Tuesday, September 17, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Ustaz Misbah kekal jawatan, Ustaz Mohd Yazid tarik diri

BAGAN DATOH  : PAS Kawasan Bagan Datoh telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 30 baru-baru ini yang bertempat di Dewan Besar PAS Bagan Datoh, Selekoh. Mesyuarat pada kali ini telah dihadiri seramai 150 orang perwakilan daripada 33 cawangan PAS bagi kawasan Bagan Datoh dan 50 orang pemerhati daripada pelbagai pihak.
 
 
Dalam mesyuarat kali ini juga telah berlangsungnya pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan bagi penggal 2013-2015 sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perlembagaan PAS itu sendiri.


Ustaz Misbahul Munir yang sebelum ini memegang jawatan Yang Dipertua berjaya mengekalkan jawatan tersebut dengan memenanginya tanpa bertanding setelah pencabarnya Ustaz Mohd Yazid Abdul Hamid menarik diri. Walau bagaimana pun, Ustaz Mohd Yazid masih mampu untuk mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan setelah mengetepikan lawanya, Ustaz Ahmed Najeb Saffar dengan majoriti nipis.

Read more ...