Monday, March 26, 2012

HANYA PENYOKONG PR!!! Polis ambil tindakan tahan reman kepada pengacau ceramah


Kini sudah sah di depan mata bagaimana Umno-APCO menjadikan polis sebagai barua pencacai untuk terus berpaut pada kuasa yang masih bersisa.

Orang yang ditumbuk pula yang ditahan!


Sepatutnya, mengikut akal fikiran waras, orang yang menumbuk yang sepatutnya didakwa, tetapi orang yang menumbuk langsung tidak dikenakan tindakan, malah dilindungi polis dan diberikan layanan istimewa!


Jadi tak payahlah bermaskot bagai kununnya hendak berubah tetapi telunjuk lurus, kelingking berkait!


Terbaru, di negeri Cik Siti Wan Kembang, beradik yang ditumbuk Pemuda Umno kini ditahan reman tujuh hari di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tanah Merah.


Bercakap kepada Keadilan Daily, Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani berkata, kejadian malang menimpa Ahmad Amin Deraman, 47 dan Talmizi Deraman, 30an itu berpunca apabila mereka melontarkan kata-kata sinis semasa ceramah anjuran Umno Tanah Merah dan Kemahang 11 Mac lalu.


"Talmizi melaungkan perkataan pembohong, menipu rakyat, cukup-cukup bohong, tiba-tiba Pemuda Umno datang menumbuk beliau, tetapi dibantu abangnya.


"Tidak puas hati dengan serangan itu, mereka menggunakan polis supaya menangkap Talmizi menyebabkan kedua-duanya ditahan di bawah Seksyen 455 iaitu melakukan pencerobohan dan Seksyen 148 mendatangkan pergaduhan gempar," katanya.


Amran berkata, tindakan dwistandard polis membendung kekacauan itu sepatutnya berlaku apabila menangani perbuatan samseng upahan Umno ketika menganggu ceramah Pakatan Rakyat.


"Saya kesal apa yang berlaku, sedangkan ceramah Pakatan yang diganggu sehingga mendatangkan kecederaan dan kerosakan tidak diambil serius oleh polis.


"Kalau betul polis menjalankan tanggungjawab dengan telus, mereka mesti tangkap pemuda-pemuda upahan Umno seperti yang dibuat polis Kelantan," katanya.


Tambah beliau, berdasarkan maklumat yang diterima, kedua-dua beradik itu turut akan dilibatkan insiden membakar bendera Umno di Tanah Merah baru-baru ini.


"Sebelum ini, saya sendiri berjumpa Ketua Polis Daerah Tanah Merah yang mengatakan kes dua beradik itu boleh dibebaskan dengan jaminan polis.


"Tapi ada maklumat mengatakan Pemuda Umno berjumpa pihak atasan supaya dua beradik itu ditahan lebih lama bagi menunjukkan bahawa jika kamu kacau ceramah Umno, ini padahnya," katanya.


Terdahulu, beberapa siri ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut diganggu samseng upahan Umno antaranya di Sembrong, Johor dan Melaka.


Namun, sehingga kini polis masih tidak melakukan penangkapan, sedangkan insiden itu mendatangkan kecederaan kepada penyokong Pakatan.

JALAN PULANG

Read more ...

PRU 13!!! Peluang PR menang 24 kerusi Dun di Negeri Sembilan

Oleh : Tulahan


PRU 13 pastinya menjanjikan persaingan sengit BN dan PR di Negeri Sembilan. Pada PRU 12 , BN menang 21 kerusi Dun, PR menang 15 kerusi. Manakala BN menang 5 kerusi Parlimen, PR menang 3 kerusi.

Tidak seperti Johor dan Melaka , jumlah pengundi Melayu yang menyokong PR di Negeri Sembilan melebihi 30 % malah di sesetengah Dun melebihi 45 %. Buktinya, PAS menang kerusi Paroi yang mempunyai jumlah pengundi Melayu 65 %.

Pengundi Cina juga memberi undi yang tinggi kepada DAP dalam PRU 12 lalu sehingga membolehkan DAP menang 10 kerusi Dun dan 2 kerusi Parlimen. Bagaimanapun , undi orang Cina kepada PKR dan PAS tidak setinggi undi kepada DAP.

