Friday, December 3, 2010

PRU 13 tetap 2011 , orang Melayu tetap sokong BN walaupun susah harga barang naik


azlan


















KUALA LUMPUR, 4 Dis. :
Pakatan Rakyat (PR) melihat kenaikan harga bahan api dan gula berkuat kuasa hari ini bukan satu petanda pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut bakal diadakan awal tahun depan, tidak akan diadakan sebagaimana dispekulasi banyak pihak.


Sebaliknya, pemimpin Pakatan Rakyat berpendapat langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu menunjukkan parti itu sudah selesa dan tidak gentar terhadap kenaikan harga petrol itu.

Perkembangan ini diumumkan kerajaan BN selepas empat hari komponen terasnya Umno menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan.

Harga petrol RON95 mengalami kenaikan lima sen seliter manakala gula pula 20 sen sekilogram (kg) mulai tengah malam tadi — kenaikan kali kedua harga produk itu sejak Julai lalu, di bawah dasar pelarasan subsidi diperkenalkan pentadbiran Najib. Turut mengalami kenaikan ialah diesel, naik lima sen kepada RM1.80 seliter.

Ekoran pelarasan itu, RON95 akan dijual RM1.90 seliter. Pelarasan itu juga membawa kepada kenaikan gas petroleum cecair (PLG) kepada RM1.90kg iaitu naik lima sen berbanding sekarang.

Kedua-dua bahan api petrol dan diesel serta LPG dan gula mengalami kenaikan pada Julai lalu apabila dasar pelarasan diperkenalkan dalam usaha kerajaan mahu mengurangkan subsidi.

Petrol RON97 yang tidak disubsidi telah mengalami kenaikan pada 1 November dan 1 Disember lalu, tetapi kerajaan tidak membuat pengumuman atas alasan ia perubahan kerana pengapungan harga.

RON97 tidak mengalami kenaikan kali ini.

“Tidak... tidak... ini tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya umum pun, isunya sekarang adalah kerajaan tiada duit dan perlukan duit.

“Apa yang Najib cakap mengenai ekonomi selama ini menunjukkan pentadbiran beliau gagal, jadi tiada pilihan terpaksa menaikkan harga minyak.

“Bagi saya dasar ekonomi yang dibawa Najib gagal kerana ia gagal memberikan ekonomi yang lebih mampan kepada negara, sebaliknya masalah rakyat yang semakin bertambah,” kata Naib Presiden PKR Tian Chua ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau mendakwa keputusan kerajaan menaikkan harga petrol RON95 itu semata-mata untuk menampung kos pilihan raya umum.

“Dengan pentadbiran yang gagal ini saya tidak rasa Najib akan menangguhkan pilihan raya yang dijangka diadakan tahun depan.

“Sebenarnya tujuan menaikkan harga minyak ini adalah untuk kumpul duit bagi menampung kos pilihan raya,” katanya.

Malah, Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, kerajaan BN mengambil kesempatan apabila rakyat tidak membantah kenaikan harga petrol RON97 baru-baru ini.

“Selain itu, bagi saya yang sebelum ini kerajaan naikkan petrol RON97 itu cubaan sahaja, nak tengok rakyat marah atau tidak. Rakyat tak marah, jadi kerajaan naikkan pula petrol RON95, malah saya percaya akan lebih banyak barang akan naik selepas ini.

“Boleh kata bila rakyat tidak kisah, BN pun mula ambil kesempatan ini, tapi apa-apa pun pilihan raya umum akan tetap diadakan awal tahun depan,” katanya.

Bagi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula, kenaikan harga petrol RON95 itu membuktikan kerajaan BN sudah selesa di bawah pentadbiran Najib.

“Itu menandakan kerajaan BN sudah selesa, sebab itu mereka naikkan harga minyak.

“Kalau tidak mereka, tidak mungkin akan buat sedemikian... mengenai pilihan raya umum bagi saya ia bergantung kepada kerajaan memerintah seperti di negara kita BN yang berkuasa,” katanya. Ahli Parlimen Marang itu berkata keputusan tentang bila tarikh pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bergantung kepada Najib yang juga Pengerusi BN dan Pengerusi Umno.

“Kalau BN rasa nak buat cepat mereka akan buat, kalau tidak mereka akan terus mendiamkan diri.

“Lagipun negara kita tidak macam negara yang lain yang mana kalau nak buat pilihan raya pemerintah akan mengumumkan tarikh. tetapi di Malaysia tidak macam itu.

“Jadi isunya sekarang kalau BN rasa sudah selesa mereka akan adakan pilihan raya cepat, kalau tidak kita tunggu sahaja nanti,” kata Hadi.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP Loke Siew Fook turut memberikan pandangan yang sama apabila mengatakan kenaikan harga petrol RON95 bukan petanda pilihan raya umum tidak akan diadakan pada tahun depan.

“Saya rasa tidak. Ini kerana selepas tiga hingga empat bulan rakyat pasti sudah tidak ingat perkara in, jadi bagi saya ia tidak akan menyebabkan pilihan raya tidak akan diadakan pada tahun depan.

“Faktor utama untuk mengadakan pilihan raya bukan kerana harga minyak, banyak lagi faktor lain yang akan dipertimbangkan BN dalam membuat keputusan itu,” katanya.

Beliau juga berkata, BN sengaja menaikkan harga RON95 secara berperingkat kerana bimbang rakyat akan marah dengan keputusan itu.

“Tapi kalau kita tengok sekarang kerajaan tidak menaikkan minyak secara mendadak sebaliknya ia naik secara berperingkat, mungkin ini adalah strategi yang BN gunakan dalam perkara ini.

“Kerana kerajaan tahu kalau naikkan harga minyak secara mendadak rakyat akan marah serta terasa sebab itu kerajaan naikkan sedikit demi sedikit.

“Lagipun kalau kerajaan terus naikkan harga minyak sehingga 70 sen sudah tentu rakyat akan rasa marah tapi bagaimanapun kenaikan harga minyak ini akan meningkatkan kos rakyat,” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Dengan pelarasan kali ini, kerajaan menjangkakan dapat menjimatkan RM621.9 juta dari produk petrol RON95, RM213.2 juta (diesel), RM63.5 juta (LPG) dan RM283.5 juta (gula) setiap tahun ataupun RM1.18 bilion.

Pada Julai lalu, kerajaan menjangkakan harga tidak akan naik sehingga akhir tahun ini.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Kerajaan P.Pinang mahu ambil alih Penang Port














GEORGETOWN, 4 Dis. : Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyatakan hasrat untuk membeli dan mengambilalih Penang Port Sdn Bhd(Penang Port).

Hasrat ini dinyatakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam sepucuk suratnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 2 Disember lalu. Kata Guan Eng tawaran ini dibuat apabila Kementerian Kewangan dilaporkan menerima kertas cadangan daripada pihak swasta untuk mengambilalih dan membeli Penang Port.

Ketika ini Penang Port dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan.

Melalui surat itu juga Guan Eng berkata setiap penswataan utama dan penganugerahan projek akan dilaksanakan dengan telus dan terbuka menerusi Tender Antarabangsa untuk memaksimumkan hasil, yang mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyertainya.

"Sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya dalam pembelian Penang Port, kami akan membawa masuk rakan teknologi asing dan tempatan, khasnya Melayu Pulau Pinang tempatan, untuk mengendali pelabuhan tersebut dan kemudahannya ke tahap bertaraf antarabangsa. Jika perlu, kami akan menawarkan ekuiti kepada rakan teknologi asing pada harga pasaran," katanya.

