Tuesday, November 8, 2011

NASIB PAK LAH BERJANGKIT KEPADA NAJIB !!! Buku tulisan ahli UMNO mahu Najib berundur untuk selamatkan UMNO

http://abushahid.files.wordpress.com/2011/05/najib-pening.jpgHabislah Najib...

Antara yang disenaraikan sebagai kesilapan Najib setelah memegang tampuk kuasa oleh Ahli UMNO Wangsa Maju ini ialah "1Malaysia Silap Pertama Di Hari Pertama Sebagai PM", "Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan", "Mewujudkan Kabinet Kawan-kawan", "Kabinet Lemah dan Ramai Menteri Senator", "Rasionalisasi (Sebenarnya Pemotongan) Subsidi", "Pelantikan APCO", "Gagal Mengawal Karenah dan Gaya Mewah Rosmah", "Gagal Mengurus Parti Komponen dan Anggota Kabinet", "Terlalu Banyak Program Transformasi Tapi Hasil Diragui", "Tidak Tegas dan Flip Flop".


"Kesimpulannya Najib sedang menuju jalan mati dan pilihan yang terbaik baginya hanyalah berundur bagi mengelakkan Umno dan BN yang dipimpinnya turut sama terhumban ke gaung kekalahan," tambah beliau lagi..

Tapi ramai pencacai UMNO yang menjenguk Blog ini masih tidak boleh menerima bahawa kebanyakkan yang tersenarai itu adalah satu kesilapan..ASD


*******************

Buku: Najib perlu undur sebelum PRU, korban selamatkan Umno-BN
Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Sementara Datuk Seri Najib Razak baru sahaja selesai menunaikan haji manakala Umno pula membuat persiapan mengadakan perhimpunan agung 2011 hujung bulan ini, buku terbaru tulisan seorang ahli parti itu, yang menggesa beliau berundur sebagai presiden dan perdana menteri memasuki pasaran.

Tulisan buku (gambar) itu juga mendakwa kepimpinan Najib sudah tidak boleh diyakini dan dipercayai, dan harus berundur untuk menyelamatkan Umno dan masa depan orang Melayu.

Najib juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Buku setebal 267 halaman dengan judul "Kesilapan-kesilapan Najib" membuat rumusan — "Najib wajar berundur sebelum pilihan raya umum ke-13."

Penulisnya Shahbudin Husin berkata, Najib harus sanggup melakukan pengorbanan besar dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 dan menyerahkan kepada pemimpin lain mengemudi parti dan kerajaan.

"Ini kerana Najib sudah tida ada harapan lagi untuk memulihkan sokongan rakyat bagi membawa kemenangan kepada Umno dan BN," kata Shahbudin yang pertengahan tahun ini menghasilkan buku pertama mengenai Najib iaitu "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End . . . Najib Perdana Menteri Terakhir . . ."

Shahbudin, ahli Umno bahagian Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhujah bahawa pelbagai percubaan dilakukan oleh Najib seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), memberikan gula-gula dalam Bajet 2012, naik bas, naik basikal dan pelbagai cara lainnya seperti tidak membuahkan hasil.

"Beliau tetap dipertikai dan tidak dipercayai," kata penulis.

Dia menambah, "menang atau mendapat majoriti dua pertiga masih jauh dari lingkungan Najib."

Katanya, pilihan raya umum ke-13 hanya memberi makna kepada Najib jika beliau berjaya melepasi garisan dua pertiga majoriti sokongan di Parlimen, "sesuatu yang sangat-sangat mustahil sebenarnya untuk dicapai."

Dengan menggariskan 19 kesilapan Najib menerusi bukunya, Shahbudin berkata, kegagalan memenangi pilihan raya umum ke-13 sudah tentulah akan menyebabkan Umno dan BN hilang kuasa dan Najib akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika gagal.

"Orang-orang Melayu dan ahli Umno tidak akan dapat memaafkan Najib kerana merasakan kekalahan itu adalah berpunca daripada kelemahan dan kegagalannya yang menyebabkan melakukan terlalu banyak kesilapan dan kehilangan sokongan," Shahbudin menulis lagi.

Katanya, jika gagal mendapat majoriti dua pertiga pula, pasti akan timbul suara-suara yang akan memintanya berundur kerana setelah diberi peluang sebagai Perdana Menteri, Najib dilihat gagal melakukan yang terbaik.