PKR menang 2 kerusi Dun yang mempunyai majoriti pengundi Melayu di bawah 35 %. Manakala 2 lagi kerusi Dun yang PKR menangi mempunyai pengundi Melayu hampir 60 %. Kedua-dua kerusi ini PKR menang dengan majoriti yang tipis.

Pada PRU 13, peluang untuk PR mempertahankan kesemua 12 kerusi yang dimenangi adalah cerah kerana potensi undi orang Cina kepada PR menjangkau purata lebih 70% melebihi semasa PRU 12 hanya dalam purata 60 %.

3 kerusi lagi yang dimenangi PAS iaitu Paroi dan PKR iaitu Ampangan dan Sikamat memerlukan peningkatan undi orang Cina dan India sehingga 65 % . Undi Melayu dijangka tidak banyak berubah malah kemungkinan akan mengalami sedikit penurunan.

Pengundi India juga akan banyak mempengaruhi keputusan pilihanraya di Negeri Sembilan kerana banyak kerusi mempunyai jumlah pengundi India yang agak ramai. Terdapat 13 kerusi Dun yang mempunyai jumlah pengundi India melebihi 20 %. Justeru, penentu penting kemenangan kesemua kerusi ini adalah orang India.

PRU 12 menunjukkan undi orang India kepada PR adalah dalam purata 60 % . Bagi , PRU 13 dijangka akan berlaku sedikit penurunan undi orang India kepada PR. Namun, sedikit penurunan ini mampu ditampung oleh peningkatan undi orang Cina.

Jangkaan peningkatan undi orang Cina akan memberi kesan kepada 4 kerusi yang mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 50 % iaitu Chennah, Jeram Padang, Rantau dan Linggi . Bagaimanapun , kemenangan PR di Jeram Padang, Rantau dan Linggi turut dipengaruhi pengundi India.

Sekiranya, peratus undi India kepada PR tidak kurang dari 50 %. PR berpeluang cerah menang di ketiga-tiga kerusi ini. Bagi kerusi Chennah , DAP dijangka tiada masalah memenangi kerusi yang mempunyai jumlah pengundi Cina melebihi 53 %.

Jumlah pengundi Melayu yang menyokong PAS dan PKR di 5 kerusi iaitu Klawang, Lenggeng, Pilah, Johol dan Labu semasa PRU 12 mencapai 35 hingga 45 % . Sekiranya ,jumlah pengundi Cina melonjak melebihi 60 - 65 % , PR berpotensi memenangi kesemua kerusi ini dengan syarat undi India kepada PR juga tidak menurun di bawah 50 %.

Manakala 12 kerusi lain yang dimenangi BN dijangka masih kekal di tangan BN. Hanya perubahan undi orang Melayu kepada PR sahaja mampu mengubah penguasaan BN. Namun , jika undi Melayu masih sama seperti PRU 12, amat sukar kerusi ini terlepas kepada PR.

Sungguhpun begitu gerak kerja PR di 12 kerusi ini boleh membantu mengubah minda orang Melayu untuk menyokong PR. Sekiranya, jentera PR tidak bergerak di sini , jangan harap lah nak rampas kerusi-kerusi ini. 12 kerusi tersebut ialah ;

1. Pertang

2. Sungai Lui

3. Serting

4. Palong

5. Seri Menanti

6. Senaling

7. Juaseh

8. Chembong

9. Kota

10. Gemas

11. Gemencheh

12. Bagan Pinang

Bagi kerusi Parlimen , peluang PR untuk menambah kerusi adalah tipis sekiranya BN masih menguasai 12 Dun di atas. PR kekal di Seremban , Rasah dan Teluk Kemang. Manakala BN di Jelebu, Jempol, Kuala Pilah dan Tampin.

Hanya Rembau dalam kedudukan 50 : 50

http://tulahan.blogspot.com.au/

Read more ...

YB UMNO KENA CEKUP!!! Jangan fitnah , mungkin YB UMNO berdakwah dalam pusat hiburan

Updated ;

Aku harap neh info betul lah ye. Kalau sungguh info neh ini bermakna yb tersebut ialah orang islam. Aku mesti cakap bahawa siasatan harus dilakukan dengan telus. Aku takmo tuduh apa2 tanpa mendengar respon balas dari yb terbabit. Apa yang penting sekarang neh ialah,



YB sila jawab kenapa berada di premis terbabit.

