peperiksaan yang baik sepatutnya diberi biasiswa dan tempa di universiti dalam kursus diminati mereka.

"Kepakaran rakyat Malaysia ada dimerata tempat di negara ini tetapi Umnoputra yang mendominasi kerajaan buta terhadap hakikat ini. Malah kepakaran rakyat Malaysia di luar negara kini membantu memakmurkan negara asing da pada masa yang sama Umno-BN meminggirkan rakyat negara ini yang berkaliber dan bermutu," tegas beliau.

Read more ...

Syed Husin diberi peranan penting dalam PKR

syed






















SHAH ALAM, 20 Nov. : Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyandang timbalan presiden Dr Syed Husin Ali bakal diletakkan dalam satu komposisi jawatan penting dalam parti itu kelak.

Pandangan itu diutarakan beliau ketika menyampaikan ucapan kepada 1,000 anggota dalam perhimpunan rapat umum anjuran PKR Selangor di Auditorium MBSA malam tadi.

Menurut Anwar, perbincangan telah dibuat bersama Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan mahu usul itu dibawa dalam barisan majlis pimpinan baru.

"Perkara ini sudah saya bincang dengan presiden dan mahu usul ini dibawa kepada barisan pimpinan baru. Saya berpendapat Syed Husin ada peranan penting dalam parti, kami bincang untuk tempatkan beliau membantu mengemudi parti.

"Maka bukan hanya satu pengemudi dalam bahtera yang sama," katanya.

Walaupun Anwar tidak menjelaskan secara lanjut sebarang komposisi jawatan tersebut, namun Syed Husin yang cukup disegani dalam PKR itu dijangka membantu presiden dan timbalan presiden yang baru dalam hala tuju parti itu nanti.

Syed Husin enggan mempertahankan jawatan sebagai timbalan presiden pada pemilihan kali ini bagi memberi peluang kepada calon-calon muda untuk bertanding.

Persaingan jawatan timbalan presiden itu bermula dengan tiga calon iaitu Azmin Ali, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub.

Namun Zaid bertindak menarik diri pada ketika proses pemilihan dua minggu lagi akan tamat.
Sementara itu, Anwar mengingatkan para pemimpin PKR supaya jangan menggunakan saluran media Umno-Barisan Nasional (BN).

Anwar kecam pemimpin PKR guna media Umno-BN


Malah beliau turut mengecam mana-mana individu yang menyerang pemimpin parti melalui media milik Umno-BN.

"Saya beri pandangan tegas…saya tidak boleh terima orang yang menyerang…… setakat tegur tidak mengapa. Tapi serang parti berulang kali dalam media Umno dan hina sahabat perjuangan Syed Husin Ali," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Anwar enggan mengulas lanjut berhubung keputusan Zaid yang bertindak keluar PKR, sebaliknya mempersoalkan dakwaan pengkhianatan dalam parti itu "Bukan kerja saya nak ulas kerja saya nak mantapkan parti dan Pakatan Rakyat. Apa pengkhianatan yang dilakukan dalam parti keadilan?

"Saya tidak pernah neutral dalam perjuangan. Orang kata saya suruh pilih orang ini…orang ini. Malah ramai ketua cabang hubungi saya, cabang Selangor dipanggil dan beri pandangan terutama dalam isu timbalan presiden.

"Saya kata ok boleh pilih ramai calon dan boleh pilih sesiapa sahaja tetapi jangan pilih orang yang serang parti guna media umno," jelas beliau.

Read more ...

Perhimpunan suaikenal PKR bukti PKR terus dapat sambutan


















SHAH ALAM 20 NOV
: Pemimpin-pemimpin parti perlu berpendirian teguh memikul amanat rakyat dengan tidak berpaling tadah menghentam benteng demokrasi utuh perjuangan parti tegas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Anwar membidas sikap pengkhianatan individu yang bertalu-talu menyerang kepimpinan dan perlembagaan PKR dari dalam menggunakan media milik Umno-Barisan Nasional sebagai platform mengugat fokus keutamaan parti itu.