Tambahnya, pemilikan ekuiti akan mencipta suatu jajaran kepentingan yang selari antara semua pihak agar pengurusan pelabuhan dapat dibuat dengan cara bertaraf antarabangsa. Kami telah mengenal pasti beberapa rakan strategik kelas dunia dan tempatan tetapi akan meneruskannya melalui proses tender terbuka untuk menggalakkan ketelusan dan mendapatkan urus niaga terbaik.

Turut ditawarkan kerajaan negeri ialah ekuiti kepada Kerajaan Persekutuan sekiranya ada harga diskaun yang bersesuaian daripada harga terbitan pembekal teknologi asing.

Perdana Menteri juga turut dilantik menjadi Pengerusi kepada lembaga penasihat yang diwakil pelbagai tokoh terkemuka daripada Malaysia dan juga antarabangsa yang berpengalaman luas dalam bidang pelaburan, keupayaan dan kelayakan di dalam pengurusan pelabuhan, perdagangan antarabangsa dan logistik.

Tegasnya, di bawah pemilikan baru ini, Penang Port akan mengguna pakai tatacara urus tadbir yang bertaraf antarabangsa selaras dengan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) serta pengurusan tender terbuka untuk semua kelulusan projek dan perolehan dalam usaha untuk mendapatkan nilai terbaik. Seiring dengan Lembaga Penasihat, ini akan mengekalkan "checks and balances" di dalam Penang Port.

"Setiap pulangan daripada keuntungan ini akan disalurkan semula untuk pembangunan strategik dan lain-lain projek sosial yang berkaitan dengan kesihatan, pendidikan, infrastruktur dan pembasmian kemiskinan untuk meningkatkan taraf hidup dan menjana kemakmuran rakyat Pulau Pinang," katanya yang bersedia membuat pembentangan dihadapan Perdana Menteri.

Penang Port adalah aset strategik utama kepada pertumbuhan ekonomi bahagian utara Malaysia yang merupakan antara penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta hasil cukai negara.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Memorandum 30 kes GAPS tuduhan kosong tiada bukti

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhoG7OKRQ_4dXOeDlixoUnqnIpONG6mAHuf1ACH7Tspbr_B9qVtW9ioD76OBBgVxVc05Drnvj33orgrvzqOtTXXCdjmewIPBF3T5SfENcW50kSPa1LebQORJyoTt-cBPTcH87LZp04Wmuc/s1600/gaps-sidang-media.jpg

SHAH ALAM, 4 Dis. : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) membuktikan 30 kes penyelewengan Kerajaan Selangor jika benar seperti didakwa mereka.

Katanya, bukti dan fakta perlu disertakan GAPS bagi mengukuhkan dakwaan penyelewengan tersebut kerana tidak mahu isu 46 lembu korban bagi Parlimen Bandar Tun Razak yang ditutup oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ‘tujuan rasmi dilaksanakan dan ia dihadiri orang ramai’ berulang kembali.


“Itu tidak apa, mereka (GPAS) boleh buat apa-apa yang mereka hendak buat. Kalau ada kebenaran, mereka boleh kemukakan. Kalau tidak ada kebenaran ada kalanya orang memfitnah boleh disaman kerana usaha kita untuk menolong rakyat.


“Apa penyelewengan itu? Kita boleh terima dan tengok apa penyelewengannya, kalau ada beritahu. Seperti isu lembu, isu kereta yang lama-kelamaan tiada apa (tidak disabit kesalahan),” katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan GAPS yang akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung 30 kes penyelewengan tersebut kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini dan Yang di-Pertuan Agong, Ahad ini.


Pada Ahad ini juga, Kerajaan Negeri dijangka menyerahkan memorandum berhubung isu pengambilalihan pengurusan air daripada Sya- rikat Bekalan Air Selangor (Syabas).


Abdul Khalid sebelum ini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menyalahgunakan dana Kerajaan Negeri untuk membeli 46 ekor lembu korban bagi bahagian Parlimen Bandar Tun Razak.


Bagaimanapun, lapan kes rasuah berprofil tinggi termasuk kes tersebut yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dibawa ke mahkamah.


Mengulas mengenai memorandum pengambilalihan pengurusan air, Abdul Khalid berkata, rakyat Selangor lebih tahu tentang usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri malah akan disertai mereka yang berminat mengembalikan hak air kepada rakyat.


“Mereka (GAPS) boleh sertai (mengadakan perhimpunan dan hantar memorandum), ini Parti Keadilan Rak- yat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR). Ini parti reformasi yang menggalakkan kebebasan bersuara, itu sebabnya boleh jadi orang lain takut.


“Kebebasan bersuara dibenarkan tetapi mesti ada etikanya, kita tidak boleh mencerca atau memfitnah orang lain, itu sahaja. Negara ini membenarkan kebebasan tetapi hormat-menghormati seperti menghormati Tuanku Sultan adalah juga satu perkara yang dikehendaki, “ katanya.


Mengenai program Tabung Budi, Kerajaan Negeri belum menerima maklum balas daripada Syabas berhubung perkara tersebut.


Beliau berkata, jika Syabas masih meneruskan program Tabung Budi bermakna Syabas tidak mahu meneruskan perjanjian tersebut maka Negeri Selangor berhak untuk memutuskan perjanjian itu.


“Tak apa, kalau dia buat tetapi kita ada kuasa. Maknanya Syabas melanggar undang-undang dan perjanjian yang dilakukan. Kalau di mahkamah, kita buktikan bahawa Syabas bukanlah bertujuan untuk penswastaan air tetapi untuk tujuan lain.


“Itu salah dari segi tata cara yang dipanggil ‘the memorandum and article of the company’. Syabas telah menjalankan perkara yang tidak sama dalam undang-undang, contohnya seorang individu menandatangani dengan rakannya untuk perniagaan nasi lemak tetapi dia jual burger, tidak bolehlah,” katanya. SH


MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Kerajaan Pusat arah kilang Hartalega Sdn Bhd , Selangor ditutup

NONE























SHAH ALAM, 4 Dis. : Tindakan kerajaan pusat yang mengarahkan penutupan kilang pengeluar sarung tangan di Ijok, Hartalega Sdn Bhd, dikhuatiri akan menakutkan pelabur selain menyebabkan 800 pekerja tempatan hilang pekerjaan, kata setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin.

“Adalah merugikan rakyat Selangor dan negara khasnya jika arahan itu dibuat tanpa siasatan lanjut tetapi hanya untuk menjaga kepentingan politik dan memenuhi agenda tersembunyi pihak-pihak tertentu.

“Ini bertentangan dengan dasar kerajaan Selangor yang mahu menarik pelaburan asing dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor serta dari negeri lain,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menuru Faekah, implikasi penutupan kilang itu tanpa usul periksa akan menyebabkan pelabur membatalkan rancangan melabur di Kuala Selangor, termasuklah pelaburan usaha sama syarikat Jepun dan Guthrie melibatkan pelaburan melebihi RM2 billion.

“Adalah amat tidak wajar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana, Datuk T Murugiah mengarahkan Hartalega menghentikan operasi hanya kerana aduan beberapa orang penduduk berhampiran kilang yang mendakwa kesihatan terganggu kerana pencemaran oleh kilang berkenaan,” katanya.