"Akan wujud desakan supaya pemimpin lain pula mengambil alih teraju kepimpinan parti dan kerajaan.

"Sehingga ini pun sudah kedengaran suara-suara dalam Umno sendiri yang mahu bertindak mendesak Najib berundur jika beliau gagal membawa BN melepasi garisan dua pertiga itu nanti," katanya lagi sambil berkata pandangan itu dikumpulkan menerusi pengamatan dan perbincangan dengan ahli-ahli akar umbi Umno dan BN.

Senarai kesilapan itu disenaraikan di bawah tajuk "1Malaysia Silap Pertama Di Hari Pertama Sebagai PM", "Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan", "Mewujudkan Kabinet Kawan-kawan", "Kabinet Lemah dan Ramai Menteri Senator", "Rasionalisasi (Sebenarnya Pemotongan) Subsidi", "Pelantikan APCO", "Gagal Mengawal Karenah dan Gaya Mewah Rosmah", "Gagal Mengurus Parti Komponen dan Anggota Kabinet", "Terlalu Banyak Program Transformasi Tapi Hasil Diragui", "Tidak Tegas dan Flip Flop".

Tajuk-tajuk lain yang menyusul ialah "Manipulasi Media Yang Melampau", "Menjadikan Umno Kurang Melayu", "Terlalu Bergantung Kepada Bekas Panglima Anwar", "Merestui Budaya Politik Jijik dan Lucah", "Membiarkan Amalan Nepotisme dan Kronisme", "Mempunyai Ramai Pegawai Tapi Tidak Membantu", "Tidak Bijaksana Mengendali Bersih 2.0", "Mansuhkan ISA Rugikan Melayu" dan "Terlalu Mengejar Populariti".

Tajuk-tajuk kecil itu merujuk kepada detik dan insiden sepanjang dua tahun lalu khususnya perkembangan sejak awal 2011.

Shahbudin juga menulis, kalau pun desakan untuk berundur lambat muncul, Najib juga sebenarnya harus berundur secara terhormat jika BN gagal mendapat majoriti dua pertiga.

"Rujukan mengenai perkara itu sudah ada dan Najib tidak harus berlengah untuk mematuhinya," katanya lagi.

"Kesimpulannya Najib sedang menuju jalan mati dan pilihan yang terbaik baginya hanyalah berundur bagi mengelakkan Umno dan BN yang dipimpinnya turut sama terhumban ke gaung kekalahan," kata Shahbudin lagi.

Dengan merujuk kepada kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan aktivis Dr Chandra Muzaffar bahawa jalan bagi BN masih belum cerah untuk menang besar, penulis ini menambah, "di sinilah Najib perlu berjiwa besar" demi menjaga nama baik Tun Abdul Razak Hussein, yang juga bapanya dan perdana menteri kedua.


The Malaysian Insider

Ini pula kesilapan terbaru Najib

Najib tinggalkan perkara wajib haji- Ustaz Shamsul



KUALA LUMPUR 9 Nov: Perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya menamatkan ibadat haji tiga hari lebih awal, dianggap sengaja meninggalkan perkara wajib haji.


Ibadah seperti itu bukan sahaja pincang, tetapi sukar untuk mendapatkan haji mabrur, kata bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Shamsul Firdaus Al Hafiz.

Ini kerana katanya, ibadat haji paling awal hanya boleh dihabiskan pada 12 Zulhijjah 1432H bersamaan hari Selasa pada 8 November 2011.

“Datuk Najib dilapor menamatkan ibadat haji pada hari Ahad, 6 November 2011 bersamaan 9 Zulhijjah 1432H.

“Ini bermakna, beliau menamatkan ibadat haji tiga hari lebih awal dari yang jadualkan sekaligus meninggalkan perkara yang diwajibkan dalam ibadat haji,” katanya kepada Keadilandaily.com hari ini.

Perkara wajib yang ditinggalkan perdana menteri ialah tidak bermalam dua malam berturut-turut di Mina dan tidak melontar di tiga jamrah dua hari berturut-turut iaitu pada 11 dan 12 Zulhijjah 1432 Hijrah.

“Walaupun ibadat haji itu dibolehkan (untuk ditinggalkan) dengan membayar denda, namun ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

“Kita tidak pertikaikan sah atau tidak ibadat haji beliau, tetapi dengan meninggalkan perkara yang diwajibkan itu menunjukkan ibadat haji beliau pincang dan jauh sekali dari mendapat haji Mabrur,” tegasnya.

