Monday, January 10, 2011

Pinda Perlembagaan: DUN Selangor bersidang 24 Januari





SHAH ALAM 11 Jan.: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan bersidang pada 24 Januari ini untuk meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Dalam kenyataan pejabat speaker DUN Selangor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua ADUN Selangor.

Sidang tersebut diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Menurut kenyataan itu, speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan.

"Urusan perkara mesyuarat dan kertas-kertas mesyuarat berkenaan akan diedarkan kepada Ahli Dewan kemudian selepas ianya ditetapkan oleh menteri besar," tambah kenyataan itu.

Semalam, Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri sudah melantik pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Aziz Bari, dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Ia membabitkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.

Read more ...

Anwar cabar Najib berdebat

Program 100 Hari: Anwar Cabar Najib Debat


PETALING JAYA 11 Jan.: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat mengenai kewibawaan Program 100 hari Pakatan Rakyat yang hanya menelan belanja RM 19.2 bilion setahun, jauh lebih rendah dari ketirisan RM28 bilion akibat projek-projek yang diluluskan kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Datuk Seri Najib semalam mendakwa program 100 hari itu yang menawarkan subsidi rakyat yang lebih tinggi, lebuhraya tanpa tol, imbuhan yang lebih baik untuk kakitangan awam serta pemansuhan undang-undang zalim, bakal membankrapkan negara.

Namun pakar-pakar ekonomi yakin program itu yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama PR menawan Putrajaya adalah berwibawa kerana berpaksi kepada penjimatan wang rakyat jika pemberian kontrak kepada syarikat kroni dibanteras, manakala subsidi untuk syarikat korporat kroni dikurangkan.

Transparency International menganggar rasuah menyebabkan negara kerugian RM10 bilion setahun. Ketua Audit Negara, dalam laporan tahunannya mendedahkan ketirisan sahaja mengakibatkan Malaysia kerugian RM28 bilion ringgit.

Dalam sidang akhbarnya pagi tadi, Datuk Seri Anwar selaku Ketua Pembangkang berkata Najib begitu ghairah menggunakan media kawalan pemerintah untuk memadamkan fakta sebenar mengenai Program 100 Hari yang di persetujui pada Konvensyen PR di Pulau Pinang bulaan lalu.

Tuduhan bahawa PR bakal menjadikan negara muflis adalah dangkal tidak berpegang kepada hakikat dan fakta.

"Hakikatnya Umno-Barisan Nasional(BN) yang berhutang setiap tahun. Laporan Ketua Audit Negara dikeluar 25 Oktober 2010 menyatakan hutang negara sekarang melebihi 50 peratus buat kali pertama dalam sejarah. Hutang kerajaan 2009 meningkat kepada RM 362.9 bilion atau 53.9 peratus KDNK. Angka ini bertambah di bawah pentadbiran Datuk Najib," tegas Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

Anwar berkata program 100 hari bertujuan mengurangkan beban yang dihamparkan oleh Umno kepada rakyat marhaen yang semakin dihimpit denga kenaikan harga barangan asas dan pendapatan yang mengucup.

Kira-kira 40 peratus daripada rakyat negara ini, masih dalam lingkungan pendapatan RM1,500 sebulan, sebilangan besar daripada mereka aadalah kaum Melayu dan golongan bumiputera lain.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin Umno begitu dangkal mempersoalkan janji PR untuk memberikan imbuhan tambahan RM500 kepada pendidik bagi mengiktiraf kepentingan profesyen itu tetapi berpeluk tubuh apabila Najib membayar RM77 juta kepada APCO, syarikat perunding pro-Zionis untuk memulihkan imejnya yang tercalar.

"Kita boleh senarai pelbagai fakta. Tidak baik untuk mempermain dan perolok program kita semata kerana nak bagi RM500 elaun tambahan kepada guru sedangkan mereka bayar RM 77 juta kepada Apco. Keutamaan inilah yang membimbangkan kita," kata Anwar.

Memberi pecahan kewangan program 100 Hari Pakatan Rakyat, Anwar berkata imbuhan tambahan RM500 kepada para guru akan menelan belanja sebanyak RM3.2 bilion, manakala subsidi minyak dan gas memasak RM8 bilion, dan penstrukturan sistem tol sebanyak RM 8 bilion.

Anwar berkata Najib harus tampil secara terbuka berbahas dengan beliau untuk memerinchi Program 100 Hari supaya rakyat boleh mendengar dan membuat keputusan terbaik demi masa depan mereka.

Beliau berkata apa yang jelas sekarang ialah kerajaan pusat memberikan syarikat kroni subsidi yang jauh melebehi subsidi yang diberikan kepada rakyat.

"Empat, lima syarikat kroni IPP dapat subsidi RM 19 bilion. Seluruh rakyat Malaysia dapat subsidi RM11 bilion. Kerajaan takut berdepan dengan syarikat kroni yang kaya, " kata Anwar.

Read more ...

Presiden PAS kesal laporan The Star


SHAH ALAM 11 Jan. : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kesal dengan laporan akhbar The Star semalam bahawa beliau tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak dalam melaksanakan agenda negara Islamnya termasuk dalam Pakatan Rakyat.

Justeru, kata Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar laporan bertarikh 10 Jan 2011 dengan tajuk "PAS won’t bow to pressure from any quarter, says Hadi” sebagai tidak benar dan tersasar.

Tegasnya melaui satu kenyataan media hari ini menegaskan berita yang disiar akhbar tersebut telah memberikan gambaran yang salah terhadap ucapan Presiden PAS di Majlis Suai Kasih yang dianjurkan oleh PAS dan Pejabat Parlimen Titiwangsa pada 9 Januari lalu.

"Presiden PAS sebenarnya menjelaskan bahawa PAS melihat perkembangan yang sangat positif di kalangan rakan dalam Pakatan Rakyat dalam memahami maksud Islam yang ingin dibawa oleh PAS," katanya.

Ujarnya, ia adalah dalam kerangka perlembagaan persekutuan yang turut dipertahankan oleh semua pihak dalam Pakatan Rakyat.

Perubahan paradigma ini memperkukuhkan lagi kerjasama erat PAS bersama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, bertepatan dengan semangat dalam dasar bersama yang dipersetujui sebagaimana yang dirangkakan dalam Dasar Bersama Muafakat Rakyat.

Apa yang dipertegaskan oleh Presiden PAS dalam majlis berkenaan adalah rentetan terhadap ucapannya di Konvensyen Pakatan Rakyat yang kedua di Pulau Pinang kira-kira hampir sebulan lalu bahawa PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

"Perubahan yang ingin dilaksanakan adalah semestinya dalam ruang lingkup perlembagaan dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar, tanpa menjejaskan amalan penganut agama lain di negara kita ini.

"Inilah yang ingin ditonjolkan oleh PAS, bahawa Islam adalah adil untuk semua," ujar beliau.

Read more ...

RM500 untuk setiap guru, masih ada lebih untuk bina penjara baru!


Artikel : Saya memberikan cadangan secara kasar supaya rakyat dapat meneliti sendiri angka yang diberikan dan menilai sebanyak mana wang yang 'bocor' dari kantung negara setiap tahun.

Hanya dengan dua langkah mudah, kita mempunyai lebihan wang sebanyak 3 kali ganda berbanding apa yang dijanjikan dalam Buku Jingga.

Bukan itu sahaja, bahkan kita memiliki wang lebih untuk membayar benda lain seperti penjara-penjara baru untuk ahli politik kaki rasuah yang suka-suki membuncitkan perut sendiri dan kroni dengan cara merampas hak rakyat terbanyak selama ini.

Ini hanyalah perkiraan kasar kerana tidak cukup masa, tapi angka kasar ini sudah cukup menjelaskan segalanya.

Sebarang komen balas dialu-alukan.

A) BN selalu berkata bahawa banyak perkara yang kita tidak mampu, kononnya ia akan memufliskan negara etc, terutamanya pada perkara yang melibatkan bantuan langsung pada rakyat terbanyak.

Pada masa lalu, bantuan kewangan yang signifikan yang sedang dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang adalah sesuatu yang mustahil di bawah BN, kerana dakwa mereka, kononnya kerajaan kekurangan dana.

Semenjak mengambil alih, PR di Selangor telah memulangkan sekitar RM150 juta setahun kepada rakyat terbanyak dalam bentuk air percuma, bantuan kemasukan ke universiti, skim mikrokredit dan sebagainya.


Sebab musabab kenapa PR mampu dan BN sentiasa berdolak dalih sambil memberi alasan adalah kerana PR sentiasa berusaha untuk meminimakan ketirisan dana awam yang berpunca dari korupsi dan rasuah.


B) Laporan Ketua Audit Negara menganggarkan bahawa negara kehilangan RM28 billion ( 28, 000, 000, 000) setiap tahun akibat korupsi dan rasuah seperti kaedah pemerolehan yang tidak telus, projek kerajaan yang tidak selesai, peningkatan harga kos sewaktu fasa pembinaan dan sebagainya.


Kita tidak perlu mewujudkan sebarang skim pembiayaan kebangsaan yang hanya sekadar gah pada nama dan slogan, cukup hanya dengan mengatasi masalah korupsi dan rasuah sahaja, kita mampu menjimatkan RM28 billion yang boleh disalurkan untuk kepentingan rakyat terbanyak.