NONEHartalega telah beroperasi sejak 1996 dan sehingga hari ini, tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan operasi kilang itu menyebabkan penduduk mengalami masalah pencemaran.

Pertengahan tahun ini, penduduk Taman Suria, Bestari Jaya, Kuala Selangor mendakwa terdedah dengan pencemaran bahan kimia hasil bahan buangan.

Berikutan dakwaan itu, Menteri Besar, Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri turun padang untuk meninjau masalah rayat itu.

Abdul Khalid diberi taklimat mengenai operasi kilang dan amalan-amalan mengikut kawalan alam sekitar terutama melibatkan rawatan air tercemar dan pelepasan asap dan beliau berpuas hati kerana Hartalega mematuhi semua peraturan dan piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

khalid ibrahim second visit to rawang new village 121010 03Katanya, Hartalega merawat air yang tercemar sebelum dialirkan keluar manakala asap yang dilepaskan dari kilang itu tidak membahayakan kesihatan.

Pihak kilang juga memberitahu dakwaan adanya ammonia di ruang udara sekitar kawasan perumahan juga tidak benar kerana ujian yang dilakukan pihak Hartalega mendapati tidak wujud bahan kimia itu.

Malah, menurut Faekah, tinjauan kerajaan negeri juga mendapati tiada seorang pun pekerja kilang itu yang mengalami masalah kesihatan walaupun setiap hari terdedah dengan bahan kimia.

“T Murugiah sebenarnya tiada kuasa mengarahkan Hartalega ditutup kerana kilang berkenaan memenuhi semua piawaian yang ditetapkan pihak berkuasa. Hanya Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mempunyai kuasa mengarahkan hilang itu ditutup.

NONE“Hasil pemeriksaan berkala yang dilakukan terhadap Hartalega mendapati kilang itu tidak melanggar peraturan. Sehubungan itu, tiada alasan untuk MDKS menutup operasi kilang berkenaan,” katanya.

Faekah berkata Murugiah tersilap fakta dan mendapat maklumat yang silap kerana tidak merujuk kepada pihak berkuasa sebelum membuat arahan itu.

MDKS, kata Faekah telah diarahkan supaya terus mengadakan perbincangan dengan penduduk untuk meningkatkan sistem perparitan yang didakwa menyebabkan banjir manakala JAS pula akan meningkatkan pemeriksaan dan kawalan bagi memastikan Hartalega tidak mencemar alam sekitar.

Masalah itu timbul apabila, jarak antara kawasan industri dan kawasan perumahan yang sepatutnya adalah 500 meter tetapi dibina kurang 100 meter dari kilang.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Ketua Pemuda Umno bahagian didesak letak jawatan


KULIM, 4 Dis. : Seramai 13 Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu termasuk naib ketuanya mendesak Ketua

Pemuda UMNO bahagian itu, Mohd Mustafa Kamal Shaik Ismail segera meletak jawatan.

Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Norazam Abdul Ghazali berkata, seramai 10 Ahli Jawatankuasa yang dipilih termasuk dirinya serta tiga Ahli Jawatankuasa yang dilantik termasuk Penolong Bendahari Pemuda UMNO Bahagian terlibat dalam protes itu.

Menurutnya, mereka bertindak demikian atas sebab hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mohd Mustafa Kamal berkaitan beberapa isu yang sudah tidak dapat dibincangkan lagi jalan penyelesaiannya.

“Kami sudah mengadu hal ini kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim. Kamu mahu beliau (Mohd Mustafa Kamal) letak jawatan kerana jika dibiarkan lebih lama, ia boleh merosakkan nama baik parti,” katanya.

Difahamkan, antara punca yang membawa kepada tindakan itu termasuk janji kepada Pemuda UMNO cawangan yang didakwa tidak ditunaikan.SH

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

BN tak peduli rakyat bawahan


azlan










KUALA LUMPUR, 3 Dis: Kenaikan harga petrol RON95, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula adalah bukti jelas kerajaan BN zalim kepada rakyat marhaen.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus berkata, rakyat marhaen paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna petrol RON95.

Sambil menyifatkan kenaikan mengejut itu sebagai 'gila', beliau mengharapkan rakyat menolak Umno BN yang secara terang terangan tidak mengutamakan rakyat terbanyak.

"Harap pengguna RON95 mesti tolak BN.

"BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beliau mengulas kenaikan petrol RON95, sebanyak 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Kerajaan terus memberi alasan sama terhadap kenaikan itu dengan mendakwa ianya bagi menyelaraskan subsidi.

Semua harga baru itu berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter.

Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Mengulas lanjut, Firdaus berkata, ketidakprihatinan BN kepada nasib rakyat bukan lagi dongeng semata-mata.

Ianya terbukti, apabila rakyat terus dibebankan sedangkan Perdana Menteri semalam mengumumkan akan meneruskan cadangan membina Menara Warisan 100 tingkat yang tiada manfaat secara langsung kepada rakyat.

"Kalau betul ikhlas, batalkan sahaja niat nak buat menara 100 tingkat, guna duit tu tampung beban rakyat.

"Saya tengok rakyat hanya diguna untuk pilihan raya sahaja," katanya lagi.

Lebih malang, kenaikan itu berlaku diwaktu rakyat sedang terbeban dengan persiapan persekolahan sesi akan datang.

Kesan kenaikkan itu juga jelasnya, memberi alasan kepada peniaga barangan menaikkan harga barang mereka dan menyebabkan pengguna sekali lagi terbeban.

"Saya hairan, kenapa menteri tak umum di parlimen, sedangkan parlimen tempat bincang masalah rakyat," soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat turun beramai-ramai pada himpunan membantah kenaikan harga air oleh Syabas di Masjid Negara, Ahad ini.

Biarpun himpunan itu bagi membantah tindakan Syabas menaikkan tarif air Selangor, kesempatan itu juga jelasnya wajar diguna untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barangan keperluan tersebut.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT


Read more ...

Turun 5 Disember : Syabas kikis wang rakyat Selangor


















KUALA LUMPUR, 3 Dis. : Pada 1997, Kerajaan Negeri Selangor Barisan Nasional pada ketika itu dan kerajaan persekutuan memulakan pelaksanaan pengswastaan industri air Selangor.

Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Muhammad Taib memilih bendahari Umno bahagiannya, Tan Sri Rozali Ismail sebagai Ketua pegawai Eksukitif kepada SYABAS, syarikat yang dibentuk dalam pelaksanaan pengswastaan terbabit.

Menjelang 2010, jumlah kerugian yang dijana melalui ketirisan dan rasuah oleh syarikat-syarikat swasta terbabit telah meningkat kepada ratusan juta ringgit.

Antara amalan penyelewengan kewangan yang dipersoalkan adalah laporan audit yang menunjukkan 72 peratus kontrak berjumlah RM600 juta diberi melalui rundingan terus dan bukan secara tawaran tender terbuka.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Klang ketika ditemui TVselangor berkata, Syabas juga telah melanggar perjanjian pengswastaan dengan kerajaan negeri apabila tidak membeli saluran paip dari syarikat tempatan seperti yang dekehendaki dalam perjanjian berkenaan.

Menurutnya SYABAS, sebaliknya telah mengimport saluran paip dari sebuah syarikat di Indonesia milik Ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbabit, Tan Sri Rozali Ismail.