Haji Mabrur bermaksud sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa dan antara syarat untuk mencapainya ialah ibadat itu hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak riak (menunjuk-menunjuk).

Manakala sumber untuk menunaikan iabdat haji tidak bersumberkan dari yang haram.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Turut menunaikan rukun Islam kelima itu ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.


http://www.keadilandaily.com/?p=22729

Read more ...

JIKA AMBIGA ADA SAHAM GENTING!!! Beranikah UMNO dan gerombolannya serang Pusat Judi Genting ?

http://media1.malaysiakini.com/410/b8457bbf08ebf8bcf1ecfe3bfb9033ea.JPGOleh: WFAUZDIN NS

ISU `Seksualiti Merdeka' sudah pun selesai apabila pihak berkuasa tidak membenarkan sebarang aktiviti berkaitan program tersebut diadakan di negara ini. Tahniah kepada pihak berkuasa yang membuat keputusan sedemikian.


Walaupun isu ini sudah selesai beberapa hari yang lalu, namun pihak media pencacai yang masih kelaparan isu terus memainkan isu berkenaan, dan sasaran mereka bukan pihak Penganjur tetapi S.Ambiga. Pemimpin-pemimpin Umno pun menjadi seperti kebodohan dengan meratib nama S.Ambiga saban waktu. Hebat sungguh aura S.Ambiga, sedangkan beliau hanya tokoh NGO yang dijemput oleh Penganjur bagi merasmikan program yang kita pun tidak bersetuju itu.

Apabila pihak berkuasa mengarahkan program tersebut dibatalkan, pihak penganjur pun akur termasuk S.Ambiga, namun media tetap memainkan isu ini termasuk stesyen TV yang saban malam menyiarkan program maksiat untuk tontonan kita semua. Semenjak bila stesyen TV ini peka dengan akidah?

Ertinya, mereka menentang `Seksualiti Merdeka' bukan kerana agama, tetapi kerana di situ terlibatnya nama S. Ambiga, seorang tokoh yang berjaya `memeningkan' kepala pemimpin Umno, SPR serta JPN. BERSIH 2.0 benar-benar mengancam nyawa Umno sehingga terpaksa diwujudkan Jawatankuasa Khas di Parlimen bagi membersihkan SPR.

Saya ingin bertanya, menentang `Seksualiti Merdeka' dengan menentang kewujudan Pusat Judi, apakah bezanya? Sepatutnya tiada beza kerana judi juga haram di sisi Islam dan tidak dihalalkan juga oleh mana-mana agama. Seperti juga gaya hidup Gay atau Lesbian, judi juga perosak tamaddun masyarakat semua bangsa dan agama. Soalnya, mengapa tidak ditentang seperti mereka menentang `Seksualiti Merdeka'? Di mana suara Muhyiddin selaku TPM di dalam isu judi ini? Di mana suara garau Zul Kulim dan Ezam sesumpah? Apa yang Ibrahim Ali mahu kata di dalam isu judi yang sama buruknya dengan isu `Seksualiti Merdeka' ini?

Jawapannya mudah. Pertama Judi `dihalalkan' di dalam negara ini malahan Pusat Judi terbesar di Genting itu adalah `hadiah' paling berharga dari Umno buat tokeh Cina. Saya tidak mahu sebut siapa yang menganugerahkan kawasan perjudian yang terbesar itu kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa apatah lagi yang telah tiada di dunia ini.

Paling releven, judi tidak ditentang mungkin kerana bukan S.Ambiga yang menjadi pemegang sahamnya di situ. Bayangkan jika sehari dua ini S.Ambiga membeli saham terbesar di Genting sekarang, rasa-rasanya akan berkumpullah para pencacai `pembela agama' ini mengarahkan Pusat Judi itu ditutup. Maka, mereka akan berkata, lihatlah, Pembangkang bersekongkol dengan tokeh judi iaitu S. Ambiga. Tetapi ini tidak berlaku kerana di Genting tiada S. Ambiga. Siapa di sana yang mempunyai saham dari dahulu hingga kini?

Jika mahu tahu, anda boleh tanya bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar atau Tengku Adnan Mansor, SU Agung Parti Kebangsaan Melayu Bersatu itu. Jika anda semua mahu lihat Pusat Judi di Genting itu pupus, kita syorkan S.Ambiga membeli saham terbesar di situ. Jika tidak percaya, kita boleh cuba./wfauzdin.blogspot.com

Read more ...

