Tuesday, January 15, 2013

TUDUH PENGKHIANAT MELAYU!!! Khairy tarik balik, Anwar menang saman

KUALA LUMPUR 16 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian.

Read more ...

HILANG KEPENTINGAN!!! PM Jepun pun tidak yakin dengan BN dan Najib...?


Malaysia hilang kepentingan pada mata Jepun

Malaysia disifatkan telah hilang kepentingan pada pandangan gergasi ekonomi dunia iaitu Jepun apabila tiada dalam pilihan lawatan pertama Perdana Menteri Jepun yang baru, Shinzo Abe

Demikian kata Datuk Kamarudin Jaffar dalam kenyataanya kepada Harakahdaily ketika mengulas langkah PM baru Jepun yang tidak menyenaraikan Malaysia dalam negeri pertama yang hendak di lawati.

Read more ...

LISTEN..LISTEN..LISTEN..!!! Mai baca apa kata Bawani...


Bawani menceritakan apa yang berlaku sewaktu beliau memberikan pandangan pada forum tersebut.
KAMPAR: Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang mencetuskan fenomena listen berkata, penyebaran video tersebut menunjukkan kepada rakyat tentang usaha pihak tertentu untuk menarik sokongan mahasiswa di universiti dalam suasana PRU13 yang semakin hampir.

Menurutnya, program tersebut adalah salah satu agenda untuk brainwash mahasiswa supaya tidak memberi sokongan kepada pembangkang.

"Kini rakyat di seluruh Malaysia telah membuka mata dan mengetahui apa yang berlaku di dalam universiti," katanya kepada Harakahdaily yang bertemu beliau di kediamannya di Air Kuning, Kampar semalam.

Read more ...

MELAYU PALING MISKIN DI MALAYSIA!!! Bukan di Kelantan, bukan di P.Pinang tapi di negeri UMNO paling kuat dalam dunia

Walaupun negeri UMNO paling kuat dalam Dunia ini ditadbir oleh Kerajaan yang majoriti pemimpinnya dari UMNO iaitu parti yang memperjuangkan bangsa Melayu kononnya, Melayu disini adalah paling miskin di Malaysia.

Selain dari miskin menurut Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas Melayu di Johor juga kian terpinggir.


KUALA LUMPUR, 15 Jan — Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas.

Read more ...

DAIM RAMAL TAK KENA TINDAKAN !!! PRU 13 - UMNO / BN hanya mampu menang di Johor, Melaka dan Pahang



KUALA LUMPUR : Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin (gambr) meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat.  

Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, seperti dilaporkan Malaysiakini. 


Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kini umpama “jeneral tanpa askar” dalam berdepan cabaran PRU.

Read more ...

SEMUA SOKONG PR!!! Kejayaan terbesar HKR KL 112 ialah menyatukan kepelbagaian

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Hakikat sedia dimaklumi bahawa Pakatan Rakyat hanya wujud selepas PRU12, iaitu pakatan perkongsian kuasa antara ketiga-tiga parti PAS, KeADILan dan DAP setelah BN dikalahkan di lima buah negeri. 


Sebelum PRU12, yang terjalin hanya persefahaman untuk menjatuhkan BN dengan mengelak pertandingan sesama sendiri.


Dalam PRU13 diadakan nanti, semua parti komponen Pakatan akan berkempen untuk pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya. 

Ramai tertanya-tanya akan model atau rupabentuk Pakatan yang akan ditonjolkan kepada rakyat jelata. 

Read more ...

TU DIA!!! 73,000 warga Filipina jadi penduduk tetap di Sabah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFxaxtYxa6PcJgOAKDg0Hf8EgiNA-NqWLfQE0o_7LTi-KSdaAQHcDNKH7JdFV29mzuC4eKiMNQg92FCeEwC5Zcy1QN8Lve9sRE133lyctjK8OkycHMSyiymROTZzmbRYyGf9-bYWlMDszO/s1600/shafie+copy.jpgKOTA KINABALU 14 Jan: Suruhanjaya Diraja (RCI) berhubung imigran Sabah diberitahu hari ini bahawa seramai 73,000 pelarian daripada Filipina dibenarkan menjadi penduduk tetap di negeri itu oleh kerajaan negeri di antara 1970 hingga 1984.

Ketua Unit Penempatan di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Abdul Jaafar Alip memberitahu RCI, bahawa salah satu daripada syarat untuk melayakkan individu terbabit adalah pelarian itu haruslah seorang Islam.

Syarat lain yang ditetapkan adalah pelarian itu mesti daripada kawasan Region Nine Filipina, yang juga dikenali sebagai Mindanao Barat atau Semenanjung Zamboanga, dan terjejas secara langsung daripada konflik berterusan wilayah itu dan berniat untuk tinggal di Sabah secara tetap.

Read more ...