Jumlah yang tiris ini adalah fakta, dan PR komited untuk memulangkan jumlah yang besar ini kepada rakyat terbanyak.


Selain itu, menghentikan perbelanjaan yang membazir, tidak perlu dan keterlaluan oleh kerajaan juga akan mewujudkan budaya berhemat dalam berbelanja. Contohnya, menghentikan perjalanan PM ke luar negara yang terlalu kerap sehinggakan tempoh masa beliau di luar negara adalah sama dengan tempoh masa beliau di dalam Malaysia.


Begitu juga jumlah bayaran untuk mendapatkan kepakaran spin doctor Yahudi APCO (RM77 juta) atau penubuhan PEMANDU (RM66 juta) - BN mungkin akan menghujahkan bahawa jumlah ini kecil, tapi ini merupakan gambaran bahawa kerajaan sekarang mengamalkan budaya membazir dan wewenang dalam membelanjakan wang rakyat.

C) Setiap tahun, PETRONAS terpaksa membelanjakan RM19 billion (19,000,000,000 - betul ke jumlah kosong ni?) untuk membayar subsidi gas kepada IPP (Penjanakuasa Bebas - dimiliki oleh kroni) yang mendapat keuntungan lumayan kerana mereka dilindungi dari naik turun harga tenaga elektrik.


PETRONAS terpaksa membeli gas dari Natuna dan JDA pada harga yang jauh lebih tinggi, kemudian menjual semula pada IPP pada satu pertiga dari harga asal, semuanya berjumlah RM19 billion.


Sekiranya perjanjian ini dibatalkan, kita akan mempunyai keuntungan 19 billion setahun yang boleh dibayar semula oleh PETRONAS pada kerajaan, sekaligus dipulangkan semula pada rakyat.


Setiap tahun juga, kerajaan membelanjakan RM4 billion setahun sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuhraya. Jumlah sebanyak ini dapat dikembalikan pada rakyat jika struktur tol dibetulkan semula, seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga.


D) Hanya dengan mengatasi ketirisan yang berlaku akibat korupsi, menghapuskan subsidi korporat kepada IPP dan pampasan tol kepada syarikat konsesi, kita ada sejumlah (RM28 billion + RM19 billion + RM4 billion = RM51 billion) RM51,000,000,000 setiap tahun.


Jumlah ini lebih dari mencukupi untuk melunaskan segala janji yang terkandung dalam Buku Jingga.


E) Elaun khas guru - RM3.2 billion setahun


Subsidi diesel dan petrol kepada golongan yang memerlukan (di bawah pendapatan tertentu), selepas penstrukturan semula subsidi supaya hanya yang dari golongan bawahan akan beroleh manfaat: anggaran RM4 billion setahun.


Subsidi gas asli: Anggaran RM4 billion setahun.


Jumlah bayaran subsidi dan elaun khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga: RM11.2 billion.


Harga yang ditawarkan oleh KWSP dan Khazanah untuk ambilalih keseluruhan aset dan operasi lebuhraya PLUS adalah RM23 billion. Sayap pelaburan kerajaan dan agensi kerajaan pada masa ini (melalui Khazanah dan KWSP) sudahpun memiliki 67.3% PLUS, maka tambahan kos untuk memulangkan keseluruhan aset dan operasi kepada kerajaan (beli dari pemegang saham minoriti) hanyalah RM7.5 billion.


F) Jumlah keseluruhan adalah RM3.2 b (elaun khas guru) + RM4 b (subsidi bahan api) + RM4 b (gas asli) + RM7.5 b (pembelian saham minoriti PLUS) = RM18.7 b.

Jumlah ini adalah begitu kerdil untuk dibandingkan dengan RM51 b yang boleh diperoleh melalui penstrukturan semula subsidi dan penghapusan korupsi/rasuah.


Adalah jelas bahawa isunya bukanlah samada kita mampu atau tidak, kerana angka membuktikan bahawa kita memang mampu.

Ia hanya memerlukan kesungguhan politik, terutamanya apabila BN begitu bersungguh-sungguh untuk menghapuskan subsidi minyak tetapi tidak langsung memikirkan tentang subsidi yang diberikan pada IPP.


Apa kata anda? Masih tidak mampukah kita? Atau BN-UMNO masih mahu berdolak dalih kerana tidak mahu hilang sokongan taikoon besar?
- Rafizi Ramli

Read more ...

100 Hari: Pemimpin Umno semakin runsing

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Pemimpin Umno masih runsing memikirkan mengenai janji Pakatan Rakyat 100 hari yang semakin diterima oleh rakyat apabila diberikan mandat untuk memerintah negara, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Ahmad Maslan di Dewan Serbaguna Felda Chempelak Barat, Tenang yang menyelar tindakan pembangkang yang selalu menghentam kerajaan berhubung kenaikan harga barang sebaliknya mencabar pembangkang menurunkan harga barang di negeri yang dikuasai mereka.

Katanya, ucapan Ahmad yang bertaraf Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan Umno Malaysia lebih bersifat emosi dan gelabah menghadapi kebangkitan rakyat, terutama generasi kedua Felda di Dewan Undangan Negeri Tenang.

“Tidak munasabah langsung cabaran beliau supaya negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga di negeri yang mereka kuasai,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, kenyataan itu sama seperti kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mencabar pemimpin negeri Pakatan Rakyat menaikkan gaji guru RM500 sebagaimana janji dalam Buku Jingga.

Jelasnya, pimpinan Pakatan Rakyat boleh menurunkan harga barang dengan syarat segala hak yang dipungut di negeri Pakatan Rakyat oleh kerajaan pusat seperti saman ekor, saman Jabatan Pengangkutan Jalanraya, cukai kastam, imigresen, cukai setem, tol, cukai jalan, cukai perkhidmatan 6% di restoran, cukai kad kredit RM50 diserahkan kepada negeri Pakatan Rakyat.

“Insya Allah negeri Pakatan Rakyat mampu memberikan kesenangan kepada rakyat, sebagaimana yang telah dibuktikan sekarang ini melalui air percuma , skim kifalah dan sebagainya walaupun hasil negeri tidak seberapa berbanding dengan pendapatan kerajaan pusat,” ujarnya.

Tambahnya, kenyataan Ahmad itu tidak lebih daripada hendak melindungi rasa bersalah kerajaan yang ada gagal menguruskan rakyat dengan baik walaupun hasil negara melimpah ruah sehingga kehidupan rakyat semakin tertekan.

Rakyat bawahan, ujarnya sudah mula merungut dengan kenaikan harga barang.
Katanya, kuasa membeli di kalangan rakyat semakin rendah seperti komen Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd, Alsetdek Al Haj Ali, mengenai kuasa beli di kalangan rakyat semakin merosot di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat.

Tambah Alsetdek lagi, kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidakseimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sebuah negara.

“Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai,” kata Idris.

Sehubungan itu, PAS ingin menyeru Ahmad Maslan memahami apa kuasa negeri dan pendapatan negeri berbanding dengan pendapatan yang dimiliki oleh kerajaan pusat.

Tambahnya, pendapatan keraan negeri tidak banyak, cuma daripada hasil cukai tanah, perhutanan, air, cukai pintu sahaja.

“Dengan kekangan kewangan dan pendapatan ini pun kemampuan negeri Pakatan Rakyat mampu mentadbir, tanpa terencat untuk kebaikan rakyat, contohnya negeri Kelantan walaupun sudah 20 tahun kita mampu mengurus dengan baik,” jelasnya.

Sehubungan itu, katanya PAS menyeru rakyat bangkit menolak pemimpin BN dan berilah mandat baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir urus dengan baik, kerana terbukti dan teruji.

Read more ...

Tembelang Umno akan terbongkar jika tidak sokong pindaan

KUALA LUMPUR, 11 Jan. : Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tidak meletakkan harapan akan memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan dalam usahannya meminda perlembagaan negeri, tetapi berpendirian tetap mahu meneruskan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi “mendedahkan sikap” Umno yang sebenarnya.

The Malaysian Insider difahamkan kerajaan negeri sudah pun menjangkakan yang cubaan mereka meminda perlembagaan bagi mengembalikan kuasa pelantikan pegawai-pegawai kanan perkhidmatan negeri kepada Sultan dan Menteri Besar ekoran kemelut pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri baru, tidak akan berjaya.

“Kami menjangkakan bahawa pindaan tidak akan berjaya kerana Umno atau BN (Barisan Nasional) (hanya) mahu merampas kuasa negeri,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

“Bagaimanapun, kami mahu meneruskan usaha ini, jadi rakyat akan tahu bahawa Umno bukan sahaja memperlekehkan kuasa Sultan, tetapi juga memperkecilkan kuasa negeri,” katanya.

Keputusan itu dicapai pada majlis taklimat ringkas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Shah Alam, semalam.

Pakatan Rakyat mempunyai 35 wakil di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan sebanyak 56 kerusi dan memerlukan sokongan dua pertiga untuk meminda perlembagaan.
Sumber itu juga berkata, sidang khas kali ini juga bertujuan mengetepikan dakwaan Umno bahawa Pakatan Rakyat menderhaka pada institusi diraja.