PAS Parit Buntar anjur korban perdana

PARIT BUNTAR, 9 Nov. : Sempena Aidiladha yang disambut seluruh umat Islam pada 10 Zulhijjah 1432 Hijrah, PAS Parit Buntar seperti tahun-tahun sebelum ini, menganjurkan Program Korban Perdana pada Hari Raya Aidil Adha pertama di perkarangan Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Program Khairulzami Muhammad, sebanyak enam ekor lembu dikorbankan yang membabitkan penglibatan masyarakat sekitar Titi Serong.

“ Program ini bertujuan untuk meninggikan syiar Islam melalui ibadah korban serta mendekatkan PAS Parit Buntar dengan masyarakat melalui sumbangan daging-daging korban.

“ Selain itu ianya juga bertujuan untuk mengingat kembali peristiwa pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. ketika Allah menguji baginda supaya menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. Demi ketaatan melaksanakan perintah Allah kedua-duanya sanggup mengorbankan kepentingan diri sendiri” katanya

Khairulzami berkata, urusetia program telah menyediakan penyembelih dan petugas yang akan melaksanakan kerja melapah dan memotong daging korban.

“ Secara keseluruhannya segala gerak kerja ini dilakukan berjalan lancar walaupun melibatkan enam ekor lembu yang dikorbankan.

“ Agihan daging korban kepada fakir miskin dibuat melalui wakil PAS Cawangan yang hadir mengambil daging korban” katanya

Tambahnya, selain program ibadah korban yang dianjurkan oleh PAS Parit Buntar. Program ibadah korban ini juga dilaksanakan oleh ahli-ahli PAS Cawangan di Markas, Surau dan Masjid tempat masing-masing.

“ Pas Parit Buntar sangat mengalu-alukan ibadah korban yang dilakukan oleh Pas Cawangan di tempat masing-masing.

“ Pas Parit Buntar juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu menguruskan ibadah korban Pas Kawasan pada tahun ini” katanya

Turut hadir ke majlis ibadah korban ini ialah Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim, Timbalan Yang Dipertua Abdul Bahrain Desa, Setiausaha PAS Parit Buntar Azhari Hadi dan pimpinan PAS Parit Buntar




Petugas sedang melapah dan memotong daging korban

Read more ...

VIDEO PENDEDAHAN NAJIB DAN NOH BOHONG!!!! Pendedahan lengkap penyelewengan Projek Fidlot @ Feed The Lord


Merujuk kepada dua kenyataan di Dewan Rakyat oleh Barisan Nasional berhubung skandal penyelewengan peruntukan projek pertanian melibatkan Projek Fidlot Kebangsaan.

Kenyataan pertama dibuat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di lobi Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011 bahawa “pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya”.

Kenyataan kedua dibuat oleh Perdana Menteri pada 1 November 2011 dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat yang menyebut bahawa setakat 31 Julai 2011, hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Kedua-dua kenyataan ini adalah tidak benar dan menyelewengkan transaksi sebenar yang melibatkan Kerajaan Malaysia (melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) dan NFC yang dimiliki dan diuruskan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

KEADILAN telah menjalankan kajian lanjut ke atas rekod NFC dan syarikat-syarikat berkaitan (associate companies) dan mendapati perkara-perkara berikut:

1) KESELURUHAN RM250 JUTA PINJAMAN TELAH DISALURKAN KEPADA NFC

~Keseluruhan RM250 juta pinjaman yang menggunakan wang rakyat sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009.

~Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama (first loan drawdown) sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

~Pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC.

~Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

~Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan badan-badan lain menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 (penyata kewangan terkini yang diaudit dan difailkan).

~Jumlah keuntungan faedah dari simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit.

~Malah, keuntungan faedah dari simpanan deposit berjumlah RM666,952.66 bersamaan 23% daripada perolehan hasil penjualan lembu, seolah-olah NFC adalah sebuat syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu.

~Status pinjaman RM250 juta yang telah diberikan sepenuhnya kepada NFC ini disahkan oleh carian rasmi di SSM (sila lihat Lampiran 1) yang menunjukkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518 yang terdiri dari:

PINJAMAN DARI KERAJAAN RM 250,000,000

GERAN KERAJAAN RM 6,082,518

~Pendedahan ini membuktikan bahawa Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah berbohong kepada Dewan Rakyat dan seluruh negara dalam usaha mereka melindungi Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarga beliau.