"SYABAS mesti membeli paip Malaysia, itu jelas, itu undang-undang Malaysia dan termaktub dalam undang-undang konsesi, tapi apa yang dibuat oleh syabas ialah mereka membawa paip itu dari indonesia. pembuat paip malaysia marah, mereka telah buat paip untuk syabas," tambah beliau lagi.

Menurutnya, laporan audit juga mendapati penyata kewangan awam SYABAS menunjukkan lebih RM325 juta dan rekod kontrak yang ditawarkan 'hilang' tanpa sebarang rekod antara 2005 - 2007.

"Yang aneh, kita juga dapati bahawa ada pengeluaran wang daripada syabas ke puncak niaga dan dalam laporan menunjukkan RM700,000 telah dipindahkan daripada akaun syabas kepada puncak niaga setiap bulan...RM700,000 satu bulan. satu tahun berapa juta?

Persoalannya ialah mengapa SYABAS membayar RM700,000 kepada Puncak Niaga? Dia kata untuk pentadbiran. tapi pentadbiran apa? SYABAS merupakan firma yang diberi tanggungjawab untuk urus air, mengapa bayar kepada puncak niaga?" persoalnya lagi.

Charles juga mempersoalkan tentang gaji Tan Sri Rozali Ismail berjumlah RM 5.1juta setahun yakni RM 425,000 sebulan ketika syarikat tersebut dilaporkan sedang beroperasi dengan menanggung beban hutang ratusan juta ringgit dan kerugian.

Di samping itu, katanya lagi, SYABAS dan tiga lagi syarikat pemegang konsesi air menanggung jumlah keseluruhan hutang RM 6.4 bilion manakala Kerajaan Persekutuan pula menggunakan wang rakyat dengan memberikan pinjaman mudah bernilai RM320 juta kepada SYABAS dengan jumlah faedah terkumpul bagi tempoh 20 tahun adalah RM250 juta.

SYABAS juga katanya, tidak perlu membayar balik hutang pinjaman yang diberikan kerajaan, sebaliknya hutang tersebut ditanggung oleh rakyat pembayar cukai di negara ini.

"Kerajaan kata tidak ada wang untuk subsidi makanan, makanan, sekolah, minyak, kesihatan unutk rakyat. tapi mereka ada subsidi untuk orang kaya dan kroni," tambah beliau lagi.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Turun 5 Disember : Istana Negara sedia terima memorandum



















SHAH ALAM, 3 Dis. : Penyelaras kempen perhimpunan menentang kenaikan harga air, Badrul Amin Bahrom berkata perhimpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Ahad ini tetap diteruskan kerana wakil Istana Negara telah memberikan lampu hijau bagi pihaknya menerima memorandum berkenaan.

Beliau yang dihubungi petang tadi berkata meskipun pengarah kempen yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor, Theresa Kok tidak dimaklumkan oleh pihak polis mengenai permit perhimpunan tersebut.


"Polis tidak menjawab walaupun kita telah memaklumkan kepada mereka dan kita hanya diberi amaran melalui media oleh pihak polis.

"Kita tetap teruskan perhimpunan atas alasan, ia merupakan hak setiap individu untuk berhimpun," ujar beliau.


Menurut Badrulamin lagi, ini berdasarkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Jagjit Singh yang membebaskan orang kena tangkap (OKT) daripada semua pertuduhan kes perhimpunan Bersih 2007 lalu.

Dalam perbicaraan tersebut, Jagjit berkata pihak polis telah melanggar kebebasan beragama dalam Artikel 11 Perlembagaan apabila menangkap semua tertuduh di Masjid Negara.


Ditanya tentang langkah-langkah yang telah diambil tentang persediaan perhimpunan yang akan diadakan itu beliau berkata pihaknya telah menyediakan 500 petugas yang terdiri daripada Unit Amal (PAS), Briged Keadilan dan Penyelaras Komunikasi Selangor (Pikom) bagi menghalang provokasi daripada pihak-pihak tertentu.

"Mereka akan mengawal provokasi yang berkemungkinan dicetuskan oleh kumpulan baju hitam dan daripada pihak polis sendiri.


"Kita telah menasihat pihak kita supaya tidak bertindak liar dan bersabar menghadapi apa sahaja bentuk provokasi dan ikut arahan pemimpin.

Pada masa sama, beliau turut berharap kumpulan baju hitam menghentikan hasrat untuk mengganggu perjalanan perhimpunan menentang kenaikkan harga air.


"Kalau betul-betul ada bukti penyelewengan negeri Selangor, ikutlah saluran yang betul...serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan bukannya kepada Yang Di-Pertuan Agong.

"Saya minta pihak polis juga bersikap profesional dan bijaksana dalam menangani kedua-dua perhimpunan tersebut," tambah beliau yang juga Ketua Penerangan Selangor.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Gani Patail sila jawab





















KUALA LUMPUR, 3 Dis. : Pengerusi majlis peguam, Ragunath Kesavan mendesak supaya peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan apakah hubungannya dengan Shahidan Shafie yang dikatakan proksi kepada bekas pengerusi Syarikatt Penerbangan Malaysa (MAS)i, Tan Sri Tajuddin Ramli.

Ragunath menegaskan Gani juga perlu menjelaskan dakwaan yang mengatakan perbelanjaan beliau dan keluarga menunaikan ibadah haji baru- baru ini ditaja oleh seseorang.

Beliiau juga menuntut gani menjelaskan adakah bayaran itu sebagai satu bentuk penghargaan kerana melakukan sesuatu atau untuk tidak melakukan sesuatu.

"Saya tidak pasti sama ada Tan Sri Abdul Gani patut menjawabnya tetapi ia terserah kepadanya untuk memberikan respon- Ragunath Kesavan,” katanya lagi

Abdul Gani dan Shahidan kemudiannya hampir senada apabila enggan mengulas dakwaan berkenaan ketika disoal wartawan semalam.

Kedua-dua mereka berkata mereka tidak mempunyai sebarang komen.

Isu yang dibangkitkan Ragunath ini dilihat mirip kepada tomahan yang dilemparkan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa ditawarkan untuk menunaikan ibadah haji oleh sebuah syarikat.

Ragunath berkata beliau menyedari mengenai gambar-gambar lawatan Abdul Gani ke rumah Shahidan ketika pengkebumian anaknya seperti yang didedahkan oleh lamanweb Malaysia Today.

Hubungan yang dipertikaikan itu, kata Ragunath menimbulkan persoalan adakah kemungkinan hubungan antara Abdul Gani dan Shahidan menyebabkan “tiada tindakan” dikenakan ke atas Tajuddin.

Tajudin sebelum ini dipertanggungjawabkan kerana menyebabkan syarikat penerbangan malaysia atau MAS mengalami kerugian sehingga 8 billion ringgit namun, sehingga kini tiada sebarang tindakan dikenakan keatasnya.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Majoriti 2/3 dah perlu pinda perlembagaan negeri Perak













IPOH, 4 Dis. : Sidang Dewan Undangan Negeri Perak semalam menyaksikan satu usul yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bagi meminda perlembagaan negeri diluluskan tanpa mendapat sokongan majoriti dua pertiga, lapor Malaysiakini.

Sebelum usul dibentangkan, Khalid Idham Lim Abdullah (PAS -Titi Serong) membantah perkara itu. Hujahnya, enakmen undang-undang negeri mesti dibentang sebelum pindaan perlembagaan.