“Yang paling penting perjuangan ini adalah perjuangan bagi rakyat,” kata sumber itu.
“Jika anda meyakinkan rakyat dan mendedahkan BN dalam isu ini, kita boleh justifikasikan apa sahaja yang kita hendak lakukan selepas ini,” kata beliau.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar membayangkan Umno-BN akan menolak pindaan ini.

Semalam, satu sumber memberitahu bahawa Selangor akan memfokus untuk menyelesaikan pertikaian pelantikan Khusrin selepas sidang Dewan Undangan Negeri khas.
“Kami mahu menyelesaikan isu menderhaka terlebih dahulu. Ini langkah pertama,” kata sumber itu lagi.
“Kami tidak mencuba untuk membunuh banyak burung dengan satu batu, atau kami kehilangan kesemua burung. Jadi, kami akan lakukan satu demi satu,” katanya.

Beliau juga berkata, pakar perlembagaan Prof A. Aziz Bari telah menasihatkan kerajaan Selangor agar tidak meminda perlembagaan dengan mengunakan pendekatan kesan retrospektif iaitu menguatkuasannya sebelum pelantikan Khusrin.

Kata sumber, pakar itu berpandangan bahawa jika pendekatan itu digunakan pindaan perlembagaan akan dilihat bertujuan memenuhi kepentingan peribadi atau agenda politik.
Katanya, Selangor juga mempertimbangkan opsyen untuk meminda undang-undang bagi mendefinisikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai suruhanjaya perkhidmatan negeri.

“Ini hanya memerlukan majoriti mudah,” katanya.

Putrajaya menekankan bahawa terma “suruhanjaya perkhidmatan sewajarnya” yang digariskan di bawah Seksyen 52(1) Undang-undang Tubuh Negeri merujuk kepada SPA, bukannya Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri.

Selangor berhadapan dengan krisis perlembagaan ekoran pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 27 Disember lalu.

Bagaimanapun kerajaan negeri pimpinan Khalid menolak pelantikan Khusrin yang sebelum ini merupakan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Semalam, satu sumber memberitahu bahawa pindaan ke atas Seksyen 52(1) akan mencerminkan peruntukan sebelum pindaan perlembagaan negeri 1993.

Read more ...

Hadi rakan setia saya, ujar Anwar






KUALA LUMPUR 11 Jan. : Menyifatkan Datuk Seri Abd Hadi Awang sebagai rakan karibnya sambil mengesa rakyat jangan percaya dengan cerita-cerita musuh yang mahu melihat Pakatan Rakyat berpecah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum PKR itu menegaskan perkara ini ketika ceramah di Gombak malam tadi bagi mempertahankan Presiden PAS itu yang kini berhadapan dengan kritikan ekoran pertemuan bersama pemimpin Umno pada 24 Disember lalu.

Jelas Anwar, Hadi dan PAS telah memperlihatkan sokongan padunya kepada beliau ketika berhadapan dengan hukuman penjara pada 1999.

“Ketika saya dipenjarakan, mereka yang menyokong saya ialah PAS, (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Nik Aziz, dan Tok Guru Hadi Awang.

“Mereka menghimpunkan ribuan penyokong mereka untuk mendoakan kesejahteraan saya. Mereka rakan karib saya,” katanya.

Kelmarin PAS mengadakan program solat hajat dan pidato perdana di Stadium Malawati Shah Alam kelmarin.

Malam tadi, Anwar juga memberikan amaran bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk memperlekehkan Pakatan Rakyat.

“Ada banyak dakwaan tetapi semua itu hanya cerita semata-mata. Jangan percaya mereka,” kata Ketua Pembangkang itu.

Selepas pertemuan kelmarin, Anwar berkata Pakatan Rakyat sudah menyelesaikan kontroversi berhubung pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu 24 Disember lalu.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis santapan anjuran Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

“Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum,” katanya.

“Tiada masalah dan tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu,” kata Anwar.

Pada sidang media yang diadakan malam tadi, Hadi berkata, pihaknya telah menjelaskan “pertemuan 24 Disember itu” kepada Pakatan Rakyat.

Anwar, yang juga pemimpin PKR meminta penyokong-penyokongnya supaya meletakkan keyakinan dan percaya pada Pakatan Rakyat itu yang bercita-cita mahu menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Sambil itu Anwar memaklumkan negara boleh mencapai perubahan jika setiap kaum boleh bekerjasama ke arah satu matlamat.

“Kita perlukan sokongan daripada semua orang. Kita tidak boleh melakukannya menerusi perhimpunan politik atau slogan politik. Kita hanya boleh menang menerusi keyakinan, kesabaran dan strategi yang kukuh.

“Kita mesti faham bahawa kita hanya boleh menang jika masyarakat Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan bekerjasama dan mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.

Read more ...

Pesawat Air Asia terbabas di Kuching

Pesawat AirAsia Terbabas Ketika Mendarat Di KIA


KUCHING 11 Jan. : Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia terbabas ke tepi landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) malam tadi.

Bernama difahamkan empat orang dari pesawat AK5218 yang tiba dari Kuala Lumpur itu digegaskan ke Hospital Umum Sarawak, dipercayai mengalami cedera ringan.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 10.20 malam dan jumlah mereka yang berada dalam pesawat itu belum dapat disahkan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin A.Rahman ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan kejadian.

Beliau berkata pihaknya telah pun menghantar pegawai bersama jurutera AirAsia untuk siasatan lanjut punca kejadian.

“Tunggu kenyataan daripada Menteri Pengangkutan hari ini kepada pihak media,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sementara itu seorang penumpang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Balai Ringin, Snowdan Lawan memberitahu pemberita, kejadian itu berlaku dalam keadaan hujan yang sangat lebat.

“Keadaan cuaca amat gelap dan pesawat melambung ke kiri dan ke kanan sebaik saja mendarat sebelum tiba-tiba terbabas ke kawasan bertanah di tepi landasan,” katanya.

Bernama difahamkan penumpang pesawat tersebut terpaksa berjalan kaki sejauh 800 meter untuk ke bangunan terminal.

Sementara itu sumber KIA memberitahu Bernama hari ini pesawat tersebut masih belum dialihkan dari tempat kejadian.-BERNAMA

Read more ...

Minyak masak memang kurang

Peruncit : Bekalan Minyak Masak Tak Mencukupi



KUALA LUMPUR 11 Jan. : Beberapa peruncit di sekitar Lembah Klang mendakwa pembekal minyak masak kelapa sawit telah mengurangkan bekalan sehingga 50 peratus kepada mereka, sekali gus meruncingkan masalah kekurangan bahan itu di pasaran.

Mereka berkata sekalipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan bekalan ditambah 14,000 tan metrik lagi kepada 84,000 tan metrik bulan ini, bekalan kepada mereka masih tidak berubah.

Tinjauan di kedai dan pasar raya juga mendapati kebanyakannya sudah hampir kehabisan bekalan manakala pilihan jenama minyak masak kelapa sawit pula terhad.

Bekalan tak mencukupi

"Selalunya tidak ada masalah, peruncit-peruncit kecil akan pergi sendiri ke tempat pembekal dan membeli seberapa banyak yang mereka mahu, selalunya dua kotak setiap hari, namun sekarang pembekal hanya membenarkan setiap peruncit membeli satu kotak yang mengandungi 17 paket minyak satu kilogram," kata seorang peruncit, Bawa Baharudin.

Katanya keadaan itu menyebabkan beliau terpaksa menghadkan jualan iaitu hanya sekilogram minyak untuk seorang pengguna setiap hari.

Sementara itu jurucakap pasar raya Cold Storage Donny Rowlee berkata pembekal minyak masak ke pasar raya itu bertindak mengurangkan kuota sejak dua minggu lalu.

"Ada satu jenama hanya membekalkan 200kg minyak dengan alasan itu kuota yang dibenarkan kerajaan sekarang," katanya menambah pasar raya itu diberi permit membekalkan 1,000kg sebulan.

"Khamis lalu minyak masak ini baru sahaja dibekalkan semula, namun pada hari ini minyak masak semuanya dah habis. Kebanyakan pembeli membeli dengan banyak, kadang-kadang sehingga satu troli setiap seorang," katanya.

Kuota kerajaan


Beliau juga berkata setiap pembekal menggunakan alasan pengurangan bekalan adalah disebabkan kuota baru yang ditetapkan kerajaan.

Pengurus Barang Dagangan Pasaraya Ong Tai Kim, Kelana Rabian berkata pasar raya itu juga berdepan dengan pengurangan bekalan apabila mereka kini hanya menerima 135 tan metrik berbanding 350 tan metrik sebelum ini.

"Kuota tersebut adalah tidak relevan lagi, ia perlu ditambah. Mana mungkin kuota yang diberikan sejak empat tahun lepas boleh sama dengan sekarang dengan pertambahan bilangan pasar raya besar dan kedai runcit," katanya.

Beliau juga mencadangkan agar kerajaan mengetatkan penguatkuasaan terhadap pembelian bahan kawalan itu bagi mengelakkan penyelewengan selain memastikan hanya rakyat tempatan membeli menikmati subsidi yang diberi kerajaan.

Dalam pada itu, seorang pengguna Hasliani Mohamad Hassan berkata kekurangan bekalan minyak masak paling dirasai golongan peniaga makanan.