2) KERUGIAN BESAR NFC MENYEBABKAN PINJAMAN RM250 JUTA AKAN DILUPUSKAN OLEH KERAJAAN

~Analisa kepada rekod kewangan NFC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan bahawa operasi ternakan lembu yang diusahakan mengalami kerugian besar dan tidak mungkin berupaya membayar kembali pinjaman RM250 juta yang diberikan Kerajaan Pusat.

~Bagi tahun 2009, kos purata mengimport, menternak dan menyembelih seekor lembu di NFC berjumlah RM4,481 seekor. Kos ini adalah terlalu mahal dan tidak mampu bersaing di pasaran.

~Malah, NFC turut memberikan diskaun berjumlah RM2,964,555 kepada Real Food Company Sdn Bhd (RFC) yang mengendalikan restoran mewah Meatworks milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, atas alasan untuk mengurangkan harga jualan memandangkan kos yang terlalu tinggi.

~Tindakan ini bertentangan dengan prinsip tata kelola yang baik apabila NFC yang dibiayai wang rakyat memberi subsidi kepada restoran mewah yang dimiliki oleh keluarga seorang menteri.

~Bagi tahun-tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC mengalami kerugian sebanyak RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009).

~Kos operasi yang tinggi bermakna besar kemungkinan NFC akan terus rugi bagi tahun-tahun yang akan datang, apatah lagi apabila sasaran ternakan dan sembelihan tersasar jauh.

~Jika ini berterusan, Kerajaan Pusat tidak ada pilihan lain kecualilah melupuskan pinjaman RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC seperti mana amalan sebelum ini yang membabitkan Perwaja dan syarikat-syarikat berkepentingan lain.

~KEADILAN berpendapat jumlah RM250 juta yang telah disalurkan kepada NFC bolehlah dikira hangus memandangkan prestasi kewangan NFC yang buruk.

3) DANA DARI NFC DIPINDAHKAN KE SYARIKAT-SYARIKAT MILIK KELUARGA DATO’ SERI SHAHRIZAT JALIL

~Penyata kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan berlaku pelbagai transaksi kewangan yang membabitkan pemindahan dana kepada syarikat-syarikat milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

~Terdapat dua syarikat bersekutu (associate companies) yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan mendapat manfaat terus daripada dana yang disalurkan kepada NFC, iaitu:

National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd

~Saham-saham dimiliki oleh Dato’ Dr Mohamad Salleh Ismail (249,999 saham), Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (250,000 saham) dan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh (1 saham) – sila rujuk Lampiran B.



~Bertindak sebagai syarikat pemasaran daging-daging sembelihan NFC seperti promosi di laman web www.gemasgold.com.my

~Penyata kewangan terakhir yang difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007.

Real Food Company Sdn Bhd

~Saham-saham dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil sama ada melalui pegangan terus: Dato’ Dr Mohamad Salleh Ismail (500,000 saham), Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (500,000 saham) dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh (500,000 saham) atau melalui syarikat yang dikuasai mereka iaitu Asian Bioscience Corporation Sdn Bhd (1,500,000 saham) dan National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (2,000,000) – sila rujuk Lampiran C.



~Mengendalikan rangkaian restoran mewah milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di bawah jenama Meatworks seperti promosi di laman www.rfc.com.my

~Penyata kewangan terakhir yang difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007.

~Penyata kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan pada akhir tahun kewangan, National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC) berhutang dengan NFC sebanyak RM81,222,448.93 walaupun kegiatan NLMC hanyalah untuk tujuan pemasaran daging.

~Jumlah yang besar sebegini (iaitu RM81 juta) sudah tentu datangnya dari pinjaman RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC, memandangkan perolehannya hasil aktiviti menternak dan menjual daging lembu hanyalah RM5,928,512.

~Ini menimbulkan persoalan sama ada pinjaman RM250 juta yang khusus untuk pembangunan pusat fidlot telah diselewengkan ke syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

~Malah, NFC turut memberikan diskaun berjumlah RM2,964,555 kepada Real Food Company Sdn Bhd (RFC) yang secara jelas menyalahi prinsip pertanggungjawaban wang awam, apabila syarikat yang diberi amanah menyalahgunakan wang rakyat untuk mengkayakan perniagaan persendirian milik mereka.