Enakmen seumpama itu memerlukan beberapa kali bacaan sebelum dewan mengundi dan ia mesti mendapat kelulusan dua pertiga.

Selepas berperang mulut, Zambry merujuk kepada penasihat undang-undang negeri, Ahmad Kamal Md Shahid dan beliau kemudiannya merujuk perlembagaan negeri dan bersetuju dengan menteri besar bahawa sekadar membentangkan usul adalah memadai.

Berikutan itu, usul berkenaan diluluskan dengan majoriti mudah. Ia disokong oleh 29 ADUN BN dan tiga ADUN Bebas yang berpaling tadah. Manakala semua 27 ADUN Pakatan Rakyat memilih untuk berkecuali dan tidak mengundi.

Selepas usul diluluskan, speaker, Datuk R Ganesan menagguhkan sidang dewan negeri Perak.

Usul khas itu timbul berikutan mesyuarat kali ke-147, Istana Perak yang diketuai oleh Sultan Raja Azlan Shah pada 12 Ogos lalu. Banginda menitahkan Artikel 58 (1)(a) bahagian Kedua, Perlembagaan Negeri Perak dipinda.

Pindaan itu bagi membolehkan empat lagi Raja Bergelar dengan jawatan Raja Kecil Besar, Raja Kecil Sulong, Raja Kecil Tengah dan Raja Kecil Bongsu dimasukkan dalam kerabat Istana.

Pada sidang akhbar selepas itu, Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melahirkan rasa tidak puas hatinya mengenai cara perlembagaan dipinda.

Rakannya, Ngeh Koo Ham, ADUN Sitiawan dari DAP berhujah Artikel III (3) Perlembagaan Negeri Perak secara jelas mentakrifkan bahawa perlembagaan hanya boleh dipinda melalui enakmen dewan undangan negeri.

Ngeh, yang juga seorang peguam berkata Article III (4) Perlembagaan Negeri Perak memperuntukkan pindaan hanya boleh dibuat jika ia disokong tidak kurang daripada dua pertiga anggota dewan.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Gempar : GAPS dapat sambutan , 80 OOO rakyat Selangor hadir serah memorandum















SHAH ALAM, 3 Dis : Hanya kira-kira 80 orang, hadir untuk menyerahkan memorandum tajaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan kepada Istana Selangor dalam cubaan untuk mengalih tumpuan rakyat daripada usaha Syabas menaikkan harga air sebanyak 37 peratus.

Sebilangan daripada penunjuk perasaan itu dikatakan pekerja Syabas yang dipaksa oleh majikan meninggalkan tugas dan hadir sama menyerahkan memorandum itu selepas solat Jumaat.

Seperti yang dijangka, penunjuk perasaan ini turut merangkumi penyokong Pertubuhan Pribumi Malaysia dan ahli-ahli Umno.

Sambutan dingin terhadap tunjuk perasaan ini menjadi bukti paling jelas Umno dan NGO tajaan parti itu ditolak oleh rakyar Selangor yang memberi sokongan untuk menyekat Syabas daripada menaikan harga air.


NONEKumpulan ini menamakan diri sebagai Gabungan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPS.

Bagaimanapun mereka berdiam diri apabila ditanya oleh TVSelangor mengenai pendirian masing-masing terhadap konsesi yang diberikan oleh Umno-Barisan Nasional kepada Syabas pada tahun 2007.

Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin enggan menjawab persoalan mengenai tindakan Syabas mahu menaikan harga air sebanyak 37 peratus dan usaha kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghalang langkah itu.

Sebaliknya, Hamidzun mendakwa mempunyai bukti mengenai beberapa penyelewengan yang menurut beliau, perlu diambil tindakan oleh istana Selangor walaupun jelas agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah lebih sesuai untuk aduan seumpama itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya tidak bermasalah dengan memorandum yang dikemukakan oleh GAPS sungguhpun sedar ia lebih bersifat provokasi dan bukan untuk menegakkan kepentingan rakyat.

Memorandum berkenaan disampaikan oleh Hamidzun kepada pegawai istana di pintu pagar Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Dan seperti biasa, penyerahan memorandum diiringi dengan beberapa penyokong tegar Umno menjulang kain rentang dan melaung sogan-slogan berbentuk serangan peribadi terhadap pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali. .

Penganjur mendakwa perhimpunan ini disertai oleh Majlis Belia Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia dan Jaringan Melayu Malaysia yang semuanya didokong oleh Umno.

Namun hakikat ialah sokongan hambar terhadap tunjuk perasaan ini membuktikan ahli-ahli Umno sendiri menolak politik perkauman yang cuba dibawa oleh kumpulan ini.

Muka sama juga yang turun Umno, Perkasam. Kata wakili 50 NGO , pekerja Syabas paksa mai ramai

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Negara mengalami Inflasi tinggi , bukan 4 tapi banyak yang akan naik

azlan













SHAH ALAM , 3 Dis. : Kenaikan harga barangan bersubsidi iaitu petrol RON95, gas LPG, diesel dan gula jelas menunjukkan kadar inflasi negara sememangnya tinggi dan bukannya sederhana seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan Umno-BN.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menjelaskan apabila inflasi tinggi, harga hampir kesemua barangan dan servis akan meningkat tetapi impak terbesar adalah pada sektor pengangkutan dengan kenaikan harga tambang bas dan sebagainya.

"Bila harga naik juga bermaksud inflasi telah naik, dan kerajaan selalu mengatakan bahawa inflasi tidak naik tetapi dalam keadaan-keadaan sederhana. Tetapi apabila saya berbincang dengan warga miskin, di jalanraya, di pasar, mereka kata kebanyakan harga barang telahpn naik. Tahun ini sahaja, bulan ke bulan harga naik," kata beliau kepada TVselangor, petang tadi

Beliau yang mendapat berita berkenaan kenaikan harga RON95 yang dijangka naik lima sen bermula tengah malam ini berkata penurunan subsidi oleh kerajaan Umno-BN hanya akan memiskinkan lagi rakyat jelata.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan memang hendak menurunkan subsidi untuk rakyat, tapi untuk kaya dan kroni dia masih bagi subsidi. Tetapi untuk rakyat jelata yang miskin, pekerja, petani, dan penganggur dan orang-orang yang berpendapatan rendah, mereka tidak akan mendapat apa-apa," tegas beliau lagi.

Beliau seterusnya berkata dakwan kerajaan bahawa inflasi tidak begitu berubah hanyalah 'public relations' (perhubungan awam) sahaja.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Anwar dinafikan hak, Pakatan adu kepada IPU




























SHAH ALAM ,3 Dis. : Pemimpin Pakatan Rakyat tidak teragak untuk menfailkan laporan kepada Kesatuan Inter-Parlimen (IPU) terhadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Malaysia sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dinafikan hak memberi keterangan berhubung kenyataan APCO Worldwide di parlimen Jun lalu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi TV selangor petang tadi berkata keputusan yang dibuat jawatankuasa itu tanpa mengambilkira keterangan Anwar melanggar hak asasi manusia justeru melabelkan jawatankuasa itu sebagai pengecut.

Mennurutnya, tindakan itu menunjkkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen telah melanggar amalan biasa. Orang yang dituduh selalunya harus dipanggil untuk memberi keterangan membela diri.