"Selalunya peniaga atau pemilik kedai makan yang akan panik apabila krisis ini berlaku. Bagi keluarga selalunya minyak masak 3 kg itu pun akan dapat tahan sehingga dua bulan," katanya.-BERNAMA

Read more ...

Dah dua tahun, baru SPRM nak siasat

KTMB : SPRM Lambat Bertindak


SHAH ALAM 11 Jan. : Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail kecewa dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana lambat bertindak walaupun sudah dua tahun kes rasuah Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dilaporkan.

SPRM menggeledah pejabat KTMB atas dakwaan pemberian tender yang 'mencurigakan' yang menyaksikan kontrak jutaan ringgit diberikan kepada syarikat yang tidak mempunyai 'kelayakan'.

"Perkara ini telah dibangkit banyak kali, baru kini SPRM ambil tindakkan, mengambarkan SPRM begitu lambat bertindak, maknanya untuk suatu yang bertaraf suruhanjaya berkaitan dengan salah laku rasuah mengambil masa dua tahun lebih untuk menyiasat ianya dianggap lemah dan kita mahu tahu juga apa yang menyebabkan kelemahan jentera SPRM ini, kekurangan kakitangan, kurang terlatih, kekurangan ilmu ataupun kerana kekangan politik ataupun mereka tidak bebas," katanya.

Azan ketika dihubungi Tv Selangor berkata, selain lambat bertindak, tindakbalas SPRM menggeledah Pejabat KTMB jelas mengesahkan dakwaan yang dibuat dua tahun lepas adalah berasas.

"Tindakkan SPRM ini mengambarkan dakwaan yang dibuat dua tahun dahulu adalah berasas, cuma SPRM lambat bertindak,sekarang SPRM kena menjawab persoalan ini, jika mereka memberi alasan mengambil masa untuk meneliti kes sebelum membuat tindakkan ia membuktikan SPRM adalah satu badan yang lemah.

"Kerana unit siasatan dalam apa-apa bidang mereka tidak boleh dilihat begitu berlengah-lengah kerana ia melibatkan dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang sudah tentu bileh dilarikan ataupun disembunyikan," katanya.

Terdahulu, pasukan penyiasat SPRM menyerbu pejabat KTMB di Kuala Lumpur dan menggeledah jabatan tendernya pada 14 Disember tahun lalu dan merampas beberapa dokumen utama.

Jumaat lalu, SPRM sekali lagi menyerbu pejabat KTMB untuk mendapatkan lebih banyak bukti. Menurut sumber, siasatan masih pada peringkat awal.

Projek tersebut melibatkan penyusunan semula sistem tiket di semua 56 stesen KTMB sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Sebuah firma tempatan dilaporkan memenangi kontrak itu dengan bidaan RM85 juta, meskipun terdapat tawaran pada harga yang lebih murah oleh syarikat-syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam sistem perkhidmatan KTMB.

Tender yang dikemukakan oleh lima syarikat yang lain yang disenarai-pendek pula tidak dinilai.

Dua syarikat dengan projek sekarang membabitkan sistem tiket juga ditolak meskipun mereka masing-masing menawarkan bidaan pada harga RM69.8 juta dan RM72.6 juta.

Tambahnya lagi, ekoran dari kes ini, berkemungkinan berkait rapat dengan Barisan Nasional untuk mengumpul dana menghadapi pemilihanraya akan datang.

"Ini perkara tradisi, bukan dalam kes ini sahaja, dalam Telekom, TNB, Syarikat Utiliti dan Syabas, di mana Syabas mengaku mereka membantu politik Umno dan semakin dekat dengan pilihanraya inilah aktiviti yang sering dilaksana untuk jana dana pilihanraya bagi pihak Umno-BN dan ini tidak dapat dinafikan kerana ia telah berlaku sekurang-kurangnya enam kali pilihanraya lepas," katanya.

Read more ...

Kanak-kanak tiga tahun mati dipercayai didera




JOHOR BARU 11 Jan. : Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Nordiana Qistina Norafizan meninggal dunia, dipercayai menjadi mangsa dera di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin, hari ini berkata laporan bedah siasat oleh Hospital Sultan Ismail di sini, mendapati 73 kesan lebam di seluruh badan kanak-kanak itu.

“Pada 9 pagi semalam pihak polis telah menerima panggilan telefon mengenai seorang bayi perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia akibat lemas di dalam baldi di sebuah rumah di Batu 17.5 Jalan Mariam, Kampung Sungai Tiram di Ulu Tiram.

“(Namun) bedah siasat yang dijalankan hari ini mengesahkan kanak-kanak itu mati akibat penderaan dan bukannya disebabkan mati lemas sebagaimana yang dilaporkan,” katanya.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada ibu kandungnya Nor Aqiulla Razali dan akan dibawa ke kampung datuknya di Felda Tenggaroh 6, Sungai Ambat, Mersing untuk dikebumikan.

“Kita telah mengenalpasti suspek dan akan menahannya tidak lama lagi untuk membantu siasatan,” katanya tanpa mendedahkan sebarang identiti suspek tersebut.

Pemeriksaan juga telah dilakukan ke atas adik lelaki mangsa yang berusia setahun dan kakaknya berusia lima tahun, di Hospital Sultanah Aminah di sini kerana dipercayai turut didera oleh suspek.-BERNAMA

Read more ...

Tsu Koon kena jawab ke mana lesapnya RM230 juta wang MPSP?

Tsu Koon perlu jawab soalan ‘cepumas’

http://media1.malaysiakini.com/145/8af31fa03bab65abc95e26f5b709e0ea.jpgGEORGETOWN, 11 Jan: Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon perlu menjawab dua soalan 'cepumas' sebelum mempertikaikan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Baru-baru ini, Tsu Koon tiba-tiba bersuara ingin membuat kejutan pada bulan Mac nanti untuk mendedahkan sesuatu agar rakyat tidak lagi mempercayai kerajaan yang wujud sekarang sebaliknya memberikan kepercayaan kembali kepada Barisan Nasional (BN) memerintah.

“Kerajaan Berjiwa Rakyat bukan sahaja berjaya mengamalkan dasar yang lebih telus sehingga dipuji oleh Badan Antarabangsa Anti Rasuah Terulung di dunia dan Ketua Audit Negara bahkan berjaya menengahkan beberapa pembaharuan yang selama ini tidak terfikir oleh BN.

"Kawan baik saya nak kejutkan apa lagi. Kita bukan buat salah pada rakyat kita buat yang terbaik. Apa kita nak takut," kata Guan Eng.

Katanya, yang perlu bimbang dan takut bekas ketua menteri itu ialah kerana di era pemerintahan BN dua kejadian yang sukar dilupakan iaitu kehilangan wang Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak RM230 juta yang sehingga kini tiada kesan.

“Bila dapat menguasai Pulau Pinang, MPSP hampir bankrap tambahan pula lesapnya wang RM230 juta yang boleh digunakan untuk pembangunan kawasan dan kegunaan rakyat.

“Satu lagi yang harus beliau (Tsu Koon) jawab ialah berkaitan skandal tanah Tan Hak Ju di Bukit Mertajam yang menyaksikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terpaksa membayar RM40 juta kepada mahkamah.

"Setakat ini Kerajaan Negeri telah membayar RM15 juta kepada mahkamah dan ada lagi bakinya yang banyak. Ia amat merugikan wang rakyat yang dapat digunakan untuk pembangunan rakyat dan kebajikan rakyat," tegas beliau.

Penjelasan itu, katanya sudah memadai untuk Tsu Koon bimbang kerana semua isu berkenaan berpunca daripada pentadbiran BN yang lebih ketara melakukan penyelewengan.

Lim juga tahu, BN akan menggunakan taktik ugutan, wang ringgit dan media untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

"Semua taktik BN kita boleh baca. Itulah yang dirisaukan oleh BN," katanya.

Read more ...

Mari tengok bukti Umno begitu 'Setia' kepada raja

Artikel : Ada beberapa individu yang memimpin dan mewakili sebuah parti besar di Malaysia menggambarkan kononnya merekalah yang paling Melayu, yang paling taat kepada Raja dan Sultan. Merekalah kononnya yang benar-benar mendaulatkan Raja dan Sultan.

Salah satu sentimen politik yang sering dimainkan oleh pemimpin dan penyokong parti ini ialah, parti lain adalah parti penderhaka, parti yang tidak taat kepada raja dan sultan. Namun persoalannya, benarkah parti ini benar-benar tidak pernah menderhaka? Adakah parti ini parti yang tidak pernah mengkritik raja dan sultan?






ReJaM© "Bukti sudah dilekatkan di depan hidung penyokong parti perkauman ini, tapi seperti biasa penyokong parti ini akan jadi rabun dan buta sebaik sahaja membaca artikel ini, dan akan tetap mengatakan merekalah yang paling Taat kepada Raja dan Sultan kah kah kah"

Read more ...

Runtuh lagi, layaklah namanya Terengganu 'darul runtuh'

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/runtuh.jpg
KUALA TERENGGANU
- Sebuah laman blog mendedahkan kejadian runtuh terbaru yang menjadikan negeri Terengganu dibawah pemerintahan Umno.BN mencatatkan rekod terkini sebagai 'binaan paling cepat runtuh' dinegeri Terengganu.