4) PERBELANJAAN LAWATAN LUAR NEGARA DAN KERAIAN YANG TERLAMPAU TINGGI

~Rekod kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan sejumlah RM827,579 wang rakyat digunakan untuk pelbagai lawatan luar negara dan keraian oleh pengarah-pengarah NFC yang terdiri dari suami dan anak-anak Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

~Kalau pun NFC perlu membuat lawatan ke luar negara untuk meninjau lembu dan mengikat perjanjian komersil, jumlah yang dibelanjakan adalah terlalu tinggi dan bersamaan dengan RM511 setiap seekor lembu yang disembelih dalam tahun 2009 oleh NFC.

~Rekod menunjukkan hanya 1,618 ekor lembu yang disembelih dalam tahun 2009. Daripada kos purata penternakan dan penyembelihan sebanyak RM4,481 seekor, 11% (RM511) adalah kos lawatan ke luar negara dan keraian yang dibelanjakan oleh kaum keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

~Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah kos operasi di NFC adalah 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran kos yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar semasa kertas konsep projek fidlot ini dibuat.

Berasaskan fakta-fakta di atas, saya menyeru Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil tampil ke hadapan menjelaskan secara terperinci sama ada telah berlaku sebarang penyelewengan wang rakyat sepanjang Projek Fidlot Kebangsaan ini dilaksanakan.

Tindakan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berbohong di Dewan Rakyat mengenai status pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC adalah perkara yang berat.

Saya menyeru kepada Dewan Rakyat untuk mempertimbangkan tindakan tata tertib sewajarnya kepada kedua-dua mereka atas tindakan mereka yang menghina Dewan Rakyat.

Saya juga menyeru supaya Dato’ Seri Shahrizat Jalil mula tampil ke hadapan meminta maaf kepada rakyat Malaysia memandangkan pendedahan setakat ini benar-benar menimbulkan kemarahan rakyat.


MOHD RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi PKR

8 November 2011

Read more ...

PENGAKUAN EDITOR TV!!! Terpaksa memfitnah Anwar dan Wan Azizah kerana tugas


Seorang editor di sebuah stesen televisyen memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana terpaksa memfitnah kedua pasangan suami isteri itu.

“Editor itu mula-mula memohon maaf kepada Azizah dan selepas itu kepada saya kerana memfitnah kami dalam banyak isu terutamanya dalam kes Fitnah 2.


“Beliau datang sendiri menemui kami dan menyatakan kekesalannya dan mengakui terpaksa berbuat demikian,” kata Anwar ketika mendedahkan perkara itu di parlimen hari ini.


Anwar menegaskan, beliau tidak menyalahkan pengamal media terhadap konspirasi politik berkenaan, namun mengingatkan tindakan mereka bersubahat bukan sahaja mengaibkan beliau sekeluarga, tetapi juga memberi kesan kepada masyarakat.


Mahkamah pada 18 Oktober lalu menetapkan 23 dan 24 November depan bagi mendengar hujahan akhir kes pembelaan dan pendakwaan sebelum membuat keputusan itu.


Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar keterangan empat saksi penyanggah yang dikemukakan pihak pendakwaan, bagi mencabar keterangan pakar tulang belakang yang merawat Anwar di Munich, Jerman pada 2004.


Saksi berkenaan bagaimanapun gagal mencabar keterangan Dr Thomas Hoogland yang sebelum ini memberitahu mahkamah Anwar tidak mungkin melakukan perbuatan liwat ekoran masalah tulang belakang yang dihadapinya.


Sementara itu, Anwar sebelum ini mahu rayuannya terhadap pembatalan sepina oleh Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya didengar sebelum hujah akhir daripada peguam dan pihak pendakwaraya.


Pada 6 Oktober lalu, hakim Zabidin menerima permohonan Najib dan Rosmah bagi mengenepikan sepina yang memerintahkan mereka hadir memberi keterangan dalam kes Fitnah II.


Keputusan itu mengecewakan peguam kerana menganggap kedua individu itu saksi relevan dalam kes berkenaan.


Ini kerana Najib sebelum ini pernah menemui pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan empat hari sebelum pemuda itu membuat laporan polis dengan memfitnah Anwar meliwatnya pada 28 Jun 2008.

Read more ...