"Jawatankuasa ini mesti tunjuk ketelusan mereka, kenapa jawatankuasa ini takut? Nampaknya jawatankuasa ini takut untuk berhadapan dengan keterangan yang hendak diberi Datuk Seri Anwar.

Jika ini dilakukan saya rasa ini akan menjatuhkan reputasi parlimen Malaysia pada mata parlimen dunia dan ini adalah tidak sihat kepada proses demokrasi berpalimen di negara kita," tegas beliau ketika dihubungi TV Selangor petang tadi.

Dalam sidang media di Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini, Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhasrat untuk menggantung beliau menghadiri sesi parlimen.

Menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu titik hitam dalam sejarah parlimen dan di antara Kesatuan Inter-Parlimen, Anwar bertegas akan mengemukakan bukti kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menggunakan pendekatan Israel dalam konsep 1Malaysia yang dilaksanakan di negara ini.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, status institusi tertinggi di negara ini semakin merudum justeru menghakis nilai demokrasi yang pertahankan negara selama ini.

"Anwar semua dinafikan. Di mahkamah dia dinafikan untuk mendapatkan dokumen, di sini dia dinafikan untuk memberi keterangan. Jadi bagi saya amat memalukan bila institusi demokrasi tertinggi di negara kita iaitu parlimen tidak dapat menterjemah dan memurnikan proses demokrasi itu," tambah beliau lagi.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Turun 5 Disember : Syabas semakin tertekan

























SHAH ALAM, 3 Dis. : Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kesal dengan tindakan Syabas yang dikatakan mengarah kakitangannya mengadakan demonstrasi berbaur politik untuk mengecam usaha Kerajaan Negeri menghalang syarikat itu daripada menaikan harga air.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Syabas tidak sepatutnya mengheret kakitangan bawahan menentang Kerajaan Negeri, kerana rundingan pengambilalihan urus air Selangor hanya melibatkan pengurusan tertinggi konsesi itu.

Kerajaan negeri akan menyiasat kesahihan laporan bahawa kakitangan Syabas dikerah oleh majikan untuk menunjuk perasaan di Masjid Negeri Shah Alam, selepas solat Jumaat hari ini.

Hanya kira-kira 80 orang, hadir bagi menyerahkan memorandum tajaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan kepada Istana Selangor itu.
Seperti yang dijangka, penunjuk perasaan lain adalah daripada Pertubuhan Pribumi Malaysia dan ahli-ahli Umno.

"Syabas dilaporkan mengarahkan kakitangannya untuk menyertai tunjuk perasaan itu, Saya berpendapat ini tidak betul kerana kerana kakitangan Syabas tidak ada kena mengena dengan penyusunan semula pengurusan air di Selangor,: tegas Tan Sri Khalid.

"Saya memandang perkara ini dengan serius, saya telah meminta pegawai kawal selia air negeri selangor untuk menulis surat kepada syabas dan memberitahu tentang kewajipan mereka," tambah beliau

Tunjuk perasaan hari ini dianjurkan oleh sekumpulan penyokong Umno yang memanggil diri mereka Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor atau GAPS.

Kumpulan ini turut merancang untuk mengadakan satu lagi tunjuk perasaan Ahad ini bagi menyaingi perarakan anjuran kerajaan negeri untuk menyampaikan memorandum kepada Yang diPertuan Agong.

Memorandum itu adalah untuk mendesak istana supaya campurtangan menegakkan kepentingan rakyat setelah Umno-Barisan Nasional terus melindungi Syabas dan enggan memberikan hak kepada kerajaan negeri untuk menguruskan sumber air di Selangor.

Syabas diberi kontrak lumayan yang menyaksikan Pengerusinya Tan Sri Rozali Ishak menerima gaji lebih RM400,000 sebulan manakala Syabas sendiri memberikan kontrak-kontrak secara terus tanpa proses tender.

Syarikat itu mahu menaikkan harga air sebanyak 37 peratus dan mahu menyaman kerajaan negeri Selangor kerana membantah rancangannya itu.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT


Read more ...

Baca artikel ini : Najib fikir panjang sebelum bubar DUN Sarawak











KUCHING : Pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 1987 sememangnya igauan Barisan Nasional, menyaksikan bagaimana kebangkitan rakyat, terutamanya Dayak yang hampir menjangkau ambang untuk menggulingkan kerajaan BN di bumi kenyalang ini.

"Pada tahun 1987, sentimennya Dayakism. Dayakism sangat hangat, menjadi tema, isu kempen. Sekarang ini bukan lagi Dayakism. Sekarang ini adalah keadilan. Sekarang ini adalah tentang tanah adat, yang memberi kesan bukan hanya kepada orang Dayak, tetapi Melayu dan juga orang Cina dalam perkara pembaharuan lesen. Yang ini kalau kita banding dengan...bagi saya dua tiga kali panas daripada 1987, pada isunya."

Begitulah keyakinan yang ada pada Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak, Baru Bian (gambar kiri) dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 26 November 2010, di Hotel Armada sebaik sahaja beliau mendarat di Selangor untuk menghadiri Kongres Nasional PKR yang berlangsung pada hari keesokannya.

Malah, beliau mengingatkan, "Kalau rakyat yang ingin berubah, anda tidak dapat menghentikannya." Dan mungkin itu sebabnya tema kempen Pakatan Rakyat kini berbunyi "Berubahlah, just change", katanya.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 1987, Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) memenangi 15 kerusi DUN, ditambah 5 kerusi dari PERMAS, melalui pakatan yang bergelar Kumpulan Maju. Daripada jumlah 48 kerusi DUN, BN yang terdiri daripada PBB (14), SUPP (11) dan SNAP (3) hanya memperolehi 28 kerusi. Dengan kata lain, majoriti 2/3 BN di DUN Sarawak telah dinafikan.

Untuk Baru Bian, kuasa menumbangkan kerajaan BN di negeri Sarawak kini berada pada kemuncaknya dengan segala syarat yang sedia ada. Dari segi persefahaman di kalangan pembangkang, Pakatan Rakyat merupakan pakatan parti politik yang paling kukuh berbanding segala bentuk kerjasama pembangkang yang lalu. Dari segi penyebaran maklumat, kemudahan telekomunikasi seperti telefon bimbit, internet, malah stesen radio yang lebih bebas, digunakan sepenuhnya untuk menangkis serangan jentera perintah kerajaan.

Antara harapan dengan realiti

Sememangnya, politik ada kalanya ditentukan angka. "Harapan" Baru Bian diuji dengan statistik sebermulanya wawancara ini. Dalam pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 2006, BN memenangi 62 daripada 71 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri. Malah dalam PRU ke-12 pada 8 Mac 2008, pembangkang (DAP) hanya menang satu kerusi parlimen di Kuching (gambar bawah, kanan), daripada 31 kerusi parlimen, sebelum PRK Sibu pada Mei 2010 yang menambah satu lagi kerusi (gambar bawah, kiri). Lebih-lebih lagi, sebanyak enam kawasan parlimen BN dimenangi dengan majoriti lebih 10 ribu undi, biarpun dilanda "tsunami politik" di Semenanjung.

"Bagi kita, yang selalu dikatakan dalam politik tidak ada sesuatu yang mustahil (impossible). Kita boleh menoleh ke belakang dan tengok apa yang telah terjadi dalam tahun 2006 pada peringkat negeri, dan tahun 2008 bagi parlimen," katanya.