Sederetan pondok rehat di kawasan landskap jeti bot penambang berhampiran Pasar Besar Kedai Payang telah runtuh pada 9 Januari lalu, dalam waktu belum pun sampai tiga bulan ia disiapkan (Gambar dari
warkahdaily.blogspot.com).

Pondok tersebut adalah sebahagian daripada Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan ke Bazar Keraf Kedai Payang Kuala Terengganu.


Projek berkenaan adalah termasuk dalam '
projek-projek sakit' Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kerana ia telah tertanggh selama setahun sejak mula dibina Disember, 2009

Kejadian binaan runtuh dinegeri Terengganu yang seolah-olah berlaku secara berturutan selepas kejadian runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 Jun, 2008.

Keseluruhan bumbung 'grand-stand' stadium tersebut runtuh sebaik ia menjangkau tempoh setahun disiapkan.

Berikut disenaraikan Projek Rosak dan Runtuh di Terengganu sejak tahun 2008;


1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang

Tarikh : 12 April 2008
Harga : RM 2 juta

2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Tarikh : 2 Jun 2008
Harga : RM292 juta
Punca : “Semua buat silap” – Ahmad Said

3. Kolam Renang batu Burok Bocor

Tarikh : 5 Jun 2008
Harga : RM 18 juta

4. Siling Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Tanggal

Tarikh : 29 Jun, 2008
Harga : (Terminal ) RM123 juta

5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman

Maklumat – Runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh : 15 Mac 2009

6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.

Maklumat – Tumbang.
Tarikh : 6 Ogos 2009.
Harga : RM15 juta

7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman

Tarikh : 3 Oktober 2009
Harga : RM 2.1 Juta

8. Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang

Tarikh : 21 Disember 2009
Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Pemaju : Gemilang Mega Sdn Bhd
Punca : Tiada pemantauan semasa

9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu

Maklumat – Runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh : 29 Mac 2010.


Lain-lain Senarai Rosak atau Bocor

______________________________

1. Bazaar Warisan


2. Masjid Kristal

Tarikh : 22 November, 2008

3. Masji Kg Lingai

Tarikh : 4 November 2009
Harga : RM3 juta

4. Masjid An Naim Dungun


5. Binjai Souq

Read more ...

Ahli Umno keluar parti sertai PKR



BERTEMPAT di Kg Sinalaung, Tomani, Ketua Cabang PKR Halik Zaman telah menerima penyertaan beramai-ramai ahli UMNO Bahagian Tenom. Sambutan yang begitu menggalakkan dapat menggambarkan bahawa hatta rakyat pedalaman pun menolak sama sekali UMNO/BN sebagai wadah politik mereka.

Ternyata segala fitnah, cemuhan dan tohmahan kepada kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat tidak ‘mengena’ di hati rakyat pedalaman kerana rakyat kini lebih bijak menilai baik dan buruk, betul atau fitnah.

Berucap di perjumpaan khas di kubu UMNO Kampung Sinalaung, Halik mengucapkan syabas dan penghargaan kepada penduduk kampung yang hadir beramai-ramai untuk menyertai PKR.

Menurut Ketua Cabang itu lagi, "Ini adalah merupakan suatu perkembangan positif di atas kesedaran rakyat yang selama ini tidak pernah menerima penerangan yang sejelas jelasnya tentang halatuju parti PKR."

"Selama 48 tahun Sabah sudah merdeka, namun rakyat di pedalaman Sabah masih dibelenggu kepompong ganas kemiskinan. Kian hari kos hidup rakyat melambung tinggi dan pendapatan rakyat ala kadar. Cukup untuk hidup pagi dan petang terpaksa menanggung cara hidup miskin, papakedana sedangkan negeri kita dikenali sebagai sebuah Negeri yang kaya dengan hasil minyak," jelas Halik.

Menurut beliau lagi, segala hasil bumi di pedalaman kini sedang dinikmati sepenuhnya oleh perakus-perakus yang mendabik dada menggelar diri mereka sebagai pemimpin rakyat.

Padahal kata Halik, kerja mereka saban hari hanya merompak dengan penuh riak dan berdansa di atas dada rakyat yang luka parah di landa kemiskinan hidup. Sikap ketidak-pedulian pemimpin BN terhadap rakyat pedalaman benar-benar mendukacitakan rakyat.

Read more ...

Yakin kemampuan PAS

100 Hari: Rakyat Terengganu yakin dengan PAS

KUALA LUMPUR, 10 Jan: PAS mempunyai harapan cerah untuk menang di Terengganu dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 nanti, berdasarkan perkembangan terkini yang memperlihatkan rakyat negeri itu sudah mempunyai alternatif untuk ubah kerajaan dari yang ada sekarang kepada PAS atau Pakatan Rakyat.

Momentum itu diketahui oleh PAS Terengganu berdasarkan kajian terkini yang dilakukan dan ia turut dikesan oleh Umno, sehingga menyebabkan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri terpaksa diserahkan oleh Datuk Hishammuddin Tun Hussein kepada Menteri Besar Terengganu sendiri, Datuk Seri Ahmad Said.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib (gambar) menegaskan, punca-punca yang menyebabkan rakyat Terengganu mula mempunyai alternatif untuk mengubah kerajaan yang ada kini agak banyak.

Menurut beliau, antaranya termasuklah kekecewaan rakyat Terengganu kepada kerajaan BN negeri itu yang gagal memberikan kesegaran kepada seluruh rakyatnya.

"Faktor itu pula disokong oleh kegagalan Umno BN yang memerintah negeri Terengganu dalam membasmi kemiskinan, sehingga menyebabkan orang ramai berfikir kenapa mereka tidak boleh menggantikan Umno BN kepada PAS," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Janji 100 hari Pakatan Rakyat, katanya, turut memberikan kesan baik kepada PAS di Terengganu, apabila rakyat negeri itu sendiri lebih yakin kepada PAS berbanding Umno BN untuk melakukan pembaharuan yang diharapkan oleh mereka.

"Janji yang dibuat oleh Pakatan Rakyat itu tidak kosong, tetapi mempunyai asas yang kukuh berdasarkan keupayaan para pemimpin Pakatan Rakyat untuk melakukannya.

"Ia juga bersesuaian dengan potensi kewangan negara yang sememangnya mencukupi untuk memberikan keselesaan kepada rakyat sekiranya ia diurus dengan baik. Manakala para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat pula sudah terbukti kejujurannya dan mereka tentunya tidak membuat janji kosong kepada rakyat," tegasnya.

Dalam masa yang sama, menurut beliau, PAS negeri itu turut mempunyai peluang yang lebih baik untuk menawan Terengganu dengan pertukaran Hishamuddin kepada Ahmad Said sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

"Perubahan itu sebenarnya bukan merumitkan, malah semakin memudahkan PAS untuk menawan Terengganu kerana Datuk Ahmad Said dilihat tidak pandai mentadbir dan mengurus kewangan oleh sesetengah pihak dalam Umno sendiri," ujarnya.

Maknanya, menurut beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, pergolakan dalam Umno sendiri gagal diselesaikan oleh Umno Terengganu dengan baik. Ini menyebabkan para penyokong Umno sendiri memandang PAS jauh lebih baik dan berkeupayaan untuk mentadbir negeri dengan baik sekiranya diberikan mandat untuk memerintah negeri itu dalam PRU Ke-13 nanti.

Dalam masa yang sama pula, PAS terus melangkah ke hadapan dengan strategi-strateginya yang tersendiri dalam usaha memberikan penerangan kepada orang ramai mengenai dasar-dasar parti itu.

Antara perancangan terkini yang dilakukan mulai tahun ini termasuk langkah mula menyerang Umno BN dengan slogan "PAS Ganti Umno" yang telah dilancarkan secara tertutup di Kuala Ibai baru-baru ini, dengan dihadiri lebih 1,000 orang pemimpin PAS negeri itu.

Pada 15 Januari ini, program itu akan diadakan secara terbuka di Dataran Tok Guru, Cukai, Kemaman dan kemudian akan disusuli pula di daerah-daerah lain di seluruh Terengganu.

Serangan yang akan dilakukan oleh PAS terhadap Umno dengan memberikan penjelasan kepada seluruh rakyat tentang penyelewengan Umno BN kepada rakyat selama ini.

Dengan itu, rakyat pasti akan menjadi lebih sedar tentang kesilapan mereka yang memberikan mandat kepada Umno BN untuk memerintah Terengganu, malah Malaysia selama ini.

"Dalam masa yang sama, kita juga akan terus memberikan penjelasan kepada orang ramai tentang dasar-dasar PAS dengan dasar Islam, bagi membolehkan orang ramai berfikir dengan sendirinya betapa lebih baik kepada mereka jika mereka memberikan kepercayaan kepada PAS bagi mengganti Umno untuk memerintah Terengganu, menepati slogan kita itu sendiri," tegasnya.

Read more ...

Ekonomi pro kroni tajaan Umno

Pelan 100 Hari: Hapus Ekonomi Pro Kroni- Rafizi



SHAH ALAM 10 Jan. : Parti Keadilan Rakyat(PKR) menjelaskan soal pembiayaan pelan reformasi 100 hari Pakatan Rakyat bertitik-tolak dari iltizam politik untuk
menghapuskan ekonomi pro-kroni kepada sistem yang membantu keupayaan rakyat.