ISU UMNO !!! Hanya isu seks, seks dan seks untuk kekal berkuasa



Berita terkini tentang kemarahan Marina Mahathir terhadap media perdana kepunyaan kerajaan semalam mendapat perhatian ramai. Sekarang ini bertambah lagilah rasa tidak berkeyakinan terhadap media perdana, seperti Utusan, TV3 serta saluran TV perdana yang lain yang telah memutarbelitkan isu seksualiti merdeka itu.

Semua media perdana menari seirama dan sehayun untuk membuat fitnah besar-besaran terhadap pihak lain semata-mata kerana kepentingan politik desperado pihak yang sedang berkuasa. Yang paling menyedihkan komen yang tidak senonoh itu juga datangnya dari Timbalan Perdana Menteri yang suaranya sealiran dengan pihak penyokong kerajaan

Semuanya itu adalah usaha untuk mendapatkan sokongan orang ramai semasa pilihanraya yang hampir tiba ini. Seksualiti merdeka dituduh akan mengadakan festival besar-besaran kononnya untuk memperjuangkan seks bebas yang tidak masuk akal itu.

Tetapi orang berkuasa di negara ini memang begitulah. Mereka akan mencari apa sahaja jalan untuk menginaya pemikiran dan memesongkan pandang orang ramai terhadap pihak yang mereka takuti akan mendapat sokongan.

Orang ramai hampir-hampir tertipu dengan isu yang ditimbulkan oleh media perdana khususnya Utusan dan saluran TV kumpulan media prima. Begitulah selama ini cara dan kaedah pihak yang ingin mengekalkan kuasa mendapatkan sokongan ramai. Tetapi baiknya kali ini rakyat tidak lagi semudah itu untuk diperdayakan.

Marina Mahathir telah keluar dengan kenyataan keras dan membidas akhbar serta saluran media perdana dan menuduh secara terang-terangan terhadap media perdana dan beberapa orang pemimpin politik UMNO yang telah bersekongkol untuk menerbitkan isu ini secara besar-besaran dengan harapan untuk mengelirukan rakyat.

Marina telah pergi ke pejabat NGO itu di Jalan Gasing Petaling Jaya untuk memberi sokongan moral kepada 4 orang yang sedang disoalsiasat oleh polis, iaitu ‘founder’ Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, pengarah Tenaganita, Irene Fernandez serta Maria Chin Abdullah AJK Bersih 2.0.

Marina berkata bahawa beliau terlalu marah…terlalu marah kerana permainan media perdana memutarbelitkan isu seksualiti merdeka dan menafikan bahawa NGO ini hanya mengambil perhatian terhadap mereka yang tidak sempurna kehidupan dan fizik mereka dan memperjuangkan hak serta nasib mereka yang terpinggir daripada masyarakat awam yang besar itu.

Marina berkata 2 tahun lalu beliau telah merasmikan majlis yang serupa tanpa halangan dan kenapa sekarang perkara itu diperbesarkan sehingga sedemikian rupa.

“Ini bukan festival seks bebas,” katanya kepada media di pejabat NGO itu semalam. Beliau beranggapan bahawa pihak yang memutarbelitkannya sebagai festival seks bebas sebagai gila dan orang yang tidak ada apa benda lain yang hendak buat.

Marina berkata beliau telah berusaha membela mereka yang tidak bernasib baik ini selama 20 tahun dan usaha yang dilakukan oleh seksualiti merdeka ini ialah untuk membantu komuniti yang lesbian, gay, bisexual serta transgender untuk mengetahui segala apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam undang-undang negara.

Bagi saya dalam BN khususnya UMNO mempertahankan kedudukan mereka untuk berkuasa isu seks adalah isu yang paling suka mereka perbesarkan. Tidak ada lain seks…seks…dan seks. BN tidak menumpukan usaha mereka untuk menunjukkan pentadbiran yang luhur dan bersih dari kegiatan yang hina seperti rasuah. Mereka (BN) memainkan isu seks bebas terhadap orang yang sudah berumur seperti Ambiga dan Irene Fernandez dan itu merupakan isu yang tidak masuk akal.

Marina Mahathir naik berang kerana beliau tahu media perdana ini menggunakan isu ini untuk kepentingan politik semata-mata. Sekarang semakin hari semakin menyakinkan rakyat bahawa Utusan dan semua media masa di negara ini hanya merupakan propaganda kosong untuk pihak yang berkuasa dan semuanya ini mereka sanggup lakukan kerana imbuhan peribadi yang lumayan sebagai pembayaran upahan akan mereka perolehi.