"Saya tidak boleh terima orang yang menyerang parti berulang kali guna media Umno dan hina sahabat perjuangan termasuk Syed Husin Ali," tegas beliau.

Dalam ucapan Rapat Umum bersama negeri Selangor di Auditorium MBSA, Shah Alam, beliau tidak mahu memberi komen negatif, Datuk Zaid Ibrahim yang baru mengumumkan keluar parti menjadi subjek keraguan halatuju PKR justeru terus memberi tumpuan kepada prinsip menegakkan keadilan.

"Bukan kerja saya mahu ulas kenyataan Zaid tapi kerja saya hendak mengangkat PR.

"Saya tidak mahu dalam pertarungan ini, kita beri kata-kata kesat kepada beliau (Zaid). Biar sahaja," kata beliau di hadapan lebih 2000 ahli PKR di negeri Selangor yang memenuhi auditorium itu.

Bertemakan 'Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman', Anwar mengakui beliau tidak pernah neutral dalam perjuangan parti dan turut optimis akan berjaya memperoleh keadilan di negara ini melalui rombakan sistem kerangka PKR.

Menyifatkan PKR bukan sebagai parti biasa, ketua pembangkang itu mengingatkan anggota bahawa kewujudan PKR merupakan rentetan kebangkitan golongan kelas bawahan yang menuntut perubahan dan bukan perjuangan untuk dirinya.

"Parti ini bukan parti politi biasa, ini parti kebangkitan rakyat. Saya berani kata, parti ini didukung kelas bawahan. Orang bawahan yang tertindas bangkit menuntut perubahan," jelas beliau disambut tepukan gemuruh anggota-anggota yang hadir.

Anwar menyeru anggota-anggota PKR bersedia menghadapi perubahan sekiranya mahukan kematangan dan menyelamatkan parti.

Selain itu beliau berkata, pemilihan kepimpinan PKR tidak perlu dijadikan isu kepincangan masalah dalam parti membuka ruang serangan pihak lawan sebaliknya terus mengingatkan fokus menggugurkan kedudukan Umno sebagai kerajaan.

Justeru beliau menyeru pemimpin-pemimpin yang dipilih anggota parti untuk mengangkat daya kepimpinan dalam PKR

"Dalam kepimpinan saya tidak peduli menang, kalah. Buat apa mahu jadi 'jaguh kampung'. Yang hendak dilawan Umno.

"Kalau pemimpin bersikap macam orang bawah, baik turun bawah dan beri peluang orang buat naik atas untuk berucap," ujar beliau.

Pemilihan PKR yang hanya tinggal dua hari, Anwar turut menyeru anggota-anggota untuk keluar memilih calon kepimpinan parti itu selain tidak mengiktiraf pemimpin yang menang dengan jumlah undi yang kecil.

Dalam pada itu, Anwar berpendapat Umno-Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai ruang untuk menyerang PKR sebaliknya menggandakan usaha mencuri ahli-ahli yang kurang pendirian dalam parti.
Tambahnya lagi, Umno-BN telah lama terputus hubungan dengan kehendak rakyat seraya memberi kepada PKR untuk membuktikan perjuangan telus menuntut demokrasi mutlak di negara ini.

"Mereka (Umno) hanya boleh ganggu dari dalam. kerana itu kita sibuk dengan masalah dalaman.

Anwar mengambil contoh aduan yang diterima berhubung pemilihan pucuk pimpinan PKR di cabang-cabang bukan penghalang parti itu berlaku terus sebaliknya beliau menyatakan keengganan mempertahan kesilapan dalaman parti justeru bertegas mengemukakan bukti dan fakta agar tindakan dapat dilaksanakan.

Anwar menasihati menghentikan masalah dalaman parti sebaik berlangsungnya kongress PKR 27 November nanti. Beliau menyarankan agar Senator Syed Husin Ali terus membantu mengemudi PKR.