Pengarah Strateginya Rafizi Ramli berkata pelan merakyatkan kemewahan negeri telahpun dilaksanakan di negeri-negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat, sesuatu yang tidak pernah difikirkan oleh Barisan Nasional.

Pelan itu mampu dilaksanakan kerana Pakatan Rakyat menutup kebocoran-kebocoran akibat gejala rasuah dan pembaziran.

"BN mendakwa kerajaan tiada wang. Sejak PR ambil-alih, Selangor telah memulangkan RM150 juta setiap tahun kepada rakyat dalam bentuk skim air percuma, sumbangan masuk universiti, mikro-kredit dan sebagainya," kata Rafizi.

Rafizi berkata demikian menjawab cabaran Perdana Menteri Najib Razak kepada Pakatan Rakyat menjelaskan bagaimana pelan reformasi 100 hari akan dibiayai.

Najib mendakwa pelan yang pro-rakyat seperti itu akan memufliskan negara, sambil merujuk kepada krisis ekonomi di Greece.

Rafizi menjelaskan kebocoran dana rakyat akibat perbuatan Barisan Nasional sudah cukup untuk membiayai kebajikan rakyat memerlukan di negara ini.

"Laporan Ketua Audit Negara menganggarkan kira-kira RM28 bilion bocor akibat amalan perolehan yang teruk, projek terbengkalai, kenaikan kos dan amalan rasuah," katanya lagi.

Beliau menambah bayaran RM77 juta kepada firma berkaitan Zionis, Apco Worldwide jika dibatalkan juga mampu membiayai pelan itu.

Rafizi mengganggarkan kira-kira RM23 bilion dapat disalurkan kepada rakyat setiap tahun jika subsidi RM19 bilion dari Petronas kepada Penjana Tenaga Bebas, dan RM4 bilion pampasan kepada konsesi lebuhraya ditarik-balik.

"Seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga, jumlah ini dapat disalurkan kepada rakyat dengan mudah jika ia distrukturkan semula," ujar beliau.

Antara rancangan yang digariskan dalam Buku Jingga itu adalah meminta badan kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Khazanah Nasional Berhad menghapuskan tol dengan memiliknegarakan aset lebuhraya.

"Memilik-negara lebuhraya PLUS hanya memerlukan RM18.7 bilion. Kecil jika dibandingkan kepada RM51 bilion yang dapat diselamatkan dari penghapusan rasuah dan penstrukturan subsidi," katanya.

Struktur subsidi diubah semula dengan mengalihkan bantuan kepada sektor swasta kepada rakyat marhaen, meningkatkan elaun mengajar kepada RM500 sebulan serta mengizinkan tanah-tanah rancangan FELDA diuruskan oleh generasi peneroka kedua dan ketiga.

Read more ...

Makin ramai rakyat baca buku Jingga, makin panik Najib

Pelan 100 Hari: Najib Panik- Dr Hatta


SHAH ALAM 10 Jan.: Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli berkata jawapan Perdana Menteri mula tersasar kerana terlalu panik apabila rakyat mulai menyedari kelebihan janji 100 hari Pakatan Rakyat yang mula sampai ke telinga masyarakat.

"Selepas tiga minggu kita umumkan rancangan seratus hari itu, Barisan Nasional(BN) kelam kabut untuk mencari jawapan dan nampaknya hari ini baru keluar jawapannya dengan mengatakan tindakan ini tindakan populis, menghancurkan negara dan menyamakan dengan Greece.

"Itu adalah satu pandangan terdesak daripada seorang yang bergelar Perdana Menteri," katanya.

Ujar Dr Hatta, Najib panik kerana apa yang dijanjikan Pakatan Rakyat merupakan janji yang boleh dikotakan dengan beberapa sumber daripada IPP berjumlah RM28 bilion akan ditarik balik bagi menangani isu-isu yang dijanjikan dalam 'Buku Jingga' tersebut.

"Walaubagaimanapun, janji seratus hari ini bukan hanya kebendaan semata-mata, sebahagiannya adalah untuk menghapuskan ISA yang boleh kita buat dengan keazaman politik yang tinggi di kalangan Pakatan Rakyat. Ini tidak memerlukan kos.

"Begitu juga untuk FELDA misalnya mengambilalih FELDA Plantation dijadikan sebahagian daripada program pembangunan kedua FELDA. Ini tidak jadi masalah besar...ini bukan tindakan melingkupkan ekonomi negara," katanya kepada Tv Selangor.

Dalam pada itu, Dr Hatta merasakan tanggapan Najib negara muflis mungkin disebabkan Pakatan Rakyat menjanjikan pembayaran gaji atau elaun tambahan kepada guru-guru iaitu RM500 seorang yang dianggar sebanyak RM2 hingga RM3 bilion setahun.

Katanya, kalau inilah menyebabkan ekonomi negara bankrap, saya rasa penganalisis ekonomi Najib amat-amat ketinggalan serta tidak memberikan nasihat yang baik kepada Perdana Menteri.

"Najib sebenarnya terdesak untuk memberikan satu jawapan kerana janji kita dalam program seratus hari ini telah sampai ke masyarakat yang mula menyedari kelebihan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat," kata Ahli Parlimen Kuala Krai itu.

Read more ...

Tidak layan provokasi didalangi Umno

ADUN Sri Muda Tidak Terpengaruh Dengan Provokasi


SHAH ALAM 10 Jan.: Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei berkata beliau sentiasa konsisten mendepani masalah dengan mengambil pendekatan tidak akan memberi reaksi berunsur ganas ataupun ugutan kerana ia akan mengerohkan lagi keadaan.

Shuhaimi berkata demikian ekoran tindakan ganas beberapa pihak yang menyimbah cat dan membakar gambarnya sebagai tanda protes berkenaan tulisan di blognya yang dianggap sesetengah pihak sebagai menghina Sultan Selangor pada 30 Disember lalu.

Ditemubual dalam Program Tinta Selangor di Tv Selangor petang tadi, Shuhaimi menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa dan menyifatkan tindakan ugutan dengan menyimbah cat di pejabatnya adalah sebagai satu tindakan kurang matang kerana terdapat banyak saluran yang betul boleh digunakan untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati atau sebagainya.

"Pada pandangan saya samaada ia dilakukan oleh orang luar ataupun orang dalam, saya serahkan kepada kebijaksanaan pihak keselamatan, apa yang saya mahu tegaskan ialah, perbuatan itu ialah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab dan cuba memberikan satu mesej bahawa seolah-olah saya melakukan sesuatu yang tidak disenangi oleh mereka.

"Tetapi persoalannya disini ialah, kalau kita tidak bersetuju kita masih boleh untuk mengemukakan pandangan kita secara yang lebih berkhemah dan saluran yang tertentu ataupun luah dalam bentuk point untuk kita perbahaskan," katanya.

Tulisan Shuhaimi di blognya pada 30 Disember lalu yang didakwa memberi gambaran Sultan Selangor bertindak sewenang-wenangnya ketika memperkenankan pelantikan setiausaha kerajaan (SUK) negeri - mengundang banyak reaksi negatif dan laporan polis.

Malah,dua NGO iaitu Gerakan Anti Penyelewengan Selangor atau Gaps dan Pertubuhn Pribumi Perkasa Malaysia atau PERKASA mahu Shuhaimi dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan “peperangan ke atas Raja-raja Melayu”.

Bagaimanapun, Shuhaimi melalui Azmizam mendakwa isu itu telah dimanipulasikan.

Shuhaimi dalam ruang temubual selama 30minit ini menjelaskan insiden yang berlaku terhadapnya tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk terus berjuang mengembalikan hak rakyat walaupun menjangkakan lebih banyak perkara yang tidak beretika bakal berlaku dalam kancah politik di Selangor.

"Saya menjangkakan lepas ini lebih banyak lagi perkara-perkara yang mungkin tidak beretika dilakukan semata-mata untuk menghalalkan cara mereka tetapi perlu juga saya perjelaskan apa yang berlaku di Pejabat DUN itu tidak menyekat saya untuk terus bersuara mengembalikan hak kepada rakyat," katanya.

Read more ...

Markom Giran dicabar letak jawatan bertanding sebagai calon BN di Tenang

KUALA LUMPUR, 10 Jan. : Dewan Pemuda PAS pusat mencabar Pengarah Pendidikan Johor Markom Giran yang didakwa ‘berkempen’ untuk Barisan Nasional (BN) di Tenang baru-baru ini agar bertanding jika berminat sangat dalam politik.

“Saya mencadangkan kepada Markom agar memberi notis 24 jam berhenti sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan menjadi calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS pusat Suhaizan Kayat.

“Beliau dilihat berpotensi memandangkan beliau sudah dikenali ramai melalui media baru dan kebetulan beliau sudah hampir bersara awal tahun ini.

“Saya penuh yakin Datuk Abdul Ghani Othman, Pengerusi Perhubungan Umno Johor akan bersetuju dengan cadangan ini,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
PAS membuat laporan polis mengenai isu itu Jumaat lalu.

Malah Dewan Pemuda PAS juga menyifatkan tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi mempertahankan Pengarah Pelajaran Johor yang didakwa berkempen untuk BN di Sekolah Menengah Tenang Station 31 Disember lalu, sangat memalukan.