UMNO khususnya mempunyai kekuatan kewangan dan kumpulan ini akan mengambil kesempatan di atas kemurahan UMNO untuk membayar imbuhan sebagai balasan di atas sokongan yang membuta tuli terhadap mereka itu.

Media perdana sudah tidak diyakini oleh rakyat lagi kerana persepsi terhadap kumpulan media perdana ini sangat rendah. Malahan, lagi kuat Utusan membelasah pihak pembangkang lagi jatuh sokongan rakyat terhadap UMNO. Lagi banyak isu untuk memburukkan pihak pembangkang yang dilakukan oleh media perdana lagi buruk pandangan rakyat terhadap kerajaan BN yang diteraju oleh UMNO itu.

Bagi sesiapa yang berfikir secara serius perkiraan mereka ialah BN di Semenanjung akan hanya diwakili oleh kurang daripada 70 kerusi. Bagaimana UMNO boleh mengaku ianya sebagai parti tunjang kepada BN jika mereka hanya diwakili oleh kurang dari 70 kerusi? Boleh sesiapa beritahu saya?



Bukti- bukti yang UMNO sudah begitu desperate terlalu banyak. Yang terakhir ialah dengan isu seksualiti merdeka yang dimainkan oleh media perdana ini. Saya tekankan di sini rakyat secara amnya akan bertindak bersalahan dengan apa yang dilakukan oleh media perdana terutamanya Utusan dan TV3.ASD

Sila sambung bacaan anda di (SINI)

Read more ...

RM1.4 BILION LESAP!!! Tak perlu tanya , tahu dah UMNO yang belasah


Pakatan Rakyat hari ini mendakwa kira-kira RM1.4 bilion daripada Bajet Wang Luar Jangka atau peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara telah lesap.

Dana itu dbekalkan mengikut Perkara 103 Perlembagaan Persekutuan, bagi peruntukan tambahan RM1.5 bilion, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut beliau, peruntukan itu dinyatakan dalam Laporan Perbelanjaan Persekutuan 2010/2011 yang dibentangkan bersama-sama dengan Bajet 2012.


Perkara 103 menyatakan:


"Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi mewujudkan suatu Kumpulan Wang Luar Jangka dan memberi kuasa Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, jika berpuas hati bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan yang mendesak dan di luar jangkaan yang baginya tiada peruntukan lain wujud, untuk membuat pendahuluan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka itu untuk memenuhi keperluan itu.


“Jika apa-apa pendahuluan dibuat mengikut Fasal (1), suatu anggaran tambahan hendaklah dikemukakan dan suatu Rang Undang-Undang Perbekalan dibawa dengan seberapa segera yang mungkin bagi maksud menggantikan amaun yang didahulukan itu.”


Anwar pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini berkata: "Walau bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa hanya terdapat baki RM79.147 juta daripada dana negara itu.


"Ke mana perginya wang itu? Lebih serius lagi, di mana RM1.4 bilion telah lesap?


Saya tidak fikir Jabatan Audit (membuat kesilapan), mereka lebih teliti apabila membabitkan perakaunan."


Bagi Anwar, kelewatan 17 hari Laporan Ketua Audit Negara, tahun ini dibentangkan mungkin ada kaitan dengan perkara berkenaan.

Read more ...

MANA RM 426.5 JUTA?!!! Pi mana lagi kalau bukan UMNO yang belasah

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pada sidang media di parlimen hari ini mempersoal, kemana sebenarnya dana RM426.5 juta yang diperuntukan kepada semua kawasan parlimen, sedangkan dana tersebut tidak diberikan kepada parlimen Pakatan Rakyat.

Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, jawapan bertulis perdana menteri terhadap soal beliau di parlimen hari ini menyatakan setakat 26 September 2011, dana tambahan sebanyak RM426.5 juta diperuntukan kepada semua kawasan parlimen untuk melaksanakan projek melibatkan kepentingan rakyat.


“Malangnya, peruntukan untuk kawasan parlimen pembangkang tiada kerana sehingga kini kami tidak menerima satu sen pun dari dana tambahan itu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Kalau nak tunggu Najib jawab.. tak tahulah bila dia nak jawab..

Dulu pernah seorang Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) memberikan jawapan terhadap soalan tersebut bila diajukan oleh Allahyarham Dr. Lo Lo.. jawabnya "Sory YB! Kita beri kepada Ketua Bahagian Umno. Ini arahan yang kita terima." sila baca di (SINI)

ASD

Read more ...