Kalau alasan dia oke, mungkin kita boleh lupakan isu tersebut. Tapi kalau alasan dia dangkal contohnya kena debik dengan 20 orang sampai dikurung dalam pusat hiburan terbabit ka memang sah sasau. Siyes.


So, kat bawah neh lah identiti yb yang diperkatakan. Untuk rekod, info neh dibawa oleh era pasca [klik situ]. Aku pun tahu dari dia. Tq



Baca sini untuk biodata penuh.



Takpelah, mari kita mendengar alasan mereka terlebih dahulu sebelum membuat apa2 konklusi. Aku pun susah nak tuduh direct.. tapi yb islam yang berhibur di pusat hiburan bagi aku tak sepatutnya wujud.. bukan nak tuduh dia terus bersalah oke, tapi siyes.. tak sepatutnya wujud.



Ini kes serius!

Betul. Kalau yang kena cekup tue orang islam maka ia kes serius. Kalau bukan islam, kalau ikut pandangan aku, aku tak amek port sosial life dorang. Ada aku kesah? Orang islam pun actually aku tak kesah juga der.

Tapi kalau dia dok tayang2 aku memang kesah. Kalau dia sorok2 tue takde lah pula aku nak mengintip bagai kan. Macam kes yang terbaru sekali neh. Kes neh dah jadi kecoh pasal dia kena cekup ketika berhibur di pusat hiburan.


Ikut dari apa yang aku faham kat atas neh ialah ;

1. YB = pelanggan pusat hiburan.

2. Di cekup ketika berada dalam premis.. = pusat hiburan = untuk berhibur lah kan?

3. Polis = jalankan ujian dadah selepas ops tapis pusat hiburan.

Dalam erti kata lain polis lakukan serbuan ke pusat terbabit. Kenapa? Mungkin kerana ;

- operasi sehingga melebihi masa yang dibenarkan.

- ada aduan pusat hiburan tue menganggu orang awam

- ada aduan bahawa terdapat urusan dadah, heroin, gro dan etc2, kat pusat terbabit

Tue sebab polis pergi serbu. Tue tak kesah lagi. Yang aku fahamkan kat sini ialah polis cekup mereka semua untuk jalankan ujian kaki kencing bagi check samada mereka amek dadah atau tidak. Maksudnya tahan utk menjalankan ujian.

Sekarang neh, kalau yb tue orang islam memang satu isu bagi aku. Agak2lah der. Awak tue yb. Tengok sikit kiri kanan der. Kalau yb tue bukan islam aku malas nak campur. Lantaklah ada aku kesah? Kalau nak berhibur tue ikut orang islam, ada banyak cara dia. Pergi disko ka apa ka bukan tempat orang islam der. Cuma aku terfikir2 yb tue yb bn atau pr?

Tak kira lah dia bn or pr, siasatan kena telus kalau dia terbukti yb beragama islam. Ingat, kes neh bukan aku pergi intip dan bongkarkan peribadi ko bagai, tidak. Aku tidak melakukan hal tersebut.

Sebaliknya ko lah yang telah terkantoi ketika berhibur. Dan ingat juga, kalau ko orang islam, better resign lah, jangan sibuk jadi yb. Buat malu orang islam jek beb. Tak pasal2 jek menyusahkan orang. Bai.

Ameno : Takde nama pula.. takan yb dari bien ek?

Read more ...

BUKTI HASAN ALI FITNAH!! “Saya merempat, tumpang pejabat orang”- Dr. Halimah

SHAH ALAM, 26 MAC: Tuduhan Adun Gombak Setia, Dato Dr Hassan Ali yang mendakwa Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali telah melakukan pengubahsuaian ke atas pejabatnya disangkal hari ini.

Menurut Dr Halimah, pejabat yang diduduki pada masa ini merupakan pejabat yang ditumpanginya semenjak beliau dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri.

“Pejabat sendiri pun tak ada. Saya cuma merempat, tumpang pejabat orang sahaja di sebelah Pejabat Kewangan,” kata beliau ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Halimah turut mempelawa wartawan melawat pejabatnya sebagai membuktikan bahawa dakwaan Hassan Ali adalah satu tuduhan liar semata-mata.

“Ini mesti tak pernah datang pejabat saya, esok boleh datang supaya boleh tengok sediri pejabat saya.