Sementara itu, Anwar turut memuji prestasi cemerlang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang berjaya mengangkat martabat negeri Selangor memberi keselesaan kepada rakyat dalam pemerintahan selain menyeru agar Pakatan Rakyat mempertahankan kubu kuat parti itu.

"Selangor kubu terpenting PR. Semua orang mahu rampas Selangor, Khir Toyo, Noh Omar. Tapi kita berjaya tangkis serangan," katanya.

Rapat Umum anjuran PKR negeri Selangor yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam malam tadi mendapat sambutan meriah anggota-anggota parti dan berakhir pada jam 12 malam.

Read more ...

Ahli Umno lebih percaya kepada Perkasa berbanding Umno













KUALA LUMPUR, 19 Nov: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din optimis parti itu mempunyai peluang yang lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Menurutnya, pendekatan yang diambil oleh PAS melalui tahaluf siyasi bersama dengan parti-parti pembangkang telah membuahkan hasil di dalam PRU 12 lalu.

Beliau menambah, Allah telah memberi jalan kepada PAS untuk mencapai kejayaan melalui persefahaman politik itu.

Katanya, rakyat kini telah memberikan sokongan yang terbuka kepada PAS dalam suasana Umno sedang meniti hari-hari tua.

Bahkan, ujarnya ahli-ahli Umno kini sudah hilang keyakinan kepada parti perkauman itu untuk membela orang Melayu.

Buktinya, tambah beliau orang-orang Umno sekarang berkerumum pada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk membela orang Melayu.

“Kenapa ahli-ahli Umno tak guna wadah Umno untuk bela Melayu, tapi guna NGO Melayu,” soalnya ketika ditemui pada majlis penyerahan penghargaan Majlis Syura Ulama PAS kepada Almarhum Ustaz Hassan Shukri di Taman Melewar, hari ini.

Beliau yang mewakili Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anggota majlis itu menyampaikan penghargaan berupa sijil dan plak itu kepada isteri Almarhum Ustaz Hassan, Ustazah Hamidah Abdul Mutalib.

Tambahnya, melalui tindakan itu menampakkan pemimpin tertinggi Umno terlibat secara khusus dengan Perkasa.

Justeru, beliau mempersoalkan adakah pemimpin dan ahli Umno kini menggunakan platform lain untuk berteduh.

Read more ...

Pengorbanan Almarhum Ust. Hassan Shukri dihargai

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Majlis Syura Ulama PAS menghargai pengorbanan dan jasa Almarhum Ustaz Hassan Shukri yang menggangotai majlis itu selama 20 tahun.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang mewakili Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh jawatankuasa menyampaikan surat penghargaan dan plak kepada isteri Almarhum Ustaz Hassan, Ustazah Hamidah Abdul Mutalib di rumahnya di Taman Melewar, pagi ini.

Menurut Dr Haron, Jawatankuasa Majlis Syura pada mesyuaratnya telah memutuskan untuk memberi penghargaan kepada Almarhum Ustaz Hassan dalam bentuk sesuatu yang dapat dilihat untuk dijadikan kenangan kepada anak-anak dan cucu beliau.

“Kami datang untuk berziarah dan menyampaikan penghargaan secara rasmi Majlis Syura sebagai menghargai bakti Almarhum Ustaz Hassan yang menjadi Ahli Majlis Syura sejak sesi 1990 hingga 2010,” ujar beliau yang turut disertai isterinya, Datin Khadijah Mohd Salleh.

Beliau juga menyatakan kesyukuran kerana Almarhum Ustaz Hassan telah dipanggil oleh Allah dalam keadaan yang cukup baik (husnul khatimah) yang telah menyumbang bakti kepada perjuangan Islam.

Menurutnya, Almarhum telah memberikan pandangan yang bernas berhubung dengan tahaluf siasi dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama.

“Almarhum telah memberikan fikiran yang berguna dan sentiasa konsisten hadir pada mesyuarat Majlis Syura Ulama,” ujarnya.

Beliau yang menyimpan banyak kenangan pahit manis bersama Ustaz Hassan menyifatkan Almarhum sebagai pakar perlembagaan PAS.