"Saya berpendapat, saya haraplah, apa yang sudah jadi, khasnya dengan keputusan tahun 2008 itu... Sekarang ini saya berpendapat, setelah lawatan kita di akar umbi, kita merasa satu sentimen yang agak kuat, menghendakkan satu perubahan. Ini adalah satu sentimen yang luar biasa sejak 8 Mac 2008," sambung Baru Bian.

Baru Bian semestinya menyedari bahawa "harapan besar" tanpa digalas "kerja akar umbi", hanya tinggal "retorik" semata-mata. Beliau yang dikempenkan sebagai "bakal Ketua Menteri Sarawak" di laman facebook, dipersoalkan sejauh manakah persiapan PR ke arah pengambil-alihan kerajaan negeri Sarawak.

Sejauh manakah persiapan PR?

Beliau bersetuju bahawa calon pilihan raya perlu turun untuk bekerja bersama rakyat di akar umbi, untuk meraih kepercayaan dan sokongan penduduk tempatan. Usaha sedemikian semestinya memakan masa. Pendek kata, ia mungkin terlalu lewat untuk mendapat sokongan penduduk seandainya calon dikenalpasti pada saat-saat terakhir. Persoalannya, sejauh manakah PR bersiap-sedia dalam isu rundingan pengagihan kawasan pilihan raya?

"Tentang pengagihan konsituensi, sekarang ini kita sudah bermesyuarat dengan Pakatan Rakyat. Dua kali sudah. Dalam mesyuarat itu, kita sudah bersetuju dengan kira-kira 90% kerusi ataupun konsituensi DUN di Sarawak. Hanya sedikit, mungkin 10% daripada 71 kerusi itu belum lagi disetujui. Itu kita sudah serah kepada pemimpin kita di Kuala Lumpur, PR Presidential Council untuk kita terus berbincang," jawapnya.

Ketika ditanya sama ada "calon telah dikenalpasti", Baru Bian sekadar berkata beliau percaya nama calon untuk parti masing-masing telah disenaraikan, namun perlu dibincang, dikaji sebelum membuat keputusan. MerdekaReview mempersoalkan, beliau bersetuju bahawa calon perlu membuat persiapan awal untuk bekerja bersama penduduk untuk meraih sokongan, tetapi pada masa yang sama, calon PR masih belum dikenalpasti - pada saat-saat Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud sudah mendapat ilham tentang tarikh pilihan raya negeri akan datang...

"Ya betul! Itu betul. Tetapi itu tidak bermaksud di semua konsituensi itu ada dua, tiga, (atau) empat orang. Ada juga konsituensi yang obvious (nyata), di mana satu sahaja calon yang kita ada. Ada di tempat lain mungkin dua, ada juga tiga (orang). Itu biasa. Tapi kita menggalakkan mereka untuk bekerjasama, untuk menjalankan aktiviti bersama-sama di kawasan mereka itu. Dan akhirnya siapa yang patut (bertanding)... kita anggap yang boleh menang, itulah calon kita!"

Berhubung "Autonomous"

Selain "angka", "sentimen" cukup penting untuk menentukan iklim politik. "Autonomous", antara sentimen yang dimainkan di Malaysia Timur. Dalam PRK Batu Sapi baru-baru ini, "Sabah untuk orang Sabah" menjadi slogan yang dilaungkan oleh SAPP; ketika PRK Sibu pula, SUPP menuduh DAP membawa politik kucar-kacir dari Semenanjung ke Sarawak.

Apakah sentimen ini masih menebal, sehingga gagal ditembusi parti-parti politik dari Semenanjung?

"Bagi kita di PKR-Pakatan Rakyat, ini tidak menjadi masalah yang besar. Itulah sebab kita masuk bersama-sama dengan PR ataupun PKR. Kerana kita mengaku dan bersetuju, bahawa Sabah dan Sarawak harus bersatu dengan Semenanjung. Dan parti politik di Sabah-Sarawak harus bekerjasama dengan parti politik di pusat, Kuala Lumpur."

Beliau menyambung, "Kerana ini adalah sangat penting. Penting kerana kalau kita nak autonomous, dan kita tidak ada kuasa di pusat, kita akan menghadapi masalah yang besar. Misalnya, di Sabah dahulu bila PBS (Parti Bersatu Sabah) menjadi perintah negeri, dan di pusat dia tak ada kuasa. Kerana itu banyak perkara yang tidak boleh diteruskan. Visi-visi kita, dasar yang mungkin nak dilaksanakan, tidak dapat dilaksanakan."

Baru Bian menganggap isu ini skadar "persepsi" yang ditimbulkan melalui kempen BN, malah parti komponen BN di Sarawak kini menyerang PKR sebagai parti politik yang bukan tempatan atau Timur, tetapi dari Semenanjung.

"Tetapi, kalau kita tengok mereka juga...Walaupun PBB adalah parti Sarawak, mereka ini adalah dalam Barisan Nasional. Ada bekerjasama dengan UMNO, dengan MCA, dengan Gerakan, dengan parti di Semenanjung," beliau kemudian menegaskan, "Semenanjung atau Timur dalam politik tidak bermakna bagi saya, bagi yang dalam PKR ini - kalau parti politik itu tidak memperjuangkan dan mempertahankan hak kita di Sabah dan Sarawak."

Beliau mempersoalkan, "Apakah ertinya? Tidak ada maksud walaupun parti politik itu dari Sabah dan Sarawak tetapi tidak berani dan tidak mampu mempertahan dan memperjuangkan hak kita. Tidak ada ertinya!"

"Kalau parti politik dari Semenanjung dan dia faham masalah kita di Sabah-Sarawak, dan memberikan kuasa itu dan mempertahankan hak-hak itu, tidak ada masalah. Ini adalah satu kempen, strategi BN di Sarawak supaya orang tempatan, orang Sabah dan Sarawak tidak menyokong PKR," jelasnya.

Ketika ditanya, Baru Bian berharap strategi BN ini tidak berkesan, sebaliknya bertekad untuk membawa mesej ini ke peringkat akar umbi untuk menangkis kempen BN. Pengamatannya cukup memberangsang buat dirinya, "Bagi pengalaman saya, dalam perjalanan saya ke kawasan-kawasan di seluruh Sarawak, mereka ada perubahan. Kerana sekarang ini mereka pun tahu, bahawa di Semenanjung sejak Mac 2008, terdapat lima negeri yang sudah tumbang (dikuasai Pakatan Rakyat). Dan ada perubahan. Di kawasan saya misalnya, orang tua-tua, orang kampung pun sekarang mengatakan ini lain. Kita boleh menubuhkan satu kerajaan yang baru. Jadi, ia mengubah persepsi itu."

"Kerana itu, mereka anggap ini sesuatu perkara yang boleh diteruskan, boleh dilaksanakan di Sarawak. Jadi, saya tak lihat itu sebagai masalah, tetapi, sekali lagi kita perlu terus membawa mesej ini ke akar umbi."

"Rakyat sedar punca masalahnya BN"

Baru Bian menceritakan bagaimana lawatan Menteri Besar mahupun Ketua Menteri Pakatan Rakyat, misalnya Khalid Ibrahim, Lim Guan Eng dan lain-lain ke Sarawak memberi impak yang besar terhadap penduduk tempatan. Malah, kehadiran pemimpin PAS ke Sarawak turut membuka pandangan penduduk Sarawak, apabila menjelaskan pendirian mereka dalam isu agama.