Dalam kenyataannya semalam, Puad menyatakan bahawa tindakan Markom tidak salah kerana sebagai penjawat awam beliau berhak menyokong dasar-dasar kerajaan.

Puad memberi alasan bahawa calon belum dikemukakan, maka tiada kempen dilakukan oleh Pengarah Pelajaran Johor tersebut.

“Sebenarnya Timbalan Menteri Pelajaran ini tidak mengkaji ucapan sebenar Markom yang rakamannya boleh diperoleh dengan mudah di YouTube,” kata beliau.

Secara jelas Markom mengesa guru-guru kaunseling menyokong dan berkempen bagi calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang, katanya.

“Antara ucapan-ucapan beliau adalah kalau tidak ada pilihan raya Tenang, maka saya tidak akan berjumpa tuan-tuan semua dan memohon bantuan gerakan jentera bantu kerajaan untuk menang pilihan raya kali ini,” katanya.

Kata Suhaizan, pegawai kanan itu menyatakan terdapat empat kategori ibu bapa iaitu hijau adalah penyokong pembangkang, kelabu mereka yang membantah dasar-dasar kerajaan, putih dan biru dipercayai penyokong BN.

Suhaizan berkata, Pemuda PAS juga mendesak kepada Puad agar menyesali dan memohon maaf khususnya kepada semua warga pendidik dan masyarakat DUN Tenang berhubung dengan kecuaian beliau memberi respons yang salah terhadap isu ini.

Kata beliau, sebagai Timbalan Menteri Pelajaran Puad hendaklah berkecuali dalam menilai laporan-laporan yang telah dikemukakan walaupun daripada Pakatan Rakyat.

“Beliau tidak boleh berpihak atau dilihat berpihak. Tindakan Puad yang secara jelas berpihak kepada Markom tanpa kajian yang mendalam dilihat sebagai tindakan yang tidak profesional,” katanya.

Jika Puad boleh bertindak sedemikian rupa, katanya, bagaimana beliau boleh berperanan secara berkesan sebagai ahli Parlimen Batu Pahat dan Timbalan Menteri Pelajaran.

“Bayangkan bagaimana Puad boleh bertindak secara adil jika terdapat laporan-laporan guru terlibat dengan pembangkang.

“Saya sangat khuatir ramai lagi warga pendidik yang akan menjadi mangsa dasar pilih kasih seorang Timbalan Menteri Pelajaran,” katanya lagi.

Read more ...

Fitnah jika tiada bukti

'Balik India' : Tiada bukti, tiada permohonan maaf

ADUN Komtar, Ng Wei Aik berkata tiada permohonan maaf akan diberikan atas dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman ke atas seorang pemilik restoran India Muslim kerana dakwaan itu tidak berasas.

NONEPengerusi Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Faruk V Raju Mohamed mendakwa Ng mengeluarkan kata-kata “Tutup kedai, pergi balik India” kepada pemilik restoran Syed Kassali Mohamed Aliyar, Ahad lalu.

Ng, bagaimanapun menafikan beliau berbuat demikian.

Rakaman video yang didakwa sebagai bukti bahawa Ng berbuat demikian juga gagal mengaitkan beliau mengeluarkan kenyataan rasis itu. Justeru, katanya, soal memohon maaf tidak timbul.

NONESebaliknya, setiausaha politik kepada ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu menuntut Kimma dan pihak yang menuduhnya membuat permohonan maaf.

“Isu ini dimainkan sejak minggu lalu. Sudah tiba masa untuk menutupnya. Kita tidak mahu buang masa melayan perkara yang tidak berlaku,” kata Ng kepada wartawan semalam.

Ng juga memberikan Faruk dan pemilik restoran itu, Syed Kassali Mohamed Aliyar tempoh seminggu untuk membuat permohonan maaf atau mereka akan menghadapi tindakan undang-undang kerana cuba memfitnahnya.

Read more ...

Baru minta maaf, jumpa Umno berbohong pula

Puter belit permohonan maaf, Fadzill dibidas

NONEPersatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang (PKMMPP) dibidas oleh kerajaan negeri kerana memutar-belitkan kata-katanya berhubung permohonan maaf kepada ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, baru-baru ini.

Pengerusi, jawatankuasa perdagangan dalam negeri, pengguna dan agama, Abdul Malik Abul Kassim (kiri) berkata presiden persatuan itu, Datuk Muhamad Fadzill Hassan menggunakan media bagi memutar-belitkan kata-katanya dengan berkata ia hanya dilakukan untuk saling memahami serta memaafkan antara satu sama lain dengan kerajaan negeri.

Abdul Malik yang juga ADUN Batu Maung kemudiannya menunjukkan kepada wartawan rakaman audio yang dengan jelas menunjukkan Fadzill memang membuat permohonan maaf dengan menarik semula kenyataan awalnya ke atas kerajaan negeri.

Cakap tak serupa bikin

"Ini menunjukkan dengan jelas jenis orang ini,” katanya.

Ditanya, tindakan yang bakal diambil ke atas Fadzill jika beliau tetap dengan ulasannya, Lim yang juga hadir pada sidang media di Komtar itu berkata adalah sukar berurusan dengan orang yang "cakap tak serupa bikin."

NONEKatanya, dengan berbuat demikian, Fadzill menunjukkan bahawa permohonan maafnya itu tidak ikhlas.

"Mungkin dirinya sendiri keliru... mungkin juga dia disalah-petik oleh akhbar,” katanya.

"Kita akan biarkan beliau membuat keputusan dan menjelaskannya.
"Kenapa beliau putar belitkan kenyataan yang dibuatnya sendiri. Tak apa kita ada bukti rakaman sidang media itu. Dan, ia boleh memalukanya dirinya sendiri," kata Lim sambil menambah bahawa Abdul Malik akan menghubungi timbalan Fadzill untuk perbincangan lanjut.

Ahad lalu, Bernama melaporkan permohonan maaf PKMMPP pada pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berkaitan dengan teguran persatuan itu sebelum ini

NONE"Permohonan maaf saya itu adalah atas kemungkinan terkasar bahasa sebelum ini terhadap kerajaan negeri, itu saja.

"Ini bukan bererti ia ada kaitan dengan teguran saya terhadap kerajaan negeri sebelum ini," Fadzill dipetik berkata kepada pemberita.
Cerita sebaliknya
Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri, PKMMPP seringkali mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan pimpinan Lim dengan dakwaan kontraktor Melayu seringkali dinafikan projek.

NONENamun perangkaan yang dikeluarkan kerajaan negeri menunjukkan cerita yang sebaliknya.

Sepanjang tahun 2008 hingga 2010, 18 projek melibatkan Jabatan Parit dan Saliran diperolehi oleh kontraktor Melayu dengan peruntukan RM40 juta.

Manakala tender Jabatan Kerja Raya pula menyaksikan 17 projek bernilai RM20 juta yang diluluskan antara Januari hingga 30 November 2010 di mana 16 diberikan kepada kontraktor Melayu dan hanya satu kepada bukan Melayu.

Read more ...

Umno guna kemudahan Felda berkempen di Tenang ?

Anak dakwa ada bukti kukuh

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman hari ini mendakwa lembaga itu menggunakan pelbagai kemudahan serta bajet sokongan untuk membantu jentera Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) di Tenang, Johor.

Menurut Mazlan, pihaknya mempunyai bukti kukuh dan laporan akan dibuat kepada pihak berkuasa agar siasatan dapat dilakukan berhubung hal itu.

Katanya, perkara itu cukup ketara berlaku sejak seminggu yang lalu malah beliau mendakwa kenderaan rasmi serta pegawai Felda turut dikerah untuk menggerakkan kempen BN di Tenang.

“Kami dapati Felda guna kenderaan rasmi, kerah pegawai, guna bajet sokongan dan duit itu datang daripada peneroka untuk bantu jentera BN dalam pilihan raya di Tenang ini.

“Bagaimana pejabat Felda beroperasi sehingga lewat 11 malam sedangkan kebiasaan mereka habis kerja pukul 5 petang. Bila kami lalu ternampak kelibat pegawai, apa yang mereka buat?,” soalnya.

Mazlan berkata, pihaknya juga telah menggerakkan 20 orang bagi memantau perkara itu dan menggesa agar pegawai kerajaan yang terlibat tidak tunduk dengan kemahuan Umno-BN.
Lapor kepada SPRM

Katanya, penyalahgunaan kuasa ini akan dilapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memandangkan agensi kerajaan telah menjadi alat kepada BN.

“Kami pantau kegiatan mereka secara bergilir-gilir dari 9 malam hingga 12 tengah malam. Kami mahu biar parti lawan parti dan kerajaan tidak menyalahgunakan kuasa mereka untuk tujuan seperti ini.

“Saya rayu pegawai kerajaan ini untuk tunjuk profesionalisme. Mereka dilantik bekerja bukan jadi alat kepada Umno-BN. Kalau kempen untuk BN, bagaimana orang PAS, DAP, PKR? Kita yang bayar cukai untuk gaji mereka,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Menurut Mazlan lagi, beliau juga telah menghubungi Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Mohd Shaani Abdullah berhubung penyalahgunaan kuasa oleh penjawat awam.