“Memang tiada ubahsuai apa pun di pejabat itu. Saya jemput semua datang ke pejabat saya dan jangan lupa bawa kamera sekali,” katanya lagi.

Sementara itu Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, Dr Xavier Jayakumar turut menyangkal tuduhan Hassan yang mendakwa beliau menggunakan peruntukan yang tinggi untuk melakukan pengubahsuaian pejabat.

“Saya memang ada buat ubahsuai pejabat, tetapi cuma tukar karpet dan tambah ‘partion’, itu sahaja.

“Anda fikir dengan pengubahsuaian yang saya sebut tadi tu boleh cecah RM300,000 tak?

“Tentulah kos ubah suai yang saya sebut tadi jauh lebih rendah dari RM300,000.

“Esok saya akan berikan detail kos pengubahsuaian pejabat saya, cuma sekarang saya boleh jamin kos ubah suai pejabat saya cuma memakan kos yang rendah sahaja,” ujar beliau.

Adun Bulit Antarabangsa, Azmin Ali minggu lalu mendedahkan bekas pesuruhjaya PAS itu ketika menjadi Exco telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk mengubahsuai pejabatnya ketika mula menjadi exco.

Read more ...

ANWAR SAMAN NALLA RM 100 JUTA!!! Mana pencacai UMNO yang kata Anwar takut saman Nallakaruppan


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebentar tadi telah memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas pembantunya yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP), S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Meloya.

Saman tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta oleh ahli parlimen Subang yang juga peguam Anwar, Sivarasa Rasiah.


Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany.


Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Meloya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga.


Dalam saman pemulanya, beliau mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik.


Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Beliau memohon satu injunksi bagi menghalang semua defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan atau menerbitkan perkataan-perkataan berunsurkan fitnah.


Selepas tempoh 48 jam yang diberikan untuk menari balik artikel yang diterbitkan oleh akhbar itu pada 20 Mac tamat, Anwar mengarahkan para peguamnya supaya meneruskan saman terhadap kedua-dua defendan.



Nallakaruppan dalam kenyataannya mencabar Anwar supaya mengheretnya ke mahkamah kununnya untuk membuktikan bahawa Anwar seorang pengamal biseksual (dua jenis) dan disiarkan di Utusan pada keesokannya.

Utusan pula yang berdepan dengan pelbagai tuntutan saman tidak dapat memberikan ulasan setelah dimaklumkan sebentar tadi.


Nallakaruppan mendakwa pernah melihat Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur tetapi tidak dapat memberikan bukti kukuh serta hanya berdasarkan keterangan mulut dan percakapan yang dibuat oleh seorang lagi bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda.


Ini sekaligus mematikan fitnah ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim yang menuduh Anwar tidak akan berani menyaman Nalla kerana takut rahsia terbongkar.


Ini kenyataan Zahrain yang dipetik Utusan:



Nallakaruppan tidak akan disaman


KUALA LUMPUR 25 Mac - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini mempertikaikan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini tidak menyaman Karpal Singh walaupun Pengerusi DAP itu pernah mendakwa beliau sebagai peliwat.


Katanya, sewaktu tuduhan tersebut dibuat, Anwar masih lagi bersama kerajaan dan beliau langsung tidak mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan dirinya.


Sehubungan itu, Zahrain menuntut penjelasan Ketua Pembangkang itu mengenai tindakannya menghantar notis kepada Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berhubung dakwaan beliau seorang biseksual.


"Semasa Anwar bersama kerajaan dulu, Karpal pernah membuat dakwaan bahawa beliau seorang peliwat dan mempunyai bukti kukuh, tetapi Anwar tidak pula mengambil sebarang tindakan undang-undang sehinggalah hari ini.



Tetapi yang membuatkan isu ini lebih kelakar adalah kenyataan Zahrain sendiri yang menuduh saman Anwar hanyalah saman politik dan bukannya sama untuk membersihkan namanya.

Apakah selepas ini Nalla akan menyaman Zahrain kerana Zahrain tidak mahu Nalla menyaman Anwar?


Kita akan saksikan sendiri beranikah Nalla tampil ke mahkamah dan "menunjukkan bukti kukuh" yang sebenarnya hanya direka-reka umpama video Datuk T yang kini muncul semula setelah hampir 65 peratus rakyat Malaysia tidak langsung percaya!


JALAN PULANG

Read more ...