Katanya, jika tiada buku peraturan PAS dibawa pada sesuatu mesyuarat, maka Almarhum Ustaz Hassan dijadikan sebagai rujuk mengenai perlembagaan PAS.

Selain pakar perlembagaan, ujarnya Almarhum Ustaz Hassan juga amat mengambil berat tentang organisasi PAS di semua peringkat.

Sementara itu, Ustazah Hamidah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Majlis Syura Ulama PAS yang telah menyampaikan penghargaan tersebut.

Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia pada 14 Jun bersamaan 1 Rejab lepas di Hospital Selayang.

Read more ...

SPR kepanasan keputusan Mahkamah Seksyen


KUALA LUMPUR, 19 Nov. : Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan 17 orang termasuk dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat - Tian Chua dan N Gobalakrishnan daripada tuduhan menyertai perhimpunan tidak sah anjuran Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (Bersih) tiga tahun lalu.

Turut dibebas tuduhan ialah ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu.


Dalam keputusannya, Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan itu haram dan wujud kecacatan dalam pertuduhan.


Perbicaraan itu mengambil masa tiga tahun.

Dalam pilihan raya yang diadakan lima bulan selepas perhimpunan itu, Chua dan Gobalakrishnan yang bertanding atas tiket PKR, masing-masing menang di kerusi Batu dan Padang Serai.

Antara lain hakim berkata pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan bahawa tertuduh berada di tempat perhimpunan, malah kesemua 17 tertuduh sudah bersurai selepas diarahkan berbuat demikian.

Kesemua tertuduh didakwa menyertai perhimpunan haram yang diadakan di pelbagai lokasi di ibu negara termasuk Masjid Negara dan kompleks membeli-belah Sogo.

Perhimpunan Bersih 2007 telah diadakan pada 10 November 2007 dan tidak mendapat permit polis.

Ia dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Bersih, yang turut disertai pelbagai parti pembangkang, yang bertujuan mahu menuntut pilihan raya yang adil.

Perhimpunan itu dilaporkan disertai oleh 100,000 orang.

Dalam memorandum tersebut, Bersih mengemukakan empat tuntutan iaitu penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan, penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda, pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara dan akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihan raya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia.

Selain Chua, Gobalakrishnan dan Mohamad, turut terlepas daripada pertuduhan itu ialah Mohd Zad Abdullah, Mohd Salim Yeslam, Abdul Razali Abdul Rahman, Razali Abdul, Mohd Asri Ahmad, Mohd Harith Fathillah, Saleh Mohd Tahir, Azahar Yusop, Sulaiman Ahmad, Taib Abdullah, Mohd Shafie Ismail, Mohd Nazreen Mohd Nasir, Mohd Abi Salam Ariffin dan Ishak Othman.

Hakim Jagjit dalam penghakimannya berkata, berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, tertuduh ke-16 iaitu Mohamad dan tertuduh ke-17 iaitu Chua mendapati, pihak pendakwaan hanya bergantung kepada pita rakaman semata-mata dan tiada keterangan saksi menunjukkan kedua-dua tertuduh berhimpun di Istana Negara yang boleh memudaratkan kepentingan awam.

“Kedua-dua tertuduh berada di situ (Istana Negara) untuk menyerahkan memorandum kepada pihak istana dan mereka telah diberikan masa yang secukupnya oleh pihak polis untuk menyerahkan memorandum itu dan selepas menyerahkannya mereka beredar. Maka tidak timbul isu enggan bersurai dan wujudnya perhimpunan haram di tempat itu,” katanya.

Selain itu, penangkapan kedua-kedua tertuduh turut dipersoalkan kerana tangkapan dibuat jauh dari Istana Negara. Mohamad Sabu ditangkap di Tol Juru, Pulau Pinang manakala Chua ditangkap di Johor Bahru.

Bagi tertuduh ke-10 iaitu Gobalakrishnan, Jagjit berkata tiada keterangan oleh mana-mana saksi yang menunjukkan tertuduh terlibat dalam perhimpunan di Jalan Tun Perak di sini kerana pihak pendakwaan hanya bergantung kepada video rakaman semata-mata.