“Saya dah berhubung dengan Suhakam mengenai hal ini. Kami dah berbincang mengenainya dan kita akan mengambil tindakan lanjut selepas ini,” katanya.

Ketika ditanya sama ada penjawat awam ini menemuinya untuk menyatakan pendapat mereka, Mazlan enggan mendedahkan butir lanjut mengenai pertemuan itu.

“Mereka diperalatkan tetapi mereka sepatutnya berani untuk menolak. Ini bukan satu yang sukar tetapi segelintir pegawai ada sifat simpati dan sokong Umno.

“Saya rasa mereka mungkin ada kepentingan peribadi seperti untuk kenaikan pangkat… itu pasal mereka agresif berkempen,” katanya.

Read more ...

Umno kurang perayu undi, minta tolong guru-guru ?

Sokong Penjawat Awam Berkempen Untuk Kerajaan, Tindakan Terdesak BN



SHAH ALAM 10 Jan.: Salahuddin Ayub menyelar kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi kerana menyokong tindakan Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran yang merayu undi di sekolah-sekolah sekitar Johor baru -baru ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai terdesak dan tidak profesional apabila seorang penjawat awam dibolehkan untuk berkempen di sekolah-sekolah bagi meraih undi.

"Sampai ke tahap seperti ini menggunakan penjawat awam, adakah mereka kekurangan juru kempen atau kehabisan modal untuk berkempen dan menggunakan pengarah pelajaran negeri untuk mereka. Ini tindakan terdesak.

"Itu menyalahi etika, seharusnya kalau dia benar-benar berminat untuk berkempen dia perlu menanggalkan pakaian penjawat awam itu dan cuba berpolitik. Itu lebih beretika dan bersesuaian kalau kita nak berlawan dengan mereka," kata Naib Presiden PAS itu ketika dihubungi Tv Selangor.

Salahuddin berkata, taktik kotor seperti ini jelas menunjukkan sikap berat sebelah kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) yang secara terang-terangan menggunakan penjawat awam untuk berkempen dan merayu pengundi di kawasan itu.

"Kalau berpihak kepada dia memang tidak salah lah. tetapi kalau untuk pembangkang itu salah dan diambil tindakan. Jadi saya rasa itu yang sebenarnya terpaksa kita alami di negara kita. sikap berat sebelah.

"Sepatutnya dia tunjukkan sifat profesional dalam menunjukkan arah tuju dan etika seorang penjawat awam. Bukan dia yang secara terang di youtube itu kita lihat jelas berkempen untuk Barisan Nasional," katanya.

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Puad Zarkashi hari ini menyifatkan dakwaan PAS bahawa Pengarah Pelajaran Negeri, Markom Giran menyalahgunakan jawatannya untuk berkempen di kalangan guru sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sebagai gimik politik.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman telah membuat satu laporan polis terhadap Markom Giran kerana melanggar tatacara sebagai penjawat awam dengan mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi bagi memenangkan umno barisan dalam pilihan raya kecil DUN itu akhir bulan ini.

Bukti yang diperolehi menunjukkan Markom pernah berkempen di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah, Labis pada 31 Disember lalu dan empat buah sekolah kebangsaan di sekitar DUN Tenang pada 3 Januari lalu.

Read more ...

Kenapa polis tidak benarkan bedah siasat kedua ?

Keluarga Tahanan Kecewa Bukit Aman Enggan Tunai Bedah Siasat Kedua


KUALA LUMPUR 10 Jan.: Polis enggan memberi lampu hijau kepada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM) menjalankan bedah-siasat kedua ke atas Krishnan a/l Munusamy yang mati sewaktu dalam tahanan polis, 7 Januari lepas.

Meskipun dirayu ahli keluarga dan sahabat-handai mendiang, Polis Diraja Malaysai PDRM enggan menunaikan permohonan mereka yang curiga dengan kecederaan yang ditemui pada tubuh Krishnan.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh berkata beliau tidak dapat membenarkan bedah-siasat itu tanpa arahan dari Bukit Aman.

Kira-kira 50 orang diwakili peguam N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri, bersama-sama Pengarah Biro Aduan PKR S Manikavasagam, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR Khairul Anuar Zainuddin tampil ke Bukit Aman hari ini, bagi menyerahkan memorandum tuntutan itu.

" Seharusnya tidak ada masalah setuju atau tidak bersetuju dengan post-mortem kedua ini. Keluarga berhak untuk itu jika mereka tidak puas hati dengan hasil dari bedah siasat sebelum ini maka mereka harus diberikan sebuah post mortem kedua. Seharusnya tidak ada pertanyaan atau keberatan," kata N Surendran.

Krishnan, 36 tahun, seorang juruelektrik ditahan di Taman Miharja pada 3 Januari lalu disyaki terbabit dengan kegiatan najis dadah dan direman selama empat hari di Balai Polis Bukit Jalil.

Menurut saksi, mendiang dibawa ke hospital HUKM 6 Januari kemudian selepas mengadu sakit perut.

Krishnan diisytiharkan mati keesokan hari. Pihak hospital melaporkan mendiang mati kerana mengalami luka dalam perut.

Isteri mendiang Revathi a/p Perumal, 38, bagaimanapun menolak laporan itu sebagai mencurigakan.

" Selepas meninggal, bedah siasat dibuat tanpa izin saya. Siapa yang benarkan hospital buat post-mortem? Saya ada enam orang anak, siapa mau tanggung mereka sekarang ini?," soal beliau.

Satu laporan polis difailkan di Balai Polis Jinjang.

Menurut Revathi, tiada seorang dari ahli keluarga yang mengetahui suaminya ditahan polis. Mereka hanya mengetahui mengenai kematian Krishnan dari saksi kejadian, Sargunan.

Di bilik mayat, Revathi terkejut melihat kesan koyak pada rusuk mendiang, disertai lebam pada mata, dan belakang tubuh yang kesan dipijak.

"Dia bawa ke belakang, mereka pukul. Lebam-lebam luka pada belakang badan. Lepas itu polis berikan ubat. Ubat apa yang mereka bagi, kita tidak tahu. Siapa izinkan mereka bagi ubat pun kita tak tahu. Saya ada saksi, dan saya boleh bawa saksi ini ke mahkamah mana-mana pun. sekarang siapa mau jawab?," katanya lagi.

Peguam keluarga mengatakan saksi kini berada dalam perlindungan mereka atas alasan keselamatan. Butiran terperinci kejadian itu akan diumumkan saksi dalam masa terdekat. Tv Selangor difahamkan kejadian mati membabitkan pihak polis di negara meningkat 500 peratus dalam masa sesingkat 3 tahun.

" Dua minggu lalu, Sivam mati di Balai Polis Sentul. Minggu lepas, Krishnan. Selepas Kugan, setiap minggu ada sahaja yang mati dalam tempat yang paling selamat, dalam lokap, ada sahaja yang mati," tambah Manikavasagam pula.

Read more ...

Sudah maklum kepada JPM, tapi biasalah Pak Lah tidur ?

Tenaganita: Migrant Care Sudah Maklumkan Kepada JPM


SHAH ALAM 10 Jan.: Pengarah pertubuhan bukan kerajaan Tenaganita, Irene Fernandez menegaskan, beliau dimaklumkan oleh pihak Migrant Care bahawa aduan telah dibuat kepada Jabatan Perdana Menteri berhubung isu rogol melibatkan seorang menteri kabinet sewaktu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Beliau ketika dihubungi Tv Selangor berkata, apa yang perlu dijawab oleh Perdana Menteri ketika itu ialah kenapa aduan yang diterima oleh jabatan itu tidak
diendahkan dan bukannya membuat sebarang penafian.

"Migrant Care kata mereka ada hantar dan memberitahu (kepada Jabatan Perdana Menteri) tetapi sebab apa tidak ada siasatan masa itu? Itu sahaja," kata Irene mengulas tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi yang menyatakan beliau tidak tahu-menahu berkenaan kejadian itu.

Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan, bekas Perdana Menteri itu atau lebih dikenali dengan pangilan Pak Lah, menafikan beliau pernah mengarahkan supaya menutup insiden pembantu rumah Indonesia, didakwa dirogol oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, empat tahun lalu.

Rais setelah dua minggu kes ini didedahkan baru tampil membuat penafian serta disusuli dengan kenyataan bekas pembantu rumahnya itu yang turut sama menafikan beliau dirogol.

Di Seremban Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia(SAMM) Badrul Hisham Shaharin membuat laporan polis agar perkara ini disiasat bagi membersihkan nama negara dan menteri terbabit.

Blogger terkenal, Rocky Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan sebelum ini menyiarkan pendedahan Wikileaks bahawa Tun Abdullah mengetahui salah seorang menterinya merogol seorang amah warga Indonesia.

Rocky juga mendesak mengapa Suruhanjaya Multimedia Malaysia(SMM) yang berada di bawah kementerian Rais agar menyiasat pendedahan ini.

Katanya, jika kes sebelum ini yang membabitkan pendedahan saham anak Rais, agensi itu pantas mengambil tindakan tetapi lembab dalam ini berkenaan.

Walau bagaimanapun pendedahan Rocky Bru itu kemudiannya disusuli dengan rumahnya dipecah masuk dan kereta jenis Peugeot 470 miliknya dicuri.

Read more ...