MerdekaReview berkongsi maklum balas yang diterima daripada sesetengah rakyat Sarawak, di mana mereka dipropagandakan untuk mempercayai bahawa "kacau-bilau" dalam politik sebenarnya ditimbulkan dari Semenanjung, khususnya PAS dalam isu agama, mengambil contoh penggunaan kalimah Allah.

Baru Bian, seorang Dayak yang menganuti agama Kristian melontarkan pandangan sebaliknya. "Tidak, sebenarnya ini adalah satu isu yang saya tahu mendalam, sebagai seorang Kristian di Sarawak. Dia timbul kerana BN. Mereka tahu ini bukan isu yang ditimbulkan PAS, tetapi BN atau perintah sekarang ini."

Beliau berkata, keterangan diberikan kepada rakyat selepas kes penggunaan kalimah Allah dibawa ke mahkamah. Malah, Pesuruhjaya PAS di Sarawak telah mengulangi pendirian baru-baru ini, bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan muslim.

"YB BN, wakil rakyat kita dari golongan Kristian misalnya, tidak berani membuat pendirian dalam isu ini. Dan mereka sekarang faham bahawa ini adalah satu dasar perintah sekarang, BN-UMNO," kata Baru Bian. (Bahagian pertama, bersambung)

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. Wawancara ini dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Leong Khong di Hotel Armada pada 26 November 2010.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Umno terima nasihat APCO : Gantung Anwar 6 bulan















PETALING JAYA, 3 Dis: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penggantungannya daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan jika berkuatkuasa hari ini adalah luar biasa.

Ini, katanya kerana keputusan tersebut berkaitan dengan isu Apco yang sepatutnya dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang memerlukan beliau dipanggil untuk memberi keterangan dan membela diri.

Bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau tidak pernah dipanggil untuk berbuat demikian tetapi keputusan tersebut dibuat berdasarkan ucapannya semasa perbahasan di Dewan Rakyat.

"Pada saya, tindakan yang dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen itu jelas menafikan hak saya selaku orang yang dituduh. Ini merupakan satu tindakan yang jelas menghina Parlimen dan mengaibkan Parlimen yang mulia," katanya pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, petang ini.

Menurut beliau, tindakan yang dibuat oleh Jawatankuasa itu juga tentunya turut menimbulkan tanda tanya lain kepada pelbagai pihak kerana ia menggambarkan Apco bagaikan begitu berkuasa, ekoran dakwaan yang dibuat oleh beliau mengenai syarikat pelobi pro-Israel antarabangsa itu selama ini.

Dalam persidangan Parlimen, Anwar pernah mendedahkan bahawa kerajaan Umno BN mengupah Apco Worldwide dalam menjalankan misinya dalam komunikasi.

Selain itu, beliau juga mendakwa Apco turut terbabit dalam usaha menggubal slogan 1Malaysia yang dikaitkan dengan slogan 1Israel yang diguna pakai oleh rejim Zionis. Dalam ucapannya di Dewan Rakyat, beliau memberikan pelbagai contoh ketara untuk menunjukkan persamaan antara 1Malaysia dan 1Israel.

Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak membayar lebih RM70 juta sebagai upah kepada Apco untuk khidmatnya itu selain memperbaharui kontrak syarikat itu.

Pada 8 Jun lalu, Anwar telah dipangil oleh Jawatankuasa tersebut berhubung dakwaan beliau bahawa konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Najib itu sebenarnya diceduk daripada slogan One Israel di bawah pimpinan Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.

Namun untuk tindakan selanjutnya, beliau tidak pula dipanggil untuk memberikan keterangan yang lebih jelas. Begitu juga dengan usul yang dikemukakan oleh beliau untuk membincangkan perkara itu secara khusus sering ditolak oleh Dewan Rakyat.

Dalam persidangan Dewan Rakyat, Anwar bagaimanapun terus juga memperkatakan perkara itu jika berpeluang bagi membolehkan ia dibincangkan dengan lebih lanjut, memandangkan pembabitan Apco dengan tindakan kerajaan merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh mengundang bahaya kepada negara.

Persidangan Dewan Rakyat bagi tahun ini masih lagi berlangsung. Ia dijangka berakhir sekitar dua minggu lagi. Manakala sesi Parlimen baru dijadualkan bermula 7 Mac tahun depan.

Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh, peguam Anwar dan Mohamed Azmin Ali.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Seperti dijangka RON 95 naik menjadi RM 1.90 seliter












PETALING JAYA: Harga petrol RON95 akan meningkat sebanyak 5 sen mulai tengah malam ini menjadikan harga baru bahan api itu kepada RM1.90 seliter.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir ketika mengesahkan perkara ini berkata, kenaikan itu bertujuan mengelakkan jurang harga besar antara RON95 dan RON97.“Keputusan kenaikan harga petrol RON95 sebelum ini RM1.85 seliter dibuat ekoran kenaikan harga minyak di pasaran dunia,” katanya.

Harga petrol RON97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter bermula pada 1 Disember lalu yang mengekalkan harga RON95 pada RM1.85 seliter.

Kenaikan kedua-dua harga RON95 dan RON97 yang dibuat kerajaan itu berdasarkan pelarasan subsidi petrol dan mengapungkan harganya dari semasa ke semasa.

Kerajaan pada 1 November lalu menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter namun masih mengekalkan subsidi petrol RON95.Mstar

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...

Turun 5 Disember : Tetap turun, polis dah maklum



















SHAH ALAM, 3 Dis. : Kerajaan Selangor akan tetap meneruskan perarakan menyerahkan memo membantah kenaikan tarif air kepada Yang di pertuan Agong pada Ahad 5 Disember yang dijadualkan bermula jam 12 tengahari walaupun tidak mendapat kelulusan daripada Polis diRaja Malaysia (PDRM).

"Menteri Besar sudah tulis surat kepada Ketua Polis Kuala Lumpur untuk memberi tahu beliau bahawa kita akan berhimpun di Masjid Negara dan lepas itu kita akan bergerak menyerah memorandum kepada Yang diPertuan Agong. Saya tidak tahu apa respon dia (Ketua Polis Kuala Lumpur) tapi surat telah pun dihantar kepada dia," jelas Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor, Teresa Kok.

Ditanya wartawan TV Selangor sekiranya kerajaan Selangor akan meneruskan perarakan tersebut tanpa permit. Ini jawapan beliau.

"Walaupun tidak ada permit daripada polis, kerajaan Selangor akan tetap teruskan? Ya Ya."

Dalam pada itu, kumpulan baju hitam yang mengelar diri mereka sebagai Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) turut akan mengadakan perarakan menyerah memo kepada Yang di Pertuan Agong pada hari dan waktu yang sama.

Kumpulan NGO tersebut dijangka akan bertembung dengan kumpulan berbaju merah kerajaan Selangor.

Namun Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin menjanjikan perhimpunan membantah kenaikan harga air di Masjid Negara pada Ahad ini akan berjalan lancar dengan bantuan 50 'marsyal demo' yang berpengalaman.

Beliau berkata demikian pada sidang media "Kembalikan Hak Air Rakyat Selangor di sini semalam.

Badrul turut menyifatkan Gaps terdiri daripada ahli Umno yang menggunakan 'modus operandi' sama apabila kerajaan Pakatan Rakyat cuba mengadakan bantahan.

MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT

Read more ...