Thursday, January 30, 2014

SIAPA SEKOLAHKAN SIAPA?!!! Khalid Samad cabar Noh Omar berdebat lagi, ada berani?


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad memberikan tempoh 10 hari kepada Ketua Umno Selangor Datuk Noh Omar untuk menganjurkan debat berkenaan isu kalimah Allah selepas debat anjuran Sinar Harian dibatalkan.

Khalid berkata tindakan Noh yang sengaja hadir ke pejabat akhbar berkenaan pada hari debat antara mereka dibatalkan ibarat "Drama Kangkung", dan beliau bersedia bila-bila masa sekiranya Noh menganjurkan debat berkenaan.

"Saya bersedia 'disekolahkan' oleh Noh Omar. Tapi saya harap dia akan sekolahkan saya peringkat pasca ijazah, bukan darjah enam."Kita buat satu debat, saya dia dan moderator sahaja. Kita siar secara langsung.

"Kalau Noh Omar nak sekolahkan saya, susun satu program, dia, saya dan moderator buat dalam studio," katanya, ketika sidang media di Ibu Pejabat PAS di Shah Alam.

Debat anjuran Sinar Harian sebelum ini dibatalkan ekoran akhbar berkenaan menerima pelbagai reaksi negatif dan ancaman daripada beberapa pihak berhubung tajuk debat yang dianggap sensitif.

"Saya beri tempoh seminggu atau 10 hari. Kalau Noh tak mampu susun satu program ini, maka saya akan buat sendiri, saya akan panggil beliau.

Read more ...