“Dalam video rakaman menunjukkan kehadiran tertuduh, namun tiada keterangan saksi pendakwaan yang mengatakan bahawa tertuduh terlibat dalam perhimpunan itu. Di dalam video itu juga menunjukkan tertuduh tidak berpakaian berwarna kuning ataupun merah yang tertera perkataan “Bersih” ataupun “Unit Amal”. Persoalannya, bagaimana nak mengaitkan tertuduh terlibat dalam perhimpunan tersebut,” katanya.

Bagi 14 tertuduh yang lain yang ditangkap di beberapa lokasi seperti Masjid Negara dan Jalan Raja Laut di sini telah menunjukkan kehadiran mereka di situ, bagaimanapun pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa kehadiran mereka mengganggu ketenteraman awam.

Saya berpendapat orang awam berhak berada di dalam masjid kerana ia merupakan tempat beribadat dan tiada sesiapapun yang berhak menyuruh mereka keluar daripada masjid dan apa jua halangan daripada berada dalam masjid adalah satu perbuatan yang melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu melanggar kebebasan beragama,” katanya.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa menyertai perhimpunan itu dan mengingkari arahan polis untuk bersurai di beberapa tempat di sekitar ibu negara seperti Jalan Raja Laut, Jalan Istana Baru dan Jalan Tun Perak antara pukul 1 petang hingga 4 petang, 10 November 2007.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan mengikut Seksyen 27 (4) Akta Polis 1967.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff yang mengemukakan seramai 36 saksi manakala barisan pembelaan diketuai oleh Hanifa Maidin. -TMI

Read more ...

Memali : Sejarah hitam bila Umno takut berhujah


BALING, 20 Nov:

Mengkisahkan semula sejarah hitam tersebut, Presiden PAS itu berkata, ianya bermula dengan isu kafir mengkafir di mana PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno.

Ekoran itu Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS berdebat.

"PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima.

"Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat.

"Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Memperingati Peristiwa Memali di sini, malam tadi.

Ceritanya lanjut, beliau berkata, Dr. Mahathir kemudiannya menghimpunkan pemimpin Umno dalam satu himpunan dan memarahi ulama-ulama Umno kerana tidak berani berdebat.

Kerajaan kemudiannya mula memberi tekanan terhadap PAS dengan mengganggu ceramah PAS dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula digunakan untuk menahan pimpinan PAS.

Menurutnya, ramai pemimpin PAS yang berjaya ditahan polis melainkan Ustaz Ibrahim Libya.

"Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah.

"Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik.

"Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali," kata Abdul Hadi lagi.

Tragedi Memali menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ustaz Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 yang lain di bawah ISA 1960.

Selepas pembunuhan berlaku, ulama-ulama PAS mengisytiharkan mereka yang terbunuh adalah syahid.

Tragedi berdarah Memali 1985 adalah kemuncak ketakutan Umno untuk berlawan hujah dengan PAS, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Sekat kebangkitan PAS

Menurut Abdul Hadi lagi, tragedi Memali juga antara lain dirancang bagi mematahkan kebangkitan PAS melawan Umno ketika itu.

Namun ujarnya, semangat perjuangan PAS tidak pernah mati seperti yang diinginkan pemerintah, malah terus subur dan semakin ramai orang mendokong PAS termasuk bukan Islam.

Sambutan jubli perak selama tiga hari bagi memperingati peristiwa Memali diadakan di Madrasah Islahiah Diniah - sekolah yang diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Ianya adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kedah dengan kerjasama Pemuda PAS Pusat.

Kemuncak program ini adalah pengkisahan semula peristiwa berdarah itu yang akan disampaikan Setiausaha PAS Kedah, Senator Muhammad Yusof Husin di akhir program tersebut.

Beliau adalah antara yang terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit.

Antara pengisian lain sepanjang program tersebut termasuklah, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.

Read more ...